Monday, March 31, 2008


IPOH: Pejabat Menteri Besar Perak hari ini mengumumkan senarai portfolio 10 anggota Exco kerajaan campuran negeri yang mengangkat sumpah jawatan Sabtu lalu dan portfolio yang dipegang: Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin. Menteri Besar bertanggungjawab bagi portfolio Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar. Senarai portfolio bagi 10 Exco yang terdiri daripada enam anggota Dewan Undangan Negeri dari DAP, tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang wakil Pas, mengikut kenyataan yang dikeluarkan di sini ialah seperti berikut:
1. Ngeh Koo Ham (Adun Sitiawan): Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam.
2. Nga Kor Ming (Pantai Remis): Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam.
3. A Sivanesan (Sungkai): Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.
4. Seah Leong Peng (Pasir Bedamar): Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan.
5. Chen Fook Chye (Keranji): Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna.
6. Su Keong Siong (Pasir Pinji): Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi.
7. Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.
8. Tai Sing Ng (Kuala Sepetang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Penerangan.
9.Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering): Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
]
10. Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubuk Merbau): Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan. — Bernama
Kena ikut perintah Sultan
Posted on Mac 31, 2008 oleh editor


KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, berharap Menteri Besar baru, Datuk Ahmad Said yang mengangkat sumpah jawatan semalam dapat melaksanakan tugas dengan amanah, bertanggungjawab dan penuh keikhlasan.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, turut mendoakan Ahmad, 51, agar dapat melaksanakan tugasan dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar sebaik mungkin.Dalam ucapan ringkas pada majlis serah tugas di tingkat 18 Wisma Darul Iman, Idris yang kelihatan tenang sempat berjenaka apabila meminta hadirin menepuk tangan kuat sedikit selepas beliau menyebut nama Ahmad sebagai Menteri Besar dalam kata-kata aluannya.



Hadirin pada majlis penyerahan tugas itu diam seketika apabila Ahmad dan Idris berpelukan selepas bertukar dokumen dan masing-masing saling membisikkan sesuatu sehingga beberapa Adun mengesatkan air mata.Majlis serah tugas pada jam 12.30 tengah hari itu diadakan selepas istiadat mengangkat sumpah Ahmad yang disempurnakan di hadapan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail di Istana Maziah.Penyerahan tugas itu disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong; Penasihat Undang-Undang Negeri, Noor Bahari Baharuddin dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah serta semua 22 Adun Barisan Nasional (BN)Idris ketika diajukan soalan pada sidang media bersama Ahmad selepas selesai majlis itu enggan menjawab sebarang pertanyaan sebaliknya berkata, beliau akan mengadakan sidang media berasingan selepas semuanya selesai.



Selepas sidang media dan selesai menikmati makan tengah hari, Ahmad dan Idris turun ke pejabat Menteri Besar di tingkat 16 untuk sesi bergambar.
Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan perbincangan selama kira-kira 30 minit sebelum Ahmad dan beberapa pegawai kerajaan negeri dilihat mengiringi Idris ke lif.
Idris yang sekali lagi diburu wartawan masih enggan menjawab sebarang pertanyaan dan hanya berlalu sambil tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan wartawan yang berada di situ.



Siapa Speaker DUN Kelantan?






oleh MSO
TANGGAL 28 April ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), dijangka akan dipanggil ke persidangan khas untuk memilih Yang Dipertua (Speaker) DUN Kelantan. Speaker DUN Kelantan yang lalu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah tidak mungkin lagi dipilih. Wan Rahim kini ahli Parlimen Kota Bharu.Siapa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Wan Rahim masih menjadi tanda tanya. Samada Timbalan Speaker, Nasaruddin Daud (Adun Meranti) akan dinaikkan pangkat sebagai Speaker DUN masih menjadi tanda tanya.Ini kerana ada tanda-tanda menunjukkan kerusi Speaker DUN Kelantan menjadi minat banyak tokoh. Lobi melobi secara halus juga dikatakan sudah pun berjalan.


Sekiranya mengikut ghalib jawatan itu seharusnya diserahkan kepada Nasaruddin. Ada kesesuaian kalau diberikan kepada Nasaruddin. Selain beliau pernah menjadi timbalan Speaker, perlantikan itu juga sebagai proses kenaikan pangkat.Tidak ditawarBeliau sudah berkhidmat sebagai Adun, masuk penggal ke empat. Elok kalau Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan itu diangkat menjadi Speaker. Apa lagi beliau juga tidak ditawarkan untuk menjadi ahli Exco. Bagaimana pun peluang Nasaurddin mungkin terlepas apabila kini timbul nama lain yang dikatakan sedang melobi untuk menduduki kerusi ‘pengadil’ DUN Kelantan itu. Bekas Setiausaha Umno Kelantan, Rosli Ibrahim yang menjadi calon Pas di DUN Kok Lanas dikatakan berminat untuk mengisi jawatan berkenaan.

Rosli dikatakan sudah mula bergerak ‘menjual diri’ untuk mengisi jawatan berkenaan. Khabarnya ada tokoh tertentu di Kelantan memberi sokongan dan galakan kepada beliau. Nampaknya Rosli ke hadapan dalam hal ini. Kesungguhan ini jelas apabila Rosli dikatakan menolak tawaran untuk dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Besar. Tahap lobinya bukan saja di sekitar restoran Mutiara atau di kaki lima kedai Jaafar Rawas di Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu atau di kedai kopi nasi kerabu daging bakar di Salor, namun sudah sampai ke Kuala Lumpur. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa juga khabarnya telah dihubungi meminta Rosli dipilih sebagai Speaker. Langkah dan angan-angan Rosli itu nampak terlalu awal. Mungkin ia bukan dari kehendaknya tetapi kehendak tokoh lain yang dilihat menjadi pendayungnya selama ini. Beliau pernah ke China bersama seorang tokoh Pas Kelantan beberapa bulan sebelum pilihan raya. Untuk apa dan mengapa tidak diketahui sedangkan ketika itu Pas melarang Adunnya ke luar negara.

Hubungan intim Rosli dengan tokoh ini mungkin menjadikan Rosli berani untuk menuntut sesuatu yang lebih dari sepatutnya selepas beberapa hari menyertai Pas. Mempunyai kelayakanAlasan yang diberikan kenapa Rosli perlu diberikan jawatan itu ialah kerana beliau tewas dalam pilihan raya lalu. Rasanya alasan itu kurang tepat dan relevan kerana selain Rosli masih ada tujuh calon lagi yang tewas. Apakah ketujuh-tujuh calon yang tewas itu tidak mempunyai kelayakan untuk dipertimbangkan dilantik menjadi Speaker? Tidak sewajarnya juga kalau Pas Kelantan melayani Rosli sampai ke peringkat itu. Pesuruhjaya Pas Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat harus tidak mudah termakan gula-gula yang dihulurkan oleh tokoh tertentu agar menerima Rosli sebagai Speaker. Jika hendak dikira dengan apa yang Rosli terima sudah cukup daripada sepatutnya. Beliau menyertai Pas umpama baru petang semalam. Sebaik menyertai Pas terus diberi jawatan sebagai Penyelia DUN mengenepikan bekas Adun Ketereh (Kok Lanas) sebelum ini, Shaari Awang Hamat.

Selepas itu pada pilihan raya lalu beliau sekali lagi diberi habuan dengan dipilih menjadi calon Pas di Kok Lanas. Selain mendapat nikmat menjadi Penyelia, menjadi calon, Rosli juga dikatakan mendapat beberapa habuan kebendaan lain (benda keras) yang dianggap fantastik nilainya jika diukur dengan diri beliau. Beliau juga dilantik menjadi Pengerusi kepada sebuah syarikat yang mengendalikan media massa Pas Kelantan dengan imbuhan dan elaun yang boleh tahan. Jarang orang muhajir diberi peluang sebegitu luas sekali.Alasan beliau tidak mempunyai kerja juga tidak munasabah. Kerana orang kampung saya yang menyertai Pas sejak Pas menggunakan tangan sebagai lambangnya sampai kini masih belum dapat kerja yang dianugerahkan parti! Hendaknya Pas dan Nik Aziz khususnya jangan terlalu manja dalam hal ini. Tok Guru harus tenguk belakang depan sebelum bersetuju atau menerima mana-mana cadangan agar Rosli dilantik menjadi Speaker. Lebih afdal dengar dan terimalah juga pandangan daripada pemimpin lain dan bukan taksub kepada seseorang saja! Kalaupun kita sayang kepada seseorang jangan percayakannya seratus peratus!
Memang Rosli kini sudah mengangkat syahadah bersama Pas. Namun peristiwa lampau juga harus dikenang dan diingat kembali. Sewaktu Pas berhadapan dengan masalah kerana bergaduh dengan Parti Semangat 46 tahun 1995 dulu, ketika itu Rosli bukan sombong lagi untuk bersama Pas.Pas pernah mengundangnya untuk bergabung dengan Pas, namun tidak ada apa-apa respons daripada Rosli. Bahkan bila ada pemimpin Pas waktu itu membayangkan beliau akan menyertai Pas, disamannya pemimpin berkenaan. Ironisnya orang yang disaman itu kini menjadi kawan baiknya pula.Hanya Allahyarham Haji Nordin Yaacob saja yang berkorban untuk bersama Pas sampai ke akhir hayatnya. Pengorbanan besar Haji Nordin itu pun setakat menjadi Yang Dipertua MPKB selama setahun sahaja dengan imbuhan sebanyak RM1,000 sebulan. Ada muslihat Jasa sejemput dan budi setitik Rosli jangan mudah terpesona. Keinginan ataupun usaha pihak tertentu untuk membawa beliau ke DUN itu tentu ada muslihat yang hanya orang itu saja mengetahuinya. Politik serba boleh jadi! Rosli menyertai Pas hanya setelah beliau ada masalah dalam Umno
Sekiranya beliau tidak ada penyakit dalam Umno pasti beliau tidak akan meninggalkan Umno.Adalah elok sebelum dimuktamadkan untuk melantik Rosli Pas Kelantan dan Nik Aziz hendaklah menyelidik dan membuka fail peribadi Rosli. Dalam Islam pun kalau seseorang itu masih telor bacaan (Quran) ia tidak diangkat untuk menjadi iman.Sekiranya Rosli diangkat juga menjadi Speaker atas desakan tokoh yang ke Cina bersamanya, dibimbang ia akan menimbulkan implikasi lain. Akan timbul kemarahan di kalangan ahli Pas lain, dan mereka yang merasa berhak untuk menjadi Speaker pula akan terkilan. Sekiranya Pas tetap tidak mahukan kepada Nasaruddin menjadi Speaker, Pas masih ada seorang lagi calon yang layak dan sudah pun berpengalaman menguruskan persidangan DUN Kelantan. Tokoh itu ialah Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh. [wm.kl. 9:10 am 30/03/08]
Pendeknya Akal Politik Khir Tempe

Oleh MSO
PAGI ini baru saya mendapat jawaban kenapa Umno Selangor kalah dalam pilihan raya lalu dan Mohamad Khir Toyo (Khir Tempe) terlepas untuk menjadi MB walaupun partinya mendapat majoriti dalam DUN Selangor.Sebabnya ialah kerana akal politik Khir Tempe ini sungguh pendek sekali.Bila akal pendek maka sukarlah untuk Khir menyelami sesuatu yang bersifat zeni ataupun seni. Apa yang beliau nampak hanya apa yang tergalang di hadapan mata sahaja. Begitulah apabila diajukan mengenai evolusi ke atas wajahnya, beliau memberi alasan kerana beliau mengamalkan makanan tradisional Jawa iaitu tempe.Ramai orang tergelak dan merasa lucu atas jawaban pendek akal Khir Tempe itu.Dan pagi ini (seperti mana dilapor akhbar), Khir Tempe sekali algi menunjukkan kependekan akalnya.



Katanya beliau tidak nampak yang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) serius untuk berentak dengan Abdullah Ahmad Badawi bagi merebut kerusi Presiden Umno.Apakah Khir tidak tahu apa yang dibuatkan oleh Ku Li sehari dua ini. Bahkan Ku Li bukan sehari dua ini bersiap dan buat homework untuk lawan Abdullah tetapi sejak setahun lalu.Seharusnya mereka yang menggemari tempe bijak dan berpandangan jauh. Dapat menyelami apa yang tersurat dan tersirat. Kalau benda yang ada depan mata pun tidak nampak, alamat nak ...... lah kata P Ramlee.Mungkin juga Khir Tempe tidak nampak apa yang berlaku sebab beliau tidak ke mana. Sejak kalah dalam pilihan raya asyik berkurung dalam rumah sahaja. Katanya dua tiga hari selepas kehilangan jawatan MB Selangor, Khir jadi sasau. Menangis dan mengurungkan diri di sebuah hotel di Shah Alam!Cuba keluar dan lupakan kesakitan kerana kalah itu. Tenguklah alam sekitar yang hijau, lautan yang sudah hilang kebiruannya. Pandanglah dengan mata yang luas laksana mata Keadilan. Renung ke langit pandang dan tenunglah bulan Purnama yang megah tersenyum... barulah Khir Tempe akan tahu sejauh manakah serius atau tidaknya Ku Li.Satu lagi bukti mengenai kependekan akal Khir Tempe ini, kalau dia berakal panjang pasti beliau masih boleh menjadi MB Selangor.



Kenapa tidak Umno /BN mendapat 20 kerusi di DUN Selangor, PKR hanya 15 dan DAP 13 manakala Pas 8. Tenunlah dari kitab ilmu hisab mana pun Umno/BN mendapat majoriti.Sepatutnya Khir boleh memohon kepada Tuanku Sultan untuk angkat sumpah menjadi MB atas alasan partinya mendapat manjoriti. Soalnya selepas itu nanti beliau akan menghadapi undi tiak percaya oleh PKR-Pas-DAP, di DUN Selangor itu cerita lain.Masa 60 hari semasa menjadi MB Khir boleh berunding dan berkira. Penyelesaian boleh dicari. Berbagai formula lagi boleh direka dan dilaksanakan. Tetapi kerana akal pendek, Khir tidak tahu hendak mendarab dan mencongakkan angka-angka itu semua.Khir harus faham politik Malaysia hari ini sudah terpotang panting, tidak tahu kepala ekor lagi. Dah songsang tergalang. Tenguk apa yang berlaku di Perak, parti (Pas) yang dapat kerusi paling kecil dapat jadi MB, manakala di Terengganu Ahmad Said seorang senyawa sahaja, tetapi alih-alih dapat jadi MB.



Dalam hal ini Khir juga rupa-rupa tidak mempunyai biduwanda politik yang cekap dan bijak. Yang tidak boleh merancang dan menasihat Khir bertindak segera dan melakukan bingkisan-bingkisan ajaib untuk menyelamatkannya. Barang kali begitulah kalau hanya memiliki penasihat yang kerjanya membuncitkan perut dan yang bermulut luas muncung panjang tetapi tidak brilliant.Tetapi dipendekkan cerita, kerana Khir Tempe sendiri pendek akal maka segala-galanya terlepas. Hendaknya selepas ini Khir jangan sahaja asyik mengevolusikan wajahnya tetapi kenalah juga perpanjangkan akal politik! Maaf. [wm.kl 8:45 am 31/03/08]

Saturday, March 29, 2008


Dipos oleh cikgunurionline di Mac 28, 2008
ASSALAMULAIKUM..

9 Mac - Selepas berjaya mempertahankan Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh cuba menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, namun gagal menemui baginda sehingga tengah malam.

10 Mac - Majlis angkat sumpah MB (Idris Jusoh) di tangguhkan.

12 Mac - Nama Ahmad Said (ADUN Ajil) adalah antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris.
14 Mac - Pertemuan semua wakil BN dgn Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) di Putrajaya, namun Idris tidak hadir.
15 Mac - Seramai 20 wakil BN bertemu PM & menyatakan sokongan mereka kepada Idris Jusoh
18 Mac - Idris menyeru rakyat bertenang sewaktu negeri itu ketiadaan menteri besar dan berkata beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut dari pihak istana.
19 Mac - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar dan menurut perlembagaan, Baginda dilarang menjalankan peranan sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam.
20 Mac - Polis menahan empat lelaki dipercayai membawa 20 helai kain rentang kira-kira 1.45 pagi mengenai pelantikan menteri besar di Jalan Sultan Mahmud, sebatang jalan utama di Kuala Terengganu.
21 Mac - Empat lelaki tersebut dibebaskan. Polis memberi amaran kepada penyebar SMS, yang dilaporkan semakin meluas sejak beberapa hari lepas, tentang isu pelantikan menteri besar.
22 Mac - Pejabat Sultan Terengganu umum pelantikan Ahmad sebagai MB. Majlis angkat sumpah dijadual pagi esoknya. Seramai 22 wakil BN, yang diketuai Rosol, mengisytiharkan untuk memulau majlis tersebut. Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal. Sementara itu pula, Setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan tersebut atau sedia menerima tindakan disiplin.
23 Mac - Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja. YB Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR. Beliau juga menyatakan UMNO negeri telah melucutkan keahlian Ahmad. Idris Jusoh bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya pada sebelah pagi. PM menyifatkan pelantikan Ahmad “tidak mengikut perlembagaan” kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN.
24 Mac - Ahmad disambut meriah di kawasannya Kemaman, diarak dengan konvoi kenderaan sejauh 10 kilometer dari sempadan Pahang ke rumahnya di Teluk Kalong. Beliau juga bertegas akan ke pejabat MB untuk memulakan tugas di Wisma Darul Iman keesokannya. Tengah harinya pula, Ahmad menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur. PAS pula menyatakan sokongan kepada pelantikan Ahmad seperti telah diperkenan oleh MPPR. Disamping itu juga, PKR membuat aduan polis di Kuala Terengganu, mendakwa perdana menteri, timbalan perdana menteri serta 23 wakil rakyat BN “bersikap biadap dan menderhaka” kepada Sultan Terengganu.
25 Mac - Ahmad tiba di Wisma Darul Iman sebelum jam 8 pagi, solat hajat dan masuk ke pejabat lamanya sewaktu menjadi exco penggal lalu. Dalam pada itu, Idris Jusoh melahirkan kesediaan memohon keampunan daripada Sultan Terengganu atas segala kesilapan yang telah menimbulkan kemurkaan baginda. Manakala Pemuda PAS menggesa polis menyiasat kain rentang “Kami nak Idris, natang” yang didakwa menghina institusi raja.
26 Mac - Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong, antaranya membincangkan krisis pelantikan menteri besar Terengganu. Idris Jusoh bertemu Abdullah di pejabatnya di Putrajaya selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong. Namun begitu, butiran kedua-dua pertemuan ini tidak didedahkan kepada umum.
27 Mac - Majlis Tertinggi (MT) Umno sepenuhnya menyokong Ahmad, calon lantikan istana. Persiapan sambutan besar-besaran di Terengganu menjelang keberangkatan pulang Tuanku Mizan pada Sabtu ini.
Wallahua’lam

Iktibar apa yang berlaku terhadap Idris JusohMSO



NASIB malang yang menimpa bekas MB Terengganu, Idris Jusoh bukan perlu diinsafi oleh dirinya seorang sahaja. Pengalaman dan peristiwa itu boleh dikongsi oleh banyak manusia khususnya manusia politik. Bila kejadian itu menimpa Idris janganlah ada yang bertepuk girang atas apa yang berlaku.Kejadian itu ada iktibarnya. Ada pengajaran tersembunyi di sebalik apa yang berlaku itu. Apa yang boleh dilihat dengan jelas bahawa manusia itu sekadar mampu berusaha sahaja, tetapi yang menentukan Tuhan juga.Ia juga memberi jawaban bahawa kalau pun kita beriya untuk jadi MB, melakukan apa saja termasuk mewujudkan media untuk naik diri sendiri, menggunakan wang, menyusun dan mencaturkan parti, tetapi kalau Tuhan tidak izin ia tetap tidak diperolehi.



Dalam hal ini kuasa dan ketentuan Tuhan itu megatasi kuasa dan keinginan nafsu manusia.Rancanglah, apa-apa pun keputusan akhirnya ia ditangan Tuhan juga. Sesetengah ahli politik bukan main lagi merancang untuk masa depannya dalam politik. Menyusun strategi sampai menyeksa dan menganiayakan orang lain. Setengahnya lupa bahawa kuasa penentunnya ditangan Tuhan.Akhirnya peracangan itu bersepah di tengah jalan juga.Apa yang berlaku ke atas Idris Jusoh adalah gambaran apa yang berlaku ke atas beberapa orang ahli politik. Cuma kerana isu Idris Jusoh dominan orang nampak hanya Idris saja gagal kali ini. Malahan masih banyak tokoh politik yang mengigit jari selepas pilhan raya lepas, salah satunya ialah Shahidan Kassim.Mereka menang pilihan raya tetapi tidak memperolehi apa yang dihajati. Ada yang ingin menjadi Exco, tetapi tidak kesampaian. Ada yang ingin menjadi Speaker tetapi ditolak. Ada yang hendak jadi Timbalan Menteri Besar (TMB) namun terus kempunan.Di Kelantan semasa pilihan raya lalu bagaimana percaturan dibuat oleh orang tertentu untuk memastikan puaknya naik kemudian menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Harapannya bila kumpulannya naik maka senanglah beliau menongkah ke atas memergang rajui negeri.Percaturan dibuat di peringkat kawasan lagi degan menamakan orang-orangnya sebagai calon dan cuba menyingkirkan calon-calon yang popular di peringkat bawahan. Dalam usaha ini kerja menafikan hak orang lain, memburuk dan memfitnah dilakukan. Poltik Machiavelli berleluasa di Kelantan dalam pilihan raya lalu, yang mana ia seolah-olah Pas semacam tidak berpegang lagi kepada Quran dan Hadith..Isu perebutan calon adalah hasil daripada keghairahan orang-orang yang ingin melonjak cepat dalam politik. Sebab itu nama-nama calon di Kelantan dalam pilihan raya lalu berubah beberapa kali. Mulanya nama si anu sudah dipilih, kemudian di sebelah petang nama lain pula dinaikkan dan nama asal digugurkan. Esok nama lain pula naik, lusa nama lain pula dimasukkan.Perebutan dan lobi melobi sungguh hebat sekali.



Apa yang berlaku sangat mencemaskan. Namun Pas masih terselamat kerana wujud gelombang yang inginkan Pas menang. Kepulangan anak-anak Kelantan di perantuan yang diangarkan lebih 20,000 menyelamatkan Kerajaan Pas. Mereka ini tidak tahu apa yang berlaku di dalam jubah Pas dan menerima Pas sebagai parti yang ideal daripada BN. Hakikat di dalam Pas sendiri agak parah pasa pilihan raya lalu. Jadi kesyukuran dan tahniah harus diberikan kepada gelombang dan kesungguhan anak-anak Kelantan yang pulang untuk mempertahankan Kerajaan Pas Kelantan! Projek debu, kambing, kifalaah dan dinar tidak memberi sumbangan besar dalam kejayaan Pas dalam pilihan raya lalu.Strategi dan percaturan bukan saja semasa menamakan calon-calon pada pilihan raya. Semasa membentuk barisan Exco juga khabarnya berlaku kegawatan. Sekurang-kurang dua senarai diserahkan kepada pihak Istana untuk disahkan. Dalam usaha ini ada orang yang menggunakan kedudukan dan popularitinya menafikan hak orang lain. Mengejutkan nama yang disenarikan oleh orang berkenaan ditolak oleh Istana! Situasi ini sampai memeningkan kepala Tok Guru Nik Aziz. Sebab itulah kalau dilihat kepada barisan Exco Kelantan hari ini ia semacam tidak seimbang. Benarlah kritikan Ibrahim Ali, semasa berceramah di Putik dua tiga malam lepas, bahawa perlantikan Exco Kelantan tertompok di sesuatu kawasan sahaja dan bukan menyeluruh.



Politiking dalam Pas Kelantan akhir-akhir ini membimbangkan. Ia boleh mendatangkan masalah kepada Pas jika dibiarkan. Kemenangan cemerlang Pas dalam pilihan raya dulu tidak menjamin Pas akan selamat dan terus kuat. Selagi ada mereka yang bernafsu besar untuk berkuasa dan menunjukkan hebat, Pas Kelantan tetap terbuka kepada masalah. Apa yang dapat dirasakan, menjelang penguduran Nik Aziz sebagai MB Kelantan akanmencetuskan ruang kepada pergolakan itu. Di sini saya tidak bercadang mengulas lanjut. Cuma ingin berpesan supaya menjelang penguduran Nik Azi sebagai MB, Pas harus bersiap sedia. Paling penting Nik Aziz sendiri perlu menamakan siapa penggantinya dengan mengambil kira sokongan akar umbi. Cadangan beliau sebelum ini untuk menyerahkan kepada badan Perhubungan Pas Kelantan memilih dan menentukan siapa yang layak menjadi MB adalah baik dan sangat tepat. Pilihan badan itu mencerminkan kehendak akar umbi dan bukannya dari telunjuk pihak tertentu.Apapun nasib yang menimpa Idris Jusoh hendaklah diinsafi oleh semua ahli politik. Mereka jangan mengira peracangan yang mereka lakukan sempurna, sebaliknya perancangan Allah lagi sempurna dan kamil. [wm.kl 3:00 am 28/03/08]

Bayangan kejatuhan kerajaan BN makin hampir - Nik Aziz

Salmah Mat Husain Fri Mar 28, 08 4:17:47 pm MYT

KOTA BHARU, 28 Mac (Hrkh) - Bayangan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah menampakkan riaknya berdasar kepada banyak konflik yang gagal diselesaikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS dan KeADILan dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) serta DAP akan menjadi parti pilihan kepada rakyat. "Kerajaan BN yang memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun ternyata gagal membela nasib rakyat. Dan rakyat mulai sedar apa yang berlaku sekarang. "Keadaan itu disokong pula kejayaan PAS mentadbir Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu. Kita mengutamakan ehsan dan kebajikan rakyat," katanya di sini, baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu, BA dan DAP memenangi 82 kerusi parlimen manakala BN mendapat 140. Hasil keputusan itu menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen. Kerajaan BN juga tidak lagi dapat meminda rang undang-undang yang melibatkan perkara-perkara pokok berkaitan perlembagaan. Keadaan tambah bercelaru apabila dua pemimpin Umno menolak tawaran jawatan timbalan menteri iaitu Dato' Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Datuk Anifah Aman.

Manakala dua hari lalu Iimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Abdul Ghaffur Salleh juga meletak jawatan. Dan tidak dapat ditolak lagi kemungkinan besar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok meletak jawatan selepas ini. Manakala ada pihak pula mendakwa sekurang-kurang 30 anggota parlimen BN dikatakan bersedia meninggalkan parti itu dan menyertai pembangkang dalam masa terdekat ini. Dan apabila teori itu menjadi kenyataan ia bermakna jumlah anggota BN akan susut daripada 140 sekarang kepada 110 dan pembangkang pula meningkat daripada 82 kepada 112. Berdasar kepada kemungkinan itu bermakna pembangkang yang sedang diperkukuhkan di atas nama BA mampu membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perjuangan Islam tidak ada dalam kamus Umno sehingga mereka melakukan apa sahaja tanpa batasan agama. Menurutnya Umno tidak mengajar penyokong dan rakyatnya mentaati Allah dan Rasulullah saw sebagaimana yang dilakukan pemimpin PAS. "Kerana itu amat wajar rakyat tidak mengekalkan kuasa penuh kepada Umno," ujarnya. - mj/ mr -->

Thursday, March 27, 2008

Timbalan Menteri Alam SekitarSekitar Meletakkan Jawatannya
Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Ghapur Salleh, daripada Sabah, meletakkan jawatan berkenaan malam tadi.Beliau merupakan Timbalan Menteri yang pertama sekali meletakkan jawatan setelah mengangkat sumpah baru-baru ini.Blog ini difahamkan bahawa Datuk Ghapur bertindak sedemikian bukannya atas motivasi wang ringgit. Ini bermakna beliau tidak “dibeli” oleh mana-mana pihak.Sebaliknya, adalah dipercayai bahawa tindakannya lebih kepada usaha memberikan tekanan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri dan lain-lain jawatan politiknya.Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Anifah Aman, juga dari Sabah, dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, dari Pahang, menolak perlantikan masing-masing sejurus nama mereka diumumkan.Blog ini difahamkan beberapa lagi Timbalan Menteri sedang diperingkat akhir membuat keputusan seperti Datuk Ghapur. – Ruhanie Ahmad



KUALA TERENGGANU, 26 Mac: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiag mereka itu berkuatkuasa serta merta.Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

Mafrel siasat undi pos di kem tentera di Kelantan

Oleh Muhammad Yusri Amin Thu Mar 27, 08 1:17:42 pm MYT
KOTA BHARU, 27 Mac (Hrkh) - Malaysians For Free and Fair Elections (Mafrel) akan melakukan siasatan terhadap pengendalian undi pos di beberapa kem tentera di Kelantan termasuk Kem Desa Pahlawan di Ketereh dan Kem Batu Melintang, Jeli.Pengerusinya, Abdul Malik Hussin berkata, penyiasatan serupa dilakukan di Mindef di samping terdapat juga laporan kertas undi pos begitu banyak tidak dikembalikan di Perak. "Selain itu di Kelantan Mafrel akan melakukan siasatan ke atas tindakan membawa masuk pengundi luar ke sini dan pembayaran dibuat kepada pengundi yang diangkut untuk mengundi di Kelantan.

"Kami akan siasat sama ada ia dilakukan kuasa politik atau mana-mana pihak," katanya pada majlis keraian pemerhati Mafrel pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) di Kota Darulnaim, baru-baru ini. Beliau juga menyifatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi begitu tergesa-gesa menentukan tarikh PRU-12 sehingga menimbulkan masalah kepada rakyat.
Kata beliau sepatutnya PRU-12 dilaksanakan secara adil dan saksama termasuk penentuan tarikhnya lebih awal bagi membolehkan rakyat dan parti politik membuat persediaan awal. Malik juga berkata, insiden yang berlaku pada hari pengundian di Kuala Terengganu akan disiasat kerana ia boleh menjejaskan proses pengendalian pilihan raya di negara ini. "Biar pun Mafrel diterima sebagai badan pemantau bebas, namun Suruhanjaya Pilihan Raya tidak membenarkan Mafrel membuat apa-apa ulasan tentang apa-apa salah laku kakitangan suruhanjaya tersebut ketika menjalankan tugas pada hari pengundian.

"Syarat itu tidak dapat diterima Mafrel kerana ia tidak berlaku dalam misi di peringkat antarabangsa, dan kita tidak terikat dengan media-gap," katanya. Beliau juga menjelaskan Mafrel akan menyediakan laporan awal mengenai PRU-12 dalam tempoh 30 hari selepas pengundian. Menurutnya laporan tersebut akan diserah kepada SPR dalam tempoh tidak lebih daripada tiga bulan selepas pilihan raya berlangsung. Mafrel menjalankan tugas pemerhatian PRU sejak 2004 biar pun tidak diberi sedikit pun dana untuk membolehkan petugas menjalankan tanggungjawab dengan lancar. Lebih 6,000 pemerhati Mafrel bertugas pada PRU-12 dengan tumpuan di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. - tajdid

Sultan Mizan murka pada Idris Jusoh kerana Tragedi Batu Burok?



Abdul Halim Mohd Rashid Thu Mar 27, 08 5:17:02 am MYT


KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Selain penggunaan Wang Ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh berhubung beberapa isu dan dasar lain termasuk peristiwa berdarah di Batu Buruk pada September tahun lalu, lapor Malaysiakini. Perkara itu ditegaskan ketika Perdana Menteri yang dituntut berundur, Dato' Seri Abdullah Badawi menghadap baginda semalam. Berbeza dengan layanan lemah lembut polis kepada tunjuk perasaan para penyokong Idris baru-baru ini yang antaranya membawa sepanduk yang dilihat menghina Sultan dengan kata-kata "Kami nak Idris, natang (binatang)," dalam tragedi berdarah di Batu Burok, pihak polis mengganasi rakyat tidak bersenjata dengan peluru hidup kononnya kerana berhimpun secara haram.



Dari laporan Malaysian Insider pula, pertemuan antara Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong dan Abdullah jelas memuktamadkan baginda tidak mahu menerima Idris sebagai Menteri Besar. Menurut laman berita itu, walaupun Abdullah mengemukakan Dato' Mohamed Awang Tera sebagai calon tolak ansur, tetapi Sultan Mizan dengan tegas menyatakan baginda tetap dengan pilihannya supaya Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar.
Malaysian Insider juga memetik sumber istana yang menyatakan, Sultan Mizan telah memperlihatkan rasa tidak senang baginda kepada Idris sejak hujung tahun lalu lagi. Sumber itu menyenaraikan beberapa episod dan polisi yang tidak disenangi baginda. Blogger Ahirudin Attan (rockybru.blogspot.com) pula menyatakan, sumber-sumber beliau memberitahu, Abdullah dititah supaya menerangkan bagaimana Wang Ehsan digunakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Idris.



Sejak Barisan Nasional (BN) merampas pemerintahan dari PAS dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu, kerajaan pusat memberikan Wang Ehsan kira-kira RM1 bilion setahun kepada kerajaan Terengganu. Wang Ehsan tidak diberikan ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004. Terengganu mempunyai jumlah penduduk miskin yang kedua paling ramai selepas Sabah. Menurut Ahirudin, Abdullah juga dititahkan supaya bertemu dengan Ahmad.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar harian semalam melaporkan kata-kata Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid yang dilihat seolah-olah terus mencabar keputusan Sultan melantik Ahmad sebagai Menteri Besar. Akhbar tersebut melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil itu menyatakan bahawa 22 dari 24 Adun BN Terengganu telah mendesak Abdullah supaya berkeras untuk melantik Idris sebagai Menteri Besar.



Dengan keyakinan bahawa berita yang baik berada di sebelah pihak mereka, Rosol yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama Idris dan 21 Adun lain, lapor akhbar itu, menyatakan, "kami begitu kuat sekarang". Beliau juga mendakwa, kesemua 22 Adun itu yang dilaporkan pulang ke Terengganu semalam berdiri teguh di belakang Idris. "Kami hanya menerima arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," tegas beliau. - abmr/mr

Wednesday, March 26, 2008

Siapa kata Kelantan mundur ? Video

sila klip untuk melihat video menarik mengenai dengan negeri Kelantan









Idris sedia 'undur diri' dan mohon maaf...


TERBARU: PERDANA MENTERI DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI TELAH MENGHADAP YANG DIPERTUAN AGONG UNTUK MENCARI PENYELESAIAN KRISIS LANTIKAN MENTERI BESAR TERENGGANU PAGI INI.KENDERAAN RASMI ABDULLAH KELIHATAN MEMASUKI ISTANA NEGARA JAM 8 PAGI.PERDANA MENTERI KELUAR KIRA-KIRA 40 MINIT KEMUDIAN.BELIAU KEMUDIAN MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN DATUK SERI IDRIS JUSOH UNTUK MEMBINCANGKAN HAL BERKENAAN.

SUMBER-SUMBER MEMBERITAHU BESAR KEMUNGKINAN DATUK AHMAD SAID YANG SUDAH MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI MENTERI BESAR SELASA AKAN DAPAT ' RESTU ' PUTRAJAYA SEBAGAI JALAN PENYELESAIAN KEPADA KRISIS YANG SUDAH BERLARUTAN LEBIH DUA MINGGU INI.- 26/3/2008






Lebih 5,000 tergamam mendengar ucapan Menteri Besar Perak, YAB Ir. Mohd Nizar Jamaludin dalam dialek Mandarin, Hokkien, Kantonese, Tamil, kemudiannya Inggeris dan Melayu.


Menteri Besar Perak, YAB Ir. Mohd Nizar Jamaluddin disambut girang oleh masyarakat Tionghua setibanya ke Dewan Dou Mu, Ipoh untuk memberikan ucapan pada "Forum Apa Selepas Ini?"

By TARMIZI MOHD JAM

KESIMPULANNYA, YAB Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin seorang yang luar biasa dan tidak di ketengahkan sebelum ini kehebatannya menguasai empat bahasa utama dan tiga dialek Cina.Hari itu, kawan saya yang turut melihat catatan sejarah berkenaan, kagum dan teruja dengan kemahiran berbahasa Ir. Mohd Nizar. Beliau bukan sahaja petah berbahasa Inggeris, juga mahir menggunakan bahasa Tamil dan Tionghua.
Pendek kata, Menteri Besar Perak itu telah memukau masyarakat kaum Cina yang hadir di majlis tersebut apabila beliau telah bertutur dengan bahasa Mandarin, Hokkien, Kantonese, Tamil, kemudiannya Inggeris dan Melayu.Mereka yang hadir terus tergamam dengan kelebihan dan kemahiran Ir. Mohd Nizar itu.Sebelum ini tiada Menteri Besar Perak, dan Menteri-Menteri Besar negeri lain (dari bangsa Melayu) yang fasih berbahasa Tionghua dan Tamil seperti Ir. Mohd Nizar.Kebanyakannya, menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Barangkali kerana kelebihan ini, PAS Perak mengemukakan Ir. Mohd Nizar sebagai calon Menteri Besar kerana percaya bahasa mampu menyatukan rakyat pelbagai kaum.Di Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga petah berbahasa Arab dan Urdu. Selain dari bahasa Melayu dan Inggeris. Kelebihan ini, dianggap pemerhati politik sebagai suatu mata rantai dalam komunikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat.
Ustaz Azizan Abdul Razak yang baru mengetuai Kerajaan Negeri Kedah juga mahir berbahasa Arab dan Inggeris selain berbahasa Melayu.Lebih 5,000 hadirin dari masyarakat Tionghua di Dewan Dou Mu Ipoh, kebanyakannya terpukau dan tergamam apabila mendengar Ir. Mohd Nizar yang berbangsa Melayu, seorang Menteri Besar pula, menuturkan dengan fasih bahasa ibunda mereka dalam tiga dialek - Mandarin, Hokkien dan Kantonese.Lagi mengejutkan dan menyentak emosi mereka, apabila Menteri Besar Perak itu berucap pula dalam bahasa Tamil yang petah.Ini menyebabkan, hadirin terharu dan melihat ia suatu anugerah Tuhan kepada rakyat negeri Perak yang bersifat pelbagai kaum itu.Dalam sunyi sedan terharu itu, dewan bergema dengan tepukan hadirin sebaik ucapan-ucapan dalam pelbagai bahasa tadi, dituturkan.
Itu tanda terima kasih dan terharu mereka kepada Menteri Besar dari PAS itu, ujar seorang rakan yang menceritakan semula program tersebut.Saya memang bercadang untuk pergi ke sana hari itu. Beberapa kawan-kawan yang dipelawa, semua ada hal masing-masing. Dari Kuala Lumpur ke Ipoh, kalau seorang diri memandu, cukup membosankan.Hasrat untuk menyelami dan melihat "kewibawaan" Menteri Besar Perak yang baru, YAB Ir. Mohd Nizar Jamaluddin tidak kesampaian.Ir. Mohd Nizar dijemput hadir oleh pihak penganjur untuk berucap pada program forum terbuka itu. Beliau bukanlah ahli panel forum, tetapi diberi penghormatan untuk berucap.Setiausaha PAS Perak ini, agak saya belumlah teruji selama ini berucap pada majlis-majlis besar politik seumpama itu. Apatah lagi, kini beliau seorang Menteri Besar.Sayapun tidak pula mendengar sebelum ini, nama beliau ditonjolkan dalam program-program anjuran Lajnah Perpaduan Antara Kaum PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Ustaz Dr. Mujahid Yusuf, yang kini menang di Parlimen Parit Buntar.
Barangkali, bukan sahaja Ir. Mohd Nizar tidak termimpi untuk menduduki kerusi nombor satu di Perak itu, malah rakan-rakan kepimpinan PAS yang lain rasanya, semacam tidak percaya PAS "memiliki" seorang Menteri Besar selepas 8 Mac lalu.Itulah sebab mengapa saya kepingin sangat untuk melihat dengan mata sendiri "kejadian" forum tersebut.Ir. Mohd Nizar telah hadir di forum ”Apa Selepas Ini (What's Coming Next)” dianjurkan oleh empat media cetak Cina utama iaitu Guang Ming Daily, Sin Chew Daily, Eye Asia dan Sin Chew-i.Ia telah berlansung pada hari Ahad lalu (16 Mac 2008) di Dewan Dou Mu, Ipoh pada jam 2 petang. Inisiatif empat media cetak berbahasa Cina itu patut dipuji.Ahli Forum lain termasuklah Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye, Penerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Ketua Editor Sin Chew, Tay Tian Yan.
Ir. Mohd Nizar, seorang jurutera bertauliah telah dijemput oleh Ngeh untuk menyertai forum tersebut.Menurut sumber, kehebatan Ir. Mohd Nizar itu telah mengubah persepsi serong masyarakat Tionghua dan Tamil di negeri itu.Sebaliknya, mereka melihat kemampuannya berbahasa Melayu, Tionghua, Tamil dan Inggeris sebagai tokoh yang tiada tandingan, malah berupaya untuk membela nasib mereka di negeri itu.Mereka tetap percaya "bahasa" berupaya menjadi faktor utama dalam membentuk perpaduan masyarakat pelbagai kaum, apatah lagi Menteri Besar sendiri memiliki kemahiran berbahasa semua kaum di negeri Perak itu.Apa yang penting kata sumber itu lagi, kekuatan Kerajaan Campuran di Perak akan lebih terserlah jika pelbagai program membela rakyat (negeri berkebajikan) dilaksanakan segera serentak dengan pembangunan ekonomi sebagai memenuhi tawaran pilihan raya ke 12 yang lalu.Oleh kerana tiada kawan-kawan yang berkelapangan hari itu, saya membatalkan hasrat untuk meninjau forum ulung tersebut.
Lagipun, esoknya (17 Mac 2008) memang saya akan turun ke Ipoh untuk bertemu Ir. Mohd Nizar sekitar jam 3 petang bersama Naib Presiden PAS, Haji Mohd Sabu.Namun rasa kesal, "membungkam-bungkam" dihati apabila mendengar cerita hebat beberapa rakan di Ipoh berkenaan program forum tersebut. Kesal kerana tidak dapat merakam dan merasainya sendiri peristiwa sulong itu.

Tuesday, March 25, 2008


Posted on March 24, 2008 by mtdgombaksetia



Jom kita sama-sama lakarkan lagi satu sejarah pada hari Sabtu tanggal 21 Rabiul Awal, 1429 atau bersamaan dengan 29hb. Mac, 2008 nanti. Kita sama-sama memenuhi Stadium MPS Selayang sepertimana penuhnya Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, insyaAllah dalam satu majlis solat berjemaah beramai-ramai bermula dari waktu Maghrib. Kemudian kita sama-sama membaca surah Yaasin. Selesai solat Isya’ kita akan solat Hajat yang akan dipimpin sendiri oleh YB Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali, Exco Negeri Selangor dan ADUN Gombak Setia. Seluruh rakyat Gombak Setia, Hulu Klang, Batu Caves, Selayang di jemput hadhir.

Marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah swt merestukan program yang kita rancang ini agar ianya berjalan dengan lancar dan dalam suasana dan cuaca yang baik, InsyaAllah.

* Bawa sejadah dan surah Yaasin sendiri*


Kami Nak Idris, Binatang...


Sejak malam semalam, saya telah menerima email tentang tindakan tidak senonoh dan tidak bertamadun penyokong Datuk Idris Jusoh yang berhimpun dihadapan kediaman rasmi Menteri Besar Trengganu yang disiarkan dalam media elektronik semalam.Kerana sudah tidak tahan lagi untuk menghadapi realiti bahawa Idris Jusoh tidak diperkenankan sebagai MB Trengganu, penyokong Idris telah bertindak seperti 'beruk-beruk di jalanan' (meminjam kata-kata Khairy Jamaluddin, saya tak kata macam itu) berhimpun dihadapan kediaman rasmi MB. Sebenarnya, bukanlah perkara pelik dan ajaib bila penyokong setia UMNO ini berdemonstrasi kerana sejak mengalami kekalahan yang mengejutkan, UMNO telah mula pandai mengadakan perhimpunan halal/haram walaupun sebelum ini pemimpin No 1 UMNO pernah berkata "Ini Bukan Budaya Kita, Polis Kata Jangan..."

Cuma, ada perkara yang cukup mengguriskan perasaan rakyat khususnya orang melayu apabila terpampang dalam TV bagaimana ada kain rentang yang ditulis "Kami Nak Idris, Natang (Binatang)" Sampai macam tu sekali luahan hati penyokong setia Idris Jusoh melahirkan rasa marah mereka. Siapa yang BINATANG tu? Sultan atau pun Ahmad Said? Boleh jadi kain rentang tersebut ditujukan kepada Sultan dan mungkin juga ia ditujukan kepada Ahmad Said tetapi tidak ada lagi perkataan lain yang lebih lunak digunakan sebagai lambang lemah lembutnya melayu. Katalah ia ditujukan kepada Sultan, bermakna UMNO mengajar pengikutnya derhaka kepada Sultan. Sultan yang disanjung-sanjung selama ini telah dijadikan pula bahan cacian oleh mereka dan keluarga mereka.

Manakala, andaikata kain rentang tersebut ditujukan kepada Ahmad Said, bermakna UMNO mengajar pengikutnya supaya memaki hamun dengan gelaran BINATANG kepada mana-mana pemimpin yang tidak selari dan sebulu dengan mereka. Bila pemimpin UMNO sudah tidak sehaluan, mereka boleh panggil mereka BINATANG atau apa-apa perkataan yang dirasakan cukup untuk membangkitkan rasa marah, benci dan melauat. Kalau nak dikira buruknya Ahmad Said terhadap pimpinan PAS di dalam atau di luar sidang DUN Trengganu, rasanya inilah peluang yang cukup terbaik untuk pimpinan dan penyokong PAS di Trengganu memanggil Ahmad Said dengan perkataan yang kesat tetapi inilah dia akhlak yang ditunjukkan dalam Islam, bukan caranya kita nak memaki hamun seperti yang dilemparkan kepada kita selama ini.
Entah apa lagi yang mungkin dibuat oleh penyokong setia Idris Jusoh & UMNO di Trengganu. Polis perlu bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan, tidak mustahil selepas ini pemimpin-pemimpin mereka akan mengajar anak-anak buah setia ini untuk melakukan lebih dahsyat daripada apa yang dapat kita lihat semalam.

Datuk Sri Idris Jusoh, cukuplah, jangan buat malu. Sebagai bekas pelajar STAR seperti Datuk Sri, saya harap Datuk Sri bertindaklah dengan penuh kewarasan. Dengarlah nasihat Mursyidul Am kami, Datuk Nik Aziz Nik Mat kepada Datuk Sri semalam. Tuan Guru kata sepatutnya Datuk Sri menasihat penyokong Datuk Sri agar tidak bertindak negatif sekiranya Datuk Sri benar-benar redha tidak dilantik sebagai Menteri Besar.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
25 Mac 2008, 8.45 pagi
Taman Sri Kluanghttp:minda-kembara.blogspot.com/



By SALMAH MAT HUSAIN

PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh sepatutnya menasihat penyokongnya tidak bertindak negatif sekiranya beliau benar-benar reda tidak dilantik sebagai Menteri Besar.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang berlaku sekarang seolah-olah pemimpin itu masih mahukan jawatan tersebut.
"Sekiranya beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan itu dan menerima ketentuan qada' dan qadar Allah, sudah pasti Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu menasihati Adun BN lain menerima pelantikan Menteri Besar yang baru."Ini kerana nasihat seorang pemimpin akan diterima baik penyokong atau pengikutnya. Beliau boleh sebut saya nak berundur diri," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Datuk Bandar Yin-gor Narathiwat, di JKR 10, di sini hari ini.Beliau diminta mengulas tindakan 22 Adun BN memulau pelantikan Adun Kijal, Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan Idris.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sering menjelaskan pemimpin Umno tidak ikhlas membela nasib orang Melayu memandangkan kepentingan peribadi lebih diutamakan."Simbolik menghunus keris setiap kali Ketua Pemuda Umno berucap kononnya mahu menjaga ketuanan atau kesultanan Melayu sebenarnya tidak dipraktik lagi pemimpin Umno."Perkara hunus keris dah lama lusuh. Umno hanya tahu menghunus keris, orang dah keluarkan pistol... tak jadi apa, kalau kita keluarkan senjata, orang lain keluarkan penumbuk."Keadaan ini akan lebih merumitkan lagi sehingga masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan sampai bila-bila," ujarnya.








Gambar khas dirakam oleh Sdra. Radzi sebelum kami berpisah selepas pertemuan 20 minit itu.
Saya dan Hj. Mohd Sabu menyambut kedatangan




YAB Ir. Nizar di perkarangan kafeteria.




Beberapa perkara dibincangkan dari isu perlantikan Exco dan sikap positif Pemangku Raja, Sultan Dr. Nazrin Shah


Saya "menyampuk" sambil diperhati oleh Hj. Mohd Sabu dan YAB Ir. Nizar Jamaluddin. Sekadar beri pandangan bukan sanggahan..


YAB Ir. Nizar bergambar kenangan bersama keluarga dan petugas keselamatannya.


Kereta rasmi YAB Menteri Besar belum digunakan lagi. Masih menggunakan kereta sendiri, Toyota Camry...
By TARMIZI MOHD JAM


NAIB Presiden PAS, Haji Mohd Sabu sudah menunggu saya dan rakan saya, Sdra. Radhi (TYDP Bukit Bintang) di Rumah Rehat Sg. Perak, 50 meter dari Jambatan Sayong, Kuala Kangsar.Setelah mundar-mandir mencari tempat pertemuan itu, hampir setengah jam, akhirnya kami temui. Hari itu, Isnin 17 Mac 2008.Saya dan Hj. Mohd Sabu sekadar ingin bertemu dengan Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin. Dia mengajak saya, kerana saya orang Perak...
Pagi itu, Ir. Nizar menyempurnakan acara angkat sumpah sebagai Menteri Besar, kira-kira jam 11 pagi. Kemudian difahamkan ada jamuan makan diraja dan sebelah petangnya Mesyuarat Dewan Negara.Pertemuan kami dijadualkan pada jam 3.00 petang tertangguh. Haji Mohd Sabu dan dua rakannya dari Pulau Pinang sudah terlena di atas kerusi empuk kafeteria.Pagi itu, beliau bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengadakan sidang media berkenaan isu DEB. Hj. Mohd Sabu dijemput oleh Guan Eng sebagai tetamu bersama bagi meredakan isu "panas" tersebut.Setelah selesai sidang media, Hj. Mohd Sabu bertolak terus menuju Kuala Kangsar. Saya bersama Radhi dari Kuala Lumpur.
Janji asalnya, pertemuan akan diadakan di Ipoh.Kemudian berubah. Apabila Ir. Nizar yang sudah bergelar Menteri Besar terpaksa menghadiri jamuan makan diraja dan Mesyuarat Dewan Negara di Kuala Kangsar.Jam 5.00 petang baru kami dapat bertemu dengan Ir. Nizar. Itupun di kafeteria sahaja. Beliau sudah berkemas untuk ke Ipoh.Setibanya beliau, saya dan Hj. Mohd Sabu menghulurkan tangan, mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar. Beliau kelihatan begitu ceria sekali.Beberapa petugas keselamatan, barangkali dari Unit Amal Perak mengawasi beliau. Tiada seorangpun pimpinan PAS negeri ketika itu.Yang kelihatan sibuk, sahabat saya yang dulunya Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN), Sdra. Amran.Barangkali, Sdra. Amran bertindak sebagai Setiausaha Peribadi kepada Ir. Nizar. Saya tanyakan kepada beliau. Tapi beliaupun susah hendak beri jawapan.Sudah tentulah, pada waktu ini jawatan seperti Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar, Setiausaha Peribadi, Pegawai Khas dan lain-lain belum diisi lagi.Malah, sehingga hari ini Isnin (25 Mac 2008), senarai Excopun belum diperkenankan Sultan untuk angkat sumpah.
Dalam pertemuan selama 20 minit dengan Menteri Besar Perak itu, saya sempat menghulurkan secebis nota, hasrat seorang rakan saya, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang teringin nak bertemu dan diskas beberapa perkara dengan Ir. Nizar."Buat masa ini, sibuk sangat. Nanti ana bagi tau kemudian," ujar Menteri Besar Perak itu kepada saya.Ir Nizar masih ramah seperti dulu dan saya mengenalinya sejak beliau menyertai kepimpinan PAS Perak dibawah Pesuruhjayanya, Ustaz Haji Ahmad Awang.Beliau juga antara pemimpin PAS Perak yang diamanahkan untuk memantau PAS Kawasan Parit sewaktu "krisis" selepas pilihan raya 1999 dan saya ketika itu Ketua Penerangan dan tidak lama kemudian dilantik Setiausaha PAS Kawasan.Ir. Nizar juga antara yang menyokong penuh penerbitan Buletin Al-Ridhwan, lidah rasmi PAS Perak yang saya kendalikan sekitar tahun 2002
.Masa terlalu singkat. Tidak lebih 20 minit kami berbicara. Haji Mohd Sabu antara yang rancak. Ir. Nizar meminta diri.Tamat pertemuan itu, saya menghantarnya ke kereta kerana beliau terpaksa bergegas ke Ipoh, ada satu lagi program di sana. Hanya sebuah kereta peronda polis mengiringinya.Kata, rakan saya, Ir. Nizar tidak mahu diiring terlalu banyak kereta polis dan polis trafik.
Pada hari itu, keselamatannya masih dikawal oleh beberapa orang anak muda, selain dari polis.Kami berpisah. Haji Mohd Sabu menuju ke Pulau Pinang semula dan saya mengarahkan kereta ke Kuala Lumpur. Suatu yang tidak pernah diimpikan, PAS boleh menjadi Menteri Besar di Perak, ulas saya pada Radhi.Dia tersenyum puas sambil menyebut itulah tanda kebesaran Allah. Apa yang penting, kita kuatkan kerja, banyakkan cawangan. Jika Allah nak beri, lihatlah sekarang... tiada siapa boleh halang!

Pakatan 5 negeri bentuk dimensi baru politik Malaysia
Lanjusoh Tue Mar 25, 08 11:36:07 am MYT




KOTA BHARU, 25 Mac (Hrkh) - Dimensi baru politik Malaysia mulai terserlah sekarang selepas rakyat di lima negeri menolak keangkuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Mulai kelihatan pakatan di antara kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor selepas halangan besar di bawah kuasa BN berjaya ditumbangkan.
Khamis lalu, kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Kedah sambut dengan protokol kerajaan negeri terbabit. "Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tiba dengan penerbangan Firefly di Lapangan Terbang Bayan Lepas disambut pemimpin kerajaan Pulau Pinang. "Kereta khas milik kerajaan Kedah menyambut Menteri Besar Kelantan di tempat pendaratan kapalterbang. Beliau disambut wakil kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan pemimpin Kedah.



"Kemudian diiringi ke Alor Setar dengan kereta bersama pemimpin kerajaan kedua-dua negeri," kata pegawai pengiring daripada Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, Wan Zulkefli Wan Mohamad. Menurutnya kemesraan jelas terbayang apabila pemimpin kerajaan baru di Kedah dan Pulau Pinang menyambut ketibaan Menteri Besar Kelantan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kata beliau Tuan Guru Nik Abdul Aziz disambut sebagai tetamu negeri sebelum menghadiri ceramah di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat bersama Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan juga dijemput menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al Bukhary iaitu masjid terbesar di Kedah. Katanya, biar pun Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah acap kali datang ke Kedah dan Pulau Pinang namun tidak pernah sambutan sedemikian rupa.



Manakala hari ini pula Menteri Kedah dijemput sebagai tetamu kerajaan Kelantan sempena majlis kesyukuran kemenangan kerajaan Barisan Alternatif di negeri ini pada pilihan raya umum lalu. Ceramah khas sempena program berkenaan akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) bermula jam 9.30 malam ini yang menampilkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Azizan, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali. Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Yassin Yusof berkata, sebanyak tujuh ekor lembu dikorbankan hari ini. "Sebanyak 30 kawah nasi dan 30 kawah gulai sedang dimasakkan petugas-petugas PAS dari Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa untuk jamuan orang ramai yang bermula selepas solat Asar.



"Selepas solat Asar juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan berucap ringkas untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas-petugas PAS yang bekerja keras pada pilihan raya umum lalu. Menurutnya juga Menteri Kedah dijangka tiba di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10 pada petang ini sebelum menghadiri ceramah di Putik. Katanya, kerajaan negeri juga menyediakan makan malam sebagai meraikan rombongan Menteri Besar Kedah.

- mj/ mr

Monday, March 24, 2008






Analisis lain pula mengatakan, Abdullah bertindak membuang Jamaluddin untuk melemahkan Najib. Gandingan Najib-Jamaluddin dilihat mampu menggugat Abdullah. Ganti Jamaluddin di kabinet ialah Ismail Sabri Yaakub, dia adalah 'orang Khairy'.
By BASIRON ABDUL WAHAB




PENGGUGURAN Dato' Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (atau dikenali sebagai JJ di kalangan ahli Umno) daripada barisan kabinet Datuk Abdullah Ahmad Badawi, tentunya mengejutkan banyak pihak.Apatah lagi Jamaluddin berada di dalam kedudukan amat selesa sekurang-kurangnya di Rompin.Jamaluddin hampir tidak terlibat dengan isu-isu kontroversi sama ada tuduhan penyelewengan atau salah guna kuasa. Ia juga berjaya dalam misinya untuk menghantar seorang warga Malaysia ke angkasa lepas melalui projek 'Angkasawan Negara'.Tidak pernah terlintas kedudukan Jamaluddin sebegini; terbuang dari kabinet selepas kejayaan besarnya dalam pilihan raya umum, 8 Mac lalu.
Dalam pilihan raya itu, Jamaluddin berjaya mengalahkan calon PAS, Mazlan Mat Yasin dengan majoriti lebih besar (10,679 undi) dalam keadaan sokongan terhadap BN merosot dikebanyakan tempat.Ertinya Jamaluddin tidak tergugat langsung di Rompin. Pada pilihan raya 2004 ketika Umno/BN paling kuat, Jamaluddin menang dengan majoriti 9,350 undi.Kejayaan cemerlang itu rupanya tidak diperhati langsung oleh bosnya, Abdullah Badawi.Malah Abdullah sanggup melantik orang yang menang dengan undi pos atau orang yang langsung tidak bertanding dalam pilihan raya untuk menganggotai kabinet.Kegembiraan Jamaluddin dan para penyokongnya, rupanya tidak kekal lama apabila Jamaluddin dikembalikan ke Rompin sebagai wakil rakyat biasa oleh Abdullah Ahmad Badawi.Menggantikan tempatnya sebagai menteri dari Pahang di dalam kabinet ialah Dato' Ismail Sabri Yaakub, putera Pahang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.Turut dilantik ialah Datuk Saifuddin Abdullah yang menang kerana undi pos sebagai Timbalan Menteri.Persoalan kenapa Abdullah menyingkirkan Jamaluddin masih menjadi misteri. Hanya Abdullah dan penasihatnya yang tahu.
Tetapi sebagai renungan elok penulis perturunkan beberapa analisis daripada sumber Umno.Hubungan rapat Jamaluddin dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah antara punca beliau diketepikan.Keakraban Najib-Jamaluddin bukanlah suatu rahsia.Jamaluddin ialah anak kelahiran Pekan, Najib adalah Ketua Umno Bahagian itu yang diwarisi daripada ayahnya.Politik Jamaluddin tidak boleh berkembang di Pekan, lalu beliau dipindahkan ke Rompin. Di Rompin, Jamaluddin berjaya tetapi terpaksa mengenepikan pemimpin bahagian sedia ada.Kejayaan Jamaluddin di Rompin telah menyisihkan pemimpin Umno Rompin termasuklah Datuk Hassan Arifin.Kumpulan Hassan ini dianggap Umno kelas dua di bahagian itu. Mereka dilayan sama seperti 'orang PAS'. Golongan ini dinafikan semua keutamaan selayaknya sebagai orang Umno.
Menurut sumber, kumpulan Hassan ini tidak berdiam diri. Mereka mempunyai cara tersendiri untuk berhadapan dengan Jamaluddin yang dilihat gagah berkuasa.Kumpulan Hasan bergerak seperti api di dalam sekam tanpa disedari oleh Jamaluddin.Di pihak Jamaluddin, beliau dikatakan akan dinobat sebagai Menteri Besar Pahang bagi menggantikan Dato' Seri Adnan Yaakub.Berdasarkan perancangan, Jamaluddin akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam pilihan raya umum lalu dan Adnan Yaakub akan bertanding kerusi Parlimen Bera menggantikkan Ismail Sabri Yaakub yang didakwa mempunyai isu moral.Bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan apabila Abdullah mengekalkan Jamaluddin di parlimen Rompin dan Adnan di Dun Pelangai, manakala Ismail Sabri di Bera.
Kumpulan Jamaluddin begitu yakin menghadapi pilihan raya itu, ada di antara mereka membuat percubaan nakal dengan melobi calon PAS, Mazlan Mat Yasin supaya tidak bertanding.Jika berjaya ia pastinya akan menaikkan lagi imej Jamaluddin kerana menang tanpa bertanding.Bagaimana percubaan nakal penyokong Jamaluddin itu tidak menjadi kenyataan malah, Mazlan dikatakan telah menghubungi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk memerangkap individu terbabit.Di suatu pihak lagi, terdapat sekumpulan pelobi turut berperanan untuk menjatuhkan Jamaluddin. Kumpulan bukan pemimpin politik ini dipercayai adalah pelobi profesional.Mereka cuba mencaturkan sesuatu. Kumpulan ini tidak suka dengan latar belakang asal usul Jamaluddin sekiranya dia dilantik sebagai Menteri Besar.Mungkin maklumat ini telah dibisikkan ke telinga Abdullah lantas Abdullah menggugurkan beliau dari kabinet.Kini, selepas digugurkan, Jamaluddin akan kembali ke Rompin bukan sebagai menteri lagi, hanya sebagai Ketua Bahagian dan ahli Parlimen biasa.Kumpulan Hasan berjaya dalam misi mereka mengurangkan 50 peratus pengaruh Jamaluddin.
Selepas ini, persaingan akan menjadi lebih sengit di Rompin.Analisis lain pula mengatakan, Abdullah bertindak membuang Jamaluddin untuk melemahkan Najib. Gandingan Najib-Jamaluddin dilihat mampu menggugat Abdullah.Ganti Jamaluddin di kabinet ialah Ismail Sabri Yaakub, dia adalah 'orang Khairy'. Sebelum ini Sabri khabarnya akan dilantik sebagai pengerusi Felda menggantikan Dr Mohd Yusuf Noor tetapi tidak direstui Najib.Najib dilihat semakin keseorangan dan kurang sokongan dari Pahang dengan ketiadaan Jamaluddin di dalam kabinet.
Walaupun Najib mahu (bersedia) mengambil alih jawatan Perdana Menteri jika Abdullah meletak jawatan, tetapi Najib sangat berhati-hati untuk menzahirkan minatnya terhadap kerusi no. 1 Umno itu.Tetapi Jamaluddin yang tidak menyertai kabinet bebas menyuarakan hasrat bosnya itu di mana-mana.Semuanya akan terserlah selepas ini. Sama-sama kita lihat senarionya menjelang perhimpunan Agung Umno akan datang.








Mengapa menantu PM mahukan Idris Jusoh terus berkuasa? Hanya Idris Jusoh yang akan mempertahankan Patrick Lim untuk terus bermaharajalela di Terengganu. Patrick Lim adalah sumber kewangan terbesar untuk Abdullah dan Menantu.
By ANTIKHAIRY

PERGOLAKAN di Terengganu mengenai perlantikkan Menteri Besar adalah berpunca dari menantu Perdana Menteri.Beliau tetap mahukan Idris Jusoh walaupun pihak istana terang-terangan tidak mahukan boneka kepada Patrick Lim itu.Mengapa menantu PM mahukan Idris Jusoh terus berkuasa?Hanya Idris Jusoh yang akan mempertahankan Patrick Lim untuk terus bermaharajalela di Terengganu. Patrick Lim adalah sumber kewangan terbesar untuk Abdullah dan Menantu.Jika projek-projek Patrick Lim terus berjalan di Terengganu, menantu Abdullah akan terus mempunyai dana untuk menguasai negara.

Dengan kuasa yang ada pada bapa mertuanya, Ahmad Said telah dipecat kerana menerima watikah perlantikkan Menteri Besar daripada pihak istana.Adun Kijal itu disingkirkan daripada Umno hanya kerana beliau setia dan patuh kepada Sultan Terengganu.Umno yang selama ini jaguh kepada perjuangan mempertahankan kedaulatan Raja dan orang-orang Melayu kini telah bertukar menjadi penderhaka kepada Raja dan orang-orang Melayu.Semua ini kerana adanya menantu PM yang menang di Rembau dengan cara penipuan.Raja disanggah hanya kerana ingin mempertahankan Abdullah, Menantu dan Patrick Lim! Bangkitlah wahai orang-orang Umno.Kami di Rembau tidak akan mengalah dalam perjuangan untuk Menyingkirkan Abdullah dan menantunya dari Umno.Kami telah membuktikan dengan memboikot menantu PM di Rembau. Jika tidak ada penipuan, beliau sudah pasti akan kalah dalam pilihanraya umum yang lalu.Kuat mengatakan bahawa menantu Abdullah terpaksa melepaskan cita-cita untuk menjadi Ketua Pemuda buat masa ini. Ini adalah untuk mengelakkan dari Umno terus dikritik dan dihina.Perlepasan cita-cita hanya seketika. Lepas itu boleh dibolot kembali bila Umno dapat sapu semula negeri-negeri yang terlepas dari BN.

Ini mungkin dilakukan untuk menyelamatkan nasib bapak mertuanya yang hari ini terus di desak untuk meletak jawatan.Tapi...siapa Ketua Pemuda Umno kalau bukan menantu Abdullah nanti. Biasa la proksi menantu Abdullah adalah Norza Zakaria.Beliau akan dijunjung untuk mengambil alih Ketua Pemuda Umno. Ini akan memastikan peluang menantu terus wujud dan Norza Zakaria pasti akan terhutang 'body'.Mampukah Norza untuk ganti Ketua Pemuda Umno? Beliau yang asal dari rusuk menantu Abdullah terma yang pernah kami baca � dan adalah Norza ini akan diterima kerana dia adalah penjilat Khairy No 1.Inilah senario yang jelas terdengar dalam formulasi untuk mengadakan perubahan palsu dalam Umno. Kami dimaklumkan bahawa Pemuda Umno akan dijadikan jentera untuk mengambil balik negeri-negeri yang sudah terlepas.Pemuda Umno akan menjadi jentera untuk terus menipu dengan perubahan kononnya menantu Abdullah tidak akan memegang jawatan lain selain untuk menumpukan peranan sebagai ahli parlimen.

Apa pun, menantu Abdullah akan terus berada di situ dan Abdullah akan terus terikat dengan idea usang menantu itu. Perubahan dalam Umno seperti yang di gembar gembur adalah dengan pemupusan menantu dan bapak mertua ini.Tanpa itu Umno akan terus berkubur. Semangat anti khairy akan terus memburu dia dan rakan-rakan dia. Nyah ko menantu Abdullah dari bumi bertuah Malaysia.


Exco Selangor Angkat Sumpah

Posted on Monday, March 24 @ 14:28:19 MYT by greenboc

Sepuluh anggota exco kerajaan negeri Selangor mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, buat masa ini, timbalan menteri besar belum dilantik lagi.Sementara itu, Teresa Kok memberitahu pemberita, beliau telah dilantik sebagai exco kanan yang dipertanggungjawabkan dengan portfolio pelaburan, perindustrian dan perdagangan.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Teng Chang Khim tidak hadir di majlis angkat sumpah hari ini. Ketika ditanya mengenainya, Teresa berkata, Teng dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina semalam, bahawa beliau tidak menerima jemputan menghadiri upacara tersebut.Malaysiakini difahamkan, Teng bakal dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN). Ditanya sama ada penyokong Teng tidak akan puashati, Teresa berkata ia bergantung kepada reaksi Teng.

Turut menghadiri upacara tersebut ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, komposisi ahli exco yang dilantik hari ini adalah empat dari PKR, tiga dari DAP dan tiga dari PAS. Mereka ialah:
* Xavier Jayakumar Arulanandam (PKR - Seri Andalas)
* Yaakob Sapari (PKR - Kota Anggerik)
* Rodziah Ismail (PKR - Batu Tiga)
* Elizabeth Wong (PKR - Bukit Lanjan)
* Teresa Kok (DAP - Kinrara)
* Ronnie Liu Tan Khiew (DAP - Pandamaran)
* Ean Yong Hien Wah (DAP - Seri Kembangan)
* Datuk Dr Hassan Ali (PAS - Gombak Setia)
* Dr Halimah Ali (PAS - Selat Kelang)
* Iskandar Abdul Samad (PAS - Chempaka)

sumber : Malaysiakini



Foto Exco Selangor dari Parti Islam SeMalaysia