PAS tunggu kena ‘sembelih’?
Oleh melayunett
"Semua maklum bahawa adalah tidak mustahil nasib PAS akan dipersia-siakan sekiranya pentadbiran kuasa tidak berada dalam tangan mereka sekalipun mereka yang
membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.Mufti Perlis dalam blognya menjelaskan bahawa dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.

Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab.
Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah.
Justeru, ahli-ahli PAS mestilah sentiasa berhati-hati dan jangan cuai. PAS dilihat banyak dipimpin dari memimpin. Kalau pun PAS menyokong kuat Anwar, PAS mestilah ada perancangan sendiri dan jangan terlalu bergantung kepada perancangan orang lain. Paling kurang pun, PAS mesti ada perancangan jangka pendek dan jangka panjang berhubung cara-cara mencapai matlamat pelaksanaan konsep-konsep Islam. Sebagai contoh, PAS memerintah Kedah dan Kelantan dan MB pun dari PAS. Sewajarnya, PAS melaksanakan program-program menyedarkan golongan pelajar dan masyarakat tentang konsep hudud dan qisas yang sebenarnya. Paling tidak, PAS sepatutnya membuat pamphlet-pamplet yang menjelaskan dan membetulkan salahfaham tentang hukuman dan syariah Islam dan kesemua maklumat ini perlu disampaikan kepada golongan pelajar. Kalau kawasan sekolah tidak boleh dimasuki untuk menjelaskan Islam, PAS perlu membuat perancangan agar nota-nota ini dapat disampaikan juga kepada masyarakat melalui aktivis-aktivis PAS.
Baguslah kalau kepimpinan PAS zuhud dan tidak materialistic. Tapi itu bukan alasan untuk tidak bersungguh-sungguh menjayakan kerjasama ekonomi. Sehingga hari ini, tidak kedengaran apa-apa mesyuarat atau kerjasama ekonomi secara terancang antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Sepatutnya, kesemua pemimpin Pakatan Rakyat bekerjasama dan membuat kerjasama ekonomi antara negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Negeri yang banyak ternakan boleh menjual dengan harga yang murah sedikit kepada negeri lain dan begitu juga dalam isu-isu lain. PAS dilihat lebih selesa berceramah kepada golongan kaki masjid. Kalau dah golongan tu golongan kaki masjid, tentulah mereka dah ada asas agama yang agak kuat. Hassan al Bana berceramah kepada golongan kaki disko dan golongan sesat. PAS patut berhenti mengambil langkah mudah dan patut lebih bersungguh-sungguh.
Semoga perjuangan sentiasa dibuat secara terancang dan teliti."
No comments:
Post a Comment