Wednesday, August 26, 2009

Hukum Sebat: Jangan hina hukum Islam


Oleh Mohd Nur Amin
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta semua pihak menghormati pendirian Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang enggan mengemuka rayuan dan dengan rela hati menerima hukuman sebat yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang atas kesalahan meminum arak demi memelihara maruah agamanya.
DPPN Pk juga menyokong penuh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkaitan perlaksanaan hukuman sebat ini sebagai satu cara untuk mendidik semua pihak agar tidak meminum minuman arak. Ianya juga adalah sebahagian dari hukuman yang telah dilaksanakan di dalam sebuah Negara Islam suatu ketika dahulu.
DPPN Pk amat kecewa dengan kenyataan dangkal Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang mempertikaikan cara terbaik pelaksanaan hukuman sebatan secara Islam sedangkan prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada dinyata dan diperincikan secara jelas melalui Enakmen 8 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 melalui Seksyen 125 dan 126.
Ini jelas menunjukkan kegagalan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dalam memberi perhatian apatah lagi menyediakan persiapan bagi hukuman sebat yang telah sekian lama diluluskan oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional sendiri melalui Enakmen Syariah Negeri Pahang.
DPPN Pk menghormati dan yakin bahawa Kartika yang akan menjalankan hukuman sebatan itu amat memahami akan tuntutan ke atasnya sebagai seorang muslimah yang memastikan selain bertaubat, ianya perlu menjalani hukuman yang ditetapkan Allah sebagai penganjaran kepada seluruh ummat Islam yang lain supaya tidak terjebak dalam perkara mungkar yang ditegah Agama.
Jesteru, DPPN Pk kesal atas sikap pihak-pihak tertentu yang cuba menghindari perlaksanaan hukuman sebat yang dituntut Agama dengan alasan yang direka-reka kerana ianya akan membawa kepada persepsi yang merendahkan martabat hukuman Syariah yang boleh menghina perlaksanaan hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah.

MOHD NUR AMIN
Timbalan Ketua,Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments: