Cina Pun Sokong tindakan Kedah Roboh Rumah Sembelihan Babi.

"Sapa kata Cina marah. I tak marah, mak I...", katanya sambil menunjuk jari kepada emaknya yang sedang melayan seorang pelanggan lain, "Mak I pun tak marah. Semua 7 adik beradik kami di rumah ni pun tak marah! Kalau you pi tanya orang Cina lain pun, I percaya ramai yang macam I juga, tak marah""Kalau rumah sembelih lembu duduk kat situ, duduk tengah-tengah pekan, duduk dekat tempat kedai makan dan pasar, kemudian kerajaan pi roboh, you marah dak?", tanya pemuda itu."Pasai apa nak marah, saya tak marah", jawab saya."Sebab tu kami juga tak marah. Memang patut rumah sembelih di tempat dekat dengan orang ramai berkumpoi macam tu diroboh, baunya tak elok, macam rumah sembelih lembu juga, baunya mesti tak elok", jelasnya."Tapi DAP marah, depa keluar Pakatan", kata saya."Depa keluar sebab depa tak cerdik. Orang cerdik tak marah benda tak elok ada depan depa!", kata pemuda itu sambil memasukkan nombor kredit ke dalam telefon bimbit saya.ALOR SETAR: Penduduk Kampung Berjaya di sini meminta pihak berkenaan tidak mempolitikkan keputusan menutup tempat penyembelihan babi di situ kerana mereka sememangnya menyokong langkah itu.
Peniaga, Azizan Ahmad, 50, berkata kebanyakan penduduk di sekitar kawasan penyembelihan itu memang mahukan tempat berkenaan ditutup kerana berasa tidak selesa akibat bau busuk dan kotor.Katanya rata-rata penduduk di kawasan berhampiran tidak menunjukkan tanda bantahan dan akur dengan perintah supaya tempat penyembelihan yang beroperasi sejak lebih 30 tahun lalu itu ditutup."Ia tidak harus dipolitikkan atau dijadikan sebagai alasan untuk DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang di negeri ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Basharudin Said, 65, berkata tindakan DAP itu seolah-olah ia tidak memikirkan kehendak penduduk setempat yang mahu tempat penyembelihan berkenaan ditutup."Tanya la siapa pun, semua setuju tempat tu tutup sebab busuk... kedai dekat-dekat sini pun merungut sebab pelanggan kurang makan minum di kedai mereka," katanya.
Seorang mekanik Tan Khien Hin, 48, menyifatkan tindakan DAP itu sia-sia kerana majoriti penduduk bersetuju dengan penutupan tempat penyembelihan berkenaan."Tempat tu memang wajar tutup sebab dah lama ada di situ, tidak sesuai dah dengan keadaan sekarang, lagipun ada tempat lain lagi untuk sembelih (babi)," katanya. Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.
http://pendikargunung.blogspot.com/"
No comments:
Post a Comment