Anwar Meliwat Lagi? Bila nak bawa tilam sebagai bukti….
oleh HermanSamsudeen
Gila!…itulah yang terhambur dari mulut teman-teman yang ditemui lewat minggu lalu berhubung dakwaan seorang pemuda, Saiful Bukhari Azlan, 23 yang mengaku bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.Ramai melihat bahawa ini adalah konspirasi terbaru terhadap Anwar. Isteri beliau Dr. Wan Azizah dan pimpinan tertinggi KeADILan dalam temuramah media semalam mendedahkan bahawa terdapat beberapa ugutan bunuh dikirimkan kepada Anwar.Malah selepas dakwaan baru ini wujud, Anwar terpaksa disembunyikan bagi tujuan keselamatan. Keadaan menjadi havoc di hadapan kedutaan Turki ekoran khabar angin yang mengatakan Anwar berada disitu. Penyokong-penyokong Anwar bersedia menunggu dihadapan Kedutaan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakri Zinin, berkata kes itu akan disiasat dengan teliti dan terperinci dan berharap agar semua pihak bekerjasama.
Saiful, lelaki yang mengaku diliwat pernah dilihat berada dipejabat Najib dan ini menimbulkan banyak tanda tanya tentang hubungan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri itu. Rakyat mengetahui bahawa Najib juga merupakan individu yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan wanita mongolia, Altantuya.Jadi konspirasi menjatuhkan Anwar melalui tuduhan liwat sengaja dilakukan bagi memastikan peluang Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil dinafikan sekaligus menolak peluang Anwar menjatuhkan Kerajaan BN. Teori politik ini dibawa ketengah oleh ramai pemerhati yang begitu sangsi dengan cara dakwaan yang dibuat.Adakah benar Anwar mempunyai keinginan seks luar biasa atau cerita ini sengaja direka bagi membunuh karier politik beliau yang kembali bersinar.Dahulu, tuduhan liwat ke atas beliau dan Sukma Darmawan Sasmita Atmadja di tolak oleh mahkamah. Malah Mahathir sendiri mengesahkan bahawa apa yang berlaku pada Anwar pada tahun 1997 adalah suatu perancangan politik yang diluar kawalan.
Kali ini dengan nafas yang kian sesak, pemimpin BN mengirimkan serangan yang begitu mengugat kredibiliti Anwar. Dan tidak mustahil, tak lama lagi akan ada VIDEO Rakaman terbaru berhubung kes ini yang dijadikan bahan bukti atau ada tilam lagi yang diusung turun naik mahkamah...tunggu episod yang seterusnya.....kita lihat siapa yang menipu..."
No comments:
Post a Comment