Saturday, April 3, 2010

PAS Kesal Pos Malaysia Mahu Dijual selepas Kerajaan BN Menyebabkannya Rugi

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Kerajaan BN mengambil sikap lepas tangan serta mengarahkan Khazanah Nasional Bhd menjual pegangan sahamnya sebanyak 32.2 peratus dalam Pos Malaysia Bhd.Khazanah Nasional yang merupakan GLC milik Kerajaan turut bertanggungjawab diatas kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia. Baru-baru ini, mantan Pengerusi POS Malaysia , Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk ‘Is whistle-blowing really serious’, mendedahkan isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta akibat kegagalan pengurusan syarikat itu menjual sahamnya dalam syarikat yang bermasalah-Transmile Group Bhd setelah dipengaruhi oleh Khazanah.

Tahun lepas Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, dimana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.Pos Malaysia mempunyai aset dan rangkaiannya logistiknya yang luas serta mampu meningkatkan keuntungannya jika diurus dengan betul. Walaupun menerima persaingan sengit ekoran peningkatan pantas dunia teknologi maklumat dan jalur lebar, namun urusan penghantaran barang secara fizikal masih memerlukan khidmat Pos Malaysia.Pos Malaysia juga boleh bersaing dengan syarikat lain dengan meluaskan aktiviti perniagaannya dengan menumpukan kepada sektor penghantaran barang dan pengangkutan. Malah Pos Malaysia boleh berkembang jauh serta melakukan kerjasama strategik dengan mengambil peluang pelaburan dalam MASkargo untuk menguasai pasaran penghantaran kargo luar negara.Tindakan Khazanah meninggalkan Pos Malaysia dalam keadaan sekarang dilihat sebagai usaha untuk melepaskan tanggungjawab dan kegagalan syarikat milik Kerajaan itu.PAS berpandangan, walaupun Pos Malaysia mengalami kerugian tetapi ia harus terus dipegang oleh Kerajaan kerana ia adalah organisasi strategik yang mana melibatkan kepentingan dan keselamatan negara. Tanpa penglibatannya dalam Transmile, kerugian yang dialami hanyalah sedikit dan strategi perniagaannya masih boleh distrukturkan semula.

PAS khuatir dengan tindakan Khazanah itu, pihak swasta termasuk syarikat-syarikat yang dimiliki oleh pelabur asing akan mengambil kesempatan dan seterusnya menguasai jaringan Pos Malaysia.Kita tidak mahu melihat Pos Malaysia yang membawa nama Malaysia ini akhirnya dimiliki oleh individu atau pelabur luar dan akhirnya identiti Malaysiannya terhakis.Sebelum ini, Kerajaan pernah melakukan kesilapan dengan menjual saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) kepada syarikat Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) yang berpangkalan di Hong Kong. Dengan desakan PAS yang melihat bahawa Bernas merupakan syarikat yang strategik dan melibatkan soal keselamatan (makanan), akhirnya kerajaan akur untuk membeli kembali 32 peratus saham yang dijual kepada Wang Tak.Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli ke semua saham milikan Wan Tak. Dan jumlah itu jika dicampur dengan 55 peratus lagi saham milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, telah menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus. Akhirnya aset milik negara kini menjadi milik individu.Oleh itu, PAS mahu kerajaan menimbangkan semula tindakan Khazanah ini dan mahu syarikat ini terus dimilki oleh Kerajaan sebagai satu aset yang strategik untuk masa depan ekonomi negara kerana kita sudah melihat begitu banyak syarikat penghantaran yang dikuasai oleh pelabur asing dinegara ini seperti FEDEX dan DHL.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penrangan PAS Pusat

Saya bantah langkah MEB hapuskan 100% kuota ekuiti rakyat Malaysia


Artikel Oleh Herman Samsudeen

Belum pun kering air liur Ibrahim Ali pada keris Perkasa yang diciumnya Sabtu lalu, Najib pula umumkan pelancaran Dasar Model Ekonomi Baru (MEB). Bunyi memang gempak, tapi belum sampai 24 jam, pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz pecah rahsia.

Dalam temuramah dengan Malaysiakini, beliau mendedahkan bahawa MEB akan menghapuskan kuota pemilikan ekuiti termasuk kuota bumiputra bagi memberikan peluang yang adil dan bebas untuk semua pihak melabur termasuk pelabur asing. Tindakan ini katanya adalah untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dalam negara dan membuka ruang pasaran yang lebih luar untuk membantu rakyat.

Mula dengan Liberalisasi Ekonomi

Cis! pandai dia putar belit. Kalau diingat semula. Tahun lepas Najib juga umumkan Dasar Liberalisasi Ekonomi dimana 5 strategi dirangka iaitu :

  1. Kerajaan menurunkan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.
  2. Seterusnya, pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus
  3. pemansuhan FIC
  4. Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
  5. Nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing pula ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM500,000.

Perasan tak? Tahun lepas kuota ekuiti Bumiputra dan bukan bumiputra masing-masing telah diturunkan sehingga 12.5 peratus. Dengan pengumuman MEB ini pula, kuota ekuiti telah dihapuskan 100 peratus.

Intipati MEB

Selepas ini pelabur asing bebas untuk bersaing merebut saham dalam syarikat-syarikat yang berkepentingan dan strategik. Semalam, Khazanah Nasional umum untuk jual 32.2 peratus kepentingannya dalam Pos Malaysia. Tidak mustahil, Pos Malaysia akan dikuasai pelabur asing sama seperti yang berlaku pada Bernas yang dijual sebahagian sahamnya kepada syarikat dari Hong Kong-Wan Tak.

Selain itu KWSP di benarkan melabur lebih banyak aset di seberang laut….Hei! KWSP adalah duit rakyat, bukan duiat mak bapak kamu. Kena tanya pandangan pencarum dulu. Sepatutnya dana KWSP ditumpukan untuk melabur dalam negara. Kenapa nak banyakan pelaburan luar negara dan biarkan pelabur asing pula masuk melabur dalam negara.

Kerajaan dan KWSP kononya akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang dengan nilai pembangunan sebanyak 5 Bilion.

Hah! satu lagi hab baru diwujudkan-Sungai Buluh. Tapi apa cerita WPI, ECER, NCER, SDC dan SCORE yang dilancarkan zaman Pak Lah. Najib juga kaki Koridor sama macam gelaran Mahathir pada Pak Lah yang disebut sebagai Bapa Koridor Malaysia…

Tidak cukup dengan itu, beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender untuk dimajukan. Tendernya adalah terbuka, maknanya syarikat asing boleh joint tender sekali. Kalau perasan, dikawasan itu begitu banyak bangunan yang dulunya milik rakyat Malaysia sudah terjual kepada pelabur asing. Kondominium mewah disitu kebanyakannya dikuasai oleh pelabur dari Singapura, Hong Kong dan lain-lain.

Saya juga tidak bersetuju jika syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio diswastakan tanpa kawal modal dan kuota ekuiti. Kerana dengan penghapuskan kuota ekuiti maka syarikat yang berkepentingan ini akan tergadai pada pelabur asing.

MIDA dikorporatkan. Saya boleh setuju tapi ia harus diletak dibawah kawalan kerajaan sebagai satu GLC yang mana fungsinya diperbesarkan sebagai perunding pelaburan negara.

MEB program kira semula untuk gadai negara

Secara tepat, saya menganggap MEB hanyalah satu program kitar semula dimana sebelum ini dasar penswastaan telah dilaksanakan dizaman Mahathir. Beberapa syarikat dan agensi perkhidmatan milik kerajaan diswastakan. Tapi kali ini Najib cuba wujudkan kembali dengan versi yang lebih ganas lagi tanpa apa-apa syarat dalam kawalan modal dan ekuiti.

Walaupun Anwar kata MEB cuba meniru Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan, namun saya melihat dengan beberapa pengubahsuaian, jelas ia merugikan rakyat. Dasar AEM dicuri dan dicampuradukan dengan Dasar Liberalisasi Ekonomi Najib yang akhir hanya bertujuan untuk mencari jalan pintas bagi menjual kepentingan rakyat dan negara ini. Perkara yang berbeza akan berlaku jika AEM benar-benar dilaksanakan.

Apa pun jua, rakyat perlu buka mata, dan desak dasar ini dinilai semula. Tahun lepas kita gagal halang Dasar Liberalisasi Najib. Kali ini Najib mengambil cara yang paling biadap iaitu melancarkan dasar ini diluar Parlimen tanpa membawanya ke institusi tertinggi rakyat itu untuk dibahaskan. Saya setuju dengan pandangan Presiden PAS, Tok Guru Hadi Awang bahasa perkara ini perlu dibawa ke Parlimen. Jelas Najib membelakangkan hak rakyat dan kita harus bersatu menolak dasar ini sehinggalah ia dibahas secara terperinci di Parlimen.

Kita tidak mahu pada masa akan datang rakyat dinegara ini kehilangan hak mereka yang disapu warganegara asing. Jika hari ini Najib boleh minta bantuan nasihat dari APCO yang juga syarikat milik Zionis, tidak mustahil esok lusa lebih banyak saham-saham syarikat negara ini dikuasai Zionis. Ayuh tentang sebelum terlambat. Saya tak tolak pembangunan dan dasar untuk bangunkan ekonomi negara. Tetapi kalau ia merugikan rakyat, wajib kita tentang.

Pakatan, Perkasa, ahli Umno, parti Politik lain, NGO dan seluruh rakyat harus bangkit tentang dasar ini! tiada kompromi.-syukran.wordpress.com