Petra: Isteri Najib di 'lokasi jenayah'
Jun 20, 08 10:33pm
MALAYSIAKINI
MALAYSIAKINI

Beliau menamakan dua individu lagi itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya seorang pakar bom 'C4' dan isterinya yang yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.Laporan perisikanMayat Altantuya didakwa telah hancur dibom dengan 'C4' di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam. Kes perbicaraan pembunuhannya masih berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Dalam akuan itu, Raja Petra mendakwa kolonel itu yang memasang bom C4 di beberapa tempat di badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan pengawal peribadinya.Raja Petra mendakwa lagi, beliau membuat akuan itu kerana beliau mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai pembabitan orang-orang berkenaan yang sehingga ini belum dikaitkan atau dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaraya dalam kes perbicaraan kes tersebut.Penulis blog sensasi itu berkata, beliau juga membuat akuan bersumpah tersebut kerana beliau sedar bahawa menjadi kesalahan jika tidak mendedahkan bukti-bukti yang boleh membantu polis dalam siasatan kes jenayah.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raja Petra mengesahkan kandungan akuan bersumpah tersebut - yang kini dimuatkan di sebuah blog (bukan Malaysia Today).Beliau juga mendakwa dalam akuannya itu bahawa beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari mengenai dakwaan pembabitan isteri Najib.Raja Petra mendakwa lagi, Abdullah menerima satu laporan bertulis daripada pihak perisikan tentera, yang mengesahkan pendedahan beliau itu. Laporan tersebut, dakwa Raja Petra, kemudiannya diserahkan kepada menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin untuk disimpan dengan selamat.Selain Abdullah dan Khairy, dakwa Raja Petra, "seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan."Dakwaan terbaruPenulis itu bagaimanapun tidak mendedahkan beberapa nama yang didakwanya mempunyai maklumat tentang perkara itu.Raja Petra berkata, beliau membuat akuan bersumpah itu untuk menggesa semua pihak berkenaan tampil bagi mendedahkan maklumat sebenar agar polis dapat menjalankan siasatan terperinci.
Dalam temubual melalui telefon, Raja Petra menjelaskan alasannya tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis.Penulis blog berkata, memandangkan tiada tindakan diambil terhadap laporan polisnya pada 2001 - ketika beliau mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis berpangkat tinggi - beliau tidak yakin lagi untuk membuat laporan polis.Polis telah menyiasat Raja Petra awal bulan lalu berhubung artikelnya bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' - juga mengaitkan Najib dan Rosnah dalam kes pembunuhan kontroversi itu.Penganalisa politik Abdul Razak Baginda - yang dikaitkan dengan menteri pertahanan itu - dan dua anggota polis pasukan khas UTK sedang dibicarakan berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu. Jika sabit kesalahan, ketiga-tiganya boleh dikenakan hukuman mati. Berita asal
No comments:
Post a Comment