Sunday, September 28, 2008


Khalid Samad - Sudahlah




"Semalam 27 September 2008, akhbar Sinar Harian(Edisi Terengganu) ada menyiarkan di muka depannya tajuk 'Mustafa Ali Perlu Dikenakan Tindakan Disiplin: Khalid'. Setelah Mustafa Ali berjumpa dengan TGNA dan telah berbincang dari hati ke hati berhubung kenyataannya yang kononnya kontroversi mengenai 916 dulu, ingatkan isu ini sudah selesai. Lagipun Cikgu Pa pun telah faham dan menerima teguran TGNA itu dengan lapang dada. TGNA pun menganggap insiden itu seperti carik-carik bulu ayam. Isu itu sepatutnya telah selesai di peringkat pimpinan.Tetapi sungguh malang,ianya telah cuba disensasikan lagi oleh YB Khalid dengan tersiarnya kenyataannya di akhbar Sinar Harian itu.Ternyata YB Khalid masih tidak berpuashati dengan Cikgu Pa.


Masih ada misi yang belum selesai lagi terhadap Cikgu Pa.YB Khalid mahu Cikgu Pa diambil tindakan disiplin kerana menyalahgunakan kedudukannya di Harakah.YB Khalid juga mahu Cikgu Pa juga mohon maaf secara terbuka di atas kesilapanya.Jika TGNA sebagai Mursyidul Am,telah menerima mengadap Cikgu Pa,dan telah berpuashati(saya kira) penjelasannya,apa pula halnya YB Khalid ini.YB Khalid adalah salah seorang pimpinan tertinggi,sepatutnya turut berlapang dadalah.Saya juga bersetuju dengan saranan supaya hentikanlah polemik yang tidak berfaedah ini.Lainlah,kalau ada agenda yang lain lagi.Itu kena tepuk dada tanya nafsu sendirilah.Saya pernah menerima pengisian daripada Khalid dalam satu tamrin di Taman Melewar pertengahan 80an dulu.Saya juga pernah mengikuti perbahasan yang disertai Khalid di muktamar Pas pada ketika itu.Saya rasa Khalid adalah seorang pemimpin muda yang berkaliber.Walaupun tidaklah menonjol seperti Cikgu Pa, Ustaz Bakar Chik,Muhammad Sabu,Malek Hussain atau Mahfuz yang juga pemimpin muda waktu itu.Tetapi dia ada identiti tersendiri.Mungkin kerana tidak ada bakat pidato menyebabkan dia tidak menonjol sangat.Maaflah,pemimpin-pemimpin Pas sekarang ini pun terdiri daripada tokoh-tokoh pidato.Kata orang nak jadi pemimpin Pas kenalah pandai pidato.Sebagai seorang yang muda remaja waktu itu,saya amat berharap Khalid akan berada di barisan tertinggi Pas.Dan sekarang alhamdulillah Khalid berada dikedudukan itu.


Khalid sepatutnya mengekalkan identitinya dan menjadi lebih tawadhuk bersama usianya.Lebih-lebih lagi Khalid amat arif dengan adab-adab berharakah.Tetapi sebaliknya yang berlaku.Kritikan dan serangannya terhadap Cikgu Pa agak keterlaluan.Sudah nampak keangkuhan dan kesombongan.Mungkin juga kerana Khalid sekarang tidak seperti dulu.Sekarang sudah menjadi salah seorang timbalan pesuruhjaya.Sudah ada status MP.Mungkin pandangannya sudah mahu didengar dan diambil perhatian.Sudah boleh menghentam sesiapa sahaja yang difikirkan tidak sehaluan dengannya.Sudah boleh mengkondem rakan partinya(Pas Terengganu) yang kalah.Sudah boleh mendabik dada dengan kejayaan uslub Pas negeri yang dipimpinnya telah diterima oleh orang Islam dan bukan islam.Sehingga dapat turut menyumbang kepada kejatuhan BN di situ.Sudahlah Khalid.Janganlah keterbukaan Pas telah diambil kesempatan untuk mendedahkan kebusukkan hati sendiri.Sepatutnya saudara


Khalid menunjukkan dirinya lebih baik dari Mustafa Ali yang dibencinya itu.Khalid sepatutnya menyedari Mustafa Ali sudah beransur pergi.Tak perlulah menghambatnya.Takut orang melihat saudara Khalid terlalu biadap.Jika ini terjadi ahli-ahli Pas yang berhak menaikkan saudara akan menurunkan saudara.Saya rasa saudara Khalid masih ada kesempatan mengkoreksi diri.Lebih-lebih lagi dibulan yang mulia ini.Bulan bermuhasabah bukan bulan bertikam lidah.Saudara Khalid....


..Demo le ni... dok seperti mulo...... "

No comments: