Monday, August 31, 2009

Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.
Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05.
Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya. "Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS. PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini. Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi. Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti. "Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin. _
Merdeka: Disambut dingin tapi PM tahu puncanya..


Oleh: hazik
"Esok negara kita akan menyambut 52 tahun Kemerdekaan. Hari 1 Malaysia di bawah PM 1 Malaysia, Najib Tun Razak. PM yang dilabel hanya layak diberi gred C oleh seorang tamu NTV7 semasa ditanya tentang sempena 100 hari PM Najib. Difahamkan isu itu juga menjadikan host rancangan (di NTV7) tersebut diarah bertukar ke bahagian lain kerana mencalar imej Najib.Sebelum Najib menjadi PM banyak kisah dan cerita telah berlaku ke atas dirinya. Sehinggakan ada usaha supaya PM (ketika itu) Pak Lah meneruskan jawatannya sehingga PRU13. Apapun semua harapan menjadi kenangan apabila kenyataan yang ada terpaksa diterima sehendaknya.Rakyat marhaen menerima sahaja apa yang berlaku. Begitu juga para pemimpin terpaksa menerima dan menempuh cabar yang menggegar. Boleh menggegar seluruh negara dek karenah mereka yang bersekutu dengan PM Najib PM 1 Malaysia.
Sebelum Najib menjadi PM pun dia telah berjaya mengegar negeri Perak yang dirampas dari kerajaan PR. Apabila dia menjadi PM, rakyat (malah seluruh dunia) disaksikan dengan peristiwa 7 Mei di sidang DUN Perak dimana speaker yang sah dihumban keluar. Itu kerja orang yang bersekutu dengan PM Najib.Rakyat marhaen boleh menerima dan adakalanya mereka boleh menolak. Penolakan rakyat jelas diterjemahkan dalam kertas undi pada siri PRK yang diadakan. Entah apa nasib yang menimpa PM 1 Malaysia yang tidak pernah berlaku pada PM sebelumnya.
Kekalahan BN dalam semua PRK kecuali di Batang Ai menjelaskan rakyat memprotes apa yang dibuat BN dan pemimpinnya. Pada PRK terbaru (Permatang Pasir) PM Najib tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya sehingga dia mengaku tahu apa punca sebaliknya enggan pula menjelaskan kepada pemberita bila ditanya.Oleh itu kedinginan rakyat untuk meraikan hari 1 Malaysia tentunya PM Najib dapat jawapannya. Walau bagaimanapun tak perlulah dijawab kerana rakyat Malaysia tahu bahawa 31 Ogos 2009 adalah Hari Merdeka yang ke-52.


MERDEKA...! MERDEKA...! MERDEKA...!!

Sunday, August 30, 2009


Oleh: ustaz idris ahmad
KUALA LUMPUR 30 Ogos 2009 bernama melaporkan seorang wanita yang dipercayai mabuk gagal mengawal perasaannya dengan cuba menyerang seorang anggota polis trafik apabila mendapat tahu keretanya telah ditunda dalam satu operasi Ops Halang di sini awal pagi ini.Wanita itu bertindak sedemikian kerana terkejut kenderaannya ditunda selepas diletakkan di kawasan yang menghalang laluan trafik berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini.Namun wanita, dalam lingkungan 30an itu, berjaya ditenangkan kemudian oleh rakan-rakannya yang menariknya ke tepi jalan daripada terus berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit dan mengeluarkan kata kesat kepada pihak polis.Peristiwa ini menunjukkann arak menyusahkan semua orang. Sebab itu arak disebut oleh Rasulullah SAW “Ibu segala kejahatan” kerana:-
-Pemabuk arak boleh serang siapa sahaja, mereka tidak kenal polis atau orang awam.

-Pemabuk arak memandu kereta dalam keadaan yang merbahayakan orang yang tidak berdosa

-Pemabuk arak punca keruntuhan dalam rumahtangga, kerana balik dalam keadaan mabuk ia akan menendang isteri atau anak.

-Pemabuk arak menyebabkan berlaku perceraian yang dilafazkan tanpa disedari. Menurut hukum Islam talak tetap jatuh. Kalau si pemabuk ini jahil dia terus bersama dengan isterinya, kerana anggapan talak tidak jatuh, ini bermakna berpanjangan ia melakukan zina

-Pemabuk arak menyebabkan ekonomi rumahtangga tidak stabil, kerana kaki botol dia sentiasa ketagih tanpa memperdulikan perbelanjaan rumahtangga.

-Pemabuk arak punca berlaku perzinaan dan jenayah rogol.

-Pemabuk boleh menyebabkan seorang itu menjadi pembunuh.
Dinar Emas, Pusat akhirnya akui amalan Kelantan

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Husam Musa menyambut baik saranan kerajaan agar Tabung Haji (TH) dan Pusat Zakat (PZ) meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan mereka.Namun beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berharap ianya dilaksanakan mengikut seperti yang dikehendaki Islam, bukan hanya mengambil sebahagian sahaja. Pertama saya ucap tahniah kepada kerajaan persekutuan.Akhirnya boleh berkongsi pandangan dengan kerajaan negeri Kelantan. Tetapi pelaksanan itu mesti seperti yang dikehendaki Islam. Tak boleh ambil separuh-separuh," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau turut berkongsi kebimbangan mengenai keadaan ekonomi negara yang tidak stabil ketika ini dan memerlukan kepada penggunaan dinar emas sebagai alternatif memandangkan ianya terkenal dengan sifatnya yang stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi. Idea penggunaan dinar emas telah dicadangkan oleh Husam dari tahun 2001 lagi apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan idea yang sama pada tahun itu.
Pada tahun 2001, Tun Dr Mahathir mencadangkan penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi menghadapi manipulasi mata wang.
Namun idea berkenaan terhenti setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2004. Kerajaan Kelantan bagaimanapun telah menggunakan Emas Dinar Kelantan sebagai simpanan nilai, walau pun ia tidak dipersetujui pihak-pihak tertentu termasuk Kerajaan Pusat ketika itu. Manakala pada 24 Julai 2007, Kerajaan Kelantan melalui badan penyelidiknya, Kelantan Reserch Institute and Strategic Studies (Kriss) menganjurkan seminar antarabangsa dinar emas (International Seminar on Gold Dinar) di PWTC. Tun Dr Mahathir turut berada di majlis itu dan memberikan ucap utama atas kepentingan idea bersama iaitu 'dinar emas' antara beliau dan pemimpin PAS Kelantan. Husam juga berkata, meskipun baru sekarang kerajaan menyedari kepentingan penggunaan dinar emas sebagai alternatif kepada penggunaan mata wang, namun ujarnya Kelantan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi meningkatkan penggunaan dinar emas. "Walaupun dia terlambat tapi saya alu-alukan dan kelantan bersetuju untuk beri kerjasama untuk membolehkan wang dinar ni berkembang lagi," jarnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata, sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.
Teks ucapan beliau dibaca oleh Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahabudin Yahya pada majlis perasmian Sminar antarabnagsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar 2009 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi Khamis lalu.
Ini sekaligus menunjukkan apa yang teah dipraktikkan oleh Kerajaan Kelantan ternyata membawa kebaikan dan turut diakui oleh kerajaan pusat._mna _
Kenyataan Media Parti Keadilan Rakyat


Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.Keadilan menegaskan bahawa tiada anggota dari Parti Keadilan Rakyat yang terlibat mahupun dibenarkan untuk menyertai protes seperti ini.Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.
Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.
Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.
Latheefa Koya
Ketua PeneranganParti Keadilan Rakyat
Oleh :http://episodeperjuangan.blogspot.com/
1. Islam tidak datang untuk mengharamkan hiburan , justeru itu tidaklah pula DPPP mengharamkan hiburan . Cuma Islam datang membawa risalah pemulihan dan penyempurnaan . Maka DPPP mengambil langkah yang telah ditetapkan oleh syara' dalam membentuk sikap terhadap hiburan .

2. Hiburan yang mendamaikan hati malah menyuburkannya tanpa sebarang elemen yang leka dan lagha sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan mencetus suasana yang tidak islamik adalah hiburan yang dibenarkan .
3. Sementara hiburan yang diiringi dengan muzik yang hingar bingar , pula mengarah kepada pergaulan bebas lelaki dan perempuan dengan penampilan yang menjolok mata adalah hiburan yang jelas diharamkan oleh agama .
4. Hiburan yang mematikan jiwa dengan memuja nafsu dan mengeksploitasi suara manja penyanyi wanita , ditambah pula dengan pakaian dan lenggok tari yang menggiurkan juga merupakan hiburan yang diharamkan oleh agama .
5. Apabila Islam mengharamkan perkara ini , bukan bermakna Islam hanya tahu menghukum tetapi disebalik hukum tersebut tersimpan sejuta hikmah untuk membentuk jiwa dan peribadi yang hebat dan tidak hanyut dibuai fantasi
6. Berhibur pula ada batas . Contoh mudah dalam bulan Ramadhan . Ramadhan adalah bulan mulia . Bulan ibadah dan bulan taqwa . Tentu sahaja hiburan yang keterlaluan amat tidak sesuai. Sebagai contoh program hiburan Sehati Berdansa adalah sangat bercanggah dengan amalan murni Islam . Tambah pula diulang tayang dalam bulan Ramadhan .
7. Hiburan yang menampilkan tarian dan pakaian seperti itu sebenarnya di bulan apa pun tetap salah dari sisi agama . Cuma maksud saya , paling tidak hormatilah Ramadhan . Jangan rosakkan mood Ramadhan untuk ummatnya beribadah dengan hiburan sedemikian .
8. Puasa tak sampai seminggu , TV sudah riuh rendah dengan hiburan kononnya persiapan nak sambut Aidil Fitri . Penuh dan sarat dengan nyayian dan tarian yang diselang seli dengan tazkirah dan tilawah al Quran . Saya lihat seperti ianya sedang mempersenda agama Islam .
9. Manalah pergi pengarah JAKIM dan Pengerusi IKIM . Menteri yang jaga agama buat apa ? Justeru itu saya desak supaya kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti hiburan melampau khasnya di bulan Ramadhan . Begitu juga sambutan 31 ogos kelak yang kebetulannya jatuh di bulan Ramadhan , jangan anjurkan konsert dan pesta hiburan . Hormatilah kemuliaan Ramadhan .
10. Ingatlah syurga neraka dan dosa pahala . Jangan hanya kerana mahu berhibur kita lalaikan hati dari mengingati Allah swt. Jika di bulan Ramadhan pula ummah dalam keadaan lalai dan alpa saya tidak nampak dibulan lain keadaan menjadi lebih baik

Saturday, August 29, 2009


KOTA BHARU, 28 Ogos: Kerajaan negeri Kelantan dengan jalinan kerjasama sebuah stesen radio swasta, Manis FM telah mengadakan program tazkirah yang disiarkan melalui setesen radio tersebut bermula awal Ramadhan lalu hingga ke hujung bulan puasa ini. Ianya sebgai usaha kerajaan negeri menyebar luaskan dakwah kepada masyarakat khasnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dapat mengikuti siaran itu. Menurut Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan negeri Kelantan Abdul Rahman Yunus, tazkirah akan disampaikan oleh pimpinan negeri termasuk Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Speaker Dun Ustaz Nasruddin Daud, Exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan negeri dan juga Ketua Polis Negeri. Siaran tazkirah tersebut dapat diikuti setiap hari sepanjang Ramadhan pada jam 7.30 pagi, 2.00 petang, 4.00 petang dan 7.05 petang pada frekuensi 90.6 MHz di Kelantan, 102.00 MHz di Terengganu dan 95.1 MHz di Pahang.
Abdul Rahman juga berkata sebelum ini siaran tazkirah tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya melibatkan Menteri Besar Kelantan sendiri apabila pihak Urusetia kerajaan negeri menerima panggilan talipon dari seluruh negeri. "Saya berharap penduduk di negeri ini mengambil kesempatan untuk mendengar program tazkirah yang disampaikan oleh pimpinan kerajaan negeri sempena bulan Ramadhan ini," ujar beliau. Dalam perkembangan lain, seramai 60 warga miskin Kota Bharu telah dipilih oleh Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kota Darulnaim untuk menerima sumbangan RM100 setiap orang bagi meringankan beban sempena bulan Ramadhan. Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa masjid tersebut Ir.Mohd Ariff Fahmi Abdul Rahman ketika ditemui di majlis Perasmian Sambutan Ihya Ramadhan peringkat Kompleks Kerajaan negeri Kelantan berkata, seperti di tahun-tahun lepas, masjid yang terletak dipinggir pagar komplek kerajaan negeri tersebut akan menyediakan program tazkirah pada setiap hari bermula jam 12 tengahari dan berharap kakitangan kerajaan dapat mengambil menafaat tersebut.
Perasmian Ihya Ramadhan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat,turut hadir,Setiausaha Kerajaan Negeri,Dato'Aiseri Ilias,Pegawai Kewangan Negeri Mohd Faudzi Mat Jusoh, Exco negeri,Wakil-Wakil Rakyat, Ketua jabatan dan kakitangan kerajaan negeri dan swata. Dato'Aiseri Ilias ketika berucap berkata kakitangan kerajaan dari peringkat tinggi hingga bawah seharusnya memainkan peranan penting dalam masyarakat setempat iaitu seperti melibatkan diri dengan aktiviti masjid maupun masyarakat tempatan. "Saya yakin kakitangan kerajaan negeri Kelantan dapat melakukan aktiviti harian yang baik kerana mereka ini juga sedikit sebanyak mempunyai pengaruh dalam masyarakat," katanya. Sementara itu Tuan Guru semasa menyampaikan tazkirah pertamanya berharap pada tahun ini rakyat negeri ini dapat menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan meraikan Al-Quran kerana Al-Quran telah diturunkan pada bulan yang mulia ini. "Kita sering menyambut puja umur (hari lahir) manusia seperti isteri,anak-anak kita, Pemimpin Negara kita juga sambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw, oleh itu bulan Ramadhan ini kita pakat-pakat (ramai-ramai)sambut kedatangan Al-Quran iaitu dengan membacanya seberapa banyak yang boleh,bertaddarus maupun mentafsirkannya," kata beliau.
Beliau juga berharap perubahan perlu diadakan di setiap masjid negeri ini iaitu dengan menyediakan imam-imam atau penceramah agama dari pelbagai kaum seperti kaum Tionghua dan India. "Kalaulah kaum ini juga diterima sebagai penceramah di masjid-masjid,nescaya kita akan lebih memahami masalah kaum mereka dan ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama kaum di negeri ini," katanya lagi. Nik Aziz juga berkata tanggapan orang ramai yang mengatakan bulan Ramadhan hanya untuk berpuasa sahaja perlu dikikis kerana Ramadhan meliputi pelbagai program yang sudah diatur oleh Allah swt seperti setiap amalan dilipat gandakan ganjarannya, perbanyakkan sedekah,melakukan amalan solat sunat,membaca Al-Quran dan pelbagai lagi perkara yang berfaedah. Bagi memperkemaskan lagi institusi masjid, beliau berkata jawatankuasa Masjid perlu menjemput rakan-rakan dari kaum lain yang belum Islam seperti di majlis sambutan Maulidurrasul,Israk Mikraj,Sambutan Awal Muharram yang sering diadakan di masjid. "Mereka ini memerlukan pendedahan yang sebenarnya terhadap kemurnian agama Islam yang tidak mengamalkan sebarang keganasan, bila mereka ada bersama,mereka akan dapat melihat dengan jelas keadaan yang sebenar berlaku di masjid,Masjid bukan hanya tempat bersembahyang semata-mata,"katanya lagi. Majlis berkenaan dihadiri lebih 300 orang termasuk dari masyarakat India dan Tioghua.

Azamin Amin (Harakah)
KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Dato' Seri Nizar Jamaluddin yakin Persidangan Dun Perak 2 September depan akan berjalan lancar sekaligus tidak akan mengulangi insiden 7 Mei lalu akibat tindakan BN yang melanggar lunas peraturan dan undang-undang sedia ada.Sidang minggu depan itu, katanya amat penting kerana titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah belum dibahaskan lagi malah pada 7 Mei itu, tiada persidangan pun yang berlangsung memandangkan keceohan yang berlaku berikutan pelantikan Speaker 'haram' yang baru, yang tidak mengikut peraturan Dun.Adun Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata kepada Harakahdaily pagi ini bahawa sidang itu juga akan membentangkan usul pengantunggan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Speaker Hee Yit Foong oleh Jawantankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Speaker V. Sivakumar.Masing-masing dikehendaki membayar denda sejumlah RM500,000 dan RM250,000 setiap seoarang akibat tindakan mereka yang menghina DUN dan kuasa Speaker, katanya.Bagaimanapun, berhubung status Speaker 'haram' Datuk M Ganesan yang dilantik 7 Mei lalu, Nizar menjelaskan, satu permohonan injuksi akan dibuat untuk menghalang dalam menjalankan tugas Speaker yang masih disandang oleh Sivakumar."Selama ini, Adun-adun Pakatan Rakyat Perak senantiasa mengikut peraturan dan yang memulakan kekacauan serta menggunakan pihak keselamatan untuk campur tangan serta mengheret keluar Speaker adalah pihak yang lagi satu.
"Mereka sebenarnya yang menghina Dewan dan Tuanku Sultan. Kita patuh pada peraturan...apabila Speaker panggil, kita wajib hadir," katanya ketika dihubungi.Nizar turut mengulas sidang Dun 'bawah pokok' 3 Mac lalu,(gambar) berpunca daripada perbuatan menghalang Speaker dan Adun-Adun memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri Perak.Semalam Sivakumar telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh tengah hari semalam, mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.Pada 21 Ogos lalu, pihak Adun Pakatan Rakyat telah menghantar notis guaman dan memberi tempoh selama 48 jam kepada Abd. Rahman untuk memberi aku janji supaya tidak campur tangan pada persidangan Dewan 2 September ini.Sebelum ini turut mengulas isu krisis yang berlaku di Perak ialah pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang berpendapat sidang Dun 7 Mei itu sebagai tidak sah. ImageAziz menjelaskan dari awal lagi sidang telah menyingkirkan kedudukan dan kuasa Speaker V. Sivakumar yang kemudian berlanjutan kepada bermacami arahan dibuat oleh Setiausaha Dun dan Setiausaha Kerajaan yang tidak mempunyai bidang kuasa yang sah."Hari itu Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan.
Itu belum lagi mengambilkira kedudukan Hee yang sebenarnya masih di dalam penggantungan."Bagaimana Hee boleh dibenarkan memulakan prosiding yang kemudian memilih Datuk M Ganesan," soal Aziz.Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang di bawah pokok Mac lalu ,sekali lagi polis memainkan peranan utama.Aziz menyifatkan kekecohan di Dun Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari dan pihak polis juga menghalang sidang Dun Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari premis rasmi."Apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu," katanya. _

Friday, August 28, 2009

ANALISA AWAL KEPUTUSAN PRK PERMATANG PASIR

Oleh Ustaz Haji Idris bin Ahmad
Alhamdulillah keputusan PRK Permatang Pasir 4 Ramadhan 1430H/25hb Ogos 2009 Pas (Ustaz Salleh Man 9618) BN (Rohaizat Osman 5067) majoriti 4551, jumlah keluar mengundi 14768, 73% keluar mengundin, dengan undi rosak 83. PR telah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam setiap PRK kecuali di Batang Air Sarawak. Faktor kemenangan:-
o Dengan izin Allah SWT
o Calon Pas ustaz Salleh Man calon bersih daripada jenayah tipu duit orang dan bertanggungjawab pula kepada isteri.
o Perpaduan yang erat di kalangan pimpinan dan petugas PR.
o Sumbangan kerja daripada petugas muslimat dan wanita PKR dan DAP adalah penyumbang besar kejayaan PRK PP.
o Peranan blog yang melaporkan secara adil sebagai penapis media penipu umno telah membantu aliran pengundi terutama anak-anak muda.
o Pemimpin Pas seperti Tuan Guru Presiden, Tuan Guru Nik Aziz, Mohd Sabu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Saifudin Nasution, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan lain lagi. Mereka tidak kira cuaca hujan atau panas terus berkempen untuk bertemu dnegan masyarakat.
o Penduduk Permatang Pasir dekat dekat dengan Bandar, isu pembangunan tidak makan.
o Anak-anak muda yang bekerja kilang, mereka adalah generasi yang berkawan dengan dunia luar, maka mereka tidak boleh ditipu, kerana di kilang mereka terdapat kawan-kawan yang print daripada internet untuk disebarkan.
o Tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi jaminan untuk menamakan ustaz Salleh Man sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam telah meyakinkan pengundi melayu. Dengan ini tertolak hujah umno yang mengatakan Pas tidak dapat apa-apa walaupun ustaz salleh menang.
o Terdapat institusi agama yang terkenal di kawasan itu iaitu Pondok Penanti dan Madrasah Masriah yang merupakan tapak sokongan Pas.
o Terdapat Sembilan buah masjid di kawasan PP, Cuma ada dua sahaja yang berkarat biru sikit. Maknanya sokongan kuliah agama menyebabkan rakyat tidak boleh ditipu dengan rasuah duit.
o Kempen umno terlalu ketara dengan rasuah duit, termasuk duit palsu yang diedar di tengah malam dengan diletak di celah-celah pintu. Perangai ini tidak ubah seperti toyol .
o Dakwaan Muhyidin yang mangatakan Anwar khianat, telah menjadi senjata makan tuan. Seoalah-olah isu ini telah menjadi bola tanggung untuk PR mencuri mata. Sehingga rakyat sedar bahawa yang khianat Melayu ialah Muhyidin dan umno, bukan Dato’ Seri Anwar atau Lim Guan Eng. Maka pendedahan telah dibuat membuktikan umno khianat bangsa dan agama.

*Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Pengerusi Penerangan JK Operasi PRK N11 Permatang Pasir.

Thursday, August 27, 2009

Prof Dr Ismail Md Salleh Kembali ke Rahmatullah
NEGARA kehilangan seorang lagi tokoh ekonimis dan pendidikan terkenal dan komited apabila Prof Ismail Md Salleh,61 telah meninggal dunia hari. Menurut laporan agensi berita rasmi Kerajaan beliau mati awal pagi ini di Singapura sebaik tiba ke negara itu dalam penerbangan dari China.Allahyarham berasal dari Salor seberang Pasir Pas, Kelantan dianggap sebagai seorang insan yang gigih tanpa mempedulikan keadaan fizikalnya.
Beliau adalah Orang Kurang Upaya (OKU)(buta) yang pertama di negara ini dilantik menjadi anggota Dewan Negara.Selain itu Allahyarham juga merupakan orang buta pertama mendapat anugerah Doktor Falsafah. Pernah menjadi pensyarah. Beliau juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS). Pada masa ini beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech sebuah institusi pengajian tinggi swasta miliknya.
Allahyarahm meninggalkan enam orang anak.

ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK
Oleh Presiden PAS
Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 – 80 rotan jumlahnya.
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.
Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam. Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi AwangPresiden PAS

Wednesday, August 26, 2009

Hukum Sebat: Jangan hina hukum Islam


Oleh Mohd Nur Amin
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta semua pihak menghormati pendirian Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang enggan mengemuka rayuan dan dengan rela hati menerima hukuman sebat yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang atas kesalahan meminum arak demi memelihara maruah agamanya.
DPPN Pk juga menyokong penuh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkaitan perlaksanaan hukuman sebat ini sebagai satu cara untuk mendidik semua pihak agar tidak meminum minuman arak. Ianya juga adalah sebahagian dari hukuman yang telah dilaksanakan di dalam sebuah Negara Islam suatu ketika dahulu.
DPPN Pk amat kecewa dengan kenyataan dangkal Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang mempertikaikan cara terbaik pelaksanaan hukuman sebatan secara Islam sedangkan prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada dinyata dan diperincikan secara jelas melalui Enakmen 8 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 melalui Seksyen 125 dan 126.
Ini jelas menunjukkan kegagalan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dalam memberi perhatian apatah lagi menyediakan persiapan bagi hukuman sebat yang telah sekian lama diluluskan oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional sendiri melalui Enakmen Syariah Negeri Pahang.
DPPN Pk menghormati dan yakin bahawa Kartika yang akan menjalankan hukuman sebatan itu amat memahami akan tuntutan ke atasnya sebagai seorang muslimah yang memastikan selain bertaubat, ianya perlu menjalani hukuman yang ditetapkan Allah sebagai penganjaran kepada seluruh ummat Islam yang lain supaya tidak terjebak dalam perkara mungkar yang ditegah Agama.
Jesteru, DPPN Pk kesal atas sikap pihak-pihak tertentu yang cuba menghindari perlaksanaan hukuman sebat yang dituntut Agama dengan alasan yang direka-reka kerana ianya akan membawa kepada persepsi yang merendahkan martabat hukuman Syariah yang boleh menghina perlaksanaan hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah.

MOHD NUR AMIN
Timbalan Ketua,Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Terpaksa berdemontrasi untuk mengadu kepada Kerajaan Negeri Perak


Oleh: bumiperak"
3 Ramadhan, 25 Ogos 2009 Satu peristiwa yang mengejutkan berlaku hadapan Bangunan Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri dan Pejabat Menteri Besar. Kehadiran sekumpulan kira-kira 100 penunjuk perasaan dengan sejumlah besar anggota polis bagaimanapun bukannya krisis atau bantahan dari Pakatan Rakyat. Bersama mereka ada yang mendukung anak kecil, beberapa anak-anak sekolah dan warga emas.Menurut sumber dari Sinar, sekumpulan tunjuk perasaan dari 80 buah keluarga semuanya berketurunan Melayu di penempatan Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Perlop 1, Sungai Siput U, Daerah Kuala Kangsar dihimpit kemiskinan. Mereka berpindah ke penempatan ini 3 tahun lalu di bawah skim Kerajaan Negeri yang dijanjikan kawasan pertanian namum menghadapi masalah.Kesempitan hidup yang menyedihkan sehingga tidak dapat hantar anak ke sekolah, tidak mampu membayar bil air dan elektrik dimana ada 14 buah keluarga terpaksa membeli air untuk kegunaan harian mereka. Sumber rezeki yang terhad memaksa ibu-bapa keluar sejauh 25 km mencari kerja di bandar.Wakil penduduk memberitahu,

“Sudah dua kali menghantar memorandum kepada Pejabat Menteri Besar tetapi jawapan yang diterima ialah sedang buat kertas kerja dan berlanjutan 3 tahun. Penduduk juga menuntut DS Zambry untuk turun padang melihat sendiri kesempitan hidup yang ditanggung mereka.”Sepuluh wakil penduduk telah dibenar masuk ke Pejabat Menteri Besar berbincang dengan wakil DS Zambry dan telah dijanjikan menyelesaikan kesengsaraan penduduk.Amat sukar melihat orang Melayu mengadukan dan menyatakan kesusahan dikalayak ramai. Tentunya pengabaikan dan sikap sambil lewa pihak berkuasa khasnya pemimpin Kerajaan Negeri yang mengabaikan tanggung-jawap mereka. Kepimpinanan Negeri Perak semasa Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin dari Pakatan Rakyat tentunya telah mempunyai kaedah berkebajikan membawa pembelaan semua rakyat.

Mengaku kalah ajalah Muhyiddin, usah cari daleh lagi ...

Oleh PAK TAM MAT
Bagi sesiapa yang tonton Buletin Utama TV3 tadi tentu perasan bagaimana kecewanya Muhyiddin Yassin yang siang malam bertungkus lumus berkempen di Permatang Pasir, tetapi akhirnya terpaksa mengaku kalah dengan kemenangan besar calon PAS.Menariknya, dan itulah setiap kali dilakukan TV3 dan media talibarut Umno yang lain, bila mereka kalah, maka dicarilah segala daleh ke atas kekalahan mereka. Muhyiddin sebagai contoh menyalahkan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, yang mengasak ke kampung-kampung yang ramai penyokong Umno sehingga penyokong Umno itu takut untuk keluar mengundi.Bagi Muhyiddin, kalau penyokong Umno tidak dihalang daripada keluar mengundi sudah tentu BN dapat menang kali ini. Langsung tak masuk akal! Kalau Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri ada bukti bahawa penyokong PAS menganggu penyokong Umno untuk keluar mengundi, beliau sepatutnya membuat laporan polis pada petang tadi juga.
Kepada Muhyidin mengaku ajalah bahawa Umno-BN masih belum dapat dipulihkan. Rakyat tetap menolak dan mahukan Pakatan Rakyat terus memerintah. Bukankah sejak hari pertama lagi calon Umno sudah buat hal dengan begitu banyak masalah peribadi yang membelitnya? Seolah-olah Umno ketandusan calon berwibawa untuk bertanding dalam pilihan raya yang diakui cukup penting itu.Satu lagi daleh Umno bila kalah ialah dengan membawa alasan kuno iaitu penyokong Pakatan Rakyat melakukan keganasan atau kekerasan kepada petugas BN. Maka ditunjukkan beberapa orang Pemuda Umno yang kena "belasah" oleh penyokong PAS sehingga berdarah-darah. Dan sewajibnya bekas darah itu akan difokuskan oleh kamera TV.
Penonton sudah muak dengan agenda yang sudah tidak laku ini. Kita belum lupa dengan peristiwa semasa Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh dulu. Macam itu jugalah media talibarut memainkan peranan mereka. Ditunjukkan berulang-ulang kali "kesamsengan" penyokong KeADILan tetapi akhirnya kalah lagi teruk juga calon Umno.
Kepada Muhyiddin, cukup-cukuplah bermain politik dengan daleh yang orang sudah naik muak. Mengaku ajalah kelemahan dan perbaikilah. Kalau tidak, Umno bukan saja terus kalah dalam siri pilihan raya kecil (setakat di Semenanjung 7-0), tetapi nasibnya dalam pilihan raya umum akan datang bertambah kritikal lagi.


BERIKUT ADALAH KENYATAAN ANWAR IBRAHIM MENGULAS KEMENANGAN SALLEH MAN


Saya panjatkan rasa syukur di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. Berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan Umno-BN yang memecahbelahkan.Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihan raya kecil, yang tetap bersabar mengharungi kepayahan pada bulan Ramadhan ini. Kepada YB Haji Salleh Man tahniah di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat.Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata, menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, hasrat bergelora mahukan Perubahan dan masa depan Pakatan Rakyat yang pasti gemilang

Tuesday, August 25, 2009

PAS Kekalkan Dun Permatang Pasir


Oleh: Lutfi"
BUKIT MERTAJAM: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi.Pada pilihan raya kecil ini, PAS diwakili Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala Barisan Nasional (BN) pula Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.Salleh memperoleh 9,618 undi. Rohaizat pula 5,067 undi.Undi rosak adalah sebanyak 83. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini. Jumlah pemilih adalah seramai 20,290 orang.Pada Mac 2008, PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga dengan kelebihan 5,433 undi.
Keputusan rasmi pilihan raya kecil diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya pada pukul 7.30 petang - tepat waktu berbuka puasa di sini. Pada pilihan raya umum Mac 2008, kerusi itu dimenangi buat kali ketiga oleh Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman yang memperoleh 11,004 undi.
Ketika itu peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 82.5 peratus. Kali ini peratusan keluar mengundi hanya 73.1 peratus.Beliau meninggal dunia pada 31 Julai, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil ini.PAS dan BN turun gelanggang pilihan raya kecil ini masing-masing untuk mengekalkan dan merampas kerusi ini.BN kehilangan kerusi ini pada tahun 1999.Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan hari ini merupakan pengertian bermakna kepada pihaknya.Mengenai penurunan majoriti, Mahfuz yang juga Naib Presiden berkata, "saya hanya mengharapkan kemenangan walaupun satu undi.""Kami telah bekerja keras ke arah kemenangan lebih besar dan sebagaimana saya katakan sebelum ini, kemenangan dengan majoriti satu undi pun kemenangan juga," katanya.

Mstarhttp://lutfimj2006.blogspot.com/"

Syukur Kepada ALLAH SWT PAS Menang di Permatang Pasir

Assallammualaikum..
Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya PAS masih menggekalkan kerusi DUN N11 dengan majoriti 4551 undi..Taniah kepada Ustaz Salleh Man..Nampaknya UMNO@BN ni hanya cakap sahaja yang rakyat menyokong mereka..Tapi rakyat tidak sebodoh mereka,dan rakyat bijak memilih calon yang berwibawa seperti Ustaz Salleh Man...


Kuasa Rakyat Kuasa Keramat

KEPUTUSAN RASMI
9618

5067


MAJORITI

4551

JUMLAH UNDI ROSAK

83
Salleh dilantik YDP Maipp jika menang

Oleh Mohd Sabri Said dan Dzulfikar Mashoor
BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan perlantikan Mohd Salleh Man sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) malam tadi sekiranya menang. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kenyataan demikian sejurus mendapat persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri. Salleh akan ke jawatan penting itu, sejurus penyandangnya sekarang, Adun Permatang Berangan Shabudin Yahya tamat kontrak kelak. Kata Anwar, "kami akan cadangkan nama Mohd Salleh selaku presiden MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong selepas penggal Shabudin berakhir."
Salleh ditentang calon kontroversi Umno Rohaizat Othman. Pengumuman itu secara tidak langsung menjawab dakwaan Umno sebelum ini, bahawa PAS terpinggir dari Pakatan Rakyat negeri. Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan akan mengemukakan nama calon PAS itu sebagai Yang Dipertua Maipp jika beliau memenangi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos ini. "Kemenangan Ustaz Saleh akan memberi makna pada PAS bilamana saya akan mengemukakan namanya kepada Gabenor dan seterusnya kepada Yang Dipertuan Agung untuk mengantikan Adun Permatang Berangan, Shabudin Yahya yang akan tamat tempuh perkhidmatan pada Oktober ini," jelasnya. Ustaz Saleh memang berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut memandangkan beliau mempunyai kelulusan syariah.
Tambahan lagi, hubungannya dengan Kerajaan Pakatan Rakyat juga rapat dan pernah mengikuti beberapa delegasi ke luar negara mencari pelaburan baru untuk dana Pulau Pinang.
"Ustaz Saleh memang layak untuk jawatan itu semua rakyat akan tunggu dan lihat perkembanganya nanti. Oleh itu, apa yang penting pastikan kemenanganya dulu dengan majoriti yang lebih besar," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan. Lim berjanji akan membantu Ustaz Saleh bersama empat lagi Adun Pakatan Rakyat bagi meninggikan syiar Islam di negeri ini selari dengan slogan kerajaan yang mengamalkan konsep Amal Makruf Nahi Mungkar dan pemerintahan Umar Abdul Aziz.
"Bukan sahaja pendekatan Umar Abdul Aziz malahan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (C.A.T) terus menjadi amalan kerajaan. Cara ini boleh mengubah pandangan awam agar memberi sokongan padu pada kerajaan sekarang berbanding BN dulunya," terang beliau lagi. Turut hadir dalam program penerangan sempena kempen pilihanraya kecil Permatang Pasir ialah Speaker Dun Pulau Pinang, Dato' Abdul Halim Husein, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Anuar Tahir serta Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh.
Pas Dijangka Menang Dengan Majoriti Serendah 300 Undi
Analisis MSO
KURANG 20 jam lagi lebih 20,000 pengundi berdaftar di Permatang Pasir akan keluar bagi memilih siapakah antara dua anak 'Man', Mohd Salleh Man dengan Rohaizat Othman yang akan menjadi wakil mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.Mereka akan memilih wakil bagi menggantikan Aallahyarham Mohd Hamdan Abd Rahaman yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu. Apakah calon Pas, Ustaz Mohd Salleh akan dipilih sebagai menyambung tugas-tugas Hamdan yang belum selesai ataupun pengundi Permatang Pasir akan berubah selera memilih wakil UBN, Rohaizat sebagai wakil mereka yang baru?
Kempen kedua-dua pihak dirasakan sudah sampai ke kemuncaknya. Segala strategi yang diracangkan sudah pun dilaksanakan seampuh mungkin. Calon masing-masing juga sudah diperkenalkan. Peribadi calon sudah pun dihafal dan diketahui oleh pengundi Permatangan Pauh. Apa-apa yang tidak terungkit mengenai perwatakan, peribadi kedua-dua calon sudah pun terselak. Semuanya didedahkan bagaikan terselaknya kelambu di dalam bilik tidur yang penuh kerahsiaan.Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada isu baru yang ditimbullah oleh kedua-dua pihak, melainkan mengulangi isu-isu lama. Isu nasional masih berkisar kepada soal ketidakadilan kerajaan dan juga kerakusan dalam menggunakan kuasa seperi akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), penggunaan SPRM untuk mengekalkan kuasa UBN serta isu bahasa Melayu - PPSMI yang belum total berakhir.Manakala isu lokal berkisar kepada pembangunan setempat, masalah rakyat miskin, kemudahan jalan raya, eletrik dan sebagainya dan mengenai ketidakupayaan Pakatan Rakyat dalam membela rakyat. Isu-isu ini dibangkikan oleh pihak UBN.Kerana kekurang isu-isu besar itu menyebabkan pilihan raya ini nampak biasa saja dan tidak hangat. Bagaimana pun pilihan raya ini tetap membawa signifiken tersendiri. Hakikatnya ia mencerminkan masa depan Pakatan Rakyat dan UBN.
Kemenangan bagi Pakatan Rakyat menunjukkan pengaruh mereka tidak bergoyang dan ini petanda bahawa Pakatan khasnya Anwar Ibrahim masih teguh dan beraura. Adu domba UBN terhadap Pakatan Rakyat untuk melihat pakatan itu relai satu persatu seperti di Perak ternyata gagal.Manakala kemenangan Pakatan itu nanti bakal memberi kesan kepada UBN. Bahawa projek 1 Malaysia yang dilancarkan oleh taukeh baru UBN, Mohd Najib Razak tidak diterima rakyat.Sehubungan itu juga langkah UBN memburukkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa juga tidak diterima oleh rakyat. Kemenangan Pas nanti mengesahkan bahawa Anwar masih hero kepada pengundi Permatang Pasir khususnya dan melihat wajah lain sebenarnya pengkhianat!Baik UBN dan Pakatan Rakyat sudah kekeringan modal dan terpaksa mengulangi perkara lama. Mungkin kerana kekerapan berlaku pilihan raya kecil (sudah enam kali) menyebabkan keduanya merasa sudah tidak begitu ghairah dan menyebabkan isu-isu juga sudah kekeringan. Isu yang dimainkan dalam beberapa pilihan raya lalu tidak relevan lagi untuk ditimbulkan tetapi masih tetap juga kedengaran.Ternyata isu peribadi kali ini mendominasi pilihan raya kecil kali ini. Pas bernasib baik kerana masalah mengenai diri Rohaizat berhubung firma guamannya yang dibatalkan lesen kerana melakukan penyelewengan wang pelanggan dan isu isteri muda disembunyikan menjadi isu yang digemari oleh pengundi.
Walaupun isu itu bersifat personal terutamanya kahwin dua, nampaknya isu itu benar-benar menjadikan Rohaizat goncang. UBN menggeletar apabila rahsia peribadi yang amat peribadi ini terdedah.Penampilan rakan kongsi firma guaman Rohaizat sendiri, Yusri Ishak benar-benar membantu Pas dalam merealisasikan isu ini. Kalau Yusri tidak tampil menjelaskan bagaimana penyelewengan berlaku mungkin ia sukar untuk dipercayai kerana bukti ditampil sebelum ini boleh dinafikan oleh pihak UBN. Walaupun disaat akhir Yusri telah 'konar baring' dengan menyokong Rohaziat memuji sebagai orang baik, tetapi ia tidak membawa apa-apa erti lagi. tindakan Yusri itu sudah terlewat, sia-sia dan dirasakan aneh.Tuduhan dan kerja-kerja jelek memburuk Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh UBN secara melampau tidak banyak menguntungkan UBN. Tuduhan kononnya tok guru itu menuduh ahli Umno tidak masuk ke syurga, membalun UBN sendiri. Mulanya isu itu menimbulkan kemarahan umat Islam tetapi bila UBN gagal mengemukakan transkrip sebenar cakap-cakap Nik Azi itu menyebabkan isu memakan UBN balik.
Langkah Nik Aziz menyaman tiga akhbar yang menyiarkan laporan Bernama yang membuat celaan itu menyebabkan rakyat kembali yakin bahawa caka-cakap dan pandangan agama Nik Aziz diputar belitkan secara kering dalam soal ini.Demikian juga pengumuman Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh keluar dari PKR tidak memberi markah tinggi kepada UBN. Umum sudah memahami kenapa Mohd Radzhi membuat tindakan itu kerana ingin melepaskan dirinya dari lingkaran neraka ciptaan Umno. Apapun alasan yang Radzhi berikan rakyat tidak akan percaya kerana sudah ada precedent sebelum ini di mana ada wakil rakyat berpaling tadah kerana hendak selamatkan nnyawa.Manakala keseluruhan perjalanan pilihan raya Permatang Pasir ini baik dan bersih, tiak ada ketegangan dilaporakn. Kecuali di hari penamaan calon melibatkan ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakhrisnan berlagak macam bobon mabuk tuak agak mendukacitakan. Tetapi bagi orang yang memahami siapa dia Gobalkrishnan tidak pedulikan apa yang berlaku. Penahanan Global oleh polis sessuatu tindakan yang wajar disokong.Bedasarkan senerio itu tadi, pada analisa rawak saya Pas tidak perlu risau dengan keputusan pilihan raya itu esok.
Kalau Pas tidak dapat mengekalkan majoriti 5,433 yang diraih dalam pilhan raya umum 2008 lalu tetapi Pas sudah tentu akan dapat mengekal undi asasnya seperti mana diperolehi tahun 2004 dulu sebanyak 679 undi.Kalau pun benar berlaku gelombang pengundi Melayu kembali semua kepada Umno, namun Pas masih bernasib baik kerana tetap mendapat kepercayaan undi Cina. Peratus pengundi bukan Melayu di Permatang Pasir ialah 27 peratus dan dipercayai Pas menguasai lebih 60 peratus. Keadaan ini menyebabkan Pas setidak-tidaknya akan menang dengan jumlah majoriti lama itu.Kesimpulannya kemenangan Pas dengan majoriti di bawah 1,000 ia tidak menjadikan Pas kalah namun jumlah undi itu memberi isyarat besar kepada Pakatan bahawa arus 1 Malaysia yang dijaja Najib kini mungkin sudah mula bergerak. Sebaliknya kalau Pas menang dengan majoriti 3,000 ke atas ini bernama segala isu, cakap-cakap, pembaharuan dan semangat 1 Malaysia yang dibawa Naib dan armadanya itu tidak terhingin oleh rakyat Malaysia dan mimpi untuk terus berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13 kelak bolehlah dibungkus!

Monday, August 24, 2009

Guan Eng dan Sivarasa sertai majlis berbuka puasa
Oleh Hazayani Zakaria
BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos: Pernahkan anda terbayang sebelum ini, pemimpin bukan Islam dari kaum Cina dan India juga menyertai majlis berbuka puasa yang menjadi ibadat orang Islam? Mungkin ada yang akan menghukumnya haram dan menghina agama Islam sebagaimana yang dihalakan kepada Setiausaha DAP Perak apabila Nga Koo Meng membaca ayat-ayat al Quran. Namun, dalam Pakatan Rakyat ia tidak menjadi masalah. Bagi PAS pula ia adalah pendekatan dakwah untuk memperkenalkan Islam kepada mereka. Di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir semalam, para pemimpin Pakatan dari pelbagai bangsa dan agama berkumpul untuk majlis berbuka puasa. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS, Ustaz Salleh Man, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah bersama-sama meraikan anak-anak yatim dan fakir miskin di situ berbuka puasa. Turut serta adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengarah Pilihanraya PKR, Saifudin Nasution Ismail.
Bagi mereka, majlis ini membuktikan kekuatan hubungan dan kerjasama yang erat di antara ketiga-tiga parti-PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Hubungan erat ini dapat dilihat apabila jentera PKR dan DAP turut bertungkus lumus membantu kempen untuk calon PAS, Ustaz Salleh Man sekaligus menafikan dakwaan Umno BN bahawa Pakatan semakin berpecah.
Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno sengaja menimbulkan isu tersebut akibat cemburu dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang mengamalkan rundingan dan perbincangan dalam menghadapi apa jua isu termasuk serangan terhadap mereka. Anwar ketika berucap di majlis itu berkata, Umno sering memandang serong apabila Pakatan saling memberikan sokongan antara satu sama lain dalam setiap aktiviti yang dilakukan walaupun berbeza pegangan agama.
Ujarnya, sikap terbuka yang diamalkan pimpinan Pakatan Rakyat menjadikan masyarakat bukan Islam sekarang ini sudah tidak kekok untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan orang Islam walaupun berbeza pegangan agama. Contohnya majlis berbuka puasa ini sendiri yang turut dihadiri oleh pimpinan bukan ISlam, katanya. Anwar dalam ucapannya juga mengingatkan ketiga-tiga parti agar memperkukuh jentera pilihanraya masing-masing. Beliau turut berpesan kepada rakyat di Permatang Pasir agar memilih calon PAS, Ustaz Salleh Man yang disifatkannya sebagai calon terbaik untuk mewakili rakyat di kawasan itu dalam membela nasib mereka. _
Tengku Temenggong, MB solat hajat elak H1N1
Oleh Mazlan Jusoh
KOTA BHARU, 24 Ogos: Ketika orang ramai di tempat lain sedang bersiap menyediakan juadah sahur, rakyat Kelantan pula menunaikan solat hajat memohon dihindari bala virus influenza A H1N1. Lebih 2,000 menunaikan solat hajat pada jam empat pagi di Qaryah Ramadan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) pada awal pagi Sabtu lalu. Turut hadir pada solat itu, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, Menteri Besar, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.
Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato? Mohd Aiseri Alias dan Senator Dato? Ahmad Rusli Ibrahim. Solat hajat diadakan secara bersendirian di bawah khemah sehingga jam 5 pagi. Kemudian orang ramai yang hadir menikmati makan sahur. Ada yang bersahur di dalam kereta, di tepi bangunan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dan kedai makan di Dataran Usahawan. Makanan dibawa sendiri dan tidak disediakan pihak penganjur. Program itu berakhir dengan solat Subuh yang diimamkan Menteri Besar.
Sementara itu, seorang guru wanita berusia 38 tahun yang meninggal dunia 19 Ogos lalu menjadi korban terbaru virus H1N1, Isnin lalu. Usaha ini adalah sebahagian dari usaha yang dibuat untuk mengelak penularan wabak yang cepat merebak ini. Sebelum ini, PAS mencadangkan agar sidang khas Parlimen dibuat namun tidak mendapat sebarang respon dari kerajan. _
Permatang Pasir : Jangan Tanya Shahrizat Jalil Pasal 'Isteri Kedua' Rohaizat
Oleh: addin_77"
Semua wartawan di larang bertanyakan isu isteri kedua calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kerana mungkin ia menjadi “bom jangka” terakhir yang boleh menjatuhkan maruah calon tersebut. Semalam, Pengarah pilihanraya PAS Pusat, Datuk Haji Mahfuz Omar dalam kenyataanya menyuruh wartawan bertanya terus kepada Menteri Hal Ehwal Wanita kerana calon BN didapati mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.
Jika benar apa yang berlaku, Sharizat yang dipanggil “Kak Jat” harus membela seorang isteri yang diabaikan suami tercinta. “Itu pun jika benar sepertimana diperkatakan orang ramai kini. Saya tidak mahu memanjangkan isu itu kerana ia melibatkan kelambu Rohaizat. Apa salahnya mengaku jika berkahwin dua jangan pula menafikan kerana ia tidak baik,” ujar Mahfuz selanjutnya. Isu calon BN, Rohaizat Othman mula berbangkit apabila Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan mula menyebut mengenainya. Nasrudin telah dipertikai dengan alasan ia isu peribadi.
Namun, Nasruddin berkata dia bukan sengaja mahu mengungkitkannya. Isteri kedua Rohaizat, Rafizah, adalah adik angkat kepada guru beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang serta Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. “Hubungan mereka sangat erat dan rapat seperti sebuah keluarga bertalian darah. Sementara saya anak murid setia kepada Tok Guru malah saya seperti adik kandungnya sendiri. Kami berkeluarga dan hubungan kami melewati hubungan pertalian darah,” cerita Nasrudin yang juga bermestautin di Pahang. Rafizah telah lebih setahun berceritakan nasib beliau, namun dia merahsiakan siapa suaminya. Tuan Ibrahim tidak mampu berbuat apa-apa di samping tidak tahu siapa lelaki yang menjadi suaminya. Sehinggalah beberapa hari lalu, Puan Rafizah memberitahu, “Ustaz, Rohaizat (calon BN) itulah suami saya!”.
Menurut Nasrudin, Rafizah pernah bertugas sebagai ketua kerani di firma Rohaizat. Mereka telah berkahwin selama lapan tahun, namun baru setahun lepas mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah. Bagi Nasrudin, beliau bukan menyerang peribadi Rohaizat tetapi membela orang yang hampir dengannya. Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, ibunya berkata, anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak dua kali dan itupun sekadar beberapa jam. Kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami, cerita Nasrudin.
“Saya dedahkan hal ini dengan izin isterinya yang telah puas menjerit tanpa didengar oleh sesiapa agar suaminya mengakui dirinya sebagai isteri yang sah dan berikan haknya untuk hidup sebagai isteri sebahagaimana isteri-isteri yang lain. “Telah banyak usaha dilakukan oleh Puan Rafizah agar dirinya diisytiharkan sebagai seorang isteri yang sah agar ia boleh hidup bahagia dan damai seperti orang lain gagal,” kata Nasrudin. Bagi Nasrudin, masih terbuka luas bagi Rohaizat untuk selamatkan rumahtangganya dengan cara beliau meruntuhkan tembok keegoan sebagai lelaki lalu segera kembali ke pangkuan isteri dengan penuh insaf, kata Nasrudin.

Malaysian Insider
http://addin77.blogspot.com/"
Bukan Mudah Nak Masuk Syurga

Oleh: ath125
"Penyokong umno sekarang marah dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang mengatakan puak mereka tidak layak masuk syurga kerana fahaman Islam Plastik(palsu) yang dibawa oleh parti tersebut. Punya barua media umno ni, sampai tertukar perkataan Islam Plastik dan Islam Palestin. Dek kerana keghairahan mereka mahu memfitnah dan memutar-belit kenyataan TGNA, mereka boleh tertukar perkataan PLASTIK dan PALESTIN... kelakar-kelakar.Dengan kenyataan TGNA tersebut ramai yang jadi keliru, dan ada sesetengah ahli PAS pun sendiri terkeliru dengan kenyataan tersebut. Bagi saya tidak perlu keliru dengan kenyataan TGNA tersebut jika mereka seorang yang agama Islam. Yang jadi keliru jugak tu kerana mereka tidak atau saja-saja buat tidak tahu tentang ilmu akidah Islam itu sendiri. Dalam Al-Quran, Hadis dan kitab-kitab ilmu akidah Islam jelas menyatakan golongan-golongan ahli syurga dan ahli nereka.

Umno memperjuangkan semangat asobiyah Melayunya, jadi apa yang dinyatakan oleh TGNA adalah bertepatan dengan golongan yang dinyatakan dalam banyak riwayat hadis Rasullah SAW yang mengatakan golongan asobiyah tidak tergolong daripada umat Baginda SAW. Jadi layakkah penyokong-penyokong umno ni menjamin dan yakin perjuangan mereka ini serupa dengan perjuangan Rasullah SAW dan sekaligus melayakkan mereka untuk mendapatkan syurga?

Persoalan yang mengatakan TGNA tidak layak menentukan syurga atau neraka. Punya begap puak umno dan seangkatan dengan mereka ini. Dalam mengetahuan kita, Rasullah SAW sendiri dalam dakwahnya mengatakan banyak mengenai dosa, pahala, syurga dan neraka. Sesiapa yang melakukan amal maaruf akan mendapat pahala dan sesiapa yang melakukan kemungkaran akan mendapat dosa. Siapa yang memperjuangkan Islam (AL-Quran dan Hadis) akan mendapat pahala dan sesiapa memperjuangkan toghut (duit, pangkat, bangsa dll) akan mendapat dosa. Balasan pahala adalah syurga dan dosa pulak adalah neraka. Bukahkah ini jelas!!!! Mengapa perlu keliru?
Ajaran Islam jelas menyatakan pahala, dosa, syurga dan neraka. Dalam fahaman sekular yang dianut oleh puak umno samada mereka sedar atau tidak, tiada menyatakan perkara-perkara berikut. Mereka mengasingkan agama dan politik. Jadi sebab itu mereka keliru dengan kenyataan tersebut. Untuk mendapat syurga bukannya mudah. Kalau dihitung amalan kita untuk kita mendapat jaminan syurga belum tentu dapat. Adakah cukup kita rasa dengan amalan baik yang dilakukan dapat melayakkan kita membeli syurga Allah? Tidak.. Kita hanya layak mendapatkannya dengan ihsan Allah yang Maha Pengasih. Oleh itu wahai penyokong umno dan seangkatan dengannya, adakah anda yakin dengan perjuangan Melayu dapat melayakkan anda untuk mendapat syurga Allah? Bertaubatlah dan kembalilah kepada perjuangan Islam yang sebenarnya dengan mendaulatkan Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perjuangan. Insya Allah dengan itu umat Islam di malaysia akan bersatu."

Sunday, August 23, 2009

Syabas Manis.fm

Oleh: mrpresident
"Sementara menunggu waktu berbuka puasa petang ini, kami mendengar siaran radio Manis.fm, sebuah stetsen radio swasta tunggal di Negeri Kelantan Darulnanim. Kadang-kadang mendengar siaran Kelantan.fm. Gilir-gilr lah.Tiba-tiba, tepat jam 7.05 malam, DJ yang bertugas mengumumkan "Sekarang kita sama-sama mendengar tazkirah dari Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan". Alangkah terharunya saya. Sudah 25 tahun saya hidup di Negeri Kelantan, tetapi pada malam ini merupakan kali pertama saya mendengar tazkirah dari Tok Guru disiarkan dalam radio.Biarlah hanya 10 minit, tetapi apa yang ingin tok guru sampaikan, dapat disampaikan. Syabas dab tahniah Manis.fm. Semoga ianya akan diikuti oleh Stesen Kelantan.fm. Insya Allah.Syabas Manis.fm"
Setelah sekian lama ugut akhirnya Radzhi keluar

Wartawan Harakahdaily
ALOR SETAR, 23 Ogos: Setelah ugut mengugut sekian lama, akhirnya Adun Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Adun bebas. Menurut sumber, Mohd. Radzhi telah beberapa kali mengugut mahu meninggalkan Pakatan dan menyertai Umno, namun tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. Dia juga didakwa beberapa kali berjumpa dengan Datuk Seri Mahzir Khalid bagi membincangkannya. "Kegagalan paling besar Radzhi adalah membawa sebarang pengikut khasnya di kalangan Adun Pakatan Rakyat," kata Zulkifli Yahaya, Pengarah Penerangan kerajaan negeri Kedah. Sebelum ini, Radzhi telah beberapa kali mengugut untuk meninggalkan PKR. Antaranya disebutkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.
Media juga, termasuk TV3, telah beberapa kali menyiarkan berita tentang beberapa kes penyelewengan exco negeri Kedah namun tidak pernah didedahkan nama Exco berkenaan. "Dan exco yang dimaksudkan oleh media sebenarnya adalah Radzhi," kata seorang pemimpin dari Kedah. Radzhi dilaporkan membuat pengumuman di Kuala Lumpur keputusannya keluar dari PKR namun tidak menyatakan samada dia meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri atau tidak. Radzhi adalah Ezco Pelancongan Kedah.
Azizan, semasa bercakap di Bukit Mertajam berkata, beliau akan menunggu keputusan dari PKR tentang kedudukan Exco yang dijawat Radzhi kerana ia hak parti itu dalam kerajaan negeri Kedah. "Saya masih menunggu surat rasmi dari PKR mengenai kedudukan Radzhi dan jika pucuk pimpinan parti itu minta saya gantikan orang lain (Anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR) maka saya akan ganti dengan orang lain. "Setakat ini, saya cuma mendengar berita mengenai tindakan Radzhi yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas tetapi saya belum dimaklumkan oleh beliau sendiri," kata Azizan sebagaimana yang dilaporkan sebuah media. _
Nur Madihah terima banglo
Oleh: ummuabbas
"Abu Hurayrah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata,“Tanda orang munafik ada tiga: bila berbicara, dia berdusta; bila berjanji dia memungkiri, dan bila diberi kepercayaan (amanah), dia berkhianat.”Muttafaqun ‘alaih.


Alhamdulillah, Nik Nur Madihah, Pelajar Terbaik SPM 2008 telah menerima kunci rumah bernilai RM130,000 di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa. Gadis berusia 18 tahun itu telah memiliki rumah sendiri mengalahkan segala pemenang Penyanyi Wanita Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Wanita Popular, Gadis Melayu, Ratu Cantik dan pelbagai lagi anugerah yang menghanyutkan manusia dari mengingati Allah. Banglo itu dihadiahkan oleh kerajaan Negeri Kelantan melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Ia disiapkan dalam tempoh dua bula sahaja. Kerajaan Islam Kelantan telah memenuhi janjinya pada Nur Madihah, seorang rakyat marhaen yang berjaya mengharumkan nama Negeri Serambi Mekah.Inilah sifat kerajaan yang tidak munafik dengan rakyatnya. Justeru, sesiapa pun tidak perlu cemburu dan tidak perlu berusaha merampas kuasa dari mereka yang menunaikan amanah dengan baik pada rakyatnya. Allah berpesan dalam surah al-Isra’, ayat 34, Maksudnya;"Dan penuhilah janji.
Sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggung-jawabannya." Taman Kurnia Jaya ini terletak berhampiran kompleks pusat pendidikan terkemuka di negeri Kelantan. Antaranya ialah Kolej Teknologi Darul Naim, Universiti Malaysia Kelantan (dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Kota Bharu), Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Sains Tengku Faris Petra dan lain-lain. Sinonim sekali dengan Nur Madihah serta adik-adik yang suka belajar dan cintakan ilmu.Lebih menarik, banglo dilengkapi 3 bilik itu dibina menggunakan bahan binaan terkini iaitu ‘Thai interlocking brick’. Memang cantik rumahnya. Bahan binaan ini menonjolkan warna semulajadi dan tidak perlu lagi dicat.Rumah 3 bilik menjadi syarat kerajaan negeri bagi setiap pemaju. Ia bertujuan menjaga syariat Islam dalam konteks hubungan sesama ahli keluarga lelaki dan perempuan.Bila difikir-direnung, betapa pemurahnya Allah pada Nur Madihah sekeluarga berkat sabar dan taqwa mereka selama ini. Dapat rumah ‘by cash’. Dibandingkan kebanyakan rakyat yang memiliki rumah hari ini terutama para pegawai kerajaan, geran rumah mereka berada di bank dek pinjaman yang dibuat.Sebutlah apa jawatan mereka, dari guru ke pensyarah, dari pensyarah ke profesor, dari pegawai perubatan ke doktor pakar dan lain-lain lagi. Rumah mereka bank yang punya selagi belum habis bayar.
Kereta sederhana atau kereta mewah mereka pun bank yang punya. Namun bapa Madihah, si nelayan miskin itu dikurniakan Allah rumah ‘by cash’. Nur Madihah telah hadiahkan rumah itu pada kedua ibubapa tercinta. Renunglah lagi wahai si punya mata hati, bapa Madihah yang cermat dalam mencari rezeki itu sehingga dielakkan jua rezeki berbau syubhat, Allah bersifat amat pemurah pada si bapa sekeluarga melalui anaknya yang juga bertaqwa.Bila Allah buka pintu rezekinya, tiada siapa yang mampu menahannya. Bila Allah mahu menyekatnya, tiada siapa yang mampu menyampaikan.Pun begitu, si bapa dan si anak masih lagi berwaspada dengan limpahan rezeki mendadak dan mencurah itu. Mereka berbisik pada diri sendiri, apakah ini nikmat atau ujian? Beruntunglah mereka yang tidak terpesona dengan nikmat duniawi menyebabkan mereka terus mahu beriman dan merendah diri kepada Allah.Harapan Nur Madihah pada masyarakat Madihah mengharapkan doa dari kita semua agar dirinya sekeluarga ditetapkan hati dalam keimanan dan ketaqwaan. Madihah bimbang dipuji secara berlebihan kerana hakikat perjalanan hidupnya masih jauh. Bak pesan Madihah di ruang komen di bawah entry, ‘Lagi Penjelasan Nik Nur Madihah’,...saya harap jangan terlalu memuji saya, saya bukan siapa2, saya sendiri banyak kelemahannya, dan masih banyak yang perlu diperbaiki..saya sedar setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, tidak kira dugaan atau nikmat, semuanya ujian dari Allah..apa yang saya harapkan ialah doa dari seluruh masyarakat agar saya kuat untuk teruskan perjuangan ni…. Tahniah kepada Nik Nur Madihah sekeluarga. Selamat menyambut Ramadan dan Eidul Fitr di rumah baru nanti.Tidak lupa, tahniah juga buat kerajaan negeri yang terus Membangun Bersama Islam. Kekangan ekonomi para penguasa rakus tidak melemahkan semangat juangmu untuk memenuhi amanah dan janjimu pada rakyat. Allah sebaik-baik penolong.

Foto-foto ada dalam blog http://keranacinta.worpress.comUmmu Abbas
29 Syaaban 1430H"
"Fahaman" Nakhaei Ahmad, Dr.Abdul Shukor Husin dan Muhyiddin Yassin
"Saya berasa teramat keliru dengan sikap YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Datuk Nakhaei Ahmad yang menggesa TG Nik Abdul Aziz Nik Mat "berhenti daripada politik dan meletak jawatan dalam parti serta Menteri Besar Kelantan berikutan kenyataannya yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar".Saya mohon penjelasan daripada Datuk Nakhaei Ahmad "apakah kenyataan TG Nik Abdul Aziz yang dikatakannya menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar itu".Saya juga mencabar Datuk Nakhaei Ahmad supaya beliau memperincikan dengan bukti dan dalil akan tuduhannya bahawa "banyak kepercayaan PAS bertentangan dengan Islam". Saya tetap berkepercayaan dan berkeyakinan bahawa 'fahaman' dan 'pegangan' Datuk Nakhaei sebenarnya sesat lagi menyesatkan sehinggalah beliau berjaya menghilangkan keraguan dan kekeliruan saya terhadap kenyataan, fahaman dan pegangan beliau sendiri.
Lebih mengelirukan saya ialah kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang "memutuskan ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak milik Allah SWT". Nampaknya, seolah-olah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysialah yang membuat keputusan memberikan hak kepada Allah SWT untuk menentukan nasib seseorang itu, sama ada ke syurga atau ke neraka! Subhanallah!Tambah mengelirukan saya ialah kenyataan Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor :"Saya mengharapkan politik itu tidak mengatasi agama". Saya berpendapat, kenyataan beliau ini jelas menggambarkan bahawa beliau memisah dan mengasingkan agama daripada politik atau politik daripada agama. Saya nak tanya: apa hukumnya jika benar seseorang itu memisah dan mengasingkan politik daripada agama?
Saya juga mendesak Dr. Abdul Shukor menjelaskan bagaimana sebenarnya politik boleh mengatasi agama?Lebih mengelirukan saya ialah kenyataan peringatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin : "Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama ... bahaya". Tidakkah cukup jelas kenyataan beliau ini membuktikan bahawa Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, TPM Malaysia sendiri memisah dan mengasingkan politik daripada Islam! Saya menunggu penjelasan yang benar, ikhlas serta jujur. SS Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dipersilakan menolong; mudah-mudahan terselamatlah umat Islam Malaysia daripada kebobrokan aqidah yang saya berasa seolah-olah disengajakan oleh pihak pemerintah yang lebih mengutamakan dunia yang fana ini daripada akhirat yang kekal abadi."

Saturday, August 22, 2009

Hishamuddin, Khir Toyo dan kematian Toeh Beng Hock, jadi tanda tanya
Oleh: mohdnoorawang


"Kematian Teoh Beng Hock penuh mistri. Dalam inkues yang berjalan terdapat satu surat mistri. Namun pehak badan yang kepalai inkues mengarahkan polis menyiasat satu surat mistri. Dalam pada terdapat maklumat pegawai dari SPRM Hisyamuddin Hashim timbalan pengarah SPRM Selangor salah seorang yang menyiasat saksi tertuduh Toeh Beng Hock sehinnga membawa trajedi kematian.Dan orang politik yang terkenal juga dikaitkan dengan kematian ialah bekas menteri besar Datuk Khir Toyo. UNTUK BERITA LEBIH LANJUT SILA LAYARI DETIKDAILY.
Pegawai terbabit dan Khir Toyo perlu membuat satu penjelesan dan pehak polis perlu menjalankan satu penyiasatan yang rapi agar tidak ada fitnah yang memburukan Hisyamuddin Hasyhim serta Khir Toyo. Kita tidak mahu menfitnahkan seseorang dalam kes yang membabitkan pembunuhan yang tidak dirancang. Kita perlu bersangka baik lebih-lebih lagi pegawai kerajaan dan bekas menteri dan ahli politik dainamik serta berwawasan. Nampaknya kes kematian Toeh Beng Hock membuka lambaran pembunuhan yang penuh tanda tanya. Jangan jadi inkues sebuah sandiwara mementaskan drama yang bersifat malangkoli. Dan rakyat mahu satu penyaisat yang adil betul serta telus jangan jadi pentas sarkas . Rakyat ingin melihat inkues yang diadakan dan masih dalam penyiasatan perlu bersifat adil. Jika benar ada kesalahan atau ada bukti yang nyata ambil tindakan dengan segera."

Friday, August 21, 2009

Haram Pilih Pemimpin Penipu !

Oleh Dr Badrul Amin
Surat khabar UMNO kata calon mereka "peguam" sedang calon PAS hanya "peniaga"... Tapi mengapa Rohaizat tidak meletakkan kerjaya 'peguam' dalam borang penamaan calonnya pada hari penamaan calon tersebut? Sebaliknya, dia hanya mengaku yang dia adalah ahli peniagaan sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.Jawabnya mudah! Rohaizat bukan peguam! Menurut Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan, Rohaizat telah ditarik balik (struck off) status peguamnya berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang. Majlis Peguam membatalkan lesen Rohaizat kerana jenayah pecah amanah melibatkan wang RM161 ribu milik Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu.
Muhyiddin berkata, kes pecah amanah itu tidak boleh dikaitkan dengan peribadi Rohaizat... Astaghfirullah... Inilah sifat dan watak sebanar pemimpin UMNO. Jenayah dan salah laku yang dilakukan oleh mereka tiada kaitan dengan akhlaq dan peribadi mereka... Sebab itu ramai orang UMNO Solat dan Haji tapi rasuah dan kaki mungkar... Hancur!Soal peribadi seseorang calon wajib dihitung kerana Allah memerintahkan kepemimpinan Islam mestilah memiliki akhlaq serta integriti. Bagaimana mungkin seorang yang pecah amanah boleh diserahkan amanah untuk memimpin?Apa hukum memilih orang seperti ini sebagai pemimpin? Ingat sabda Nabi s.a.w. bermaksud "Apabila amanah diabaikan maka tunggulah saat kehancuran... sahabat bertanya, bagaimanakah amanah diabaikan? Baginda menjawab, jika suatu urusan diserahkan pada orang yang tidak layak..." Oleh itu haram hukumnya memilih pemimpin yang tidak amanah, tidak berakhlaq dan zalim!
Salam hormat.Http://drbadrulamin.blogspot.com