Wednesday, April 30, 2008


Jom Heboh di Perlis, Mufti hantar surat bantahan


Azamin Amin Wed Apr 30, 08 7:17:53 am MYT



KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) - Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin telah menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri supaya mengambil perhatian serius berhubung penganjuran Karnival Jom Heboh yang bakal diadakan pada 3 dan 4 Mei akan datang di Perlis. Kata Dr Asri, surat tersebut telah dihantar seminggu yang lalu menyarankan supaya kerajaan negeri melarang sebarang unsur-unsur atau program negatif yang bercanggah dengan agama yang diadakan dalam karnival tersebut. "Saya tidak mengganggap Karnival Jom Heboh itu haram kerana terdapat juga program dan aktivitinya yang baik seperti pameran penerangan, pendidikan dan urusan perniagaan," katanya yang berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang mengeluarkan fatwa haram umat Islam menghadiri karnival tersebut. "Tetapi jika ada program yang mengandungi unsur-unsur negatif dan bertentangan dengan agama, saya sarankan tidak perlulah penduduk negeri Perlis menghadirinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.



Dalam pada itu beliau menjelaskan bantahan tersebut bermakna Islam melarang sama sekali program berunsur hiburan seperti konsert yang ada antaranya mengajak masyarakat berhibur secara matang dan bukannya menjerumuskan diri kepada gejala yang tidak sihat. "Kita suka hiburan yang matang dan bukan bermakna kita 'banned' semua hiburan atau hanya tertumpu kepada nasyid semata-mata. "Anda boleh jemput kumpulan Kopratasa, penyanyi Shuhaimi Mior Hassan atau Ramli Sarip yang boleh mengajak generasi muda berhibur secara matang," katanya yang turut membantah kehadiran Faizal Tahir dalam konsert Jom Heboh akan datang.
Kata Dr Asri penyanyi berkenaan telah dibuktikan mempunyai rekod dan identiti yang kurang baik yang tidak wajar dicontohi oleh masyarakat umum khususnya para remaja.



Ditanya sama ada surat tersebut memberi kesan dan akan diberi perhatian oleh kerajaan Perlis, beliau berharap agar kerajaan baru ini dapat menghormati suara rakyat dan kelompok agama yang mahu memastikan umat Islam terhindar dari gejala negatif yang jelas bertentangan dengan agama. "Kerajaan baru ini belum teruji lagi dengan isu-isu seperti ini dan beri peluang untuk mereka menanganinya," katanya. Sebelum ini Dr Asri turut menghantar surat bantahan yang sama kepada kerajaan negeri bagi melarang umat Islam terlibat dalam Pesta Songkran atau Pesta Air yang menjadi salah satu perayaan masyarakat Thai yang disambut pada 13 April setiap tahun.



Pesta Songkran yang diamalkan sejak berkurun lamanya dikatakan bermula dengan majlis memandikan patung Buddha bagi mendapatkan berkat di samping memandikan golongan warga tua dengan air bunga pada sebelah pagi. Penggunaan air dan wangi-wangian sebagai lambang kemaafan menyebabkan pesta Songkran sering dianggap sebagai 'Pesta Air' lebih-lebih lagi anak muda akan menggunakan peluang pada hari tersebut untuk menyimbah air kepada rakan-rakan untuk berseronok. - mks.

Speaker ikut telunjuk eksekutif di parlimen?



Izwan Abdul Halim


KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) - Insiden 'gamat' di Parlimen sepanjang pagi tadi merupakan isyarat jelas bahawa institusi parlimen yang diterajui oleh Speaker harus mempunyai satu kefahaman bahawa parlimen itu diurus tadbir mengikut peraturan-peraturan yang khusus.Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata kefahaman yang terang dari kepimpinan parlimen yakni Speaker dan seluruh pentadbirannya terhadap peraturan-peraturan tetap ini sangat penting dalam menentukan kesempurnaan perjalanan persidangan. "Apa yang ditimbulkan pagi ini adalah menjurus kepada antaranya kegagalan memenuhi syarat notis 14 hari, hingga satu usul dikemukakan," ujarnya yang ditemui di lobi Parlimen semasa waktu rehat persidangan. Komen beliau itu merujuk kepada tindakan Speaker mengabaikan peraturan-peraturan mesyuarat yang telah ditetapkan dan dibantah oleh Lim Kit Siang (Ipoh Timur). Saifuddin turut meragui ketelusan pentadbiran parlimen ekoran tindakan yang dilakukan oleh Speaker.



"Usul asal yang dikemukakan Razali Ibrahim dari Muar memenuhi syarat. Tetapi oleh kerana perubahan itu dibuat oleh cabang eksekutif di mana Yang DiPertua Dewan telah menyebut bahawa dia menerima surat daripada Menteri. "Jadi itu yang saya timbulkan kebebasan institusi parlimen yang jika dipelihara, Speaker boleh sahaja memaklumkan kepada menteri berkenaan yang menghantar surat pada 18 haribulan berhubung pindaan Pulai, yakni Ong Ka Ting yang akan membahaskannya, itu boleh sahaja diselesaikan dengan mudah. "Tetapi oleh kerana dia menunjukkan dengan terang dan memaklumkan secara terbuka surat dari menteri, jadi itu jelas merupakan satu pelanggaran terhadap kebebasan institusi parlimen dan itulah yang timbul sebenarnya polemik sepanjang pagi," jelasnya. Menurutnya, pihak pembangkang melalui Ahli Parlimen Ipoh Timur telah memberi jalan keluar terhadap kemelut tersebut dengan cadangan untuk menggantung terlebih dahulu peraturan tersebut. Terangnya, Speaker juga boleh mengakui kesilapan itu serta mendapatkan persetujuan seluruh anggota persidangan bahawa semasa 'standing order' tersebut digantung, seluruh ahli persidangan boleh untuk tidak terikat dengan mana-mana peraturan tersebut.



"Maknanya seluruh ahli-ahli YB boleh bersetuju dengan peraturan 14 hari itu dikecualikan, itu sahaja," tegasnya. Tetapi apa yang terjadi menurutnya ialah keengganan yang ditunjukkan oleh Speaker. Jelasnya lagi, kunci penyelesaian kepada masalah tersebut ialah mengakui satu kelalaian atau ketidakfahaman walaupun tindakan tersebut mungkin sesuatu yang berat pada tafsiran persidangan. "Tetapi 'point' saya ialah jika institusi yang didokong dan diterajui oleh Speaker memahami susur galur perjalanan dan kedudukan 'standing order' itu, hal ini tidak akan berlaku. "Tapi kalau ada campurtangan eksekutif dalam perjalanan atau susun atur, itu merupakan masalah. Jadi itulah yang ditentang oleh ahli-ahli YB tadi," ujarnya mengakhiri penjelasan. - mks. -->

Isu Pengarah Jaip,Pemuda PAS Perak mempertahankan tindakan MB


Johari Jaafar




IPOH, 30 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Perak mempertahankan keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengarahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Dato' Jamry Sury bertukar ke jabatan lain dalam tempoh 24 jam. Pendirian itu dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Perak melalui Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Mustafa Abdul Wahab, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di sini hari ini. Menurut beliau, Pengarah Jaip itu telah pun diberikan tempoh 40 hari untuk memberikan kerjasama kepada Kerajaan Pakatan Raktyat Negeri Perak yang dianggotai DAP, KeADILan dan PAS.



Akan tetapi malangnya Pengarah Jaip itu gagal untuk memberikan kerjasama yang sepatutnya kepada kerajaan negeri yang baru. "Oleh itu, tidak timbul isu diarahkan bertukar dalam masa 24 jam kerana Dato' Jamry telahpun diberikan tempoh 40 hari untuk memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Perak yang baru,"jelasnya lagi. Hari ini akhbar akhbar arus perdana menyiarkan berita Pengarah Jaip itu telah diarahkan bertukar dalam masa 24 jam ke jabatan lain oleh Menteri Besar Perak. Arahan itu dikatakan dikeluarkan oleh Menteri Besar Perak selepas memanggil Dato' Jamry ke pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan kira kira jam 8.00 semalam. Difahamkan juga Pengarah Jaip itu telahpun mengosongkan pejabatnya pagi semalam selepas didakwa tidak memberikan kerjasama kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.



"Dato' Jamry sepatutnya tidak terpengaruh dengan politik kepartian, tetapi sebagai penjawat awam yang mempunyai kedudukan yang tinggi wajar memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri walau parti mana yang menjadi kerajaan," katanya. Menurut Mustafa lagi, Dato' Jamry sebagai seorang pengarah tentu faham dengan Perintah Am (B) dan semestinya beliau menghormati Perintah Am (B) itu. "Jika Dato' Jamry tidak mahu bekerjasama dan `mempertahankan ideologi politiknya sendiri, beliau perlu meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya di mana-mana kawasan Dun atau Parlimen di negeri ini," ujar beliau. Justeru itu, beliau meminta Dato' Jamry tidak membuat publisiti murahan dengan `memperalatkan' akhbar-akhbar cetak dan elektronik arus perdana yang seolah-olah mahu merosakkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak. - mks.

Tuesday, April 29, 2008








KOTA BHARU 28 April :– Teka teki siapa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang baru akhirnya terjawab apabila bekas timbalan speaker, Mohd. Nassuruddin Daud hari ini dipilih memegang jawatan itu.Mohd. Nassuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti dipilih menggantikan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang kini anggota Parlimen Kota Baharu. Beliau adalah Timbalan speaker DUN Kelantan untuk sesi yang lepas.Pada Mac 2005 Isteri beliau , Wan Norhanita Wan Yaacob, 36 cedera parah akibat ditikam seorang remaja lelaki . Anaknya, Hannan, 4, yang turut ditikam remaja terbabit setelah memecah masuk rumah mereka di Meranti, Pasir Mas. Suspek terbabit yang dikatakan berasal dari negara jiran.





Remaja yang dipercayai penagih dadah tersebut ditahan sejurus selepas kejadian hasil bantuan penduduk kampung. Nama Mohd. Nassuruddin telah dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum bermulanya majlis angkat sumpah kesemua ADUN di Kompleks Kota Darul Naim di sini.Cadangan itu disokong Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan selepas itu Setiausaha DUN, Imran Mansor mengumumkan secara rasmi pelantikan Mohd. Nassuruddin.Manakala timbalan Speaker baru pula iaitu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.



Jangan guna parlimen untuk kepentingan politik individu - Sultan Mizan



Roy Rasul & Salmiyah Harun




KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Watiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah dalam titah baginda di parlimen pagi tadi, meminta ahli-ahli Dewan Rakyat yang terpilih supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur serta sentiasa menunjukkan tingkah laku yang terpuji demi maruah diri dan negara. -->-->
Baginda bertitah demikian di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-12, di Parlimen pagi tadi. Baginda menegaskan, ini adalah disebabkan penghormatan dan keyakinan rakyat kepada Parlimen sebagai sebuah badan perundangan tertinggi negara bergantung kepada peranan ahli Dewan Rakyat.





"Jadikanlah dewan yang mulia sebagai persada untuk menyampaikan teguran yang membina dan pendapat-pendapat yang bernas dan hendaklah menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan dewan yang mulia ini bagi kepentingan politik individu," tegas baginda. Justeru baginda meminta penyertaan aktif dan perbahasaan yang berkualiti hendaklah menjadi keutamaaan ahli dewan rakyat. Dalam masa yang sama, baginda meminta kerajaan memajukan sektor pertanian dengan matlamat menjadikannya sebagai penjana ketiga pertumbuhan ekonomi negara melalui tranformasi daripada pertanian tradisional kepada entiti komersial. Baginda juga melahirkan rasa gembira kerana Malaysia diiktiraf sebagai peneraju pensijilan halal. Baginda turut menegaskan, pencapaian ekonomi yang dinikmati selama ini tidak akan bermakna sekiranya rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan masih berlaku.
Justeru, baginda berkata, sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri, usaha-usaha pembanterasan rasuah akan dipertingkat melalui perstrukturan semula BPR dan menubuhkan suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia, jawatankuasa Parlimen bebaskan rasuah, dan lembaga penasihat pencegahan rasuah serta penambahan bilangan pegawai pencegah rasuah. Baginda turut berkata, kerajaan komited untuk mengadakan penambahbaikan memperkasakan sistem kehakiman negara supaya terus kekal adil, dihormati dan bebas dari sebarang pengaruh selari dengan hasrat rakyat.





"Sistem kehakiman yang adil dan efektif adalah penting untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara. Sehubungan itu, suruhanjaya pelantikan hakim akan ditubuhkan bagi membantu menilai dan memilih calon yang sesuai untuk dilantik sebagai hakim," titah baginda. Baginda turut bertitah, pembangunan kerohanian juga penting bagi meningkatkan kesejahteraan umat. "Beta memandang berat gejala sosial seperti penagihan dadah, penyelewengan akidah, dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesucian Islam," titah baginda lagi.





Baginda turut bertitah bahawa pilihan raya umum telahpun berlalu dan rakyat memberi mandat sekali lagi kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Oleh itu, baginda menasihatkan ahli-ahli Yang Berhormat menunjukkan sifat dan tingkah laku yang terpuji agar nama baik dewan mulia sentiasa terpelihara. "Laksanakanlah kepercayaan yang diberi oleh rakyat dengan mengambil bahagian yang aktif dengan penuh tanggungjawab dalam semangat demokrasi berparlimen," titah baginda lagi. - mks.

Monday, April 28, 2008

Pembukaan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini: Detik perjuangan orang Melayu bermula

MESYUARAT Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Kedua Belas Dewan Rakyat bermula hari ini. Bagaimana agaknya lagak barisan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) berdepan dengan barisan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Ismail.Dalam kotak fikiran penulis mahupun orang ramai sudah terbayang bermacam-macam agenda dan keghairahan pasti terpapar di setiap wajah Ahli Dewan Rakyat (ADR) terutama mereka pertama kali menjejak kaki di Bangunan Parlimen sebagai Ahli Yang Berhormat. Ini kerana apa yang ingin dilontarkan mereka adalah terjemahan dan permintaan rakyat yang semakin dahagakan perubahan.Tidak kurang juga detik bersejarah ini akan memberi sedikit gambaran sama ada segala kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat ADR BN negeri Sabah menyertai PR akan menjadi kenyataan atau sebaliknya selain pertanyaan mampukah BN terus bertahan lama sebagai kerajaan memerintah?



Sebagai parti yang memperjuangkan agenda ketuanan Melayu, orang ramai tentu sekali tertunggu-tunggu sama ada ADR UMNO, PKR mahupun PAS berupaya menegak agenda ketuanan Melayu dalam setiap perbahasan usul tanpa mengambil kira ideologi politik dipegang. Ketiga-tiga parti ini perlu menerima hakikat kebangkitan bangsa mereka sendiri yang mahukan kehidupan lebih bermaruah tanpa ada jurang pemisah baik mereka yang kaya mahupun miskin.Lantaran itulah, kita ingin melihat bagaimana Pak Lah selaku Perdana Menteri dan barisan kaninet barunya mampu menjawab setiap usul dengan tertib dan setiap perdebatan sesama ADR tidak berakhir dengan makin hamun nista yang melampau.



Kita tidak mahu ada dikalangan ADR menunjukkan aksi 'hero' dalam dewan tetapi tidak membawa apa-apa makna.Dalam lain perkataan, semua yang bersidang dalam dewan yang mulia ini harus menjaga tatasusila dan setiap usul dikemukakan membawa kepada kesejahteraan rakyat khususnya orang Melayu.Dan diharapkan juga Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dilaporkan bersedia membuat siaran langsung pada sesi persidangan kali ini lebih bersikap telus dan terbuka dalam liputan mereka tanpa kewujudan unsur prejudis.Kepada semua ADR, selamat bersidang!

Operasi Lalang II apabila Najib jadi PM!


Oleh Anti Korupsi
Selepas tsunami politik melanda BN pada PRU yang lepas, kepimpinan Dolah Badawi sebagai PM dianggap sebagai peneraju kerajaan sementara sebelum berlakunya peralihan kuasa yang kekal.Antara calon-calon PM yang baru ialah Anwar Ibrahim, Najib Razak, Muhyidin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah.Dari senarai di atas, saya tiada masalah sekiranya mana-mana calon tersebut berjaya menjadi PM kecuali Najib sahaja. Bagi saya, Najib adalah kuda tunggangan Mahathir Mohamad.Walaupun Mahathir mengkritik Dolah sebagai lemah dan mengikut arahan menantunya, Khairy Jamaluddin, Najib juga akan turut menjadi PM yang lemah yang hanya akan menuruti arahan Mahathir.


Antara perkara pertama yang akan dilakukan oleh Najib sekiranya beliau berjaya menjadi PM ialah penangkapan besar-besaran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi, Lim Guan Eng dan tokoh-tokoh yang lain. Ini bagi memandulkan gerakan pembangkang terhadap BN.Najib yang dibayangi Mahathir akan meneruskan dasar-dasar autokratik Mahathir di samping gejala rasuah dan penyalah gunaan kuasa yang berleluasa. Pelbagai skandal baru diyakini akan berlaku di bawah kepimpinan Najib.Justeru saya mengharapkan agar Dolah di saat sisa-sisa pemerintahannya ini dapat memastikan supaya kes perbicaraan pembunuhan Altantuya berjalan dengan bebas. Jika perkara ini dapat dilakukan, saya yakin Najib akan dapat disabitkan dalam kes tersebut dan seterusnya dihukum dan terpaksa bersara daripada politik.Sekiranya Dolah gagal, Anwar lah yang diharapkan untuk segera menjadi PM melalui undi tak percaya yang turut disokong oleh sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN.
Jika perkara ini terhasil, Najib, Mahathir dan perompak-perompak harta rakyat yang lain perlu segera dihadapkan ke mahkamah di atas segala jenayah yang telah mereka lakukan selama ini.


Anti korupsi

Saturday, April 26, 2008


Benarkah PR perolehi majoriti mudah Parlimen ekoran ADR BN berpaling tadah?


by SongkokPutih Oleh Black Roses



MENDENGAR kata-kata Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa Ahli Dewan Rakyat (ADR) Sabah akan menarik diri dari gabungan Barisan Nasional (BN) pada bila-bila masa dari sekarang dan Dato' Seri Abdullah pula bertindak sebagai Ketua Pembangkang adalah satu perkembangan mutakhir pasti mencetuskan polemik lebih meruncing menjelangnya mesyuarat pertama, penggal pertama, Parlimen Kedua belas 2008 Dewan Rakyat mulai 28 April depan.Kata Anwar, BN tidak lagi kuat dan hanya mampu bertahan sementara waktu kerana sokongan padu ahli Dewan Rakyat Sabah dan Sarawak.



Bila mereka umum keputusan nanti, kita akan bincang strategi terbaik dan berfikir secara bijaksana demi kepentingan Sabah.Dalam hal ini, sudah tentu ramai tertanya-tanya apakah benar sudah ada ADR Sabah bertemu atau menelefon secara sulit dengan Anwar atau utusannya bagi menyatakan tindakan berpaling tadah dari BN dengan menyertai Pakatan Rakyat (PR) ? Dan dalam masa yang sama apakah krisis yang melanda PKR Sabah sudah selesai ekoran percakaran sesama sendiri menentukan siapa sebenar Ketua Perhubungan Negeri?Kalaulah benar usaha ini semakin memuncak, PR kini cuma memiliki 3 hari sahaja lagi untuk mendapatkan 30 kerusi bagi membolehkan mereka menggulingkan BN mendapat majoriti mudah menguasai Dewan Rakyat dan sekaligus membentuk Kerajaan Persekutuan. Setakat ini, PR sudah mendapat 82 kerusi hasil gabungan parti PKR, DAP dan PAS.Sebagai rakyat dan pengundi yang mengundi di Sabah pasti tidak dapat melelapkan mata tertunggu-tunggu siapakah wakil rakyat mereka yang akan beralih arah menyertai PR dan ingin mengetahui sebab sebab munasabah mereka berpaling tadah boleh memberi kepentingan negeri dibawah bayu itu.



Cuma yang apa yang dibimbangi penulis dan setiap pengundi, jangan ada permainan politik wang wujud dalam menjayakan usaha ini biarpun ia disanggah Anwar yang menyatakan bahawa barisannya tidak akan membazirkan wang rakyat semata-mata untuk menagih sokongan parti."Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan ini dengan menyokong PR dan saya nafikan usaha menyertai wakil rakyat Sabah ke dalam PR adalah kerana wang," tegas Anwar lagi dalam siri ceramahnya di Penampang malam tadi.Dalam meniti kegawatan masa menjelang mesyuarat Parlimen Kedua belas berlangsung, sama ada PR mampu merintis kejayaan menguasai Dewan Rakyat atau BN terus kekal menerajui kerajaan Persekutuan ia pasti mencorak kesedaran dikalangan ADR-ADR yang terpilih bahawa penyertaan mereka ke bangunan Parlimen harus ditunjangi dengan rasa tanggungjawab serta amanah berat untuk memastikan kepentingan rakyat sentiasa dijaga dan kententeraman tidak diganggugugat. -
http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/

Kerjasama Nuklear Syria-Korea Utara




Perkembangan antarabangsa terbaru yang saya jangka menarik minat ummah kita adalah pendedahan oleh White House kononnya pihak US Intelligence punyai bukti yang jelas tentang adanya kerjasama nuklear antara Korea Utara dan Syria. Menurut laporan media, White House pada 23 April 2008 telah melaporkan kepada Congress Amerika Syarikat kononnya nuclear reactor kepunyaan Syria yang dimusnahkan oleh Israel pada bulan September tahun lalu telah dibina dengan bantuan teknikal dari Korea Utara, dan dengan itu Korea Utara dan juga Syria (Syria menandatangani nuclear non-proliferation treaty) telah melakukan kesalahan proliferasi (nuclear proliferation).



Pemberita terkenal dan pemenang Pullitzer Prize, Christian Amanpour, dalam temuramah secara langsung dengan CNN semalam, 24 April 2008, telah mengutarakan soalan kenapa selepas 7 bulan fasiliti nuklear Syria itu dimusnahkan oleh Israel baru sekarang ini pihak White House mendedahkan kononnya ada kerjasama nuklear Damascus-Pyongyang.Saya akan cuba memberi jawapan terhadap soalan yang telah ditimbulkan oleh Christian Amanpour dan juga oleh beberapa pemberita yang lain itu.Seperti yang kita semua maklum, six-party talks yang diadakan di Bejing dan melibatkan Korea Utara, Amerika Syarikat, Russia, China, Jepun dan Korea Selatan setelah bersidang beberapa tahun telah berjaya mencapai persefahaman di mana Korea Utara bersetuju menghenti dan membubarkan program nuklearnya dengan syarat AS memberinya bantuan, terutamanya bantuan makanan dan pembangunan energi. Mungkin sebelum ini AS tidak mendedahkan kerjasama nuklear antara Damascus-Pyongyang kerana tidak mahu menjejaskan persefahaman yang telah dicapai dari six-party talks tersebut.Kita semua tahu bahawa baru-baru ini Pyongyang telah mengingkari persefahaman tersebut, dan telah menghentikan proses pembubaran nuklear reactornya terutama reactor yang terbesar di Yongbyon yang didakwa telah berjaya melakukan plutonium enrichment yang seterusnya membolehkan Korea Utara menghasilkan beberapa senjata nuklear. Pyonyang telah menghentikan proses pembubaran program nuklearnya itu kerana AS dikatakan telah tidak menghulurkan bantuan kepada Korea Utara seperti yang dijanjikannya.



Mungkin pemerintahan Bush baru sekarang ini mendedahkan kerjasama nuklear Damascus-Pyongyang kerana Korea Utara telah gagal menghentikan proses pembubaran program nuklearnya, dan ingin menggunakan isu proliferasi untuk menekan Korea Utara.Saya berpendapat pentadbiran Bush yang akan tamat tak berapa lama lagi mahu mewujudkan kerumitan yang baru terhadap six-party talks supaya isu nuklear Korea Utara akan berpanjangan dan terpaksa terus ditangani nanti oleh Presiden yang akan mengambil alih pada tahun hadapan. Kita semua maklum proses penyelesaian diplomatik isu nuklear Korea Utara dimulakan diwaktu Presiden Bill Clinton (suami Hilary). Presiden Bill Clinton dilihat terlalu bersikap bertolak ansur dan berkompromi terhadap Korea Utara, dan oleh itu mungkin Presiden Bush yang kelihatan mahukan isu nuklear Korea Utara berpanjangan khuatir jikalau Hilary naik menjadi Presiden kelak, Hilary seperti suaminya akan turut berpendirian bertolak ansur terhadap Korea Utara.



Maka mungkin Bush ingin merumitkan semula isu Korea Utara diakhir-akhir pemerintahannya supaya menyukarkan Hilary, jika menjadi penggantinya nanti, untuk bertolak ansur seperti diwaktu pemerintahan suaminya, Bill Clinton.Menurut beberapa penganalisa dari negara-negara membangun, Presiden Bush dilihat mempunyai strategi yang ingin melihat isu Korea Utara berterusan demi dasar "containment of communist China". Isu Korea Utara menjadi salah suatu justifikasi bagi military base tentera Amerika Syarikat untuk terus kekal di Okinawa dan Guam terutamanya dengan peningkatan tekanan dari rakyat Jepun yang meminta military base AS di Okinawa ditutup.Jika kita pernah mengikuti artikel-artikel mengenai pengkalan tentera AS di Guam dan Okinawa, banyak penganalisa yang berpendapat kononnya peluru berpandu di kedua pengkalan tentera AS itu dihalakan ke arah China. Malah dikatakan dari ratusan peluru berpandu AS yang punyai nuklear warhead di Guam dan Okinawa, hanya 3 sahaja yang diarahkan ke Korea Utara. Maka isu sampingan program nuklear Korea Utara perlu terus wujud sebagai suatu dari justifikasi dikekalkan US military base di Okinawa dan Guam dalam dasar "containment of Communist China.



"Syria sepertimana kita sudah maklum dari banyak artikel-artikel mengenainya adalah antara beberapa negara-negara yang ingin dikuasai atau sekurang-kurangnya dilemahkan oleh AS demi mempertahankan Israel dan juga selaras dengan rangka strategi terbesar AS untuk melemahkan Islam yang dianggap oleh Presiden Bush (dan bapanya, bekas Presiden AS) sebagai musuh yang mengugat tammadun Kristian Barat. Banyak sudah kita dengarkan dari golongan tentertentu umat Islam kita bahawa perang menentang terrorism atau keganasan itu sebenarnya adalah peperangan terhadap Islam (war on Islam).Kita lihat diakhir-akhir pentadbirannya, Bush berusaha memberi gambaran bahawa situasi di Iraq masih buruk dan 'fragile' (rapuh) dan dengan demikian pengunduran tentera AS dari Iraq tidaklah menasabah. Bekas Presiden AS, Jimmy Carter yang sedang berusaha sebagai 'peace broker' untuk mencari penyelesaian secara diplomatik terhadap masalah-masalah keselamatan di Timor Tengah telah dikecam dengan hebat oleh pentabdbiran Bush.



Bersama-samalah kita berdoa' agar Allah SWT akan melindungi semua umat Islam di dunia ini dan memberi kita kemenangan. Kita sudah lihat balasan Allah SWT terhadap Amerika Syarikat dengan diturunkan bermacam-macam bala seperti Katrina, dsbnya. Yakinlah Allah itu sesungguhnya bersama-sama kita umat Islam. Apa yang tidak menyenangkan yang sedang berlaku ke atas umat Islam sekarang ini terutamanya di Iraq dan Afghanistan adalah dugaan.Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!

Friday, April 25, 2008

Menjejaki sang wira reformasi

Kitab Apa Yang Ezam Baca Sekarang?



BILA merujuk kepadanya dan perjuangan reformasi, saya menggelarkannya sebagai Kembar Siam dengan sdr Mohd Azmin Ali yang kini Adun Bukit Antarabangsa dan ahli Parlimen Gombak. Mengapa saya mengidolakan beliau begitu kerana pada saya pemain utama yang bermati-matian membela Anwar Ibrahim dan menggerakkan reformasi antara orang utamanya mereka berdua.Kebetulan mereka berdua orang kanan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu, seorang sebagai Setiausaha Politik dan seorang lagi sebagai Setiausaha Sulit.



Hal-hal politik, merancang dan merangka masa depan – termasuk untuk memerintah negara dilakar oleh si pemegang jawatan itu.Manakala hal-hal yang sulit dan personal berhubung Anwar dipegang diselindung sekemasnya oleh pemegang jawatan berkenaan!Orang yang ingin saya tampilkan dalam tulisan tengah malam ini tidak lain dan tidak bukan Sdr Muhammad Ezam Mohd Noor, putera reformasi yang berwajah tenang dan romantik. Yang bermata lembut namun memiliki sekeping hati yang keras mewaja.“Dia orang Bugis,” begitu beritahu seorang kawan.Si kawan itu mengetahuinya semasa ibunya menaiki pentas bersama isterinya Bahirah dalam rangka membela Ezam yang ketika itu sedang meringkuk di dalam penjara gara-gara mempertahankan Anwar. Kata kawan itu, ibunya kata, Ezam Bugis.Tidak lekang dek undang-undangBugis satu suku kaum berasal dari Indonesia dan terkenal sebagai pedagang dan juga puak yang menguasai perairan, lautan. Kalau tidak silap saya keturunan Sultan Johor dan Selangor juga dari Bugis.



Raja Petra Kamarudin 'raja blogger' juga berketurunan Bugis sebab itu beliau berani dan tidak lekang dek undang-undang!Sudah lama saya tidak ketemui si Bugis romantik ini. Hanya berhubung menerusi telefon sekali sekala. Menjelang pilihan raya lalu saya menghubungi beliau bertanya mengenai penglibatannya dalam pilihan raya dan cuba mencungkil apakah beliau ingin sertai atau tidak.“Biarlah Sheikh, tunggu dulu. Kita berikan laluan kepada kawan-kawan. Saya kemudian.... kalau saya bertanding pun atas parti lain atau bebas, biarlah,” begitulah elaknya apabila dicadangkan beliau bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Kelantan. Tujuan saya bukan apa kerana ingin melihat Ezam berada di Parlimen berpidato dan menyerang kedurjanaan melampau kerajaan BN.Beliau tidak bertanding. Keputusan itu menghairankan bukan saja saya tetapi kawan-kawan lain juga. Apa lagi selepas keputusan pilihan raya 8 Mac 2008 yang menunjukkan pembangkang menang besar, rasa terkilan dan kesal membedal jantung hati. Seharusnya Ezam ikut sama menjadi orang-orang yang menang kerusi.Adalah tidak adil saya rasa, kalau kita hanya mengingatkan Ezam waktu kita susah. Tetapi kita melupainya apabila kita sudah menang. Harus diingat denai-denai perjuangan yang memungkinkan kemenangan ini terjelma adalah hasil bajakan dan tebas tebang olehnya.Saat kita memotong kek kemenangan tiba-tiba bayangan Ezam pun tidak kelihatan.



Sesuatu yang sungguh mengilan dan memilukan.Atas kesedaran itu saya mengagahi diri menghubungi Ezam dan ingin berbicara mengenai politik dengannya. Dalam hati sebenarnya ingin membuka rahsia jiwanya dan melihat apakah kitab perjuangan yang sedang terdampar dalam jiwanya dan ditelaahnya saat ini.Petanda ingatan kepadanya, semasa di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, sempena majlis Black 14 dan majlis kesyukuran meraikan kemenangan, saya tertekun beberapa jurus apabila ternampak semacam wajah Ezam di pentas. Ia berdiri sama gagah dan seiring dengan Anwar dan Azmi. Seolah sedang mengapit Anwar seperti selalunya di pentas-pentas reformasi sebelum Anwar ditangkap.Seorang RejunaBukan main perasaan saya dilambung keseronokan dan kebahgiaan. Namun ia sekejap saja apabila sosok itu bukan Ezam tetapi manusia lain yang menyerupainya. Saya jadi sayu dan teringatkan Ezam. “Ah Ezam... mengapa kau?” soal saya ketika itu sendiri bagaikan seorang Rajuna yang baru kehilangan Sita Dewinya.Iya sebenarnya saya menyayangi Ezam kerana semangat dan keberanian yang ada pada dirinya. Saya menyayangi Ezam kerana pemikiran dan lontaran pandangannya yang kemas dan mantap. Bagi saya orang-orang seperti Ezam itu adalah idola dan aset kepada perjuangan yang tidak harus dibiarkan dan dibazirkan begitu saja.



Orang seperti Ezam adalah watak-watak subur nan hijau dalam persada politik bangsa!Persis Ezam jugaklah saya menyayangi orang itu. Kalau tidak masakan saya mendokong dan memberikan pakaian indah dan molek kepadanya selama bertahun-tahun. Menjauhkan kulitnya dari eceran pena saya. Meletakkan harapan besar untuknya menjadi khalifah di hari muka. Cuma silap dan salahnya mungkin dari saya juga yang meletakkan (expectation - berperasaan) harapan tinggi terhadapnya. Menganggap apa yang ada dalam jiwa saya, itulah juga yang bermukim di dalam hatinya.Bagaimana dengan Ezam hari ini dan masa depannya? Pernah saya menyatakan Ezam tidak betah dengan Gerak. Gerak bukan gelanggang sebenar bagi Ezam.



Sang Matado sepertinya memerlukan gelanggang yang lebih luas dari itu untuk menanduk dan menggulingkan mangsa demi menegakkan keadilan. Apa lagi beliau pernah berada dalam lapangan yang mega, ruang sesempit Gerak itu tentulah sangat sempit.Bila-bila pun saya tidak akan percaya kalau Ezam memutuskan untuk melambakkan hayatnya hanya bersama Gerak. Bila sampai masa dan ketika Ezam akan bergerak lebih jauh dan besar juga. Beliau, dengan bakat, keterampilan dan daya intelektualnya harus berada di arus perdana siasah negara. Beliau tidak boleh terperap dalam guni NGO kerana itu merugikan dan suatu pembaziran sumber manusia kalau beliau terus berselimut seperti hari ini.Bangsa dan nusa memerlukan sentuhan Ezam. Apa lagi dalam suasana politik Melayu hari ini yang rencam dan kompasnya tidak menentu, penampilan orang-orang seperti Ezam perlu dipercepatkan!



Tentunya juga Ezam dalam kesendiriannya kini sedang memikir dan obses kepada masalah-masalah berkenaan.Hari Rabu lepas selepas menziarahi jenazah pemikir, pengamat dan intelektual politik dan bahasa, Rustam A Sani saya ke pejabat Ezam, di Kelana Jaya. Mulanya atas tujuan ingin menemuramahnya untuk Siasah, sebaliknya apa yang menjadi maksud sebenar ialah untuk membuka jiwa dan melihat kitab politik apakah yang sedang terdampar di hatinya kini.

Thursday, April 24, 2008




Posted by WohGomok at 9:21 PM

Wohgomok bukanlah seorang penulis hebat yang tersohor atau berpengalaman, tidak juga terlatih untuk menulis tentang kisah mereka-mereka yang ternama dan berkuasa dengan bahasa-bahasa yang mengampu sehingga boleh menyebabkan agin-angin busuk yang nak terkeluar dari perut mereka tak jadi keluar kerana asyik membaca pujian-pujian melampau dari penulis dan seterusnya memikirkan apakah habuan yang patut di beri kepada penulis ini sebagai upah kepada pujiannya.


Wohgomok sedar bahawa masa yang Wohgomok gunakan untuk menulis kisah ini bukanlah untuk di tukarkan dengan projek-projek ihasan atau kawasan-kawasan balak sebagai habuan. Wohgomok juga tahu hatibudi orang yang akan Wohgomok kisahkan bukanlah orang yang boleh hilang pertimbangan kerana menerima pujian.Orang yang Wohgomok ingin ceritakan ini ialah YAB Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan (TGNA) yang Wohgomok kenal dari dekat sejak tahun 1976 lagi. Semasa itu Wohgomok sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Oleh kerana tidak mahu membuang masa percuma (“malas dok ssaja”, kata orang Kelantan) maka Wohgomok telah bekerja sebagai drebar kepada Ahli Parlimen Bachok, YB Haji Mohd. Zain Abdullah atau lebih di kenali dengan panggilan Cikgu Zain (Sekarang bekas YB) yang kebetulan arwah isterinya sepupu kepada Wohgomok dan beliau pula sepupu kepada isteri Wohgomok sekarang.



Ketika itu TGNA juga adalah Ahli Parlimen bagi kawasan Pengkalan Chepa, yang juga sentasa di temani drebarnya iaitu Pak Lah (Bukan Pak Lah Badawi) yang kekal menjadi drebarnya sampai sekarang. Setiap kali ada mesyuarat parlimen TGNA akan ke Kuala Lumpur dengan menggunakan sebuah kereta sahaja bersama-sama Cik gu Zain yang mana kereta yang digunakan samada kereta TGNA atau kereta Cik gu Zain. Semasa di Kuala Lumpur TGNA, Cik gu Zain, Wohgomok atau Pak Lah menginap di Hotel Purnama, sebuah hotel murah di Jalan Ipoh, berdekatan dengan bangunan LUTH lama dan pasar borong ketika itu. Turut menginap di situ juga ialah Allahyarham YB Ustaz Wan Sulaiman (bekas AP Pasir Puteh) dan Allahyarham YB Tuan Guru Hj. Zakaria (bekas AP Rantau Panjang). Wohgomok masih ingat satu peristiwa disuatu pagi (mungkin TGNA dan Cik gu Zain sendiri tidak mengingatinya atau tidak menganggap sesuatu yang harus di ingati) ketika TGNA dan Cik gu Zain sedang mengisi borang tuntutan perjalanan untuk Ahli Parlimen, tiba-tiba TGNA bertanya kepada Wohgomok samada Wohgomok masih ingat atau tidak yang pada satu tarikh (Wohgomok sudah lupa tarikhnya) TGNA dan Cik gu Zain datang ke Kuala Lumpur dengan kereta siapa. Oleh kerana pada masa itu tarikh yang di tanya masih lagi baru, maka Wohgomok boleh mengingatinya.Wohgomok dengan pantas menjawab, “Dengan kereta Abang Zain, Ustaz” (Wohgomok membahasakan Abang Zain kepada Cik gu Zain dan pada masa itu Ustaz kepada TGNA). Lalu TGNA meminta Wohgomok tolong belikan getah penyapu (eraser). Wohgomok bertanyakan balik pada TGNA, “nak buat apa?”, TGNA menjawab, “Ambo tersalah masuk klim dalam borang klim ambo”. Oleh kerana Wohgomok juga boleh dikatakan mulut celupar (“mulut cepelaq”, kata orang Kelantan), Wohgomok menjawab, “Tak apalah Ustaz, dia bukan tahu kita datang dengan kereta siapa”. TGNA terus mengalihkan pandangannya kepada Wohgomok dengan berkata, “Dia tak tahu, tapi Allah tahu”.



Dengan jawapan TGNA itu, Wohgomok tersentak dan terus turun dari bangunan hotel untuk pergi membeli getah penyapu yang di minta oleh TGNA.Satu lagi kisah lain berkenaan TGNA yang boleh Wohgomok ceritakan ialah pada 14hb Oktober 2007 Wohgomok telah mengadakan satu keduri di rumah Wohgomok sempena perkawinan anak perempuan Wohgomok yang keenam. Seminggu sebelum itu Wohgomok pergi solat Asar di mesjid TGNA di Pulau Melaka. Selepas selesai solat Wohgomok kehadapan untuk meminta TGNA mengakad nikah anak Wohgomok pada 13hb Oktober 2007 di sebelah malam dan sekali gus menjemput TGNA untuk hadhir dalam kenduri pada keesokannya, TGNA memberi kesanggupan dengan berkata InsyaAllah.



Namun Tuan Imam Mukim Chicha (rumah Wohgomok di Kampong Chicha tidak jauh dari rumah Tuan Imam) tidak membenarkannya. Niat Wohgomok untuk TGNA menikahkan sendiri anak Wohgomok terpaksa dibatalkan. Keesokannya juga TGNA tak sempat hadir majlis kenduri di rumah Wohgomok kerana ada program di Balai Islam, Kota Bharu dan beberapa program tempat-tempat lain.Sehari selepas kenduri Wohgomok terima panggilan talipon dari Pak Lah (diingatkan sekali lagi bukan Pak Lah Badawi tapi Pak Lah drebar TGNA) mengatakan TGNA nak datang rumah Wohgomok pukul 10 pagi, ketika itu jam sudah hampir pukul 9 pagi. Wohgomok tak sempat nak buat persiapan. Isteri Wohgomok hanya sempat beli roti berinti kelapa di kedai roti kat depan rumah Wohgomok.Lebih tak berapa minit pukul 10 pagi masuklah kereta Perdana hitam yang di pandu oleh Pak Lah ke depan rumah Wohgomok yang didalamnya TGNA di tempat duduk belakang dan pengawal peribadinya, Pak Ya di tempat duduk hadapan. TGNA turun dari kereta dengan diiringi oleh Wohgomok untuk masuk dalam rumah Wohgomok. Hanya roti yang debeli isteri Wohgomok tadi dan teh o yang mampu di hidangkan kerana gulai kenduri semalam telah habis. TGNA tidak kekok makan roti dan minum the o sambil duduk bertimpuh diatas lantai (bukan diatas kerusi empuk) bersama Wohgomok.



Dari pengalaman Wohgomok ini, membuktikan bahawa TGNA bukanlah seorang yang angkuh dengan kedudukannya dan tidak berlakun macam dalam filem hindustan sebagaimana yang turut di tiru lakunannya oleh “pemimpin-pemimpin tanah liat” dan “ulamak-ulamak plastik” hari ini.Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang Wohgomok tahu yang boleh membuktikan keikhlasan dan kejujuran TGNA, tetapi kalau hendak di ceritakan semua, takut jemu pulak saudara pembaca sekelian.

Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang - Anwar


Nabila Abdullah


PENAMPANG, 24 April (Hrkh) - "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam.Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.



"Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya. Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan meninggalkan BN. "Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidah harus terburu-buru", katanya. "Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang.



Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya. Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan parti. Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu. Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi, ujarnya. "Mangsa sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat," katanya./wann.

Wednesday, April 23, 2008





Tak pasti apa agenda Malaysiakini kerap yang membangkitkan isu negara Islam, lepas satu, satu dan petikannya diambil dari Karpal Singh. Kita boleh perhatikan Malaysiakini begitu galak menerbitkan isu sensitif ini walaupun PR sedar masa ini bukan masa yang sesuai untuk membicarakan isu nagara Islam. Banyak lagi agenda yang perlu diutamakan seperti memperkuatkan kerajaan PR dan gabungannya. Para pemimpin dan ahli PAS terlalu banyak mengalah dan bersabar dengan karenah Karpal dan Malaysiakini. Adakah selama ini PAS begitu berkira sangat dengan DAP seperti Karpal, LKS dan sewaktu dengannya?, pada pandangan kami orang awam sikap PAS amat terbuka. Tak bolehkah mereka ini duduk semeja dengan PAS dan bincang isu yang lebih penting yang rakyat utamakan.



Petikan MalaysiakiniApr 22, 08 8:57pmPengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat - PKR dan DAP."Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam."Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik Dr Dzulkifly sebagai berkata parti itu tetap dengan agendanya untuk menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia.Menurut Dr Dzulkifly lagi, partinya tidak membangkitkan isu negara Islam kerana ia bukan sebahagian daripada agenda Pakatan Rakyat.Beliau berkata, pihaknya akan memberi lebih banyak masa kepada pengundi untuk memahami parti tersebut.Minta nasihat Tun SallehMenurut Karpal lagi, kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin PAS tidak membantu menjayakan kepentingan Pakatan Rakyat.Beliau berkata, PAS tidak boleh melakukan dua perkara dalam satu masa."Saya ingin menasihatkan PAS bahawa parti itu mungkin perlu mendapatkan pandangan Tun Salleh Abas yang penah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan exco kerajaan nengeri Terengganu, mengenai isu negara Islam," tambahnya.Menurut Karpal lagi, pada 1988, Tun Salleh bersama panel lima orang hakim Mahkamah Agung, dalam satu penghakiman, telah mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, tetapi negara sekular yang mengamalkan undang-undang sekular."Juga tidak boleh dilupakan kenyataan Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular," kata Karpal, sambil menambah bahawa Perlembagaan Persekutuan sendiri mengandungi negara sekular sebagai salah satu struktur asasnya.



'Henti buat kenyataan'Sehubungan itu, katanya, PAS perlu memberi jaminan bahawa pemimpinnya, termasuk menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menguar-uarkan lagi hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.Menurut peguam terkenal itu lagi, tidak memberi sebarang makna bagi PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa ia menjadi tulang belakang Pakatan Rakyat dengan matlamat menubuhkan negara Islam."PAS sendiri tidak mampu memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminta Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam."PAS mesti bersikap praktikal dan berkerjasama ke arah memastikan Pakatan Rakyat menang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang," kata Karpal, sambil menambah parti Islam itu tidak seharusnya melakukan sesuatu yang prejudis kepada gabungan pembangkang serta boleh menjejaskan usaha memperkukuhkan Pakatan.Untuk itu, katanya, cara terbaik ialah pemimpin PAS berhenti membuat kenyataan terbuka tentang perkara tersebut.



Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, barisan pembangkang - PAS, PKR dan DAP - berjaya menawan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.Kerajaan campuran di Kedah terdiri daripada PAS dan PKR. Di Pulau Pinang pula antara PKR dan DAP.Manakala ketiga-tiga parti tersebut menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor.Berikutan itu, pada 1 April, pucuk pimpinan ketiga-tiga parti berkenaan sepakat untuk merujuk keempat-empat negeri tersebut sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Bekas menteri didakwa mencabul, hasil siasatan polis dinantikan ramai

Azamin Amin Wed
KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Kejadian itu dikatakan berlaku pada 14 April di salah sebuah hotel yang bertaraf lima bintang berdekatan Stesen Sentral Kuala Lumpur dan pada malam yang sama 'Black 14' juga sedang diraikan oleh 20,000 penyokong dan pencinta keadilan yang mana Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah lepas edahnya untuk bertanding dalam pilhan raya yang bakal diadakan.Bezanya ialah keesokan pagi, pihak polis dengan segera menghantar notis kepada Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah bersama tiga lagi untuk hadir ke balai bagi menjadi saksi atas satu laporan polis yang dibuat berhubung penganjuran perhimpunan Black 14 yang dikatakan melanggar undang-undang.
Ramai pihak berharap agar 'kepantasan' yang sama dapat ditunjukkan oleh pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap bekas menteri tersebut dan hasil siasatan itu didedahkan kepada awam serta tidak ditutup begitu sahaja memandangkan ianya melibatkan pemimpin politik Barisan Nasional (BN). Menurut Mohd Sayuti Omar (MSO) melalui Blog Merah Tintanya dilaporkan seorang bekas Menteri itu telah didakwa melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita di di Kelab Havana Hotel Meridien di KL Sentral. Dalam pilihan raya lalu beliau menang di kerusi Parlimen tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri malah beliau dikatakan sahabat baik kepada Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Razak, kata Sayuti dalam blognya itu.
"Dan oleh kerana saya juga menghormati kod etika penulisan/kewartawan saya juga tidak boleh menyebut nama bekas menteri berkenaan," kata Sayuti. Menurut laporan Bernama polis kini sedang menyiasat satu laporan melibatkan seorang bekas menteri yang didakwa melakukan jenayah seksual dan perkara itu telah disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah. Katanya laporan itu dibuat oleh seorang wanita yang berumur 30-an di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada Jumaat lepas. Dalam kejadian pada 14 April lepas, mangsa yang merupakan pekerja di hotel tersebut dikatakan bertemu dengan bekas menteri tersebut sebelum mendakwa dicabul.

Ku yang enggan mengulas lanjut mengenai kes itu berkata bekas menteri itu kini berada di luar negara dan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut. Beliau turut menegaskan pihak polis akan menjalankan siasatan tersebut secara adil tanpa mengira status pihak yang didakwa, dan pihaknya akan memanggil bekas menteri yang terlibat untuk siasatan sebaik beliau kembali ke tanah air. Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul kehormatan. Jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu. - mks.

Tuesday, April 22, 2008


Royalti minyak: Umno jadikan rakyat Terengganu merana
Suhaimi Taib
Nampaknya Kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN) melancarkan perang terhadap kerajaannya sendiri di Terengganu apabila tidak berhasrat untuk mengembalikan semula wang royalti peroleum dan gas sebagaimana perjanjian kerajaan itu dengan Petronas pada 22 Mac 1975 yang sepatutnya diterima secara tunai sebanyak lima peratus setahun.Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam dilaporkan menafikan dakwaan Menteri Besar Terengganu bahawa wang royalti minyak yang disalurkan melalui kaedah "wang ehsan" tidak banyak membantu rakyat negeri itu kerana projek-projek pembangunan ditentukan di peringkat pusat.

"Ada satu kaedah yang telah kita buat dengan kewujudan wang ehsan ini, dan ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu selama ini," kata Abdullah di sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada Dialog Integriti Asean 2008 hari semalam. Beliau diminta mengulas kenyataan Dato' Ahmad Said semalam bahawa sejak wang ehsan diperkenalkan pada 2000, semua projek yang dilaksanakan tidak merujuk kerajaan negeri dan tidak mengambil kira keperluan rakyat. Perlu diingat tidak kurang RM1 bilion Terengganu sepatutnya memperolehi royalti minyak setahun memandangkan kenaikan mendadak harga minyak dunia, lebih USD100 setong sekarang. Persoalannya apa yang dimeteraikan antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas itu adalah perjanjian untuk mengeluarkan lima peratus wang royalti minyak kepada negeri itu dan wang itu pula diserahkan kepada kerajaan tersebut diurus tadbir dan dimasukkan dalam Wang Disatukan sekaligus menjadi hak kerajaan dan rakyat negeri secara undang-undang.

Dengan tindakan tersebut Perdana Menteri tidak mengiktiraf lagi perjanjian tersebut walaupun beliau tidak mengatakan perjanjian itu batal. Tetapi dengan tindak tanduknya yang serupa dengan bekas perdana menteri lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah perjanjian itu terbatal dengan sendirinya. Dengan kerajaan sendiri pun, Abdullah masih tidak terbuka dan mengiktiraf perjanjian pemberian royalti petroleum dan gas untuk negeri Terengganu sedangkan di negeri lain seperi Sabah dan Sarawak, perjanjian itu masih berjalan seperti dahulu tanpa gangguan . Malah difahamkan kedua-dua negeri berkenaan akan menerima lima peratus lagi royalti petroleum dan gas tidak lama lagi.

Apakah beliau berdendam dengan Ahmad atau dengan pihak lain di Terengganu, tidaklah diketahui. Apakah Abdullah mahu melihat demonstrasi besar-besaran rakyat berlaku di Terengganu, menuntut royalti petroleum dan gas di kembalikan kepada kerajaan Terengganu? Rasanya tidak sukar ia dibuat jika ada penggeraknya apa lagi jika disokong kerajaan negeri sendiri. Pokoknya kerajaan di bawah Dato' Ahmad dan rakyat Terengganu tidak boleh menerima keputusan Kerajaan Pusat yang masih enggan menyerahkan semula wang royalti itu. Apa yang dinyatakan oleh Abdullah hanya satu alasan yang dibuat-buat untuk membolehkan tindakannya tidak mengembalikan wang rakyat itu.

Apa motif sebenarnya tindakan Abdulah di sebalik keenggannya menyerah wang itu? Mungkin umum boleh membaca dan membuat andaian. Pertama projek yang dilaksanakan dengan menggunakan wang tersebut masih belum selesai spenuhnya.
Ini termasuk Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu bernilai kira-kira RM300 juta, Monsoon Cup yang perbelanjaan sebanyak kira-kira RM300 juta lagi. Ia mempunyai kontrak selama lapan tahun mulai 2005. Selain itu projek Tamadun Ilmu dan Masjid Hadhari masing-masing di Besut bernilai beratus-ratus juta ringgit, semuanya menerima peruntukan dari wang tersebut yang kini bertukar menjadi Dana Khas (sebelum ini di pangil Wang Ehsan). Kedua, orang yang bekerja keras mendokong projek berkenaan, Dato' Seri Idris Jusoh, sekarang tidak lagi menajdi menteri besar. Idris adalah orang Abdullah manakala Ahmad menteri besar yang diperkenan oleh istana dan rakyat. Justeru kesinambungannya tidak ada. Lagi pun jika wang itu dikembalikan sebagai royalti, dipercayai Abdullah dan kroninya tidak dapat lagi menggunakan wang itu untuk meneruskan projek yang dirancang dengan bebas tanpa sebarang auditan sebagaimana dilaporkan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Tidak diaudit bererti penyalahgunaan wang berkenaan tidak akan terdedah kepada umum dengan mudah. Justeru, kroni dan keluarga Abdullah yang dipercayai terbabit dengan projek raksaksa di Terengganu itu begitu mudah mendapat habuan tanpa memperdulikan samada ia bertentangan dengan peraturan atau tidak. Dipercayai inilah untungnya bagi Abdullah dan anak menantunya, Khairy Jamaluddin dan kroni mereka Patrick Lim mengekalkan Terenganu tidak menerima wang royalti petroleum. Sekarang siapa yang mahu dipersalahkan? Umno Terengganu di bawah Idris Jusoh sebagai Pengerusi Perhubunganya perlu dipersalahkan. Merekalah dikatakan menjadi punca royalti petroleum bertukar menjadi Dana Khas.

Inilah akibatnya apabila keangkuhan dan dendam kesumat bertakhta dalam politik negara. Kepentingan jangka panjang untuk rakyat terengganu diketepikan begitu sahaja kerana dendam itu dan permusuhan Umno terhadap kerajaan PAS Terengganu sedikit masa lalu. Sekarang siapa yang susah? Rakyat dan Kerajaan Terengganu di bawah Dato' Ahmad yang susah. Penulis amat tersinggung dengan tindakan politik tidak berperikemanusiaan ini.

PAS sokong usaha memperkasa BPR


Oleh: Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


PAS menyokong usaha pihak kerajaan dalam memperkasakan agensi pencegahan rasuah negara, BPR dengan menstrukturnya semula menjadi sebuah suruhanjaya bebas.Bagi PAS keberkesanan menangani rasuah sesungguhnya tidak terletak semata-mata pada nama atau status tetapi yang lebih penting adalah keikhlasan dan keimanan para petugasnya dan kerajaan yang memerintah serta perlaksanaan yang menepati maksudnya yang sebenar. PAS merasakan apa yang telah dibentuk dan diasaskan oleh Islam lebih 1400 tahun dahulu merupakan contoh terbaik dalam usaha memerangi dan membenteras rasuah, dan model Islam ini jauh lebih dahulu dari model-model semasa termasuklah apa yang terdapat di Hong Kong pada hari ini. Islam telah menanam asas memelihara masyarakat dan pemimpin dari rasuah bukan hanya dengan memperkenalkan peraturan dan undang-undang tetapi dimulakan dengan menanam kepercayaan kepada Tuhan yang melihat dan mengetahui segala-galanya.



Islam membentuk masyarakat dan pemimpin sehingga menyedari bahawa perlakuan dan jenayah rasuah tidak hanya akan berakhir di dunia semata-mata tetapi pesalahnya akan turut dihukum di Hari Akhirat kelak. Bagi PAS sebarang usaha memerangi rasuah mestilah bermula dengan pemerintah yang bersih. Jika parti pemerintah itu sendiri dibebani dengan penyakit rasuah dan mereka pula dipilih melalui amalan rasuah, maka adalah mustahil untuk memberikan kepercayaan kepada mereka ini untuk memerangi rasuah dalam erti kata yang sebenar. PAS telah berjaya membuktikan corak dan sistem pemerintahan yang bersih dari rasuah di Kelantan, sejak 1990 hingga kini, dan di Terengganu antara tahun 1999-2004.



Insyallah kita akan memperkenalkan model yang sama ini, yang kita yakini dapat diterima oleh semua dinegeri-negeri Pakatan Rakyat dalam usaha melahirkan masyarakat dan pentadbiran yang bersih dan bebas dari rasuah.
22 April, 2008



DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS) - mr

Friday, April 18, 2008





Siapakah Altantuya, Najib, Razak Baginda?






"Ini adalah merupakan analisis peribadi saya terhadap Altantuya Shariibuu dan hubungannya dengan TPM (Najib) dan Razak baginda. Analisis ini berdasarkan kajian dan pengalaman di dalam bidang berkaitan sebelum ini.Seperti masyarakat Malaysia sedia maklum, isu Altantuya ini telah menggemparkan negara dan antarabangsa dengan pengiktirafan pembunuhan yang paling kejam pernah berlaku dalam sejarah dimuka bumi Allah ini.Di dalam tinjauan dan pandangan saya, Altantuya bukanlah seorang model seperti yang digembar gemburkan selama ini. Kita lihat isu yang berkaitan ini:Altantuya dikatakan mempunyai hubungan dengan Abd Razak Baginda yang merupakan penasihat strategi kepada TPM. \





Perkenalan Abd Razak Baginda dengan Altantuya adalah ketika rundingan pembelian senjata untuk negara. Beliau juga dikatakan pernah berjumpa dengan TPM ketika di luar negara atas urusan pembelian senjata tersebut. Komisyen yang dijanjikan kepada beliau berjumlah ratusan juta.Bila dikaji dan diamati, mana mungkin seorang model boleh mengadakan hubungan dengan pembesar negara dan penasihat strategi MINDEF untuk menjalankan urusan pembelian senjata? Adakah lojik bila difikirkan seorang model boleh menjadi orang tengah melakukan pembelian senjata bagi sesebuah negara.Untuk menjalankan urusniaga pembelian senjata, hanya beberapa jenis orang yang boleh melakukannya iaitu:

Wakil kerajaan sepeti Panglima Angkatan Tentera, Menteri dan Pengarah - pengarah Jabatan / Kementerian / Agensi tertentu. Agen - agen perisikan seperti Agen perisikan Malaysia, CIA, Russia dan sebagainya. Wakil agensi militan seperti Mafia, Pejuang Pemisah Tamil dan sebagainya untuk pembelian senjata ringan.Bila dilihat di dalam situasi tersebut, adakah mungkin berlaku syarikat yang membekalkan senjata berat melibatkan kapal selam dan sebagainya menjalankan rundingan dengan seorang model? Ini yang menjadi persoalan dan tanda tanya. Mungkin ramai yang tidak terfikir akan perkara ini. Ini bermakna kemungkinan Altantuya ini seorang agen perisikan adalah tinggi.


Sekiranya ini berlaku, tidak mustahil Altantuya mengetahui dokumen rahsia kerajaan tentang pembelian senjata ini. Ini amatlah merbahaya dan keselamatan negara akan terancam.Di dalam hal ini, siapakah yang patut dipersalahkan? Orang yang sepatutnya bertanggungjawab ialah Najib dan Razak Baginda. Oleh itu, tuduhan sebelum ini yang menyatakan DSAI adalah agen CIA dan sebagainya adalah semata - mata mengalihkan pandangan rakyat.Kita lihat pula fakta perihal pembunuhan mendiang Altantuya :Beliau telah dibunuh setelah berjumpa dengan Abd Razak Baginda. Pembunuhan tersebut dikaitkan dengan 2 orang anggota polis UTK Bukit Aman yang ditugaskan dipejabat TPM. Mayat beliau diletupkan menggunakan C4, sejenis bahan letupan yang hanya boleh didapati oleh tentera. TPM adalah juga Menteri Pertahanan.


Keterangan saksi pendakwaan yang ada menyebut mendiang Altantuya ini pernah berjumpa dengan seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia ketika beliau bersama Razak Baginda. Orang yang dimaksudkannya ialah Najib. Mendiang Altantuya mempunyai maklumat peribadi yang pelbagai. Ini berdasarkan keterangan awal yang mengatakan beliau Islam dan menggunakan nama Islam. Maklumat imigresen beliau juga tidak dapat dikesan di dalam rekod.Bagi hal ini, Abd Razak Baginda dan Najib tidak mustahil mempunyai hubungan dengan ramai agen perisikan daripada negara luar berdasarkan status dan jawatannya. Oleh yang demikian, siapakah Altantuya? Sama samalah kita fikirkan."

Samy Vellu Perlu Tinggalkan Malaysia


oleh Mso
KALAU tidak silap baru-baru ini Samy Vellu (foto) ada menengur Dr Mahathir Mohamad kerana tidak berhenti bercakap menyalahkan Abdullah. Teguran itu dikira berani dan banyak yang suka. Kalau Samy Vellu sendiri dapat merasakan Mahathir tidak relevan makna betullah tanggapan pembangkang selama ini bahawa Mahathir sudah tidak relevan dan mencemarkan negara.Sebab jarang bagi Samy untuk menegur dan mengkritik Mahathir. Mahathir adalah bossnya.Tetapi belum terbalik hari, Samy Vellu mengeluarkan satu kenyataan yang ‘porah’ dan tidak menunjukkan wibawanya sebagai bekas menteri Kabinet dan juga pemimpin kaum India negara ini. Pernyataan berupa ancaman Samy itu sesuatu yang merendahkan intergiriti beliau sebagai bekas anggota Kabinet.



Kata Samy beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta bantuan negara luar sekiranya Kerajaan gagal membela nasib kaum India negara ini. Katanya kaum India masih terperangkap dalam kemiksinan dan ketingglaan dalam pendidikan dan berhadapan dengan masalah perumahan.Ancaman Samy itu dilihat songsang dan tidak berpetriotisme langsung.Samy Vellu menjadi Presiden MIC sudah lebih 30 tahun. Kalau masyarakat India masih menghadapi masalah, ketinggalan dan mundur, kesalahan itu perlu disangkut ke atas bahunya. Beliau sebagai pemimpin perlu bertangungjawab. Ini bermakna selama itu Samy tidak berbuat kerja dan membantu kaumnya. Mungkin beliau lebih berkerja untuk mengaut keuntungan untuk dirinya. Beliau gagal menjadi seorang pemimpin kepada suatu kaum.Tidak terkejutlah kalau masyarakat India tidak lagi menghormati beliau. Sebenarnya masyarakat India di SungaiN Siput sudah lama tidak menyokong beliau. Kemenangan Samy sebelum ini pun dalam pilihan raya kerana sokongan bangsa Umno di Sungai Siput.



Tidak sepatutnya sebagai bekas menteri Kabinet dan presiden MIC (kaum India) beliau membuat ancaman demikian. Ancaman itu soelah-olah apa yang kerajaan lakukan untuk kaum India selama ini tidak diterima kasih langsung oleh Samy Vellu.
Saya rasa kaum India yang sayangkan negara ini juga tidak setuju dengan saranan Samy itu yang boleh menyebabkan kaum India akan diragui kalau mengikut kata Samy Vellu itu. Apa yang Samy Vellu lakukan itu seakan mahu menuruti jejak Hindraf. Hindarf sebelum ini pun membawa masalah kaum itu di negara ini ke mata dunia apabila mendedahkan kononnya kaum itu dianiaya.



Kerajaan tidak perlu melayani ancaman Samy Vellu itu. Kenyataan itu sebagai politik sahaja untuk mengabui dan meraih simpati kaum India kepadanya. Apa yang lebih baik disarankan balik kepada Samy Vellu, bukan minta bantuan luar tetapi beliau perlu nyahkan dari negara ini. Carilah mana-mana negara yang beliau merasakan selesa untuk hidup.Tinggal dan biarlah kaum India negara ini diuruskan oleh parti-parti pembangkang di dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat nampaknya tidak mengabaikan mana-mana kaum dan memandang semua kaum sebagai sama sahaja mengikut hak-hak yang telah dipersetujui.



Pandangan demikian juga sejajar dan menempati seruan Islam, seperti mana termaktub dalam sebuah firman antara lain bermaksud; Aku jadikan manusia itu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain.Kepada kaum India usah terpanggil dengan ancaman bodoh Samy itu, sebaiknya berilah peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan untuk merealisasikan visi perjuangan mereka. [wm.kl 7:30 am 18/04/08]

Wednesday, April 16, 2008

TranungKite Online v7.0 - Gempar: Filem 'Dunia Baru The Movie' Juga Persendakan Islam !!

TranungKite Online v7.0 - Gempar: Filem 'Dunia Baru The Movie' Juga Persendakan Islam !!



Gempar: Filem 'Dunia Baru The Movie' Juga Persendakan Islam
Oleh: cucumatkilau





Seantero dunia baru saja dikejutkan dengan filem "Fitna" yang dikatakan menghina umat Islam. Maka hebohlah disana sini umat Islam mengadakan demonstrasi membantah tindakan pengeluar filem Belanda, Geert Wilder itu. Lantaran filem pendek itu juga mereka mahu Kerajaan Belanda berusaha membatalkan penayangan filem yang menghina Islam. Di negara kita, Wisma Putra turut membantah tayangan filem itu. Kenyataan yang dikeluarkan menyatakan tindakan itu tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam. Apa yang lebih menarik, gara-gara filem itu umat Islam diseluruh dunia diseru memulau barangan keluaran Belanda. Dalam sedar atau tidak, sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam juga telah berlaku didalam negara kita sendiri. Mungkin kita terlepas pandang atau sengaja buat-buat tak nampak. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kontroversi yang melibatkan pelakon drama Rosnah Mat Aris. Beliau dikatakan menghina isteri Nabi Muhammad SAW, kini telah menerima hukuman digam oleh pihak berkuasa atas keceluparan mulutnya itu. Bahkan apa yang lebih memeranjatkan siaran rancangan terbitan sebuah stesyen TV swasta itu juga telah dibatalkan gara-gara perbuatan Rosnah itu.


Kini, sebuah filem terbitan pengeluar filem tempatan Grand Brilliant iaitu "Dunia Baru The Movie" juga dikatakan telah terdapat unsur menghina Islam. Filem yang diapditasikan daripada drama "Dunia Baru" itu telah ditayangkan kepada umum bermula awal Februari 2008 lalu. Ia diarahkan oleh M. Hitler Zami iaitu anak kepada pelawak terkenal Zami Ismail. Mungkin dek kerana namanya Hitler, maka beliau langsung tidak faham akan sensitiviti umat Islam dan orang Melayu di negara ini. Mungkinkah Hitler merasakan bahawa membuat filem sekadar untuk suka-suka semata-mata lantaran itu tidak mahu langsung memikirkan impaknya terhadap penonton.
Walhal filemnya itu ditonton oleh pelbagai golongan masyarakat dari yang muda hinggalah yang tua.Filem yang membariskan pelakon terkenal seperti Elyana, Ann Ngasri, Pierre Andre, Mustapha Kamal, Anita Baharom dan ramai lagi itu telah dirakamkan di beberapa lokasi di Yan dan Pendang, Kedah Sarul Aman. Filem itu mengisahkan gelagat gila-gila pelajar disebuah kolej dalam menjalani aktiviti seharian mereka. Ia telah mendapat perhatian meluas dikalangan para penonton sejak mula ia ditayangkan di TV3. Pencipta dunia baru dan penulis skripnya untuk televisyen dan filem ialah Wan Hasliza Wan Zainuddin . Drama bersiri untuk filem ini di TV dulu dikatakan pernah mencapai rating yang tinggi iaitu 3 juta penonton. Populariti inilah yang menyebabkan pengarahnya M. Hitler Zami berusaha membawanya ke layar perak.Kisah penghinaan ini berlaku dalam satu babak di sebuah majlis perkahwinan. Dalam adengan tersebut Opie yang dilakonkan oleh Elyana telah berbesar hati untuk menyumbangkan suaranya bagi menyerikan majlis berkenaan. Beliau berpasangan dengan pelakon muda Pierre Andre telah menyanyi sebuah lagu dalam majlis berkenaan. Maka oleh kerana rakannya Mardhiah lakonan Ann Ngasri kelihatan agak warak dan sememangnya menggemari irama nasyid, Elyana dan Pierre Andre telah memilih untuk menyumbangkan sebuah lagu nasyid yang telah popular sepanjang zaman iaitu berjudul 'Sepohon Kayu".

Melihat liriknya sahaja, kita sudah tahu yang lagu ini adalah sebuah lagu ketuhanan yang memerlukan penyampainya memiliki ciri-ciri Islamik. Lagu ini adalag sebuah lagu dakwah yang telah popular sejak sekian lama. Bahkan lagu serta liriknya sahaja sudah boleh meremangkan bulu roma penyanyi dan pendengarnya. Boleh dikatakan hampir seluruh umat Islam di negara ini boleh menghafal dan mengingati senikata lagu ini. Maka itu, apabila ianya ingin dijadikan sebagai sebuah lagu dalam filem, pendekatannya haruslah selaras dengan lagu berkenaan. Lagu itu adalah lagu dakwah dan bukan lagu pop komersial atau pun lagu rock yang membolehkan penyanyinya terkinja-kinja, berjoget lambak serta bersuka ria macam orang tak sedar diri.Dalam filem "Dunia Baru The Movie", pengarahnya Hitler sengaja membutakan mata apabila mengarahkan Elyana dan Pierre Andre menyampaikan lagu berkenaan dengan diringi oleh band rock, berpakaian mendedahkan aurat, terkinja-kinja seolah-olah tidak memahami langsung akan lirik serta tujuan lagu berkenaan dinyanyikan. Lebih menyedihkan lagi, pengantin yang diraikan ketika itu adalah ayah kepada pengarah itu sendiri iaitu Zami Ismail. Sebagai seorang tua, beliau langsung tidak mempunyai kesedaran dan memikirkan perkara ini, walhal beliau boleh menyunting adengan berkenaan jika mahu.


Justeru itu kita amatlah berharap agar pihak berkuasa dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pengeluar filem terbabit atas penghinaan ini. Biarpun ianya tidak secara "jelas" menghina agama Islam, namun langkah mempersendakan lagu-lagu nasyid berbentuk dakwah dengan elemen yang boleh merosakkan jelas sekali bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan dan agama Islam itu sendiri. Tambahan pula si penyanyinya juga tidak menutup "Aurat" dan langsung tidak menonjolkan imej islamik ketika mendendangkannya. Sudahlah tu, dengan muzik Metal yang dimainkan serta mereka berjoget-joget keseronokan seolah-olah tidak memahami langsung maksud yang tersirat disebalik lirik lagu nasyid tersebut.Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita merasa sungguh kecewa dengan kejadian ini. Maka kita berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan tegas kepada artis dan penerbit filem berkenaan demi menjaga maruah Islam itu sendiri. Sudahlah rancangan tersebut jelas sekali memaparkan betapa sosialnya para pelajar kolej di negara kita. Pergaulan bebas serta berbagai aktiviti yang sungguh memualkan seringkali didedahkan kepada kita. Justeru itu kita haruslah juga mendesak serta mengambil tindakan sama apa yang berlaku kepada pengeluar filem Belanda baru-baru ini. Kabarnya DVD dilem berkenaan sedang dijual dipasaran. Maka apa akan jadi kepada generasi muda yang melihat perbuatan ini. Adalah lebih elok mereka memilih lagu pengantin baru untuk menghiburkan pengantin dalan adengan berkenaan. Semoga selepas ini, pihak-pihak berkenaan akan lebih berhati-hati dalam menerbitkan sesebuah drama atau pun filem.


Klik Untuk Lihat Youtube >> SEPOHON KAYU DUNIA BARU THE MOV































Syarikat Melayu Umno terbabit projek babi, Khir Toyo tidak tahu?
Johari Jaafar Wed Apr 16, 08 10:26:44 am MYT



IPOH, 16 Apr (Hrkh)- Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dato Dr Hassan Ali mempersoalkan sikap bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mendakwa tidak tahu menahu tentang projek ternakan babi di negeri itu atau pun sengaja buat tidak tahu. Katanya, projek ternakan babi yang dirancang menggunakan teknologi Jerman itu mendapat bantahan termasuk dari Umno. Menurut beliau, sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun semalam.. Syarikat tersebut, dikatakan terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). "Ketua biro pertanian tradisional MCA Dato' Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sun," ujarnya.




Akhbar The Sun yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Dato' Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.
Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi - masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad. Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya. Menteri Besar Selangor waktu itu Khir Toyo sendiri dikatakan meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Dato' Ch'ng Toh Eng dan Dato' Tang See Hang pada awal tahun lepas. "Inilah pemimpin pemimpin BN ,apa yang dibuatnya pun dia tidak ingat, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan meneruskan projek ternakan babi Kerajaan Negeri dicemoh dan tidak sensetif dengan bantahan rakyat." "Jika tindakan ini dilakukan oleh Kerajaan Umno/BN, ianya wajar untuk kebaikan rakyat , tetapi jika Pakatan Rakyat, ianya diserang begitu teruk," katanya. - mr