Friday, April 4, 2008




Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak nampak sudah berani untuk tidak menyatakan sokongan kepada presidennya yang dituntut berundur. Dia kelihatan sengaja mengelakkan diri dari menyatakan lagi supaya Presiden jangan dicabar. Dia hanya berkata "hentikan spekulasi PM undur" seperti yang dilaporkan Malaysiakini.Bacalah betul-betul apa yang tersirat bila Najib kata, "beliau (Perdana Menteri) memutuskan untuk meneruskan kepimpinannya dan berhak meneruskan kepimpinan".Beliau juga mahu supaya diberikan sepenuh perhatian kepada usaha memulihkan Umno. Adakah itu bermakna sokongan kepada usaha Tengku Razaleig Hamzah hendak merawat Umno? Pemulihan tentulah memerlukan rawatan.Dan tidak lama selepas itu beliau berkata beliau "tidak mencampuri urusan pertandingan jawatan dalam Umno".
Tidak campur maknanya Najib akan biarkan Presiden Umno terkonteng-konteng mempertahankan diri.Malaysiakini juga melaporkan sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua Pemuda Umno dalam pemilihan agung parti itu Disember ini.Beliau berkata, "Saya melepaskan jawatan ini bukan kerana tekanan tetapi bergerak untuk melakukan reformasi dalam parti". Mempersiapkan pasukan?Adakah semuanya sedar dari lamunan bila Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau telahpun mengubah fikirannya terhadap Najib?

No comments: