Pembukaan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini: Detik perjuangan orang Melayu bermula
MESYUARAT Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Kedua Belas Dewan Rakyat bermula hari ini. Bagaimana agaknya lagak barisan parti pemerintah, Barisan Nasional
(BN) berdepan dengan barisan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Ismail.Dalam kotak fikiran penulis mahupun orang ramai sudah terbayang bermacam-macam agenda dan keghairahan pasti terpapar di setiap wajah Ahli Dewan Rakyat (ADR) terutama mereka pertama kali menjejak kaki di Bangunan Parlimen sebagai Ahli Yang Berhormat. Ini kerana apa yang ingin dilontarkan mereka adalah terjemahan dan permintaan rakyat yang semakin dahagakan perubahan.Tidak kurang juga detik bersejarah ini akan memberi sedikit gambaran sama ada segala kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat ADR BN negeri Sabah menyertai PR akan menjadi kenyataan atau sebaliknya selain pertanyaan mampukah BN terus bertahan lama sebagai kerajaan memerintah?
MESYUARAT Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Kedua Belas Dewan Rakyat bermula hari ini. Bagaimana agaknya lagak barisan parti pemerintah, Barisan Nasional

Sebagai parti yang memperjuangkan agenda ketuanan Melayu, orang ramai tentu sekali tertunggu-tunggu sama ada ADR UMNO, PKR mahupun PAS berupaya menegak agenda ketuanan Melayu dalam setiap perbahasan usul tanpa mengambil kira ideologi politik dipegang. Ketiga-tiga parti ini perlu menerima hakikat kebangkitan bangsa mereka sendiri yang mahukan kehidupan lebih bermaruah tanpa ada jurang pemisah baik mereka yang kaya mahupun miskin.Lantaran itulah, kita ingin melihat bagaimana Pak Lah selaku Perdana Menteri dan barisan kaninet barunya mampu menjawab setiap usul dengan tertib dan setiap perdebatan sesama ADR tidak berakhir dengan makin hamun nista yang melampau.
Kita tidak mahu ada dikalangan ADR menunjukkan aksi 'hero' dalam dewan tetapi tidak membawa apa-apa makna.Dalam lain perkataan, semua yang bersidang dalam dewan yang mulia ini harus menjaga tatasusila dan setiap usul dikemukakan membawa kepada kesejahteraan rakyat khususnya orang Melayu.Dan diharapkan juga Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dilaporkan bersedia membuat siaran langsung pada sesi persidangan kali ini lebih bersikap telus dan terbuka dalam liputan mereka tanpa kewujudan unsur prejudis.Kepada semua ADR, selamat bersidang!
No comments:
Post a Comment