Nukilan DUNIABUDIN
Sebenarnya aku bukannya tahu sangat macam mana rupa babi. Ada orang kata ekornya pendek, kaki pendek dan hidung pendek. Cuma badannya besor, gemuk gedempol. Aku tak tahu babi suka makan apa. Cuma yang aku tahu, ada orang suka makan babi. HihiiiDalam Islam, babi haram dimakan dan dipegang. Najis besar. Sama macam anjing, minuman keras dan berzina.Tapi orang Melayu sebenarnya sukakan babi. Bila marah orang mereka akan sebut ``babi...'' Kalau orang beranak banyak, orang akan kata ``beranak macam babi...'' Sebab babi beranak berbelas ekor sekali mengandung. Entahlah. Aku cuma dengar cakap orang. Tak pernah tengok babi beranak.Tapi, babi tak pernah sebut ``manusia...'' bila marah babi lain.Setiap kali isu babi muncul, orang Melayu juga yang banyak bincang. Orang Melayu halang babi dipelihara di kawasan kampung Melayu. Memang wajarlah tu...
Orang China yang makan babipun tak sanggup hidu bau kandang babi dekat kampung mereka, apa lagi orang melayu yang tak makan babi.Tapi tak lama lagi babi mungkin akan masuk parlimen. Ahli politik akan bincang pasal babi di Selangor dalam parlimen. Sekarang ni baru bincang di peringkat tangga parlimen.Kerajaan Selangor sekarang kata nak 'bersepadukan' kawasan pemeliharaan babi. Nak kumpul kandang babi di satu tempat bagi mengelak ia berselerak di seluruh Selangor. Nak perkenalkan teknologi moden memelihara babi supaya baunya tidak berhijrah ke kawasan sekitar, air kumbahannya akan diproses dijadikan gas. (Bagus juga buat gas pemedih mata untuk polis lontar pada orang ramai yang tunjuk perasaan...)
Projek berkenaan sudahpun dibincangkan sejak era kerajaan lama.Tetapi sejauh mana tahap sensitiviti Melayu terhadap babi..? Adakah kerana ia babi, atau sekadar sebagai isu politik..? Sekarang ni, apa saja isu panas boleh dijadikan isu politik. Maklumlah, masing-masing nak tunjuk baik dan hebat.Minuman keraspun haram bagi umat Islam. Tetapi kenapa tak ada yang menegur kilang beer yang terletak dekat Kelana Jaya...? Kalau nak diikut, bau beer di kilang Carlsberg, Anchor dan Stout di Kelana Jaya tu dah lama menyengat hidung orang Melayu yang tinggal di kawasan berdekatan. Sedap saja diorang tu mabuk free. Sama macam rumah pangsa untuk orang Melayu di keliling loji najis Indahwater di Pantai dalam tuuuu.Dan kenapa masih ramai orang Melayu yang melanggah minuman haram tu..? Adakah kerana botol-botol beer ada tanda halal..?Isu bayi baru lahir yang dihumban dalam tong sampah. Kenapa tak ada pembelaan. Kenapa tidak dibincang secara meluas. Bayi-bayi yang dibuang dalam tong sampah atau dalam belukar tu sudah sah bayi hasil perbuatan zina.
Tidakkah zina juga haram bagi agama Islam...?Pihak berkuasa zina patut bekerja lebih keras untuk halang perbuatan haram tu.Kalau nak tunjuk alim, tunjuklah betul-betul. Bukan pasal isu babi saja... Bayangkan kalau tak ada pemelihara babi di Malaysia. Orang China tak boleh makan babi. Mereka beralih kepada ayam. Jawapnya, harga ayam akan lebih tinggi. orang Melayu terpaksa berebut ayam dengan orang China yang selama ini makan babi.Motif cerita ini: Biarlah China makan babi. Dan Melayu makan ayam....
No comments:
Post a Comment