Kami Nak Idris, Binatang...

Cuma, ada perkara yang cukup mengguriskan perasaan rakyat khususnya orang melayu apabila terpampang dalam TV bagaimana ada kain rentang yang ditulis "Kami Nak Idris, Natang (Binatang)" Sampai macam tu sekali luahan hati penyokong setia Idris Jusoh melahirkan rasa marah mereka. Siapa yang BINATANG tu? Sultan atau pun Ahmad Said? Boleh jadi kain rentang tersebut ditujukan kepada Sultan dan mungkin juga ia ditujukan kepada Ahmad Said tetapi tidak ada lagi perkataan lain yang lebih lunak digunakan sebagai lambang lemah lembutnya melayu. Katalah ia ditujukan kepada Sultan, bermakna UMNO mengajar pengikutnya derhaka kepada Sultan. Sultan yang disanjung-sanjung selama ini telah dijadikan pula bahan cacian oleh mereka dan keluarga mereka.
Manakala, andaikata kain rentang tersebut ditujukan kepada Ahmad Said, bermakna UMNO mengajar pengikutnya supaya memaki hamun dengan gelaran BINATANG kepada mana-mana pemimpin yang tidak selari dan sebulu dengan mereka. Bila pemimpin UMNO sudah tidak sehaluan, mereka boleh panggil mereka BINATANG atau apa-apa perkataan yang dirasakan cukup untuk membangkitkan rasa marah, benci dan melauat. Kalau nak dikira buruknya Ahmad Said terhadap pimpinan PAS di dalam atau di luar sidang DUN Trengganu, rasanya inilah peluang yang cukup terbaik untuk pimpinan dan penyokong PAS di Trengganu memanggil Ahmad Said dengan perkataan yang kesat tetapi inilah dia akhlak yang ditunjukkan dalam Islam, bukan caranya kita nak memaki hamun seperti yang dilemparkan kepada kita selama ini.
Entah apa lagi yang mungkin dibuat oleh penyokong setia Idris Jusoh & UMNO di Trengganu. Polis perlu bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan, tidak mustahil selepas ini pemimpin-pemimpin mereka akan mengajar anak-anak buah setia ini untuk melakukan lebih dahsyat daripada apa yang dapat kita lihat semalam.
Datuk Sri Idris Jusoh, cukuplah, jangan buat malu. Sebagai bekas pelajar STAR seperti Datuk Sri, saya harap Datuk Sri bertindaklah dengan penuh kewarasan. Dengarlah nasihat Mursyidul Am kami, Datuk Nik Aziz Nik Mat kepada Datuk Sri semalam. Tuan Guru kata sepatutnya Datuk Sri menasihat penyokong Datuk Sri agar tidak bertindak negatif sekiranya Datuk Sri benar-benar redha tidak dilantik sebagai Menteri Besar.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
25 Mac 2008, 8.45 pagi
Taman Sri Kluanghttp:minda-kembara.blogspot.com/
25 Mac 2008, 8.45 pagi
Taman Sri Kluanghttp:minda-kembara.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment