Najib KesalBila Tentera Mengundi Pembangkang

Keluh kesah tentera masih lagi tidak di endahkan oleh orang nombor 2 negara ni. Sejak pegang jawatan Menteri Pertahan buat sekelian kalinya, tiada apa jaminan dari mulut beliau untuk membela kebajikan tentera. Ramai warga tentera mula merungut. Ada satu rungutan anggota tentera yang kecewa boleh disaksikan di laman blog ini.Kepada Najib, janganlah sibuk sangat pasal kebajikan felda sehinggakan kebajikan tentera dibawah kementeriannya diabaikan dan segalanya terjawab bila tentera mula berani menyuarakan bantahan menerusi peti undi pada pilihanraya lalu.
Maklumat yang diperolehi, baru- baru ini kepimpinan teringgi Angkatan Tentera semasa sesi dialog dengan warganya ada hangat seketika apabila kepimpinan ada menyatakan bahawa Najib terkilan serta sedih kerana majoriti Tentera memangkah pembangkang pada PRU12 lalu. Kepimpinan ATM khabarnya akan memanggil anggota terlibat bagi mengetahui punca mereka memihak kepada pembangkang. Katanya hanya untuk selidik je apa masalahnya (ntah-ntah nak amik tindakan kut). Undi tentera jelas bukan rahsia kerana setiap sampul surat kertas undi tertera nama penuh dan number servis serta ada nombor siri.Apapun tahniah kepada tentera kerana semangat berpasukan memilih pembangkang pada pilihanraya lalu. Kalau kena tindakan, semua akan kena. Betul tak? Jawapannya jelas... Keje penat-penat, gaji ciput, bonus tak dapat, tiada tambahan elaun, pencen dapat 3 ke 4 ratus. Tak payah arr buat kajian. Jawapan ni adalah segalanya. Pada Najib... Lu Pikir Arr Sendiri.
No comments:
Post a Comment