Friday, December 26, 2008


Tahun Hijrah 1430



"Umat Islam wajib melihat keutamaan Tahun Hijrah ini daripada terus membesarkan tahun baru masehi sehingga peringkat kita lupa diri dan jati diri sebagai umat Islam yang beriman.Kerana Hijrah Rasulullah saw bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra serta umat Islam Makkah menuju ke Madinah penuh dan sarat dengan peristiwa bersejarah, sarat dengan pengajaran, pengalaman, hikmah dan perintah yang menunjuk jalan-jalan kebenaran dan kemenangan perjuangan umat Islam.Ia menjadi panduan dan teladan penting kepada umat Islam hari ini hingga hari kiamat.

Penting kepada pengundi di Kuala Terengganu Darul Iman. Hijrah adalah perpindahan dari satu tempat ke tempat lain. Dari satu parti kepada parti yang lebih baik. Pindah dari individu pemimpin kepada pemimpin yang lebih baik. Pindah kerusi ke kerusi lain.Hijrah juga bermakna meninggalkan tempat sebagaimana Hijrah Rasulullah saw dan umat Islam Makkah yang telah meninggalkan bumi Makkah tanah tumpah darah menuju ke Kota Madinah.Hijrah juga membawa maksud meninggalkan perkara yang dilarang Allah kepada melakukan apa yang Allah dan Rasul-Nya perintahkan.Hijrah apapun maknanya. Yang teramat besar dalam HIJRAH itu bukan tarikhnya, tetapi pengajarannya kepada umat Islam.Rasulullah saw, para sahabatnya dan umat Islam Makkah yang berhijrah kali pertama ke Habsyah negeri yang dipimpin Raja An-Najasyi seorang yang bukan Islam, namun kepimpinannya ada nilai keadilan dan peri kemanusiaan. Tidak seperti Abu Jahal dan kabinetnya yang zalim dan kejam ke atas Rasulullah saw, para sahabat dan umat Islam di Makkah.Hijrah Madinah.
Di sinilah sinar baru Islam berkembang ke seluruh dunia. Masjid Quba' diasaskan Baginda Rasulullah saw menjadi tapak asas pendidikan dan dakwah. Hal tersebut termaktub di dalam Al Quran LAMASJIDUN USSISA 'ALATTAQWA...Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan. Merupakan langkah kedua Baginda Rasulullah saw melaksanakan misi perpaduan yang termaktub dalam Perlembagaan Al Quran INNAMAL-MUKMINUNA IKHWATUN...Langkah ke 3, 4, 5, 6 dan seterusnya sudah tersusun rapi ke arah wawasan besar BALDATUN TOIYIBATUN WA RABBUN GHAAFUR...mencipta tamadun ummah yang cemerlang dan gemilang duniawi dan ukhrawiIa tercakup dalam Al Quran dan doa umat Islam RABBANA ATINA FID-DUNYA HASANAH WA FIL-AKHIRATI HASANAH WA QINA 'AZABAN-NAAR...
Kesimpulannya, Hijrah memberi pengajaran, pengalaman dan pengajaran kepada umat Islam untuk perubahan dan kebangkitan yang menakjubkan, sebagaimana umat Islam Makkah yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah saw dan para sahabat mencipta tamadun dunia sungguh hebat sehingga berjaya memerintah dan menyebarkan Islam agama Allah ke seluruh pelusuk dunia. Terbukti Islam merupakan agama yang paling relevan dan lengkap dalam memenuhi kehendak dan menyantuni manusiawi, alam dan persekitarannya. Wallahu 'alam.
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR..."

Saturday, December 20, 2008


IJN bakal diswasta, apa kata rakyat?


Oleh AMin Iskandar @ Black

Penswastaan IJN ditangguhkan. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Menurut Rocky Bru, ianya berlaku kerana terdapat bantahan daripada doktor-doktor IJN. Klik disini.Tetapi pandangan saya lain. Ianya ditangguhkan oleh kerana pilihanraya kecil di Kuala Terangganu. BN takut mereka hilang wang pertaruhan jika meneruskan usaha menswastakan IJN. Ingat tak bagaimana harga minyak dinaikkan sebanyak 78 sen selepas PRU 12 yang lalu?Selepas pilihanraya kecil di Kuala Terangganu, IJN akan diswastakan. Takkanlah tak faham-faham lagi taktik ni?

Posting Asal

Setiap kali sebelum harta rakyat hendak diswastakan, janji-janji untuk menjaga kepentingan rakyat miskin akan digembar-gemburkan. Seperti kata teman saya, Penarik Beca dalam postingnya yang bertajuk “Sime Darby akan menjadi badan kebajikan”. Sime Darby berkata, mereka akan meneruskan obligasi sosial setelah mengambil alih IJN. Klik disini.Setakat ini, pemimpin parti pemerintah yang keras menentang hanyalah bekas Menteri Kesihatan, Dr. Chua Soi Lek. Klik disini jika tidak percaya. Kata beliau,“Kita berharap IJN tidak diswastakan. Ini bukan soal wang dan ringgit. Ini soal tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dapat memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang mampu dibayar oleh rakyat.

“Dalam konteks ini IJN sudah mencapai kejayaan cemerlang dan sedikit sebanyak meningkatkan imej kerajaan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab di mana duit tidak boleh membelinya (imej itu).”
Sebagai orang yang pernah memegang Kementerian Kesihatan, beliau sudah tentu tahu apa implikasi penswastaan Institut Jantung Negara tersebut. Jangan terkejut jika selepas ini peratusan rakyat Malaysia yang akan mati kerana sakit jantung meningkat. Belum swasta pun dah terkial-kial nak membayar kos rawatan, apa lagi selepas diswastakan?

Setakat ini masih belum kedengaran suara-suara penetangan projek penswastaan IJN ini dari Pakatan Rakyat (PR). Mungkin saya tidak terjumpa kenyataan pemimpin PR yang menentangnya atau mungkin juga dalam bab penswastaan, polisi PR dan BN sama?Dikatakan juga menantu PM dan suami Sharizat kelihatan semasa sidang akhbar Menteri Kesihatan mengenai IJN baru-baru ini. Klik
disini.
Apa pula kata rakyat?
Suruh jaga bukan suruh jual



"Menswastakan atau lebih tepat menjual kemudahan asas negara bagi aku "kerja gila". Alasan: "rakyat harus belajar berdikari tanpa mengharap subsidi dari kerajaan" bagi aku dangkal.Segala kemudahan asas dalam negara merupakan kepentingan negara.Ianya juga merupakan tanggungjawab pihak yang dilantik menjadi kerajaan. Menyediakan kemudahan asas adalah wajib bagi pihak yang bergelar "Pemerintah".Atas alasan apa sekalipun, ia tidak halal untuk dijual. Segala kemudahan tersebut,merupakan kepentingan awam. Segala perbelanjaan operasinya ditanggung oleh rakyat melalui pembayaran cukai.

Kerajaan pula hanyalah bertindak mengawal selia perjalanan operasinya.Jangan menjadikan alasan bahawa kerajaan terlalu berat menanggung "Subsidi" maka halal untuk menjual hak rakyat. Adakah kerajaan merasa ringan pabila dipaksa membeli semula kemudahan awam dengan harga yang cukup tinggi? Lihat tragedi MAS, sampai hari ini kerajaan umpama menanggung biawak hidup. Ratusan juta yang sepatutnya mampu diSubsidikan pada rakyat telah di"insentifkan" hanya kepada MAS.Untuk mendidik rakyat berdikari, kerajaan sepatutnya merangka program ekonomi rakyat! bukannya merencana strtegi ekonomi dua tiga kerat koporat.Dalam menjana ekonomi sebuah negara membangun,sewajarnya segala kepentingan awam dipertahankan. Tindakkan ini bagi menyelamatkan negara dari dijajah semula melalui ekonomi.

Selain itu ,kerajaan juga harus menyediakan pelan bagi menyelamatkan para usahawan IKS agar tidak mati. Dengan cara ini, mereka mampu bertahan sekaligus dapat membesar selaku usahawan koporat dan mampu berdaya saing. Mereka juga mampu membantu mewujudkan peluang pekerjaan yang baru sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi, serta dapat mengatasi masalah pengangguran yang menjurus kepada meningkatnya gejala sosial. Itu baru cara mengajar rakyat berdikari! Kepentingan awam merupakan amanah yang diberikan rakyat kepada pihak bergelar kerajaan. justeru menjaga serta mempertahankannya adalah tugas pemerintah.Penswastaan adalah pengkhianatan kepada amanah rakyat.Sikaptersebut ibarat "harapkan pagar,pagar makan padi", sampai negara ini mencecah taraf negara maju sekalipun-ia tetap tanggungjawab kerajaan.seandainya pihak yang memerintah berasa terlalu beban menanggung amanah rakyat ini, maka berhenti dari menjadi kerajaan adalah jalan yang sebaiknya.

Saturday, December 13, 2008


Presiden Kesatuan Eropah kagumi
kepimpinan Nik Aziz


KOTA BHARU, 11 Dis (Hrkh) -Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan. Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini. Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland . Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim.

Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan. Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya. Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba. Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT. "Sebab itulah kini,kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong Umno kalau Umno itu betul gak,"ujar beliau. Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama.

Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa. "Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,"katanya lagi.

Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini,namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat. Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau. "Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya,"ujar beliau.
Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu. - mks._

PAS rugi mengenepikan Mohamad Sabu


Oleh Saidah Hairan


KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) - Ketua dan Timbalan Muslimat PAS Pusat menyokong cadangan peribadi Mursyidul Am PAS yang mahu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dikekalkan menjadi calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.Ketuanya, ustazah Nuridah Mohd Salleh berharap pihak PAS harus mengekalkan calon lama (Mohamad Sabu) kerana pilihan raya umum baru saja berlangsung dan tidak salah jika pihak PAS meneruskan calon tersebut. Menurut beliau, jika pihak PAS mahu mengatakan kekalahan yang berlaku di Parlimen Kuala Terengganu itu disebabkan calon orang luar, amat tidak adil kerana Parlimen di Terengganu hanya menang satu kerusi saja iaitu di Marang. "Banyak kerusi DUN dan Parlimen yang meletakkan calon tempatan pun kalah," luahnya ketika di temui di lokasi runtuhan tanah Bukit Antarabangsa.

Sebenarnya kelebihan Mohamad Sabu terbukti bukan sahaja petah berbahas tetapi dapat mematahkan hujah pihak lawan (BN) ketika menjadi Ahli Parlimen dahulu, tegas Nuridah. Beliau meluahkan, sayang jika pihak PAS tidak mengambil kesempatan ini untuk menaikan imej PAS dengan ketrampilan yang ada pada Mohamad Sabu. Pandangan Nuridah itu disokong oleh Wan Hasrina Wan Hassan yang menegaskan Mohamad Sabu sudah lama berjuang dalam PAS dan mengakui bekas tahanan ISA itu mempunyai kehebatan tersendiri. Katanya, jarang ditemui pimpinan PAS mempunyai keistemewaan seperti Mohamad Sabu kerana ketika menjadi Ahli Parlimen kebolehan atau keistemewaan beliau turut diakui oleh wakil rakyat BN. Beliau yakin Mohamad tidak akan merajuk jika tidak terpilih menjadi calon dalam pilihan raya kecil nanti sebab beliau merupakan seorang pemimpin PAS yang berjiwa besar, bersemangat jihad yang tinggi dan betul-betul ikhlas dalam perjuangan.

Sebagai contoh katanya ustaz Hassan Syukri walaupun pernah menjadi Timbalan Presiden PAS dan sekarang tidak mempunyai apa-apa jawatan sekadar ahli Majlis Syura Ulama tetapi beliau tetap terus memberi sumbangan dalam parti. "Kita pasti rugi jika mengenepikan orang veteran daripada sudut perjuangan kerana tenaga pimpinan seperti ini masih amat berguna," tegasnya.
Menurut beliau Mohamad Sabu mempunyai pengalaman yang banyak dalam perjuangan sejak PAS tidak menang kemudian menang dan ketika menang beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan tetapi perjuangannya tetap utuh dalam PAS. Sikap ramah dan kemampuan yang ada pada beliau serta kehebatannya menarik pengaruh orang terutama ketika berceramah tidak dimiliki oleh mana- mana pimpinan PAS, katanya.

"Beliau boleh mengupas isu dalam bentuk yang mudah bahasa yang diucapkan mudah difahami oleh orang kampung begitu juga golongan intelektual dan beliau boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana golongan," luah Hasrina. Tambah beliau, Mohamad Sabu merupakan pimpinan yang boleh dibawa ke tengah, ke atas, ke tepi, ke bawah dan PAS akan kerugian besar jika mengenepikan pimpinan seperti beliau. _ "

Friday, November 28, 2008

tok guru

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!


Presiden Pas Tunai Haji


PRESIDEN Pas, Abdul Hadi Awang bersama isterinya siang tadi selamat berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan Haji dengan menaiki penerbangan komersial (MAS). Ikut bersama Abdul Hadi ialah Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub bersama isteri dan Setiausaha Politiknya.Abdul Hadi selama berada di Makkah akan menjadi tetamu kerajaan Arab Saudi.Satu penerbangan bersama Abdul Hadi ialah Pengerusi Shapadu, Sharani. Sebelum menaiki pesawat kedua mereka dikatakan bersembang lama di bilik menunggu.Beberapa pemimpin Pas turut berada di lapangan terbang untuk mengucap selamat jalan kepada Abdul Hadi. Antara mereka ialah, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas, Mustapa Ali, timbalannya yang juga ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Abdul Rahim.Ikut sama menghantar Abdul Hadi ialah Yang Dipertua Pas Kawasan-Kwasan di seluruh Selangor dan Unit Amal Wilayah Persekutuan.Abdul Hadi dijangka berada di Makkah selama dua minggu dan dijangka akan turut mengadakan pertemuan tidak langsung dengan beberapa pihak dari Malaysia.Sebagai rekod Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sudah tiga hari berada di Makkah manakala Setiausaha Politik Perdana Menteri, Alwi Che Amat akan berangkat ke Makkah lusa.

Wednesday, November 5, 2008


Menteri Penerangan perlu bertegas isu moral artis



KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek dinasihatkan agar mengambil tindakan tegas terhadap isu moral berkaitan artis yang kerap didedahkan melalui media. Perkara tersebut disuarakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. Jelas Mazlan, kebelakangan ini tanggungjawab Kementerian Penerangan, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) serta Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dipersoalkan, seolah-olah kesalahan dan perlakuan artis dibiarkan tanpa sebarang tindakan.


Tambahnya, sungguhpun garis panduan dan pemantauan terhadap artis itu telah disediakan, tetapi pemantauan terhadapnya sangat lemah. "Skandal seks, aksi lucah, gambar seksi dan pergaulan bebas didedahkan melalui media termasuk internet dan blog. Perkahwinan selebriti serta perceraian juga mendapat liputan hebat. Tidak kurang juga penglibatan mereka dengan dadah dan aktiviti songsang seperti gay dan lesbian. "Adakah golongan artis mendapat lesen untuk berbuat apa sahaja? Kalau diimbas ketika Tan Sri Mohamed Rahmat menjadi Menteri Penerangan, menyimpan rambut panjang bagi artis pun sudah dikenakan tindakan 'gam' apatah lagi jika kesalahan yang jauh lebih serius seperti hari ini,"katanya.


Presiden Persatuan Anak Penerokan Felda Kebangsaan (Anak) ini juga menegaskan, oleh kerana golongan artis begitu popular dan menjadi idola terutama di kalangan remaja, mereka tidak boleh dibiarkan berbuat sesuka hati.
Mazlan melahirkan kebimbangan sekiranya kegiatan tidak bermoral artis menjadi ikutan ramai yang akan menyebabkan gejala sosial bertambah parah di negara ini. - mks._

Sunday, November 2, 2008


DS Anwar atau Haji Hadi layak menjadi PM ke-6?

Oleh W. Fauzdin NS

Selepas negara kita merdeka, kita telah pun mempunyai 5 orang Perdana Menteri yang kesemuanya berbangsa Melayu dan berugama Islam. Masing-masing kesemuanya dari Parti UMNO iaitu sebuah parti sekular bersifat kebangsaan. Meskipun terdapat di dalamnya ramai dari golongan ahli ugama, termasuk yang digelar ulamak, namun tidak seorang pun yang mampu mengubah dasar UMNO daripada dasar kebangsaannya.Malahan kesemua daripada Perdana Menteri yang telah dan sedang berkuasa tidak langsung mencerminkan pemimpin yang berjiwa Islam. Mereka gagal membentuk sakhsiah diri mereka, isteri dan keluarga mereka untuk menjiwai Islam. Mereka bukan sahaja gagal untuk memartabatkan Islam sebagai dasar pemerintahan, bahkan untuk melaksanakan hukum Islam terhadap diri sendiri dan keluarga mereka pun mereka tidak mampu.Sampai bilakah kita akan mendapat seorang Perdana Menteri yang sekurang-kurangnya telah menunjukkan peribadi dan teladan yang baik kepada rakyat.

Kita impikan seorang Perdana Menteri yang pro Islam, berakhlak mulia dan keluarganya yang sentiasa menjaga tatasusila yang baik, serta isterinya yang sentiasa menjaga aurat. Di antara kelima-lima Perdana Menteri Malaysia, siapakah Perdana Menteri yang isterinya sentiasa menutup aurat? Jawabnya tiada kerana bagi UMNO itu adalah perkara peribadi dan remeh, bahkan tidak seorang pun golongan agama di dalam UMNO yang berani menegur pemimpin mereka berkaitan isu menutup aurat ini. Sewaktu Pak Lah mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Mahathir, kita berbaik sangka dan mengharapkan inilah pemimpin yang kita nanti-nantikan, tambahan pula di awal pemerintahannya media mempamirkan bagaimana Pak Lah menjadi Imam sembahyang dan berkhutbah Jumaat. Namun kita hampa apabila melihat Pak Lah gagal membimbing isterinya untuk menutup aurat.

Terlepas lagi peluang kita untuk mempunyai Perdana Menteri yang mampu menegakkan hukum Islam yang asas terhadap diri dan keluarga sendiri. Sekiranya perkara asas yang begitu mudah itu pun beliau tidak boleh laksanakan, usahlah bermimpi untuk kita mengharapkan beliau akan memerintah berdasarkan dasar dan prinsip Islam. Bahkan, semakin kuat laungan Islam Hadhari, semakin banyak berlaku kezaliman, ketidak adilan dan berbagai masalah sosial yang berlaku. Tidak beberapa lama lagi kita mungkin akan menerima Perdana Menteri yang ke enam. Sudah tentu UMNO kini berkira-kira bahawa Najib akan menerajui kerajaan selepas Pak Lah. Adakah Najib lebih komited Islamnya daripada Pak Lah? Mungkin Najib berupaya juga untuk menjadi Imam sembahyang (walaupun penulis tidak pernah melihatnya menjadi Imam) ataupun Najib lebih lantang khutbah Jumaatnya dari Pak Lah. Tetapi, saya tidak pasti selepas Najib menjadi Perdana Menteri nanti, isterinya akan berubah dan menutup auratnya. Saya lebih suka bersangka baik, walaupun keadaan sekarang isteri Najib tidak kelihatan seperti isteri seorang pemimpin yang berjiwa Islam.

Selepas kita buat perbandingan keperibadian pemimpin-pemimpin UMNO tersebut, kita lihat pula pemimpin-pemimpin seperti DS Anwar dan juga Tn Guru Hj Hadi. Teliti dengan mata kasar dan baca dengan isi hati kita masing-masing perbezaan tokoh-tokoh ini. DS Anwar semenjak beliau di dalam ABIM sehinggalah terjerumus ke dalam UMNO dan kini berada di luar UMNO, beliau tetap tidak berubah dari segi keperibadiannya termasuk isteri dan anak-anaknya. DS Anwar juga mampu diangkat sebagai Imam sembahyang, mampu berkhutbah tanpa teks dan mempunyai isteri yang sentiasa menjaga aurat dan kehormatan dirinya. Memang terlalu jauh untuk kita membandingkan dengan Tn Guru Hj Hadi atau Tn Guru Nik Aziz kerana kedua-dua mereka bukan sahaja seorang ahli politik tetapi juga seorang ulamak.

Sememangnya sungguh bertuah sekiranya negara kita dipimpin oleh kedua-dua ulamak ini, tetapi paling tidak pun kita boleh berbangga jika mempunyai seorang Perdana Menteri seperti DS Anwar. Seandainya hati dan jiwa kita ada secebis keimanan, sudah tentu kita mahu melihat pemimpin yang memimpin negara ini terdiri dari mereka yang berjiwa Islam. Pemimpin yang ikhlas berjuang untuk Islam mestilah melaksanakan hak Islam itu ke atas dirinya dan keluarganya terlebih dahulu. Mudah-mudahan kita akan berpeluang melihat Perdana Menteri yang akan datang nanti berjiwa Islam sebelum kita melihat Islam itu sendiri ditegakkan di bumi Malaysia ini. Semoga Allah panjangkan usia kita sehingga kita dapat melihat Islam didaulatkan di negara ini dan fahaman kebangsaan serta sekular terkubur sehingga hari kiamat, InsyaAllah.

WFAUZDIN NS

Kini 2 pegawai UTK yg dtuduh membunuh Altantuya itu atas arahan Siapa?

Oleh Reformis Muda

Pagi ini kita dikejutkan dengan Pembebasan Razak Baginda @ tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, Tahniah diucapkan pada Ketua Hakim yang baru kerana mencipta kejayaan pertama melegakan bos mereka Datuk Seri Najib selaku bakal Presiden Umno. manakala 2 anggota UTK itu dipinta membela diri, kini timbul pula persoalan , Siapa yang arahkan mereka jika Razak baginda tidak bersubahat?takkan pandai pandai anggota pengiring Timbalan Perdana Menteri itu menembak dan mengebom dengan BOM C4 pada tubuh pada gadis Monggolia. yang ditembak dan diletupkan itu pula adalah orang yang terlibat dalam urusan urusniaga pembelian Kapal Selam dan Jet Sukhoi bersama Razak Baginda? apakah mereka suka suka meletupkan badan seorang gadis? kalau bukan Razak baginda siapa yang arahkan? Panglima Tentera ke? Menteri Pertahanan ke? Isteri Timbalan Perdana Menteri ke? ataupun Presiden Rusia. amat Mustahil jika mereka bertindak bersendirian dan menghilangkan data imigresen bersendirian dan mendapat akses mengeluarkan BOM C4 bersendirian.

Dengan pembebasan Razak Baginda lebih menimbulkan banyak persoalan dari penyelesaian.persoalannya kini atas arahan Siapa?Maka benarlah dalam tulisan saya sebelum ini, 2 anggota UTK ini menutup wajah mereka sepanjang perbicaraan adalah satu bentuk rancangan terperinci. Mustahil wajah mereka di tutup sepanjang perbicaraan jika tiada arahan. selalunya wajah tertuduh hanya ditutup hanya ketika tahanan Reman. malah bukan sahaja ditutup dengan pakaian mereka tetapi pelbagai corak topeng yang dibekalkan Polis. cuma yang tidak ada dipakai adalah topeng wajah Najib . betulkah ramalan saya sebelum ini Identiti mereka akan ditukar selepas perbicaraa selesai, paling tidakpun mengapa wajah mereka tidak dipamerkan untuk orang ramai membantu siasatan. atau takut takut wajah mereka dipadankan dengan gambar Najib dan Isterinya rosmah ditempat tempat tertentu? agak Mustahil juga Akhbar Malaysia yang begitu cekap tidak mempunyai rekod gambar tertuduh lebi 2 tahun lebih perbicaraan ini berlangsung.mungkin juga jabatan Polis pun kehilangan rekod gambar mereka. mungkin Najib sudah menyelesaikan masalah "kambing Hitam" yang perlu ada untuk melepaskan golongan atasan terlibat termasuk Najib. tapi mereka terlupa dengan keputusan Mahkamah hari ini lebih Banyak persoalan timbul.Tahniah diucapkan kepada ketua Hakim yang baru berlagak dirinya bersih dari Rasuah. anda berjaya melakukan reformasi Kehakiman yang pertama.


Lawan Tetap Lawan
Reformis muda

Saturday, October 25, 2008



Akhirnya Najib Percaya: UMNO & Dia DiPenghujung Kuasa,


Oleh ulitmayang"


“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur."Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

"Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti “ Alhamdulillah !!! , seperti memetik kata – kata TPM di atasWalaupun sudah agak terlewat , tetapi at least Najib akhir mengakui , DEB perlu dan harus dilakukan sesuatu samada untuk diromak , dihapuskan , terpulang kepada pencapaian dan keadaan semasa dan terkini sekurang – kurangnya , diakhir tempoh berkuasa umno/bn , bakal pemimpin nombor 1 ni , merasakan harus terus dikekalkan kuasa kepada umno maka , tidak dapat tidak , dan tidak dapat dielakkan , walaupun nanti akan dihentam , ,,,,beliau memberanikan diri mencampakkan dirinya untuk diuji dan dikritik tindakan ‘reverse psikology’ ini terpaksa dibuat ada yang mungkin percaya strategi serampang dua masa Najib ini , mungkin akan berkesan , bagi memanjangkan hayat umno & dapat lah beliau duduk di takhta , walaupun bukan untuk selamanya , sekejap pun tidak mengapa dengan kenyataan di atas Unsur DEB dihapus beransur , ada harapan orang melayu akan marah & bersatu mempertahankannya. tengok dan lihat saja lah dalam beberapa hari ini , “think tank’ dan kumpulan pemikiran umno yang berkeliaran di universiti tempatan akan mula menyalak , mendesak supaya DEB terus dipertahankan semangatnya dan lain – lainitu suatu kejayaan bagi najib , guna bagi menjarakkan diri nya dari pak lah , dan meletakkan nya sebagai tokoh umno popular kinikepada kaum cina , india dan lain – lain , mungkin itu yang ditunggu - tunggu selama ini.

DEB dikatakan mengandungi unsur – unsur ketidakadilan. Barangkali najib beranggapan orang – orang cina , india dan lain – lain akan berduyung – duyung kembali menykong bn !!!ini lah konsep politik umno , yang diamalkan sejak merdeka , dulu , kini dan “mungkin’ selamanya .
Unsur DEB dihapuskan beransur "

Sunday, October 19, 2008


Kenapa Najib lulus projek RM11 bilion tergesa-gesa?


KUALA LUMPUR, 19 Okt (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri Kewangan yang baru kerana tidak sabar-sabar untuk menandatangani kelulusan projek bernilai RM11.31 bilion tanpa melalui proses tender terbuka. Dalam ucapan perbahasan Bajet 2009 baru-baru ini, Anwar kesal menteri berkenaan seolah-olah berebut-rebut untuk meluluskan projek apabila sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri Kewangan. "Saya kesal dan dukacita. Bila Menteri Kewangan tahu beliau akan diangkat menjadi Menteri Kewangan, berebut betul-betul dan sebagai pengerusi jawatankuasa Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau High Speed Broadband yang bernilai RM11.31 bilion diluluskan oleh kerajaan dengan segera tanpa proses tender terbuka.

"Yang hendak berebut sangat itu apa dia? Tidak bolehkah tunggu sehingga dua minggu? Ini kerana kalau dalam masa dua minggu dijamin sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan negara ini sebanyak RM2.4 bilion. Tidak sabar hendak tunggu dua minggu kerana hendak sign juga," kata Anwar. Katanya, Menteri Kewangan menjadi 'super efficient' apabila meluluskan projek tetapi sangat 'inefficient' apabila hendak membuat projek dan penilaian baru. Menurut Anwar, dalam keadaan rakyat yang sedang menghadapi kesusahan kerana kenaikan harga barang kerana senang lenang meluluskan projek tetapi apabila hendak menyelamatkan RM2 bilion semata-mata kerana rakyat pun susah.

Anwar turut mendesak kerajaan mendedahkan ejen yang dilantik kerajaan dalam projek jalur lebar dan pembelian saham Bank Internasional Indonesia daripada Sorak Financial Holdings, oleh Maybank sebanyak 56 peratus. "Saya ingin tanya, seperti mana kes pertama, high speed broadband dan kes kedua, Maybank, siapa memilikinya? Siapa ejennya? Yang menyebabkan Menteri Kewangan terdesak menyegerakan kelulusan dan di mana wang yang dikatakan hangus kepunyaan bumiputera itu?" tegas beliau. Dalam pada itu, ketidakhadiran para pimpinan kerajaan ketika Anwar membahaskan bajet baginya memperlihatkan sikap angkuh yang langsung tidak mahu menghormati pandangan pembangkang.

"Saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua sepanjang saya menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun, saya tidak pernah meninggalkan dewan ini tatkala Ketua Pembangkang menyampaikan ucapan," katanya yang dikuti tepukan barisan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. - mks. _

Najib belum selamat,Abdullah sedang susun strategi

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkemungkinan tidak berpeluang untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri ekoran beberapa isu terkini yang dikaitkan dengan beliau. Beberapa penganalisa politik berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi biarpun ditekan hebat oleh pemimpin Umno agar berundur diri tidak akan melepaskan jawatan tersebut dengan mudah. Sebaliknya, Abdullah kini sedang menyusun strategi untuk memerangkap Najib dengan pelbagai isu yang boleh memusnahkan impian anak bekas Perdana Menteri kedua itu untuk menerajui kerajaan. Abdullah yang dibantu oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama geng tingkat empatnya sedang mengumpul sebanyak mungkin bukti penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Najib sepanjang memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Pendedahan kelulusan pembelian helikopter Cougar EC 725 kepada syarikat Eurocopter dalam "keadaan meragukan" serta dakwaan salah guna kuasa dalam kes Altantuya dikatakan dirancang oleh Khairy dan 'budak tingkat empat'. Abdullah dilaporkan telah memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan baru-baru ini untuk meneliti hal ehwal tender pembelian helikopter tersebut. "Keputusan Abdullah bertukar dari kementerian kewangan ke kementerian pertahanan kerana beliau mahu mendapatkan bukti untuk menjatuhkan Najib," kata penganalisa politik yang enggan identitinya dikenali. Kata penganalisa politik itu lagi, Najib sepanjang memegang jawatan Menteri Pertahanan telah membiarkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkuasa hingga dikatakan memiliki pejabat sendiri di kementerian tersebut.
"Ada yang mengatakan kalau mahu dapat kontrak dengan kementerian pertahanan perlu jumpa Rosmah bukan Najib," kata penganalisa politik itu lagi.

Abdullah juga dikatakan sengaja mengarahkan agar pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ditahan dibawah ISA kerana bimbangkan keselamatan penulis kontroversi itu. Tindakan menahan Raja Petra dilakukan semata-mata kerana tidak mahu Najib mengupah sesiapa sahaja mencederakan atau membunuh penulis tersebut. Raja Petra yang banyak mendedahkan salah laku Najib dikatakan memperolehi maklumat dari orang Abdullah. Kandungan SMS antara Najib dan peguam kanan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, dipercayai telah diberikan kepada pengedali Malaysia-Today oleh 'orang' Khairy kerana mahu memastikan imej Najib terus tercalar dan akan disiasat serta didakwa atas dakwaan salah guna kuasa. Jika Najib didakwa, Abdullah akan mengumumkan pelan peralihan kuasa dibatalkan dan terus kekal sebagai Perdana Menteri serta akan melantik Timbalan Perdana Menteri baru.

Manakala seorang lagi penganalisa politik pula berkata tindakan Abdullah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib merupakan isyarat tersembunyi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri itu. Kata penganalisa politik itu, tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair seorang menteri kewangan akan dilantik menjadi Perdana Menteri sebaliknya kebanyakan mereka akan disingkirkan. Dengan mengambil contoh penyingkiran yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Abdullah akan menggunakan cara yang sama untuk menyingkirkan Najib.

Penyatuan atas keikhlasan, ADUN PAS dan Umno berbesan


BAGAI PINANG DIBELAH DUA... Salleh Sheikh Ibrahim, 25, menyerahkan hantaran kepada isterinya, Ernie Muneerah Mohd Adhan, 25, selepas majlis akad nikah di Taman Sabariah semalam.


KOTA BAHARU: Berdasarkan sifat ikhlas dan kasih sayang terhadap anak, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik dan ADUN Sungai Abong, Johor, Dr. Sheikh Ibrahim Salleh bersedia mengenepikan perbezaan politik untuk berbesan.
Sikap terbuka itu menyaksikan Salleh Sheikh Ibrahim, 25, semalam diijabkabulkan dengan Ernie Muneerah Mohd Adhan, 25. Majlis akad nikah pasangan mempelai itu berlangsung di rumah Mohd Adhan di sini. Sheikh Ibrahim berkata atas dasar kasih sayang, agama dan bangsa, perbezaan politik dapat diketepikan jika ada keikhlasan di dalam hati untuk memastikan anakanak bahagia.
"Perkahwinan anak kami ini memang ketentuan tuhan, jadi untuk lihat dari aspek yang lebih luas seperti pertemuan PAS dan Umno, ianya bermula daripada keikhlasan untuk bangsa, agama dan negara," katanya. Bagi Mohd Adhan, hubungan anak perempuannya dengan menantunya tidak perlu dihalang atas sebab perbezaan parti kedua-dua bapa, kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak dan sebaliknya mungkin memberikan kesan buruk. "Sama dengan politik, kita tidak mahu mendapat susah kerana cuba menghalang sesuatu yang baik yang akhirnya membawa kesan kepada generasi akan datang," katanya.

Salleh dan Ernie Muneerah pernah bertemu sewaktu zaman persekolahan namun terpisah kerana pekerjaan keluarga. "Tidak sangka pula saya akan bertemu semula sewaktu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika kami mengambil jurusan yang sama dalam kursus ijazah Biologi Molekul. "Kami berkenalan rapat selama tiga tahun sebelum berkahwin hari ini (semalam)," kata Salleh dengan ceria. BERNAMA

Sunday, October 12, 2008



Mahathir mula tersenyum, Abdullah terpinggir




Perubahan mulai ketara selepas pengumuman Dollah Badawi tidak mempertahankan jawatan Presiden UmnO,MaHahadtir terperanjat kununnya kerana mendapati Dollah tidak mempertahankan jawatan ,,tapi didalam hati penuh keriangan dan kegumbiraan .Jarum halus yang mulai dicucuk sebelum ini tumpul dan gagal membuat kan Tun Mamak niee,,, merajuk diri ..keluar dari pertubuhan yang selama ini menjadi tautan mengumpul harta dan memperkaya anak anak dan kroni.. , Senyum tambah melebar lagi ,apabila jarum yg dicucuk buntut melalui proksi nya Tan Sri Mahyuddin mulai terasa kaitan dan ikutan jarum nya yang mengait dan tersusun kemas.Kali ini dollah tersembam dan terkoyak serta mahu dilondehkan Baju besi PM yang cuba dipertahankan selepas melalui perestasi buruk PR 12 yang lalu.terurai jahitan nya.Menanti penuh dengan keriangan yg tidak terhingga bakal pemakai pamakai nya yg terlalu sangaat mengidamkan nya.

Mahathir.. bertambah senyum dan girang..manakan tidak Dato Sri Najib yg disokong nya sebelum ini mulai mendapat tempat.. dlm parti yang hampir pupus dibawah nahkoda Pak Dollah. Senyum bertambah lebar lagi ,,pencalunan anak nya telah mengatasi menantu PM yang akan diterajang olih puak puak UMNO sendiri. Legasi peninggalan nya akan cuba disambung olih anaknya pula. Bagitu juga Najib legasi ini akan disambung mac 2009 setelah Allahyarham bapa nya. Mahathir tersenyum lagi..,kali ini mahathir akan membantu menyokong menguatkan UMNO ,seperti ikrarnya ..kerana dia tahu ,,.Pak Dollah semakin hilang Kuasa nya .

.Bukan saja menguatkan UmNO dan memperkukuhkan nya Tapi akan cuba mambantu anak nya memenangi Pemilihan Ketua Pemuda UMNO..dan seterunya mengekalkan Legasi Keturunan nya dalam menjadi Pemimpin tertinggi UMNO-PM . Mahathir tersenyum lagi.. "

Pak Lah - Pengorbanan atau dikorbankan?
Oleh koropi"




Apakah yang berlaku apabila ketua harimau sudah kehilangan taring? Sudah tentulah ia tidak lagi digeruni harimau-harimau yang lain dan jika ada bangkai yang ditinggalkan, sudah tentulah pula harimau-harimau lain akan berebut-rebut untuk mendapatkan bangkai tersebut. Itulah perumpamaan realiti yang berlaku di dalam UMNO pada ketika ini. Pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO Mac tahun depan dianggap sebagai satu pengorbanan besar oleh ramai pihak khususnya dari kalangan pemimpin UMNO sendiri. Banyak kenyataan-kenyataan positif yang dikeluarkan yang menunjukkan mereka sebenarnya ‘mengalu-alukan’ keputusan bapa mertua Khairy Jamaluddin itu.Desakan agar Pak Lah yang bermasalah ini untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri telah disuarakan oleh beberapa pemimpin UMNO sejak kekalahan BN dalam pilihan raya Mac lalu lagi.


Namun, bekas Mr. Clean ini berkali-kali menegaskan tidak akan berbuat demikian kerana beliau masih mendapat sokongan rakyat, katanya. Tidak tahan panas telinga dengan desakan pemimpin tertinggi dalam UMNO sendiri, maka Pak Lah terpaksa membuat pelan peralihan kuasa yang ditetapkan pada Jun 2010. Namun, suara-suara pedas yang memanaskan telinga Pak Lah masih belum puas hati kerana 2010 dirasakan terlalu lama. Desakan dilakukan lagi agar proses peralihan kuasa dipercepatkan. Kini, Perdana Menteri Malaysia kelima ini nampaknya terpaksa akur dengan kehendak ‘musuh’ di dalam selimut yang mahukan beliau turun dari takhta secepat mungkin. Setelah pengumuman dibuat untuk tidak mempertahankan jawatan presiden UMNO dan sekali gus menyerahkan kepimpinan negara kepada Timbalannya, maka ramailah pula pihak yang beranggapan bahawa ini satu pengorbanan dari beliau. Benarkah ini satu pengorbanan, atau Pak Lah sememangnya terpaksa berkorban kerana sudah tidak tahan dengan desakan dari luar, bukan dari dirinya sendiri? Kalau ikutkan hatinya, mungkin beliau masih ingin menjadi Perdana Menteri, setidak-tidaknya sama tempoh dengan Tun Dr Mahathir yang telah memegang takhta selama 22 tahun.


Jika semasa Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendiriannya dengan tegas yang mahukan peralihan kuasa dipercepatkan, dia dikecam daripada segenap penjuru oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain kerana dianggap telah ‘menderhaka’ kepada Presiden Parti. Namun sebenarnya ternyata, pandangan Muhyiddin itu telah mendapat tempat nun jauh di lubuk hati setiap pemimpin tertinggi UMNO, cuma yang lain masih kecut perut untuk bersuara. “Silence majority’ dalam kepimpinan UMNO ternyata telah menyebabkan Pak Lah terpaksa berundur lebih awal, dari mendapat malu kalah dalam pertandingan Mac nanti. Kebiasaan yang wujud di dalam UMNO adalah terdapat ‘perang saudara’ yang sengit dan tidak kurang juga banyak kambing hitam yang perlu dikorbankan di dalam setiap kali pemilihan parti berlangsung. Kini, nampaknya majoriti pemimpin UMNO bersetuju bahawa yang patut dijadikan ‘korban’ kali ini adalah ketua mereka sendiri, dan sebagai satu penghormatan, mereka bersepakat agar ‘korban’ tersebut tampil ke hadapan bagi menyatakan ‘pengorbanannya’. Hakikat ini lebih mulia dari ketuanya ‘terkorban’ semasa pertandingan nanti, yang mana besar kemungkinan untuk ianya berlaku.


Persoalan kepada rakyat, khususnya kita umat Islam adalah, siapakah yang untung daripada pengunduran Pak Lah ini? Sudah tentulah tidak ada apa-apa keuntungan kepada rakyat kerana penggantinya nanti pun sama-sama sekular dengan orang yang diganti, sistemnya pun nanti sama, kepimpinannya nanti pun sama, malah tidak mustahil lebih zalim dari yang sebelumnya. Pokoknya, tidak ada keuntungan sedikit pun baik kepada Islam mahupun umatnya kerana agenda mereka adalah sekular, bukannya Islam. Kita langsung tidak mendengar pengganti PM nanti akan menegakkan syariat Islam secara kaffah dan menukar matlamat perjuangannya, apabila dia memerintah nanti. Apa yang kita dengar adalah perebutan jawatan sesama ahli UMNO yang semakin hebat dan tidak ada satu pun suara di kalangan mereka yang ingin menegakkan hukum Al-Quran dan Sunnah.Sisa-sisa kekayaan negara yang masih banyak yang bakal ditinggalkan Pak Lah kini tentunya menjadi perhitungan dan rebutan, bukan sahaja di kalangan pemimpin atasan, malah yang di bawah juga tidak mahu ketinggalan. Masing-masing pada ketika ini mungkin sudah ada yang mula mengira bajet dan mencari wang sebanyak mungkin serta memikirkan teknik terbaik bagaimana untuk merasuah para perwakilan UMNO nanti agar mengundi mereka.


Inilah hakikat yang berlaku dalam UMNO sejak dulu, kesan dari politik Kapitalis di dalam perjuangan assobiyah mereka. Malang sungguh bagi umat Islam, kerana inilah para pemimpin mereka. Semoga dengan usaha berterusan yang dijalankan oleh golongan yang ikhlas untuk menerapkan Islam dan mendirikan sistem Khilafah, semua pemimpin korup yang ada sekarang akan diganti oleh Alah dengan seorang Khalifah yang akan memimpin dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Insya Allah."

Friday, October 10, 2008


Khairy sifatkan BN gagal tunai janji


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) - Sambil berusaha untuk menafikan bahawa bapa mertuanya yang menjadi punca, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin menyifatkan prestasi terburuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac lalu berpunca dari kegagalan kerajaan pimpinan bapa mertuanya memenuhi janji pada pilihan raya umum 2004 lalu. "Sebab kita kalah dalam pilihan raya (umum) lepas bukan kerana kepimpinan tetapi kerana kita tidak memenuhi janji pada (pilihan raya umum) 2004. "Ia bukan hanya kepimpinan. Ia sebenarnya komitmen kita untuk berubah," mStar memetik menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu.

Beliau juga mengakui perubahan dalam kepimpinan akan membawa momentum baru kepada Umno. Bagaikan mengakui Umno akan berpecah belah jika bapa mertuanya tidak berundur, Khairy menyifatkan pengunduran Abdullah menunjukkan beliau meletakkan kepentingan parti melebihi dirinya dan ia perlu dilihat sebagai pengorbanan untuk penyatuan parti. Bagaimanapun, pertukaran kepimpinan sahaja tidak boleh menyelesaikan masalah sebaliknya pembaharuan yang dibawa Abdullah perlu diteruskan, kata suami Nori Abdullah itu. Khairy juga berharap pengunduran Perdana Menteri, yang juga bapa mertuanya daripada jawatan Presiden parti Mac ini tidak akan memberi kesan kepada peluangnya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.

"Kita tengok dulu (kesan). Saya harap tidak ada sebab saya bertanding atas kekuatan diri, bukan atas kekuatan Perdana Menteri," katanya ketika di majlis perasmian Institut Pengajian Kemajuan Islam yang dirasmikan Perdana Menteri, di Petaling Jaya semalam. Ditanya sama ada beliau sedih dengan pengunduran Abdullah, Khairy berkata, setiap perubahan kepimpinan akan membawa kesedihan lebih-lebih lagi kepada ahli parti yang terlibat. Ketika ditanya mengenai dakwaan terhadap dirinya yang membawa antara sebab pengunduran Abdullah, Khairy berkata, kepimpinan parti telah menjadi mangsa kejahatan dan tentunya akan mengheret beberapa individu untuk terlibat. "Ia adalah satu persepsi negatif yang sengaja dilakukan oleh orang-orang tertentu," katanya._

Pakatan pilih cara aman tukar kerajaan - Anwar


KOTA BHARU, 10 Okt (Hrkh) - Rakyat tidak seharusnya gusar biar pun tarikh pertukaran kerajaan yang diuar-uarkan 16 September lalu belum menjadi kenyataan, kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, lagi pun rakyat sebelum ini sanggup menunggu puluhan tahun bagi membolehkan Pakatan Rakyat bangkit pada pilihan raya umum lalu. "Puluhan tahun kita sanggup tunggu, tak kan hendak tunggu sekejap lagi pun tidak boleh," katanya pada ceramah perdana Aidilfitri di Padang Perdana, malam tadi. Padang tempat berlangsung ceramah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai. Ceramah itu turut mendapat liputan sebuah stesen televisyen dari Australia yang memfokuskan segmen kebangkitan semula Anwar.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail dan wakil-wakil rakyat Kelantan.
Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu pertukaran kerajaan berlaku seperti di Bangkok dan Filipina secara tidak aman. "Kita pilih secara aman biar pun usaha Pakatan Rakyat sebelum ini mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri tidak diendahkan. Begitu juga permohonan untuk mengadakan sidang parlimen khas juga tidak dihiraukan. "Malah Pakatan Rakyat sudah menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memaklumkan perkembangan terkini dalam Pakatan Rakyat yang sudah ada simple majority bagi membentuk kerajaan," katanya. Pada ceramah itu sekali lagi beliau menegaskan Islam menjadi tunggak utama kerajaan baru sebagaimana yang termaktud dalam perlembagaan. Katanya menjadi keutamaan Pakatan Rakyat untuk terus memartabatkan Islam dan PAS tetap menjadi penaju utama kepada kerajaan baru.

Menurutnya, setiap dasar kerajaan akan diputuskan bersama dengan parti-parti Pakatan Rakyat dan bukan menjadi dominan kepada pihak tertentu sahaja.
Anwar juga memberitahu beliau tidak setuju dengan cara pemimpin Umno menghina begitu rupa presiden mereka sehingga terpaksa membuat keputusan berundur Mac depan. "Oleh itu baki lima bulan yang ada sekarang Perdana Menteri hendaklah menggunakan ruang tersebut bagi memulihkan kembali reputasinya. Pertama membebaskan mereka yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kemunting. "Dato' Seri Abdulllah tidak perlu lagi takut kepada pemimpin lain dalam Umno kerana mereka sudah meneranjangnya sekarang," tambahnya. Beliau berkata, sekiranya Abdullah tidak menggunakan peluang tersebut, Pakatan Rakyat akan melakukannya dengan membebaskan semua tahanan ISA apabila dapat membentuk kerajaan kelak.

Hujah itu turut disokong Husam yang mahu Perdana Menteri menggunakan baki kuasa yang ada sekarang kerana penggunaan ISA muktahir ini begitu meragukan sekali. "Tidak pernah berlaku orang yang dikatakan kena ugut ditahan dan orang yang mengugut pula bebas di luar," katanya. Beliau juga berkata, petanda-petanda kejatuhan kerajaan BN semakin jelas sekarang apabila perpecahan dalam parti semakin ketara. Sebab itulah sekarang menurutnya, rakyat tidak sabar lagi menunggu kerajaan baru dibentuk dan bukan lagi sekadar pertukaran Abdullah kepada Najib. Saifuddin menjelaskan biar pun Najib menggantikan Abdullah pada Mac depan ia tidak menjanji apa-apa perubahan kepada rakyat kerana dasar parti tetap sama. "Institusi polis, peguam negara, badan rasuah masih lagi terkial-kial sekarang. Kerajaan yang diketuai Najib juga tidak menjanjikan masa depan yang baik.

"Oleh itu anggota-anggota parlimen BN dipelawa menyertai Pakatan Rakyat bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar telus dan adil dapat dibentuk melalui simple majority," ujarnya. - mj _

Tuesday, October 7, 2008

Annuar Musa dan BUDU



Oleh Mso

PENGERUSI Umno Kelantan yang tersalah sebut oleh Utusan sebagai Ketua Pembangkang, Annuar Musa membuat kenyataan Umno Kelantan bersedia menyokong Mohd Najib Razak untuk tanding Presiden Umno.Nampaknya Annuar Musa mendahului pengerusi perhubungan Umno negeri-negeri lain. Tindakan cepat itu mudah untuk dibaca, Annuar ingin menjadi orang pertama mendokong Mohd Najib. Itu saja.Cara beliau itu menurut seorang pemimpin Umno Kelantan macam hendak bersihkan dosa saja. Dosa apa? Mungkin dosa dengan Najib? Umum tahu Annuar Musa tidak rapat dan mesra dengan Mohd Najib. Jadi apabila ruang terbuka untuk Najib jadi presiden maka beliau cepat-cepat kena menyatakan sokongan. Nanti kalau lewat terlepas pula.Annuar pun tahu yang Najib mempunyai ramai peminat dan penyokong. Lambat-lambat nanti terkelakang pula. Kan aniya! Kalau tidak boleh duduk di kepala duduk diekor pun tak mengapa. Ini musim Umno dah nak karam.


“Cara Annuar itu tidak bermaruah langsung. Nampak sangat hendak bodek. Dia lupa jawatan pengersi perhubungan Umno Kelantan itu Pak Lah yang beri,” begitulah komen pemimpin berkenaan yang tahu benar hati budi bekas Adun Ketereh itu. Agak marah juga dia.Katanya lagi dengan menyindir; memang Tuhan suruh kita bersihkan dosa, tetapi bukan cara seperti itu. Berish dosa dengan taubat nasuha...” sambungnya lagi sedikit ketawa kecewa.Annuar sepatutnya tidak membuat kenyataan begitu bagi pihak Umno Kelantan. Beliau perlu diamkan dan tunggu hingga hari esok. Kalaupun beliau menyatakan sokongan pada Najib tidak ke mana juga beliau. Kan Najib sudah ada banyak orangnya di Kelantan.Mohd Fatmi Che Salleh, Awang Adek Hussein adalah antara orang-orang harapan Najib di Kelantan. Kalau Najib jadi Presiden Umno, Najib tidak akan lantik Annuar jadi pengerusi Umno Kelantan pun. Cukuplah sudah dua pilihan raya Annuar jadi Pengarah, Umno bertungging langgang juga di Kelantan. Kemampuan dan daya arkitektual telah pun terjamin. Ilmu perancangan bandar yang dimilikinya tidak menyumbangkan kemajuan dan kemodenan kepada Umno Kelantan melainkan mengembungkan kocek baju dan seluarnya saja.


Najib pasti akan ambil Awang Adek atau Fatmi jadi pengerusi dan timbalannya. Kerja Annuar itu kerja sia-sia saja, untung tak dapat rugi ada. Apa yang Annuar lakukan itu macam bakar plastik atas tapak tangan saja!Tujuan Annuar mengalu-alukan Najib itu pun kita faham. Dia mahu tumpang rakit Najib. Annuar sedang menghitung untuk tanding Naib Presiden. Jadi manalah tahu dengan menyokong Najib itu pengaruh Najib akan mengecik ke arahnya, untung-untung dapat juga seundi dua! Ada angin juga Annuar nak baiki kedudukan!Melihat cara Annuar juga tidak ada semangat Kelantan langsung. Kalau dia ada semangat Kelantanis dia tidak akan mengalu-alukan Najib tanding presiden. Bukankah ada calon dari Kelantan yang menawarkan diri ke jawatan itu?Apa salahnya kalau Annuar hanya diamkan diri saja tanpa menyebut Najib kerana dia sudah tahu Tengku Razaleigh Hamzah ke hulur ke hilir tunjukkan diri untuk bertanding. Kalau tak nak sokong pun janganlah sampai perkecilkan Tengku Razaleigh begitu sekali. Dalam konteks orang Kelantan Annuar tidak layak duduk di Kelantan.Annuar ini pun jenis tidak mengenal budi macam Najib juga.


Kalau Umno Kelantan ada masalah dan nak cari kekuatan dan perpaduan nak lawan Pas maka ke rumah Tengku Razaleigh dia jaja mukanya. Dia tidak akan ke rumah Najib. Namun bila sampai saat nak ‘berkenduri’ dia lupa Tengku Razaleigh.Tengku Razaleigh pun satu rajin dan tidak serit-serit melayan Annuar Musa walaupun Annuar benci ulat tahi kepadanya!Patutnya Annuar sukar untuk diterima oleh rakyat Kelantan. Sebab politiknya politik nasional. Sifat kenegarawannya begitu luas dan ada sedikit pun sikap local. Selagi Annuar amalkan sifat itu selama itulah Umno Kelantan tidak akan ke mana. Umno Kelantan akan duduk tahap itu saja.Jadi tidak hairanlah kalau dalam pilihan raya lalu lawan anak buahnya sendiri (Aziz Kadir) pun Annuar boleh tersungkur baham tanah.


Padahal Aziz Kadir itu hamba sahayanya yang diperlekeh dan diperkecilkan.Beliau juga jenis tidak ada maruah. Kalau kita gajah tiba-tiba boleh tewas kepada semut, sepatutnya jangan jadi gajah lagi. Kembailah jadi semut ataupun atau haiwan lebih kecil. Malu! Letak dan lepaslah jawatan pengerusi Umno Kelantan itu.Namun bak kata pepatah orang politik mana ada maruah dan air muka! Dan bagi Annuar dia tidak peduli Tengku Razaleigh ke maruah ke, yang penting dia terus dapat makan BUDU menerusi jawatan itu. Segala-galanya kerana BUDU!


Islam Hapus Dasar Perkauman ??

"SEBELUM kemunculan Islam, umat manusia berada dalam keadaan berpecah-belah dan permusuhan. Tiada sebarang ikatan di antara mereka selain 'asabiah' (perkauman yang keji dan sempit). Pada ketika itu hanya wujud perkauman Arab, Parsi, Tauran dan beberapa bentuk perkauman lain. Perkauman itu pula terbahagi kepada beberapa fahaman etnik, puak dan juga kabilah seperti Aus dan Khazraj di Madinah, Bani 'Adnan dan Bani Qahtan di Semenanjung Tanah Arab, golongan Asyuriyyin di Iraq dan Lubnan dan bangsa Barbar di Maghribi.Apabila Islam muncul, keadaan itu mulai berubah. Semua umat manusia diseru supaya meninggalkan segala bentuk ikatan jahiliah yang sempit, sebaliknya disarankan bersatu membentuk satu umat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu iaitu agama yang mempunyai satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku." (Surah al-Mukminun, ayat 52) Firman-Nya lagi yang bermaksud, "Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (pada masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.

Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (Surah Ali 'Imran, ayat 103)Begitulah Islam berjaya mengubah sikap taksub bangsa dan perkauman, malah menyeru semua kaum supaya bersatu menjadi satu umat yang bersaudara dan bersatu padu. Sebarang kelebihan sesuatu kaum itu hanyalah berdasarkan kepada kekuatan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berusaha mewujudkan perpaduan dan persaudaraan yang menyeluruh di kalangan umat Islam yang terdiri daripada pelbagai kaum dan antara orang Islam dengan bukan Islam. Usaha murni Rasulullah SAW dapat dilihat sebaik saja Baginda berhijrah ke Madinah. Selain itu, Baginda SAW juga menyatupadukan antara golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Usaha Rasulullah SAW menghapuskan fahaman perkauman ini menjadi asas pembinaan sebuah negara Islam seterusnya sebagai empayar Islam yang unggul dan terbesar. Usaha Rasulullah SAW itu adalah selari firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam membuat dosa serta permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)Bagi memperkukuhkan lagi negara yang dibina, Rasulullah SAW berusaha menjalin persepakatan dan kerjasama dalam hal dibenarkan syarak antara umat Islam dengan kaum Yahudi yang tinggal di Madinah. Proses penyatuan dan kerjasama itu dilaksanakan oleh Baginda SAW melalui Perlembagaan Madinah dengan cara diplomasi. Melalui perlembagaan itu hak asasi manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan terjamin.

Di samping itu, ia menetapkan bahawa pertahanan negara adalah tanggungjawab bersama antara umat Islam dan kaum Yahudi. Namun begitu, kerjasama yang dilaksanakan Rasulullah SAW itu tidaklah berbentuk toleransi yang melulu terhadap orang bukan Islam. Sebenarnya umat Islam diharuskan menjalin perhubungan yang baik dengan orang bukan Islam. Perhubungan ini harus dipupuk dengan persefahaman dan kerjasama yang sihat semoga suasana aman dan harmoni dapat dicapai demi untuk meningkatkan lagi pembangunan masyarakat. Namun demikian, sejarah juga mengajar kita bahawa sikap berhati-hati tidak harus dilonggarkan sehingga persediaan kita untuk bertindak memulihkan kekeruhan dan ketegangan yang berlaku terjejas keberkesanannya.Rasulullah SAW menunjukkan satu contoh unggul dalam menghapuskan fahaman perkauman. Oleh itu, kita sebagai orang Melayu beragama Islam wajar menjadikan usaha itu sebagai contoh dan panduan bagi mengembalikan kegemilangan perpaduan yang sudah lama dibina. Kita seharusnya menolak segala budaya berbentuk jahiliah sempit dan menerima segala amalan kebaikan.

Oleh itu, elemen perpaduan yang dilaung-laungkan selama ini, wajib diberi perhatian serius oleh semua pihak. Ia bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh atau dipermainkan tetapi ia adalah syariat Islam.Realitinya, tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan umat Islam kini masih belum menghayati dan mengamalkan sepenuhnya seruan perpaduan ini. Umat Islam dilihat terlalu taksub kepada semangat kepartian, keturunan dan kedudukan pangkat masing-masing sehingga melupai seruan perpaduan Islam. Jika sifat taksub masih membelenggu jiwa umat Islam, maka sukar untuk mewujudkan sebuah negara Islam yang kuat, maju, aman, berintegrasi pada peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam suasana harmoni serta bekerjasama sepenuhnya secara adil.Sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah SWT, kita tidak seharusnya menjadikan perbezaan fahaman politik dan kedudukan pangkat sebagai punca perpecahan. Ini kerana agama lebih penting daripada parti politik dan segala ideologi ciptaan manusia. Justeru, untuk mengekalkan kestabilan, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara, elemen perpaduan dan persaudaraan amat penting.

Sesebuah negara tidak mungkin dapat berdiri teguh jika masyarakat tidak bersatu padu ibarat pepatah Melayu: "Bersatu kita teguh bercerai kita roboh." Sesungguhnya perpecahan boleh mengundang banyak kerugian dan kelemahan kepada umat Islam. Sesebuah negara itu lebih senang dijajah apabila masyarakatnya tidak bersatu dan hidup tidak berpandukan al-Quran dan hadis. Kewujudan perpaduan di kalangan umat Islam jelas merunsingkan musuh Islam. Malah isu perpaduan umat Islam diberi perhatian serius oleh mereka.Segala misi musuh Islam untuk menjajah negara umat Islam tidak akan berjaya selagi wujud perpaduan. Oleh itu jelaslah betapa pentingnya perpaduan dan persaudaraan ini. Kesimpulannya, perpaduan yang kukuh pemangkin kepada kecemerlangan dan kegemilangan negara serta tamadun Islam. Justeru setiap umat Islam hendaklah menghayati dan mensyukuri nikmat perpaduan serta berusaha memeliharanya sepanjang masa.


Monday, October 6, 2008


Dr Mahathir tidak percaya PM akan berundur



KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhasrat untuk mengumumkan pengundurannya sebagai Presiden Umno. Abdullah disebut-sebut akan mengumumkan pengundurannya itu sebelum mesyuarat bahagian-bahagian Umno 9 Oktober ini. "Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalik. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya. "Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji," mStar memetik Dr Mahathir sebagai berkata ketika ditemui pemberita di rumah terbukanya di Seri Kembangan hari ini. Dr Mahathir juga mengalu-alukan tindakan ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden selaras dengan amalan demokrasi yang dipraktikkan parti. Bagaimanapun katanya, pertandingan itu perlulah berlangsung secara sihat tanpa sebarang taktik kotor.


"Baguslah... bertandinglah... kita demokrasi. Jangan main kotor sudahlah. "Jangan bayar duit, jangan sogok. Kita tunjuk kebolehan kita, insya-Allah, orang akan pilih kita. "Tapi kalau guna tekanan, kilas tangan orang, tarik balik kontrak, ini bukan demokrasilah," kata beliau ketika pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri di kediamannya The Mines Resort City di sini, hari ini. Beliau berkata, dalam pemilihan akan datang, tidak perlu wujud istilah pasukan kerana jika sesebuah pasukan itu kalah, mereka akan sukar bekerjasama dengan pasukan yang menang. "Ini bukanlah Amerika Syarikat. Tak perlulah ada pasukan. Kalau kita menang, pasukan kita menang, nak bekerjasama dengan orang yang lawan kita itu susah.


"Kita boleh masing-masing bertanding jawatan masing-masing, dan kita harus sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja yang menang," katanya. Ketika ditanya sama ada Umno memerlukan kesinambungan pemimpin lama dan baru seperti yang berlaku dalam parti MCA dan Gerakan pada masa ini, Dr. Mahathir berkata, pemimpin-pemimpin perlu mencontohi Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting yang mengundurkan dirinya pada pemilihan parti akan datang ekoran prestasi kurang memberangsangkan dalam pilihan raya umum yang lalu. "Tapi ada sesetengah pemimpin, dah kalah teruk pun, masih kata menang... tak mahu tarik diri. "Dulu zaman Tunku (Abdul Rahman), bila orang tak suka kat dia, dia tarik diri. Zaman Datuk Onn (Jaafar), bila orang tak setuju dengan dia, dia pun tarik diri. Ini saya dengar, orang tak cakap lain... itu saja, tapi tak mahu tarik diri," katanya. Berhubung keputusan beliau untuk menyertai semula Umno, Dr. Mahathir berkata, beliau sudah lama membuat keputusan itu iaitu sejak beliau keluar daripada Umno lagi tetapi ia bersyarat.


"Saya kata saya akan menyertai semula Umno tapi ada syarat... syarat tu kamu pun tahu. "Tapi rupa-rupanya ramai yang keluar Umno setelah saya keluar. Jadi kalau saya masuk, orang-orang ini tak dapat masuk, tak adillah. Masa keluar, mereka ikut... saya masuk, mereka tak boleh ikut. "Kita jangan lupa mereka ini punya kuasa undi. Kalau mereka berada di luar Umno dan mengundi parti lawan, Umno mungkin akan kalah," katanya. Dr. Mahathir berkata, kehadiran tetamu kira-kira 10,000 orang pada rumah terbukanya tahun ini agak luar biasa dan ia mungkin disebabkan beliau menguar-uarkan tentang hal itu dalam laman blognya, chedet.com_

PAS tunggu kena ‘sembelih’?





"Semua maklum bahawa adalah tidak mustahil nasib PAS akan dipersia-siakan sekiranya pentadbiran kuasa tidak berada dalam tangan mereka sekalipun mereka yang membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.Mufti Perlis dalam blognya menjelaskan bahawa dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.


Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab.


Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah.


Justeru, ahli-ahli PAS mestilah sentiasa berhati-hati dan jangan cuai. PAS dilihat banyak dipimpin dari memimpin. Kalau pun PAS menyokong kuat Anwar, PAS mestilah ada perancangan sendiri dan jangan terlalu bergantung kepada perancangan orang lain. Paling kurang pun, PAS mesti ada perancangan jangka pendek dan jangka panjang berhubung cara-cara mencapai matlamat pelaksanaan konsep-konsep Islam. Sebagai contoh, PAS memerintah Kedah dan Kelantan dan MB pun dari PAS. Sewajarnya, PAS melaksanakan program-program menyedarkan golongan pelajar dan masyarakat tentang konsep hudud dan qisas yang sebenarnya. Paling tidak, PAS sepatutnya membuat pamphlet-pamplet yang menjelaskan dan membetulkan salahfaham tentang hukuman dan syariah Islam dan kesemua maklumat ini perlu disampaikan kepada golongan pelajar. Kalau kawasan sekolah tidak boleh dimasuki untuk menjelaskan Islam, PAS perlu membuat perancangan agar nota-nota ini dapat disampaikan juga kepada masyarakat melalui aktivis-aktivis PAS.


Baguslah kalau kepimpinan PAS zuhud dan tidak materialistic. Tapi itu bukan alasan untuk tidak bersungguh-sungguh menjayakan kerjasama ekonomi. Sehingga hari ini, tidak kedengaran apa-apa mesyuarat atau kerjasama ekonomi secara terancang antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Sepatutnya, kesemua pemimpin Pakatan Rakyat bekerjasama dan membuat kerjasama ekonomi antara negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Negeri yang banyak ternakan boleh menjual dengan harga yang murah sedikit kepada negeri lain dan begitu juga dalam isu-isu lain. PAS dilihat lebih selesa berceramah kepada golongan kaki masjid. Kalau dah golongan tu golongan kaki masjid, tentulah mereka dah ada asas agama yang agak kuat. Hassan al Bana berceramah kepada golongan kaki disko dan golongan sesat. PAS patut berhenti mengambil langkah mudah dan patut lebih bersungguh-sungguh.


Semoga perjuangan sentiasa dibuat secara terancang dan teliti."

Friday, October 3, 2008


Anwar saja ke yang layak jadi PM ?


Oleh amkns


"Sekiranya Pakatan Rakyat atau bukan Barisan Nasional yang memerintah negara Malaysia ini , adakah Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) seorang sahaja kah yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia ? Untuk rakyat yang mahukan perubahan pimpinan kerajaan , mana yang lebih utama ? Pakatan Rakyat menerajui negara atau DSAI sebagai Perdana Menteri ?Sudah pasti yang utama ialah Pakatan Rakyat menerajui negara. Di kala Barisan Nasional mengenakan pelbagai cubaan untuk menyekat Pakatan Rakyat daripada melakukan perubahan pemerintahan negara , DSAI seharusnya mengubah strategi dan mempelbagaikan strategi sesuai dengan perkembangan politik semasa serta sentimen perkauman yang dimainkan oleh pihak tertentu.


Ketika ini seolah-olah hanya DSAI sahaja yang mampu melakukan perubahan. Apa akan terjadi sekiranya apa-apa berlaku pada diri DSAI , walaupun kita sentiasa mendoakan agar DSAI sentiasa selamat dan dilindungi agar dapat meneruskan agenda perubahan sehingga berjaya ? DSAI sepatutnya sudah menanamkan keyakinan kepada rakyat , penyokong dan ahli Pakatan Rakyat bahawa sekiranya apa-apa berlaku pada dirinya Pakatan Rakyat mempunyai ramai pemimpin untuk meneruskan agenda perubahan. Malah Pakatan Rakyat mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber , professional dan berpengalaman untuk dilantik menjadi Perdana Menteri baik dari PKR , PAS , Bebas atau mungkin dari mereka yang akan melompat parti. Oleh kerana seolah-olah sekarang penyokong dan penentang Pakatan Rakyat ditanamkan dalam minda mereka hanya DSAI yang layak jadi Perdana Menteri atau akan jadi PM jika Pakatan Rakyat menerajui negara , maka pelbagai serangan peribadi telah dan akan ditujukan kepada DSAI.


Seperkara lagi selain daripada serangan peribadi terhadap DSAI ialah serangan sentimen perkauman antaranya sekiranya Pakatan Rakyat menerajui negara maka ahli parlimen Melayu akan kurang dalam Pakatan Rakyat, barisan kabinet Melayu akan kurang , Timbalan Perdana Menteri daripada bukan Melayu akan dilantik. Isu ini seharusnya ditangani dengan bijak oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Satu formula kongsi kuasa haruslah diadakan untuk menangani isu ini. Adakah pembahagian jawatan kabinet dan jawatan Timbalan Menteri mengikut peratusan kaum sedia ada yang diamalkan Barisan Nasional , mengikut peratusan pengundi , mengikut peratusan kaum atau mengikut peratusan ahli parlimen dan seterusnya. Selain dari itu kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat serta pimpinan Pakatan Rakyat seharusnya menilai prestasi setiap wakil rakyat dan ahli Parlimen mereka sejauh mana menjalankan tanggungjawab mereka. Ini akan menunjukkan keseriusan dan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk menerajui Malaysia secara amnya.


http://amkns.blogspot.com "

Sunday, September 28, 2008



Pas: Beringat sebelum kena..!





Memang seperti yang dikatakan sahabat penarik beca yang Pas agak lesu sekarang.Tapi itu bukanlah bermakna Pas lemah dan tidak ada langsung gerakerja yang dibuat. Baik di peringkat cawangan, dewan-dewan mahupun di Kawasan, kerja-kerja perti tetap berjalan seperti biasa.Yang lemah dan nampak lesunya hanya di peringlat atasan yang barangkali mengambil sedikit masa untuk merangka strategi dan membuat perhitungan politik.Kepenatan selepas bersama berikhtiar memenangkan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dan bersambung pula dengan Ramadhan agaknya menjadikan sebahagian pimpinan sibuk dengan agenda tazkirah dan dan memenuhi undangan di merata tempat.Itu perkara biasa...tapi saya tidak nafikan memang ada sedikit mis-controll agaknya di kalangan pimpinan terutamanya apabila melibatkan gendang peralihan yang dipalu Anwar.Kemungkinan besar Pas tidak banyak membuat kenyataan berhubung isu ini kerana maklumat yang terhad dari Anwar.


Hanya akhir-akhir ini saja Anwar kelihatan mula berkongsi cerita dengan Pas setelah berjumpa Tok Guru Presiden dan Mursyidul Am.Senyapnya Pas itu bukan bererti lemah dan hilang punca tapi mungkin ingin memberi ruang kepada Anwar yang yakin dengan percaturannya boleh mengambil-alih teraju kerajaan.Maklumlah setelah 10 tahun diketepikan dari politik justeru comeback yang grand barangkali perlu untuk mencari pengaruh.Dan sememangnya Anwar berjaya menghuru-harakan BN buat seketika walaupun langkahnya itu sumbang sedikit apabila beliau seakan mengetepikan rakan gabungan yang lain.Harus diingat, perjuangan PR bukan semata-mata perjuangan Anwar dan Anwar seorang bukanlah mewakili PR keseluruhannya.


Kerja-sama mantap perlu digembeleng.Saya kagum dengan kebijaksanaan Dato' Presiden yang tidak terikut-ikut dengan rentak Anwar ini.Cuma yang dibimbangkan ialah keghairahan pimpinan muda Pas yang begitu taksub dengan Anwar sehingga membelakangkan keputusan parti.(jika ada)This is not good!Terlalu ambitious,gopoh dan tidak wala' kepada pimpinan atasan dan keputusan jemaah hanya akan mendatangkan masalah kepada parti.Dato' Presiden dan Mursyidul Am perlu tegas dalam membentuk pimpinan pelapis ini.Jangan sampai anak muda di cawangan lebih wala' kepada pimpinan tertinggi daripada kalangan AJK Pusat contohnya.Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pimpinan yang punya agenda peribadi dan cuba mendapatkan kedudukannya sendiri.


Selagi Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pegangan kita,insyaAllah kita tidak akan dibutakan dengan lenggok politik yang berkepentingan!Jika sudah ada atau akan ada individu yang sebegini dalam Pas..watch out..anda sedang diperhatikan dan kami tidak redha pemimpin yang berkepentingan peribadi ada di kalangan kami. here i'm"

Nasib Abdullah ditentukan dua minggu lagi



Oleh Mohd Rashidi Hassan


Kedudukan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawai sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno yang amat kritikal sekarang ini, dijangka akan ditentukan dalam tempoh dua minggu lagi. Kedudukan Abdullah amat getir, keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan sudah memendekkan tempoh hayatnya yang dijadualkan pada bulan Jun 2010. Desakan pihak-pihak tertentu dalam Umno supaya Abdulllah berundur segera, berjaya dipendekkan daripada 21 bulan (Oktober 2008 - Jun 2010) kepada enam bulan sahaja. Walaupun diberi alasan tempoh sehingga Mac diambil, untuk memberikan ruang kelicinan proses peralihan kuasa kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, namun besar kemungkinan ia lebih pendek dari tempoh enam bulan. Selesai mesyuarat MT sebentar tadi, Abdullah berkata beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula. Tempoh dua minggu itu diambil untuk Abdullah mengambil kira 'feedback' daripada Umno Bahagian yang akan bermula mengadakan persidangan 9 Oktober ini.


Di sebalik larangan peraturan Tataetika Umno yang ketat dan kelebihan undi bonus yang ada kepadanya sebagai Presiden Umno, Abdullah dilaporkan tidak yakin beliau dapat melepasi kuota pencalonan sebanyak 30 peratus atau dari 58 bahagian. Ada sumber berpendapat, Abdullah berada dalam keadaan terdesak akibat keengganan timbalannya memberi laluan kepada beliau untuk kekal sebagai Presiden untuk tempoh tiga tahun lagi. Sumber menyebut, Abdullah ada meminta Najib supaya mengumumkan segera untuk hanya bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, sekaligus memberi laluan kepada beliau, tetapi Najib enggan berbuat demikian. Justeru, Abdullah tidak ada pilihan. Rundingan orang-orang kem Abdullah dengan kem Najib menemui jalan buntu.


Abdullah sudah beberapa kali didesak berundur lebih awal oleh ahli-ahli Umno, hasrat beliau untuk kekal sebagai Presiden sepenggal lagi menemui jalan buntu.
Jika dalam tempoh dua minggu ini Abdullah gagal mendapat 'feedback' yang meyakinkan, Abdullah terpaksa berundur lebih awal. Sudah tentu Abdullah tidak sanggup menerima malu jika penyandang jawatan Presiden mendapat pencalonan yang sedikit atau tidak layak bertanding jawatannya. Tekanan yang dihadapi Abdullah turut dirasai calon Ketua Pemuda Umno iaitu menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kecewa ramai anggota pemuda dilarang menemui beliau. Jika Abdullah gagal kekal sebagai Presiden Umno, sekaligus, ia akan mematikan peluang Khairy untuk merebut jawatan Ketua Pemuda. _