Wednesday, July 29, 2009


Ibarat "Melepaskan Ibrahim Ali Tersepit

Oleh: addin_77"
Ibarat "melepaskan Ibrahim Ali tersepit". Itulah peribahasa baharu yang diperkenalkan untuk ahli Parlimen Pasir Mas itu. Ia adalah kemuncak kepada kemarahan para penyokong Pakatan Rakyat kepada beliau ekoran kenyataan dan tindakan beliau sejak akhir-akhir ini. Yang terbaru ugutan beliau terhadap para penyokong perhimpunan besar-besaran Gerakan Mansuhkan ISA 1 Ogos ini. Ibrahim memberi amaran, "batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa."Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengumumkan perancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 nanti di ibu kota Kuala Lumpur. Demonstrasi ini antara lain bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung bagi memohon campurtangan dalam usaha memansuhkan akta tersebut. Setakat ini GMI telah mendapat sokongan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik, kesemuanya parti politik pembangkang, kecuali kesediaan mengejutkan yang disuarakan oleh Pemuda Gerakan, salah sebuah komponen parti pemerintah BN.Presiden Pertubuhan Perkasa Pribumi Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, yang juga bekas tahanan ISA telah keluar dengan kenyataan kata duanya kepada GMI, batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa.
Mengulas isu ini, Rizan Haji Ali, Setiausaha PKR Bera, menyifatkan tindak-tanduk Ibrahim Ali ini tidak lebih sekadar melontar idea songsang dalam usaha mencari populariti untuk dirinya sendiri.Kebelakangan inipun, tambah Rizan, Ibrahim Ali cuba kembali mewarnai persada politik negara dengan seringkali “secara gedebenya” mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras, yang secara jelas kuat berbau perkauman, dengan niat yang sama, mencari populariti. Maka, menurut Rizan, tidaklah menghairankan bila kebelakangan ini juga Ibrahim Ali kerap diberi ruang oleh akhbar Utusan Malaysia, akhbar yang diketahui umum mempunyai kepentingan Umno.Bagi Rizan betullah peribahasa baharu yang selama ini didengarnya, “ibarat melepaskan Ibrahim Ali tersepit.” Beliau ternyata dalam keadaan tersepit sekarang kerana sudah lelah menjadi Ahli Parlimen Bebas, terus memasuki Umno bermakna beliau akan disahkan sebagai “katak” tersohor, sementara kalau berpaling kepada Pakatan Rakyat, seperti menjilat dan menelan kembali kahaknya.
Tindakan dan suara-suara dari Ibrahim Ali kebelakangan ini termasuklah tentangannya terhadap rancangan demonstrasi oleh GMI, ulas Rizan lagi, dilihat seumpama langgam “ayat mengorat” Ibrahim Ali supaya beliau sekali lagi dilepaskan Umno dari kedudukan tersepitnya kini. Soalnya apakah Umno akan tergoda kali kedua?Rizan bersyukur kerana selepas menang sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya umum yang lepas, Ibrahim Ali tidak mengambil keputusan menyertai PAS atau PKR, kerana dengan latar belakang terkenal Ibrahim Ali dari hal lompat-melompat parti memungkinkan untuk beliau menjaja jawatan Ahli Parlimen Pakatan Rakyatnya dalam “political barter trade.” Jika ini berlaku, jelas Rizan ia sudah tentu memalukan Pakatan Rakyat, kerana Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai tidak belajar dari sejarah dan lupa peribahasa “melepaskan Ibrahim Ali tersepit."/MI
http://addin77.blogspot.com"
Tuan Guru Datuk Dr Awang Adek Hussin Tuan Guru Tulen

Oleh: professor"
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Beberapa pemimpin Umno amat kesal dengan kenyataan "pergi jahanamlah Umno" oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana ia datang daripada seorang pemimpin politik bertaraf ulama dan seorang tuan guru.Yang lebih mereka kesalkan dan sedih ialah penolakan bulat-bulat Nik Abdul Aziz kepada usaha untuk berbaik-baik dengan Umno yang bagi mereka menunjukkan kesombongan dan sifat keterlaluan Menteri Besar Kelantan itu.Oleh itu, mereka mahu Umno agar tidak beria-ia untuk bekerjasama dengan Pas kerana beranggapan bahawa semua ucapan Nik Abdul Aziz berhubung soal hendak berbaik-baik dengan kerajaan pusat hanyalah satu lakonan semata-mata.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan "Pergi Jahanamlah Umno" kerana beliau merupakan seorang yang dianggap bertaraf ulama."
Saya sebagai orang biasapun tidak sanggup mengeluarkan kata-kata itu, apatah lagi beliau seorang pemimpin tinggi parti politik yang disebut-sebut sebagai ulama," katanya kepada pemberita di Kota Baharu hari ini.Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata walaupun dikeji, bagi pihak Umno, beliau sedia untuk berbaik-baik dengan Pas."Bagi pihak parti, kita (Umno) dari awal hingga akhir sentiasa bersedia kalau nak berbaik-baik, nak berbincang. Tapi kalau sebelah sana bukan saja tak bersedia, bukan saja mempermain dan mempersendakan kita, sekali boleh, sekali tak boleh...payahlah kita (hendak beri kerjasama)."Kita orang Melayu dan beragama Islam, bermaruah, berbudaya, perlu membuat contoh yang elok," kata Awang Adek.Di KUALA LUMPUR, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee pula mengingatkan parti itu agar jangan beria-ia dengan cadangan mengenai kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan."Kita sambut baik cadangan itu jika atas nama persaudaraan Islam, tetapi lakonan politik Nik Abdul Aziz sebelum ini menyebabkan kita perlu berhati-hati. Kita perlu berwaspada dengan kenyataan Nik Abdul Aziz kerana beliau merupakan pemain politik yang licik," katanya.
Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah, berkata sebagai seorang yang dihormati dan diberi kepercayaan oleh masyarakat Melayu, Nik Abdul Aziz sepatutnya tidak boleh mengucapkan perkataan yang bersifat keterlaluan."Nik Abdul Aziz bukan tuan guru yang tulen. Kalau beliau boleh keluarkan perkataan 'Pergi Jahanamlah Umno', kita juga boleh kata 'Pergi Jahanamlah Pas'," katanya.Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berharap Umno tidak terlalu teruja dengan bentuk kerjasama yang dikemukakan oleh pemimpin Pas malah mereka perlu berhati-hati kerana Pas mempunyai agenda yang tersembunyi.-- BERNAMA

Friday, July 24, 2009


Satu Lagi Surohanjaya?
Filed under: 1 — myzaidibrahim @ 10:11 pm


Kata Dr Mahathir orang Melayu mudah lupa; saya pula kata orang Malaysia juga mudah lupa. Dari tragedi kematian Teoh Beng Huat, ada antara kita yang sudah pun puas hati dengan pengumuman penubuhan Suruhanjaya Diraja oleh kerajaan Barisan Nasional. Seolah-olah dengan adanya pengumuman itu, semua masalah akan selesai.
Nampaknya ada orang Malaysia sudah lupa dalam soal salah laku polis dan kes-kes kematian semasa siatan dan sewaktu dalam tahanan. Mereka sudah lupa bahawa cadangan-cadangan pokok yang dibuat oleh Tun Dzaiddin dan Tun Hanif dalam Laporan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) lima tahun lalu masih belum dilaksanakan.
Mereka juga lupa mengenai cadangan-cadangan Suruhanjaya Diraja yang diketuai oleh Tan Sri Haidar mengenai kes pita video V.K. Lingam. Walaupun kandungan laporan itu sudah dimaklumkan kepada umum, dan secara “prima facie” memang ada kes salah laku oleh orang-orang ternama, tindakan susulan yang sepatutnya dilaksanakan oleh Peguam Negara tidak pun berlaku.
Kini satu lagi sejarah hitam berlaku dalam negara kita di mana Teoh menjadi mangsanya. Rakyat Malaysia sekali lagi mahu sa buah Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh. Nampaknya sekali lagi kita akan dipermainkan, dan sudah pasti kita akan terus kecewa dan hampa.
Perdana Menteri menyediakan dua badan untuk menyiasat kes tersebut. Oleh kerana rakyat mahukan Suruhanjaya Diraja, maka Najib menghadiahkan satu Suruhanjaya tapi ia hanya untuk menyiasat prosedur yang digunakan oleh pihak penyiasat, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Yang menyiasat soal pokok yang lebih besar dan penting, iaitu mengenal punca sebab kematian Teoh yang memang semua orang ingin tahu; Najib menyerahkan tugas yang maha berat itu kepada seorang majistret, iaitu pegawai mahkamah yang paling rendah pangkat dan kedudukannya di bawah kawalan Peguam Negara.
Jadi, marilah kita sama-sama fikirkan sendiri, sejauh mana hasil siasatan sa orang majistret dan sama ada kebenaran akan terserlah nanti. Saya jangka satu lagi “cover up” akan berlaku.
Ingin dingatkan bahawa Suruhanjaya Diraja di bawah undang-undang hanya boleh membuat cadangan-cadangan sahaja. Tindakan muktamad terhadap orang yang didapati bersalah bergantung kepada Peguam Negara. Kalau Peguam Negara kata tak ada salah laku, maka dengan itu tak wujudlah kesalahan, walaupun Suruhanjaya Diraja mendapati ada kesalahan. Tengoklah apa yang berlaku dalam kes pita video Lingam. Sampai hari ini, yang jelas bersalah masih belum di bawa kamuka pengadilan.
Kalau rakyat mahu tahu dengan sebenar-benarnya mengenai bagaimana dan sebab-sebab Teoh, A. Kugan dan 1,500 orang lagi yang mati dalam tahanan sejak 6 tahun lalu, hanya ada satu cara sahaja – KITA MESTI MENOLAK BN. Biarlah Pakatan Rakyat pula diberi peluang memerintah. Itu sahaja harapan kita untok mengetahui perkara yang sabenar.

Wednesday, July 22, 2009


Pas mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas (NST 19 Julai 2009). Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguriskan perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.
Persoalannya adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini. Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya beliau ialah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin. Siapakah Zahid yang hendak berlagak hendak tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel. Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa boleh berbincang. Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja.

Buktinya berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel. Tentu kita masih ingat Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah. Sudah pasti pertemuan ini medapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat.

Sunday, July 19, 2009


Pakatan Rakyat Kena Waspada
"PAS sebenarnya kalah dalam menang pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai Kelantan yang baru saja berlalu. Dengan majoriti 65 undi berbanding 1355 pada pilihanraya 2008, BN khususnya UMNO tidak berasa malu dengan kekalahan tersebut. Sebaliknya para pemimpin UMNO terus menepuk gendang memberitahu bahawa sokongan rakyat pada BN terutamanya UMNO telah menunjukkan perubahan besar dan yakin pada pilihanraya akan datang UMNO akan kembali kukuh. Ini tidak mustahil akan berlakunya.

Pada hemat kita segala strategi UMNO dalam menarik sokongan rakyat dengan janji-janji tinggi melangit nampaknya tidak menjadi. Lalu strateginya sekarang adalah melemahkan dan mengkacaubilaukan Pakatan Rakyat. UMNO tahu hanya dengan memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat sajalah mereka boleh bertapak kukuh semula. Justeru itu apa-apa saja kenyataan dari para pemimpin PR yang boleh mereka ketengahkan untuk mereka menghancurkan PR mereka akan ketengahkan melalui media-media perdana dan ditambahkan pula dengan putar belit hingga berhari-hari.
Misalnya dalam isu Kerajaan Perpaduan para pemimpin UMNO telah ambil kesempatan dengan memutarbelitkan perkara tersebut hinggakan telah berlaku keretakan dalam PR dan dalam pimpinan PAS itu sendiri. Justeru itu bagi rakyat yang mahukan PR terus kukuh dan insyaAllah akan mengkuburkan terus UMNO pada pilihanraya akan datang para pemimpin PR harus acapkali duduk semeja menyelesaikan masalah mereka. Para pemimpin PR juga harus berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya ianya tidak mudah diambil kesempatan oleh UMNO dalam memecahbelahkan pakatan tersebut.

Sekiranya para pemimpin PR terus membuat kenyataan ikut sedap mulut tanpa mengambira kira pandangan lain-lain parti dalam ikatan tersebut, saya percaya UMNO akan kembali pulih pada pilihanraya akan datang. Bagi rakyat mereka berpendapat, kalau belum lagi berkuasa telah bercakaran, apatah lagi bila berkuasa nanti. "

Sunday, July 12, 2009

Mengapa Najib tidak muncul di Manek Urai?
Petikan Harakahdaily

Mengapakah Dato’ Seri Najib Razak tidak muncul-muncul di Manek Urai? Ini persoalan yang belum terjawab biar pun sudah dilontarkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada penamaan calon sebelum ini.Kini tinggal sehari lagi kempen menjelang pilihan raya Selasa ini, namun Perdana Menteri tidak muncul.“Mungkinkah Presiden Umno takut dengan bayangan Altantuya sehingga tidak kelihatan di Manek Urai sehingga sekarang?“Ramai orang tertanya mengapa Perdana Menteri tidak kelihatan,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun pada persidangan media di Markas Induk PAS di sini, hari ini.
Perdana Menteri nampaknya menyerahkan tugas membawa cabaran Umno di Manek Urai kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan hari ini beliau hadir pada sambutan perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru. Umno terpaksa menggunakan orang di luar Manek Urai hadir pada program yang dianjurkan memandangkan penduduk tempatan seperti tidak menghiraukan sehingga kehadiran Muhyiddin pun kurang mendapat sambutan. Hari ini ramai guru dari seluruh Kelantan diarah hadir bagi memperlihatkan program dihadiri Timbalan Perdana Menteri mendapat sambutan. Malah guru yang hadir berada jauh dari khemah yang disediakan, seperti tidak menghiraukan ucapan pemimpin Umno.

Banyak pihak berhujah ketidakhadiran Perdana Menteri membayangkan BN menghadapi laluan sukar di Manek Urai. Ia juga menggambarkan pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat seperti tidak mendapat perkenan Najib, sebaliknya pilihan Muhyiddin. Abdul Fatah juga melahirkan rasa bimbang di atas kehadiran begitu anggota polis di Manek Urai sehingga menimbulkan kecurigaan kerana ramai di kalangan mereka difahamkan tidak mempunyai tugas yang khusus. Katanya, banyak cawangan polis yang dihantar ke Manek Urai termasuk ’special branch’, bahagian trafik dan lebih ramai yang kelihatan tidak mempunyai tugas.
“Kita tidak tahu apa fungsi mereka dengan kehadiran yang begitu ramai anggota polis. Kita akan cuba dapatkan maklumat mengenai apa sebenar peranan mereka,” katanya. Ditanya dengan kehadiran anggota polis yang kemungkinan wujud pengundi hantu kata beliau, PAS juga merasa bimbang kerana tidak tahu apa sebenar fungsi mereka sehingga terlalu ramai di Manek Urai. Menurutnya kehadiran polis juga menimbulkan rasa resah di kalangan penduduk tempatan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas terutamanya di Cabang Tiga Laloh. Kata beliau, polis meletak kenderaan di tepi jalan sehingga menghalang lalu lintas. “Kami berharap pihak berkenaan mengambil kira masalah yang dihadapi penduduk memandangkan kehadiran ramai polis menimbulkan rungutan masyarakat,” katanya.
Beliau juga mendakwa ada sebuah rumah yang didiami isteri kepada seorang pegawai polis telah dijadikan markas Umno. Abdul Fatah juga berkata, kerajaan pusat menggunakan secara berleluasan jentera kerajaan bagi membantu kempen BN termasuk Kesedar, Risda, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian dan banyak lagi kementerian lain. Menurutnya, sehingga kini kerajaan pusat dan Petronas belum lagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti kepada kerajaan Kelantan. - mj/mks.

Friday, July 10, 2009


Apa Kena Dengan Rosmah Mansor?
Oleh: Hasbie Muda

1. Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (isteri Tunku Abdul Rahman) tidak pernah dilihat sebagai beban (burden) kepada suaminya. Begitu juga dengan Tun Rahah Tan Sri Noah (isteri Tun Razak) dan Tun Suhaila Tan Sri Noah (isteri Tun Hussein Onn).


2. Malahan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (isteri Tun Mahathir), Datin Seri Endon Mahmood dan Datin Seri Jean Abdullah (kedua-duanya isteri Tun Abdullah Ahmad) pula dilihat sebagai pendokong kuat kerjaya suami mereka – yang semuanya Perdana Menteri. Mereka dilihat sebagai wanita-wanita pertama yang sangat supportive. Imej mereka baik dan mereka disayangi rakyat jelata.

3. Seingat saya, paling teruk pun yang dikutuk dalam kalangan mereka adalah Tun Dr Siti Hasmah. Itu pun kerana dikatakan bahawa Tun Siti Hasmah memakai rambut palsu. Itu sahaja. Ia hanyalah kutukan untuk memuaskan hati pihak-pihak tertentu yang sakit hati. Tiada lebih.

4. Namun malangnya, wanita pertama negara pada masa ini sangat kontradik. Dia tidak dilihat sebagai aset sebaliknya liabiliti. Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara tercinta kita, Malaysia.

5. Beberapa hari yang lalu, dua orang pelajar UM ditangkap kerana didakwa cuba mensabotaj kehadiran Rosmah Mansor ke Universiti Malaya. Secara jujurnya, saya juga tidak bersetuju dengan apa yang mereka lakukan. Namun pada masa ini, bukan lagi untuk fikirkan soal setuju atau tidak. Ia dah jadi soal yang sudah lepas, sejarah. Pada masa ini, kita harus memikirkan kenapa sebegitu teruk imej wanita pertama negara Malaysia kita ini. Di mana silapnya?

6. Datin Seri Rosmah Mansor mungkin akan kembali menjawab . “I’m not a politicion and i’m not running for any post, i’m just the wife of a politician” – satu jawapan yang ringkas tapi sangat luar biasa mengerikan.@

Wednesday, July 8, 2009



Royalti minyak K'tan: PM diminta berterus terang


Oleh Malaysiakini

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterus terang dengan rakyat sama ada wujud perjanjian royalti minyak antara Petronas dengan Kelantan."Kita nak tahu daripada kerajaan pusat, ada atau tidak perjanjian (royalti minyak) dengan Kelantan?""Yang itu dulu. Kalau ada, kita kena terus terang dengan rakyat, terutama sekali masa pilihanraya ini."Baru kita boleh kira (berapa nilainya). Tetapi kalau kita nak bantu rakyat, saya rasa boleh RM200 juta, RM300 juta tu boleh. Nak kata tidak ada ni, (menggambarkan) mudah sangat jadi perdana menteri," katanya.Zaid mengulas mengenai isu royalti minyak Kelantan dalam ceramah membantu Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Ini juga merupakan kali pertama Zaid berceramah sebagai pemimpin pembangkang, selepas menyertai PKR baru-baru ini. Beliau juga dilantik sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.Kerajaan Kelantan dilaporkan menuntut RM1 bilion daripada kerajaan pusat sebagai bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004 yang didakwa bernilai RM2.5 bilion setahun.Setelah diluluskan dalam mesyuarat exco negeri Kelantan pada 17 Jun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menulis surat rasmi kepada perdana menteri berhubung perkara itu.Berkhidmat untuk rakyatZaid berceramah malam tadi di kubu kuat Umno - Kampung Lela Setia, Laloh. Kira-kira 50 orang hadir mendengar ceramah Zaid. Sebelum itu, PAS menggunakan pendekatan unik menarik penonton, dengan memainkan lagu "dikir barat PAS" sebelum ceramah itu bermula.Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan calon parti Islam itu, Mohd Fauzi Abdullah, turut hadir.Mengulas lanjut, Zaid berkata, sebagai perdana menteri, Najib perlu memberi penjelasan terhadap perkara yang menjadi buah mulut rakyat, termasuk isu kontroversi pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu.Tampil bekerja keras untuk Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai "Abe Uji", Zaid berkata, Manek Urai memerlukan calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat, dan tidak semestinya berpendidikan tinggi."Kita bukan pilih pemimpin yang mengaji tinggi. Zaman Nabi pun tidak ada universiti satu pun. Yang penting pengalaman lebih. Kalau ada ijazah pun tapi putar-belit tak payah (pilih)," katanya menggunakan slaga Kelantan.
Abe Uji, sebagai pemborong ikan seikar Kuala Krai, yang tidak mempunyai latar belakang berpendidikan tinggi, sering menjadi modal serangan BN.Berbeza dengan Mohd Fauzi, calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat merupakan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Lembaga Lemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).Zaid berkata, Mohd Fauzi merupakan jirannya semasa menuntut di Bachok semasa kecil dan sama-sama "orang susah" pada masa itu.Sementara itu, Salahuddin pula berjanji akan berjuang bersama ahli parlimen lain dalam Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat bagi mengurangkan beban rakyat melalui pemotongan insurans kereta dan motosikal.
"Najib kata rakyat diutamakan, 1Malaysia, insurans motosikal harga RM200... insya-Allah kami ahli parlimen Pakatan Rakyat akan menyerang habis-habisan dalam sidang bajet bulan sepuluh ini. Kami akan perjuangkan supaya kerajaan kaji balik insuran kereta dan motosikal pada rakyat.

Tuesday, July 7, 2009

oleh : sofi wahab
Muhyiddin Yassin dan Stopa Mamat benar-benar terkejut dengan kehadiran penyokong yang jumlahnya kira-kira 2,000 orang sahaja pada majlis penamaan calon tadi. Sedangkan sepatutnya bilangannya jauh lebih besar dari itu kerana mereka semuanya dibayar. Apa puncanya yang menyebabkan kehadiran tersebut kurang???? Saya yakin saudara-saudari juga sependapat dengan saya iaitu rakyat sudah meluat kepada Umno.
Lebih malang lagi kedua-dua pemimpin Umno tersebut tidak sangup untuk melihat lautan manusia yang datang untuk menyokong calon PAS Abe Uji. BN benar teruji hari ini. Merah padam muka Muhyiddin dan Stopa.
Pemerhati politik menganggarkan jumlah penyokong PAS melebihi 10,000 orang. Mereka terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Ternyata segala kemelut yang digembar-gemburkan media tentang isu babi di Kedah tidak memberi kesan.
Untuk itu saya berpesan kepada Muhyiddin dan Stopa bagi mengelakkan pembaziran wang rakyat ada baiknya calon mereka Tuan Aziz Tuan Mat menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada Abe Uji. Ini kerana pada hari penamaan calon ternyata Tuan Aziz tidak dapat menandingi sokongan rakyat kepada Abe Uji.

Saturday, July 4, 2009


Cina Pun Sokong tindakan Kedah Roboh Rumah Sembelihan Babi.

"DAP berudur.....bukan keluar!!Hari ini seperti dijangka, banyak akhbar memuatkan berita gempar: DAP keluar PR Kedah. Yang seronoknya ialah kepala berita sesetengah akhbar-akhbar Melayu (tak payah sebut nama, tak perlu publisiti nama depa) yang tajuknya: 'DAP keluar Pakatan'. Sejak bila DAP keluar PR? Yang keluar PR ialah DAP Kedah, bukan DAP Pusat. Tajuk 'keluar' juga mungkin tidak tepat, sebab kenyataan Pengerusi DAP Kedah menyebut partinya 'berundur' dari PR Kedah. Berundur dan keluar ada bezanya. 'Berundur' boleh melangkah ke depan balik, keluar mungkin tak masuk-masuk lagi!Baru sebentar tadi saya mengunjungi kedai runcit di kawasan perumahan saya yang dimiliki oleh seorang anak muda Cina untuk memasukkan kredit telefon bimbit. Si-pekedai itu ketika itu sedang membaca akhbar Cina yang tajuk depannya pasti berita mengenai tindakan DAP Kedah itu. Saya tidak perlu memahami apa yang ditulis dalam akhbar yang dibacanya, melihat gambar Pengerusi DAP Kedah dan Ustaz Azizan di dalamnya sudah cukup menceritakan maksud kandungan akhbar Cina itu."Tak patut betoi kerajaan Kedah ni", saya cuba mencetus provokasi, "Ada ka patut depa pi roboh rumah sembelih babi tu!""I kata patut!!", tiba-tiba kata anak muda yang memang fasih berbahasa Melayu itu. Suaranya yang nyaring mengejutkan saya."Pasai apa hang kata patut, ramai orang Cina marah dengan kerajaan Kedah", kata saya.

"Sapa kata Cina marah. I tak marah, mak I...", katanya sambil menunjuk jari kepada emaknya yang sedang melayan seorang pelanggan lain, "Mak I pun tak marah. Semua 7 adik beradik kami di rumah ni pun tak marah! Kalau you pi tanya orang Cina lain pun, I percaya ramai yang macam I juga, tak marah""Kalau rumah sembelih lembu duduk kat situ, duduk tengah-tengah pekan, duduk dekat tempat kedai makan dan pasar, kemudian kerajaan pi roboh, you marah dak?", tanya pemuda itu."Pasai apa nak marah, saya tak marah", jawab saya."Sebab tu kami juga tak marah. Memang patut rumah sembelih di tempat dekat dengan orang ramai berkumpoi macam tu diroboh, baunya tak elok, macam rumah sembelih lembu juga, baunya mesti tak elok", jelasnya."Tapi DAP marah, depa keluar Pakatan", kata saya."Depa keluar sebab depa tak cerdik. Orang cerdik tak marah benda tak elok ada depan depa!", kata pemuda itu sambil memasukkan nombor kredit ke dalam telefon bimbit saya.ALOR SETAR: Penduduk Kampung Berjaya di sini meminta pihak berkenaan tidak mempolitikkan keputusan menutup tempat penyembelihan babi di situ kerana mereka sememangnya menyokong langkah itu.

Peniaga, Azizan Ahmad, 50, berkata kebanyakan penduduk di sekitar kawasan penyembelihan itu memang mahukan tempat berkenaan ditutup kerana berasa tidak selesa akibat bau busuk dan kotor.Katanya rata-rata penduduk di kawasan berhampiran tidak menunjukkan tanda bantahan dan akur dengan perintah supaya tempat penyembelihan yang beroperasi sejak lebih 30 tahun lalu itu ditutup."Ia tidak harus dipolitikkan atau dijadikan sebagai alasan untuk DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang di negeri ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Basharudin Said, 65, berkata tindakan DAP itu seolah-olah ia tidak memikirkan kehendak penduduk setempat yang mahu tempat penyembelihan berkenaan ditutup."Tanya la siapa pun, semua setuju tempat tu tutup sebab busuk... kedai dekat-dekat sini pun merungut sebab pelanggan kurang makan minum di kedai mereka," katanya.

Seorang mekanik Tan Khien Hin, 48, menyifatkan tindakan DAP itu sia-sia kerana majoriti penduduk bersetuju dengan penutupan tempat penyembelihan berkenaan."Tempat tu memang wajar tutup sebab dah lama ada di situ, tidak sesuai dah dengan keadaan sekarang, lagipun ada tempat lain lagi untuk sembelih (babi)," katanya. Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

http://pendikargunung.blogspot.com/"

Nik Aziz Kena Minta Maaf




"Saya terbaca satu surat terbuka yang dihantar oleh seorang rakan yang berfahaman sosialis kepada YAB Datuk Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Surat tersebut meluahkan rasa terkilan apabila Tok Guru Menteri Besar Kelantan menyamakan Umno dengan sosialis dan komunis.Saya bersetuju dengan pandangan itu bahawa Umno tidak boleh disamakan dengan sosialis dan komunis. Saya juga bersetuju dengan Pemuda Umno Kelantan yang membuat laporan polis kerana membantah kenyataan Tok Guru yang menyamakan Umno dengan sosialis dan komunis.

Saya cadangkan Tok Guru Nik Aziz membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pemuda Umno Kelantan di atas kesilapan dan keterlanjuran tersebut.Sebagai seorang ulama yang berjiwa besar dan tawaduk, tidak salah rasanya Tok Guru merendah diri memohon ampun dan maaf di atas kesilapan yang kita lakukan.Apabila bersalah dengan Allah, Tok Guru mengajar kita semua memohon ampun dan taubat.Apabila tersilap dengan manusia, Tok Guru juga telah mengajar kita semua memohon maaf.Allah tidak akan ampunkan dosa manusia yang ada kaitan dengan manusia lain.Allah yang Maha Pengampun boleh mengampun dosa manusia yang seluas lautan selagi dosa tersebut hanya antara pesalah itu dengan Allah.Sebaliknya Allah tangguhkan dahulu keampunan-Nya selagi manusia tidak menyelesaikan kesalahan tersebut dengan orang yang menerima akibat perbuatan jahatnya.Tok Guru Nik Aziz telah melukakan hati dan perasaan pemuda Umno Kelantan apabila menyamakan Umno dengan sosialis dan komunis.
Sebagai seorang ulama yang disanjungi, Tok Guru Pas ini perlu bersikap merendah diri dengan memohon maaf dan membetulkan semula kenyataan beliau.Kalau Tok Guru susah hendak menyusun kata memohon maaf dek rasa malu akibat kesilapan tersebut, biarlah saya menyusun ayat untuk Tok Guru.Tok Guru kata begini;
"Ambo mintak maaf banyak-banyak kepada pemuda Umno Kelantan yang telah terguris perasaan akibat kenyataan ambo yang menyamakan umno dengan sosialis dan komunis tempoh hari"."Ambo sedar kenyataan tersebut tidak betul"."Sepatutnya pada hari itu ambo kata UMNO LEBIH TERUK DAN LEBIH JAHAT berbanding sosialis,komunis dan apa-apa sahaja pertubuhan yang ada di dunia ini"."Ambo minta maaf banyak-banyak di atas kesilapan kenyataan ambo tempoh hari....
"Kenapa Tok Guru perlu kata begitu? Sebabnya....
1) Kerajaan Yahudi Israel tidak merobohkan rumah ibadat orang yahudi. Mereka hanya merobohkan masjid umat Islam. Kerajaan umno yang mengaku Islam merobohkan masjid orang Islam sendiri di Kampung Bujal, Kemaman, Terengganu. Siapa lebih jahat antara umno dan Israel?
2) Nazi di Jerman tidak membunuh orang yang sebangsa dengannya, sebaliknya mereka dilaporkan membunuh orang yahudi dalam peristiwa holacoust. Sebaliknya kerajaan Umno membunuh orang yang sebangsa dan seagama dengan mereka dalam peristiwa Memali, sehinga 14 orang melayu muslim gugur menyembah bumi. Meninggalkan anak dan isteri yang terus menangisi pemergian orang tersayang sepanjang hayat. Siapa lebih jahat antara Umno dan Nazi?
3) Tentera Amerika sering mengepung, menceroboh dan menembak umat Islam yang berkampung dalam masjid di Iraq. Mereka tidak mengepung rakyat mereka dalam mana-mana rumah ibadat di Amerika. Kerajaan Umno mengepung, melontar bom asap, melontar gas pemedih mata ke dalam masjid al-Taqwa di Batu 6, Kuala Terengganu. Menembak meriam air kimia dan gas pemedih mata ke dalam masjid semasa protes PPSMI. Siapa lebih jahat antara Umno dan Amerika?
4) Tentera Serbia menembak dan membunuh orang Islam Bosnia dalam peristiwa penghapusan etnik di negara Balkan tersebut. Mereka tidak menembak rakyat mereka sendiri. Kerajaan Umno menembak orang yang sama bangsa dan agama mereka sendiri di Batu Buruk, Kuala Terengganu hanya supaya orang tidak pergi dengar ceramah. Siapa lebih jahat antara Umno dan Serbia?5) Saya tidak pernah dengar komunis, sosialis, israel, serbia, yahudi dan Amerika meruntuhkan institusi pendidikan mereka. Namun kerajaan Umno dengan angkuh dan sombong meruntuh dan merobohkan Institut Berakan di Jalan Hiliran Kuala Terengganu, Terengganu. Masih ternampak di retina mata ini al-Quran bersepah-sepah selepas jentolak merobohkan institut tersebut. Siapa lebih jahat antara Umno dan semua yang saya sebutkan itu?

http://puteragunungtebu.blogspot.com

Friday, July 3, 2009


Pemuda UMNO Menyindir PM
Oleh Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi

Keberanian
yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaludin menyambut baik pelawaan untuk berwacana secara Ilmiah dengan pemuda PAS adalah secara tidak langsung sebagai sindiran tajam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak . Biar pun Dewan Pemuda PAS belum menerima sebarang jawapan justeru tempoh yang diberi masih belum berakhir , tetapi sikap yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaludin adalah satu tamparan buat Perdana Menteri.


3. Sebelumnya Datuk Seri Najib enggan menerima cabaran debat dari Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membuktikan UMNO dan BN tidak sesat seperti yang didakwa .
4. Wacana Ilmiah yang mahu diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Pergerakan Pemuda UMNO ialah bertajuk : Benarkah Perjuangan UMNO bertentangan dengan syariat .
5. Ianya adalah ruang yang kita buka untuk UMNO menjawab , benarkah perjuangan mereka tidak bertentangan dengan syariat Islam sebagaimana yang telah didakwa oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat . Kalau Khairy ketua pemuda UMNO berani menyambut peluang untuk berhujjah , kenapa Datuk Najib Razak awal - awal lagi menolak cabaran debat tersebut ? Malu Perdana Menteri lagu nih atau Khairy sengaja mahu memalukan Najib ? .
6. Saya masih ragu terhadap kenyataan Khairy yang kononnya bersedia untuk berwacana secara ilmiah dengan pemuda PAS . Kerana sebelum ini sudah 3 kali beliau menolak cabaran kita untuk debat dengan isu Islam , kemerdekaan negara dan penderhakaan terhada institusi raja - raja .
7. Malah Khairy Jamaludin juga pernah memberitahu media bahawa beliau bersedia dan menyambut baik untuk berbincang dan berdebat dengan Yb. Salahudin Ayub sewaktu Yb. Salahudin sebagai Ketua Pemuda PAS pada masa itu mencabar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO [ Hisyamudin Tun Hussein - namun beliau tidak hadhir dan menghantar Khairy sebagai naib Ketua Pemuda masa itu , untuk menerima surat cabaran dari Pemuda PAS ] untuk debat dalam isu PPMSI .
8. Walaupun kali ini Khairy sekali lagi mengatakan beliau bersedia untuk berwacana , saya harap beliau benar - benar turun menyahut wacana kita untuk berhujjah . Jika beliau tidak turun lagi kali ini setelah debat pun beliau tolak dan wacana juga beliau tolak , maka sahlah nanti Khairy seorang yang pengecut . Saya menanti sehingga tarikh seminggu yang kita beri berakhir !
9. Kerana saya masih percaya bahkan sangat yakin bahawa Islam tegak dengan Hujjah dan hujjah senantiasa bersama kebenaran sementara kebenaran itu suatu yang datang dari Allah swt .
10. Hujjahlah kekuatan dan senjata bagi perjuangan Islam bukan emosi yang tidak terkawal dan tindakan yang di luar batas seperti yang sering dilakukan oleh UMNO dan BN sebelum ini , apabila mereka gagal berhujah akhirnya mereka menggunakan ISA , OSA , Akta Cetak dan sebagainya .