Sunday, January 31, 2010

Royalti Minyak & Disiplin PAS
Posted on Saturday, January 30 @ 07:15:34 PST
Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad

Pendapat Oleh: cilipadi007

"WAHAI ORANG2 YG BERIMAN, PENUHI SERTA SEMPURNAKANLAH PERJANJIAN2
(Surah Al Maidah ayat 1)

Entah kali ke berapa Stadium Sultan Muhd IV sekali lagi menjadi lokasi solidariti Rakyat Kelantan pada Malam 28/1/10. Ajaran TGNA masih melekat di hati sanubari rakyat Kelantan. Bila berdepan masalah besar karenah manusia zalim maka Allah tempat rakyat bermunajat. Baca di sini
Patutnya penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah tidak dipersoal oleh Pemimpin Negara ( BN ) yg waras. Sudah nyata hak rakyat Kelantan untuk mendapat 5% royalti hasil dari pengeluaran minyak mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974.Firman Allah maksudnya DAN JIKA ENGKAU MENGETAHUI ADANYA PERBUATAN KHIANAT DARI SATU KAUM ( YG MENGIKAT PERJANJIAN SETIA ) MAKA CAMPAKLAH ( PERJANJIAN ITU ) KEPADA MEREKA DENGAN CARA TERUS TERANG DAN ADIL. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG2 YG KHIANAT surah Al Anfal ayat 58.

Sejarah tuntutan royalti minyak bermula bila Dato Husam Musa Exco Perancangan Ekonomi berkempen pada PRK Manik Urai Kelantan. Reaksi pemimpin BN seperti selalunya menafikan hak Kelantan kononya tiada aktiviti pengeluaran minyak di Negeri Kelantan.Hebat sungguh penolakan BN terhadap isu royalti hinggakan TPM sendiri mengesahkan Kelantan tidak berhak. Maka bersuara sumbanglah sekelian panglima BN Kelantan yg disifatkan “Deny Syndrome”. Klimasnya bila TPM berjanji untuk mengundang CEO Petronas untuk memberi penjelasan di Manik Urai 2 hari sebelum PRK tapi tidak tertunai hingga kini.Usai PRK Manik Urai dengan kemenangan PAS dengan majoriti tipis, Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Exco telah melantik Dato Husam Musa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Petroleum Kelantan. Bermulalah perjuangan secara rasmi Rakyat Kelantan menuntut hak mereka.Alhamdulillah berkat kegigihan Dato Husam dan AJKnya serta doa rakyat, PM telah mengumumkan di Parlimen bahawa Kerajaan Pusat akan membayar ‘wang ehsan’ kepada Kelantan tak sampai 6 bulan dari tarikh tuntutan dibuat. Pelik dan diluar jangkaan manusia.PM telah mengaku bahawa berlaku aktiviti pengeluaran hasil minyak di blok Bumi Selatan dan Kelantan akan mendapat ‘wang ehsan’ tapi disalurkan melalui JPP. Betullah pepatah orang tua “lembu punya susu, sapi dapat nama”.Dato Mustapha Muhamad Bos UMNO Kelantan pula kini beria-ia bercakap soal ‘wang ehsan’ macam ini hasil “kecerdikannya”. Nada suaranya bertukar dalam sekelip mata yg dulunya berada di barisan paling hadapan menafikan hak Kelantan kini mengatur cara untuk pengagihan RM20j ‘wang ehsan’.Patutnya Dato Mustapha meniru pendirian Ku Li yg sanggup berdepan risiko demi semangat tulen sebagai rakyat Kelantan. Sekalung tahniah buat Ku Li yg mementingkan kebajikan rakyat berbanding politik balas dendam. Jasa dan sumbangan Ku Li akan dikenang oleh rakyat hingga kiamat.

Intipati penerangan Ku Li dapat disimpulkan seperti berikut :

1 ) Rakyat Kelantan berhak mendapat royalti ( wang tunai ) 5% hasil pengeluaran minyak di perairan Kelantan seperti Trengganu, Sabah dan Sarawak

2 ) Negara Malaysia akan berdepan risiko besar ( keyakinan Pelabur Asing ) dari segi perundangan jika menafikan hak Kelantan seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974

3 ) Kewujudan JDA bersama Thailand ialah kerana kecuaian Kerajaan Pusat BN yg membiarkan Thailand meneroka khazanah di Utara Pantai Kelantan. Bekas PM Tun Hussein Onn terpaksa bersetuju dengan tuntutan Thailand apabila berunding untuk membanteras kegiatan komunis di sempadan Malaysia- Thailand.

Apapun tahniah buat Ku Li, TGNA, Dato Husam Musa, Barisan Exco, NGO dan rakyat Kelantan kerana tuntutan yg dibuat hampir menjadi kenyataan. Firman Allah maksudnya “ PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH WAHAI ORANG2 YG BERIMAN”

Keputusan J/Kuasa Disiplin PAS

Firman Allah maksudnya:

WAHAI ORANG YG BERIMAN, JANGANLAH KAMU MENGAMBIL ORANG2 YG BUKAN DARI KALANGAN KAMU MENJADI ORANG DALAM ( YG DIPERCAYAI ). MEREKA TIDAK AKAN BERHENTI2 BERUSAHA MENDATANGKAN BENCANA KEPADA KAMU. MEREKA SUKAKAN APA YANG MENYUSAHKAN KAMU . TELAHPUN NYATA ( TANDA ) KEBENCIAN MEREKA PADA PERTUTURAN MULUTNYA, DAN APA YG DISEMBUNYIKAN OLEH HATI ( Surah Ali Imran ayat 118 )

Setelah beberapa bulan menunggu, akhirnya keluarlah keputusan J/Kuasa Disiplin PAS yg dipengerusikan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Ada yg pro dan kontra dengan keputusan yg dibuat mengundang perbahasan berterusan. Baca di siniPatutnya keputusan itu diterima warga PAS dengan hati terbuka tapi berlaku sebaliknya. Kenapa masih wujud golongan yg tidak berpuashati? Adakah kerana J/Kuasa Disiplin Pas memihak, pilih kasih @ tidak telus . Tepuk dada Tanya selera.Nostalgia J/Kuasa Disiplin UMNO era peralihan Pak Lah kepada Najib sedikit menghantui memori penyokong PAS. Perbezaan hukuman di atas kesalahan yg sama ( Ali Rustam digantung dan Khairy Jamaluddin diberi amaran )Pertimbangan J/Kuasa disiplim PAS nampak sedikit condong kea rah membela individu tertentu berdasarkan pangkat dan kedudukan. Apakah J/Kuasa Disiplin bertindak secara berkecuali dan mengambil kira kepentingan masa depan PR?Tuduhan ke atas Dr Hassan Ali bukan kecil impaknya kepada PAS dan PR. Rasanya tidak memadai sekadar amaran bilamana beliau membuat kritikan secara terbuka isu SELCAT dan membidas Exco PR melalui sidang akhbar.

Tuduhan ke atas Khalid Samad juga agak berat. Prinsip parti tidak membenarkan minit mesyuarat parti didedahkan disamping menegur kepimpinan secara terbuka. Patutnya banyak ruang dan saluran untuk beliau meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pemimpin. Penggantungan 6 bulan disifatkan adil sebagai pengajaran untuk beliau.J/Kuasa Disiplin wajar berrtindak dengan bijak,adil dan telus. Bukan saja telus membuat keputusan tapi wajib dilihat telus oleh ahli-ahli PAS. Kewibawaan J/Kuasa Disiplin PAS mesti lebih berintegriti berbanding J/Kuasa Disipin UMNO yg sudah terpalit dengan pilih kasih.UMNO sudah lali dengan lidah bercabang kerana ia dipimpin oleh pendokong korup. Sistem UMNO mesti dijauhi PAS yg berprinsip Islam. Kewibawaan J/Kuasa Disiplin PAS mesti terpelihara dari sifat tercela. Warga PAS hendaklah memberi kepercayaan penuh kepada apa jua keputusan yg dibuat oleh Dato Tuan Ibrahim dan ahli2nya.

Marilah kita berlapang dada dengan pendirian J/Kuasa Disiplin PAS tanpa sebarang perjudis bersandarkan maksud Firman Allah dlm Surah An Nisa ayat 58 DAN APABILA KAMU MENJALANKAN HUKUMAN DI ANTARA MANUSIA, ( ALLAH MENYURUH ) KAMU MENGHUKUM DENGAN ADIL.

Sekian dari cilipadi007

Saturday, January 30, 2010

Ku Li : Kelantan berhak dapat royalti minyak

KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tuesday, January 26, 2010

Wang royalti atau wang ehsan - tetap dijahanamkan



Oleh: kayukelat

"
Kelantan akan menerima wang ehsan mengikut kata PM, wang ehsan ini akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang akan dijaga oleh Awang Adek. Segala perjalanan, perbelanjaan untuk Negeri Kelantan akan di uruskan sepenuhnya oleh JPP.
Fenomena ini telah lama berlaku di Terengganu setelah kejatuhan kerajaan Umno pada 1999. Mantan Pm waktu itu cik det telah mengarahkan wang royalti ditukar nama kepada duit ehsan. berbillion rm malaysia masuk ke Negeri Terengganu tetapi bukan ke akaun Kerajaan negeri tetapi melalui jabatan Pembangunan persekutuan.
waktu itu rakyat Terengganu amat mewah, semua dapat duit, dari yang nak masuk belajar darjah satu, nak masuk IPT, warga-warga emas, warga perak hatta budak yang nak bersunat pun mendapat wang ehsan ini. begitu mudah wang ehsan ini dibahagi bahagikan kepada rakyat, rakyat mula memandang mulia kepada umno, waktu ini memang umno amat membela nasib rakyat. Setelah 4 tahun Pas memerintah Terengganu, Pas pun tumbang hasil duit ehsan ini, rakyat Terengganu bersangka umno akan meneruskan kerja-kerja amal iaitu membahagi-bahagikan wang ehsan dengan mudah lagi selepas umno kembali ke tampuk pemerintahan.
Namun itulah janji-janji kosong Umno sahaja, selepas gelombang biru berjaya memerintah Terengganu, wang ehsan makin sukar di perolehi, bukan setakat nak masuk IPT, nak masuk darjah satu dah tiada, Kerajaan umno dengan slogan " tidak pernah sebelum ini" terus membelanjakan duit ehsan kepada perkara-perkara yang tidak memberi kegunaan langsung kepada menjana ekonomi negeri yang teruk. Hutang kerajaan negeri bukan berkurangan tetapi bertambah dengan drastik. Gaya orang kaya telah dipupuk oleh kerajaan gelombang biru, tercetuslah idea Taman Tamaduan Islam yang mana replika-replika dibina merentasi benua, cuma yang tiada hanyalah kaabah. Kalau boleh dijadikan replika pun kerajaan gelombang biru sanggup membuatnya. Disitu kerajaan Gelombang biru menghanguskan duit ehsan hampir Rm500,000,000.00 (RM500Juta).
Idea baru tercetus lagi, didirikan masjid krital yang tidak boleh dilakukan solat jumaat kerana kekurangan jemaah 40 orang permastautin tetap. masjid kristal ditukar kepada surau kristal. pembaziran terus dilakukan dengan menganjurkan piala monsun cup, kapal layar dari pelbagai dunia tiba untuk menyertainya, beratus ribu hadiah diberikan, kapal layar tidak boleh berlayar dengan baik kerana kekurangan angin, umpama berlayar dalam besen dalam rumah. Sampai hari ni pun acara membazir ini tetap diteruskan.
Taman Ilmu mula didirikan di Besut tempat pencipta idea " tidak pernah sebelum ini" sampai hari ini tiada ilmu yang diajar disitu kerana tidak siap bahkan diberitakan sakit tenat kerana kekurangan bayaran untuk meneruskan pembinaan. Idea datang lagi membina stadium utama dan stadium tertutup, yang menelan belanja hampir-hampir setengah billion, stadium utama telah ranap bumbungnya memerlukan duit baru untuk membaikinya. Stadium tertutup tak lama lagi akan menerima nasib yang sama dengan stadium utama. Ditutup untuk pengubahsuaian dan penyelenggaraan.
Idea-idea gila terus mencurah masuk ke otak-otak pemimpin gelombang biru, lapangan terbang baru perlu dipanjangkan untuk kapalterbang boeing mendarat, ranap lagi duit ehsan, lapangan terbang dipanjangkan ke laut hampir 1 kilometer setengah dipanjangkan kedalam laut. Inai kiara yang mendapat kontrak terus membuat duit kerana setiap hari pantai lapangan terbang hakis, dan inai kiara terus bersedia di tepi pantai untuk menambak jika berlaku hakisan. Inai kiara dapat dua kali duit satunya menyedut kembali pasir yang hakis dan bila menambak dapat duit lagi, untungnya berniaga macam ini. tak untung macam jual ikan celup tepung. Kerajaan Terengganu menghabiskan lagi duit ehsan kerana terpaksa membayar kepada Mas kerana mengadakan penerbangan terus ke jeddah. tahun ini dikurangkan kerana kekurangan buget. hanya 4 penerbangan sahaja dibuat.

Inilah jentera yang bersiap sedia menjalankan tugas jika pantai dilanda hakisan

banyak banyak lagi idea-idea yang begitu futuristik, fantastik dan lastik di ketengahkan sepanjang pemerintahan mantan mb gelombang biru, idea yang tidak disempat direalisasikan adalah membina kereta kabel (cable car) dari puncak panorama ke pulau wan man, kalau mantan mb masih berkuasa mungkin hari ini dah ada cable car merentangi sungai terengganu. canggih sungguh terengganu ini, "memahat sejarah mencipta tamadun" yang sebetulnya memahat duit ehsan mencipta lebih banyak kroni. Indahnya terengganu waktu wang ehsan mencurah masuk. Sekarang kerajaan hampir kayap kerana terlalu laju berbelanja lebih dari keupayaan cahaya. ekonomi makin teruk rakyat makin parah, rebah dalam ekonomi yang mana akan ada ekonomi model baru akan diterapkan. apa model ekonomi yang akan diketengahkan oleh 1 malaysia, kita tengok dan saksikan keajaiban yang akan berlaku.
Berbillion duit ehsan telah dijahanamkan oleh Pemimpin Gelombang Biru, jika hasrat kerajaan pusat terus menyalurkan duit ehsan ke kelantan melalui JPP ini bermakna duit ini akan hangus seperti di Terengganu. kalau kerajaan Pusat menyalurkan wang ehsan ini ke Kerajaan negeri yang lebih berhak bermakna umno terpaksa tunggu lebih lama lagi untuk menawan kembali Kelantan. Nak tak nak terpaksa korner le pemberian ini. Diuruselia dan ditadbir oleh Pemimpin Umno dan ini bermakna Kerajaan Pas Kelantan perlu bersedia menghadapi gelombang duit menerjah Kelantan. duit-duit akan dibahagikan dalam bentuk real money bukannya bantuan atap, bantuan buku, bantuan kain pelikat atau batik, badai duit ehsan ini amat kuat jika tidak ditangani dengan betul. Semoga doa senjata mukmin yang dapat menewaskan terjahan ini. www.kayukelat.blogspot.com

Monday, January 25, 2010

Sokong TGNA

Oleh: talikasutkayu

"Sebagai rakyat aku menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan yang menolak pelawaan tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri seperti dicadangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.Bagi aku tiada fungsinya wang ehsan. Aku ambil contoh di Terengganu semasa pemerintahan PAS dibawah Tuan Guru Haji Hadi Awang walaupun tiada wakil kerajaan negeri ketika itu yang memantau pengagihan wang ehsan kepada rakyat Terengganu. Adakah keseluruhan rakyat Terengganu menerima bantuan wang ehsan?. Rasanya rakyat Terengganu tahu jawapannya. Pelik orang lain yang memerintah negeri tapi pihak lain pula sibuk mengagih wang rakyat. Umpama kerajaan didalam kerajaan.
Cadangan Awang Adek bagi aku hanya alasan untuk menolak desakan dari pihak kerajaan negeri supaya tidak lagi menggemburkan isu ini. Disini jelas bahawa Kerajaan Pusat sudah tertekan bila mana desakan demi desakan dibuat oleh Pakatan Rakyat supaya mengembalikan royalti kepada kerajaan negeri Kelantan. Kerajaan Pusat amat takut seandainya mereka tertewas pada desakan lalu memberi royalti kepada kerajaan Negeri Kelantan dan disini juga rakyat akan bangkit menuntut kembali royalti bagi Negeri Terengganu disaat pemerintahan PAS di Terengganu pada tahun 1999. Walaupun hari ini Kerajaan Pusat telah mengembalikan royalti ke Terengganu tetapi ianya sekadar ungkapan malah tiada implementasi.
http://mampat.blogspot.com/2009/07/tia-yang-diselewengkan-royalti-kekal.html
Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Kelantan untuk terus mendesak Kerajaan Pusat supaya menyalurkan royalti kepada rakyat Kelantan kerana itu adalah hak milik rakyat dan sesungguhnya hasil itu diterjemahkan dalam bentuk pembangunan rohani dan jasmani tanpa ada unsur unsur penindasan sebagaimana kita tahu seluruh negara mengiktiraf pentadbiran bersih Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Begitu juga rakyat Terengganu seharusnya membuat perubahan kali kedua memilih pemimpin berjiwa Islam yang diterajui Tuan Guru Haji Hadi Awang untuk memulihkan pentadbiran negeri yang bersih dan adil demi kesejahteraan rakyat. Tidak seperti sebelum ini pentadbiran negeri Terengganu yang banyak meruntuhkan bangunan tanpa mempedulikan nasib rakyat.

Adakah Sabah dan Sarawak menerima nasib yang sama satu hari nanti...kita tunggu.
http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/"

Sunday, January 24, 2010

Anak polis bakar surau
Respon Oleh: ramziredang

"Anak orang biasa ditangkap kerana bakar gereja tetapi anak polis ditangkap kerana bakar surau di Johor. Entah apa yang ada di dalam kepala otak anak polis tu akupun tak faham.
Entah apa yang selama ini ayahnya seorang polis tu semai dalam kepala hotak anaknya, akupun bingung memikirkannya. Ketua Polis Johor pulak dengan selambanya buat statement yang 'kita tidak memilih bulu, semua orang kita tangkap'. Ceteknya pemikiran polis kita. Padahal rumusan dari kejadian adalah, polis hanya memilih bulu dalam mencegah perbuatan jenayah. Polis sepatutnya lebih menekan anak anak mereka supaya menjadi anak yang lebih berguna dari orang lain. Mereka adalah contoh. Jika anak seorang anggota polis membakar tempat ibadat, maka kajian menyeluruh perlu dilakukan dari segi psikologi anak anak mereka, apa yang telah mereka semai selama ini?. Jika anak polis tersebut adalah Islam dan dia sendiri membakar tempat ibadat agamanya sendiri, maka sudah pasti menggambarkan ada sesuatu tidak kena dalam kekuatan jiwa anggota polis Islam di malaysia.
Adalah lebih parah jika institusi kepolisan memandang kes ini (anak anggota) sebagai kes terpencil. Dalam kes ini saya tidak tekankan kepada samada membakar, menconteng atau sebagainya, tetapi yang lebih utama persoalannya, kenapa berlaku perbuatan ingin merosakkan atau meruntuhkan agama sendiri?
Umum telah tahu bahawa kebanyakan anggota polis malaysia terlalu memandang serong kepada orang yang kuat agama. Memandang sebelah mata kepada orang alim. Serban terlalu fanatik bagi mereka. Jubah terlalu menggerunkan untuk mereka pandang. Mereka terlalu buruk sangka kepada orang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam padahal bila ditanya, mereka mengaku mereka sendiri beragama Islam.Ini semua sebenarnya hasil 'brainwash/brain storming' yang selama ini diharapkan oleh kerajaan. Jika para anggota keselamatan kita kuat berpegang kepada ajaran Islam, itu merupakan satu kerugian kepada pihak pemerintah.Apapun agensi yang ada di Malaysia, perlulah tidak kuat beragama, kerana ini akan menguntungkan pemerintah. Senang untuk disuruh supaya tidak berlaku adil dan menekan pembangkang. Nyatalah KPI anggota keselamatan negara Malaysia telah gagal. Mereka bukan sahaja gagal mencegah jenayah yang semakin bertambah di seluruh negara, malah mereka sendiri gagal mengurangkan jenayah di kalangan anak anak mereka. Yang paling pasti, KPI Najib hanya slogan yang memualkan dan meloyakan, nak termuntah aku mendengarnya.

Sunday, January 10, 2010

Isu Nama Allah: PAS Buat keputusan tepat


Oleh: amdang81"
Bismillahir rahmanir rahim.. Assalamu alaikum wbt..."PAS adakan mesyuarat Khas Lajnah Politik bagi membincangkan isu nama Allah" -itulah antara tajuk utama Harakahdaily beberapa hari lalu apabila isu nama Allah kian hangat dibincang dan diperdebatkan.Mungkin ramai yang tertanya-tanya, isu tersebut bersifat agama, tapi kenapa Lajnah Politik yang dipanggil mesyuarat? Kenapa tidak Majlis Syura Ulama, atau sekurang-kurangnya Dewan Ulama yang berbincang bagi mengeluarkan suatu 'keputusan' berkenaan isu tersebut.

YB. Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Ramai juga yang melihat PAS terkebelakang apabila puak-puak UMNO sibuk berdemonstrasi membantah penggunaan nama Allah, tetapi PAS dan kebanyakan pimpinannya memilih untuk bersikap berkecuali. Aku percaya ramai yang melihat PAS terperangkap dengan isu Nama Allah tersebut.Najib pula agak gopoh apabila melihat terdapat sokongan dari golongan Melayu terhadap demonstrasi yang diadakan oleh puak UMNO, telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak dapat menyekat mereka yang mahu mengadakan demonstrasi walaupun pihak polis sudah mengeluarkan kenyataan sebaliknya.Mengikuti kenyataan Media PAS sebaik sahaja selesai Mesyuarat Lajnah Politik, PAS dilihat terbuka untuk membincangkan isu ini. Bagi PAS, isu ini bukanlah sesuatu yang wajar diselesaikan melalui provokasi atau semberono sahaja.Tulisan Tuan Guru Presiden PAS pula menunjukkan kematangan akal yang tinggi, bersifat benar tanpa prejudis dan mematuhi lunas-lunas yang dibenarkan dalam agama walaupun isu tersebut dilihat 'merugikan' agama. Sedangkan di sana terdapat ruang dakwah yang lebih besar dalam menerangkan siapa Allah kepada masyarakat bukan Islam. Sudah tentu Islam akan memecahkan kefahaman sempit mereka terhadap Allah yang begitu dan begitu, dengan keEsaan Allah yang sebenarnya. Allah itu Satu.

Kepimpinan PAS melawat sebuah gereja yang diserang dan terbakar

Semua pertanyaan, kegelisahan penyokong dan ahli di bawah terjawab apabila berlaku sesuatu yang diluar jangkaan iaitu peristiwa pengeboman gereja di sekitar Kuala Lumpur. Sehingga akhirnya Najib merasa tertampar sehingga terpaksa 'menafikan' perbuatan tersebut bukan dilakukan oleh UMNO!Tahniah PAS dan kepimpinan PAS atas suatu sikap matang dan menepati kehendak semasa!
العجلة من الشيطان والتأني من الله
"Sifat terburu-buru itu dari syaitan dan sifat bertenang dari Allah" - maksud Hadis.Wallahua'lam.p/s: Kadang kala kita di bawah ni gelisah bukan main, tetapi kita lihat pimpinan ni macam tak reti politik plak. Rupa-rupanya kita ini tidak reti politik. Politik bukan buat kenyataan demi kenyataan, rupanya diam dan senyap itu juga adalah politik!! Tahniah TG Presiden!
http://amdang81.blogspot.com/2010/01/isu-nama-allah-pas-buat-keputusan-tepat.html"