Monday, August 31, 2009

Merdeka: Disambut dingin tapi PM tahu puncanya..


Oleh: hazik
"Esok negara kita akan menyambut 52 tahun Kemerdekaan. Hari 1 Malaysia di bawah PM 1 Malaysia, Najib Tun Razak. PM yang dilabel hanya layak diberi gred C oleh seorang tamu NTV7 semasa ditanya tentang sempena 100 hari PM Najib. Difahamkan isu itu juga menjadikan host rancangan (di NTV7) tersebut diarah bertukar ke bahagian lain kerana mencalar imej Najib.Sebelum Najib menjadi PM banyak kisah dan cerita telah berlaku ke atas dirinya. Sehinggakan ada usaha supaya PM (ketika itu) Pak Lah meneruskan jawatannya sehingga PRU13. Apapun semua harapan menjadi kenangan apabila kenyataan yang ada terpaksa diterima sehendaknya.Rakyat marhaen menerima sahaja apa yang berlaku. Begitu juga para pemimpin terpaksa menerima dan menempuh cabar yang menggegar. Boleh menggegar seluruh negara dek karenah mereka yang bersekutu dengan PM Najib PM 1 Malaysia.
Sebelum Najib menjadi PM pun dia telah berjaya mengegar negeri Perak yang dirampas dari kerajaan PR. Apabila dia menjadi PM, rakyat (malah seluruh dunia) disaksikan dengan peristiwa 7 Mei di sidang DUN Perak dimana speaker yang sah dihumban keluar. Itu kerja orang yang bersekutu dengan PM Najib.Rakyat marhaen boleh menerima dan adakalanya mereka boleh menolak. Penolakan rakyat jelas diterjemahkan dalam kertas undi pada siri PRK yang diadakan. Entah apa nasib yang menimpa PM 1 Malaysia yang tidak pernah berlaku pada PM sebelumnya.
Kekalahan BN dalam semua PRK kecuali di Batang Ai menjelaskan rakyat memprotes apa yang dibuat BN dan pemimpinnya. Pada PRK terbaru (Permatang Pasir) PM Najib tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya sehingga dia mengaku tahu apa punca sebaliknya enggan pula menjelaskan kepada pemberita bila ditanya.Oleh itu kedinginan rakyat untuk meraikan hari 1 Malaysia tentunya PM Najib dapat jawapannya. Walau bagaimanapun tak perlulah dijawab kerana rakyat Malaysia tahu bahawa 31 Ogos 2009 adalah Hari Merdeka yang ke-52.


MERDEKA...! MERDEKA...! MERDEKA...!!

No comments: