Monday, March 31, 2008

Kena ikut perintah Sultan
Posted on Mac 31, 2008 oleh editor


KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, berharap Menteri Besar baru, Datuk Ahmad Said yang mengangkat sumpah jawatan semalam dapat melaksanakan tugas dengan amanah, bertanggungjawab dan penuh keikhlasan.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, turut mendoakan Ahmad, 51, agar dapat melaksanakan tugasan dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar sebaik mungkin.Dalam ucapan ringkas pada majlis serah tugas di tingkat 18 Wisma Darul Iman, Idris yang kelihatan tenang sempat berjenaka apabila meminta hadirin menepuk tangan kuat sedikit selepas beliau menyebut nama Ahmad sebagai Menteri Besar dalam kata-kata aluannya.



Hadirin pada majlis penyerahan tugas itu diam seketika apabila Ahmad dan Idris berpelukan selepas bertukar dokumen dan masing-masing saling membisikkan sesuatu sehingga beberapa Adun mengesatkan air mata.Majlis serah tugas pada jam 12.30 tengah hari itu diadakan selepas istiadat mengangkat sumpah Ahmad yang disempurnakan di hadapan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail di Istana Maziah.Penyerahan tugas itu disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong; Penasihat Undang-Undang Negeri, Noor Bahari Baharuddin dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah serta semua 22 Adun Barisan Nasional (BN)Idris ketika diajukan soalan pada sidang media bersama Ahmad selepas selesai majlis itu enggan menjawab sebarang pertanyaan sebaliknya berkata, beliau akan mengadakan sidang media berasingan selepas semuanya selesai.



Selepas sidang media dan selesai menikmati makan tengah hari, Ahmad dan Idris turun ke pejabat Menteri Besar di tingkat 16 untuk sesi bergambar.
Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan perbincangan selama kira-kira 30 minit sebelum Ahmad dan beberapa pegawai kerajaan negeri dilihat mengiringi Idris ke lif.
Idris yang sekali lagi diburu wartawan masih enggan menjawab sebarang pertanyaan dan hanya berlalu sambil tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan wartawan yang berada di situ.

No comments: