PAS Kesal Pos Malaysia Mahu Dijual selepas Kerajaan BN Menyebabkannya Rugi
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Kerajaan BN mengambil sikap lepas tangan serta mengarahkan Khazanah Nasional Bhd menjual pegangan sahamnya sebanyak 32.2 peratus dalam Pos Malaysia Bhd.Khazanah Nasional yang merupakan GLC milik Kerajaan turut bertanggungjawab diatas kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia. Baru-baru ini, mantan Pengerusi POS Malaysia , Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk ‘Is whistle-blowing really serious’, mendedahkan isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta akibat kegagalan pengurusan syarikat itu menjual sahamnya dalam syarikat yang bermasalah-Transmile Group Bhd setelah dipengaruhi oleh Khazanah.Tahun lepas Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, dimana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.Pos Malaysia mempunyai aset dan rangkaiannya logistiknya yang luas serta mampu meningkatkan keuntungannya jika diurus dengan betul. Walaupun menerima persaingan sengit ekoran peningkatan pantas dunia teknologi maklumat dan jalur lebar, namun urusan penghantaran barang secara fizikal masih memerlukan khidmat Pos Malaysia.Pos Malaysia juga boleh bersaing dengan syarikat lain dengan meluaskan aktiviti perniagaannya dengan menumpukan kepada sektor penghantaran barang dan pengangkutan. Malah Pos Malaysia boleh berkembang jauh serta melakukan kerjasama strategik dengan mengambil peluang pelaburan dalam MASkargo untuk menguasai pasaran penghantaran kargo luar negara.Tindakan Khazanah meninggalkan Pos Malaysia dalam keadaan sekarang dilihat sebagai usaha untuk melepaskan tanggungjawab dan kegagalan syarikat milik Kerajaan itu.PAS berpandangan, walaupun Pos Malaysia mengalami kerugian tetapi ia harus terus dipegang oleh Kerajaan kerana ia adalah organisasi strategik yang mana melibatkan kepentingan dan keselamatan negara. Tanpa penglibatannya dalam Transmile, kerugian yang dialami hanyalah sedikit dan strategi perniagaannya masih boleh distrukturkan semula.
PAS khuatir dengan tindakan Khazanah itu, pihak swasta termasuk syarikat-syarikat yang dimiliki oleh pelabur asing akan mengambil kesempatan dan seterusnya menguasai jaringan Pos Malaysia.Kita tidak mahu melihat Pos Malaysia yang membawa nama Malaysia ini akhirnya dimiliki oleh individu atau pelabur luar dan akhirnya identiti Malaysiannya terhakis.Sebelum ini, Kerajaan pernah melakukan kesilapan dengan menjual saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) kepada syarikat Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) yang berpangkalan di Hong Kong. Dengan desakan PAS yang melihat bahawa Bernas merupakan syarikat yang strategik dan melibatkan soal keselamatan (makanan), akhirnya kerajaan akur untuk membeli kembali 32 peratus saham yang dijual kepada Wang Tak.Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli ke semua saham milikan Wan Tak. Dan jumlah itu jika dicampur dengan 55 peratus lagi saham milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, telah menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus. Akhirnya aset milik negara kini menjadi milik individu.Oleh itu, PAS mahu kerajaan menimbangkan semula tindakan Khazanah ini dan mahu syarikat ini terus dimilki oleh Kerajaan sebagai satu aset yang strategik untuk masa depan ekonomi negara kerana kita sudah melihat begitu banyak syarikat penghantaran yang dikuasai oleh pelabur asing dinegara ini seperti FEDEX dan DHL.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penrangan PAS Pusat

Belum pun kering air liur Ibrahim Ali pada keris Perkasa yang diciumnya Sabtu lalu, Najib pula umumkan pelancaran Dasar Model Ekonomi Baru (MEB). Bunyi memang gempak, tapi belum sampai 24 jam, pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz pecah rahsia.
KOTA BHARU, 27 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dangan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar kalimah Allah digunakan bagi menggantikan perkataan Tuhan dalam prinsip pertama Rukun Negara.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Sebenarnya aku cukup meluat dengan Ibrahim Ali dari mula-mula dia bertanding atas tiket bebas yang pro-PAS di Parlimen Pasir Mas lagi. Aku tak percaya yang Ibrahim Ali ini mahu berubah dan menerima perjuangan PAS seadanya. Last-last Tok Guru pun dia kelentong habis. Sekarang apa dah jadi kat Ibrahim Ali. Tiba-tiba timbul PERKASA, yang konon-kononnya memperjuangkan bangsa Melayu yang lebih dari UMNO lagi.
Pada pandangan aku lah sebenarnya, tujuan ditubuhkan PERKASA adalah atas kapasiti peribadi Ibrahim Ali yang tak tahu hujung pangkal karier politiknya. Manakan tidak, UMNO dah 'black list' nama Ibrahim Ali seumur hidup. Manakala PR tentu tidak akan terima lagi makhluk perosak spesis katak macam Ibrahim Ali ni. Jenis manusia macam ni dia kan belit semua orang disekelilingnya. Bak senang cakap, jangan kawan orang seperti ini biar dia mati beragan sorang-sorang.
KOTA BHARU, 22 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor tidak mengenali Anwar sebenarnya.
Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan. Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan.Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya. Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata, 
Malaysia bahkan dunia pun mungkin telah mencatat sejarah yang menarik apabila sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pernah digegarkan dengan kempen agresif UMNO/BN di dalam menawan Kelantan. Bermula dengan kempen ”18 Pade Doh” sehinggalah kepada menabalkan ”Bakal Menteri Besar”, UMNO / BN terus kempunan di dalam menawan Kelantan. PAS terus gagah bersama Pakatan Rakyat meninggalkan hanya 6 kerusi untuk UMNO.Sayangnya, barangkali mimpi bakal menteri besar masih belum habis. Nyata sekali, bakal menteri besar berkenaan, YB Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein masih bermimpi, angin Pantai Bachok yang kadang-kadang kencang gagal mengejutkannya dari mimpi yang diulit oleh bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan sendiri. Sayang sekali, mimpi ini semakin beralun indah apabila diberikan teraju mengendalikan duit wang ehsan yang entah dari mana datangnya.Bakal Menteri Besar sekali lagi mengegarkan ketenangan bumi Kelantan.





GEORGETOWN, 19 Feb: "Saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa memilih bulu, tidak sepertimana Umno dan Barisan Nasional (BN) dulunya. Sebab saya bukan cauvanis, diktator atau ekstrem terhadap orang Melayu terutamanya Islam," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan demikian semasa menerima kunjungan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan dan rombongan di pejabatnya di sini, semalam.Menurutnya, kebanyakan isu yang timbul kerana fitnah dari media elektronik mahupun cetak yang pro BN kerana mereka tidak senang melihat kemajuan yang dicapaikan oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak hampir dua tahun lalu.


