Sunday, May 18, 2008


Krisis Beras, Ahli PAS Perlu Tunjuk contoh


Oleh BPPNS


"Tidak dinafikan kerajaan gagal menangani krisis beras. Itu kesalahan di pihak kerajaan. Di pihak kita ? Kita sebagai ahli terutama diperingkat kepimpinan pula haruslah menunjukkan contoh kepada masyarakat agar berjimat cermat. Barulah mereka akan yakin dengan apa yang kita perjuangkan. Justeru itu mesej ini perlu disampaikan kepada semua kepimpinan dan ahli agar mereka dapat menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Antara sikap berjimat cermat yang seharusnya ditonjolkan ialah : 1. Elakkan makan di luar, melainkan tidak dapat elak (dalam musafir dsbnya). Amalkan makan dirumah , walaupun lauk telor goreng, ikan masin dsbnya. Paling tidak beli lauk saja , nasi masak, makan bersama keluarga di rumah.



Tolong isteri masak sekali-sekala. 2. Simpan lauk yang berlebih , nasi dan sebagainya dalam peti ais. Panaskan semula lauk ini untuk hari kemudian. Jangan membazir lauk dan nasi. Buat nasi goreng segera, campur saja dengan lauk-lauk, sedap. 3. Elakkan minum teh tarik, kopi tongkat ali, melepak di kedai-kedai. Kalau perlu beli kopi Radix dsbnya, lebih baik lepak di Markas, PASTI, Pusat Khidmat, sediakan air panas sahaja dan biskut tawar. 4. Nasihatkan ahli kita yang merokok berhenti rokok, atau beransur-ansur berhenti rokok atau jangan merokok depan orang yang tidak merokok, terutamanya anak-anak. 5. Kepimpinan harus mengamalkan sikap kitar semula.



Ajar anak-anak kumpul kertas, plastik dan besi. Selepas banyak boleh jual atau kumpulkan di rumah mereka yang boleh jual di pusat kitar semula. Mungkin boleh dapat RM 50 sebulan, nampak tak banyak, tapi kalau dah 100 rumah buat macam ni RM 5000. Bukan soal duit, tapi tanam sikap berjimat cermat , jaga alam sekitar, kurangkan sampah. Banyak lagi amalan berjimat cermat yang lain, yang masih ramai di kalangan kita yang alpa.



Penjimatan elektrik, air dsbnya. Untuk membantu mereka yang susah dalam krisis beras ini , lancarkan Program Satu Keluarga Sekampit Beras Setiap Bulan, dimana setiap ahli yang mampu beri sumbangan sekampit beras setiap bulan dan kumpulkan di markas atau Pusat Khidmat DUN utk diagihkan keluarga miskin di kawasan setempat. Jangan pandang kelemahan orang sahaja, pandang kelemahan sendiri "

No comments: