IPOH: Pejabat Menteri Besar Perak hari ini mengumumkan senarai portfolio 10 anggota Exco kerajaan campuran negeri yang mengangkat sumpah jawatan Sabtu lalu dan portfolio yang dipegang: Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin. Menteri Besar bertanggungjawab bagi portfolio Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar. Senarai portfolio bagi 10 Exco yang terdiri daripada enam anggota Dewan Undangan Negeri dari DAP, tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang wakil Pas, mengikut kenyataan yang dikeluarkan di sini ialah seperti berikut:
Monday, March 31, 2008
IPOH: Pejabat Menteri Besar Perak hari ini mengumumkan senarai portfolio 10 anggota Exco kerajaan campuran negeri yang mengangkat sumpah jawatan Sabtu lalu dan portfolio yang dipegang: Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin. Menteri Besar bertanggungjawab bagi portfolio Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar. Senarai portfolio bagi 10 Exco yang terdiri daripada enam anggota Dewan Undangan Negeri dari DAP, tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang wakil Pas, mengikut kenyataan yang dikeluarkan di sini ialah seperti berikut:
Posted on Mac 31, 2008 oleh editor
KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, berharap Menteri Besar baru, Datuk Ahmad Said yang mengangkat sumpah jawatan semalam dapat melaksanakan tugas dengan amanah, bertanggungjawab dan penuh keikhlasan.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, turut mendoakan Ahmad, 51, agar dapat melaksanakan tugasan dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar sebaik mungkin.Dalam ucapan ringkas pada majlis serah tugas di tingkat 18 Wisma Darul Iman, Idris yang kelihatan tenang sempat berjenaka apabila meminta hadirin menepuk tangan kuat sedikit selepas beliau menyebut nama Ahmad sebagai Menteri Besar dalam kata-kata aluannya.

Hadirin pada majlis penyerahan tugas itu diam seketika apabila Ahmad dan Idris berpelukan selepas bertukar dokumen dan masing-masing saling membisikkan sesuatu sehingga beberapa Adun mengesatkan air mata.Majlis serah tugas pada jam 12.30 tengah hari itu diadakan selepas istiadat mengangkat sumpah Ahmad yang disempurnakan di hadapan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail di Istana Maziah.Penyerahan tugas itu disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong; Penasihat Undang-Undang Negeri, Noor Bahari Baharuddin dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah serta semua 22 Adun Barisan Nasional (BN)Idris ketika diajukan soalan pada sidang media bersama Ahmad selepas selesai majlis itu enggan menjawab sebarang pertanyaan sebaliknya berkata, beliau akan mengadakan sidang media berasingan selepas semuanya selesai.
Selepas sidang media dan selesai menikmati makan tengah hari, Ahmad dan Idris turun ke pejabat Menteri Besar di tingkat 16 untuk sesi bergambar.
Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan perbincangan selama kira-kira 30 minit sebelum Ahmad dan beberapa pegawai kerajaan negeri dilihat mengiringi Idris ke lif.
Idris yang sekali lagi diburu wartawan masih enggan menjawab sebarang pertanyaan dan hanya berlalu sambil tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan wartawan yang berada di situ.
Siapa Speaker DUN Kelantan?
TANGGAL 28 April ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), dijangka akan dipanggil ke persidangan khas untuk memilih Yang Dipertua (Speaker) DUN Kelantan. Speaker DUN Kelantan yang lalu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah tidak mungkin lagi dipilih. Wan Rahim



Saturday, March 29, 2008
Dipos oleh cikgunurionline di Mac 28, 2008
ASSALAMULAIKUM..
9 Mac - Selepas berjaya mempertahankan Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh cuba menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, namun gagal menemui baginda sehingga tengah malam.
10 Mac - Majlis angkat sumpah MB (Idris Jusoh) di tangguhkan.
12 Mac - Nama Ahmad Said (ADUN Ajil) adalah antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris.
Iktibar apa yang berlaku terhadap Idris JusohMSO
NASIB malang yang menimpa bekas MB Terengganu, Idris Jusoh bukan perlu diinsafi oleh dirinya seorang sahaja. Pengalaman dan peristiwa itu boleh dikongsi oleh banyak manusia khususnya manusia politik. Bila kejadian itu menimpa Idris janganlah ada yang bertepuk girang atas apa yang berlaku.Kejadian itu ada iktibarnya. Ada pengajaran tersembunyi di sebalik apa yang berlaku itu. Apa yang boleh dilihat dengan jelas bahawa manusia itu sekadar mampu berusaha sahaja, tetapi yang menentukan Tuhan juga.Ia juga memberi jawaban bahawa kalau pun kita beriya untuk jadi MB, melakukan apa saja termasuk mewujudkan media untuk naik diri sendiri, menggunakan wang, menyusun dan mencaturkan parti, tetapi kalau Tuhan tidak izin ia tetap tidak diperolehi.
Dalam hal ini kuasa dan ketentuan Tuhan itu megatasi kuasa dan keinginan nafsu manusia.Rancanglah, apa-apa pun keputusan akhirnya ia ditangan Tuhan juga. Sesetengah ahli politik bukan main lagi merancang untuk masa depannya dalam politik. Menyusun strategi sampai menyeksa dan mengan

Apa yang berlaku sangat mencemaskan. Namun Pas masih terselamat kerana wujud gelombang yang inginkan Pas menang. Kepulangan anak-anak Kelantan di perantuan yang diangarkan lebih 20,000 menyelamatkan Kerajaan Pas. Mereka ini tidak tahu apa yang berlaku di dalam jubah Pas dan menerima Pas sebagai parti yang ideal daripada BN. Hakikat di dalam Pas sendiri agak parah pasa pilihan raya lalu. Jadi kesyukuran dan tahniah harus diberikan kepada gelombang dan kesungguhan anak-anak Kelantan yang pulang untuk mempertahankan Kerajaan Pas Kelantan! Projek debu, kambing, kifalaah dan dinar tidak memberi sumbangan besar dalam kejayaan Pas dalam pilihan raya lalu.Strategi dan percaturan bukan saja semasa menamakan calon-calon pada pilihan raya. Semasa membentuk barisan Exco juga khabarnya berlaku kegawatan. Sekurang-kurang dua senarai diserahkan kepada pihak Istana untuk disahkan. Dalam usaha ini ada orang yang menggunakan kedudukan dan popularitinya menafikan hak orang lain. Mengejutkan nama yang disenarikan oleh orang berkenaan ditolak oleh Istana! Situasi ini sampai memeningkan kepala Tok Guru Nik Aziz. Sebab itulah kalau dilihat kepada barisan Exco Kelantan hari ini ia semacam tidak seimbang. Benarlah kritikan Ibrahim Ali, semasa berceramah di Putik dua tiga malam lepas, bahawa perlantikan Exco Kelantan tertompok di sesuatu kawasan sahaja dan bukan menyeluruh.
Politiking dalam Pas Kelantan akhir-akhir ini membimbangkan. Ia boleh mendatangkan masalah kepada Pas jika dibiarkan. Kemenangan cemerlang Pas dalam pilihan raya dulu tidak menjamin Pas akan selamat dan terus kuat. Selagi ada mereka yang bernafsu besar untuk berkuasa dan menunjukkan hebat, Pas Kelantan tetap terbuka kepada masalah. Apa yang dapat dirasakan, menjelang penguduran Nik Aziz sebagai MB Kelantan akanmencetuskan ruang kepada pergolakan itu. Di sini saya tidak bercadang mengulas lanjut. Cuma ingin berpesan supaya menjelang penguduran Nik Azi sebagai MB, Pas harus bersiap sedia. Paling penting Nik Aziz sendiri perlu menamakan siapa penggantinya dengan mengambil kira sokongan akar umbi. Cadangan beliau sebelum ini untuk menyerahkan kepada badan Perhubungan Pas Kelantan memilih dan menentukan siapa yang layak menjadi MB adalah baik dan sangat tepat. Pilihan badan itu mencerminkan kehendak akar umbi dan bukannya dari telunjuk pihak tertentu.Apapun nasib yang menimpa Idris Jusoh hendaklah diinsafi oleh semua ahli politik. Mereka jangan mengira peracangan yang mereka lakukan sempurna, sebaliknya perancangan Allah lagi sempurna dan kamil. [wm.kl 3:00 am 28/03/08]
Bayangan kejatuhan kerajaan BN makin hampir - Nik Aziz
Salmah Mat Husain Fri Mar 28, 08 4:17:47 pm MYT
KOTA BHARU, 28 Mac (Hrkh) - Bayangan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah menampakkan riaknya berdasar kepada banyak konflik yang gagal diselesaikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS dan KeADILan dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) serta DAP akan menjadi parti pilihan kepada rakyat. "Kerajaan BN yang memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun ternyata gagal membela nasib rakyat. Dan rakyat mulai sedar apa yang berlaku sekarang. "Keadaan itu disokong pula kejayaan PAS mentadbir Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu. Kita mengutamakan ehsan dan kebajikan rakyat," katanya di sini, baru-baru ini.
Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu, BA dan DAP memenangi 82 kerusi parlimen manakala BN mendapat 140. Hasil keputusan itu menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen. Kerajaan BN juga tidak lagi dapat meminda rang undang-undang yang melibatkan perkara-perkara pokok berkaitan perlembagaan. Keadaan tambah bercelaru apabila dua pemimpin Umno menolak tawaran jawatan timbalan menteri iaitu Dato' Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Datuk Anifah Aman.
Manakala dua hari lalu Iimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Abdul Ghaffur Salleh juga meletak jawatan. Dan tidak dapat ditolak lagi kemungkinan besar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok meletak jawatan selepas ini. Manakala ada pihak pula mendakwa sekurang-kurang 30 anggota parlimen BN dikatakan bersedia meninggalkan parti itu dan menyertai pembangkang dalam masa terdekat ini. Dan apabila teori itu menjadi kenyataan ia bermakna jumlah anggota BN akan susut daripada 140 sekarang kepada 110 dan pembangkang pula meningkat daripada 82 kepada 112. Berdasar kepada kemungkinan itu bermakna pembangkang yang sedang diperkukuhkan di atas nama BA mampu membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perjuangan Islam tidak ada dalam kamus Umno sehingga mereka melakukan apa sahaja tanpa batasan agama. Menurutnya Umno tidak mengajar penyokong dan rakyatnya mentaati Allah dan Rasulullah saw sebagaimana yang dilakukan pemimpin PAS. "Kerana itu amat wajar rakyat tidak mengekalkan kuasa penuh kepada Umno," ujarnya. - mj/ mr -->
Thursday, March 27, 2008

KUALA TERENGGANU, 26 Mac: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiag mereka itu berkuatkuasa serta merta.Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.
Mafrel siasat undi pos di kem tentera di Kelantan
Oleh Muhammad Yusri Amin Thu Mar 27, 08 1:17:42 pm MYT
KOTA BHARU, 27 Mac (Hrkh) - Malaysians For Free and Fair Elections (Mafrel) akan melakukan siasatan terhadap pengendalian undi pos di beberapa kem tentera di Kelantan termasuk Kem Desa Pahlawan di Ketereh dan Kem Batu Melintang, Jeli.Pengerusinya, Abdul Malik Hussin berkata, penyiasatan serupa dilakukan di Mindef di samping terdapat juga laporan kertas undi pos begitu banyak tidak dikembalikan di Perak. "Selain itu di Kelantan Mafrel akan melakukan siasatan ke atas tindakan membawa masuk pengundi luar ke sini dan pembayaran dibuat kepada pengundi yang diangkut untuk mengundi di Kelantan.
"Kami akan siasat sama ada ia dilakukan kuasa politik atau mana-mana pihak," katanya pada majlis keraian pemerhati Mafrel pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) di Kota Darulnaim, baru-baru ini. Beliau juga menyifatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi begitu tergesa-gesa menentukan tarikh PRU-12 sehingga menimbulkan masalah kepada rakyat.
Kata beliau sepatutnya PRU-12 dilaksanakan secara adil dan saksama termasuk penentuan tarikhnya lebih awal bagi membolehkan rakyat dan parti politik membuat persediaan awal. Malik juga berkata, insiden yang berlaku pada hari pengundian di Kuala Terengganu akan disiasat kerana ia boleh menjejaskan proses pengendalian pilihan raya di negara ini. "Biar pun Mafrel diterima sebagai badan pemantau bebas, namun Suruhanjaya Pilihan Raya tidak membenarkan Mafrel membuat apa-apa ulasan tentang apa-apa salah laku kakitangan suruhanjaya tersebut ketika menjalankan tugas pada hari pengundian.
"Syarat itu tidak dapat diterima Mafrel kerana ia tidak berlaku dalam misi di peringkat antarabangsa, dan kita tidak terikat dengan media-gap," katanya. Beliau juga menjelaskan Mafrel akan menyediakan laporan awal mengenai PRU-12 dalam tempoh 30 hari selepas pengundian. Menurutnya laporan tersebut akan diserah kepada SPR dalam tempoh tidak lebih daripada tiga bulan selepas pilihan raya berlangsung. Mafrel menjalankan tugas pemerhatian PRU sejak 2004 biar pun tidak diberi sedikit pun dana untuk membolehkan petugas menjalankan tanggungjawab dengan lancar. Lebih 6,000 pemerhati Mafrel bertugas pada PRU-12 dengan tumpuan di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. - tajdid
Sultan Mizan murka pada Idris Jusoh kerana Tragedi Batu Burok?

Abdul Halim Mohd Rashid Thu Mar 27, 08 5:17:02 am MYT
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Selain penggunaan Wang Ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh berhubung beberapa isu dan dasar lain termasuk peristiwa berdarah di Batu Buruk pada September tahun lalu, lapor Malaysiakini. Perkara itu ditegaskan ketika Perdana Menteri yang dituntut berundur, Dato' Seri Abdullah Badawi menghadap baginda semalam. Berbeza dengan layanan lemah lembut polis kepada tunjuk perasaan para penyokong Idris baru-baru ini yang antaranya membawa sepanduk yang dilihat menghina Sultan dengan kata-kata "Kami nak Idris, natang (binatang)," dalam tragedi berdarah di Batu Burok, pihak polis mengganasi rakyat tidak bersenjata dengan peluru hidup kononnya kerana berhimpun secara haram.
Dari laporan Malaysian Insider pula, pertemuan antara Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong dan Abdullah jelas memuktamadkan baginda tidak mahu menerima Idris sebagai Menteri Besar. Menurut laman berita itu, walaupun Abdullah mengemukakan Dato' Mohamed Awang Tera sebagai calon tolak ansur, tetapi Sultan Mizan dengan tegas menyatakan baginda tetap dengan pilihannya supaya Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar.
Malaysian Insider juga memetik sumber istana yang menyatakan, Sultan Mizan telah memperlihatkan rasa tidak senang baginda kepada Idris sejak hujung tahun lalu lagi. Sumber itu menyenaraikan beberapa episod dan polisi yang tidak disenangi baginda. Blogger Ahirudin Attan (rockybru.blogspot.com) pula menyatakan, sumber-sumber beliau memberitahu, Abdullah dititah supaya menerangkan bagaimana Wang Ehsan digunakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Idris.
Sejak Barisan Nasional (BN) merampas pemerintahan dari PAS dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu, kerajaan pusat memberikan Wang Ehsan kira-kira RM1 bilion setahun kepada kerajaan Terengganu. Wang Ehsan tidak diberikan ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004. Terengganu mempunyai jumlah penduduk miskin yang kedua paling ramai selepas Sabah. Menurut Ahirudin, Abdullah juga dititahkan supaya bertemu dengan Ahmad.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar harian semalam melaporkan kata-kata Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid yang dilihat seolah-olah terus mencabar keputusan Sultan melantik Ahmad sebagai Menteri Besar. Akhbar tersebut melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil itu menyatakan bahawa 22 dari 24 Adun BN Terengganu telah mendesak Abdullah supaya berkeras untuk melantik Idris sebagai Menteri Besar.
Dengan keyakinan bahawa berita yang baik berada di sebelah pihak mereka, Rosol yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama Idris dan 21 Adun lain, lapor akhbar itu, menyatakan, "kami begitu kuat sekarang". Beliau juga mendakwa, kesemua 22 Adun itu yang dilaporkan pulang ke Terengganu semalam berdiri teguh di belakang Idris. "Kami hanya menerima arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," tegas beliau. - abmr/mr
Wednesday, March 26, 2008
Siapa kata Kelantan mundur ? Video



Idris sedia 'undur diri' dan mohon maaf...
TERBARU: PERDANA MENTERI DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI TELAH MENGHADAP YANG DIPERTUAN AGONG UNTUK MENCARI PENYELESAIAN KRISIS


Lebih 5,000 tergamam mendengar ucapan Menteri Besar Perak, YAB Ir. Mohd Nizar Jamaludin dalam dialek Mandarin, Hokkien, Kantonese, Tamil, kemudiannya Inggeris dan Melayu.
Menteri Besar Perak, YAB Ir. Mohd Nizar Jamaluddin disambut girang oleh masyarakat Tionghua setibanya ke Dewan Dou Mu, Ipoh untuk memberikan ucapan pada "Forum Apa Selepas Ini?"
KESIMPULANNYA, YAB Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin seorang yang luar biasa dan tidak di ketengahkan sebelum ini kehebatannya menguasai empat bahasa utama dan tiga dialek Cina.Hari itu, kawan saya yang turut melihat catatan sejarah berkenaan, kagum dan teruja dengan kemahiran berbahasa Ir. Mohd Nizar. Beliau bukan sahaja petah berbahasa Inggeris, juga mahir menggunakan bahasa Tamil dan Tionghua.
Tuesday, March 25, 2008
Posted on March 24, 2008 by mtdgombaksetia
Jom kita sama-sama lakarkan lagi satu sejarah pada hari Sabtu tanggal 21 Rabiul Awal, 1429 atau bersamaan dengan 29hb. Mac, 2008 nanti. Kita sama-sama memenuhi Stadium MPS Selayang sepertimana penuhnya Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, insyaAllah dalam satu majlis solat berjemaah beramai-ramai bermula dari waktu Maghrib. Kemudian kita sama-sama membaca surah Yaasin. Selesai solat Isya’ kita akan solat Hajat yang akan dipimpin sendiri oleh YB Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali, Exco Negeri Selangor dan ADUN Gombak Setia. Seluruh rakyat Gombak Setia, Hulu Klang, Batu Caves, Selayang di jemput hadhir.
Marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah swt merestukan program yang kita rancang ini agar ianya berjalan dengan lancar dan dalam suasana dan cuaca yang baik, InsyaAllah.
* Bawa sejadah dan surah Yaasin sendiri*

Kami Nak Idris, Binatang...

Cuma, ada perkara yang cukup mengguriskan perasaan rakyat khususnya orang melayu apabila terpampang dalam TV bagaimana ada kain rentang yang ditulis "Kami Nak Idris, Natang (Binatang)" Sampai macam tu sekali luahan hati penyokong setia Idris Jusoh melahirkan rasa marah mereka. Siapa yang BINATANG tu? Sultan atau pun Ahmad Said? Boleh jadi kain rentang tersebut ditujukan kepada Sultan dan mungkin juga ia ditujukan kepada Ahmad Said tetapi tidak ada lagi perkataan lain yang lebih lunak digunakan sebagai lambang lemah lembutnya melayu. Katalah ia ditujukan kepada Sultan, bermakna UMNO mengajar pengikutnya derhaka kepada Sultan. Sultan yang disanjung-sanjung selama ini telah dijadikan pula bahan cacian oleh mereka dan keluarga mereka.
Manakala, andaikata kain rentang tersebut ditujukan kepada Ahmad Said, bermakna UMNO mengajar pengikutnya supaya memaki hamun dengan gelaran BINATANG kepada mana-mana pemimpin yang tidak selari dan sebulu dengan mereka. Bila pemimpin UMNO sudah tidak sehaluan, mereka boleh panggil mereka BINATANG atau apa-apa perkataan yang dirasakan cukup untuk membangkitkan rasa marah, benci dan melauat. Kalau nak dikira buruknya Ahmad Said terhadap pimpinan PAS di dalam atau di luar sidang DUN Trengganu, rasanya inilah peluang yang cukup terbaik untuk pimpinan dan penyokong PAS di Trengganu memanggil Ahmad Said dengan perkataan yang kesat tetapi inilah dia akhlak yang ditunjukkan dalam Islam, bukan caranya kita nak memaki hamun seperti yang dilemparkan kepada kita selama ini.
Entah apa lagi yang mungkin dibuat oleh penyokong setia Idris Jusoh & UMNO di Trengganu. Polis perlu bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan, tidak mustahil selepas ini pemimpin-pemimpin mereka akan mengajar anak-anak buah setia ini untuk melakukan lebih dahsyat daripada apa yang dapat kita lihat semalam.
Datuk Sri Idris Jusoh, cukuplah, jangan buat malu. Sebagai bekas pelajar STAR seperti Datuk Sri, saya harap Datuk Sri bertindaklah dengan penuh kewarasan. Dengarlah nasihat Mursyidul Am kami, Datuk Nik Aziz Nik Mat kepada Datuk Sri semalam. Tuan Guru kata sepatutnya Datuk Sri menasihat penyokong Datuk Sri agar tidak bertindak negatif sekiranya Datuk Sri benar-benar redha tidak dilantik sebagai Menteri Besar.
25 Mac 2008, 8.45 pagi
Taman Sri Kluanghttp:minda-kembara.blogspot.com/

PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh sepatutnya menasihat penyokongnya tidak bertindak negatif sekiranya beliau benar-benar reda tidak dilantik sebagai Menteri Besar.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang berlaku sekarang seolah-olah pemimpin itu masih mahukan jawatan tersebut.

Gambar khas dirakam oleh Sdra. Radzi sebelum kami berpisah selepas pertemuan 20 minit itu.
Saya dan Hj. Mohd Sabu menyambut kedatangan

YAB Ir. Nizar di perkarangan kafeteria.

Beberapa perkara dibincangkan dari isu perlantikan Exco dan sikap positif Pemangku Raja, Sultan Dr. Nazrin Shah
Saya "menyampuk" sambil diperhati oleh Hj. Mohd Sabu dan YAB Ir. Nizar Jamaluddin. Sekadar beri pandangan bukan sanggahan..


By TARMIZI MOHD JAM
NAIB Presiden PAS, Haji Mohd Sabu sudah menunggu saya dan rakan saya, Sdra. Radhi (TYDP Bukit Bintang) di Rumah Rehat Sg. Perak, 50 meter dari Jambatan Sayong, Kuala Kangsar.Setelah mundar-mandir mencari tempat pertemuan itu, hampir setengah jam, akhirnya kami temui. Hari itu, Isnin 17 Mac 2008.Saya dan Hj. Mohd Sabu sekadar ingin bertemu dengan Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin. Dia mengajak saya, kerana saya orang Perak...
Pakatan 5 negeri bentuk dimensi baru politik Malaysia
Lanjusoh Tue Mar 25, 08 11:36:07 am MYT

KOTA BHARU, 25 Mac (Hrkh) - Dimensi baru politik Malaysia mulai terserlah sekarang selepas rakyat di lima negeri menolak keangkuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Mulai kelihatan pakatan di antara kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor selepas halangan besar di bawah kuasa BN berjaya ditumbangkan.
Khamis lalu, kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Kedah sambut dengan protokol kerajaan negeri terbabit. "Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tiba dengan penerbangan Firefly di Lapangan Terbang Bayan Lepas disambut pemimpin kerajaan Pulau Pinang. "Kereta khas milik kerajaan Kedah menyambut Menteri Besar Kelantan di tempat pendaratan kapalterbang. Beliau disambut wakil kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan pemimpin Kedah.
"Kemudian diiringi ke Alor Setar dengan kereta bersama pemimpin kerajaan kedua-dua negeri," kata pegawai pengiring daripada Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, Wan Zulkefli Wan Mohamad. Menurutnya kemesraan jelas terbayang apabila pemimpin kerajaan baru di Kedah dan Pulau Pinang menyambut ketibaan Menteri Besar Kelantan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kata beliau Tuan Guru Nik Abdul Aziz disambut sebagai tetamu negeri sebelum menghadiri ceramah di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat bersama Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan juga dijemput menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al Bukhary iaitu masjid terbesar di Kedah. Katanya, biar pun Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah acap kali datang ke Kedah dan Pulau Pinang namun tidak pernah sambutan sedemikian rupa.
Manakala hari ini pula Menteri Kedah dijemput sebagai tetamu kerajaan Kelantan sempena majlis kesyukuran kemenangan kerajaan Barisan Alternatif di negeri ini pada pilihan raya umum lalu. Ceramah khas sempena program berkenaan akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) bermula jam 9.30 malam ini yang menampilkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Azizan, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali. Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Yassin Yusof berkata, sebanyak tujuh ekor lembu dikorbankan hari ini. "Sebanyak 30 kawah nasi dan 30 kawah gulai sedang dimasakkan petugas-petugas PAS dari Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa untuk jamuan orang ramai yang bermula selepas solat Asar.
"Selepas solat Asar juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan berucap ringkas untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas-petugas PAS yang bekerja keras pada pilihan raya umum lalu. Menurutnya juga Menteri Kedah dijangka tiba di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10 pada petang ini sebelum menghadiri ceramah di Putik. Katanya, kerajaan negeri juga menyediakan makan malam sebagai meraikan rombongan Menteri Besar Kedah.
Monday, March 24, 2008

Analisis lain pula mengatakan, Abdullah bertindak membuang Jamaluddin untuk melemahkan Najib. Gandingan Najib-Jamaluddin dilihat mampu menggugat Abdullah. Ganti Jamaluddin di kabinet ialah Ismail Sabri Yaakub, dia adalah 'orang Khairy'.
By BASIRON ABDUL WAHAB
PENGGUGURAN Dato' Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (atau dikenali sebagai JJ di kalangan ahli Umno) daripada barisan kabinet Datuk Abdullah Ahmad Badawi, tentunya mengejutkan banyak pihak.Apatah lagi Jamaluddin berada di dalam kedudukan amat selesa sekurang-kurangnya di Rompin.Jamaluddin hampir tidak terlibat dengan isu-isu kontroversi sama ada tuduhan penyelewengan atau salah guna kuasa. Ia juga berjaya dalam misinya untuk menghantar seorang warga Malaysia ke angkasa lepas melalui projek 'Angkasawan Negara'.Tidak pernah terlintas kedudukan Jamaluddin sebegini; terbuang dari kabinet selepas kejayaan besarnya dalam pilihan raya umum, 8 Mac lalu.



Mengapa menantu PM mahukan Idris Jusoh terus berkuasa? Hanya Idris Jusoh yang akan mempertahankan Patrick Lim untuk terus bermaharajalela di Terengganu. Patrick Lim adalah sumber kewangan terbesar untuk Abdullah dan Menantu.
By ANTIKHAIRY
PERGOLAKAN di Terengganu mengenai perlantikkan Menteri Besar adalah berpunca dari menantu Perdana Menteri.Beliau tetap mahukan Idris Jusoh walaupun pihak istana terang-terangan tidak mahukan boneka kepada Patrick Lim itu.Mengapa menantu PM mahukan Idris Jusoh terus berkuasa?Hanya Idris Jusoh yang akan mempertahankan Patrick Lim untuk terus bermaharajalela di Terengganu. Patrick Lim adalah sumber kewangan terbesar untuk Abdullah dan Menantu.Jika projek-projek Patrick Lim terus berjalan di Terengganu, menantu Abdullah akan terus mempunyai dana untuk menguasai negara.
Dengan kuasa yang ada pada bapa mertuanya, Ahmad Said telah dipecat kerana menerima watikah perlantikkan Menteri Besar daripada pihak istana.Adun Kijal itu disingkirkan daripada Umno hanya kerana beliau setia dan patuh kepada Sultan Terengganu.Umno yang selama ini jaguh kepada perjuangan mempertahankan kedaulatan Raja dan orang-orang Melayu kini telah bertukar menjadi penderhaka kepada Raja dan orang-orang Melayu.Semua ini kerana adanya menantu PM yang menang di Rembau dengan cara penipuan.Raja disanggah hanya kerana ingin mempertahankan Abdullah, Menantu dan Patrick Lim! Bangkitlah wahai orang-orang Umno.Kami di Rembau tidak akan mengalah dalam perjuangan untuk Menyingkirkan Abdullah dan menantunya dari Umno.Kami telah membuktikan dengan memboikot menantu PM di Rembau. Jika tidak ada penipuan, beliau sudah pasti akan kalah dalam pilihanraya umum yang lalu.Kuat mengatakan bahawa menantu Abdullah terpaksa melepaskan cita-cita untuk menjadi Ketua Pemuda buat masa ini. Ini adalah untuk mengelakkan dari Umno terus dikritik dan dihina.Perlepasan cita-cita hanya seketika. Lepas itu boleh dibolot kembali bila Umno dapat sapu semula negeri-negeri yang terlepas dari BN.
Ini mungkin dilakukan untuk menyelamatkan nasib bapak mertuanya yang hari ini terus di desak untuk meletak jawatan.Tapi...siapa Ketua Pemuda Umno kalau bukan menantu Abdullah nanti. Biasa la proksi menantu Abdullah adalah Norza Zakaria.Beliau akan dijunjung untuk mengambil alih Ketua Pemuda Umno. Ini akan memastikan peluang menantu terus wujud dan Norza Zakaria pasti akan terhutang 'body'.Mampukah Norza untuk ganti Ketua Pemuda Umno? Beliau yang asal dari rusuk menantu Abdullah terma yang pernah kami baca � dan adalah Norza ini akan diterima kerana dia adalah penjilat Khairy No 1.Inilah senario yang jelas terdengar dalam formulasi untuk mengadakan perubahan palsu dalam Umno. Kami dimaklumkan bahawa Pemuda Umno akan dijadikan jentera untuk mengambil balik negeri-negeri yang sudah terlepas.Pemuda Umno akan menjadi jentera untuk terus menipu dengan perubahan kononnya menantu Abdullah tidak akan memegang jawatan lain selain untuk menumpukan peranan sebagai ahli parlimen.
Apa pun, menantu Abdullah akan terus berada di situ dan Abdullah akan terus terikat dengan idea usang menantu itu. Perubahan dalam Umno seperti yang di gembar gembur adalah dengan pemupusan menantu dan bapak mertua ini.Tanpa itu Umno akan terus berkubur. Semangat anti khairy akan terus memburu dia dan rakan-rakan dia. Nyah ko menantu Abdullah dari bumi bertuah Malaysia.
Exco Selangor Angkat Sumpah
Sepuluh anggota exco kerajaan negeri Selangor mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, buat masa ini, timbalan menteri besar belum dilantik lagi.Sementara itu, Teresa Kok memberitahu pemberita, beliau telah dilantik sebagai exco kanan yang dipertanggungjawabkan dengan portfolio pelaburan, perindustrian dan perdagangan.
* Xavier Jayakumar Arulanandam (PKR - Seri Andalas)
* Yaakob Sapari (PKR - Kota Anggerik)
* Rodziah Ismail (PKR - Batu Tiga)
* Elizabeth Wong (PKR - Bukit Lanjan)
* Teresa Kok (DAP - Kinrara)
* Ronnie Liu Tan Khiew (DAP - Pandamaran)
* Ean Yong Hien Wah (DAP - Seri Kembangan)
* Datuk Dr Hassan Ali (PAS - Gombak Setia)
* Dr Halimah Ali (PAS - Selat Kelang)
* Iskandar Abdul Samad (PAS - Chempaka)