Saturday, May 31, 2008


Tiada ijazah, kenapa Rosmah dilantik Canselor Unisel?

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Perlantikan isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) dipersoal dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini.Unisel ditubuhkan dan dimiliki oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor pada tahun 1999 dan merupakan universiti pertama yang dimiliki oleh kerajaan negeri. Isu itu dibangkitkan oleh Adun Kampung Tunku, Lau Weng San ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2008 baru-baru ini yang mahu memberi perhatian kepada kualiti barisan kepimpinan Unisel yang amat penting untuk melahirkan graduan-graduan yang berkualiti.

Beliau tertarik dengan hala tuju Unisel untuk tahun akan datang di mana beliau berpendapat potensi universiti ini perlu dikembangkan dengan segera agar negeri Selangor dapat melahirkan sumber manusia yang berkualiti tinggi.
Katanya, beliau begitu prihatin terhadap barisan kepimpinan Unisel yang dianggotai oleh individu-individu yang tidak mempunyai kelayakan akademi yang diperlukan untuk memimpin Universiti. "Contohnya perlantikan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Timbalan Perdana Menteri sebagai Canselor Unisel. "Beliau tidak mempunyai sebarang Ijazah Kedoktoran Falsafah langsung. Saya ingin bertanya sama ada barisan pengurusan tertinggi Unisel akan diganti dengan golongan akademik berwibawa," katanya ketika berucap di Sidang Dun. Sebelum itu beliau yang juga Setiausaha DAP Selangor turut mendedahkan laporan bahawa terdapat seramai 42 mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang pernah menjadi calon pro-BN yang menginap di sebuah hotel empat bintang di Jaya sebagai sebahagian daripada tanda terima kasih pihak kerajaan. Mahasiswa-mahasisiwi tersebut menyertai pilihan raya kampus yang berlangsung pada 21 September 2006 yang lalu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa pejabat Menteri Besar Selangor pada masa itu telah menjelaskan bil yang berjumlah lebih daripada RM5,000 untuk calon-calon yang menginap di 32 bilik termasuk beberapa bilik eksekutif di tingkat tertinggi hotel tersebut dan dalam masa sama menjamu selera di restoran hotel tersebut. "Saya meminta Menteri Besar dapat menyiasat perkara ini biarpun jumlah wang yang terlibat adalah sedikit kerana walau macam mana sedikitpun, wang ini tetap merupakan wang rakyat negeri Selangor," katanya.

Wednesday, May 28, 2008


TERKINI


Ezam serah borang keahlian sertai UMNO
28/05/2008 4:32pm


KUALA LUMPUR 28 Mei - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Penyerahan borang itu disampaikan sendiri oleh Ezam kepada Abdullah yang juga Perdana Menteri di bangunan Parlimen, hari ini. - Utusan
Pengumuman Kemasukan Ezam Dalam Umno Jam 3:00 petang
PRESIDEN Umno Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan kemasukan rasmi bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohd Ezam Muhammad Nor ke dalam Umno kira-kira jam 3:00 petang ini di Parlimen.Cakap-cakap mengenai kemasukan Ezam bermula sejak beberapa hari lalu. Ezam yang sebelum ini tidak menafi dan mengiyakan cakap-cakaop berkenaan hanya mengulas ringkas akan membuat pengumuman apabila beliau kembali ke tanah air.Ezam yang sudah kembali dari Jakarta hari minggu lalu akan hadir ke Parlimen.
Berita mengenai pengumuman itu menjadi tumpuan ramai. Pemerhati politik yang bertandang ke Parlimen dan para wartawan sudah mula membicarakan mengenai kemasukan Ezam.Berbagai spekulasi mengenai kemsukan Ezam dan juga peranan yang bakal dimainkan Ezam dalam Umno nanti.Ada mengatakan Ezam akan dilantik menjadi Senator dan diberikan jawatan sebagai menteri muda.Tidak kurang juga menyebut Ezam akan diberi peranan untuk memulihkan dan memberi semangat baru kepada Pergerakan Pemuda Umno yang hari ini dalam keadaan hilang arah selepas tidak berjaya memberi sumbangan besar kepada Umno dalam pilihan raya lalu.
Pengumman Ezam kelak mengsahkan maklumat awal yang dipostkan dalam blog ini berberapa hari lalu. Disebutkan Ezam akan didamping samada oleh Mohd Najid Razak atau Abdullah Badawi ketika beliau mengumumkan kemasukn dalam Umno.

Monday, May 26, 2008


Umno pupus tahun 2013 jika Abdullah masih PM - Sanusi Junid



Azamin Amin
Eksklusif KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid mendakwa bahawa Umno bakal pupus dan lenyap pada tahun 2013 sekiranya tampuk pemerintahan negara masih dipegang oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.Beliau menegaskan, kerana alasan itulah juga yang menyebabkan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bertindak keluar daripada Umno. "Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus. Kalau macam sekarang, habis pilihan raya kita tengok macam mana perlantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka. "Jika ianya berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus," katanya kepada Harakah dalam wawancara eksklusif dengan beliau di kediamannya dekat sini petang semalam.



Di tanya alasan beliau yang turut mengisyhtiharkan diri keluar parti, Sanusi berkata, tidak ada faedahnya beliau terus dalam Umno, jika tidak ada menampakkan sebarang perubahan bahkan beliau tidak sanggup berada dalam parti yang mencaci bekas pemimpinnya seperti Tun Mahathir. "Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno," kata Sanusi yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah. Beliau menegaskan, lebih baik pihak lain (merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah) yang menggalas tugas sebagai Perdana Menteri berbanding Abdullah kerana individu tersebut masih belum ada kepentingan keluarga dan peribadi. Katanya, sudah terbukti dalil-dalil yang menunjukkan dasar kepimpinan Abdullah begitu lemah sehingga situasi terkini orang mula mempersoalkan Raja-raja Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.



"Waktu Tun lantik itu sebab nampak dia baik, bersih. Itu tak salah Tun Mahahtir. Rakyat juga percaya di 'Mr Clean' sehingga 2004, kita menang rekod kemenangan manakala pada 2008 kita pegang rekod kekalahan pula. "Masa menang 2004, dia kata faktor dia sahaja tetapi bila kalah 2008, dia kata bukan salah dia seorang. Kenapa dia tak mengaku pula?" kata Sanusi.


(Wawancara penuh Tan Sri Sanusi yang membicarakan soal masalah dalaman Umno, Faktor Anwar, PAS dan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat akan disiarkan di dalam Harakah akan datang pada Rabu 28 Mei ini)- Editor - mr.

Thursday, May 22, 2008


Akhirnya Sdr Ezam Pergi Jua! -





"Terkejut dengan berita ini, saya telah menghubungi sdr Badrul Shahrin (CheguBard) untuk mengesahkan perkara ini sebentar tadi. Beliau menyebut bahawa saya sudah pasti akan menghubunginya kerana ketika Ezam meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan dahulu, saya telah menulis artikel bertajuk "Akhirnya Sdr Ezam Pergi Jua". Tidak silap saya, artikel tersebut telah keluar dalam Malaysiakini.com pada 2 November 2006.Ketika itu, ramai yang beranggapan bahawa Ezam akan menyertai UMNO. Berbeza dengan saya yang masih beranggapan bahawa Ezam tidak akan menyertai UMNO kerana prinsip yang beliau pegang selama ini.Dalam perbualan saya dengan Chegubard sebentar tadi, terasa bahawa segala prinsip perjuangan yang telah disebut dan dilaung-laungkan oleh Ezam selama ini telah hancur berkecai, berderai bab kaca terhempas ke tanah. Chegubard adalah di antara manusia yang cukup mempertahankan Ezam apabila dicemuh dan dicaci selama ini. Biarpun ramai yang bersikap begitu tetapi Chegubard, Nurin Aina dan rakan-rakan yang lain tetapi mahu bersama dengan Ezam. Berapa ramai penggerak Reformasi yang sanggup untuk bersama-sama GERAK kerana percaya Ezam.



Saya tidaklah rapat dengan beliau sepertimana Chegubard dan rakan-rakan yang lain tetapi saya melihat bahawa sdr Ezam sudah hilang maruah diri sebagai seorang pemimpin yang disegani oleh generasi muda seperti saya dan yang lain-lain.
Chegubard memberitahu saya bahawa beliau sendiri telah meninggalkan GERAK sejak beberapa bulan yang lalu. Beliau telah berusaha agar Ezam tidak bertindak menyertai UMNO atas apa jua alasan kerana ia sangat-sangat bertentangan dengan apa yang beliau telah perjuangkan selama ini. Ezam sendiri tahu bahawa UMNO sudah dirosakkan dengan pelbagai gejala negatif termasuk gejala rasuah yang sangat membarah.Apakah Ezam ingin memulihkan UMNO daripada dalam seperti mana yang pernah dilakukan oleh sdr Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu? Saya difahamkan bahawa Ezam menyertai UMNO di atas alasan ingin mengembalikan kuasa dan maruah Melayu yang semakin terhakis ketika ini sehinggakan GERAK akan diserahkan kepada pihak lain untuk meneruskan perjuangan memerangi rasuah dalam negara.



Saya pernah bertanya dengan Ezam pada satu masa dahulu sama ada beliau akan menyertai UMNO namun beliau jelas tidak akan menyertainya lagi tetapi mahu berjuang membenteras rasuah melalui GERAK. Sekarang, segalanya telah berakhir dengan episod yang mendukacitakan. Ezam telah berjaya mengesahkan apa yang pernah disebut-sebut oleh pelbagai pihak bahawa Ezam akan menyertai UMNO.Sdr Ezam, ketika anda meninggalkan jawatan sebagai Ketua AMK dahulu, saya mendoakan agar anda akan terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan melalui medan baru yang anda pilih. Tetapi bila anda memilih untuk bersama dengan UMNO sebagai wadah baru di atas apa jua alasan, maka tidak ada apa-apa yang saya perlu doakan untuk kebaikan kerana anda telah mengkhianati perjuangan.Sdr Ezam, masih ada masa untuk anda menarik balik hasrat untuk menyertai semula UMNO namun sekiranya segalanya telah muktamat untuk anda maka ingatlah bahawa anda telah meletakkan kaki ke dalam golongan atau kumpulan orang yang zalim. Bersedialah untuk berhadapan dengan rakyat dan bersedialah untuk berhadapan dengan Allah S.W.T.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com/
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
22 Mei 2008, 11.11pagi

Wednesday, May 21, 2008


Azalina berbohong di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Menteri Perlancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said dinasihat supaya meneliti tuduhan yang hendak dibuat sebelum mengeluarkannya kepada umum. Saranan dibuat Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu-PAS) yang kesal dengan dakwaan tidak berasas menteri berkenaan kononnya Kerajaan PAS Kelantan gagal membayar gaji kakitangan Majlis Tindakan Perlancongan negeri selama tiga bulan. "Saya yang pernah berkhidmat sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan selama tiga penggal serta bersama-sama kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selama 18 tahun tidak pernah gagal membayar gaji kepada kakitangan kerajaan negeri walaupun selama sebulan," katanya ketika ditemui selepas sidang Dewan Rakyat, semalam.

Tegas beliau, tuduhan Azalina itu bersifat tohmahan dan finah terhadap kerajaan Kelantan apatah lagi ia dijadikan alasan untuk membatalkan perjanjian persefahaman program pelancongan di negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat yang lain. "Menteri tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan tersebut secara terbuka kerana ia boleh memberi kesan kepada semua pihak yang mendengar hal ini, seolah-olah ingin menggambarkan kerajaan negeri Kelantan telah menganiayai staf pelancongan. "Saya sudah merujuk isu ini kepada lima orang individu yang berkaitan iaitu Exco Perlancongan negeri Kelantan, Dato' Takiyuddin Hasan; Exco Perlancongan negeri sebelumnya, Dato' Anuar Tan; Pengarah Pusat Penerangan Pelancongan, Haji Mohd Arif Mohd Nor; Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Kelantan, Nik Azman Nik Ahmad dan Pengarah Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan, Haji Sulaiman," katanya. Berdasarkan penjelasan kelima-lima individu ini jelasnya, kes ini telah berlaku enam tahun yang lalu iaitu pada tahun 2002.

"Mana mungkin Dato' Azalina boleh bangkitkan hal ini sedangkan beliau baru berkhidmat sebagai menteri Perlancongan selama dua bulan, kerana pada ketika itu menteri yang bertanggungjawab adalah Dato' Seri Abdul Kadir Syeikh Fadzir yang kemudian diambil alih oleh Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor," ujarnya. Azalina yang diminta penjelasan mengenai sumber maklumat yang diperolehi beserta maklumat yang lengkap mengenai isu tersebut pula menyatakan bahawa beliau hanya mendapat maklumat itu menerusi pegawainya tanpa meneliti kesahihan maklumat tersebut. Beliau mengakui tidak pasti dengan maklumat tersebut dan akan memastikannya selepas ini. Mengulas mengenai senario tersebut Wan Abd Rahim melahirkan kekecewaan dengan sikap yang ditunjukkan oleh menteri itu yang disifatkan sebagai tidak profesional kerana mengambil maklumat yang bersifat khabar angin untuk dijadikan hujah.

"Sudah tentu beliau tidak mendapat maklumat yang jelas mengenai hal tersebut dan tidak wajar beliau menyatakan hujah untuk menolak perjanjian persefahaman pelancongan di lima buah negeri Pakatan Rakyat dengan bersandarkan kepada faktor yang beliau sendiri pun tidak jelas puncanya," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Siti Zailah Mohd Yusof (PAS - Rantau Panjang-) menyifatkan tuduhan yang dilemparkan Azalina itu sebagai melampau dan tidak berasas. "Ini kerana Majlis Tindakan Perlancongan Negeri (MTPN) terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukan kerajaan negeri. "Menteri yang berkenaan hendaklah meneliti terlebih dahulu hujah yang hendak dikemukakan sebelum menuduh pihak yang tidak bersalah dengan merujuk kepada sumber yang bersifat khabar angin, ini menunjukkan kelemahan pihak kerajaan," tegasnya. Beliau juga mendapat maklumat bahawa Exco Kerajaan Negeri tidak dijemput dalam majlis perasmian Pameran Unggas anjuran kementerian yang diadakan di Kelantan.

"Kita dimaklumkan ia adalah program kerajaan persekutuan yang terkandung di dalam kalendar kerajaan tetapi kenapa tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri? "Siapa yang tidak mahu bekerjasama dan siapa yang mengamalkan diskriminasi?" tegasnya lagi. Menceritakan situasi sebenar yang berlaku enam tahun lalu, Wan Abdul Rahim berkata pada 1 September 2002 Kerajaan Persekutuan bersetuju melantik exco perlancongan negeri Kelantan ketika itu sebagai Pengerusi MTPN. Akan tetapi, ujarnya persetujuan itu gagal diteruskan apabila mendapat bantahan Umno Kelantan. "Jadi mereka pun membuat lantikan sendiri tanpa menerima keputusan Kementerian Pelancongan ketika itu, dengan melantik pegawai tadbir negeri sebagai Pengarah MTPN, menyebabkan Kelantan menjadi satu-satunya negeri yang pengarah MTPN-nya di kalangan bukan Exco pelancongan negeri. "Ini sekaligus menyebabkan peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan negeri itu sebanyak RM2 juta tidak dapat dibayar kepada kakitangan MTPN daripada tahun 2002 sehingga kini kerana pengarah MTPN yang ada sekarang tidak boleh menggunakan peruntukan tersebut memandangkan beliau bukan exco kerajaan negeri," ujarnya.

Persoalan tentang pembayaran gaji pegawai MTPN dibangkitkan Azalina ketika menjawab soalan Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) yang memohon penjelasan mengenai alasan Kementerian Pelancongan membatalkan perjanjian persefahaman dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat. Azalina mendakwa pengalaman menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan sebelum ini yang pernah tidak membayar gaji pegawai MTPN menyukarkan kerjasama tersebut diteruskan dalam situasi sekarang bersama negeri-negeri yang dikuasai Pakatan rakyat yang lain. beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat bangkit meminta penjelasan daripada Azalina namun beliau tidak mengendahkan permintan tersebut meskipun didesak Speaker Dewan, Dato' Wan Junaidi. Kemudian Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu-PAS) bangkit membacakan peraturan mesyuarat 36(4) ke atas Azalina yang berniat mengemukakan tuduhan yang tidak berasas kepada kerajaan Kelantan. Namun, Azalina gagal menjawab soalan berkenaan dengan hanya menyatakan beliau mendapat maklumat mengenainya daripada seorang pegawai.- tajdid



Bekas Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Mokhzani Mahathir pagi ini mengumumkan keluar daripada Umno mengikuti jejak bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan hasrat serupa dua hari lalu.Datuk Mokhzani Mahathir mengesahkan bahawa beliau sudah menghantar surat keluar daripada Umno ke pejabat Umno Bahagian Merbok menerusi faks, semalam."Saya membuat keputusan untuk keluar Umno kerana bersetuju dengan pendapat ayah saya bahawa Umno yang ada sekarang bukan lagi Umno sebenar," katanya.Mokhzani, 47, bekas Ketua Pemuda Bahagian Merbok, kini lebih aktif dalam sektor korporat.



Semalam adik beliau, Datuk Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun, membuat keputusan untuk terus berada dalam Umno sungguhpun beliau bersependapat dengan bapanya mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan dengan segera "bagi menyelamatkan Umno".Dua hari lalu, Dr Mahathir mengumumkan beliau keluar Umno kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah, dan menyatakan akan kembali menyertai Umno selepas Abdulllah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.



Di SUNGAI PETANI, Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Md Zain melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Mokhzani itu tetapi menjelaskan bahawa ia tidak memberi sebarang kesan terhadap kepemimpinan Umno bahagian itu kerana beliau hanyalah seorang anggota biasa dari Umno Cawangan Sungai Layar Hujung.
Politik Tiga Beranak Lawan Politik Dua Beranak





HEBAT Putera Mahkota Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz yang tidak akan mengikut jejak langkah bapanya untuk keluar daripada Umno dan terus mendesak supaya Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Janjinya beliau akan medesak selagi Abdullah tidak melepaskan jawatan sebelum Disember ini.Katanya beliau juga tidak akan melepaskan kerusi Ahli Parlimen Jerlun.Katanya juga dia akan keliling dan putar Malaysia mendesak Abdullah agar melepaskan jawatan. Katanya 20 ketua bahagian bersamanya. Katanya juga puteri dan wanita Umno bersamanya.Orang cekap dan pintar dalam politik dapat membuat kesimpulan mudah dengan sikap Mukhriz itu. Mengapa beliau tidak keluar Umno dan semacam kontras dengan langkah bapaknya. Ada motifnya! Sebenarnya Mukhriz berbuat begitu bukan kerana politiknya tetapi atas nasihat bapaknya juga. Suara politik Mukhriz sebelum ini pun adalah air liur bapaknya.Semacam tektik Mukhriz berbuat begitu. Dia mungkin tahu dan sedar kalau dia bertindak keluar Umno ianya tidak memberi apa-apa kesan dan untung. Malahan tindakan itu boleh memberi kesan buruk kepdanya. Begitu juga kalau beliau melepaskan kerusi Parlimen Jerlun ia satu kerugian besar. Menyebabkan suara Mahathir tidak akan sampai lagi ke Parlimen.Sekurang-kurangnya kalau beliau terus tercokol di situ beliau dapat membawa suara bapanya ke dalam Parlimen.


Apa yang Mukhriz dan bapaknya berharap daripada tindakannya itu ialah mereka mahukan Mukhriz diambil tindakan disiplin oleh Umno. Mereka mengharapkan Mukhriz dipecat daripada Umno. Apabila Mukhriz dipecat maka simpati kepada Mahathir akan bertambah-tambah. Itulah motif di sebalik tindakan Mukhriz itu.Mahathir sebenrnya berharap demikian apabila beliau mengkritik dan mengodam Abdullah. Namun Abdullah sedikit bijak dalam hal ini beliau tenang dan tidak mengambil apa-apa tindakan. Malahan tidak pun memberi apa-apa amaran kepada Mahathir. Inilah yang menyebabkan Mahathir jadi sakit dan resah jiwa.Jadi apabila Abdullah atau Jawatankuasa Disiplin parti tidak mengambil apa-apa tindakan atau memecatnya maka beliau bertindak memecat dirinya sendiri. Gelagat Mahathir ini sepertilah budak yang gila hendak berkhatam apabila orang tuanya tidak layan dia bertindak memotong kemaluannya sendiri!


Sekiranya Umno tiba-tiba bertindak ke atas Mukhriz memecatanya maka apa yang diidamkan oleh mereka berdua beranak terapai. Nampaknya kisah dua beranak yang pernah ditimbulkan Zaharin Yassin dulu kini terpalit kepada Mahathir pula. Bezanya Abdullah tiga beranak (Kamaruddin dan Khairy) Mahathir hanya satu beranak bersama Mukhriz. Politik Malaysia hari ini adalah perlanwan dua beranak lawan tiga beranak. Dan kita semua adalah pengikut atau penontonnya. Saya tidak! Ha...ha.... [wm.kl 10:00 pm 20/05/08].

'Pilih kasih', 'Orang Tingkat 4' punca BN tewas - Dr Afifuddin


Izwan Abdul Halim


ALOR STAR, 21 Mei (Hrkh) - Budaya pilih kasih dan faktor 'Tingkat 4' menjadi penyebab Barisan Nasional tewas di Kedah pada pilihan raya umum baru-baru ini.Demikian menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang, Dato' Dr. Afifuddin Omar dalam ucapan aluannya pada Majlis Ramah Mesra bersama Tengku Razaleigh Hamzah anjuran Pertubuhan Perpaduan Melayu di Hotel Sentosa Regency baru-baru ini. Tegasnya, budaya itu jelas dilihat apabila kepimpinan yang ada sekarang mengekalkan 'orang-orang yang kalah' untuk memimpin malah melantik orang-orang yang tidak layak. "Dulu saya tak percaya bila Tun Dr. Mahathir sebut mengenai 'orang-orang di Tingkat Empat' sehinggalah pilihan raya baru-baru ini baru saya percaya," ujarnya.



"Apa dia dok ambik orang nu, ambil orang ni yang kita tak kenai, mai bubuh kat sini. Inilah budaya yang menyebabkan Umno kalah, mereka hanya pilih orang-orang mereka sahaja," tambahnya lagi. Menurutnya lagi pemimpin-pemimpin Umno Bahagian tidak pernah diambil pandangan mereka berhubung perkara tersebut. - mks.

Angkara Mahathir buat BN kucar kacir di Parlimen

Mohd Rashidi Hassan.
Tindakan drastik Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar daripada Umno ketika memberi respon beliau kepada soalan hadirin dalam satu majlis di Alor Setar 19 Mei lepas mencetuskan suasana panik dan kucar kacir di kalangan Umno. Suasana di Parlimen pagi semalam begitu muram dan mengelirukan ramai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, khususnya Umno, kerana mereka sendiri tidak tahu apa yang hendak terjadi kepada parti mereka. Ucapan Mahathir yang berulang kali mengecam Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sudah dijangka, tetapi tiada siapa yang menyangka ahli nombor 1 Umno (Umno baru 1988) itu keluar parti. Kata Mahathir, Abdullah tidak faham signal yang ditunjukkan rakyat pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas.

Mahathir menyertai tiga Presiden Umno sebelumnya iaitu Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn untuk bersara di luar Umno.
Ada banyak rumours diperkatakan di kalangan Ahli Parlimen (MP), wakil-wakil media dan orang-orang politik. Di mana sahaja sudut Parlimen, sama ada dalam dewan persidangan, ruang istirehat MP, lobi, kantin dan ruang legar, semuanya membincangkan topik mengenai Mahathir. Ada yang kata bekas PM itu membuat keputusan tergesa-gesa, spontan dan tidak dirancang ketika dicabar seorang peserta perhimpunan. Ada yang kata, Mahathir memang merancang untuk keluar Umno dan hanya menunggu masa yang sesuai. Ada yang kata, tindakan Mahathir keluar Umno didorong oleh tindakan Abdullah yang membenarkan Peguam Negara menyiasat kemungkin berlaku salahlaku bekas PM itu sebagaimana saranan Suruhanjaya Klip Video Lingam.

Apa pun andaian, hakikat yang disebut Mahathir amat jelas, beliau tidak mahu Abdullah menjadi Presiden Umno dan PM. Hanya jika Abdullah meletakkan jawatan baru lah beliau akan kembali kepada Umno. Kenyataan sekeras ini dikeluarkan setelah berulang kali gesaan dibuat Mahathir supaya Abdullah segera meletakkan jawatan kerana beliau adalah punca sebenar yang mengakibatkan BN hampir kehilangan kuasa di Parlimen. Bukan sahaja Mahathir dan anaknya Dato' Mukhriz yang mendesak Abdullah meletakkan jawatan. Ramai pemimpin di peringkat negeri dan bahagian juga membuat desakan sedemikian.
Tetapi Abdullah enggan berundur. Beliau tegas menyatakan apa yang berlaku, sesiapa pun yang mendesaknya, tiada sebab untuknya meletakkan jawatan. Ada banyak lagi kerja yang hendak dibuat katanya. Sikap Abdullah ini membuatkan ahli-ahli Umno tidak ada pilihan lain. Kalau mereka tidak mahu Abdullah, mereka tidak boleh tunggu Abdullah meletakkan jawatan.

Untuk Umno, Abdullah Badawi mesti dipaksa meletakkan jawatan, sama ada dengan menewaskannya dalam pemilihan jawatan Presiden Umno Disember depan, atau jika, Disember terlalu lama, mereka terpaksa membuat undi tidak percaya kepadanya dalam mesyuarat Majlis Tetinggi Umno atau mungkin juga dalam Perhimpunan Agung Khas.

Apa yang akan jadi pada Umno?

Ketika penulis berkesempatan berbual-bual mengenai isu ini dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di lobi Parlimen, secara spontan beliau menyebutkan, "Musa (Tun Musa Hitam, bekas TPM) lupa, dia juga pernah jadi duri dalam daging (Umno). Kenyataan spontan Ustaz Hadi itu merujuk kepada kenyataan Musa yang 'seolah-olahnya bersyukur' bahawa Mahathir yang disifatkannya sebagai duri dalam Umno sudah keluar. Ada juga sumber dalam Umno mengatakan, bekas TPM itu pernah berjumpa Abdullah di kediaman rasmi PM di Putrajaya selepas PRU Mac lepas. Dalam pertemuan itu dikhabarkan Musa ada meminta Abdullah berundur, tetapi secara tiba-tiba Kamaluddin (anak Abdullah) masuk dan terus menyampuk perbuatan dua orang tua itu, dengan menegaskan bapanya tidak akan berundur dari sebarang jawatan. Banyak gosip yang disebut orang-orang Umno, bahawa keengganan Abdullah meletakkan jawatan lebih didorong faktor anak-anak, menantu, keluarga dan kroni. Antara nama-nama yang mahu Abdullah kekal, disebutkan orang-orang Umno, selain Kamaluddin iaitu Khairy Jamaluddin, Kamal Khalid, Kalimullah Masheerul Hassan dan beberapa orang lain.

Ringkasnya selain keluarga, Abdullah mahu dikekalkan oleh orang-orang di Tingkat 4 JPM dan NST. Sejauhmana dakwaan itu, sama ada betul atau tidak, itulah yang diperkatakan oleh orang-orang Umno, khususnya di Parlimen. Menurut mereka sebahagian besar ahli-ahli Umno tidak mahu Abdullah Ahmad Badawi lagi sebagai PM. Bagi mereka banyak tindakan Abdullah sama ada dalam parti dan kerajaan, tidak dibuat untuk kepentingan Umno dan BN. Kebanyakannya dibuat tanpa merujuk Umno, tanpa merujuk BN. Ada juga kalangan pemimpin Umno juga menempelak Musa Hitam, dengan mengatakan walaupun bekas TPM itu 'mentor' Abdullah, tetapi kebanyakan nasihatnya tidak terpakai. Mungkin betul juga dakwaan blogger Sang Kelembai (rakan penulis) bahawa kerajaan yang ada sekarang ini adalah 'Kerajaan Tiga Beranak'. Sejauhmana rakan penulis itu mahu mempertahankan pendiriannya terhadap Abdullah, hanya beliau sahaja yang tahu. Hakikatnya, parti Umno ketika ini, mahu tidak mahu harus diakui dalam keadaan macam tongkang pecah.
Mampukah Abdullah bertahan?

Bagi Abdullah, sekarang ini, beliau tidak ada pilihan selain untuk mempertahankan kedudukannya yang terumbang ambing akibat desakan bertalu-talu. Tengahari semalam beliau terpaksa bergegas ke Parlimen untuk menemui anggota Parlimen Umno dan BN, dengan satu tujuan, mahukan komitmen mereka terus kekal dalam parti dan tidak mengikut jejak langkah Mahathir. Tidak dinafikan pengaruh Mahathir begitu besar dalam Umno. Ada yang kata Mahathir boleh mencetuskan tsunami. Ada yang kata tindakan Mahathir seperti Taufan Nargis kepada Umno. Tekanan besar kepada Abdullah dan BN bukan sahaja dari Mahathir. Abdullah dan BN juga sedang berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mahu menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat bila-bila masa. Abdullah menghadapi tekanan dari dalam dan luar Umno. Jelasnya tindakan Mahathir ini akan membawa akibat buruk kepada Umno dan BN, sekaligus ia memberi keuntungan kepada Anwar. Di Parlimen semalam, ramai MP BN termasuk bekas Menteri yang berbual-bual sambil menanyakan borang ahli PAS dan KeADILan.

Di satu sudut seorang MP berbual dengan Naib Presiden KeADILan, Mohamad Azmin Ali, meminta disediakan borang ahli KeADILan bila-bila masa dari sekarang. "Saya mungkin dah tidak lama jadi orang Umno, kalau susah-susah lebih baik saya masuk PAS, boleh terus perjuang Islam/ Melayu," kata seorang MP Umno sambil bergurau penulis. Mungkin juga beliau bergurau, mungkin juga beliau serius. Apa pun keadaan yang berlaku sekarang boleh menambahkan koleksi MP-MP Umno/BN untuk menyertai Pakatan Rakyat. Pemimpin Pakatan Rakyat harus bijak menangani kemelut yang berlaku dalam Umno sekarang ini. Masa untuk menubuhkan kerajaan semakin dekat, persediaan serapi mungkin harus dibuat. Peluang sebaik ini harus dimanfaatkan. Anwar, Ustaz Hadi dan Lim Kit Siang, harus segera berpakat untuk meyakinkan rakyat bahawa jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ianya tidak akan menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara. Dalam keadaan Umno/BN macam tongkang pecah, mereka tidak perlu dibeli, sudah tentu mereka tidak mahu mati kelemasan, mereka tahu bila masanya untuk terjun sendiri.
Mari kita sediakan pelampung yang secukupnya sebelum Umno karam bersama Abdullah dan pengikut-pengikut setianya!

Monday, May 19, 2008


Najib, Atlantuya & Kementerian Pertahanan




"Najib tidak Kenal AtlantuyaBeliau tidak pernah mengenali dan tidak pernah bertemu dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh pada Oktober 2006."Biarlah pihak mahkamah menjalankan tugasnya untuk menegakkan keadilan.Dalam waktu yang sama,saya berdoa bahawa kebenaran akhirnya akan terserlah"Datuk Seri Najib Tun RazakBegitulah yang tertera pada muka depan akhbar Sinar Harian - Khamis 15mei,2008 bersamaan 9jamadilawal,1429.



Hampir 2 tahun selepas tohmahan demi tohmahan dihambur kepada Najib,baru kini Najib mendapat "ilham" untuk membuat pengakuan dan penafian kepada umum.Namun bagi saya persoalan masih belum terjawab dan tidak ada apa-apa sebenarnya yang dijawab oleh Najib merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.Bukan isu Najib kenal atau tidak anak gadis Shaariibuu yang sepatutnya dijawab oleh Najib,tetapi sesuatu yang lebih penting lagi.Sesuatu yang menyentuh soal keselamatan negara ini & seluruh rakyat Malaysia.Kalau benar pun Najib ada hubungan dengan anak gadis Shaariibuu rasanya ia tidak menjadi masalah dalam hal keselamatan negara.Lagipun seorang lelaki Islam dibenarkan mempunyai sehingga 4 orang isteri & saya yakin Najib mampu untuk itu.Itu bukan masalahnya.Kalau dah jodoh apa salahnya?



Tak jadi masalah...Masalahnya ialah kebocoran pada sistem pertahanan negara.Persoalan yang masih belum terjawab ialah kebocoran pada sistem pertahanan & apakah langkah yang diambil oleh Najib atau Najib tak perasan kebocoran ini?Setelah hampir 2 tahun Atlantuya mati dibunuh kemudian mayatnya cuba dilupuskan dengan bahan letupan jenis C4 kita lihat tiada langsung tindakan yang diambil oleh kementerian pertahanan samada siasatan atau apa2 kenyataan berhubung bahan letupan tersebut....Entah..."kebijaksanaan" Najib tidak terserlah langsung didalam menyelesaikan masalah tersebut.



Lain yang dipersoalkan,lain yang dijawab...Inilah menteriku...Sekali lagi menjadi teka-teki...Bagaimana agaknya bahan letupan sekuat C4 boleh terlepas dari simpanan kementerian pertahanan dan tiada siasatan mahupun kenyataan rasmi dari badan berkenaan seolah ianya hanya perkara biasa bagi mereka...tak mustahil satu hari nanti akan ada senjata yang lebih berbahaya diseludup keluar dari kawalan kementerian berkenaan dan membawa lebih musibah tetapi kemungkinan mereka yang bertanggungjawab sekadar tunggu dan lihat...tunggulah sehingga lebih ramai menjadi mangsa ujian dan lihatlah betapa rapuhnya sistem pertahanan negaraku Malaysia..



Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan tangkapan pihak berkuasa Agama atas alasan bahawa "pihak berkuasa harus mengambil kaedah atau pendekatan menasihati pasangan berkhalwat dan pelaku maksiat yang lain". Ingin saya ajukan soalan di sini kepada pihak-pihak yang menggunakan pendekatan berdakwah kepada pelaku khalwat. Sebagai seorang Muslim di negara umat Islam yang mempunyai kefahaman asas tentang Islam lantaran sudah menjadi pengetahuan am semua kaum di negara ini bahawa berkhalwat atau berdua-duan dalam keadaan yang mencurigakan adalah salah di sisi perundangan Islam , adakah perlu lagi prosedur amaran pertama, kedua dan seterusnya.Saya fikir di negara kita apabila di sebut berkhalwat, orang ramai telah mempunyai gambaran di fikiran mereka apa yang berlaku. Cuba kita bayangkan van Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tiba-tiba meluncur masuk ke kawasan di mana terdapat "pasangan yang berpelukan atau sedang melakukan aksi menjolok mata".
Apa akan berlaku? Yang mana sedang berbuat sesuatu terus kaku berhenti setakat itu. Mungkin akan ada buat-buat bangun menuju ke tempat lain, berpindah tempat, 'start' motosikal dan cabut. Paling tidakpun akan tersipu-sipu malu. Kenapa mereka tidak meneruskan aksi mereka, usah hiraukan kehadhiran Pegawai JAIS dan buat macam biasa sahaja? Salah satu sebab ialah kerana mereka tahu dan faham bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang salah di sisi agama, yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang Muslim dan Muslimah. Sila lihat reaksi tersipu-sipu apabila pasangan tahu aksi mereka dirakam oleh CCTV, videocam atau digital camera.Mungkin pasangan yang ditangkap atau dijumpai mengaku bersalah dan merayu agar tidak dibawa ke tengah, mengaku sudah insaf dan mahu bertaubat. Dalam senario begini pihak Pegawai Jabatan Agama lebih arif tentang tindakan selanjutnya. Kita umat Islam kena jelas tentang konsep "amal bil makruf wan nahyu 'anil munkar". Ada masanya kita mesti hukum pesalah agar ia menjadi peringatan serta "sempadan" kepada yang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama. Jika tidak, maksiat akan berleluasa dan merebak seperti kanser payu dara.Kita bukan suka-suka sengaja hendak mencari "salah orang" atau " orang salah" tetapi IA ADALAH arahan Allah SWT dan jika tidak dilaksanakan kita mengundang kemurkaan serta bala' dari ALlah yang jika turun tidak mengira siapa yang buat atau siapa yang tak buat.
Semua akan kena. Jadi diwajibkan mesti ada golongan yang mencegah yang maksiat, munkar, perbuatan keji serta jelek. Tugas ini terpikul di bahu/pundak PEMERINTAH, pemimpin, ketua, penyelia, bos, ibu bapa, jiran dan keseluruhan lapisan masyarakat. Sila rujuk banyak ayat Al Quran serta Hadith Sahih tentang tanggungjawab, arahan, saranan, amaran , ganjaran, kepentingan "menjaga tepi kain orang" bawahan, tanggungan, atau mas'uliah kita.Pihak berwajib bertanggungjawab bukan suka-suka sengaja meronda tempat atau sarang maksiat, kalau-kalau ada muda mudi berkhalwat. Kakitangan Jabatan Agama bukan berniat "siapa aku nak tangkap hari ini biar padan muka mak bapak dia biar malu bila kena tangkap basah nanti". Kakitangan Jabatan Agama membuat rondaan tempat yang banyak maksiat berlaku agar TIDAK ADA MAKSIAT DILAKUKAN SECARA TERANG-TERANGAN. Apabila tiada tindakan dibuat terhadap maksiat yang dilakukan di tempat awam, hal ini mengalakkan lagi individu untuk berbuat demikian. "Ya ini tempat selamat. Kita boleh buat apa kita suka. Ajak kawan-kawan/member lain. Tengok. Semua kereta rosak di sini."
Khalwat di rumah sendiri

KUANTAN: Seorang remaja perempuan lepasan sekolah menengah di Alor Akar, di sini, mengambil kesempatan daripada ketiadaan ibu bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelaki ke rumah.Tindakan remaja berusia 18 tahun itu yang beberapa kali dilakukan sehingga menimbulkan rasa kurang senang jiran akhirnya membawa padah apabila dia dan pasangannya ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), petang kelmarin.Difahamkan, Jaip bertindak selepas mendapat aduan jiran yang melihat teman lelaki remaja perempuan itu yang berusia 24 tahun memasuki rumah berkenaan, kira-kira jam 2 petang.Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jaip, Mohd Nor Idris, berkata penguat kuasa Jaip menyerbu rumah teres dua tingkat itu, kira-kira jam 3.30 petang.
Mohd Nor berkata, ketika pihaknya tiba di rumah itu, didapati pintu pagar berkunci sebelum dibuka teman lelaki remaja terbabit.

“Kami menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu pagar rumah itu dibuka seorang lelaki. Selepas memperkenalkan diri dan meminta izin untuk menjalankan pemeriksaan, kami menemui seorang remaja perempuan di tingkat atas rumah berkenaan.“Siasatan mendapati kedua-dua suspek tiada hubungan sah suami isteri dan remaja perempuan itu mengaku lelaki itu, yang juga pengurus di sebuah syarikat perunding kewangan, adalah kekasihnya,” katanya.Pasangan terbabit dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan kerana disyaki berkhalwat.
Katanya, pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 145, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) kerana berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 dan penjara enam bulan.Sementara itu, beliau berkata, dalam serbuan lain di sebuah rumah di Mahkota Permai, di sini, Khamis lalu, lima pelajar sebuah kolej swasta ditahan kerana disyaki berkhalwat kira-kira jam 5.24 petang.






Dr Mahathir keluar Umno









Ihsan Malaysiakini.com




Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003. Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia. Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union. Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.




Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri. Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.









Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan. Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

Sunday, May 18, 2008


Krisis Beras, Ahli PAS Perlu Tunjuk contoh


Oleh BPPNS


"Tidak dinafikan kerajaan gagal menangani krisis beras. Itu kesalahan di pihak kerajaan. Di pihak kita ? Kita sebagai ahli terutama diperingkat kepimpinan pula haruslah menunjukkan contoh kepada masyarakat agar berjimat cermat. Barulah mereka akan yakin dengan apa yang kita perjuangkan. Justeru itu mesej ini perlu disampaikan kepada semua kepimpinan dan ahli agar mereka dapat menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Antara sikap berjimat cermat yang seharusnya ditonjolkan ialah : 1. Elakkan makan di luar, melainkan tidak dapat elak (dalam musafir dsbnya). Amalkan makan dirumah , walaupun lauk telor goreng, ikan masin dsbnya. Paling tidak beli lauk saja , nasi masak, makan bersama keluarga di rumah.



Tolong isteri masak sekali-sekala. 2. Simpan lauk yang berlebih , nasi dan sebagainya dalam peti ais. Panaskan semula lauk ini untuk hari kemudian. Jangan membazir lauk dan nasi. Buat nasi goreng segera, campur saja dengan lauk-lauk, sedap. 3. Elakkan minum teh tarik, kopi tongkat ali, melepak di kedai-kedai. Kalau perlu beli kopi Radix dsbnya, lebih baik lepak di Markas, PASTI, Pusat Khidmat, sediakan air panas sahaja dan biskut tawar. 4. Nasihatkan ahli kita yang merokok berhenti rokok, atau beransur-ansur berhenti rokok atau jangan merokok depan orang yang tidak merokok, terutamanya anak-anak. 5. Kepimpinan harus mengamalkan sikap kitar semula.



Ajar anak-anak kumpul kertas, plastik dan besi. Selepas banyak boleh jual atau kumpulkan di rumah mereka yang boleh jual di pusat kitar semula. Mungkin boleh dapat RM 50 sebulan, nampak tak banyak, tapi kalau dah 100 rumah buat macam ni RM 5000. Bukan soal duit, tapi tanam sikap berjimat cermat , jaga alam sekitar, kurangkan sampah. Banyak lagi amalan berjimat cermat yang lain, yang masih ramai di kalangan kita yang alpa.



Penjimatan elektrik, air dsbnya. Untuk membantu mereka yang susah dalam krisis beras ini , lancarkan Program Satu Keluarga Sekampit Beras Setiap Bulan, dimana setiap ahli yang mampu beri sumbangan sekampit beras setiap bulan dan kumpulkan di markas atau Pusat Khidmat DUN utk diagihkan keluarga miskin di kawasan setempat. Jangan pandang kelemahan orang sahaja, pandang kelemahan sendiri "

Dedah laporan video Lingam agenda siapa?



Abdul Halim Mohd Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - PAS melihat pendedahan awal beberapa media yang dikuasai parti-parti di dalam Barisan Nasional (BN) sebagai agenda politik dalaman Umno untuk mengalihkan hasil kajian usaha memulihkan sistem kehakiman kepada agenda memulihkan krisis kepimpinan Umno, kata Ketua Penerangannya, Haji Mahfuz Omar.Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam membuat laporan polis ekoran tindakan beberapa organisasi media menyiarkan isi kandungan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V. K. Lingam sebelum kabinet membuat keputusan untuk mendedahkan laporan itu. Tindakan tersebut dilaporkan telah diambil kerana beberapa akhbar telah menyiarkan isi kandungan laporan suruhanjaya itu sebelum Kabinet bermesyuarat membincangkan perkara itu pagi ini.



"Kita tidak pasti sama ada laporan ini bertujuan �mengenakan� (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) atau ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan calon proksi Dr Mahathir, tetapi yang pasti ia adalah agenda untuk memerkukuhkan pengaruh pihak tertentu dalam Umno. "Pada hari ini walau apa pun yang dilaporkan oleh media, hakikat wujudnya persaingan pengaruh dalam Umno amat ketara. Kini ada di kalangan mereka cuba mengalihkan isu siasatan pita video ini untuk kepentingan politik Umno" katanya. PAS, katanya, memandang serius pendedahan kandungan Laporan Suruhanjaya Diraja tentang Klip Video Lingam oleh media massan, khususnya Kumpulan NSTP.



Seperti yang dimaklumi umum, katanya, ketika perkara itu dibocorkan akhbar-akhbar tersebut, Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja mahupun kabinet belum membuat keputusan sama ada mahu mendedahkan atau tidak laporan ini kepada umum. "Perdana Menteri sendiri sebelum ini memberitahu kerajaan akan mengkaji sama ia perlu didedahkan atau sebaliknya. Tetapi, yang menjadi persoalan bagaimana hasil siasatan tersebut boleh didedahkan lebih awal oleh media massa," Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan. Umum mengetahui, kata Mahfuz, bahawa Kumpulan NSTP adalah antara akhbar yang dimiliki oleh Umno dan kumpulan tertentu dalam Umno dikatakan menguasai media ini. "Sebelum ini, Dr Mahathir pernah membangkitkan tentang perlantikan Datuk Kalimullah Hassan sebagai ketua pengarang kumpulan akhbar ini. Dan hari ini, bberapa akhbar utama NSTP seperti Berita Hatian dan New Straits Times telah membuat pendedahan terhadap laporan siasatan diraja ini dengan mendakwa dua kroni Dr Mahathir, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Tan Sri Vincent Tan sebagai terlibat terhadap usaha mempengaruhi perlantikan hakim," kata beliau.



PAS, katanya lagi, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu ang cuba menggunakan media bagi membangkitkan isu yng sebenarnya masih menjadi �rahsia negara�. "Adakah ini satu pedekatan politik BN ketika mereka sedang tersepit antara kemaraan Pakatan Rakyat dengan pergolakan dalaman Umno/BN? "Isu Lingam ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan masalah Umno, melainkan untuk membersihkan institusi kehakiman semata-sama. Jadi mengapa ada usaha dari tangan-tangan ghaib untuk mempergunakan media bagi menjerat pihak tertentu dalam usaha memperkukuhkan pengaruh masing-masing dalam Umno. "PAS bimbang sekiranya isu ini menjadi agenda politik yang sempit dan akhinya tujuan asal untuk membersihkan institusi kehakiman bertukar menjadi agenda untuk membersihkan pengaruh kumpulan tertentu dalam Umno," katanya lagi.

Video: Dr M sedia disiasat, didakwa




Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau bersedia disiasat dan didakwa di mahkamah berhubung dengan hasil siasatan suruhanjaya diraja mengenai klip video peguam kanan Datuk VK Lingam.Pendakwaan terhadapnya di mahkamah akan memberi peluang kepadanya untuk menerangkan tentang pelbagai perkara yang dilakukan oleh hakim-hakim termasuk berkenaan usaha melobi, kata mantan perdana menteri di Johor Bahru."Sebaliknya jikalau didakwa di mahkamah, maka saya dapat menerangkan apa yang saya lakukan dan apa yang orang lain termasuk hakim telah lakukan di dalam perkara lobi."Saya hendak cerita berkenaan hakim-hakim yang melobi saya.



Jikalau melobi adalah salah, maka hakim-hakim ini sepatutnya disiasat," katanya selepas menyampaikan ucap utama di forum 'Umno Pasca Pilihanraya Umum ke-12' anjuran Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umno Johor dan MykmuJohor.com.Dr Mahathir mengulas arahan kabinet semalam supaya peguam negara memulakan siasatan serta-merta terhadap enam tokoh yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja itu, yang menyiasat klip video rakaman perbualan Lingam dengan seorang hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim-hakim.Selain Dr Mahathir dan Lingam, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan, dan dua bekas ketua hakim negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin turut dinamakan.Menurut Bernama, Dr Mahathir berkata beliau tidak menganggap kegiatan melobi itu "perkara yang salah" kerana sepanjang menjadi perdana menteri, banyak pihak yang melobinya untuk jawatan menteri, timbalan menteri dan jawatan-jawatan lain dalam kerajaan.Bekas perdana menteri itu berkata lagi, keputusan yang dibuatnya tentang sesuatu pelantikan termasuk hakim-hakim "berdasarkan kepada penilaiannya sendiri"."Keputusan saya adalah berdasarkan penilaian saya. Saya tidak peduli siapa lobi, siapa cerita, kalau saya putuskan orang itu patut dilantik, saya akan lantik.



Jikalau tak patut dilantik, walau dicadang oleh hakim, saya tidak akan lantik."Saya bukan posmen. Apabila ketua hakim cadang, saya pun kata lulus dan pergi ke Yang di-Pertuan Agong dan baginda lulus. Kalau macam itu, lebih baik kata pelantikan ketua hakim harus diputuskan oleh ketua hakim, jadi saya tiada peranan langsung. Saya tidak mahu jadi posmen," Dr Mahathir dipetik sebagai berkata.

Tuesday, May 13, 2008


Perkembangan masa depan politik Sabah kelihatan agak menarik kebelakangan ini. Tahniah kepada pemain-pemain politik Sabah kerana menjadi man on the spot yakni orang yang paling mendapat tumpuan sejak berakhirnya Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Media sentiasa menanti dan bersedia menangkap apa sahaja ayat yang diluahkan dari mulut pemain politik Sabah. Walaupun isu kenaikan harga bekalan makanan terutama beras adalah isu hangat yang perlu diberikan perhatian, perkembangan mutakhir politik Sabah memerlukan kerajaan BN memberikan tumpuan yang lebih kepada Sabah dan tuntutan pemimpin BN Sabah. Kerajaan boleh saja mengumumkan pelbagai pelan, subsidi, dan peruntukan khas membendung kenaikan harga barangan bagi memuaskan hati rakyat agar tidak memberontak. Tetapi isu penghijrahan pemimpin BN Sabah adalah sesuatu yang sangat sulit untuk ditangani kerana isu yang dibawakan bukanlah seperti isu beras yang baru sahaja timbul akibat ketidakstabilan ekonomi dunia. Isu Sabah adalah mengenai tuntutan terhadap kenaikan royalti yang memang menjadi hak Sabah, isu ketidakadilan terhadap Sabah yang warganya mendapat layanan kelas kedua, isu ketidakseimbangan pembangunan antara Semenanjung dengan Sabah walaupun Sabah mempunyai sumber hasil bumi yang bernilai.
Di pihak Barisan Nasional, mereka sentiasa diulit mimpi ngeri takut kehilangan kuasa memerintah sekiranya spekulasi penghijrahan pemimpin BN Sabah ke dalam Pakatan Rakyat menjadi realiti. Mereka lebih rela ianya sekadar mimpi walaupun mimpi ngeri. Kenyataan dan ucapan di Dewan Rakyat oleh ahli-ahli parlimen BN dari Sabah kebelakangan ini membayangkan seolah-olah penghijrahan itu bukan sekadar spekulasi murahan. Datuk Anifah Aman dan Datuk Ghapur Salleh telah memperlihatkan isyarat bahawa mereka tidak main-main dengan tuntutan yang mereka nyatakan. Saya sangat-sangat bersetuju dengan dakwaan Datuk Ghapur bahawa rakyat Sabah diberikan layanan Kelas Kedua selama ini. Datuk Ghapur ada membaca artikel saya agaknya mengenai diskriminasi terhadap rakyat Sabah. Apa yang sangat menarik perhatian saya ialah apabila Datuk Ghapur membayangkan penubuhan sebuah parti baru untuk Sabah menyertai Pakatan Rakyat.
Hal ini telah saya bangkitkan lebih awal sebelum Datuk Ghapur menyuarakannya di parlimen. Bukan hendak mengatakan Datuk Ghapur menceduk idea saya, tetapi itulah sebenarnya kehendak rakyat Sabah yang mempunyai kesedaran. Alhamdulillah rupanya suara kecil anak Sabah ini sealiran pula dengan mereka yang jauh lebih tinggi di atas. Mungkin itulah aspirasi keseluruhan rakyat Sabah yang mahukan pembaharuan dan keadilan. Mengenai penubuhan parti baru, idea ini bukan hendak menafikan kebolehan dan kepercayaan terhadap PKR, PAS, atau DAP sebagai wakil rakyat Sabah. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam artikel yang terdahulu, Sabah memerlukan sebuah parti sendiri yang berpusat di Sabah, tetapi ia akan bergabung dalam Pakatan Rakyat untuk menjadi pembangkang yang kuat atau tidak mustahil menjadi Kerajaan Baru Malaysia. Apa relevannya parti baru ditubuhkan boleh anda dapatkan dari artikel saya yang lalu. Salah satu alasan utamanya ialah kita tidak mahu penjajahan bentuk baru yang dimulakan pada 16 September 1963 diperbaharui pula lagi pada hari penghijrahan pemimpin Sabah meninggalkan Barisan Nasional nanti. Cepat atau lambat, hijrah pemimpin Sabah ke dalam Pakatan Rakyat tetap akan berlaku, dan mesti berlaku.
Sabah dan rakyatnya tidak akan selamat di bawah pemerintahan kerajaan Barisan nasional yang dikepalai UMNO. Cuma diharapkan mereka yang akan melompat tidak mempunyai sebarang agenda bersifat kepentingan peribadi. Utamakanlah perjuangan untuk anak-anak Sabah yang telah lama tertindas dan dijajah. Penjajahan terhadap Sabah tidak berakhir pada 16 September 1963, tetapi ianya diperbaharui pada tarikh keramat itu tanpa disedari oleh rakyat Sabah seluruhnya. Semoga tumbangnya kerajaan BN akan membawa Harapan Baru Untuk Sabah, Harapan Baru Untuk Malaysia. Tamatkan penjajahan teruskan perjuangan.
dengan bas.


IPOH, 12 Mei :- Sejarah dilakar oleh ADUN-ADUN Pakatan rakyat bersama Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin apabila untuk pertama kalinya mereka ke Bangunan Parlimen dengan menaiki bas bersama-sama.Menjawab pertanyaan wartawan di bangunan SUK Ipoh sebelum melangkah menaiki bas, Ir. Nizar menyatakan langkah yang dilakukan adalah untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan tuntutan yang besar kalau semua ADUN PR ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereka sendiri.

Dalam Sidang akhbar dibangunan Parlimen, beliau mengatakan lawatan tersebut adalah dengan tujuan mengikuti perbahansan di Dewan rakyat untuk mendapatkan pendedahan dan melihat pengalaman yang ditimba. Kami datang demgan menaiki bas mudah-mudahan dalam sidang DUN Perak kami dapat menjawab soalan dalam sisi perbahasan.Dalam kesempatan lawatan tersebut rombongan telah mengadakan kunjungan hormat kepejabat Ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah, Preesiden Pas, Dato' Seri TG. hj. Abdul hadi Awang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Sdr. Lim Kit Siang.



Ir. Nizar juga menyatakan suapaya para wartawan media arus perdana dan alternatif melapor sesuatu untuk menyakinkan rakyat. dan pemberitaan yang benar dan salah akan dipertanggungjawab oleh Allah SWT.

Monday, May 12, 2008


Saranan berjimat cermat - Abdullah Badawi patut contohi Nik Aziz


Adnan Ibrahim



Mulia sungguh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bila mengingatkan rakyat supaya mengubah cara hidup dengan berbelanja mengikut kemampuan dan berjimat.Teringat juga bagaimana Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nit Mat yang juga Mursyidul Am PAS menasihatkan rakyatnya dan umat Islam supaya berjimat apabila menggunakan air semasa mengambil wuduk. Kedua pemimpin memberi nasihat atas nilai kebaikan yang sama supaya berjimat. Bagaimanapun ia satu perbezaan yang amat ketara dari segi keterampilan kedua pemimpin tersebut. Tuan Guru Abdul Aziz mengingatkan rakyatnya berdasarkan keilmuannya serta pengalaman sebagai orang yang sering melakukan ibadah solat. Beliau berkata, Nabi Muhamad saw mengambil wuduk dengan air hanya secupak Bagdad iaitu lebih kecil sedikit daripada ukuran cupak Malaysia. "Kalau kita hendak tahu banyak mana kita menggunakan air ketika ambil wuduk, cuba tadoh baldi dibawah paip tempat kita ambil wuduk. Tengok banyak mana kita guna air?" ujarnya ketika memberi kuliah di sebuah surau di Taman Samudra, Gombak.



Nik Aziz juga tidak mempunyai rumah selain daripada yang diduduki di Pulau Melaka. Rumah sebuah itulah yang tidak ditambah pembesaran melibatkan berjuta ringgit sejak 20 tahun lalu menjadi pemimpin kerajaan Kelantan. Sebanyak 30 peratus gajinya disumbang untuk perjuangan Islam. Beliau juga orang yang mudah ditemui rakyat pada hari Jumaat. Tidak ada protokol dan skurity yang menghalang untuk menemui beliau. Dia pemimpin dan dia juga rakyat. Tidak ada kasta membezakan golongan pemimpin dan kumpulan rakyat.
Kedudukan dan pergaulan beliau sama dengan penduduk kampung berlainan pemimpin di Putrajaya yang amat ketara wujud jurang perbezaan antara golongan elit dan orang awam, pemimpin dan rakyat. Ia lebih mengwujudkan kasta daripada penempatan yang harmoni.



Sebaliknya kesederhanaan ini tidak wujud pada pemimpin negara dan negeri yang dikuasai Umnoi. Renovation rumah sahaja melibatkan wang berjuta ringgit. Gaya hidup mewah, keluar negara dan membeli belah boleh menghabiskan beratus ribu ringgit. Mereka membeli jet beratus juta ringgit inilah yang menyeru rakyat supaya berjimat. Hidup di rumah berharga lebih RM200 juta inilah yang menyeru rakyat berbelanja mengikut kemampuan. Dalam keadaan inflasi yang makin meningkat rakyat secara tidak langsung terpaksa mengawal perbelanjaan.
Kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi selepas pilihan raya umum lalu telah mengubah kehidupan mereka malah berlaku defisit. Perbelanjaan yang hanya cukup makan seumpama `kais pagi makan pagi kais petang makan petang' sebaliknya sekarang kais pagi pun tidak cukup untuk pagi. Menteri yang hidup diselubungi kemewahan bercakap dan mengajar rakyat miskin yang sudah berjimat diminta supaya berjimat.



Rakyat miskin mahukan menteri membela mereka bukan yang miskin diseru berjimat. Rakyat mahukan gaji dan kos sara hidup minima RM1,200 sebulan sebaliknya apa pembelaan pemimpin kepada mereka. Dalam keadaan inflasi yang semakin mencengkam rakyat sepatutnya golongan pemimpin dan kaya diseru berjimat. Mereka sepatutnya mencontohi Nik Abdul Aziz memotong gaji mereka untuk rakyat. Jangan jadi seumpama kerajaan Mamalik meminta supaya ulama iaitu Imam Nawawi mengeluarkan fatwa supaya rakyat membayar cukai membantu kerajaan untuk digunakan wang tersebut di medan perang. Sebaliknya Imam Nawawi kata tidak harus (haram) berbuat demikian iaitu meminta rakyat membayar cukai melainkan setelah kerajaan menjual seluruh harta kekayaan istana milik sultan untuk menampung perbelanjaan tersebut. Sekiranya ia masih lagi tidak mencukupi barulah rakyat boleh diminta membayar cukai. Dalam paqda itu Abdullah juga mengingatkan rakyat memainkan peranan membantu penguatkuasa mengawasi harga barang-barang.



Daripada pengalaman politik Malaysia iaitu setiap kali selepas pilihan raya umum sentiasa berlaku kenaikan harga barang. Ini berdasarkan pengalaman lalu bahawa Barisan Nasional (BN) mendapat sumbangan besar daripada golongan konglomorat setiap kali pilihan raya umum. Selepas pilihan raya golongan ini seperti biasa akan menaik harga barang bagi mengaut keuntungan lebih setelah menghabiskan wang kepada BN. Boleh dikatakan kebanyakan barangan naik mendadak bukan sahaja barang keperluan perumahan bahkan barangan elektrik. Soket elektrik yang boleh didapati dengan harga RM1.90 di Maydin sebaliknya selepas pilihan raya mencecah RM8.90. Bagi mengaburi pandangan, Abdullah meminta rakyat bantu penguatkuasa. Apa yang boleh rakyat bantu? Sedangkan kenaikan harga berlaku daripada pembekal dan pemborong. Kenapa sukar sangat kerajaan mahu bertindak keatas golongan tersebut? Kenapa peruncit dan peniaga kecil yang diugut jangan menaikan harga barang?



Konglomerat boleh dibilang dengan jari dan tidak sukar untuk kerajaan bertindak. Sebaliknya menyuruh rakyat membantu penguatkuasa lebih menambah penganiayaan kepada kepada kecil dan peruncit. Ikhlaslah kerajaan, kalau betul-betul mahu membela rakyat. Bukan hanya sedap pada suara sebaliknya menyembunyikan tindakan pemimpin negara yang lebih membela golongan kaya daripada rakyat miskin.

Saturday, May 10, 2008


Contohi perjuangan Nabi Yusuf - Warkah Nik Aziz kepada Raja Petra




KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuskan warkah kepada Raja Petra Kamarudin yang dipenjara dan didakwa di bawah Akta Hasutan kelmarin.Dalam surat yang dihantar ke kediaman pengendali laman web Malaysia Today hari ini, Tuan Guru kagum dengan keberanian Raja Petra mempertahankan kebenaran walaupun terpaksa menerima pelbagai risiko. Beliau turut mengajak Raja Petra mencontohi perjuangan Nabi Yusuf yang tetap istiqamah walaupun dipenjarakan. Raja Petra dibebaskan hari ini selepas isteri beliau Marina Lee Abdullah membayar wang jaminan sebanyak RM5000. Kes beliau yang disabitkan melalui tulisannya di portal Malaysia Today yang menyentuh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu akan disebut 6 Oktober depan.


Berikut disiarkan teks penuh surat Tuan Guru Nik Aziz:-

8hb Mei 2008/ 2 Jamadil Awwal 1429

YM. Raja Petra Raja Kamarudin
Warkah Simpati dan Pengiktirafan Saya menerima berita mengenai nasib tuan yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 dan kini ditahan reman dalam penjara Sg. Buloh sehingga kes disebut di mahkamah pada 6 Oktober 2008 dengan penuh kesedihan. Bagaimanapun, jauh di hati saya, saya masih terasa kagum kerana di sana masih ada seorang sehebat tuan yang cekal mempertahankan apa yang difikirkan benar. Prinsip ini cukup selaras dengan dasar anutan Agama Islam kita yang sentiasa bertunjangkan amar makruf nahi mungkar. Ia kebetulan disebut juga oleh demokrasi dan turut diperuntukkan di dalam perlembagaan kita di bawah perkara kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat. Soal bersalah atau sebaliknya; maka terlanjur tuan telah dituduh di bawah Akta Hasutan, maka ia terpulanglah kepada proses keadilan di mahkamah yang selanjutnya. Sewaktu Nabi Allah Yusuf 'alaihissalam dikurung oleh pihak berkuasa di zamannya kerana fitnah, Yusuf berkata, "wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."



Lantaran istiqomah Nabi Yusuf itu, Allah maqbulkan doa baginda lalu "menghindar Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Petikan dari Surah Yusuf Ayat 33 dan 34). Selaras dengan perkembangan ini, izinkan saya turut bersama mendoakan tuan agar sentiasa dipelihara kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT. Semoga yang benar itu akan terserlah jua walaupun harganya adalah pengorbanan. Selagi tuan benar dan kita semua benar di sisi Allah SWT, tuan dan kita pada amnya tidak perlu merasa khuatir. Mari kita terus tabah, bersama dengan perjuangan demi menegakkan yang hak dan menolak kebatilan.

Salam perjuangan. Wassalam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan

Merangkap Mursyidul Am PAS - mr

Nizar Kami Bersamamu... AllahuAkbar !!!
Oleh ardzulna"

Pertamanya rasanya belum terlewat bagi saya untuk mengucapkan tahniah kepada Dato Seri dan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas Pelantikan Dato Seri sebagai Menteri Besar Perak. Sesungguhnya pelantikan Dato Seri adalah suatu rahmat kepada rakyat Perak khasnya dan seluruh pendokong gerakan Islam amnya.Kenapa ? Sebabnya ialah kerana Dato Seri jadi MB Perak adalah atas dasar Dato Seri dulu kini dan selamanya adalah mata rantai pejuang Islam. Kalau dulu kita melihat Tok Guru Nik Aziz saja yang jadi MB atas tiket Islam kini Dato Seri dapat bersama Tok Guru untuk menyerlahkan lagi Islam sebagai kekuatan sebenar umat melayu. Allahu Akbar! Allahu Akbar ! Allahu Akbar!

Berbalik kepada komen Aduka Teruna yang berhempas pulas untuk menegakkan pendapatnya yang bagi saya agak janggal bagi pejuang Islam khasnya, bahkan untuk pendokong demokrasi sendiri ammnya. Saya paste kan kembali ayat beliau :“Sekali lagi, saya berpendapat, sepanjang tempoh 4-5 tahun ini, Datuk Seri perlu memegang kefahaman bahawa Datuk Seri tidak memerintah atas kekuatan Melayu. Sepanjang tempoh ini, sebarang tindakan Datuk Seri terhadap hal-ehwal Melayu perlulah teliti dan bijaksana.Dan untuk isu ini, saya berpendapat perlunya Datuk Seri mengeluarkan satu kenyataan maaf bagi mengelakkan penyokong Datuk Seri memilih bermusuh dengan pihak istana dan mufti.”Saya bersetuju dengan kenyataan beliau yang mengatakan bahawa mandat yang Dato Seri dapat bukan mandat Melayu. Tapi saya nak AT sedar dan kaba bahawa mandat yang Dato Seri dapat adalah anugerah Allah s.w.t jadi Dato Seri memerintah atas kekuatan Islam Ye bukan atas kekuatan Melayu Tapi kekuatan Islam. Memang kita tak mimpi pun nak tawan Perak dan bahkan dapat jadi MB PULA tu. Sebagai seorang Islam saya nak ajak AT berfikir dan bermuhasabah sikit serta melihat dengan mata hati bukan dengan otak semata-mata. Kalau nak lihat dengat otak mana mungkin kita dapat MB dengan kita hanya ada 6 wakil di DUN.
Lepas tu banding-bandingkan la pula Dato Seri Nizar dengan Dato Tajol ke, Nazri Aziz ke atau Pak Lah sendiri ke ? Banding dari segi apa nak ? Akademik ? Akhlak ? Pendidikan anak anak ? Pegangan Agama ? Pilih mana mana AT suka dan Bandingkan untuk kepentingan masa depan kita di akhirat kelak. Sepatutnya bila media perdana dan tuannya UMNO mainkan isu ketuanan Melayu dsb. Kita sepatutnya mengikut orang yang kita yakini bukan pengkhianat Agama dan Bangsa. Dalam kes Dato Seri Nizar dan Pengarah JAIP sepatutnya ianya di lihat begini : Kenapa beliau di tukar ? Tergesa- gesa ? Itu UMNO dan media peliharaan mereka yang kata...Nak bela Raja ? Jangat mengarutla UMNO...peristiwa di perlis dan Terengganu masih dalam ingatan orang yang waras...siapa lawan Istana ? Siapa lawan Agong ? Siapa cabar Sultan Mizan ?Dari aspek demokrasi pula nampak sangat UMNO adalah Parti yangbertindak di luar tabie demokrasi.
Contohnya ? DI Kelantan lama dah Tok Guru yang memerintah atas kekuatan Islam dan MELAYU di nafikan hak dari segi demokrasi. Peristiwa seperti di Perak ni dah biasa sangat dah...banyak lagi yang UMNO buat untuk mendera rakyat MELAYU,ISLAM di Kelantan...Salahnya apa ? Tak pilih UMNO .....Umno dah lama menjadi pengkhianat bangsa Melayu di Kelantan...Ye ke ? Minyak di Perairan Kelantan kenapa tak di daratkan ? Takut umat Islam Kelantan kaya !!!Lepas tu susah UMNO nak ambil semula Kelantan...Itu saja ceritanya...Tak bagi peruntukan pembangunan Melalui Tok Guru tapi melalui JPP UMNO...Tok Guru tak makan Rasuah macam kamu la...Kenapa tak bagi juga ? Takut Kelantan Maju... Susah kamu nak rawat Kelantan ??? tu je ceritanya...seolah olah UMNO saja yang reti memerintah ..Cukup la wahai UMNO dan puak puak yang sewaktu dengannya...menipu rakyat, memperbodohkan rakyat... "

Wednesday, May 7, 2008


Kes Raja Petra : Najib & isteri target sampingan




"Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK) telah dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen pada 6 Mei 2006 kerana menerbitkan artikel dalam laman blognya, Malaysia Today bertajuk 'Let's send the Altantuya Murderers to Hell" yang telah mengkaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Sharibuu. Kes Altantuya masih diperbicarakan di mahkamah. Dua orang anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) di tuduh membunuh Altantuya, sementara sahabat karib Najib, seorang penganalisa politik yang terkenal, Abd. Razak Baginda dituduh bersubahat.Tak bolih diketepikan tujuan kerajaan dalam menghadapkan RPK di mahkamah juga bertujuan hendak menjatuhkan Najib supaya Najib tak boleh jadi perdana menteri jika Abdullah Badawi dipaksa letak jawatan Disember ini.



Malah kerajaan Abdullah Badawi berjaya 'hit two birds with one stone'. RPK adalah 'smaller target." Najib dan isterinya sebenarnya target utama yang hendak dijatuhkan. Macam main snooker, sondol bola putih terantuk bola kuning dan yang masuk lobang bola hitam. Nama Najib dan isterinya rioh disebut-sebut di merata pelusuk negara hari ini. Rata-rata orang membuat kesimpulan bukan Razak baginda tetapi Najib dan isterinya yang memberi arahan kepada dua anggota UTK untuk membunuh Altantuya. Ada pendapat bukan Najib yang suruh tetapi isterinya Rosmah yang beri arahan kepada UTK bunuh Altantuya. Mahkamah-mahkamah rakyat hari ini dikatakan telah membuat kesimpulan bahawa Razak Baginda hanyalah "pak sanggup", dua anggota polis UTK itu tetap bersalah, dan Najib suami isteri turut bersalah. Dan dengan yang demikian Najib tak layak jadi PM tapi layak jaga library di penjara Sungai Buluh (macam Mokhtar Hashim dulu jaga library di Pudu Jail).Ada yang berkesimpulan sekarang baru lah mereka faham kenapa Tun Dr Mahathir yang baru-baru ini menegaskan si Najib tak boleh jadi PM telah tidak pula jelaskan sebabnya.



TUN tak jelaskan sebabnya kerana kes Altantuya masih dalam perbicaraan, dan Tun boleh diheret ke mahkamah.Ada di kalangan kakitangan kerajaan yang telah berkata memang dah dijangka Najib dan isteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Menurut mereka, UTK hanya terima arahan dari PM atau TPM - iaitu dari Abdullah Badawi atau Najib. Menurut mereka lagi, Najib hanya tiang kayu, dan TPM merangkap Menteri Pertahanan sebenarnya adalah isteri beliau si Rosmah. Maka dari situ mereka buat kesimpulan mengenai kemungkinan bahawa Rosmah yang beri arahan kepada UTK. Entah lah.Cerita sampingan sikit pasal kononnya Rosmah control Najib. Kononnya Rafidah Aziz pernah bertanya dalam mesyuarat kabinet secara menyindir siapakah sebenarnya Menteri Pertahanan. Rafidah kononnya mengutarakan pertanyaan tersebut apabila diberitahu oleh pegwai-pegawai MITI kononnya Rosmah telah serbu masuk suatu mesyuarat di Mindef mengenai perolehan senjata alat kelengkapan tentera dari Peranchis yang dipengerusikan oleh suaminya Najib.



Mengikut ceritanya, Rosmah telah tolak Najib ketepi, dan Rosmah kononnya telah ambil alih tempat Najib dan mempengerusikan mesyuarat tersebut. Tak tahulah benar atau tidak cerita-cerita ini.Balik kepada cerita UTK. Kalau betul UTK hanya bertindak atas arahan PM atau TPM, maka boleh dibuat kesimpulan bahawa bukan Abd Razak Baginda yang memberi arahan kepada dua anggota UTK yang dituduh bunuh Altantuya. Sesiapa saja yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya akan ke neraka, dan kalau mereka terlepas dari tali gantung di dunia, hidup mereka akan sengsara kepanasan menanggung rasa dosa yang amat teruk. Boleh jadi biul. Lagi lama mereka hidup, lagi biul jadinya.Kalau pun Najib dan Rosmah tak bersalah mereka tetap dilihat dengan penuh syak wasangka oleh rakyat. Boleh dikatakan masa depan Najib semakin gelap kerana kes RPK telah menarik perhatian rakyat kepada kemungkinan Najib dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya.



Musuh-musuh politik Najib pasti akan terkam peluang ini untuk menjatuhkannya dengan alasan adalah susah bagi Najib untuk jadi PM kerana rakyat akan sentiasa mensyakkinya.Kalau dalam masa terdekat ini Najib pula diheret ke mahkamah, maka ia akan memberi sebab untuk Abdullah Badawi terus berkuasa sebagai PM atas alasan perlu didedahkan terlebih dahulu TPM yang baru sebelum Pak Lah bolih menyerahkan kuasa.Tarabulsi"

Demi perjuangan, Raja Petra enggan dijamin, pilih masuk penjara
Salmiyah Harun


PETALING JAYA, 6 Mei (Hrkh) - Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin enggan membayar ikat jamin RM5,000 yang mengakibatkan beliau dipenjarakan di Sungai Buloh sehingga tarikh kesnya bermula.Beliau yang ditemani isterinya Marinah Lee, akan dibicarakan pada pada 6 hingga 10 Oktober depan di Mahkamah Seksyen di sini. Menurut salah seorang peguambela William Leong, Raja Petra meminta rakyat negara ini yang menyokong prinsip demokrasi agar menyumbang RM1 setiap seorang bagi menjelaskan ikat jamin tersebut. Katanya apabila ditemui di luar mahkamah, Raja Petra mengharapkan sokongan daripada rakyat, memandangkan apa yang dibuat itu semata-mata untuk rakyat.
Selepas tarikh perbicaraan ditetapkan, Raja Petra yang masih dalam kandang tertuduh dilihat menghulurkan kedua-dua tangannya manakala salah satu tanganya memegang kad pengenalan kepada anggota polis.



Bagaimanapun anggota polis meminta beliau bertenang supaya memberi laluan kepada wartawan untuk beredar dari mahkamah. Raja Petra yang dibawa keluar melalui pintu belakang mahkamah kemudian dimasukkan ke dalam lokap mahkamah sebelum trak polis sampai untuk dibawa ke Sungai Buloh. Sebelum itu, Raja Petra diminta menyerah diri di kompleks mahkamah Jalan Duta pada jam 9.30 pagi ini untuk menghadapi tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya. Bagaimanapun, ketika beliau sedang menunggu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur beliau menerima panggilan telefon dari pihak polis kira-kira jam 10.20 pagi supaya hadir di mahkamah Petaling Jaya. Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today. Kertas pertuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.



Pendakwaan dibuat oleh timbalan pendakwaraya Nordin Hassan manakala Raja Petra diwakili oleh sepasukan enam peguambela yang diketuai oleh Karpal Singh.
Turut hadir ialah pemimpin Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ronnie Liu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta beberapa orang pengendali blog. Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' dalam blognya, Malaysia Today. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu. Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu.



Hubungan Istana Perak dan MB baik, media cuba polemikkan

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekali lagi diuji dengan 'asakan' dan 'cabaran' pihak tertentu yang dilihat cuba menghebahkan kepada rakyat. Kini kerajaan pakatan sengaja dipertontonkan kepada rakyat seolah-olah wujud ketegangan antara pihak Istana dengan Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Walhal isu itu berkaitan formaliti dan prosedur yang sepatutnya dipatuhi oleh Nizar dalam perkara membabitkan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Dato' Jamry Sury. Mengulas lanjut hal itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata isu 'kesilapan' teknikal itu cuba diperbesar-besarkan dan dipolemikkan oleh sesetengah media milik kerajaan yang mahu mempamerkan seolah-olah Nizar membelakangi kuasa Istana.



Sedangkan pertukaran Jamry telah dimaklumkan Menteri Besar Perak kepada Sultan Perak sewaktu perasmian Mahkamah Syariah Ipoh pada 30 Mac lalu.
"Cuma Tuanku minta rujuk kepada Yang Dipertua Majlis Agama Perak iaitu Raja Muda Raja Nazrin Shah. "Dan Raja Muda menegur Nizar dari sudut formaliti dan perlu mengikut prosedur yang betul. Itu sahaja dan hubungan Istana amat baik sama ada dari segi tugasan mahupun peribadi tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak," katanya yang juga seorang peguam.
Beliau turut mendakwa bahawa pertukaran Jamry iaitu merupakan proses pertukaran biasa yang dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan negeri kepada para pegawainya. Ianya tidak melibatkan soal turun pangkat mahupun pemecatan daripada jawatan, katanya. "Pada awal penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak memang berlaku beberapa pegawai yang enggan bekerjasama dengan Menteri Besar malah mahu meletakkan jawatan ataupun ditukar ke tempat lain.



"Justeru kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik menangani masalah-masalah individu yang tidak mahu memberikan komitmen kepada kerajaan yang baru," katanya. Berhubung dengan kenyataan ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, beliau sekadar menyatakan bahawa itu merupakan hak beliau untuk memberi pendapat dan enggan mengulas lanjut. "Kita tidak mahu melatah setiap isu yang dimainkan oleh pihak media atau pihak-pihak tertentu kerana ianya akan mensensasi perkara yang tidak pun seperti yang digambarkan," katanya yang juga merupakan AJK PAS Pusat./wann