Saturday, April 3, 2010

PAS Kesal Pos Malaysia Mahu Dijual selepas Kerajaan BN Menyebabkannya Rugi

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Kerajaan BN mengambil sikap lepas tangan serta mengarahkan Khazanah Nasional Bhd menjual pegangan sahamnya sebanyak 32.2 peratus dalam Pos Malaysia Bhd.Khazanah Nasional yang merupakan GLC milik Kerajaan turut bertanggungjawab diatas kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia. Baru-baru ini, mantan Pengerusi POS Malaysia , Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk ‘Is whistle-blowing really serious’, mendedahkan isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta akibat kegagalan pengurusan syarikat itu menjual sahamnya dalam syarikat yang bermasalah-Transmile Group Bhd setelah dipengaruhi oleh Khazanah.

Tahun lepas Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, dimana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.Pos Malaysia mempunyai aset dan rangkaiannya logistiknya yang luas serta mampu meningkatkan keuntungannya jika diurus dengan betul. Walaupun menerima persaingan sengit ekoran peningkatan pantas dunia teknologi maklumat dan jalur lebar, namun urusan penghantaran barang secara fizikal masih memerlukan khidmat Pos Malaysia.Pos Malaysia juga boleh bersaing dengan syarikat lain dengan meluaskan aktiviti perniagaannya dengan menumpukan kepada sektor penghantaran barang dan pengangkutan. Malah Pos Malaysia boleh berkembang jauh serta melakukan kerjasama strategik dengan mengambil peluang pelaburan dalam MASkargo untuk menguasai pasaran penghantaran kargo luar negara.Tindakan Khazanah meninggalkan Pos Malaysia dalam keadaan sekarang dilihat sebagai usaha untuk melepaskan tanggungjawab dan kegagalan syarikat milik Kerajaan itu.PAS berpandangan, walaupun Pos Malaysia mengalami kerugian tetapi ia harus terus dipegang oleh Kerajaan kerana ia adalah organisasi strategik yang mana melibatkan kepentingan dan keselamatan negara. Tanpa penglibatannya dalam Transmile, kerugian yang dialami hanyalah sedikit dan strategi perniagaannya masih boleh distrukturkan semula.

PAS khuatir dengan tindakan Khazanah itu, pihak swasta termasuk syarikat-syarikat yang dimiliki oleh pelabur asing akan mengambil kesempatan dan seterusnya menguasai jaringan Pos Malaysia.Kita tidak mahu melihat Pos Malaysia yang membawa nama Malaysia ini akhirnya dimiliki oleh individu atau pelabur luar dan akhirnya identiti Malaysiannya terhakis.Sebelum ini, Kerajaan pernah melakukan kesilapan dengan menjual saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) kepada syarikat Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) yang berpangkalan di Hong Kong. Dengan desakan PAS yang melihat bahawa Bernas merupakan syarikat yang strategik dan melibatkan soal keselamatan (makanan), akhirnya kerajaan akur untuk membeli kembali 32 peratus saham yang dijual kepada Wang Tak.Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli ke semua saham milikan Wan Tak. Dan jumlah itu jika dicampur dengan 55 peratus lagi saham milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, telah menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus. Akhirnya aset milik negara kini menjadi milik individu.Oleh itu, PAS mahu kerajaan menimbangkan semula tindakan Khazanah ini dan mahu syarikat ini terus dimilki oleh Kerajaan sebagai satu aset yang strategik untuk masa depan ekonomi negara kerana kita sudah melihat begitu banyak syarikat penghantaran yang dikuasai oleh pelabur asing dinegara ini seperti FEDEX dan DHL.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penrangan PAS Pusat

Saya bantah langkah MEB hapuskan 100% kuota ekuiti rakyat Malaysia


Artikel Oleh Herman Samsudeen

Belum pun kering air liur Ibrahim Ali pada keris Perkasa yang diciumnya Sabtu lalu, Najib pula umumkan pelancaran Dasar Model Ekonomi Baru (MEB). Bunyi memang gempak, tapi belum sampai 24 jam, pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz pecah rahsia.

Dalam temuramah dengan Malaysiakini, beliau mendedahkan bahawa MEB akan menghapuskan kuota pemilikan ekuiti termasuk kuota bumiputra bagi memberikan peluang yang adil dan bebas untuk semua pihak melabur termasuk pelabur asing. Tindakan ini katanya adalah untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dalam negara dan membuka ruang pasaran yang lebih luar untuk membantu rakyat.

Mula dengan Liberalisasi Ekonomi

Cis! pandai dia putar belit. Kalau diingat semula. Tahun lepas Najib juga umumkan Dasar Liberalisasi Ekonomi dimana 5 strategi dirangka iaitu :

  1. Kerajaan menurunkan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.
  2. Seterusnya, pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus
  3. pemansuhan FIC
  4. Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
  5. Nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing pula ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM500,000.

Perasan tak? Tahun lepas kuota ekuiti Bumiputra dan bukan bumiputra masing-masing telah diturunkan sehingga 12.5 peratus. Dengan pengumuman MEB ini pula, kuota ekuiti telah dihapuskan 100 peratus.

Intipati MEB

Selepas ini pelabur asing bebas untuk bersaing merebut saham dalam syarikat-syarikat yang berkepentingan dan strategik. Semalam, Khazanah Nasional umum untuk jual 32.2 peratus kepentingannya dalam Pos Malaysia. Tidak mustahil, Pos Malaysia akan dikuasai pelabur asing sama seperti yang berlaku pada Bernas yang dijual sebahagian sahamnya kepada syarikat dari Hong Kong-Wan Tak.

Selain itu KWSP di benarkan melabur lebih banyak aset di seberang laut….Hei! KWSP adalah duit rakyat, bukan duiat mak bapak kamu. Kena tanya pandangan pencarum dulu. Sepatutnya dana KWSP ditumpukan untuk melabur dalam negara. Kenapa nak banyakan pelaburan luar negara dan biarkan pelabur asing pula masuk melabur dalam negara.

Kerajaan dan KWSP kononya akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang dengan nilai pembangunan sebanyak 5 Bilion.

Hah! satu lagi hab baru diwujudkan-Sungai Buluh. Tapi apa cerita WPI, ECER, NCER, SDC dan SCORE yang dilancarkan zaman Pak Lah. Najib juga kaki Koridor sama macam gelaran Mahathir pada Pak Lah yang disebut sebagai Bapa Koridor Malaysia…

Tidak cukup dengan itu, beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender untuk dimajukan. Tendernya adalah terbuka, maknanya syarikat asing boleh joint tender sekali. Kalau perasan, dikawasan itu begitu banyak bangunan yang dulunya milik rakyat Malaysia sudah terjual kepada pelabur asing. Kondominium mewah disitu kebanyakannya dikuasai oleh pelabur dari Singapura, Hong Kong dan lain-lain.

Saya juga tidak bersetuju jika syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio diswastakan tanpa kawal modal dan kuota ekuiti. Kerana dengan penghapuskan kuota ekuiti maka syarikat yang berkepentingan ini akan tergadai pada pelabur asing.

MIDA dikorporatkan. Saya boleh setuju tapi ia harus diletak dibawah kawalan kerajaan sebagai satu GLC yang mana fungsinya diperbesarkan sebagai perunding pelaburan negara.

MEB program kira semula untuk gadai negara

Secara tepat, saya menganggap MEB hanyalah satu program kitar semula dimana sebelum ini dasar penswastaan telah dilaksanakan dizaman Mahathir. Beberapa syarikat dan agensi perkhidmatan milik kerajaan diswastakan. Tapi kali ini Najib cuba wujudkan kembali dengan versi yang lebih ganas lagi tanpa apa-apa syarat dalam kawalan modal dan ekuiti.

Walaupun Anwar kata MEB cuba meniru Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan, namun saya melihat dengan beberapa pengubahsuaian, jelas ia merugikan rakyat. Dasar AEM dicuri dan dicampuradukan dengan Dasar Liberalisasi Ekonomi Najib yang akhir hanya bertujuan untuk mencari jalan pintas bagi menjual kepentingan rakyat dan negara ini. Perkara yang berbeza akan berlaku jika AEM benar-benar dilaksanakan.

Apa pun jua, rakyat perlu buka mata, dan desak dasar ini dinilai semula. Tahun lepas kita gagal halang Dasar Liberalisasi Najib. Kali ini Najib mengambil cara yang paling biadap iaitu melancarkan dasar ini diluar Parlimen tanpa membawanya ke institusi tertinggi rakyat itu untuk dibahaskan. Saya setuju dengan pandangan Presiden PAS, Tok Guru Hadi Awang bahasa perkara ini perlu dibawa ke Parlimen. Jelas Najib membelakangkan hak rakyat dan kita harus bersatu menolak dasar ini sehinggalah ia dibahas secara terperinci di Parlimen.

Kita tidak mahu pada masa akan datang rakyat dinegara ini kehilangan hak mereka yang disapu warganegara asing. Jika hari ini Najib boleh minta bantuan nasihat dari APCO yang juga syarikat milik Zionis, tidak mustahil esok lusa lebih banyak saham-saham syarikat negara ini dikuasai Zionis. Ayuh tentang sebelum terlambat. Saya tak tolak pembangunan dan dasar untuk bangunkan ekonomi negara. Tetapi kalau ia merugikan rakyat, wajib kita tentang.

Pakatan, Perkasa, ahli Umno, parti Politik lain, NGO dan seluruh rakyat harus bangkit tentang dasar ini! tiada kompromi.-syukran.wordpress.com


Sunday, March 28, 2010

Mursyidur Am: Nik Aziz redha untuk berundur


Berita Oleh Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 27 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dangan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar kalimah Allah digunakan bagi menggantikan perkataan Tuhan dalam prinsip pertama Rukun Negara.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, penggunaan kalimah Allah itu mampu merungkai kekeliruan dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.


"Sekarang ni rakyat keliru, Allahpun Tuhan, Nabi Isa pun Tuhan, kubur keramat pun tuhan, jadi hak mana sebenarnya tuhan, tapi kalau kita pakai satu nama Allah sahaja, yang mereka tertanya-tanya tu, kita sedia bagi penjelasan yang mana satu tuhan sebenarnya," ujarnya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengarah Urusetia, Abdul Aziz Yunus, Setiausaha Sulit khas, Rosdi Abdullah dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Isu pindaan perkataan Allah pada prinsip Rukun Negara dibangkitkan Abdul Hadi sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ujar Tuan Guru Nik Aziz lagi, jika masih timbul kekeliruan berhubung penggunaan perkataan Allah itu, PAS bersedia mengambil tanggungjawab memberi penjelasan kepada masyarakat.

Mengulas kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS pula, beliau sedia memikul amanah tersebut jika terus diberi kepercayaan oleh parti.

Namun, beliau juga menyatakan kesediaan untuk berundur jika parti mempunyai pengganti yang lain.

Ketika ditanya Jom Heboh di Kelantan pula, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri akan sentiasa membuat apa yang sedia ada,namun akan dipantau dan diselaraskan dengan undang-undang dan berkaitan yang wajib mematuhi enakmen hiburan Kelantan.

"Tuan-tuan kena ingat, Islam ni orang lain kata tak boleh, tapi kita kata boleh, mereka pula akan kata adanya huru-haralah bila Islam memerintah, kemunduran dan sebagainya, ertinya walaupun mereka ini Islam, mereka ini mengatakan Islam tidak boleh,"katanya lagi.

Nik Aziz berkata pembentukan kerajaan Kelantan masa kini adalah hasil daripada kepercayaan rakyat dan akan diselaraskan dengan kehendak Islam termasuklah dalam hiburan.

"Alhamdulillah, Jom Heboh dapat berjalan dengan baik, tetapi kita baiki apa yang ada dalam program mereka ini agar selari dengan peraturan hiburan dalam negeri kita.

"Kita akan terima jika Jom Heboh ingin diadakan pada tahun hadapan sekiranya mereka akur dengan kehendak kerajaan," kata beliau.

- Petikan Harakahdaily

......
Versi yang jelas lagi

Nik Aziz Redha Ketepi, Gantinya Dr Haron Atau Tuan Ibrahim..

Tuan Guru Nik Aziz

KOTA BARU, Mac27, 10: BERNAMA hari ini melaporkan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan “rasa bahagia” jika Majlis Syura yang bermesyuarat Isnin ini tidak melantiknya semula sebagai Mursyidul Am PAS.

Katanya beliau tidak kisah jika orang lain dilantik menyandang jawatan tersebut kerana seringkali meminta timbalannya menjadi wakil dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan. Nik Aziz mengakui rekod buruknya kerana banyak tidak menghadiri majlis-majlis rasmi membabitkan peringkat pusat parti itu.

“Banyak saya tidak hadir, rekod kehadiran saya pun buruk di pusat.

“Jadi ketika mesyuarat banyak diwakilkan kepada timbalan saya, Datuk Dr Haron Din.

“Jadi saya rasa bahagia kalau orang ketepikan saya, kerana burukkan rekod saya sendiri,” jelas Menteri Besar Kelantan ini.

Nik Aziz bagaimanapun tidak akan menolak sekiranya beliau terus dilantik kembali untuk menduduki kerusi jawatan tertinggi parti itu.

“Kalau dicalonkan balik, terimalah... apa boleh buat. Tapi saya banyak tak hadir sebelum-sebelum ini.

“Kalau penting sangat, orang telefon berkali-kali baru saya hadir,” katanya.

Menjawab calon bakal penggantinya sekira tidak dipilih, Nik Aziz tidak menafikan kemampuan pimpinan PAS lain untuk menggantikan tempatnya. “Dalam PAS sekarang makin ramai orang yang berkebolehan,” ujarnya.

Mesyuarat Selasa lalu telah melantik semula beliau sebagai lima anggota Majlis Syura. Majlis itu akan bermesyuarat Isnin ini dengan kuorum penuh untuk menentukan Mursyidul Am bagi tempoh lima tahun akan datang.

Dalam pada itu, Nik Aziz menyokong cadangan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda prinsip pertama Rukun Negara daripada “Kepercayaan Kepada Tuhan” kepada “Kepercayaan Kepada Allah”. Rasional Nik Aziz terhadap cadangan itu antaranya boleh menamatkan kekeliruan di kalangan masyarakat dalam persoalan kalimah Allah dan Tuhan.

“Betul... betul... ya, sebut Tuhan... Tuhan, kubur keramat pun orang panggil Tuhan juga, berhala orang panggil Tuhan, banyak lagi Tuhan ini kan?

“Jadi kita kena tentu mana yang sebenar. Malaysia tak menetukan siapa Tuhan.

“Macam orang Melayu Malaysia ini pun tak tahu lagi Allah ke Tuhan, atau kubur keramat, tak boleh... perlu diketatkan Tuhan yang sebenar,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra Bersama NGO-NGO Warga Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort hari ini. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: 'Bahagia diketepikan', 'tidak menolak' kalau dilantik. Ertinya redha terima apa saja. Ada juga orang sebut-sebut, yang lebih dekat untuk menggantikannya ialah antara Dr Haron Din atau Tuan Ibrahim Tuan Man. Wallahu 'aklam.(IH)

http://www.ibnuhasyim.com/2010/03/nik-aziz-redha-ketepi-gantinya-dr-haron.html

PERKASA Kalau Bertanding Pilihanraya, Dah Lama Bungkus..


Artikel Oleh: addin_77

"
Sebenarnya aku cukup meluat dengan Ibrahim Ali dari mula-mula dia bertanding atas tiket bebas yang pro-PAS di Parlimen Pasir Mas lagi. Aku tak percaya yang Ibrahim Ali ini mahu berubah dan menerima perjuangan PAS seadanya. Last-last Tok Guru pun dia kelentong habis. Sekarang apa dah jadi kat Ibrahim Ali. Tiba-tiba timbul PERKASA, yang konon-kononnya memperjuangkan bangsa Melayu yang lebih dari UMNO lagi.


Pada pandangan aku lah sebenarnya, tujuan ditubuhkan PERKASA adalah atas kapasiti peribadi Ibrahim Ali yang tak tahu hujung pangkal karier politiknya. Manakan tidak, UMNO dah 'black list' nama Ibrahim Ali seumur hidup. Manakala PR tentu tidak akan terima lagi makhluk perosak spesis katak macam Ibrahim Ali ni. Jenis manusia macam ni dia kan belit semua orang disekelilingnya. Bak senang cakap, jangan kawan orang seperti ini biar dia mati beragan sorang-sorang.

Hari ni mungkin hari bersejarah kepada Ibrahim Ali dan kuncu-kuncunya. AGM PERKASA kali pertama dirasmikan dengan penuh istiadat keMelayuan. Kononnya, Ibrahim Ali lebih Melayu daripada Melayu-Melayu yang lain. Beberapa kontroversi berlaku sebelum AGAM bermula, seperti minggu lalu, tetamu kehormat yang diundang ke AGM Perkasa di PWTC menolak jemputan berkenaan. Sultan Selangor membuat pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang. Tindakan yang sama diambil oleh beberapa CEO daripada syarikat yang berkepentingan kerajaan (GLC) selang beberapa hari kemudian.

Pembatalan kehadiran VVIP tersebutnya adalah sebenarnya tak nak terlibat dengan sentimen perkauman yang menebal dalam PERKASA. Agenda perkauman sudah tidak relevan dalam dunia masakini. Ucapan-ucapan yang berapi-api yang berbaur perkauman hanya akan menyemarakkan lagi api perkauman. Masyarakat Malaysia sudah matang berpolitik wahai Ibrahim Ali, ini terbukti dengan kekalahan UMNO BN dalam PRU ke 12. UMNO BN adalah parti yang berpaksikan kebangsaan, perjuangan kebangsaan mereka retorik semata-mata demi kelangsungan politik mereka.

Aksi kau menjulang keris hanya akan menimbulkan bibit kebencian dan kemualan masyarakat terhadap kamu dan kuncu-kuncu kamu. Nescaya Ibrahim Ali, jikalau PERKASA bertanding pilihanraya kamu akan bungkus awal-awal dan di talkinkan....

Monday, March 22, 2010

Ezam tidak kenal Anwar, sebab itu dia kluk-klek



Artikel Oleh Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 22 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor tidak mengenali Anwar sebenarnya.

Kerana tidak kenal itulah menyebabkan sikap beliau berubah-ubah atau kluk-klek, sekejap sokong dan sekejap lagi menentang Anwar.

“Saya pun kenal juga (Anwar Ibrahim). Dia kenal, saya pun kenal. Jadi tak usahlah mendakwa yang pelik-pelik sangat.

“Saya boleh terima nasihat dia, tetapi (jangan) sampai kepada peringkat (seolah-olah) macam saya tidak kenal siapa Anwar Ibrahim. Saya kenal Anwar semasa dia berada dalam ABIM lagi.

“Saya terima nasihat dia (Izam), tetapi saya juga menasihatkan dia jangan banyak ubah pandangan.

“Ini kerana kalau dia kenal Anwar Ibrahim, kenapa dahulu dia mendekati tetapi sekarang kenapa pula dia lawan. Ini menunjukkan dia tidak kenal. Namun saya kenal Anwar Ibrahim dahulu sampai sekarang.

“Izam tidak kenal, sebab itulah dia (bersikap) sekali rapat, sekali marah, itu menunjukkan tidak kenal,” tegasnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Nik Aziz mengulas nasihat mantan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Izam Mohd Nor supaya (Nik Aziz) menjauhi Anwar Ibrahim.

Ini kerana, mengikut dakwaan Izam bahawa dia lebih mengenali siapa dia Anwar Ibrahim.


- harakahdaily

Sunday, March 7, 2010

Dari Minda TGNA:Mufti atau Mufta?



Artikel Oleh: ahmadfadhli

"Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan. Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan.Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya. Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku. Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar.

Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS! Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010

Tuesday, March 2, 2010

‘Bakal Menteri Besar’ Masih Bermimpi?

Analisis Isu Oleh: ahmadfadhli

"Malaysia bahkan dunia pun mungkin telah mencatat sejarah yang menarik apabila sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pernah digegarkan dengan kempen agresif UMNO/BN di dalam menawan Kelantan. Bermula dengan kempen ”18 Pade Doh” sehinggalah kepada menabalkan ”Bakal Menteri Besar”, UMNO / BN terus kempunan di dalam menawan Kelantan. PAS terus gagah bersama Pakatan Rakyat meninggalkan hanya 6 kerusi untuk UMNO.Sayangnya, barangkali mimpi bakal menteri besar masih belum habis. Nyata sekali, bakal menteri besar berkenaan, YB Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein masih bermimpi, angin Pantai Bachok yang kadang-kadang kencang gagal mengejutkannya dari mimpi yang diulit oleh bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan sendiri. Sayang sekali, mimpi ini semakin beralun indah apabila diberikan teraju mengendalikan duit wang ehsan yang entah dari mana datangnya.Bakal Menteri Besar sekali lagi mengegarkan ketenangan bumi Kelantan.
Kali ini apabila YAB Menteri Besar yang sah dinafikan hak untuk membuat pelepasan pelumba-pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) semalam. Bukanlah soal berebut untuk bermegah-megah, isunya ialah semua pihak perlu tahu di bumi mana mereka sedang berpijak. Bumi Kelantan ada Rajanya, ada Menteri Besarnya, ada rakyatnya yang telah menolak UMNO/BN secara total di dalam pilihanraya yang lepas. Tuan Guru Menteri Besar telah dijemput dari awal untuk membuat pelepasan peserta LTDL. Petang sehari sebelum berlangsungnya pelepasan, Datuk Awang Adek memohon untuk turut hadir bersama. Persetujuan telah dicapai dengan Menteri Besar akan membuat pelepasan diiringi oleh Datuk Awang Adek. Bukankah itu satu kompromi yang baik dan jernih? Setidak-tidaknya Awang Adek tidak dilihat sebagai tidak cerdik. Paling kurang pun sudah mengiringi Menteri Besar sekalipun gagal menjadi Menteri Besar yang sah Pagi hari pelepasan jam 9.15 pagi, pengesahan dibuat bahawa Menteri Besar yang akan membuat pelepasn. Sayangnya, entah sihir apa digunakan, kedatangan Menteri Besar tidak dialu-alukan. Datuk Awang Adek langsung tidak berdiri sewaktu kedatangan Menteri Besar sebagaimana orang lain. Bahkan pada peringkat awalnya, hanya Awang Adek dan Pengarah JPP Kelantan dibenarkan untuk berada di atas pentas manakala Menteri Besar di bawah! Teruk sekali apabila orang yang bermimpi masih belum terjaga!
Akhirnya, yang dijemput membuat pelepasan hanyalah Datuk Awang Adek meninggalkan Menteri Besar yang sah. Konspirasi apa yang dirancang tidaklah diketahui, yang jelasnya kejadian tersebut benar-benar memalukan. Bukan memalukan Menteri Besar, tetapi memalukan Awang Adek sendiri yang langsung tidak menghormati pemimpin negeri yang sah di majlis yang sama.Bak kata YAB Tuan Guru Menteri Besar sebentar tadi di dalam Dun Kelantan, ” Malu hanyalah harta orang beriman. Orang yang tidak beriman tidak malu. Bahkan lembu kerbau juga tidak malu. Orang yang tidak malu kulit mukanya lebih tebal dari kulit kaki..”

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
2 Mac 2010 : 11.00AM

Penulis merupakan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Monday, February 22, 2010


ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI
T-Shirt Fabrik berkualiti untuk tempahan

Unik: Ceramah Maulidur Rasul di Surau turut dihadiri bukan Islam


Berita Oleh: bumiperak

"IPOH 21 Feb 2010 Sukar untuk diterima akal dalam Ceramah Maulidur Rasul yang tajuknya berkisar tentang kemuliaan junjungan besar Rasulullah S.A.W dan keagongan sejarah Islam dihadiri bersama dengan beberapa orang bukan Islam termasuk Ahli Parlimen Gopeng, YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang.Ceramah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Rakyat Negeri Perak, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin di Surau Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, Ipoh malam tadi.

Antara yang disampaikan Nizar apakah kewajaran serta nas dan dalil-dalil yang menegah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam?. Sikap begitu mengundang umat Islam kepada perbuatan syirik kerana beriktikad adanya tuhan selain Allah dengan mengatakan Tuhan sebahagian insan lain itu bukan Allah. Bahkan ayat AlQuran yang pertama surah Al-fatihah menyatakan Alhamdulillahi Rabbul alamin (Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta)


Kelihatan YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah Surau selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah.

YB Dato' Seri Ir Nizar menjamu selera bersama wakil rakyat bukan Islam selepas ceramah disampaikan di Surau Taman Rapat Koperasi, "

Friday, February 19, 2010

T-Shirt Fabrik berkualiti untuk tempahan



Guan Eng lakukan yang terbaik untuk rakyat
Posted on Thursday, February 18 @ 17:13:35 PST
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti



Berita Sumber Harakahdaily

GEORGETOWN, 19 Feb: "Saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa memilih bulu, tidak sepertimana Umno dan Barisan Nasional (BN) dulunya. Sebab saya bukan cauvanis, diktator atau ekstrem terhadap orang Melayu terutamanya Islam," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan demikian semasa menerima kunjungan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan dan rombongan di pejabatnya di sini, semalam.Menurutnya, kebanyakan isu yang timbul kerana fitnah dari media elektronik mahupun cetak yang pro BN kerana mereka tidak senang melihat kemajuan yang dicapaikan oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak hampir dua tahun lalu.

Beliau juga berjanji akan memastikan kedudukan Melayu dan Islam dijaga di negeri ini di mana pada tahun ini sahaja, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri memperuntukkan RM24.3 juta kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang berbanding tahun 2009 iaitu RM20.5 juta.Katanya, bantuan tersebut lebih besar berbanding era pemerintahan BN hanya RM12.5 juta."Peruntukan kali ini meliputi bantuan pada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang pernah ditarik balik perkapitanya oleh Kerajaan BN dulu. Pemberian itu menandakan Pakatan Rakyat di sini tidak mengamalkan double standard sepertimana yang disangkakan," jelas beliau.Pemimpin Umno dan BN sengaja mencipta berbagai agenda untuk mendesaknya yang kononnya semakin lemah dan akhirnya tumbang sebagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Wednesday, February 17, 2010

Presiden PAS Terjun Laut Selamatkan Mangsa Lemas
Posted on Tuesday, February 16 @ 20:30:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad


Berita Oleh HermanSamsudeen

Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya. Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya.

p/s-Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar nia dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia. Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau.

Note: Harap maaf gambar ketika menyelamat baru dimasukkan. Tertinggal tadi - AJ

Wednesday, February 10, 2010

Altantuya Terus Menghantui Najib-Rosmah
Posted on Wednesday, February 10 @ 00:45:36 PST
Dilulus untuk paparan oleh brucekk


Analisis Isu Oleh: monazmuslim

"Nampaknya Najib-Rosmah tidak boleh senang duduk juga bila RPK terus 'melanyak' pasangan iblis ini dengan kes Altantuya yang terbukti melibatkan mereka.Pada waktu sedang 'berseronok' melihat Anwar sedang dibicarakan oleh 'mahkamah' mereka, tiba-tiba RPK mendedahkan pulak 'lelaki misteri' dalam Proton Saga biru sebagai Nasir Safar pada malam Altantuya ditangkap Polis di hadapan rumah Razak Baginda. Nasir Safar ialah Pegawai khas Najib.Bala, dalam Akuan Sumpahnya ada menyebut tentang sebuah Proton Saga biru dipandu seorang lelaki Melayu telah lalu di hadapan rumah Razak Baginda sambil memerhatikan mereka di situ. Dari mana RPK dapat semua maklumat tentang individu yang terlibat dalam kes Altantuya ini ? Yang terbaru, didedahkan pula pasal ASP Suresh telah terbang ke India untuk menemui Bala di tempat persembunyiannya. Dipercayai tindakan menghantar Suresh ke sana adalah untuk memujuknya supaya tidak menemui SPRM dan menyerahkan bukti penglibatan Najib dalam kes Altantuya. Juga memujuk Bala agar menarik terus Akuan Sumpahnya itu. Jika Bala setuju, RM 5 juta akan diberikan secara ansuran sebanyak RM50,000 sebulan. Pembayaran akan diuruskan oleh Deepak, tauke besar karpet yang ada hubungan rapat dengan Rosmah.RPK mendapat semua maklumat ini daripada 'orang dalam' PDRM dan ATM sendiri. Begitu juga dengan maklumat tentang Rosmah dan 2 orang pegawai tentera (suami-isteri) berpangkat Lt. Kolonel berada di tempat kejadian (lokasi Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan) malam itu. Sebaik saja mendapat maklumat ini, RPK terus membuat Akuan Sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan meminta peguamnya menghantar satu salinan ke Pendakwaraya agar siasatan lanjut boleh dijalankan. Dan RPK tidak pernah membocorkan maklumat surat sumpahnya itu kerana akur dengan nasihat Pegawai Tinggi Risik tentera yang memberikan maklumat tersebut.Najib-Rosmah lupa hanya segelintir saja anggota polis dan tentera yang boleh diperalatkan. Majoritinya sudah lama meluat dan benci dengan segala jenayah dan penyelewengan yang dilakukan. Justeru ada di kalangan mereka menyalurkan maklumat ini pada RPK.Bala sendiri membuat pengakuan di hadapan 3 orang peguam kanan bahawa seorang pegawai kanan polis, dua ahli perniagaan adik beradik dan seorang adik Najib telah mengugut dan cuba menyogoknya supaya menarik balik perakuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib Razak dengan Altantuya.

Persoalannya :

1- Mengapa Najib dan Rosmah takut sangat dengan Akuan Sumpah si Bala ni sehingga menghantar orang mengugut dan menawarkan wang RM5 juta jika Bala setuju menarik balik Akuan Sumpah tersebut ?

2- Kenapa RPK yang ditahan atas tuduhan menyiarkan Akuan Sumpahnya sedangan RPK tidak pernah membocorkannya ? Sebuah website UMNO yang telah menyiarkan salinan Surat Sumpah tersebut. Tapi Polis tak tahan dan siasat pengendali web UMNO itu. Sebaliknya RPK yang tak bersalah pula ditahan untuk siasatan. Inilah sistem keadilan rimba yang diamalkan.

3- Kenapa ASP Suresh dihantar ke India mendahului SPRM untuk mencari Bala ? (sila baca di Malaysia Today).

4- Yang hairan tu, kenapa PDRM tidak meminta kerjasama Interpol untuk mencari Bala dan menangkap RPK ?

5- Sebelum Altantuya datang ke Malaysia, dia telah menyerahkan seluruh dokumen penting kepada ayahnya agar boleh dijadikan bukti sekiranya terjadi sesuatu pada dirinya. Setelah dia dibunuh, ayahnya Shaaribu telah datang ke Malaysia dan bertemu dengan pegawai konsulat Mongolia, Datuk Abd.Rahman Al-Habsyi di sini. Shaaribu telah menyerahkan seluruh dokumen tersebut kepadanya agar boleh dijadikan bukti dalam mahkamah. Namun bila perbicaraan kes Altantuya berjalan, dokumen tersebut tiada. Kenapa si Abd.Rahman 'menghilangkan' dokumen tersebut ?

Seluruh rakyat Malaysia yang celik mata hatinya boleh menjawab persoalan ini. Tak perlu nak dijelaskan lagi.Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah SWT, adalah menjadi kewajipan kita untuk menentang sebarang perbuatan jenayah terancang sebagaimana yang berlaku dalam kes pembunuhan kejam Altantuya ini. Kita jangan melihat kes Altantuya hanya pada cara dia dibunuh saja tetapi perlu dilihat dalam skop menyeluruh. Kes Altantuya ini jelas membuktikan kepada kita semua, malah seluruh dunia betapa dahsyatnya sitem keadilan negara ini telah 'dilacurkan' oleh sang penguasa zalim bagi menyembunyikan jenayah yang mereka lakukan. Beberapa kerat 'manusia durjana' dalam Jabatan Peguam Negara, PDRM, ATM, Kehakiman sanggup menjadi hamba kepada sang penguasa jahat bagi menyembunyikan jenayah terkutuk ini. Malah 2 pegawai Polis terpaksa dijadikan 'korban' dalam kes ini. Tak tahulah samada Azilah Hadri dan Sirul sudah digantung atau belum ? Atau dipenjara seumur hidup ? Bukan setakat itu saja malah kematian Altantuya dengan sendirinya mendedahkan penyelewengan wang rakyat sebanyak RM500 juta hasil pembelian dua biji kapal selam Scorpene. Cuba kita tanya diri sendiri. Apakah kita akan berdiam diri sekiranya anak atau adik beradik kita yang berada di tempat Altantuya ? Dan apakah perasaan kita sebagai seorang ayah sekiranya anak sendiri diperlakukan sebegitu kejam tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya ?Sudah sampai masanya kita sebagai rakyat menghentikan segera segala bentuk jenayah dan penyelewengan pihak atasan yang jelas melampaui batas kemanusiaan.

Jangan sampai ada lagi mangsa seperti Assyahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 rakannya, Altantuya dan Teoh Beng Hock. Mereka mati angkara kerakusan dan kezaliman pemimpin UMNO yang bertuhankan iblis. Kita jangan lupa yang Anwar Ibrahim sendiri pun mahu dibunuh ketika Rahim Noor membelasahnya dalam lokap Bukit Aman. Namun umur Anwar masih panjang. Cubaan kedua untuk membunuh Anwar dilakukan dalam penjara apabila Anwar disahkan terkena racun Arsenik. Hari ini, sekali lagi cubaan untuk menghancurkan Anwar dilaksanakan dengan cara keji dan terkutuk.Apakah kita mahu tunggu sehingga kena pada batang hidung sendiri, lepas tu barulah nak sedar dan insaf betapa zalimnya pemerintahan UBN ini? Enough is enough... Kita wajib membuat perubahan dalam PRU13 sebelum perkara yang lebih buruk lagi melanda rakyat dan negara ini.

"Mereka merancang dan Allah juga ada perancangan-Nya...."

Jazakallah.

http://monazmuslim.blogspot.com/

Nizar Masih MB Yang Sah - KU LI
Posted on Wednesday, February 10 @ 00:39:12 PST
Dilulus untuk paparan oleh brucekk



Artikel Oleh: panduputeri

"Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.

sumber http://mutaligat.blogspot.com/2010/02/nizar-masih-mb-yang-sah-ku-li.html

Wednesday, February 3, 2010

Jangan sekongkol tuduh liwat kepada Anwar



Komentar Oleh: ustnik

"Anwar ke mahkamah lagi. Fitnah lampau seakan tidak dipedulikan oleh mereka yang kotor hatinya, busuk ususnya, buruk perangainya. Liwat adalah satu jenayah keji. Tetapi menuduh liwat tanpa bukti kukuh menurut prinsip Islam, ditambah dengan fitnah yang sengaja diadakan bagi menidakkan kelangsungan karier politik dan menghancurkan keluarga adalah sesuatu yang dahsyat. Mungkin ramai yang sudah lupa cerita lampau apabila ditangkap ala gestapo, mata lebam, dibogel, dibiar dalam sel, didera mental. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah antara penceramah ke sana ke mari menceritakan kisah Anwar. Beliau pernah datang ke Kemaman ketika itu berceramah kisah Anwar. Sebak rasa dada mendengar penceritaannya. Kali ini Zulkifli Nordin sibuk dengan urusan lain pula. Biarkan. (??) Ada beberapa orang yang sudah pergi tak kembali, yang menjadi sebahagian dari pelakon-pelakon sebuah drama keji. Pelakon utama masih hidup, dengan nyawa yang agak liat, tapi Anwar dengan jiwa besar sudah mengampunkannya. Bukan mudah untuk memaafkan orang yang menzalimi.

Barangkali mereka yang melakonkan drama baru versi 1Malaysia dengan plot lama terfikir, tak apalah, kalau-kalau nanti Anwar terpenjara beberapa tahun, lepas itu keluar dan kemudian memaafkan pula pelakon-pelakon baru tadi.Begitu mudah mahu keampunan dari orang lain tetapi begitu mudah juga memfitnah orang lain? Lupakanlah habuan pangkat, wang ringgit yang dijanjikan. Ia tak sampai ke mana pun.Hakim ‘tak relevan’, ‘tak relevan’ pun dah meninggal. Kalau ada sedikit habuan yang diterima, ia tetap ditinggalkan di dunia ini untuk orang lain. Diri sendiri jawablah dalam kubur dengan Mungkar Nakir tu. Kalau rasa diri tu mampu berhujah dengan Mungkar Nakir nanti, jalankanlah drama itu menurut skripnya. Tapi kalau rasa tak berbaloi dengan bahan memfitnah orang, janganlah bersekongkol menuduh liwat kepada orang yang tidak melakukannya.

Monday, February 1, 2010

FAKTA !....Memaparkan fakta yang tidak boleh lagi disangkal oleh mana-mana individu,kumpulan,pertubuhan maupun hatta mahkhamah sekali pun(melainkan mahkhamah "rubber stamp")...

Hasrat TGNA,sebagai ketua kerajaan bagi negeri Kelantan ingin membawa isu ini ke-mahkamah antarabangsa amat dialu-alukan oleh majoriti rakyat kelantan....kerana bagi rakyat kelantan yang sedar n waras berpendapat bahawa kerajaan pusat yang diterajui oleh PM sekarang iaitu Dato'Seri Najib cuba menganiaya rakyat kelantan yang majoritinya berbangsa melayu dengan hanya ingin memberi wang ehsan sahaja.Ini merupakan satu KEZALIMAN yang nyata untuk mendera rakyat kelantan.Ianya juga mengimbau kembali sejarah apa yang telah berlaku di Trengganu pada tahun 1998-2004 dimana apabila kuasa pemerintahan bertukar tangan dari umno kepada PAS,dengan tak semena-mena PERJANJIAN YG TELAH TERMENTERAI SEBEGITU LAMA DAN SETELAH SEKIAN LAMA ROYALTI DINIKMATI KETIKA KERAJAAN TRENGGANU DIPEGANG OLEH UMNO DENGAN TIBA-TIBA DIKHIANATI OLEH PM KETIKA ITU IAITU DR.MAHATHIR DENGAN MENAFIKAN BAHAWA TRENGGANU TIDAK LAYAK TERIMA ROYALTI...MEMANG LER UMNO NI TIDAK PEGANG PADA PERJANJIAN...DAN KINI BAKAL BERLAKU KEPADA KELANTAN PULA.

Rentetan dari kenyataan itulah maka TGNA memberi amaran barang tidak ditunaikan janji sebagai dalam perjanjian yg telah termenterai diantara kerajaan kelantan ketika itu dengan kerajaan pusat masa itu...maka TGNA akan berdoa agar ditimpakan bala ke atas sesiapa yang menyekat royalti tersebut...itu pun setelah diberi peluang supaya berlembut hati.

Selain dari paparan video ini,kalian juga boleh baca nota yg saya pastekan dari tulisan kickdefella di laman nota saya dibawah tajuk "Pemimpin Umno & Media Kelentong Rakyat Kelantan"...disana semua fakta termasuk dengan lakaran peta terdapat didalam nota tersebut.

Link :- http://www.youtube.com/watch?v=pw7Yqt7VZjM&feature=related

BAGI RAKYAT KELANTAN MARILAH BERSAMA KITA PERJUANGKAN HAK KITA.

Sunday, January 31, 2010

Royalti Minyak & Disiplin PAS
Posted on Saturday, January 30 @ 07:15:34 PST
Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad

Pendapat Oleh: cilipadi007

"WAHAI ORANG2 YG BERIMAN, PENUHI SERTA SEMPURNAKANLAH PERJANJIAN2
(Surah Al Maidah ayat 1)

Entah kali ke berapa Stadium Sultan Muhd IV sekali lagi menjadi lokasi solidariti Rakyat Kelantan pada Malam 28/1/10. Ajaran TGNA masih melekat di hati sanubari rakyat Kelantan. Bila berdepan masalah besar karenah manusia zalim maka Allah tempat rakyat bermunajat. Baca di sini
Patutnya penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah tidak dipersoal oleh Pemimpin Negara ( BN ) yg waras. Sudah nyata hak rakyat Kelantan untuk mendapat 5% royalti hasil dari pengeluaran minyak mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974.Firman Allah maksudnya DAN JIKA ENGKAU MENGETAHUI ADANYA PERBUATAN KHIANAT DARI SATU KAUM ( YG MENGIKAT PERJANJIAN SETIA ) MAKA CAMPAKLAH ( PERJANJIAN ITU ) KEPADA MEREKA DENGAN CARA TERUS TERANG DAN ADIL. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG2 YG KHIANAT surah Al Anfal ayat 58.

Sejarah tuntutan royalti minyak bermula bila Dato Husam Musa Exco Perancangan Ekonomi berkempen pada PRK Manik Urai Kelantan. Reaksi pemimpin BN seperti selalunya menafikan hak Kelantan kononya tiada aktiviti pengeluaran minyak di Negeri Kelantan.Hebat sungguh penolakan BN terhadap isu royalti hinggakan TPM sendiri mengesahkan Kelantan tidak berhak. Maka bersuara sumbanglah sekelian panglima BN Kelantan yg disifatkan “Deny Syndrome”. Klimasnya bila TPM berjanji untuk mengundang CEO Petronas untuk memberi penjelasan di Manik Urai 2 hari sebelum PRK tapi tidak tertunai hingga kini.Usai PRK Manik Urai dengan kemenangan PAS dengan majoriti tipis, Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Exco telah melantik Dato Husam Musa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Petroleum Kelantan. Bermulalah perjuangan secara rasmi Rakyat Kelantan menuntut hak mereka.Alhamdulillah berkat kegigihan Dato Husam dan AJKnya serta doa rakyat, PM telah mengumumkan di Parlimen bahawa Kerajaan Pusat akan membayar ‘wang ehsan’ kepada Kelantan tak sampai 6 bulan dari tarikh tuntutan dibuat. Pelik dan diluar jangkaan manusia.PM telah mengaku bahawa berlaku aktiviti pengeluaran hasil minyak di blok Bumi Selatan dan Kelantan akan mendapat ‘wang ehsan’ tapi disalurkan melalui JPP. Betullah pepatah orang tua “lembu punya susu, sapi dapat nama”.Dato Mustapha Muhamad Bos UMNO Kelantan pula kini beria-ia bercakap soal ‘wang ehsan’ macam ini hasil “kecerdikannya”. Nada suaranya bertukar dalam sekelip mata yg dulunya berada di barisan paling hadapan menafikan hak Kelantan kini mengatur cara untuk pengagihan RM20j ‘wang ehsan’.Patutnya Dato Mustapha meniru pendirian Ku Li yg sanggup berdepan risiko demi semangat tulen sebagai rakyat Kelantan. Sekalung tahniah buat Ku Li yg mementingkan kebajikan rakyat berbanding politik balas dendam. Jasa dan sumbangan Ku Li akan dikenang oleh rakyat hingga kiamat.

Intipati penerangan Ku Li dapat disimpulkan seperti berikut :

1 ) Rakyat Kelantan berhak mendapat royalti ( wang tunai ) 5% hasil pengeluaran minyak di perairan Kelantan seperti Trengganu, Sabah dan Sarawak

2 ) Negara Malaysia akan berdepan risiko besar ( keyakinan Pelabur Asing ) dari segi perundangan jika menafikan hak Kelantan seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974

3 ) Kewujudan JDA bersama Thailand ialah kerana kecuaian Kerajaan Pusat BN yg membiarkan Thailand meneroka khazanah di Utara Pantai Kelantan. Bekas PM Tun Hussein Onn terpaksa bersetuju dengan tuntutan Thailand apabila berunding untuk membanteras kegiatan komunis di sempadan Malaysia- Thailand.

Apapun tahniah buat Ku Li, TGNA, Dato Husam Musa, Barisan Exco, NGO dan rakyat Kelantan kerana tuntutan yg dibuat hampir menjadi kenyataan. Firman Allah maksudnya “ PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH WAHAI ORANG2 YG BERIMAN”

Keputusan J/Kuasa Disiplin PAS

Firman Allah maksudnya:

WAHAI ORANG YG BERIMAN, JANGANLAH KAMU MENGAMBIL ORANG2 YG BUKAN DARI KALANGAN KAMU MENJADI ORANG DALAM ( YG DIPERCAYAI ). MEREKA TIDAK AKAN BERHENTI2 BERUSAHA MENDATANGKAN BENCANA KEPADA KAMU. MEREKA SUKAKAN APA YANG MENYUSAHKAN KAMU . TELAHPUN NYATA ( TANDA ) KEBENCIAN MEREKA PADA PERTUTURAN MULUTNYA, DAN APA YG DISEMBUNYIKAN OLEH HATI ( Surah Ali Imran ayat 118 )

Setelah beberapa bulan menunggu, akhirnya keluarlah keputusan J/Kuasa Disiplin PAS yg dipengerusikan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Ada yg pro dan kontra dengan keputusan yg dibuat mengundang perbahasan berterusan. Baca di siniPatutnya keputusan itu diterima warga PAS dengan hati terbuka tapi berlaku sebaliknya. Kenapa masih wujud golongan yg tidak berpuashati? Adakah kerana J/Kuasa Disiplin Pas memihak, pilih kasih @ tidak telus . Tepuk dada Tanya selera.Nostalgia J/Kuasa Disiplin UMNO era peralihan Pak Lah kepada Najib sedikit menghantui memori penyokong PAS. Perbezaan hukuman di atas kesalahan yg sama ( Ali Rustam digantung dan Khairy Jamaluddin diberi amaran )Pertimbangan J/Kuasa disiplim PAS nampak sedikit condong kea rah membela individu tertentu berdasarkan pangkat dan kedudukan. Apakah J/Kuasa Disiplin bertindak secara berkecuali dan mengambil kira kepentingan masa depan PR?Tuduhan ke atas Dr Hassan Ali bukan kecil impaknya kepada PAS dan PR. Rasanya tidak memadai sekadar amaran bilamana beliau membuat kritikan secara terbuka isu SELCAT dan membidas Exco PR melalui sidang akhbar.

Tuduhan ke atas Khalid Samad juga agak berat. Prinsip parti tidak membenarkan minit mesyuarat parti didedahkan disamping menegur kepimpinan secara terbuka. Patutnya banyak ruang dan saluran untuk beliau meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pemimpin. Penggantungan 6 bulan disifatkan adil sebagai pengajaran untuk beliau.J/Kuasa Disiplin wajar berrtindak dengan bijak,adil dan telus. Bukan saja telus membuat keputusan tapi wajib dilihat telus oleh ahli-ahli PAS. Kewibawaan J/Kuasa Disiplin PAS mesti lebih berintegriti berbanding J/Kuasa Disipin UMNO yg sudah terpalit dengan pilih kasih.UMNO sudah lali dengan lidah bercabang kerana ia dipimpin oleh pendokong korup. Sistem UMNO mesti dijauhi PAS yg berprinsip Islam. Kewibawaan J/Kuasa Disiplin PAS mesti terpelihara dari sifat tercela. Warga PAS hendaklah memberi kepercayaan penuh kepada apa jua keputusan yg dibuat oleh Dato Tuan Ibrahim dan ahli2nya.

Marilah kita berlapang dada dengan pendirian J/Kuasa Disiplin PAS tanpa sebarang perjudis bersandarkan maksud Firman Allah dlm Surah An Nisa ayat 58 DAN APABILA KAMU MENJALANKAN HUKUMAN DI ANTARA MANUSIA, ( ALLAH MENYURUH ) KAMU MENGHUKUM DENGAN ADIL.

Sekian dari cilipadi007

Saturday, January 30, 2010

Ku Li : Kelantan berhak dapat royalti minyak

KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tuesday, January 26, 2010

Wang royalti atau wang ehsan - tetap dijahanamkan



Oleh: kayukelat

"
Kelantan akan menerima wang ehsan mengikut kata PM, wang ehsan ini akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang akan dijaga oleh Awang Adek. Segala perjalanan, perbelanjaan untuk Negeri Kelantan akan di uruskan sepenuhnya oleh JPP.
Fenomena ini telah lama berlaku di Terengganu setelah kejatuhan kerajaan Umno pada 1999. Mantan Pm waktu itu cik det telah mengarahkan wang royalti ditukar nama kepada duit ehsan. berbillion rm malaysia masuk ke Negeri Terengganu tetapi bukan ke akaun Kerajaan negeri tetapi melalui jabatan Pembangunan persekutuan.
waktu itu rakyat Terengganu amat mewah, semua dapat duit, dari yang nak masuk belajar darjah satu, nak masuk IPT, warga-warga emas, warga perak hatta budak yang nak bersunat pun mendapat wang ehsan ini. begitu mudah wang ehsan ini dibahagi bahagikan kepada rakyat, rakyat mula memandang mulia kepada umno, waktu ini memang umno amat membela nasib rakyat. Setelah 4 tahun Pas memerintah Terengganu, Pas pun tumbang hasil duit ehsan ini, rakyat Terengganu bersangka umno akan meneruskan kerja-kerja amal iaitu membahagi-bahagikan wang ehsan dengan mudah lagi selepas umno kembali ke tampuk pemerintahan.
Namun itulah janji-janji kosong Umno sahaja, selepas gelombang biru berjaya memerintah Terengganu, wang ehsan makin sukar di perolehi, bukan setakat nak masuk IPT, nak masuk darjah satu dah tiada, Kerajaan umno dengan slogan " tidak pernah sebelum ini" terus membelanjakan duit ehsan kepada perkara-perkara yang tidak memberi kegunaan langsung kepada menjana ekonomi negeri yang teruk. Hutang kerajaan negeri bukan berkurangan tetapi bertambah dengan drastik. Gaya orang kaya telah dipupuk oleh kerajaan gelombang biru, tercetuslah idea Taman Tamaduan Islam yang mana replika-replika dibina merentasi benua, cuma yang tiada hanyalah kaabah. Kalau boleh dijadikan replika pun kerajaan gelombang biru sanggup membuatnya. Disitu kerajaan Gelombang biru menghanguskan duit ehsan hampir Rm500,000,000.00 (RM500Juta).
Idea baru tercetus lagi, didirikan masjid krital yang tidak boleh dilakukan solat jumaat kerana kekurangan jemaah 40 orang permastautin tetap. masjid kristal ditukar kepada surau kristal. pembaziran terus dilakukan dengan menganjurkan piala monsun cup, kapal layar dari pelbagai dunia tiba untuk menyertainya, beratus ribu hadiah diberikan, kapal layar tidak boleh berlayar dengan baik kerana kekurangan angin, umpama berlayar dalam besen dalam rumah. Sampai hari ni pun acara membazir ini tetap diteruskan.
Taman Ilmu mula didirikan di Besut tempat pencipta idea " tidak pernah sebelum ini" sampai hari ini tiada ilmu yang diajar disitu kerana tidak siap bahkan diberitakan sakit tenat kerana kekurangan bayaran untuk meneruskan pembinaan. Idea datang lagi membina stadium utama dan stadium tertutup, yang menelan belanja hampir-hampir setengah billion, stadium utama telah ranap bumbungnya memerlukan duit baru untuk membaikinya. Stadium tertutup tak lama lagi akan menerima nasib yang sama dengan stadium utama. Ditutup untuk pengubahsuaian dan penyelenggaraan.
Idea-idea gila terus mencurah masuk ke otak-otak pemimpin gelombang biru, lapangan terbang baru perlu dipanjangkan untuk kapalterbang boeing mendarat, ranap lagi duit ehsan, lapangan terbang dipanjangkan ke laut hampir 1 kilometer setengah dipanjangkan kedalam laut. Inai kiara yang mendapat kontrak terus membuat duit kerana setiap hari pantai lapangan terbang hakis, dan inai kiara terus bersedia di tepi pantai untuk menambak jika berlaku hakisan. Inai kiara dapat dua kali duit satunya menyedut kembali pasir yang hakis dan bila menambak dapat duit lagi, untungnya berniaga macam ini. tak untung macam jual ikan celup tepung. Kerajaan Terengganu menghabiskan lagi duit ehsan kerana terpaksa membayar kepada Mas kerana mengadakan penerbangan terus ke jeddah. tahun ini dikurangkan kerana kekurangan buget. hanya 4 penerbangan sahaja dibuat.

Inilah jentera yang bersiap sedia menjalankan tugas jika pantai dilanda hakisan

banyak banyak lagi idea-idea yang begitu futuristik, fantastik dan lastik di ketengahkan sepanjang pemerintahan mantan mb gelombang biru, idea yang tidak disempat direalisasikan adalah membina kereta kabel (cable car) dari puncak panorama ke pulau wan man, kalau mantan mb masih berkuasa mungkin hari ini dah ada cable car merentangi sungai terengganu. canggih sungguh terengganu ini, "memahat sejarah mencipta tamadun" yang sebetulnya memahat duit ehsan mencipta lebih banyak kroni. Indahnya terengganu waktu wang ehsan mencurah masuk. Sekarang kerajaan hampir kayap kerana terlalu laju berbelanja lebih dari keupayaan cahaya. ekonomi makin teruk rakyat makin parah, rebah dalam ekonomi yang mana akan ada ekonomi model baru akan diterapkan. apa model ekonomi yang akan diketengahkan oleh 1 malaysia, kita tengok dan saksikan keajaiban yang akan berlaku.
Berbillion duit ehsan telah dijahanamkan oleh Pemimpin Gelombang Biru, jika hasrat kerajaan pusat terus menyalurkan duit ehsan ke kelantan melalui JPP ini bermakna duit ini akan hangus seperti di Terengganu. kalau kerajaan Pusat menyalurkan wang ehsan ini ke Kerajaan negeri yang lebih berhak bermakna umno terpaksa tunggu lebih lama lagi untuk menawan kembali Kelantan. Nak tak nak terpaksa korner le pemberian ini. Diuruselia dan ditadbir oleh Pemimpin Umno dan ini bermakna Kerajaan Pas Kelantan perlu bersedia menghadapi gelombang duit menerjah Kelantan. duit-duit akan dibahagikan dalam bentuk real money bukannya bantuan atap, bantuan buku, bantuan kain pelikat atau batik, badai duit ehsan ini amat kuat jika tidak ditangani dengan betul. Semoga doa senjata mukmin yang dapat menewaskan terjahan ini. www.kayukelat.blogspot.com

Monday, January 25, 2010

Sokong TGNA

Oleh: talikasutkayu

"Sebagai rakyat aku menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan yang menolak pelawaan tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri seperti dicadangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.Bagi aku tiada fungsinya wang ehsan. Aku ambil contoh di Terengganu semasa pemerintahan PAS dibawah Tuan Guru Haji Hadi Awang walaupun tiada wakil kerajaan negeri ketika itu yang memantau pengagihan wang ehsan kepada rakyat Terengganu. Adakah keseluruhan rakyat Terengganu menerima bantuan wang ehsan?. Rasanya rakyat Terengganu tahu jawapannya. Pelik orang lain yang memerintah negeri tapi pihak lain pula sibuk mengagih wang rakyat. Umpama kerajaan didalam kerajaan.
Cadangan Awang Adek bagi aku hanya alasan untuk menolak desakan dari pihak kerajaan negeri supaya tidak lagi menggemburkan isu ini. Disini jelas bahawa Kerajaan Pusat sudah tertekan bila mana desakan demi desakan dibuat oleh Pakatan Rakyat supaya mengembalikan royalti kepada kerajaan negeri Kelantan. Kerajaan Pusat amat takut seandainya mereka tertewas pada desakan lalu memberi royalti kepada kerajaan Negeri Kelantan dan disini juga rakyat akan bangkit menuntut kembali royalti bagi Negeri Terengganu disaat pemerintahan PAS di Terengganu pada tahun 1999. Walaupun hari ini Kerajaan Pusat telah mengembalikan royalti ke Terengganu tetapi ianya sekadar ungkapan malah tiada implementasi.
http://mampat.blogspot.com/2009/07/tia-yang-diselewengkan-royalti-kekal.html
Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Kelantan untuk terus mendesak Kerajaan Pusat supaya menyalurkan royalti kepada rakyat Kelantan kerana itu adalah hak milik rakyat dan sesungguhnya hasil itu diterjemahkan dalam bentuk pembangunan rohani dan jasmani tanpa ada unsur unsur penindasan sebagaimana kita tahu seluruh negara mengiktiraf pentadbiran bersih Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Begitu juga rakyat Terengganu seharusnya membuat perubahan kali kedua memilih pemimpin berjiwa Islam yang diterajui Tuan Guru Haji Hadi Awang untuk memulihkan pentadbiran negeri yang bersih dan adil demi kesejahteraan rakyat. Tidak seperti sebelum ini pentadbiran negeri Terengganu yang banyak meruntuhkan bangunan tanpa mempedulikan nasib rakyat.

Adakah Sabah dan Sarawak menerima nasib yang sama satu hari nanti...kita tunggu.
http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/"

Sunday, January 24, 2010

Anak polis bakar surau
Respon Oleh: ramziredang

"Anak orang biasa ditangkap kerana bakar gereja tetapi anak polis ditangkap kerana bakar surau di Johor. Entah apa yang ada di dalam kepala otak anak polis tu akupun tak faham.
Entah apa yang selama ini ayahnya seorang polis tu semai dalam kepala hotak anaknya, akupun bingung memikirkannya. Ketua Polis Johor pulak dengan selambanya buat statement yang 'kita tidak memilih bulu, semua orang kita tangkap'. Ceteknya pemikiran polis kita. Padahal rumusan dari kejadian adalah, polis hanya memilih bulu dalam mencegah perbuatan jenayah. Polis sepatutnya lebih menekan anak anak mereka supaya menjadi anak yang lebih berguna dari orang lain. Mereka adalah contoh. Jika anak seorang anggota polis membakar tempat ibadat, maka kajian menyeluruh perlu dilakukan dari segi psikologi anak anak mereka, apa yang telah mereka semai selama ini?. Jika anak polis tersebut adalah Islam dan dia sendiri membakar tempat ibadat agamanya sendiri, maka sudah pasti menggambarkan ada sesuatu tidak kena dalam kekuatan jiwa anggota polis Islam di malaysia.
Adalah lebih parah jika institusi kepolisan memandang kes ini (anak anggota) sebagai kes terpencil. Dalam kes ini saya tidak tekankan kepada samada membakar, menconteng atau sebagainya, tetapi yang lebih utama persoalannya, kenapa berlaku perbuatan ingin merosakkan atau meruntuhkan agama sendiri?
Umum telah tahu bahawa kebanyakan anggota polis malaysia terlalu memandang serong kepada orang yang kuat agama. Memandang sebelah mata kepada orang alim. Serban terlalu fanatik bagi mereka. Jubah terlalu menggerunkan untuk mereka pandang. Mereka terlalu buruk sangka kepada orang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam padahal bila ditanya, mereka mengaku mereka sendiri beragama Islam.Ini semua sebenarnya hasil 'brainwash/brain storming' yang selama ini diharapkan oleh kerajaan. Jika para anggota keselamatan kita kuat berpegang kepada ajaran Islam, itu merupakan satu kerugian kepada pihak pemerintah.Apapun agensi yang ada di Malaysia, perlulah tidak kuat beragama, kerana ini akan menguntungkan pemerintah. Senang untuk disuruh supaya tidak berlaku adil dan menekan pembangkang. Nyatalah KPI anggota keselamatan negara Malaysia telah gagal. Mereka bukan sahaja gagal mencegah jenayah yang semakin bertambah di seluruh negara, malah mereka sendiri gagal mengurangkan jenayah di kalangan anak anak mereka. Yang paling pasti, KPI Najib hanya slogan yang memualkan dan meloyakan, nak termuntah aku mendengarnya.

Sunday, January 10, 2010

Isu Nama Allah: PAS Buat keputusan tepat


Oleh: amdang81"
Bismillahir rahmanir rahim.. Assalamu alaikum wbt..."PAS adakan mesyuarat Khas Lajnah Politik bagi membincangkan isu nama Allah" -itulah antara tajuk utama Harakahdaily beberapa hari lalu apabila isu nama Allah kian hangat dibincang dan diperdebatkan.Mungkin ramai yang tertanya-tanya, isu tersebut bersifat agama, tapi kenapa Lajnah Politik yang dipanggil mesyuarat? Kenapa tidak Majlis Syura Ulama, atau sekurang-kurangnya Dewan Ulama yang berbincang bagi mengeluarkan suatu 'keputusan' berkenaan isu tersebut.

YB. Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Ramai juga yang melihat PAS terkebelakang apabila puak-puak UMNO sibuk berdemonstrasi membantah penggunaan nama Allah, tetapi PAS dan kebanyakan pimpinannya memilih untuk bersikap berkecuali. Aku percaya ramai yang melihat PAS terperangkap dengan isu Nama Allah tersebut.Najib pula agak gopoh apabila melihat terdapat sokongan dari golongan Melayu terhadap demonstrasi yang diadakan oleh puak UMNO, telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak dapat menyekat mereka yang mahu mengadakan demonstrasi walaupun pihak polis sudah mengeluarkan kenyataan sebaliknya.Mengikuti kenyataan Media PAS sebaik sahaja selesai Mesyuarat Lajnah Politik, PAS dilihat terbuka untuk membincangkan isu ini. Bagi PAS, isu ini bukanlah sesuatu yang wajar diselesaikan melalui provokasi atau semberono sahaja.Tulisan Tuan Guru Presiden PAS pula menunjukkan kematangan akal yang tinggi, bersifat benar tanpa prejudis dan mematuhi lunas-lunas yang dibenarkan dalam agama walaupun isu tersebut dilihat 'merugikan' agama. Sedangkan di sana terdapat ruang dakwah yang lebih besar dalam menerangkan siapa Allah kepada masyarakat bukan Islam. Sudah tentu Islam akan memecahkan kefahaman sempit mereka terhadap Allah yang begitu dan begitu, dengan keEsaan Allah yang sebenarnya. Allah itu Satu.

Kepimpinan PAS melawat sebuah gereja yang diserang dan terbakar

Semua pertanyaan, kegelisahan penyokong dan ahli di bawah terjawab apabila berlaku sesuatu yang diluar jangkaan iaitu peristiwa pengeboman gereja di sekitar Kuala Lumpur. Sehingga akhirnya Najib merasa tertampar sehingga terpaksa 'menafikan' perbuatan tersebut bukan dilakukan oleh UMNO!Tahniah PAS dan kepimpinan PAS atas suatu sikap matang dan menepati kehendak semasa!
العجلة من الشيطان والتأني من الله
"Sifat terburu-buru itu dari syaitan dan sifat bertenang dari Allah" - maksud Hadis.Wallahua'lam.p/s: Kadang kala kita di bawah ni gelisah bukan main, tetapi kita lihat pimpinan ni macam tak reti politik plak. Rupa-rupanya kita ini tidak reti politik. Politik bukan buat kenyataan demi kenyataan, rupanya diam dan senyap itu juga adalah politik!! Tahniah TG Presiden!
http://amdang81.blogspot.com/2010/01/isu-nama-allah-pas-buat-keputusan-tepat.html"