Wednesday, September 30, 2009


1. Tahniah ... Dewan Pemuda PAS Pusat ucapkan selamat berjuang dengan penuh taqwa dan memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi kepada Tuan Hj. Zulkefli Mohd Omar Pesuruhjaya PAS Negeri 9 yang diamanahkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat .

2. Bakal berhadapan dengan calon UMNO dan BN dalam pilihanraya kecil N.31 Bagan Pinang bermula 3 hb Oktober ini dan penentuannya pada 11 Oktober kelak .

3. Cabaran kini agak sengit dengan adanya jumlah undi pos yang hampir mencecah angka 5000 . Namun bagi kami pemuda menghadapi realiti ini dengan semangat juang yang tinggi dan optimis untuk sekali lagi membawa pulang tropi kemenangan insyaallah .

4. Kesukaran dan cabaran yang semakin sengit menjadikan pemuda lebih proaktif dan progresif . Kami bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dan telah siap menggerakkan strategi mencongak kemenangan berganda di Bagan Pinang .

5. Buat pertama kalinya Jentera Pilihanraya Pemuda PAS menubuhkan skuad khas untuk menangani undi pos yang diketuai oleh sdr Suhaizan kaiat Ketua Penerangan DPPP . Pelbagai startegi dan taktikal telah diambil dan kita yakin Pakatan Rakyat mampu menang lagi dalam pilihanraya kecil kali ini .

6. Justeru itu , tanpa mengabaikan segala aktiviti dan agenda perjuangan yang telah ditetapkan , semua pemuda diharap memberikan komitmen tinggi dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi guna mengulangi kecemerlangan yang telah dilakar .

7. Kemenangan PAS mewakili Pakatan Rakyat kali ini adalah sangat penting untuk membetul arah laluan Pakatan Rakyat menuju garis destinasi sebagai sebuah Kerajaan Menanti . Namun janganlah pula dipengaruhi oleh bisikan syaithan yang membuatkan kita over confident lalu bertindak sambil lewa .

8. Kepada yang mampu turun bertugas , hadhirlah dengan segala keupayaan tenaga yang bersisa untuk menggarap aktiviti dan mengolah strategi memburu kemenangan bersama petunjuk Allah swt . Mereka yang diberi kelebihan wang ringgit , hulurkan lah sebanyak yang boleh untuk membiayai gerakkerja dakwah dan bahan - bahannya . Ianya boleh disalurkan terus kepada Bendahari DPPP saudara Adram Musa [ 013 384 5555 ] .

9. Tanpa lupa doa dan munajat untuk mengundang Nusrah Allah swt agar kemenangan yang diperkaya dengan petunjuk Allah swt berjaya dirangkul .

10. Selamat berjuang Hj. Zul , semoga Allah swt bersama saudara memberi pedoman dan kekuatan diri mengharung medan yang getir guna membawa pulang harapan rakyat yang menanti sejak 50 tahun yang lalu . Dewan Pemuda PAS akan memberikan komitmen yang tinggi . Siiru A'la Barakatillah !

Bagan Pinang bukan kubu UMNO dan BN , justeru itu tiada sebab UMNO dan BN tidak boleh ditumpaskan .

Monday, September 28, 2009

Alhamdulillah, PAS menang pusingan pertama di Bagan Pinang

Oleh : Penulis Tamu
Walapun Pilahanraya Kecil Bagan Pinang belum bermula secara sah, nampaknya PAS telah menang dalam pusingan pertama ataupun Pra-PRK Bagan Pinang. Ia berdasarkan kepada isu calon Umno yang bakal menjadi barah kepada Umno/Bn nanti. Rakyat sudah tahu bahawa Umno tidak menemui bakal calon yang betul-betul boleh memenangan parti mereka di situ. Pastinya proses lobi – melobi sedang hangat berjalan mengikut kem masing-masing untuk meletakkan calon yang mereka senangiSejak dari hari kematian wakil rakyat Umno/Bn di Bagan Pinang lalu sehingga ke tarikh artikel ini ditulis, Umno terus bergelut dengan isu calon yang bakal mereka tampilkan sehingga menyeret mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohammad campur tangan memberi pandangan secara terbuka berhubung isu calon tersebut. Antara pihak lain yang begitu beriya-iya bercakap soal calon di situ ialah Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Hassan Ahmad.
Pengalaman pahit Umno kalah di Permatang Pasir kerana disebabkan meletakkan calon yang tidak bermoral, maka kini semuanya bercakap supaya Umno meletakkan calon yang bersih – tidak rasuah ataupun telah disabitkan dengan rasuah. Soalnya ialah, adakah Umno masih memiliki calon yang bersih dikalangan barisan kepimpinan mereka kecuali saki baki ahli-ahli di peringkat akar umbi yang dijadikan kuda tunggangan mereka semata-mata. Reaksi dan sokongan begitu kuat terhadap Datuk Mohd Isa Samad, juga Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang (di mana kawasan DUN Bagan Pinang) berada di dalamnya cuba disekat oleh mereka tertentu supaya terpilih sebagai calon Umno dalam PRK Bagan Pinang nanti. Umno Bahagian Teluk Kemang hanya yakin hanya Isa Samad saja yang layak serta mampu berdepan dengan calon PAS di situ kerana hubungan rapatnya dengan rakyat tempatan.Ini bermakna Umno akan menghadapi masalah besar kerana terpaksa membuat keputusan samada mahu menerima pandangan dan kehendak akar umbi Umno di situ ataupun sebaliknya. Apapun keputusan yang bakal di ambil nanti, Umno tetap berada di dalam masalah yang menyukarkan mereka untuk memberi fokus dalam PRK tersebut. Umno kini ibarat, telan mati emak, luah mati bapak.Jika Isa Samad menjadi calon, ia bermakna Umno redha kepada calon korup yang kini parti tersebut cuba membersihkannnya, sebaliknya jika calon lain yang dipilih Umno bakal menghadapi protes dalaman yang pastinya menguntungkan PAS. Oleh itu, apa yang terbaik buat Umno masa kini ialah menghayati kata-kata Presiden baru Umno ketika mengulas isu PRK Penanti iaitu PRK hanya membuang masa saja. Jadi inilah masanya Umno membuktikan bahawa kata-kata Presidennya dihayati kerana kemenganan PAS di Bagan Pinang tidak sama sekali akan menjatuhkan kerajaan Umno/Bn Negeri Sembilan.
Jika perkara ini dapat dilakukan, pastinya pekung dan masalah dalaman Umno yang kini kian membarah dapat dikawal dengan lebih sempurna.Oleh itu, masalah dalaman Umno memilih calon mereka yang bersih di situ telah memberi kemenangan pusingan pertama kepada PAS buat masa kini. Apa yang PAS perlu lakukan sekarang ialah merangka strategi mendekati pengundi supaya ketakutan Umno kepada kuasa rakyat tersebut dapat dihalakan kepada Umno di situ Jika di Kuala Terengganu, PAS boleh merampas kerusi dari Umno dalam PRK yang diadakan awal tahun ini, tidaklah mustahil Bagan Pinang bakal dimenangi oleh PAS di situ.


Takbir…. Selamat Bertugas
Pilihan Raya Kecil: Bagan Pinang: Umno cari kiblat moral, PAS cari calon MB

oleh Adib Zalkapli
Ketika para pemimpin Umno di Teluk Kemang dan di pusat sedang dilihat berbeza pendapat tentang calon pilihan raya kecil Bagan Pinang, PAS juga berhadapan dengan dilema pemilihan calonnya. Bagi Umno pemilihan bekas Menteri Besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjanjikan kemenangan mudah di Bagan Pinang, tetapi memberikan implikasi besar di peringkat nasional seperti yang telah dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, kerana rekod salah laku ketua bahagian Umno Teluk Kemang itu.PAS pula yang dijangka tewas di kawasan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan itu pula berhadapan dengan pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam pertimbangan politik sebelum memilih calonnya.Negeri Sembilan dilihat para pendukung Pakatan Rakyat (PR) sebagai negeri keenam yang akan ditawan mereka.
Barisan Nasional (BN) kini memerintah tanpa majoriti dua pertiga buat kali pertama selepas memenangi hanya 21 daripada 36 kerusi negeri pada pilihan raya umum lalu.DAP menang 10, sementara PKR 4 dan PAS hanya mendapat satu walaupun bertanding 13 kerusi — terbanyak antara tiga parti PR.Maka Bagan Pinang menjadi medan untuk PAS — yang dalam semua pilihan raya kecil sebelum ini menunjukkan kehebatan jenteranya — membuktikan bahawa parti itu yang paling layak mengepalai PR di Negeri Sembilan dan mempunyai bakat-bakat yang boleh diketengahkan untuk kepimpinan negeri dan menjadi menteri besar.DAP walaupun sudah tentu akan mendominasi pentadbiran Negeri Sembilan jika PR mengambil alih, belum tentu dapat menawarkan calon menteri besar kerana perlembagaan negeri itu juga meletakkan syarat jawatan itu hanya untuk orang Melayu dan Islam kecuali dikehendaki sebaliknya oleh Yang DiPertuan Besar.PAS Negeri Sembilan telah mencadangkan tiga nama kepada jawatankuasa pusat — pengerusi negeri Zulkefli Omar, ketua PAS Teluk Kemang Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri Kassim Tahir.
Ramli adalah seorang pesara tentera yang pernah berkhidmat di Port Dickson sehingga tahun 1990 dan pengaruhnya diharap dapat membantu kempen PAS di Bagan Pinang yang mengandungi hampir 5,000 pengundi pos yang kebanyakannya anggota tentera.Kassim pula adalah penduduk asal Kampung Si Rusa di pesisir pantai Port Dickson dan berpengaruh di kampung sekitarnya kerana latar belakangnya sebagai guru agama dan pada usia 69 tahun, masih lagi aktif memberikan kuliah agama di kawasannya.“Jika bercakap soal calon menteri besar, maka Zulkefli Omar adalah orang yang boleh dipersiapkan, dia juga adalah ahli politik sepenuh masa,” kata ahli strategi PAS Dr Zulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider tetapi menambah soal calon menteri besar belum difikirkan oleh parti itu lagi.Zulkefli, 45, adalah seorang pemegang ijazah sarjana dan telah tewas tiga kali dalam pilihan raya sebelum ini — beliau dikatakan mempunyai peluang paling cerah menjadi calon di Bagan Pinang.Pada pilihan raya umum lalu, beliau tewas di kerusi Lenggeng dengan majoriti 1,285.Bagaimanapun di kalangan pemimpin PAS ada juga yang bimbang pencalonan Zulkefli akan membawa kesan buruk kepada parti itu.
“Tidak baik untuk parti sekiranya seorang pesuruhjaya negeri tewas dengan teruk dalam pilihan raya kecil,” kata seorang lagi pemimpin PAS yang bimbang dengan kewujudan pengundi pos yang tinggi —kira-kira 30 peratus daripada jumlah pemilih.Jawatankuasa PAS pusat akan bermesyuarat pada 29 September ini di Port Dickson untuk menetapkan nama calonnya dan pengumuman akan dibuat dalam satu ceramah pada malam itu juga.Jika Zulkefli dicalonkan, ia menjadi isyarat paling jelas bahawa parti itu sedang mempersiapkan diri untuk mentadbir Negeri Sembilan.

Wednesday, September 23, 2009



TOLAK ISA: permulaan tamatnya kerjaya ahli politik UMNO?

Sesuai dengan kapasitinya selaku Ketua Umum Umno, Tun Dr.M sekali lagi mencampuri urusan dalaman UMNO. Kali ini ISA menjadi mangsa, alasan yang diberikan oleh TDM ialah ISA terbabit dengan politik wang. Makanya sudah tentu ia tidak sesuai diturunkan selaku calon PRK DUN Bagan Pinang Oktober depan.Jika meneliti sikap yang ditunjukkan oleh TDM ini, Pimpinan UMNO seperti Ali Rustam, Khir Toyo, Khairy Jamaluddin dan ramai lagi bakal digugurkan dari senarai calon PRU-13. Kesemua mereka ini punya rekod politik wang. Nampaknya kerjaya politik mereka juga bakal berakhir, ini kerana suara TDM dianggap keramat oleh UMNO. Oleh yang demikian, sentuhan TDM dalam penentuan calon DUN Bagan Pinang adalah penentu nasib kebanyakan ahli politik UMNO. Sekiranya Presiden 'wala' dengan gesaan TDM, maka tamatlah riwayat mereka. Jika Presiden enggan melayani kerenah pengasas UMNO (baru) ini, alamatnya....kerjaya Presiden selaku Perdana Menteri bakal berdepan dengan nasib yang pernah diterima oleh Pak Lah.Alahai..
Ambil peluang ziarah Hari Raya untuk 'kempen'

Azamin Amin
SEREMBAN, 23 Sept: Ziarah Aidilfitri kali ini digunakan sebaiknya untuk 'berkempen' secara tidak langsung sekaligus memperkenalkan perjuangan Pakatan Rakyat kepada para pengundi yang akan melaksanakan tanggungajawab dan hak mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bagan Pinang, 11 Oktober ini. Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar berkata sungguhpun, nama calon diumumkan pada 29 September ini, namun gerak kerja penerangan dan 'kempen' tidak rasmi telah pun dimulakan kepada para pendokong Pakatan Rakyat dan penduduk setempat. "Rumah terbuka PAS dan ahli-ahli, kita gunakan platform itu untuk memperkenalkan PAS dan Pakatan Rakyat kepada umum tentang perjuangan menuntut keadilan dan membela nasib rakyat, "Ini Anugerah Allah beri kepada kita untuk membuat perubahan, oleh itu janganlah kita sia-siakan. "Ini sebagai kayu ukur untuk melihat momentum rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang khas di Negeri ini, " ketika dihubungi Harakahdaily.
Sambil mengucapkan Salam Adifitri dan memohon maaf zahir batin kepada warga Negeri Sembilan khas di Bagan Pinang, Zulkifli mahu rakyat membuat pilihan yang tepat dan memilih keadilan Islam sebagai satu dasar perjuangan jelas. "Diharapkan kemenangan Syawal akan turut dipanjangkan kepada kemenangan di Bagan Pinang kelak," katanya yang turut menyatakan hanya calon bersih, berwibawa dan diterima rakyat akan diketengahkan untuk bertanding nanti.
Sementara itu berhubung isu undi pos pula, beliau mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan 'polling' agent atau wakil parti masing-masing untuk berada sewaktu proses undian di buat di kem-kem terbabit. Ini termasuk, mengira kertas undi pada hari yang sama kerana dibimbangi, akan berlaku manipulasi sekiranya ianya disimpan beberapa hari sebelum hari pengundian sebenar pada 11 Oktober itu. Zulkifli berkata PAS mahu SPR turut membenarkan calonnya termasuk parti lawan diperkenalkan di kem-kem tentera dan balai polis supaya para pengundi pos ini dapat mengenali dengan lebih dekat bakal pemimpin mereka.
Dalam PRK kawasan parlimen Teluk Kemang pada tahun 2000, pembangkang dibenarkan untuk berkempen di kem tentera. Apabila peti undi dibuka, undi pos yang diperolehi PAS dan Umno tidak jauh berbeza. Sejak insiden itu berlaku, pembangkang tidak lagi dibenarkan untuk berkempen di kem tentera. Selain itu, ketika ditanya berhubung kewibawaan dan pengaruh calon parti lawan, beliau berkata itu terpulang kepada Umno untuk menentukan siapa yang layak, kerana baginya yang penting adalah untuk memastikan kemenangan PAS semata-mata.
"Siapa pun calon, kita tidak kisah. Kalau calon ini (menyebut beberapa nama), kita akan ikut rentak dan gendang mereka.
"Lain calon, lain pendekatan yang bakal kita lakukan," katanya begitu optimis dengan peluang PAS untuk memenangi PRK kali ini. Suruhanjaya Pilihanraya Raya Malaysia (SPR) menetapkan Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 11 Oktober ini manakala penamaan calon ditetapkan pada 3 Oktober. DUN Bagan Pinang mempunyai 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi di Dun berkenaan terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa. Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham Azman Mohd Nor yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Wednesday, September 16, 2009

Khir Toyo Patut Disoalsiasat Selama 24 JamSatu Jam Untuk Satu Juta

Oleh :MSO
SETELAH orang ramai terutamanya kalangan pembangkang kecewa dengan SPRM kerana lambat bertindak atas laporan yang dibuat ke atas bekas MB Selangor, Khir Toyo berhubung pembinaan banglonya, akhirnya semalam SPRM telah memanggil Khir untuk disoal siasat berhubung pembinaan banglo didakwa bernilai RM24 juta itu.Khir tiba di pejabat SPRM jam 8:30 pagi dan keluar jam 2:30 petang. Enam jam, apakah cukup bagi menjalankan siasatan untuk perkara sepenting itu? Jika hendak dikira dengan dakwaan (nilai Banglo) itu masa enam jam terlalu pendek. Mungkin siasatan dilakukan SPRM tidak sampai pun satu jam?Muqadimah untuk memulakan siasatan mungkin mengambil masa satu jam. Barang kali ada pegawai SPRM yang bersimpati dengan kerjaya Khir Toyo (selepas Khir tak lagi jadi MB) menanyai prihal politiknya.Tanya bagaimana keadaan Umno dan juga bertanya mengenai masa depan Khir Toyo dan kesihatan ayahnya, Toyo Endrikromo.
Bertanya apakah perbezaan selepas tidak lagi hidup mewah seagai MB dan bagaimana ketika menjadi MB.Atau mungkin juga ada pegawai SPRM yang bertanya mengenai penyapu yang Khir pernah hadiahkan kepada pegawai PBT di Kuala Selangor dulu. Ke manakah perginya penyapu berkenaan dan apakah nasib malang yang menimpa Khir kini disebabkan badi penyapu itu?Mungkin juga ada yang mengajukan pertanyaan berhubung dengan wajah Khir yang putih bersih apakah rahsianya. Apakah kerana Khir mengamalkan tempel atau memakan tapai ubi kayu. Atau ada yang meminta doa daripada Khir yang dibaca di sepanjang malam-malam lailatu qadar? Mungkin juga ada yang bertanya soal anak isteri dan barulah masuk ke soal siasat berhubung banglo berkenaan. Mungkin sebelum soalan dimulakan, Khir dan pegawai SPRM bercerita dulu fasal kemeriahan puasa tahun ini dan dicampur dengan hal-hal lain sikit lagi semisalnya mengenai kematian Teoh Beng Hock. Mengenai perkembangan tazkirah di masjid di Selangor yang satu masa dulu dilarang Khir dan kini sudah dibenarkan serta macam-macam lagi juga turut jadi bualan. Masa bebincang hal ini mungkin mengambil masa dua jam.
Dicampur dengan muqadimah satu jam tadi menjadi tiga jam. Masa tersisa hanya tiga jam lagi. Tolak batuk, berdaham, perbetulkan kerusi dan mencari kertas atau pen atau proses membuka laptop untuk merakam percakapan dan sebagainya, tinggallah dua jam. Dua jam sahaja Khir menjawab persoalan SPRM?Kalaulah bayangkan ini benar bermakna pemergian Khir ke SPRM itu hanya untuk mengabui mata pihak yang melaporkan sahaja. Dipanggil untuk ambil hati saja. Logiknya, banglo begitu besar takkanlah hanya lapan jam sahaja proses soal siasat dijalankan. Nak jelas berapa beg simen dan jongkong digunakan untuk bina banglo itu pun dah ambil masa 45 minit. Jika diukur dengan nilai banglo itu Khir patut disoal siasat selama 24 jam, iaini satu jam bagi satu juta seperti mana didakwa itu.Apa lagi ssiatan selama dikatakan enam jam itu dicampur sekali dengan soal siasat berhubung wang tajaan RM1 juta untuk keluarganya membuat lawatan ke Taman Tema Disney Orlando di Paris.
Kenapa campur sekali? Sepatutnya siasatan itu diasingkan. Untuk siasat kes banglo satu masa khusus, mengenai wang tajaan itu pula satu masa khusus barulah soal siasat detail dan lengkap.Diharap pihak SPRM dapat menjelaskan secara mendalam proses soal siasat itu dijalankan bagi memuaskan hati semua pihak. Kalau Khir hanya dipanggil atas alasan untuk mengabui mata pihak yang membuat laporan, baik tidak usah panggil kerana ia menambahkan lagi tohmahan umum ke atas ketelusan SPRM yang kini sudah mulai diragui dan makin diragui terutamanya bila membabitkan laporan dibuat pembangkang dan juga laporan ke atas pembangkang yang disiasat seperti kilat

Tuesday, September 15, 2009

Lima tahanan ISA dibebaskan menjelang Bagan Pinang

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang, lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilaporkan akan dibebaskan hari ini. Ia sama seperti pembebasan pemimpin utama pertubuhan Hak Asasi Hindu (Hindraf), menjelang pilihanraya kecil Bukit Selambau. Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Husein sekeras-kerasnya menafikan pembebasan kali ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil. Namun sehingga berita ini ditulis, Gerakan Mansuh ISA (GMI) masih menunggu janji pembebasan lima tahanan tanpa bicara ISA, sebagaimana yang diumumkan Hishamuddin pagi tadi. Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh petang tadi, menjelaskan bahawa pihaknya sendiri hanya mendapat pengkhabaran itu dari media masa, bukannya pihak berwajib secara rasmi. "Tidak ada lagi pihak polis menghubungi kami (GMI). Tapi, saya telah dihubungi oleh Norlaila (isteri kepada tahanan, Mat Sah Mohamad Satry) dan dia memberitahu pihak polis tidak menghubunginya untuk beritahu bila dibebaskan dan di mana pembebasan itu berlaku."
Bagaimana pun, kalau pembebasan itu merujuk kepada tahanan yang dituduh anggota Jamaah Islamiyyah (JI), Ibrahim menjelaskan ianya terdiri oleh enam orang, rakyat Malaysia; bukannya lima orang. Puan Norlaila Othman, suami Mat Sah yang juga aktivis GMI sendiri gagal dihubungi kemudiannya, untuk mengesahkan hal demikian. Laman web The Malaysian Insider melaporkan, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin membuat pengumuman tersebut setelah mendapati kelima-lima tahan terbabit telah insaf. Pembebasan itu dikatakan juga sempena meraikan Hari Raya Puasa, tidak lama lagi. Selain tahanan lapan tahun, Mat Sah, Pensyarah Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Dr. Abdullah Daud dipercayai khalayak turut dibebaskan. Baki yang lain adalah Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah; masing-masing ditahan di bawah akta yang dikatakan zalim itu sejak 30 Mei 2007.
_
Umno Sakit Otak – Amirudin Shari

Umno Barisan Nasional yang semakin terdesak untuk merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat mula menggunakan taktik-taktik kotornya dengan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.ADUN Batu Caves Amirudin Shari menafikan khabar angin ini dan melihat ia direka semata-mata untuk mengelirukan penyokong PKR .Katanya propaganda berkenaan juga seolah-olah mahu menunjukkan kononnya kerajaan negeri semakin lemah.“Ini semua kenyataan orang sakit otak dan kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengelirukan penyokong dan menimbulkan rasa syak kepada kalangan sahabat-sahabat dalam Pakatan.
Sepanjang beberapa hari yang lepas SMS mengatakan saya hilang, saya katakan saya sibuk dengan program-program di Batu Caves.“Saya nafikan benda-benda seperti itu kerana tiada sebab saya hendak hilang dan tiada sebab saya hendak lari,” katanya ketika di hubungi TV Antara.Beliau turut menafikan M. Muthiah dan Lee Kim Sin hilang kerana kedua-duanya hadir bersama semua ADUN dalam pertemuan bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai taklimat peruntukan DUN dan pembinan kuil Seksyen 23.Amirudin turut menyatakan keyakinan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih tetap dengan perjuangan mereka dan tidak akan lompat parti melainkan pihak lawan menggunakan taktik jahat.“Ini semua propaganda-propaganda yang dibuat untuk menunjukkan kerajaan Negeri Selangor lemah, tidak berupaya dan menimbulkan pergaduhan antara satu sama lain.“Tapi bukan bererti kita tidak berjaga-jaga, kita tetap berjaga-jaga serangan musuh dan sebagainya dan kita tak mahu apa yang terjadi di Perak berulang kembali dengan taktik jahat dan sebagainya. Tapi kita yakin semua ADUN tetap dengan keputusan kecuali mereka main taktik jahat dan kotor,” katanya.Sementara itu ADUN Bukit Melawati M. Muthiah menyifatkan khabar angin mengatakan beliau akan lompat parti adalah satu kenyataan bodoh dan beliau tetap dengan pendirian bersama PKR. Menurutnya beliau yakin hasrat Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kerana parti berkenaan gemar memainkan isu perkauman.
“Bukan saya itu perkara bodoh, mereka kata sahaja dan membuat huru hara. Mereka kata akan ambil alih Selangor tapi saya rasa mereka langsung tidak boleh ambil. Yang mereka kacau dan timbulkan beberapa isu antaranya isu perkauman yang hendak dimulakan ini semua taktik politik kotor Umno. “Saya bukannya hendak keluar dari parti ini saya dari MIC masuk ke dalam parti ini saya telah hapuskan semua dari memori saya. Saya tidak mahu sampai saya mati pun saya tidak mahu masuk campur dengan mereka,” katanya.ADUN Kajang Lee Kim Sin yang menafikan khabar angin berkenaan meminta rakyat Selangor dan penyokong Pakatan Rakyat tidak percaya dengan taktik kotor Umno Barisan Nasional kerana Kerajaan Negeri Selangor masih utuh.“Tidak pernah ada orang berjumpa dengan saya semua ini khabar angin. Semalam kami ada mesyuarat negeri semua ada.“Percaya kepada kerajaan negeri Selangor bahawa memang stabil memang tak ada seperti yang diwar-warkan oleh pihak BN dan semua ADUN berdiri teguh bersama Tan Sri (Abdul Khalid Ibrahim),”katanya.Kim Sin turut menafikan dakwaan khabar angin berkenaan kononnya beliau akan lompat parti kerana beliau tidak lagi percaya dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Tidak pernah, saya 100 peratus. Sejak reformasi lagi kita telah bersama dan kita akan teruskan reformasi sampai seluruh di reformkan,” katanya.Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan serangan balas terhadap tindakan rakus Umno Barisan Nasional yang secara terang terangan menyatakan hasrat untuk merampas kembali negeri Selangor dari jajahan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata Pakatan akan mematahkan setiap serangan terdesak Umno Barisan Nasional yang ghairah memanipulasikan agensi kerajaan dalam usaha menjarah keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat. “Pimpinan Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi pendirian kita akan mempertahankan dan akan menyerang balas sekuat mungkin terhadap apa percubaan ganas untuk merampok dan merampas Selangor.“Kita bermesyuarat panjang bersama Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tentang cara meneruskan usaha baik mereka, cara kita menghadapi serangan ganas Umno Barisan Nasional mempergunakan jentera kerajaan untuk mempersulitkan kerja Selangor,” katanya pada sidang medianya.TV ANTARA
11 Oktober PAS yakin menang..!!
3 Oktober penamaan calon...11 Oktober membuang undi..


PAS telah mengenal pasti tiga calon anak tempatan untuk diketengahkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata nama tiga calon tersebut diserahkan oleh PAS Negeri Sembilan pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada hari Ahad.“PAS negeri (Negeri Sembilan) telah kemukakan nama tiga orang calon yang telah dikenalpasti berpengalaman dan diyakini boleh berkhidmat kepada rakyat. Semuanya adalah anak tempatan,” katanya “Pada pilihan raya umum lalu kita hanya kalah dengan kira-kira 2,000 undi sahaja dan berdasarkan momentum kemenangan yang diperolehi menerusi beberapa pilihan raya kecil, peluang untuk menang adalah cerah,” katanya.
Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sungguhpun persoalan undi pos menjadi perhatian utama kerana mampu mempengaruhi keputusan, namun ianya tidak semestinya memihak kepada Barisan Nasional (BN) seperti tanggapan umum. "Undi pos tidak semestinya memihak kepada mereka kerana kita juga pernah mendapat sokongan daripada undi pos ini.PAS yakin mempunyai peluang yang cerah untuk menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Negeri Sembilan berdasarkan lonjakan sokongan rakyat dalam tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung dan pilihan raya umum ke-12 yang lalu. - harakah

Monday, September 14, 2009

Mirzan dilantik ahli lembaga pengarah pengeluar arak terbesar Filipina
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Sept: Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam di negeri itu dari terjebak dengan ketagihan arak, anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina. "Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu. Menurut Mirzan, beliau sedang berusaha agar penglibatan SMC dengan arak hanya akan tinggal 15 peratus sahaja tahun depan.
San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia, lapor laman webnya.
Menurut Mirzan dalam suratnya itu, syarikat itu sedang berubah haluan ke infrastruktor, kemudahan awam dan tenaga yang diperlukan oleh negara Filipina. Dengan apa yang dilakukan oleh Mirzan, ia lebih besar kesannya berbanding ketagihan arak secara individu kerana Mirzan akan menyumbangkan tenaga, wang dan fikirannya untuk memajukan perniagaan arak ini. Namun Mirzan, anak sulong Dr Mahathir ini dalam suratnya menolak perkara itu. "Sebagai rakyat Malaysia, saya mahu membantu San Miguel membina pendekatan baru dan harapan saya apabila ianya berjaya akan memberikan kesan baik kepada negara dan rakyat," kata Mirzan. Berlawanan dengan Mirzan, kerajaan negeri Selangor sedang berusaha mengawal jualan arak ini agar ia tidak diminum oleh orang Islam. Satu peraturan baru sedang dirangka untuk mengawalnya kerana beer tidak memerlukan sebarang lesen untuk dijual. Yang dikawal oleh undang-undang yang ada hanya liqour sahaja. Usaha ini dibuat ekoran bantahan umat Islam negara ini apabila kedai 24 jam menjual beer secara bebas kepada rakyat negara ini termasuk kepada umat Islam. Ia menjadi parah apabila golongan remaja mengambil kesempatan membeli arak ini selepas waktu tengah malam untuk mengelak dari dilihat oleh orang ramai. Mereka kemudiannya menghabiskan masa tengah malam dengan meminum arak dan kemudiannya tidak segan untuk terlibat dengan aktiviti kurang sihat termasuk merempit dan pecah rumah dan seterusnya terjebak dengan pelbagai jenis kelakuan tidak bermoral lagi.

Saturday, September 12, 2009


Lapor siasatan rumah mewah Khir, SPRM diberi tempoh 7 hari

Dzulfikar Mashoor
AMPANG, 12 Sept : Gerakan Rakyat integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia) memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan perkembangan sisatan kes kediaman mewah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang didakwa bernilai RM20 juta. Pengerusinya, Mohd Nazri Mohd Yunus semalam berkata, SPRM dilihat lambat bertindak sehingga tiada apa apa laporan dikeluarkan sejak kes itu dibangkitkan sejak tiga bulan lalu. "Kami beri tempoh 7 hari untuk menyatakan perkembangan kes atau dakwaan, jika tidak Jumaat ini GERAK Malaysia akan hantar memorandum pada SPRM. Saya tuntut pendakwaan segera.? katanya. Ujarnya lagi, SPRM perlu bertindak secara adil dan saksama; tanpa mengira seseorang yang didakwa itu dari Pakatan Rakyat atau pemimpin penting Umno sendiri. Ditanya mengapa perlu tunggu tujuh hari untuk mengantar memo tersebut, Nazri menjelaskan bahawa pihaknya akan bersemuka dengan SPRM bukan untuk membuat pengaduan atau laporan, sebaliknya menunggu maklum balas siasatan berbangkit. "Berkaitan banglo mewah Khir Toyo ini, kita sudah hantar dakwaan pada 7 Julai lalu; termasuk beberapa pendedahan laman web berkaitan dan sebagainya," jelasnya. Sambil melahirkan kekesalan atas pendakwaan terpilih SPRM dalam kes Khir Toyo itu, beliau mempersoal komitmen luar biasa SPRM sebelum ini apabila agresif menyisat beberapa kes pendakwaan yang dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat. "Tentang kes Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) dan kes peruntukan Dun yang kita (GERAK) hantar, saya kira dalam tempoh dua minggu siasatan terus dimulakan. Mengapa tidak dalam kes Khir Toyo ini?" soalnya lagi. Bercakap pada sidang media di Hotel De Palma, Nazri berkata, keengganan SPRM menyiasat kes Khir Toyo bukan sahaja mengakibatkan kredibiliti suruhanjaya itu terus dipertikai khalayak, malah turut mengakibatkan GERAK sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bebas juga terpalit difitnah sebagai 'buat laporan terpilih' dan proksi Mohd Ezam Mohd Noor (Umno). Beliau juga menjelaskan bahawa pertubuhannya mempunyai beberapa dokumen bukti berkaitan kes tersebut.
Pun begitu, beliau masih menunggu mana-mana saksi kes tersebut tampil bersamanya dalam pendakwaan kes Khir Toyo itu. Beliau turut mencabar Khir menafikan segala pendedahan terbuka yang dilakukan oleh beberapa laman web termasuk oleh mereka yang bergelar Umno-Reform. Artikel berjudul Khir Perlu Jawab! dalam Umno Reform 2, 6 Julai lalu mendedahkan Istana gaya Bali yang terletak di Jalan 1/7L, Seksyen 7 Shah Alam bernilai lebih RM20 juta. Walaupun SPRM masih belum membuat sebarang pendakwaan kes terbabit, khalayak amnya percaya seseorang ahli politik yang bersih sebenarnya tidak mampu memiliki rumah bernilai RM20 juta, dengan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor selama dua penggal pemerintahan sahaja._mna_
PAS melangkah setapak lagi dalam hubungan dengan bukan Islam
Mohd Sabri Said
TASEK GELUGOR, 11 Sept: Sempena bulan Ramadhan yang mulia tahun ini nampaknya PAS seluruh negara bergerak setapak lagi ke depan dengan mengadakan majlis bersama-sama dengan bukan Islam di samping memberikan bantuan mana yang perlu. Kalau di Kota Bharu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meraikan Duta Jepun ke negara ini berbuka, di Tasek Gelugor, PAS kawasan itu menyumbang bantuan untuk bukan Islam. Majlis mereka di Mahaad Tarbiyah Islamiah Padang Menora itu turut dihadiri oleh rombongan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco Kerjaraya Utiliti (Tenaga Air dan Talikom) dan Penggangkutan (Udara, Laut dan Keretapi), Lim Hock Seng dan Exco Kebajikan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh. Masyarkat India dari Pokok Machang dan Cina dari Sungai Dua diberikan sekapit beras oleh Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man dengan diringi Lim Guan Eng dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.
(Gambar:Salleh mewakili PAS Tasek Gelugor menghulurkan bantuan untuk seorang wanita India)
Semasa Lim dan rombongan tiba beliau disambut penuh mesra oleh Mudir Mahaad Tarbiyah Islamiah Padang Menora yang juga bekas calon PAS Parlimen Kepala Batas, Ustaz Subri Arshad serta Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Soid Mohd Amin. Ratusan ahli dan penyokong PAS turun datang bersama untuk meraikan majlis berkenaanbermula dengan penyampaian sumbangan, berbuka puasa dan majlis tazkirah yang disampaikan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman. Pesuruhrjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man dalam ucapanya berkata, kini tugasnya semakin berat apabila memenangi pilihanraya kecil Permatang Pasir. Namun beliau bertekad akan mempergunakan kesempatan itu untuk berkhidmat sebaik mungkin demi rakyat di Permatang Pasir.
"Buat masa ini saya masih diberikan beberapa taklimat khusus pembangunan Negeri Pulau Pinang oleh beberapa agensi kerajaan. Biasalah baru diamanahkan mestilah mereka membekalkan kita pengetahuan tentang kerajaan, " ujarnya.
Hafaz al Quran adalah profesional - Lim Guan Eng Sementara itu, Ketua Menteri dalam ucapan ringkasnya menegaskan, Umno rasa cemas apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memperuntukan bantuan pada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dulunya dihentikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).
(Gambar:Lim turut merasai nikmat berbuka puasa di majlis itu)
Bukan itu sahaja malahan kerajaan negeri juga mengiktiraf para Huffaz sebanding dengan profesional lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lainya. "Semua itu tidak pernah terfikir oleh Kerajaan BN. Bila kita laksanakan bantuan pada pada Huffaz, Umno mula cemburu dengan menabur fitnah yang berbagai, " terangnya. Program tersebut juga dihadiri oleh wakil jentera PAS dari Kedah, Haji Fauzi Tahir yang membantu jentera Parlimen Tasek Gelugor yang ditugaskan di Unit Peti Undi (UPU) Permatang Ara ketika pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos lepas. _

Thursday, September 10, 2009

Pecutan Akhir Lailatul Qadar dan PRK Bgn Pinang





Oleh: ostarmy"
Kita kian mengakhiri ramadhan. Sedih rasanya meninggalkan ramadhan tahun ini tapi terubat sedikit dengan janji allah swt akan lailatul qadar pada 10 malam terakhir ramadhan. Penulis mengajak diri penulis dan tuan-tuan sekalian berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari lailatul qadar yang begitu besar ganjarannya. Apa yang menariknya malam ini juga harus kita sebagai pejuang islam gunakan sepenuhnya berdoa dan merayu dalam keadaan merendah diri dengan penuh mengharap agar kemenangan dikurniakan oleh allah swt kepada kita dalam prk bagan pinang n31.

Kehebatan Malam Al-Qadar

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran
2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.
4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).
5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.
6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah.
Itu adalah senarai keberkatan lailatul qadar. Dan tidak menjadi kesalahan kita berdoa memohon allah swt memberi kemenangan kepada pas dalam prk bagan pinang. Menjadi amalan rasulullah saw melakukan i'tiqaf pada 10 hari terakhir ramadhan. Malah ada riwayat menceritakan pada tahun kewafatan baginda, selama 20 hari baginda melakukan i'tiqaf.
Insyaallah allah swt akan makhbul doa pejuang-pejuang pas berdoa memenangkan pas. Ada kisah-kisah ulama yang mengakui lailatul qadar termasuk dalam senarai saat yang amat dimakhbulkan doa oleh allah swt. oleh itu marilah kita melakukan pecutan akhir berikhtiar bersungguh-sungguh mencari lailatur qadar dan bersungguh-sungguh berdoa akan kemenagan pas di prk bagan pinang. "
Bagan Pinang - Bonus Raya atau Umpan Raya ?

Oleh : dato'
Kakitangan kerajaan bukan sokongan, ramai..mula mengeluh. Tiada Bonus raya untuk tahun ini. Tidak mengapa, Bonus untuk Bagan Pinang tetap ada, untuk semua...semua ? semua kroni..lah !Kelegaan buat sebahagian kakitangan sokongan kerajaan apabila Najib mengumumkan saguhati khas RM 500 yang dibayar dua kali. Ia adalah susulan desakan pelbagai pihak termasuk Ceupacs yang menuntut bonus sebulan gaji.Pengumuman ini mungkin kelegaan kepada sebahagian kakitangan sokongan yang baru dihimpit kenaikan minyak 1 september 2009. Kenaikan minyak yang menyeret sama kenaikan barangan keperluan dan pelbagai khidmat lain termasuk pengangkutan awam. Kalau dihitung kenaikan minyak berbanding saguhati tersebut , ianya tida nilai langsung. Belum dikira orang kampung yang tidak terlibat dengan saguhati termasuk kakitangan profesional kerajaan.Apa ertinya saguhati yang dijanjikan Najib. Setahu kita tiada siapa yang meminta saguhati ini melainkan mengharapkan bonus. Ia diumumkan menjelang SPR mengumumkan PRK Bagan Pinang. Perlu diingat, pengumuman saguhati yang diberi dua kali iaitu sebelum raya dan bulan disember itu membawa erti tiada bonus untuk kakitangan kerajaan yang tak pernah terlepas mendapatnya sejak DSAI menjadi Menteri kewangan!Bagi yang bersedia memuji langkah Najib dengan saguhati ini sewajarnya memahami ianya ibarat umpan yang menguntungkan untuk PRK Bagan Pinang sekaligus memberi isyarat TIADA BONUS tahun ini.....!!!

Wednesday, September 9, 2009



oleh:http://episodeperjuangan.blogspot.com/
1. Saya tidak hairan apabila Datuk Seri Najib Abd Razak sekali lagi mendendangkan lagu klasiknya yang berjudul "rundingan" . Entah kenapa Najib atau UMNO dan BN minat sungguh dengan rundingan mutaakhir ini .
2. Masa orang nak berunding dengan mereka dulu , mereka kelihatan acuh tak acuh dan enggan berbuat demikian . Apabila orang melihat tiada kesungguhan dan keikhlasan bagi UMNO dan BN , barulah mereka bercakap soal rundingan .
3. Saya melihat beberapa perkara berkait isu rundingan yang lapuk ini . Biarpun lapuk ia kelihatan sangat relevan buat siapa sahaja untuk mencari kebenaran , kebaikan dan kesejahteraan .
4. Pertama : Berunding atau berbincang adalah suatu yang sangat dituntut oleh Islam asal sahaja ia bertujuan untuk meninggikan kalimah Allah swt atau dalam keadaan yang lain ialah untuk menegakkan yang ma'aruf dan mencegah kemungkaran . Sebagaimana perbincangan juga adalah sangat digalakkan bagi mencari damai dan sejahtera dalam hidup kita bermasyarakat . Cari kata sepakat dan menghindarkan khilaf yang membawa retak dan belah kepada ummat ini .
و إن طائفتان من المؤمنين اقتتلون فأصلحوا بينهما فإن بغت احداهما على الأخرى فقاتلوا التي تبغى حتى تفئ إلى أمر الله
Jika dua golongan dari kalangan orang yang beriman saling berperang antara satu sama lain maka damaikanlah antara keduanya maka jika salah satu dari dua golongan itu enggan untuk berdamai dengan satu golongan yang lain , maka perangilah mereka hingga mereka kembali berlindung atau tunduk kepada keputusan Allah swt .
al Hujurat
5. Kedua : Namun perundingan atau perbincangan untuk mengukuhkan kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan oleh UMNO dan BN atau menyembunyikan kebenaran dan menegakkan kebathilan adalah perundingan atau perbincangan yang wajib ditolak .
6. Ketiga : Saya perhatikan lagu rundingan ini kembali berkumandang apabila menghampiri pilihanraya dan kali ini pilihanraya kecil di Bagan Pinang Negeri Sembilan . Seperti ianya menjadi umpan untuk memancing undi dengan menunjuk sikap suka buat baik dan gemar kepada perdamaian . Lepas pilihanraya kelak , lagu rundingan ini akan terus lenyap terutama jika mereka mencapai kemenangan .
7. Keempat : Rundingan akan dimelodikan apabila terdesak . Memerlukan sokongan pelbagai kaum agar turun mengundi mereka dalam pilihanraya kelak , setelah mereka dipalit politik perkauman yang sangat jijik . Rundingan ini bukan sahaja tidak ikhlas tetapi jelas tidak akan berjaya lantaran rakyat kini rata - ratanya sudah bijak menilai umpan politik .
8. Kelima : PAS sebagai sebuah Gerakan Islam senantiasa bersikap terbuka . Siapa jua yang mahu berunding , berbincang , berdialog dan berhujjah dengannya , sangat dialu - alukan asal sahaja ia membawa pulangan yang lumayan dan bermanafaat buat Islam dan ummatnya termasuklah negara dan rakyat .
9. Datuk Najib mengajak PAS untuk berunding atau berbincang kononnya untuk memastikan masa depan ummat Islam terus utuh dan hebat . Lihat kepada tujuannya , aduss sungguh manis kata - kata itu , tetapi malangnya ia dilafazkan oleh seorang yang sukar dipercayai kenyataannya . Kata orang tua , orang seperti ini samalah seperti menanam tebu dibibir mulut . Orang sudah hilang kepercayaan kepadanya .
10. Namun begitu , masa belumlah terlambat bagi menunjukkan UMNO dan BN benar - benar ikhlas dan jujur dengan rundingan atau perbincangan ini malah kembali meraih sokongan atau kepercayaan masyarakat . Mudah sahaja sebenarnya , terpulang kepada UMNO dan BN , nak ke tak nak ? ... ialah ... , kalau dah mahu berunding dan berbincang , janganlah lagi sakiti PAS , dera PAS , tohmah PAS macam - macam dan banyak lagi lah . Seperti saya sebut dulu UMNO dan BN mestilah membuang segala unsur yang mencetus sengketa dan perbalahan antara PAS dan UMNO barulah wujud suasana kondusif untuk perbincangan . Jika tidak UMNO dan BN jangan harap lah !
a. Kembalikan kerajaan Negeri Perak , baru kemas kita nak berunding !
b. Kembalikan royalti minyak kepada rakyat Terengganu dan Kelantan .
c. Hapuskan undi pos. Biar rakyat mengundi secara saksama untuk menentu pemimpin .
d. Hentikan tekanan dan deraan ke atas negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat .
e. Isytiharkan pilihanraya kecil di DUN Seputeh Kedah mengikut perlembagaan negeri .
f. Pulihkan institusi seperti SPRM , PDRM dan lainnya agar tidak dilihat menjadi alat UMNO
g. Banyakkan kawasan pilihanraya bagi kawasan majoriti muslim melalui persempadanan semula yang adil dan saksama .
Mudahkan ? guano Najib ? lepas tu , barulah kita berunding . Bolehlah nak berunding ggapo pun ?
"Cirit birit" Hishamuddin semakin serius !

Oleh : Tokpepijat
Setelah tinggalkan "tahi" kepada Muhyiddin untuk selesaikan PPSMI, nampaknya Hishamuddin sepupu PM Najib semakin banyak "cirit-birit". Jika di awal kenyataan beliau mengenai isu kepala lembu,sempat beliau selitkan bendera UMNO dibalut kepala babi. Kemudian Hishammuddin sambut dengan permaidani merah dan menatang bagai minyak samseng-samseng UMNO ke pejabatnya di Putrajaya. Di situ beliau keluarkan kenyataan membela aksi perkauman samseng UMNO. Sempat pula mengatakan KDN dan Polis tidak memilih bulu buat siasatan. Beliau bandingkan dengan peristiwa Kg.Pala dimana pemuda MIC juga ditangkap polis.
Kini kenyataan terakhirnya Si sepupu Najib sempat pula menyelit nama PAS dan PKR. Beliau mendakwa yang terlibat dengan demostrasi kepala lembu ada juga orang PAS serta PKR dan akan dedahkan nama-nama mereka dalam masa terdekat.Sebenarnya Hishamuddin tidak sedar semakin banyak kenyataan media beliau semakin banyak kebodohannya terserlah. Dan semakin banyak "tahi" ditaburnya !
Sebenarnya semua kenyataan beliau lebih menjurus untuk menutup kejahatan samseng-samseng UMNO. Lalu dikaitkan dengan perkara-perkara yang tiada sangkut paut dengan peristiwa yang berlaku. Sedaya upaya sepupu Najib ini cuba padamkan aksi jahat perkauman samseng UMNO dan mengalihkan fokus utama isu.Malangnya rakyat semakin cerdik. Taktik itu tidak berkesan malah menampakkan kebodohan beliau.Pelik! Jika rakyat bawa bunga dan lilin di Dataran Merdeka begitu pantas diambil tindakan tetapi orang-orang yang bawa dan pijak kepala lembu yang bersifat perkauman dibiarkan berkeliaran di pejabatnya.Adakah PMNajib berbangga punya sepupu yang sedang "cirit-birit" ?

Tuesday, September 8, 2009

Syabas Tok Guru dan Khalid Samad
By myzaidibrahim
YB Nurul Izzah dari Lembah Pantai begitu murah hati. Dia memuji saya sebagai seorang pemimpin politik Melayu yang berani sederhana dan berprinsip. Saya amat berterima kasih kepadanya. Tetapi sebenarnya ada ramai lagi pemimpin Melayu Islam yang tidak ekstrem dan bersifat sederhana. Mereka berani ,ada prinsip dan integriti. Mereka juga wajar kita beri perhatian dan sokongan .Orang Melayu Islam di negara ini memerlukan kepimpinan yang sederhana dan berperikemanusiaan seperti Tok Guru Nik Aziz dan YB Khalid Samad.Berbeza pula dengan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein yang bangga kerana dapat menunjukkan kepada kepimpinan UMNO dan kuncu-kuncu mereka di Seksyen 23 Shah Alam, Selangor bahawa dialah yang prihatin dengan nasib orang-orang UMNO. Orang-orang inilah yang berarak dengan kepala lembu membantah cadangan pembinaan sebuah kuil kerana kononnya kuil itu dekat dengan rumah mereka. Hishammuddin sedikit pun tak rasa bersalah atau meminta maaf terhadap tindakan mengancam rusuhan kaum dan menghina kaum serta agama lain. Malah dia pula menjadi jurucakap kumpulan ini dengan berkata mereka tidak berniat untuk menghina sesiapa. Sudah tentu selepas lawatan ke tempat itu dan kenyataan Menteri yang sedemikian rupa, maka siasatan polis juga mungkin selesai begitu sahaja selepas ini. Jika pergaduhan kaum berlaku atas provokasi kumpulan kepala lembu itu, apakah Hishammuddin berani bertanggungjawab?
Pada zaman penjajahan dahulu, iaitu sebelum UMNO bermaharajalela di negara ini, Masjid Kapitan Keling telah dibina di sebelah kuil Hindu Arulmigu Mahamariamman di Pitt Street di Pulau Pinang. Di hadapan masjid itu pula ada gereja Kristian St George’s Church. Orang Islam masa itu bila sembahyang di masjid itu tidak pula rasa tersinggung atau goyang iman mereka. Mereka tidak pula menyembelih lembu dan berarak membawa kepala lembu serta memaki hamun kaum dan agama lain. Yang berkuasa di Pulau Pinang pada zaman itu adalah orang Kristian. Mereka berhak untuk melarang pembinaan Masjid Kapitan Keling dan kuil Hindu di sebelah gereja mereka. Kuasa ada pada mereka. Mereka boleh memberi alasan kononnya mereka tersinggung dann terguris hati jika masjid dan kuil dibina di sebelah gereja mereka. Mereka boleh berkata sembahyang mereka tidak sempurna atau tidak diterima Tuhan kalau ada masjid dan kuil yang berdekatan dengan gereja mereka. Tetapi penjajah Inggeris tidak pula berbuat demikian. Malah dekat situ juga ada kuil Kuan Yin Teng untuk orang Cina. Nampaknya pada zaman dulu, manusia Malaya boleh hidup saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Masa itu orang Melayu Malaya tidak perlu dibawa ke seminar khas Biro Tata Negara untuk menginsafkan mereka tentang nasib agama dan bangsa. Masa itu tidak ada Utusan Malaysia yang mana pengarangnya seperti Zainuddin Maidin dan anak-anak didiknya telah mengajar orang Melayu supaya membenci kaum dan agama lain.
Jika masyarakat Pulau Pinang terdiri dari berbagai kaum, Kelantan pula yang majoriti penduduk adalah orang Melayu turut bersikap terbuka. Kerana sifat unik orang Kelantan ini, maka UMNO tidak sempat tumbuh segar dan dengan itu selamatlah nasib orang Melayu Islam Kelantan. Darah mereka belum tebal dengan rasa benci dan perkauman yang meluap-luap. Jiwa Islam Melayu yang dipupuk dalam suasana kampung masih tenang dan beradab. Kalau orang Kelantan “gedebe” pun, ia tidak ada kena-mengena dengan kebencian kaum dan agama. Orang Kelantan ke masjid dan surau untuk melakukan ibadah tetapi tidaklah pula mereka rasa tersinggung bila melihat kuil Buddha yang besar tersergah di kawasan mereka. Hanya di Kelantan ada tiga wat Buddha yang terbesar; Buddha Berdiri di Kampung Balai, Buddha Berehat di Kampung Berok dan Buddha Bersila di Kampung Jubarak. Semua wat Buddha ini dibina dengan harga berjuta ringgit; berada dalam kawasan majoriti besar orang Melayu Islam. Tetapi Melayu Islam di kampung-kampung ini tidak sama dengan sesetengah Melayu canggih di Seksyen 23 Shah Alam. Melayu kampung di Kelantan mendengar nasihat Tok Guru Nik Aziz untuk hormat agama lain. Mereka tahu apa yang Tok Guru ajar itu memang berlandaskan Al-Quran yang melarang umat Islam mempermain-mainkan agama orang lain. Orang Melayu Islam di Kelantan juga tidak terguris hati mereka bila kerajaan membina sabuah masjid di Rantau Panjang yang bentuk rupa saperti rumah maharaja Cina. Malah mereka bangga dengan sikap toleran dan keterbukaan Islam yang di tonjolkan olih Tok Guru.
Sepatutnya orang Melayu di Shah Alam mendengar nasihat YB Khalid Samad, seorang pemimpin Melayu Islam yang sederhana dan peka kepada tuntutan dan masalah rakyat di negara majmuk Malaysia ini. Khalid telah menulis dengan berani dalam blognya: “Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini di sebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?”. Kalau nak tahu lebih lanjut isu kuil dan kepala lembu itu, sila layari: www.khalidsamad.com
Khalid dan Tok Guru adalah antara pemimpin Melayu Islam yang patut kita banggakan kerana mereka mampu menyelamatkan negara ini dari terjunam ke dalam kancah pergaduhan kaum dan pertelingkahan agama yang dashat. Saya yakin ada ramai lagi orang Melayu Islam yang berpendirian sederhana tapi tegas dan benar-benar menghayati prinsip jujur, ikhlas dan toleran mengikut ajaran Islam. Orang-orang seperti inilah yang wajar kita dengar pandangan mereka. bukan penghasut dan pembenci kaum dan agama.
Chua pula cabar Ong dedahkan akaun banknya

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Ketika penyokongnya mendakwa mereka telah memperolehi lebih dari 1,200 tanda tangan untuk menuntut diadakan mesyuarat agung khas (EGM) MCA, timbalan presiden parti itu yang dipecat, Datuk Seri Chua Soi Lek pula meningkatkan tekanan ke atas Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat. Beliau mempersoalkan mengapa Ong takut hendak mendedahkan kepada umum akaun bank beliau dan isterinya. Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa memberikan RM10 juta kepada Ong mencabar Menteri Pengangkutan itu mendedahkan kepada umum akaun bank beliau dan isterinya. Chua juga mencabar Ong membuktikan dirinya "lebih putih dari putih". Ong sebelum ini diketahui umum telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membina imej sebagai seorang yang keras menentang rasuah. Bekas Menteri Kesihatan itu turut mempersoalkan tindakan Ong menggunakan jet peribadi milik KDSB yang menurut beliau bertentangan dengan Perintah Am.
"Beliau (Ong) sendiri tidak memberikan penjelasan mengenai imejnya sendiri yang tercemar," kata Chua. "Beliau menggunakan jet peribadi lima kali. Di bawah Perintah Am kerajaan, anda tidak dibenarkan menggunakannya. Pegawai yang lebih rendah mungkin digantung. "Beliau juga tidak mendedahkan akaun bank beliau dan isterinya untuk dinilai oleh umum bagi menghapuskan sebarang keraguan. "Beliau berusaha menonjolkan imej yang bersih dan telus, oleh itu mengapa tidak dedahkan akaun-akaun bank itu? Kenapa takut?" Malaysian Insider memetik beliau. Chua sebelum ini disingkirkan sebagai ahli MCA dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ong sendiri kerana dianggap mencemarkan nama baik parti itu ekoran skandal seksnya yang divideokan tanap disedarinya. Pemecatan itu dibuat ketika Chua dilaporkan sedang berusaha untuk mengadakan EGM bagi menyingkirkan Ong. Tindakan pemecatan itu dikatakan telah dibuat untuk menghalang Chua dan kumpulannya mencapai cita-cita mereka menyingkirkan Ong. Tetapi, walaupun Chua telah dipecat, para penyokongnya tetap berusaha untuk mengadakan EGM itu dan mereka dilaporkan berjaya mendapatkan sokongan yang lebih dari mencukupi untuk mengadakan EGM.
Bertindak balas terhadap usaha penyokong Chua itu, Ong akhirnya mengisytiharkan mahu mengadakan EGM juga, yang dilihat bertujuan untuk mengesahkan tindakan terhadap Chua dan mendapatkan restu dari perwakilan supaya menyokong tindakan beliau dalam menangani skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Usaha Menteri Pengakutan itu untuk menangani isu PKFZ terpaksa berhadapan dengan cabaran besar apabila dilaporkan tidak mendapat sokongan dari rakan-rakannya dalam kabinet dan para pemimpin Barisan Nasional (BN) yang bimbang lebih banyak yang akan terdedah kepada umum jika diteruskan siasatan dan pendedahan. Semalam, Ong enggan mengulas laporan yang menyatakan beliau dipandang negatif oleh rakan-rakannya dalam BN. Di pihak beliau sendiri pula, cabaran terbesar yang dihadapi Ong ialah apabila Tiong yang menerajui KDSB mendakwa telah memberikan RM10 juta kepadanya. KDSB ialah syarikat yang memajukan PKFZ. Lantaran itulah pergolakan dalam MCA kini dilihat mempunyai kaitan dengan isu PKFZ di mana Ong sendiri menuduh pihak-pihak tertentu di dalam dan di luar parti mengumpulkan dana sehingga RM100 juta untuk menghancurkananya. Tuduhan itu dipercayai ditujukan kepada Chua dan Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC). Chua menolak tuduhan itu. "Saya tidak memerlukan RM100 juta. Saya hanya memerlukan sokongan dan kebijaksanaan perwakilan," kata beliau._ -->
Kekecohan dan keganasan yang mencemari majlis dialog


Oleh Dr Wan Azizah
Kekecohan dan keganasan yang mencemari majlis dialog berhubungan isu pemindahan kuil di Shah Alam amat menyedihkan.Hanya satu minggu lalu, rakyat Malaysia dikejutkan oleh imej kepala lembu diheret dan dicabuli oleh ahli dan penyokong Umno. Semalam, majlis dialog untuk mencari penyelesaian kepada isu pemindahan kuil ini pula yang menjadi kecoh.Tujuan majlis dialog di Dewan Bankuet MBSA adalah untuk memberi penerangan dan mengumpul maklumbalas berhubungan cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil Hindu berusia lebih 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Malangnya, sekumpulan hadirin tidak berminat untuk mencari penyelesaian kepada isu ini. Mereka hanya ingin mengajuk dan bertindak liar terhadap penduduk Seksyen 23 yang lain, dan juga panelis yang terdiri daripada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail. Gambar-gambar dan video kelakuan mereka sudah disebari luas melalui Internet dan tidak perlu saya mengulas lagi.
Tingkah laku kumpulan ini yang menyorak dan memprovokasi amat menghampakan, terutamanya memandangkan bulan Ramadhan yang suci ini.
Surah 49 Al Hujrat ayat 13 mengajar kami: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Parti Keadilan Rakyat mengutamakan keadilan untuk semua. Tindakan sekumpulan hadirin ke dialog semalam tidak akan menjejaskan usaha KEADILAN untuk mewujudkan Malaysia yang adil tidak mengira kaum atau agama.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PresidenParti Keadilan Rakyat

Monday, September 7, 2009


KINI kita sedang berada di fasa kedua bulan Ramadan. Fasa kedua ini dikategorikan di dalam hadith nabi sebagai fasa maghfirah atau keampunan Allah.Memohon ampun terhadap Allah swt adalah satu usaha yang sangat murni dan digalakkan dalam ajaran agama islam kerana melalui usaha tersebut dapat melahirkan manusia yang sedar akan diri dan matlamat hidupnya.Sifat-sifat mulia seperti tawaduk , rendah diri, akur dengan kelemahan diri adalah antara sikap yang mampu mencipta budaya memohon ampun kepada TuhanNya.Jika kita mempunyai sikap ego, bongkak, besar diri, tidak mudah mengaku kesilapan, maka amat sukar untuk berada dimedan keampunan Allah SWT.Orang beriman yang yakin dengan iman dan agamanya akan sentiasa menjadikan dirinya kerdil disisi Tuhannya. Walau setinggi mana ilmu dan kepakarannya, sikap dan nilai diri sentiasa membuat muhasabah dan sentiasa terucap dibibir dengan zikrullah dan astaghfirullah.Manusia dimuka bumi ini tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Tatkala kita memulakan kehidupan harian pastinya ada dosa-dosa yang dilakukan samada disedari atau tidak. Oleh kerana ilmu yang kurang dan jiwa yang kadangkala kosong daripada mengingati Allah swt sudah pastilah kita melakukan dosa-dosa kecil yang mana akan mengudang amarah daripada Allah SWT.
Ramadan al-karim yang dikirimkan oleh Allah kepada manusia dimuka bumi adalah satu hadiah yang sangat besar maknanya semata-mata memberi peluang untuk meraih sebanyak mungkin keampunan allah sepanjang hidup.Sebab itu jangnlah kita merasa kikir dan kedekut untuk menagih keampunan allah dimana keampunan itu sebenarnya adalah tanda kash dan sayang Allah kepada hambanya. Kasih dan sayang Allah adalah matlamat kita kerana cinta kepada Nya adalah usaha sangat disukai tuhan sebagai tanda syukur kita kepada Nya.Dalam satu hadis Qudsi Allah SWT berfirman “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni.
Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).Bagaimana kah kita sebagai manusia untuk memohon ampun kepada Allah swt. Firman allah dalam surah al-Nasr ayat 1-3 yang bermaksud ’apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah).Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah berbondong-bondong. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Menerima taubat.Allah SWT adalah tuhan penerima taubat hambanya. Sifat kasih dan sayang, rahmat dan rahman yang terkandung dalam bait asmaul husna menggambarkan bagaimana Allah sentiasa mengampunkan hambaNya dengan syarat kita tidak menyekutukannya.
Kita mulakan doa keampunan dengan ucapan tasbih dan puji-pujian kepadaNya kerana sememangnya Allah adalah yang berhak mendapat pujian atas segala nikmat yang diberikan kepada hambaNya sepanjang hidup.Buktinya dijelaskan sendiri oleh Allah dalam firmannya dalam surah al-Zumar ayat 53 yang bermaksud "Hai hamba-hamba'Ku yang melampaui batas terhadap dirimereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya,Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."Maka ambillah kesempatan dibulan mulia ini untuk mengecapi sebanyak mungkin keampunan daripada Allah swt. Jangan kita rasa selesa dengan kehidupan kita semata-mata kita rasa seperti tidak berdosa dihadapannya.Tidak rugi sekali untuk kita menzahirkan ucapan astaghfirullah terhadap tuhan yang empunya alam semesta atas nikmat yang kita perolehi tanpa sebarang bayaran daripadanya.Moga keampunan ini bakal menjadi usaha terakhir kita sebelum menemuinya yang pasti entah bila.
HASRI B HARUN-Penulis adalah Presiden Kumpulan Pengajian Islam, (MISG) ABIM UK-Eire

Sunday, September 6, 2009


UMNO Dalang Kekecohan Di Majlis Dialog ?

Oleh: addin_77
"Kekecohan semasa majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari semalam memaksa MB Selangor, Tan Sri Khalid Samad memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta. Ia berikutan disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut. Di percayai UMNO menjadi dalang dalam kekecohan ini. Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja UMNO Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain (foto). Antara kata-kata kesat Pak Haji yang akalnya letak di kepala lutut ini ialah "Woi, kaulah pengkhianat-pengkhianat agamalah pukimak!"
Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayai dari kenalan rapat Haji Azmir. Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23. Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu. Untuk makluman anda semua Haji Azmir jugalah yang membuat aksi ekstrem dengan mengheret dan memijak kepala lembu di depan Bangunan SUK Selangor (foto). Sebenarnya UMNO telah berak di tengah jalan tetapi tidak mangaku. Setelah berak yang di tinggalkan 26 tahun lalu hendak dibersihkan oleh Pakatan Rakyat, mereka menyalak semula. Inilah pengkhianatan sebenar UMNO kepada orang Melayu dalam isu kuil di Seksyen 19 ini.
Desakan pemindahan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh UMNO BN tetapi ingin diselesaikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, agama dan bangsa. Dari insiden kepala lembu berdarah yang diheret oleh Pak Haji yang tak berakal ini sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Malaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke 52 tahun.
http://addin77.blogspot.com/"
Mengampu Tahap Kronik
by Mohd Hasbie Muda
1. Saya tidak pasti mengapa perkara ini masih wujud di dalam masyarakat Malaysia kita yang semakin bertambah ramai golongan cerdik pandainya.

2. Setiap kali Perdana Menteri baru mengumumkan gagasan atau slogan yang baru, ianya akan disambut dengan begitu ghairah dan taat setia tanpa berbelah bahagi.
3. Teringat sewaktu Pak Lah mengumumkan Islam Hadhari seawal beliau mengambil-alih kepimpinan negara 5 tahun lalu, konsep itu disambut dan dilaungkan dengan begitu rancak sekali. Semua perkara mahu di’Hadhari’kan. MPMUM (badan pelajar utama UM) sesi 2004 hingga 2007 juga pernah mewujudkan Biro Kerohanian dan Islam Hadhari. Paling melucukan, ada menu-menu di hotel dan restoren ternama yang meletakkan nama Hadhari pada masakan mereka. Maka wujudlah nama-nama seperti Nasi Beriani Hadhari, Siakap Stim Hadhari dan Jus Tembikai Hadhari. Institusi lain juga tidak terkecuali.
4. Pada kali ini, Datuk Sri Najib mengitar semula satu konsep yang dinamakan 1Malaysia. Seperti biasa syarikat-syarikat korporat, institusi-institusi pendidikan tinggi, sekolah, jabatan-jabatan kerajaan, kedai-kedai makan, restoran dan sebagainya berlumba-lumba menyekutukan mereka dengan 1Malaysia. Tidak salah untuk menyokong gagasan atau slogan pimpinan kerajaan jika ia difikirkan betul dan sesuai. Namun biarlah sokong kerana faham bukan sokong kerana mahukan perhatian.
5. Seperti biasa, gagasan PM yang terdahulu iaitu Islam Hadhari sudah dilupakan. Ustaz dan penceramah yang dahulu paling aktif bercakap tentang Islam Hadhari, pada hari ini sudah lupa prinsip Islam Hadhari yang pertama. Paling malang, orang ramai yang dahulunya menyokong kuat gagasan itu sudah tidak lagi berminat untuk bercakap tentang Islam Hadhari.
6. Saya yakin apabila PM baru nanti mengambil alih, 1Malaysia juga akan menjadi bahan yang layak disimpan di ‘Muzium Slogan’. Fenomena sokong bermusim ini boleh adalah antara contoh budaya ampu yang wujud dalam masyarakat kita.
7. Mengapa perkara ini berlaku?
8. Masyarakat yang malas berfikir akan memilih jalan-jalan pintas untuk mencapai sesuatu hajat. Ahli perniagaan yang mahukan projek, ahli akademik yang mahukan pengiktirafan dan populariti, pekerja yang mahukan kenaikan gaji dan pangkat, mahasiswa yang mahu kepentingan diri dijaga, dan semua golongan terdedah dengan budaya ini. Mengampu adalah salah satu jalan pintas yang sangat tidak bermaruah. Ia adalah suatu kesalahan yang berat bagi mana-mana individu yang mengaku bertamadun.
9. Seorang pengampu akan menurunkan tahap produktiviti negara baik secara kualitatif mahupun kuantitatif. Apabila persaingan tidak lagi berasaskan meritokrasi tetapi dipandu oleh keupayaan untuk berdampingan dengan pemilik kuasa, maka negara sebenarnya sedang bergerak ke arah malapetaka dan kehancuran. Pada suatu jangka masa yang panjang, kita sedang membina masyarakat kita yang semakin rendah nilainya.
10. Kita tidak dapat menahan apatah lagi menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan mengampu. Kita tidak mampu mengesan siapa, bila dan di mana jenayah mengampu itu dilakukan. Kita hanya mampu berdoa dan berpesan-pesan agar masyarakat kita tidak membudayakan ampu.
11. Apa yang kita mampu harapkan juga adalah setiap orang daripada kita agar berlaku jujur pada diri sendiri. Samada memilih untuk menjadi masyarakat yang mulia ataupun rela dipandang hina.
Bagan Pinang yang menarik perhatian......

Oleh: notan"
Assalammualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan. Kuasa ALLAH mengatasi segala galanya.Siapa sangka hanya selepas beberapa minggu sahaja selesai PRK Permatang Pasir, tiba tiba negara dikejutkan lagi dengan PRK yang bakal tiba.Kini tiba giliran Bagan Pinang, di Negeri Sembilan yang sebelum in merupakan kubu kuat BN.Sekaligus ianya pasti menjadi cabaran yang getir kepada PR khususnya PAS yang langsung tidak mempunyai peluang di Negeri Sembilan selama ini.Bagan Pinang ditakdirkan ALLAH untuk diadakan pilihanraya semula berikutan perginya ADUNnya menemui ALLAH.SPR tidak mempunyai alasan untuk menidakkan pilihanraya tersebut.Jadi nampaknya pertembungan BN dan PR diteruskan di Bagan Pinang.Kalau sebelum ini pertembungan berlaku di kawasan yang diwakili PR, kini pertembungan akan berlaku di kawasan BN.Pertembungan yang menarik dan dinanti nantikan selama ini.Mungkin sebelum ini ada penyokong PR berdoa agar ada kawasan BN kosong.Sebelum ini dua kemungkinan kerusi BN kosong di Kedah tidak menjadi kenyataan kerana yang dihakimi bangkrap nampaknya berjaya membayar hutangnya dan yang ponteng sidang diselamatkan oleh SPR yang tidak punya kuasa mentakrif undang undang.Begitu juga di Perak, tiga kerusi sikatak tidak jadi dikosongkan kerana kelicikan SPR menipu rakyat.Tidak kurang juga yang berharap agar ada kerusi di DUN Perak yang dikuasai BN kosong kerana ramai yang tidak sabar untuk berpilihan raya di Perak.Teorinya cukup mudah sekali, hanya 3 pilihanraya yang perlu dimenangi PR untuk mengambil balik Perak tanpa perlu bimbang lagi campurtangan Sultan.Oleh itu ramai penyokong PR berharap ada paling kurang tiga kerusi DUN Perak yang dikuasai BN kosong.
Tetapi kuasa ALLAH mengatasi segala galanya.Yang kosong bukan di Perak tetapi di Negeri Sembilan, negeri yang sebelum ini cukup terkenal sebagai pendokong kuat BN.PAS sebagai sebuah wadah perjuangan cukup sukar menembusi Negeri Sembilan sebelum ini, namun kedudukan terakhir menyaksikan PAS sudah mula bertapak dan berkembang pesat di Negeri Sembilan apatah lagi dengan sokongan yang diterima dari PKR dan DAP.Untuk itu, PAS ada peluang yang cerah untuk merampas kerusi Bagan Pinang ini seperti kerusi Kuala Terengganu dulu.Peluang yang datang mungkin anugarah ALLAH yang tidak seharusnya dipersia siakan oleh PAS dan PR.Negeri Sembilan juga seperti Perak, BN cuma ada kelebihan 3 kerusi di DUN, oleh itu sekiranya PAS dan PR berjaya di bagan Pinang maka kelebihan ini akan tinggal dua.Dan mana tahu dengan kehendak dan kuasa ALLAH selepas ini ada tiga lagi kerusi DUN BN yang kosong atas sebab yang sama, sebab yang tidak boleh diputarbelitkan oleh SPR.Dan mana tahu dengan kehendak dan kuasa ALLAH juga, PR menang kesemua kerusi tersebut.Satu khalayan yang mungkin membawa Negeri Sembilan kepada PR dengan komposisi kerusi yang hampir sama dengan Perak.Orang orang BN mungkin boleh pandang ringan dengan khayalan ini, tetapi ingat ALLAH maha berkuasa atas segala galanya dan kepada ADUN BN, jangan abaikan kemungkinan ini, doa rakyat agar anda sekelian dimatikan untuk diadakan pilihanraya semula.Ingat risiko ini sebelum anda semua berkata apa apa."

Friday, September 4, 2009

Beberapa Keistimewaan MB Selangor


Oleh AlKundangi
Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menyangka suatu hari beliau akan menjadi Yang Berhormat dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor. Mungkin beliau tidak pernah terfikir akan hal ini. Tetapi hari ini itulah kenyataannya, dan beliau merupakan MB yang popular dalam Pakatan Rakyat.
2.Beliau sebenarnya sudah sekian lama menjadi orang korporat dengan memimpin PNB yang bertanggungjawab ke atas amanah saham-amanah saham yang ditaja oleh kerajaan. Namun kemudian beliau meninggalkan PNB dan menjadi tokoh pula dalam Guthrie.
3.CEO Terbaik 1997 anugerah Majalah Business Times ini dilahirkan pada 1946 Di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram Kuala Selangor. Beliau belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Beliau memperoleh ijazah BA Hons dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.
4. Pembabitannya dalam politik bermula dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan menjawat jawatan Bendahari PKR serta Ketua Perhubungan PKR Selangor. Buat pertamakalinya beliau menyertai Pilihan Raya Kecil Ijok pada April 2007, tetapi tewas. Percubaan seterusnya pada PRU ke 12 dan beliau menang di Ijok atas tiket PKR dan Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Akhirnya dengan persetujuan anggota Pakatan Rakyat beliau dicalonkan menjadi MB Selangor dan pihak Istana memperkenankannya.
5. Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya semasa menjadi MB Selangor hingga sekarang. Beliau ditohmah membelakangkan orang Melayu pada pelantikan pemangkuan Madam Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar PKNS. Dengan hujah dan alasan yang kuat, akhirnya tohmahan itu dapat ditepisnya dan isu itu selesai dengan tamatnya pemangkuan Madam Low.
6.Tidak selesai dengan isu PKNS, beliau dituduh pula menggunakan wang kerajaan untuk membiayai lembu korban di Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Namun Tan sri Khalid dapat menangkis serangan puak-puak UMNO-BN dengan menyatakan memang ada peruntukan sedemikian dan Menteri Besar terdahulu pun pernah menggunakannya. Akhirnya isu itu tenggelam begitu sahaja.
7. Selanjutnya beliau dituduh pula menggunakan wang kerajaan untuk membaikpulih kereta peribadi. Bila beliau menjelaskan memang ada peruntukan sedemikian, serangan UMNO-BN itu dapat ditenggelamkannya.
8.Isu terbaru adalah kepala lembu yang diletakkan di hadapan pejabat SUK Selangor sebagai protes pemindahan tapak kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Difahamkan isu ini sebenarnya didalangi oleh UMNO-BN dalam cubaan untuk mencetuskan isu perkauman di Selangor seterusnya merampas kembali Negeri Terkaya itu dari Pakatan Rakyat. Namun sehingga kini UMNO-BN gagal berbuat demikian apabila Tan Sri Khalid bijak menanganinya dan ia tidak menjadi isu besar yang membawa padah.
9. Selain itu, banyak usaha-usaha dilakukan oleh beliau untuk meningkatkan kepercayaan rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat, seperti memberi subsidi air bagi 20 meterpadu yang pertama secara percuma, imbuhan wang kepada pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA, imbuhan kepada ibu-ibu yang bersalin dan berbagai-bagai kemudahan sebagai keprihatinan beliau kepada rakyat Selangor.
10. Apa yang dihadapi dan dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim menarik perhatian, kerana semua persoalan dapat ditanganinya di samping menjadikan beliau antara MB Pakatan Rakyat yang mempunyai kedudukan yang istimewa dan tersendiri dalam kelasnya. Mudah-mudahan beliau akan terus tetap teguh bertahan walaupun diserang bertubi-tubi oleh UMNO-BN yang memang teringikan kembali Negeri Selangor ini. Dan memang ironis bila kita teringat MB terdahulu menghadiahkan sebatang penyapu kepada seorang Yang DiPertua Majlis Perbandaran, kini Tuhan telah membalasnya di dunia lagi dengan terlepasnya Selangor ke tangan Pakatan Rakyat, dan terbukanya banyak pekungnya sendiri di samping cubaan yang gagal untuk setiapkali memporakperandakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Untuk itu, tahniah diucapkan kepada MB Selangor, semoga Yang Berhormat akan tetap terus tabah menghadapi cabaran demi cabaran.

AlKundangi,3.9.2009http://alkundangi.blogspot.com
UMNO Terengganu Retak Menanti Belah, ADUN Boikot Majlis Muhyiddin
Oleh: addin_77
Adun Umno Terengganu telah memboikot majlis Muhyiddin, itulah yang boleh diperkatakan mengenai situasi yang berlaku semalam. Umno Terengganu kini 'retak menanti belah'. Hanya 4 sahaja dari anggota Exco dan hanya 1 sahaja Adun Umno yang kelihatan dalam majlis berbuka puasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang malam tadi. Bahkan Adun Ajil, Rosol Wahid, yang kawasannya terletak dalam Parlimen Hulu Terengganu juga tidak kelihatan dalam majlis Timbalan Perdana Menteri malam tadi. Begitu juga Datuk Seri Idris Jusoh, bekas MB dan juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.Inilah realiti permasalahan Umno di Terengganu sekarang sehingga Muhyidin dalam sidang medianya terpaksa menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam krisis di Terengganu sekarang. Muhyidin juga mengakui Umno Terengganu sekarang dilanda krisis. “Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibereskan. “Sama ada melibatkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar ... lepas hari raya atau bila masa yang sesuai,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin empat peringkat Umno Terengganu itu.
Menurut maklumat, hanya sebahagian kecil sahaja wakil rakyat Umno yang hadir dalam pertemuan tertutup para pemimpin Umno dengan Muhyidin itu. Muhyidin sampai ke Kuala Terengganu jam 4.30 petang semalam dan terus ke Hulu Terengganu untuk mengadakan pertemuan itu. Turut serta bersama beliau adalah Datuk Seri Hishamudin Hussein yang merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu serta Datuk Ahmad Said, Timbalan beliau yang juga MB Terengganu. Beliau kemudiannya berbuka di Masjid Sultan Mahmud dan solat Isyak serta terawih di Masjid Telok Menara, Manir iaitu dalam Dun yang diwakili oleh Datuk Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ketua Pembangkang Dun Terengganu. Muhyiddin ke Terengganu di tengah-tengah berita panas yang melibatkan Umno Terengganu. Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, sembilan Adun Terengganu dikatakan akan melompat ke PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu. Mereka telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat sebuah hotel di Kemaman.
http://addin77.blogspot.com/"