Monday, December 21, 2009

Inilah ayat terbaik Datuk Nik Abdul Aziz kepada bapa penafi royalti
Oleh: p1
"“Sepatutnya kerajaan pusat yang mendapat ihsan daripada negeri, bukan negeri dapat ihsan daripada pusat sebab itu adalah hak negeri.”Demikian tegas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas menyampaikan kuliah perdana di Masjid Majidiah, Pasir Puteh dekat sini.Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut isu pemberian wang ihsan petroleum yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak minggu lepas.Mengambil kira fakta perjanjian awal tahun 1970-an berhubung perkara berkenaan, Nik Aziz berkata, keputusan yang dibuat kerajaan pusat adalah terbalik dan bercanggah kerana mengingkari perjanjian yang jelas mengatakan royalti hasil daripada pengeluaran bahan api itu menjadi hak milik mutlak rakyat Kelantan.Oleh yang demikian tiada sebab kerajaan pusat menukar ganti istilah royalti kepada wang ihsan.Selain itu, pemberian wang ihsan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) adalah satu perbuatan khianat sedikitpun tidak menunjukkan ciri-ciri keadilan kerajaan pusat dalam menjaga kebajikan rakyat Kelantan.Perjanjian bayaran royalti sebanyak lima peratus daripada hasil pengeluaran petroleum kepada negeri-negeri terbabit termasuk Kelantan dibuat pada awal 1970-an, yang ditandatangani pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah (pada masa itu), selepas dipersetujui Perdana Menteri Tun Abdul Razak.Kelantan diwakili Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nasir.Kerajaan Kelantan membuat tuntutan tersebut pada awal tahun ini selepas menerima laporan daripada Bank Data Malaysia 2007 yang menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum bersama Sabah dan Terengganu dengan nilai pertumbuhan sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak 37.5 peratus sejak 2004.
Minggu lalu Najib mengumumkan kerajaan persekutuan akan memberi wang ihsan kepada Kelantan mulai tahun depan dalam bentuk projek pembangunan.Nik Aziz yang dari dulu mempertahankan bayaran royalti menjelaskan, pada asasnya beliau tidak mengambil kira sangat jenama apa yang ingin gunakan oleh kerajaan pusat asalkan ia dibuat secara telus serta adil mengikut perjanjian sebelum ini.“Nak guna nama ihsan ke… apa ke, ikut dia lah. Tapi biarlah disalurkan terus kepada kerajaan negeri. Jangan dipolitikkan. Tak betul sebab itu hak rakyat,” katanya.Nik Aziz turut menjelaskan motif yang tersirat di sebalik tindak-tanduk keputusan Najib menyalurkan pemberian tersebut melalui agensi di bawah pentadbirannya adalah semata-mata untuk menggambarkan kelemahan kerajaan negeri di mata rakyat dalam usaha membangunkan kemajuan negeri.“Saya yakin rakyat tidak mudah terperangkap dengan jerat kerajaan Umno. Tapi Umno harus berwaspada takut jeratnya itu terkena diri sendiri,” kata beliau sambil menambah, kerajaan negeri akan menjelaskan isu tersebut kepada rakyat secara terperinci.Pada 4 November lalu, Nik Aziz berkata, beliau bersyukur dengan pemberian wang ihsan oleh kerajaan pusat, namun masih terkilan kerana permintaan bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.“Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang ihsan. Yang kita mahukan ialah wang royalti,” kata beliau dalam reaksi awalnya"

Sunday, December 20, 2009

Putar Belit Pengkhianat


"Mengikut perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan, royalti petroleum sebanyak 5% akan dibayar secara tunai mulai tahun 2004. BN memenangi PRU Ke-11 dengan penuh bergaya melalui pelbagai penipuan, termasuk menggunakan lebih peruntukan untuk peralatan yang jumlahnya melebihi RM200 juta. Walaupun kes ini tenggelam timbul di mahkamah dan berjaya membuktikan wang itu digunakan, UMNO/BN memberi kredit kepada populariti Pak Lah sebagai punca kemenangan. PAS menang tipis dalam PRU itu di Kelantan. Parti itu hanya bergantung hayat kepada majoriti satu kerusi sehinggalah PRU Ke-12 diadakan. Pak Lah tidak mengotakan janji yang telah dibuat. Dia bukan sahaja kecundang dalam PRU Ke-12 malah diaibkan dengan pelbagai cercaan yang datangnya daripada UMNO sendiri. Akhirnya dia tiada pilihan selain berundur.
Demikianlah nasib yang tertulis untuk pemimpin khianat Islam Hadhari itu.Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. Kes royalti petroleum dibongkar semasa kempen PRK Manek Urai. UMNO/BN minta Petronas beri penjelasan sambil pemimpin UMNO berdolak-dalik di Manek Urai. Sehingga UMNO mencapai kemenangan moral nombor wahid dalam PRK itu, tiada penjelasan daripada sesiapa pun.Siasatan dibuat. Telaga minyak sah duduknya dalam perairan Kelantan. Kerajaan Persekutuan kata telaga minyak letaknya lebih tiga batu neutika dari pantai, Kelantan tiada hak dapat royalti. Perjanjian tidak menyebut tentang fakta jarak itu. Dalam usaha mengurangkan ketegangan, Najib setuju beri wang ehsan untuk ditadbir oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan. Kerajaan Negeri Kelantan memenangi kes tuntutan di luar mahkamah apabila Najib meluluskan pemberian wang itu.Perjanjian tidak sebut langsung tentang wang ehsan. PAS membantah. Menyedari tentang pengakuan Kerajaan Persekutuan dan wang ehsan sebagai helah tidak mahu meletakkan wang di tangan Kerajaan Negeri Kelantan, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Aziz (TGNA)menyebut tentang doa laknat terhadap Najib.Rakyat Kelantan dianiaya oleh Kerajaan Persekutuan. Bagi TGNA, tidak salah untuk mendoakan Najib dilembutkan hati sehingga memberi royalti minyak kepada pihak yang berhak, iaitu kerajaan pimpinannya dan meminta masa depan Najib dimusnahkan jika terus enggan menunaikan janji.UMNO dan sekutu-sekutunya marah dengan tindakan itu tetapi menyembunyikan hakikat perbuatan khianat mereka kepada rakyat Kelantan. UMNO yang menolak Islam sebagai dasar perjuangan itu terkapai-kapai dilambung dosa ciptaan mereka di lautan pemerintahan sekarang ini.TGNA dan rakyat Kelantan sedar bahawa keengganan UMNO itu disebabkan oleh ketakutan yang amat sangat terhadap kebolehan Kerajaan PAS Kelantan membangunkan negeri Kelantan dengan wang royalti petroleum itu. PAS sudah memerintah Kelantan selama 20 tahun berturut-turut.
Rekod yang masih dipegang ialah zero rasuah dan tadbir urus yang cemerlang walaupun pendapatannya amat terhad. Ketua kerajaannya ialah antara 50 individu Islam yang paling berpengaruh di dunia.Jika wang royalti petroleum membangunkan negeri Kelantan, UMNO/BN akan malu besar kerana sudah berpuluh-puluh tahun Sabah, Terengganu, dan Sarawak menerima wang itu tetapi tetap dengan tempat pertama, kedua, dan ketiga negeri termiskin di Malaysia. Bayangkanlah banyak mana wang rakyat itu telah dipesongkan, dirompak, dan diboroskan begitu sahaja. Kini pendapatan Petronas pun sudah merudum, sedangkan pendapatan itulah yang menjadi sandaran negara. Kekayaan sebanyak mana pun tidak akan bermakna jika berada di tangan pengkhianat. Mereka perlu dijatuhkan demi masa depan gemilang untuk negara ini.TGNA dan rakyat Kelantan yang teraniaya sedang melafazkan doa laknat ketika ini. Umat Islam telah diberitahu bahawa doa orang yang teraniaya tiada batas penghalangnya untuk diterima Allah. Kita tunggu sahajalah balasan Allah itu jika keadaan tidak juga berubah!!!

Friday, December 18, 2009

Peruntusa Awal Muharram 1431H


Oleh Ustaz Abu Bakar Husein
ASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. Saudara-saudari muslimin-muslimat yang dihormati sekelian, Pada hari ini maka genaplah 1431 tahun sejak Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Madinah.Demikianlah pentingnya penghijrahan ini sehingga tarikhnya dijadikan tarikh permulaan bagi perkiraan zaman Islam. Sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama 13 tahun lebih awal daripenghijrahan ke Madinah. Penentuan penghijrahan sebagai tarikh permulaan zaman Islam tentulah mempunyai erti yang istimewa.2. Jika kita kaji sejarah Islam dan sejarah dunia kita akan dapati bahawa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. pada 1hb. Muharam tahun pertama Islam adalah satu peristiwa yang bukan sahaja membawa kesan kepada umat Islam pada ketika itu dan pada zaman ini tetapi bagi seluruh umat manusia. Dari tarikh itulah bermula perkembangan Islam dengan pesatnya ke seluruh dunia sehingga berlakulah perubahan-perubahan yang kekal hingga sekarang. Penghijrahan juga menjadi satu tauladan bagi umat Islam tentang kesabaran dan ketabahan hati dalam menghadapi penindasan dan cabaran yang mana inilah yang akhirnya membawa kejayaan. 3. Penghijrahan merupakan satu ikhtiar dan penyerahan kepada Allah Subhanahuwataala. Penyerahan sahaja tanpa ikhtiar tidak akan membawa kemenangan. Perjalanan dari Mekah ke Madinah yang jauh melalui padang pasir, dengan dikejar oleh musuh dan perompak adalah juga satu ujian terhadap keteguhan iman mereka yang menyertai kumpulan ini.Dan tidak syak lagi pengalaman penghijrahan telah mengukuhkan semangat pengikut-pengikut Nabi serta mengkagumkan orang-orang Madinah. 4. Dari peristiwa ini umat Islam di zaman-zaman yang mereka ditindas bolehlah mencari inspirasi bagi mengukuhkan semangat.
Sebenarnya apa yang dihadapi oleh umat Islam sekarang tidak sebegitu berat dan teruk seperti cabaran yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam di zaman ini amat ramai. Sebahagian daripada mereka kaya-raya. Mereka memerintah wilayah-wilayah yang besar. Sudah sepatutnyalah mereka mencapai kejayaan. Tetapi mereka tidak mencapainya.Sebaliknya mereka di usir dari satu wilayah ke satu wilayah, ditakluk oleh kuasa-kuasa asing, disiksa dan dibunuh tanpa mereka boleh membuat apa-apa. Mereka cuma meraung dan merayu kepada orang lain. Di Palestin dan Lubnan mereka diserang, dibunuh beramai-ramai dan diusir dengan sewenang-wenang oleh Yahudi dan kawan-kawan mereka. Dengan pemindahan orang Palestin, kita sekali lagi melihat peristiwa penghijrahan. 5. Memang benar nasib buruk orang Islam sekarang disebabkan oleh perbuatan orang Yahudi dan penyokong-penyokong mereka. Kita patut salahkan mereka ini dan kita patut kutukkan mereka. Tetapi kita patut juga periksa diri kita sendiri.
Apakah semangat dan ketabahan hati yang terdapat pada Nabi Besar kita dan sahabat-sahabat Baginda ada pada kita.yang penting sekali tidak sanggup berusaha atau berikhtiar untuk menuju ke arah kejayaan. Yang jelas ialah kalau kita lemah, maka kita perlu kuatkan diri kita, jika kita kurang cekap maka kita perlu berlatih untuk menguasai kecekapan, dan jika kita kekurangan ilmu maka kita mengejar ilmu. Ini semua jelas dan dituntut oleh Islam tetapi kita masih asyik berpoya-poya, masih suka mencari alasan dan sebab kenapa kita tidak mungkin buat itu dan ini, masih hendak menyalahkan orang semata-mata. Selagi kita tidak sanggup bertindak secara positif, selama itulah kita akan dipermainkan orang dan ditindas. 7. Memperingati detik-detik sejarah dan pengalaman tidak berguna melainkan ianya menjadi pengajaran kepada kita.Pada awal Muharam ini kita patut ingatkan balik peristiwa penghijrahan supaya kita dapat manfaat dari satu peristiwa dalam sejarah Islam yang penting ini. Awal Muharam bukan untuk berehat dari kerja atau bercuti atau perayaan tetapi adalah untuk kita memperkukuhkan nilai-nilai dan keazaman kita, mempertingkatkan keupayaan kita dalam semua bidang.Jika kita pelajar maka kita perlu belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika kita pekerja maka kita perlu kerja dengan jujur dan dedikasi. Jika kita peniaga kita perlu menjaya dan mempertingkatkan perniagaan dan perusahaan kita.Jika kita pemimpin kita perlu menumpukan lebih banyak tenaga dan usaha dalam membentuk satu masyarakat Islam yang dihormati oleh semua pihak. Pendek kata Awal Muharam adalah satu hari untuk memperbaharui azam dan tekad sebagai orang Islam yang committed kepada kebesaran agama Allah SWT dan kesejahteraan penganut-penganutnya. 8. Di Mekah dan di Madinah di zaman Nabi Muhammad s.a.w Islam antara sebab utama Islam berkembang ialah kerana keadilan dan timbangrasa Islam. Kerana ini jugalah Islam dihormati dan disegani.
Pada satu haribulan Muharam ini kita perlu ingatkan diri kita bahawa keangkuhan kuasa tidak ada tempat dalam pemerintahan yang berlandaskan Islam. Sementara hak orang Islam kita pelihara, hak orang lain kita jaminkan mengikut ajaran Islam. Dengan ini bukan sahaja Islam akan dihormati tetapi penindasan terhadap orang Islam yang menjadi minoriti di negara lain dapat dikurangkan. 10. Satu haribulan Muharam patutlah dijadikan satu tarikh untuk kita semua merenung dan mengkaji sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. terutama penghijrahan dari Mekah ke Madinah. Dengan ini saya mengucap selamat mencontohi semangat penghijrahan dalam semua perjuangan hidup dan mati kita. Mudah-mudahan kita akan mendapat nikmat daripadanya; Insyaallah. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu 'alaikum warahmatulahi wabarakatuh.
Al fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain
Pesuruhjaya PAS Perak

Sunday, December 13, 2009

Malaysia Negara ‘Sumpahan Minyak’


"Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara ’sumpahan minyak’ di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.“Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya.Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.Tengku Razaleigh – bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu – merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, “tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.
Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.“Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi,” katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.Buku bertajuk “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time’, yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.Malahah Time memetik Daniel Lian – seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan “sehingga AS$100 bilion” (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.
Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang ‘authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.
http://dperbatasan.blogspot.com/

Saturday, December 12, 2009

Azim Zabidi dan Tiong King Sing Kalis Peluru?.

"Umum rakyat Malaysia yang peka pembinaan pelabuhan bebas cukai Klang atau PKFZ telan duit RM4.6 Billion. Pembinaan secara runding terus termasuk rekabentuk dan bina oleh syarikat "Kuala Dimensi" adalah bagaikan hadiah dan habuan yang amat lumayan yang diberi oleh kerajaan barisan nasional kepada kroninya. Satu skandal kewangan yang besar dan satu penipuan oleh kroni UMNO, MCA, dan barisan nasional secara amnya.Walaupun kerajaan BN telah menawan tiga orang yang dikatakan terlibat dalam skandal RM4.6 Billion. Namun yang pelik dan penuh tandatanya mengapa tidak ada tindakan atau pertuduhan kepada Pengerusi Kuala Dimensi merangkap bendahari Umno malaysia Datuk Azim Zabidi, Ketua Pegawai eksekutif Kuala Dimensi Datuk Sri Tiong King Sing merangkap Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Timbalannya Datuk Faizal Abdullah merangkap Ketua Pemuda Umno Kapar.
Apakah hubungan Azim Zabidi, Tiong King Sing, Faizal Abullah kalis peluru atau tiga watak ini dilindungi oleh pemerintahan kerajaan barisan nasional oleh perdana menteri Malaysia Datuk Sri Muhd Najib Razak? . Malah rakyat Malaysia telah didedahkan peranan penama diatas adalah sumber kewangan untuk parti MCA, Umno dan barisan nasional. MCA patut dipuji kerana mendedahkan parti MCA mendapat sumber kewangan dari Projek PKZF. Dan Umno masih membisu dan menjadikan lembu kenyang diatas projek PKZF. Mungkin UMNO tak angkat wang dari projek PKZF. Mustahil, Umno dan Wang dibaratkan nyawa dan kiblat bagi pemimpin Umno.
Royalti Minyak: Najib Derhaka Wasiat Bapanya
Oleh Ustaz Idris Ahmad

Pada 1975, ketika Allahyarham Tun Abd Razak bin Hussein Al-Haj masih menjadi Perdana Menteri satu perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubungan dengan sumber minyak Kelantan.Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, menyebut bahawa anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan adalah RM2.5 bilion setahun.
Berdasarkan laporan itu kerajaan negeri Kelantan mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion dari Kerajaan Persekutuan bagi jumlah royalti dan kerugian yang tidak pernah dibayar sejak 2004.Tuntutan royalti minyak kelantan ini turut disokong oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari Umno, Datuk Md Alwi Che Mat pada julai lalu dan berharap agar Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti dan dokumen-dokumen berkaitan untuk menuntutnya.Malangnya, Dato' Seri Najib anak kepada Tun Razak menderhakai perjanjian yang buat di zaman pemerintahan ayahnya dan enggan membayar royalti seperti yang telah dipersetujui sebagai respon kepada kekalahan teruk BN di Kelantan pada PRU Mac 2008. Tindakan beliau jelas mengkhianati amanah perjuangan ayah beliau yang pastinya tidak akan tenang dalam kubur dengan kezaliman yang dilakukan pada hari ini terhadap rakyat Kelantan.Seorang anak yang baik akan menyelesaikan segala hutang piutang dan janji arwah bapanya kepada sesiapa sahaja dengan harapan bapanya akan mendapat keredhaan Allah. Namun Najib tidak bertindak demikian, malah memungkiri wasiat yang telah dipersetujui di zaman pemerintahan bapanya.Inilah contoh anak derhaka yang juga zalim kepada rakyat demi kepentingan politiknya. Idea wang ehsan ditimbulkan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat sebagai menunjukan sikap bermuka-muka beliau, walhal rakyat lebih jelas dengan isi perjanjian Petronas-Kelantan 1975.Idea wang ehsan ini bermula dizaman Tok Guru Najib iaitu Tun Mahathir yang ketika itu tertekan dengan kemenangan mengejut PAS di Terengganu. Bagi membalas tindakan rakyat Terengganu yang menolak Kerajaan BN, maka Mahathir menarik balik wang royalti minyak Terengganu dan mengantikannya dengan wang ehsan. Maka bermulalah sejarah wang ehsan iaitu satu pakej yang dibuat oleh BN khusus untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh Parti bukan BN.
Keadaan ini berbeza dengan negeri Sabah yang diperintah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dari tahun 1985-1994. Walaupun ketika itu Sabah tidak dikuasai BN, namun royalti minyak tetap diberikan bukannya wang ehsan.Maka jelaslah bahawa BN yang kini dipimpin Najib sengaja untuk menzalimi rakyat Kelantan dan menderhakai wasiat bapanya.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Friday, December 4, 2009










M Faqih
KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.
Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.

Tuesday, November 24, 2009



Keputusan Nik Aziz bukti ketinggian integriti dan moral

KOTA BHARU, 24 Nov: Tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan membuktikan ketinggian integriti dan keterbukaan beliau dalam menerima pandangan parti.Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu sidang media bersama Nik Aziz semalam yakin tindakan Nik Aziz itu bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga sebaliknya mengutamakan masa depan dan perjuangan parti."Tok Guru (Nik Aziz) tunjuk nilai moral yang tinggi, dan beliau ambil keputusan demi kepentingan perjuangan.Ini adalah satu bentuk integriti yang ditunjuk oleh beliau.Apa pun yang beliau putuskan, itu adalah keputusan parti yang beliau akur,""Saya percaya apa yang beliau buat adalah bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga tetapi apa yang beliau tunjuk merupakan sikap yang melampaui kepentingan diri, keluarga dan peribadi beliau.

Saya cukup sanjung tinggi integriti yang ditunjuk beliau.Semalam Nik Aziz selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 mengumumkan persetujuannya menasihati Ariffahmi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).Ditanya samaada perkara itu menunjukkan PAS sedang menghadapi masalah dalaman yang serius, beliau menafikan perkara itu."Saya tak nampak apa isu besar, apa yang berlaku adalah isu pelantikan menantu.Beliau telah lepasi isu itu.Kalau selama hari ini isu menantu dimainkan anatara Pak Lah dan Khairy, dan Pak Lah tak mampu buat sesuatu untuk bersihkan nama beliau.
Walaupun dari segi perundangannya betul, tapi ia akan timbulkan satu fitnah kepada beliau dan pentadbiran," "Apa yang ditunjukkan tok guru hari ini kerana lihat kepentingan perjuangan jemaah itu lebih penting dari keluarga dan peribadi.Ini tak ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di Kelantan pada hari ini.Tapi tok guru tunjuk satu integriti sebagai Menteri Besar.Pertemuan semalam turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.Ariffahmi bersetuju meletakkan jawatannnya dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

Sunday, November 22, 2009

Mana Najib Dapat Duit Korban 427 Ekor Lembu Parlimen Pekan

Oleh: professor"Dengan gaji PM sebulan kalau tak silap RM 25 ,000.00 saja. Najib baru jadi PM tak sampai 2 tahun pun. Kalau tak dibelanjakan satu sen pun , dia Cuma dapat kumpul RM 600.000.00.Untuk beli lembu untuk korban ni , bukannya sikit 427 ekor , biasanya untuk korban harga satu bahagian lebih mahal dari harga biasa yang dijual di pasar , purata dalam RM 350.00 untuk satu bahagian. Kalau untuk 7 bahagian , jumlahnya RM 2,450.00 untuk seekor lembu. Kalau 427 ekor , jumlahnya sebanyak RM 1,046,150.00. Tak tau lah kalau sebagai Menteri Kewangan , gajinya juga RM 25,000.00 sebulan. Jadi kalau dicampur dua jawatan ni , Najib berjaya kumpul RM 1,200,000.00. Kalau dicampur kedua – dua ni baru cukup untuk bayar harga 427 ekor lembu ni. Kesian kat Najib dan keluarga terpaksa ikat perut , semata – mata nak korban lembu , minggu depan Adakah ada pihak – pihak yang sponsor ?Mungkin juga ada pihak yang sponsor Najib , dengan menyediakan semua bajet untuk biayai harga lembu tersebut
Mana GERAK ni ?

Saturday, November 21, 2009

Umno Penang Akan Mengamuk Kerana Guan Eng Lantik Melayu Jadi Boss MPPP?
"Pada akhir tahun lepas, sekonyong-konyong politik Selangor digegarkan oleh isu perlantikan wanita Cina sebagai Pengurus Besar sementara PKNS. Yang menjadi isu besar bagi Umno Selangor dan NGO-NGO yang sewaktu dengannya ialah Pengurus Besar sebelum itu ialah orang Melayu (termasuk Jawa), tetapi mengapa Pengurus Besar Melayu digantikan oleh Pengurus Besar Cina (walaupun cuma Pengurus Besar sementara)? Lalu Menteri Besar Tan Sri Khalid sebagai seorang Melayu dituduh sebagai pengkhianat Melayu oleh Umno dan NGO-NGO sewaktu dengannya kerana melantik seorang Cina sebagai Pengurus Besar, sedangkan Pengurus Besar sebelum ini adalah Melayu dan secara tradisinya ia milik Melayu. Pas Selangor juga menyatakan tidak bersetuju dengan perlantikan wanita Cina yang bernama Low Siew Moi itu sebagai Pengurus Besar PKNS. Dan kelmarin senario yang hampir sama berlaku di Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang kelmarin telah melantik Patahiyah Ismail, seorang wanita Melayu, sebagai Yang Dipertua baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Perlantikan Patahiyah telah mencatatkan satu sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang menerajui sebuah Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi ia berita penting bukan sahaja untuk orang Melayu negeri itu, tapi juga wanita negara ini.
Patahiyah akan mengantikan Yang Dipertua MPPP sekarang, Tan Cheng Chui, 54, yang memutuskan untuk bersara awal atas sebab-sebab kesihatan. Yang menariknya di sini ialah jika di Selangor, Menteri Besar seorang Melayu tergamak melantik seorang wanita Cina memegang jawatan Pengurus Besar PKNS yang secara tradisinya adalah jawatan untuk Melayu, di Pulau Pinang pula Ketua Menteri seorang Cina tergamak melantik seorang wanita Melayu memegang jawatan Yang Dipertua MPPP yang secara tradisinya adalah jawatan untuk Cina (walaupun tidak semestinya begitu). Saya sekarang sedang tertunggu-tunggu reaksi Umno Pulau Pinang sama ada ianya sama ketika isu perlantikan Pengurus Besar PKNS dahulu. Di Selangor dahulu, mungkin kerana desakan banyak pihak, terutama Umno,akhirnya Menteri Besar bersetuju melantik seorang Melayu sebagai Pengurus Besarnya bagi menggantikan Low Siew Moi. Saya hendak lihat sama ada Umno memegang prinsip yang sama bahawa bagi sesuatu jawatan penting di peringkat negeri, ia harus mengikut tradisi bahawa ia perlu dipegang oleh satu kaum tertentu. Jika bagi PKNS jawatan Pengurus Besar secara tradisi dipegang oleh Melayu, maka Melayulah juga yang harus memegang jawatan itu sampai bila-bila (walaupun untuk jawatan Pengurus Besar sementara, seperti kes Low). Jika precedent ini diterima pakai oleh Umno, maka dalam kes Yang Dipertua MPPP, ia juga harus dipegang oleh seorang Cina. Dan ia diperkuatkan lagi dengan fakta bahawa 14 daripada 24 Ahli Majlis MPPP sekarang adalah mereka dari kalangan bukan Melayu. Ahli Majlis MPPP dari kalangan Melayu pula cuma 10 orang (itu pun termasuk keturunan India Muslim yang mengaku sebagai Melayu). Lagi pun, majoriti penduduk di bawah kelolaan MPPP ialah orang Cina, maka tentu jawatan itu bagi Umno yang menjunjung prinsip 1Malaysia itu, wajar juga dipegang oleh seorang Cina. Di Selangor dulu, Umno bukan main berang apabila Menteri Bear melantik seorang Cina sebagai Pengurus Besar sementara PKNS kerana ia tidak mengikut tradisi
Apakah Umno Pulau Pinang juga akan berang kerana Guan Eng melantik seorang Melayu untuk jawatan Yang Dipertua MPPP kerana ia juga tidak mengikut tradisi? Adakah Umno Pulau Pinang lepas ini akan mengadakan bantahan besar-besaran mendesak orang Cina menerajui MPPP dan menggerakkan NGO-NGO Melayu membuat kacau seperti di Selangor dulu? Dan reaksi DAP? Dalam hati saya tidak yakin DAP akan menentang perlantikan Patahiyah sebagai Yang Dipertua MPPP hanya semata-mata kerana dia Melayu. Ini kerana saya yakin DAP lebih cerdik dalam permainan politik berbanding Umno! Umno Pulau Pinang, apa lagi, pergilah berhimpun di depan Komtar atau di Padang Esplanade untuk mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melantik seorang Cina sebagai Yang Dipertua MPPP! Jika Umno berani bertindak begitu, pasti parti itu akan dipuji sebagai parti yang memahami slogan 1Malaysia tajaan presiden terhormat mereka yang bernama Najib Tun Razak itu. Umno sepatutnya berani membuat desakan itu, kerana bukankah parti itu telah diminta oleh presiden parti untuk menjaga kepentingan orang Cina kerana kegagalan MCA melakukannya?
Husam Musa akan digugurkan?
Oleh Din Binjai
Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri itu."Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan)," pengakuan Husam“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.Pada Jun lalu, Husam yang dilihat sebagai ‘anak emas’ Nik Aziz, tewas dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS disebut sedang timbang untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.Syed Azidi, blogger Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.PMBK kini diterajui oleh menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.Semalam Syed Azidi mendakwa Nik Aziz telah meminta Ariffahmi yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ariffahmi yang turut mendakwa Syed Azidi cuba untuk memberi tekanan ke atas Nik Aziz.Khabar angin mengenai langkah menggugurkan Husam sebagai Exco mula timbul ekoran dakwaan Syed Azidi bahawa Nik Aziz akan mengumumkan keputusan letak jawatan Ariffahmi, semalam.
“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.Bagaimanapun Husam juga enggan mengesahkan sama ada Ariffahmi merupakan individu di belakang dalam usahanya untuk menggulingkan beliau daripada kerajaan negeri.“Mereka adalah pihak luar, berusaha untuk menyerang, tetapi sasaran mereka ialah Tok Guru dan kemudian mereka akan bergerak untuk menggulingkan kerajaan PAS,” kata Husam lagi.Pemilihan PAS pusat Jun lalu juga memperlihatkan kewujudan kumpulan yang ‘memihak’ Nik Aziz dan juga puak menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Badan perhubungan PAS Kelantan dijadual mengadakan mesyuarat khas pagi esok dan dijangka membincangkan krisis terbaru di negeri itu.Kebanyakan ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kelantan mahu Ariffahmi digugurkan dari sayap pelaburan negeri itu.

Wednesday, November 18, 2009

Royalti Petroleum Dan Maruah Rakyat Kelantan


Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
UNTUK kali ini izinkan saya menyentuh sedikit tentang wang ihsan yang katanya nak diberikan kepada rakyat Kelantan oleh Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya, perkara ini tidak berbangkit kerana bumi Kuala lumpur yang dirujuk sebagai Kerajaan Pusat itu tidak mengeluarkan minyak walaupun setitik.Hasil negeri dari mana-mana negeri berupa minyak dan gas yang diambil oleh Pusat itulah yang sepatutnya disebut sebagai pemberian secara ihsan dari negeri kepada Persekutuan.Jika diikutkan logik, ini dikira sudah terbalik apabila kita yang beri dia (Pusat) melalui perjanjian, tiba-tiba setelah dia dapat, dia senang-senang istilahkan pemberian ini adalah hasil ihsan dan kasihan belas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Kelantan.Kononnya, dengan sikap murah hati Persekutuan itulah, maka Kelantan dapat membangun dan menikmati rahmat pembangunan yang berterusan.
Pada saya ini memang sudah menjadi tunggang-langgang. Perkara ini asalnya hak negeri. Kami tidak boleh dilihat sebagai penagih ihsan atau pengemis simpati tetapi kami cuma meminta hak kami untuk ditunaikan.Kami mahu membangunkan negeri kami dengan duit dari hasil bumi kami itu. Itu saja. Sebutlah royalti atau namakan apa saja tetapi gunalah saluran yang betul untuk kembalikan hak kami.Maksud saya, berilah kepada kerajaan negeri. Bukankah kerajaan ini adalah kerajaan yang sah yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat? Kerajaan ini ada persidangan Dewan Undangan Negerinya dan ada bajetnya sama ada defisit atau surplus.Ia dirasmikan sendiri oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.Sepatutnya tidak timbul sama sekali memberikan royalti yang dengan pandai-pandai ditukar istilah kepada wang ihsan.Saluran yang ditentukan pula ialah melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan bukan Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim. Bukankah ini suatu keanehan?Kita kena faham bahawa JPP itu hanyalah sebuah jabatan kerajaan dan bukannya kerajaan! Jika diikutkan, langkah ini boleh ditafsirkan sebagai semacam satu bentuk penghinaan juga ke atas kebolehan dan kredibiliti pegawai-pegawai tadbir negeri (PTN) kami yang juga berkelulusan lebih kurang sama juga dengan pegawai-pegawai jabatan Persekutuan.Inilah sedihnya kita apabila terlalu lama golongan sekular ini memerintah. Sesudah berpuluh tahun terbiasa dengan sekularisme, mereka sudah selesa dan sebati mengasingkan politik dari agama.Melalui proses masa, kesedaran kasih sayang, keikhlasan, kemurnian, persaudaraan dan perasaan adik abang telah dilunturkan. Ini kerana dalam ajaran sekular, ajaran-ajaran seperti ini sememangnya tiada. Jika ada sekali pun, ia hanya dibuat-buat.
Terlalu lama diperap dan direndam dalam tempayan politik sekular yang keruh dan kotor ini menyebabkan semua nilai-nilai murni ini akhirnya hilang ditenggelam. Kini, amalan songsang yang menimbus ajaran murni dan nilai-nilai kesetiakawanan ini telah dilakukan melalui pentafsiran akta dan undang-undang.Ia dibuat dengan tidak jujur dan dilakukan dengan sewenang-wenang.Undang-undang 3 batu nautika yang dihadkan sebagai perairan negeri ini misalnya, siapa yang tentukan? Tidakkah musnahnya nasib dan masa depan Palestin itu bermula sejak kota suci itu dibelah dua oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).Siapa yang memberi hak dan mengajar ini semua? Hatta, lima Kuasa Besar dalam anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diberikan kuasa veto; itu pun satu lagi konspirasi jahat.Siapa yang ajar ini semua jika tidak kuasa yang zalim di pusat dunia? Semua ini ada kena-mengena dengan kuasa yang ada di pusat.Ini sama jugalah dengan sistem pinjaman ah long di Malaysia dan amalan kapitalis dunia tajaan Amerika dan kuasa-kuasa besar yang sekular di dunia. Atas nama ketamakan untuk menguasai petrol negeri yang bersempadanan dengan Rusia bertujuan untuk untuk menjadikan Afghanistan negeri penampan (buffer state), negara umat Islam itu telah dibedil dan dimusnahkan untuk dijajah tanpa sedikit pun perasaan persaudaraan, kemanusiaan, belas kasihan dan kasih sayang. Kalau iya nak tiru Amerika sekalipun, Umno malulah sedikit kepada semangat dan ikatan federalisme yang sama-sama kita bina melalui perjanjian persekutuan yang kukuh itu.
Perangai mengepung ekonomi kerajaan Islam ini bukan perkara baru. Ia boleh kita lihat dalam surat Al-Munafiquun ayat 7, maksudnya: "Mereka orang-orang (munafiquun) yang mengatakan (kepada orang-orang Anshar): 'janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (muhajiriin) yang ada di sisi Rasulullah s.a.w. supaya mereka (kumpulan) terbubar (meninggalkan Rasulullah). Padahal kepunyaan Allahlah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami."Amalan ini pernah dilakukan oleh Abdullah bin Ubai terhadap Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang bersama baginda. Pemimpin Umno nampaknya tidak pernah serik membuat diskriminasi.Dalam keadaan dia menindas Kelantan selama ini, tidakkah dia sedar bahawa yang jatuh ialah Selangor dan Perak yang kaya sedangkan Kelantan semakin teguh?Jika dalam pilihan raya umum 2004 PAS hanya mendapat 23 kerusi di Kelantan, kesan amalan penindasan Umno telah menjadikan kerusi yang dikuasai PAS pada tahun 2008 bertambah dari 23 kerusi kepada 39 kerusi.Sepanjang pemerhatian saya, Umno ini hanya parti pak turut yang hanya taat kepada penjajah. Umno cuma meneruskan dasar-dasar Inggeris. Sebaliknya, kita di Kelantan sentiasa melakukan muhasabah, menilai dan mengubah amalan-amalan Inggeris lama dengan diperbaharui supaya semuanya berada dalam keadaan yang sentiasa disemak agar selaras dengan kehendak Islam baik dari segi pembangunan kebendaan atau kerohanian.Ini yang menarik minat dan perhatian rakyat. Kita ada dasar mengenai ubudiyyah misalnya, yakni kesedaran tentang pengabdian mutlak kepada Allah SWT semata-mata.Kita ada itqan yakni kesedaran mengenai mutu dan kerja yang berkualiti dalam segenap segi.Kita juga ada mas'uliyah yakni prinsip pertanggungjawaban supaya apa saja yang kita cakap dan kita lakukan hendaklah serupa dengan apa yang kita mahu jawab di hadapan Allah SWT diakhirat kelak.
Bersifat adil dalam konteks memberi layanan kepada masyarakat berbilang bangsa pula, kita perkenalkan skim Kifaalah, Ladang Rakyat, masjid tiga budaya di Rantau Panjang dan pelbagai projek pembangunan sosio-ekonomi tanpa mengira perbezaan bangsa, bahasa, agama dan keturunan.Umno sebenarnya sudah ketandusan moral. Selagi Umno menolak agama dari komponen pembangunan maka selama itulah dia tidak berjumpa dengan rahmat.Menolak Islam samalah seperti mengakui Islam itu ada kecacatan. Ini boleh terbawa-bawa pula untuk mempercayai bahawa risalah yang dibawa Nabi s.a.w. juga adalah cacat dan Jibrail juga cacat.Logiknya, Allah SWT juga akan turut dikira cacat. Maha Suci Allah, wal iya zubillah. Ini satu perkara yang cukup berbahaya.Kembali kepada isu royalti, saya tidak rela rakyat Kelantan dihina apabila seolah-olah kita terpaksa menagih belah ihsan dari sedekah orang lain sedangkan minyak dan gas itu adalah milik kita.Kita mahu suap rezeki rakyat kita dalam keadaan bermaruah. Kita tidak mahu diajar untuk menyembah orang. Kita mahu bebas dari berabdi sesama manusia. Tiada yang lain yang kita mahu melainkan kita hanya mahu memuja dan memuji Allah SWT semata-mata.
PAS Sanggup Hilang Kerusi Parlimen Demi Disiplin Parti

Oleh: admin_ann"


Marang, 15 Nov – Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) sentiasa menitikberatkan soal prinsip dan moral parti. Dalam sejarah PAS, Jawatankuasa Disiplin parti pernah memecat ahli PAS yang juga Ahli Parlimen PAS pada ketika itu atas kesalahan moral.Peristiwa itu berlaku pada tahun 1969 apabila media mendedahkan gambar seorang Ahli Parlimen PAS sedang menari dan berjoget. Hadi menegaskan bahawa itu bukan cara PAS. Maka sebab itulah Jawatankuasa Disiplin parti telah mengambil tindakan memecat ahli parlimen tersebut daripada PAS walaupun PAS terpaksa kehilangan satu kerusi parlimen.Inilah beza di antara Pas dan UMNO kata Hadi lagi. “Sekiranya ahli PAS buat maksiat yang besar, Jawatankuasa Disiplin juga boleh pecat. Saya rasa ini tidak ada dalam UMNO, tidak ada dalam parti Barisan Nasional sebab tu dalam Barisan Nasional dia buat maksiat macam mana pun, tidak boleh pecat. Itu beza kita dengan Barisan Nasional.”
Di dalam majlis yang sama di Marang, Trengganu, ketika ditanya mengenai hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Hadi menyatakan bahawa hubungan mereka berdua adalah sangat baik. “Bagai isi dengan kuku”, kata beliau. Dan beliau amat berpuas hati kerana telah berjaya menangani masalah dalaman parti dengan sebaik-baiknya.
Bagi Hadi, seminar politik yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini telah berjaya menyatukan pimpinan PAS. Masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya, ujar beliau. Suasana sedemikian tidak wujud di dalam Barisan Nasional. Beliau memberi contoh masalah yang sedang berlaku di dalam MCA, sehingga hari ini ianya tidak dapat diselesaikan. “Di dalam PAS, kita berbeza pendapat, itu biasa. Tetapi kita bersatu dan kita bertolak ansur”, kata beliau. – ANN

GOMBAK, 18 Nov: Hari ini merupakan kejayaan moral pertama buat Bekat Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd Azri Zainul Abidin apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak menolak permohonan pihak pendakwaraya untuk membawa kes beliau ke Mahkamah Tinggi.Dalam pendengaran kes itu hari ini, Hakim Wan Mahyudin Wan Mohammad menyatakan bahawa alasan-alasan pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut adalah tidak munasabah.Pendakwaraya dalam penghujahan mereka sebelum itu telah memberi alasan bahawa kes ini wajar dibicarakan di mahkamah tinggi di hadapan seorang hakim yang berpengalaman dan kes ini juga telah menjadi terkenal disebabkan hebahan media masa.Peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri, Jamal Lokman Sulaiman dalam penghujahannya pula memberitahu permohonan dan alasan pihak pendakwaraya tersebut seolah-olah dianggap menghina hakim dan mahkamah rendah syariah sebagai tidak berpengalaman.Seorang lagi peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri adalah Kamal Aniah Kamarulzaman.Permohonan memindahkan kes tersebut diserah pihak pendakwaraya hanya 10 minit sebelum perbicaraan hari ini bermula.Dalam Pada itu, Dr. Mohd Asri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah.
Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.Bekas mufti Perlis itu ditangkap di sebuah banglo di Hulu Kelang tengah malam 1 November lalu berhubung siasatan bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau kesalahan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.Hadir sama memberi sokongan pada perbicaraan hari ini bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin, anak bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir dan selebriti Azwan Ali.

Tuesday, November 3, 2009

Penagkapan Dr Mohd Asri: Mengapa babitkan Dr Hassan Ali


"ISU penangkapan yang melibatkan Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah rumah di Taman Seri Ukay, Ulu Kelang telah menjadi satu isu yang cuba di rungkai melalui pandangan politik oleh sesetengah pihak.Oleh kerana itu beberapa blog-blog telah mula memainkan isu ini hingga menjadi ke peringkat fitnah. Kita boleh melihat blog malaysiawave yang dikendalikan oleh Tulang Besi atau nama sebenarnya Rahman Talib atau Rahman Panjang telah cuba mengaitkan isu ini dengan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Hassan Ali kononnya ini adalah kerana Hal Ehwal Agama adalah di bawah bidang kuasa beliau.Kita sepatutnya lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar, yang mengatakan bahawa Jais memiliki kuasa yang bebas dari kengkangan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan Enekmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Adakah penangkapan ini adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan lagi nama baik Dr Hassan ataupun penangkapan Dr Mohd Asri ini adalah kerana tugas yang diamanahkan kepada Jais.
Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim telah meminta supaya Jais memberi penjelasan yang munasabah kepada orang awam berkenaan dengan isu tersebut. jadi dalam hal ini biarlah Jais yang menyelesaikan masalah ini dan kita tunggulah apakah keputusannya.Tindakan menuduh Dr Hassan Ali terbabit dalam isu ini adalah satu tuduhan yang dangkal. Bukannya saya mahu mebela beliau tetapi tuduhan tanpa bukti dan kemudiannya cuba dicetuskan oleh blogger yang tiada kredebaliti dan kurang dipercayai sumber beritanya adalah satu dosa yang besar. Bloger yang kononnya adalah orang yang cuba memperjuangkan agama Allah tetapi sentiasa menjadikan blog mereka sebagai medan untuk bergaduh sesama sendiri sehingga mengeluarkan tulisan-tulisan maki hamun, mencarut dan berbagai-bagai perkataan yang kurang sopan.Adakah kita suka perkara ini terus berlaku dalam dunia maya ini? Sepatutnya kita mengambil kesempatan dari dari sini untuk menjalankan dakwah dan merapatkan lagi saf sesama Islam. Jika dalam perang pun kita mempunyai adab cara berperang inikan pula dalam menyampaikan dakwah kepada sesama Islam.
Kekadang kita merasa jijik melihat tulisan komen daripada pembaca blog yang memaki hamun sesama sendiri. Inikah akhlak orang yang konon mengaku nak memperjuangkan Islam. Tindakan menuding jari kepada orang yang dituduh juga adalah satu perbuatan yang tergesa-gesa. Adakah mereka ini tidak malu dengan perbuatan mereka. Adakah mereka tidak memikirkan akibatnya nanti apabila berhadapan dengan Allah.Kita sepatutnya menerima ketetapan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat khas yang diadakan oleh pucuk pimpinan. Kita juga sepatutnya tidak mempertikaikan apa jua keputusan yag telah ditetapkan. Kita janganlah menjadi masalah kepada parti untuk mencari penyelesaian dalam setiap isu. Kita berilah kepercayaan kepada jawatan kuasa disiplin parti yang diketuai oleh Naib Presiden, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dalam menangani isu ini.
Kita janganlah asyik menyalak di luar jika kita mahu parti kita dan Pakatan Rakyat dapat bersatu dalam apa jua hal. Jauhkanlah dari perasaan hasad dengki sesama saudara seperjuangan. Jika ada masalah sepatutnya kita bemesyuarah dan bukan menghasut dan memfitnah. Jauhkanlah dari bermain politik sesama rakan seperjuangan kerana ini kurang sihat untuk parti. Berjuanglah dengan ikhlas dan berjuanglah kerana Allah. Janganlah mempercayai berita yang sumbernya diragui. Siasatlah terlebih dahulu kerana sekarang ini banyak anasir-anasir luar yang mahu menggangu-gugat keamanan dalam parti kita dan Pakatan Rakyat khususnya."

Wednesday, October 21, 2009

Rundingan Dapatkan Royalti Petroleum

BUAT pertama kalinya semalam Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra telah berangkat merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. Upacara perasmian semalam merupakan tugas pertama seumpamanya oleh baginda sebagai Pemangku Raja.Sudah pasti keberangkatan baginda ditunggu oleh semua lapisan rakyat negeri Kelantan. Tengku Faris yang sebelum ini sudah dikagumi kerana sikap prihatin dan kepedulian baginda yang tinggi kepada rakyat.Baginda tidak segan dan canggung turun sendiri ke bawah menemui rakyat, mengauli rakyat untuk mengetahui masalah rakyat dari dekat. Sudah banyak masalah rakyat yang tidak dapat diselesaikan dapat diselesaikan baginda atau selesai setelah baginda bertitah dan mengambil tahu mengenainya.Ini menunjukkan suara dan titah baginda dihormati dan didengari oleh semua pihak. Semua itu disokong oleh sifat baginda yang sedarhana, tidak berlagak dan memisahkan kehidupan di istana dengan kehidupan di luar.
Sikap dan pembawaan baginda yang berjiwa rakyat inilah menyebabkan kini baginda disayangi dan budi bagainda disebut-sebut rakyat di mana saja. Kehadirian baginda di tengah masyarakat umpama berlabuhnya kejora di padang hitam.
Semalam semasa bertitah merasmi persidangan DUN, sekali lagi baginda menunjukkan komitmen dan keperihatian baginda kepada pembangunan Kelantan demi untuk kesejahteraan rakyat baginda seluruhnya.Semalam baginda menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti Petroleum seperti mana yang termaktub dalam perjanjian antara kerajaan negeri dan Petronas pada tahun 1995.Sokongan dan restu baginda itu sudah tentu memberi semangat kepada kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, timbalannya Ahmad Yaacob dan Exco lain untuk menuntut hak rakyat Kelantan itu. Sehubungan itu adalah tepat kalau Menteri Besar menyegerakan perkara berkenaan.Dalam perkara ini, MB hendaklah menggerakkan semula jawatan kuasa bersama – kerajaan Kelantan dan Persekutuan berhubung perkara itu. Tuntutan seperti mana digesa oleh Pemanku Raja itu bukan boleh dibuat bersendirian atau diserahkan untuk diuruskan oleh seorang Exco saja.Perkara yang berat dan besar hendaklah dipikul bersama dan jangan ada orang yang cuba memandai-mandai dan hendak menunjukkan hebat apa lagi menjual diri untuk kepentingan politik.Jawatankuasa bersama perlu diaktifkan. Dan jawatan kuasa ini perlu diberikan mandat oleh kerajaan negeri untuk berunding dengan Petronas.Sebolehnya perkara ini disegerakan. Tuntutan itu mungkin boleh dimulakan dengan ada rundingan rasmi antara kedua pihak. Jawatankuasa berkenaan yang disertai beberapa pegawai tertinggi kerajaan dan Exco boleh membuat temu janji untuk berbincang dengan Perana Menteri, Mohd Najib Razak.Adalah diyakini kalau tututan itu secara perundingan dan bukannya dengan desakan fizikal, seperti mengadakan tunjuk perasaan, serangan dalam cermah, sengaja tunjuk pandai, insyAllah ia terbuka pintuk hati kerajaan persekutuan untuk melunasi apa yang digesa oleh Pemangku Raja itu. Dan pihak kerajaan juga tidak perlu merasa gusar berhubung itu kerana tuntutan itu sudah mendapat restu daripada baginda Pemangku Raja. [wm.kl. 10:45 am 21/10/09]

Tuesday, October 20, 2009

Makkal Sakti tidak jejas Kelab Penyokong PAS

KUALA LUMPUR, 20 Okt: PAS tidak melihat penubuhan parti serpihan kaum India yang baru, Makkal Sakti memberi ancaman besar terhadap Kelab Penyokong PAS (KPP) yang dipelopori parti Islam itu sejak dua tahun dahulu. Malah menjangkakan ianya tidak kekal lama dan bakal senasib parti serpihan kaum india yang lain seperti Parti Progresif Rakyat (PPP), dan Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF). Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasioanal PAS, Dr. Mujahid Yusuf Rawa berkata, Pas lebih melihat pnubuhan parti baru itu untuk jangka masa panjang, di mana parti yang ditubuhkan atas dasar protes dan kecewa tidak akan kekal lama. "Tidaklah sebesar mana untuk dianggap sebagai ancaman, kita lihat jangka masa panjang, selalunya parti yang ditubuhkan kerana tak setuju khususnya dari kaum India ini tak kekal lama. Tengok PPP berpecah, IPF hampir tak ada. Saya Yakin Makkal Sakti akan temui jalan yang sama," katanya ketika ditemui di lobi parlimen semalam.
Mengulas penubuhan parti itu juga, Mujahid berkata BN sengaja mengatur strategi untuk memadam semangat masyarakat India yang nyata menolak parti berasaskan perkauman samada MIC, IPF ataupun PPP. Justeru itu, BN terpaksa mencipta parti baru untuk mengembelengkan tenaga masyarakat India agar memberikan kepercayaan kepada parti baru kononnya hasil perjuangan rakyat akar umbi untuk menggantikan parti perkauman India lainnya. Tetapi Mujahid juga tidak menolak kemungkinan ada di kalangan ahli biasa KPP akan menyertai parti itu memandangkan KPP hanya sebuah organisasi yang bernaung di bawah sebuah lajnah dalam PAS. Namun beliau memberi jaminan KPP tidak akan terjejas memandangkan kepimpinan tertinggi KPP dan aktivis kelab itu masih bersama PAS. "Saya tiada maklumat, mungkin sebahagian dari ahli kita (KPP) akan menyertai parti itu (Makkal Sakti), itu hak demokrasi ahli, tetapi saya memberi jaminan pimpinan dan aktivis KPP belum dengar lagi ada yang terlibat dengan Makkal Sakti," katanya lagi.
Beliau juga memberitahu penubuhan parti baru itu juga sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan terhadap ahli kelab tersebut. Bagaimanapun menurut beliau, Pimpinan KPP telahpun memtuskan supaya ahli mereka tidak boleh mempunyai dua keahlian dalam satu masa. Menurutnya, ahli KPP pada waktu ini hanya diikat berdasarkan ideologi dan keyakinan mereka sendiri terhadap PAS. Beliau turut mengakui masih belum ada sesuatu yang boleh mengikat ahli kelab ini untuk terus bersama PAS selain daripada menyegerakan penyerapan KPP sebagai sayap PAS berbanding hanya berada dibawah lajnah pada masa ini. Difahamkan jawatankuasa teknikal yang ditugaskan berhubung perkara ini telah selesai menyiapkan draf mereka dan akan dibentangkan dalam masa terdekat. "Kita kena segerakan KPP menjadi satu struktur berpelembagaan dalam PAS, diiktiraf dan ada keahlian. Ini akan memberi lebih keterikatan dan kawalan kepada ahli," katanya. 10 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib melancarkan parti baru itu dan besedia memberi RM30 juta bagi mengembangkan parti itu. Bagaimanapun Najib menafikan penubuhan Makkal Sakti itu bagi menggantikan MIC. _
Mohamad Sabu ketuai post mortem PAS

KUALA LUMPUR, 20 Okt: PAS telah melantik AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu untuk mengetuai satu jawatankuasa kajisiasat (post mortem) kenapa calonnya kalah teruk dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Mohamad dilantik berdasarkan beliau tidak terlibat secara langsung dalam jentera pilihan raya kecil tersebut. Mustafa memberitahu perkara ini ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang semalam. Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar kalah kepada calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad dalam pilihan raya itu dengan majoriti 5, 435 undi berbanding hanya 2,333 undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu. Mustafa dalam pertemuan yang sama menjelaskan pandangannya dengan terperinci kenapa PAS kalah dalam pilihan raya ini. "Punca utama adalah undi pos yang tidak telus...bukan pilihan raya ini sahaja, proses pengundian undi pos di mana-mana sahaja dalam negara ini tidak telus.
"Bagi saya, inilah punca utama kemenangan besar Umno," kata beliau yang berada di Bagan Pinang sejak sebelum hari penamaan calon lagi. Selain Bagan Pinang, Barisan Nasional (BN) khasnya Umno sudah dikira menang di mana-mana sahaja kawasan Dun yang mempunyai undi pos melebihi 5,000. "Selain Bagan Pinang, Umno sentiasa menang di Dun Pangkor (kawasan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir) yang mempunyai 12,000 undi pos dan Sungai Udang yang mempunyai 10,000 undi pos," beritahu Mustafa. Oleh itu, beliau berpendapat, undi pos perlu dikaji semula bukan kerana dengki kepada Umno tetapi supaya negara ini dilihat mempunyai sistem pilihan raya yang telus. "Saya cadangkan, undi pos dikekalkan kepada pelajar dan diplomat yang berada di luar negara serta petugas SPR sahaja...yang lain undi biasa. "Pusat pengundian boleh dibuat di luar pagar kem pun tidak apa, asalkan parti-parti yang bertanding boleh menyaksikan dengan telus proses pilihan raya berjalan," katanya.
Selain faktor undi pos, Mustafa yang juga bekas Pengarah Pilihan raya PAS sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung berpendapat, faktor kelemahan PAS dan Pakatan Rakyat sendiri di Bagan Pinang juga menjadi faktor. "Bayangkan PAS hanya mempunyai 100 ahli sahaja di sini dengan hanya dua cawangan sedangkan Umno ada 30 cawangan di sini," katanya. Namun begitu, beliau menolak, masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di Selangor sebagai satu punca utama undi PAS merosot di kalangan orang Cina. "Kalau isu itu memberikan kesan, sepatutnya ia memberi kesan di Permatang Pasir lagi kerana isu di Selangor meletup menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir...kenapa di sana tidak?" soal beliau. Untuk undi kaum India pula, Mustafa berpendapat, antara puncanya adalah kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menembusinya kerana dikawal ketat termasuk oleh gengster. Di samping itu, curahan wang dan benda untuk mereka juga memihak kepada BN di samping kelemahan perkhidmatan para wakil rakyat Pakatan Rakyat sebelum ini. Namun beliau percaya, pilihan raya kecil ini bukan satu batu asas (bechmark) kepada pergerakan politik di negara ini kerana ia bukan satu neraca yang tepat untuk melihat politik Malaysia secara keseluruhannya.

Friday, October 2, 2009


Pilihan Raya Kecil: Isa dicalonkan:BN sekadar mahu menang

Oleh Lim Hong Siang
Keputusan UMNO-BN meletakkan Isa Abdul Samad sebagai calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan dilihat sebagai strategi untuk memastikan kemenangan di genggaman BN. Walaupun UMNO-BN berdepan dengan dilema ketika membuat pilihan, namun terpaksa akur kepada desakan penyokong bekas Menteri Besar ini.Media cetak bahasa Cina masing-masing menganggap bahawa kelebihan memihak kepada UMNO-BN, setelah gagal mengecapi kemenangan dalam tujuh PRK selepas PRU ke-12 di Semenanjung Malaysia. Namun, kelebihan ini datang dengan risiko dan tekanan. Seandainya kubu UMNO-BN ditembusi kali ini, maka ia akan mencetus krisis kepada regim ini.
Kwong Wah Yit Poh
Lidah pengarang Kwong Wah Yit Poh pada 1 Oktober memetik kenyataan pemimpin veteran UMNO seperti Mahathir dan Tengku Razaleigh untuk mengolah faktor yang menghantui Isa Samad. Malah, Kwong Wah Yit Poh berkata bahawa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pernah menyatakan bahawa calon yang tercalar imej moralnya harus dielakkan, lantaran iktibar yang diperolehi selepas kecundang dalam PRK Permatang Pasir.Namun, Lidah Pengarang ini mengakui bahawa tiada calon yang setanding dengan Isa Samad yang sudah lama berakar umbi di Teluk Kemang. Malah, apabila penyokong tampil menyatakan hanya Isa pilihan mereka, maka BN tidak berani mengingkari suara rakyat, dan terpaksa mengakur kepada realiti.Demi kepentingan parti UMNO dan BN, maka etika politik diketepikan, dan mustahil untuk melarang Isa daripada kembali ke gelanggang. Lidah pengarang menyimpulkan bahawa ini merupakan peluang terakhir buat Isa Samad untuk kembali semula ke arus perdana politik UMNO.

Oriental Daily
Oriental Daily pada 30 September menyiarkan analisa Lum Chih Feng, yang meramalkan bahawa pencalonan Isa Samad semestinya mengundang kritikan pembangkang seperti "ketandusan calon". Tetapi, Lum berpendapat andaian bahawa permainan isu ini secara berlebihan bakal memberi kesan hanyalah tanggapan PR semata-mata, kerana apa yang dirasai pengundi tempatan mungkin membeza.Pada 1 Oktober, Lum menggariskan angka 2,333 sebagai "KPI" untuk BN. 2,333 undi majoriti telah diperolehi UMNO-BN dalam PRU ke-12 di kawasan yang sama. Oleh itu, seandainya undi majoriti yang diperolehi Isa Samad kali ini lebih rendah dari 2,333, ia bukan sahaja memberi kesan terhadap Najib dan BN, malah pengaruh Isa juga tidak sehebat yang disangkakan.Lum menyimpulkan bahawa tekanan kini berada di pihak Isa, dan bukannya dari calon PAS, Zulkifli Omar.
China Press
China Press pada 1 Oktober menyiarkan kenyataan media MCA Negeri Sembilan, yang menyatakan sokongan terhadap Isa Samad. MCA Negeri Sembilan menyenaraikan lima faktor, iaitu berpengalaman, membangunkan negeri semasa menjawat Menteri Besar, mesra rakyat, orang tempatan dan disenangi ketiga-tiga kaum terbesar.
Sinchew Daily

Sinchew Daily pada 1 Oktober menyiarkan analisa Lim Sue Goan, yang meramalkan kemungkinan BN untuk menang kali ini, setelah kekalahan yang berturut-turut.Lim Sue Goan menyatakan makna di sebalik PRK ini, seandainya PR berjaya mengurangkan majoriti undi UMNO-BN kali ini. Pertama, ini merupakan PRK pertama di selatan Semenanjung Malaysia, untuk menguji kekuatan PR di selatan Selangor dan Kuala Lumpur.Keduanya, PAS hanya berkubu di negeri majoriti Melayu (Malay-heartland), seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Namun, PAS gagal menembusi negeri yang "lebih majmuk".Ketiganya, PRK ini sebagai ujian terhadap kerjasama antara DAP dan PAS, terutamanya selepas beberapa konflik yang berlaku baru-baru ini.Selain itu, Tay Tian Yan pula mengetengahkan pandangannya dalam kolum melalui satu peristiwa yang berlaku dalam sejarah Amerika Syarikat. Ketika Bill Clinton bertanding untuk jawatan Presiden pada tahun 1992, beliau mengemukakan idea "Demokrat Baru" (New Democrats) sebagai idea untuk membina semula Democratic Party.Pasukan "think tank" Clinton lebih cenderung untuk mencarikan seorang calon yang langsung berbeza dari latar belakang Clinton, misalnya usia yang lebih lanjut, berasal dari kawasan Utara dan demokrat yang lebih "tradisional", untuk digandingkan dengan Clinton.Tetapi, Clinton menongkah arus dan memilih Al-Gore yang juga berasal dari kawasan Selatan, lebih muda dan mendukung idealisme untuk reformasi. Apabila ditanya sebabnya, Clinton menjawab, "I could die"(saya mungkin mati).
Apa yang dimaksud adalah, seandainya Clinton meninggal dunia dalam tempohnya, maka penggantinya ialah Timbalannya. Seandainya Clinton digantikan seorang yang "tradisional", maka Democratic Party akan kembali ke jalan lamanya; langkah "reformasi" akan menemui jalan buntu di situ.Sebaliknya, seandainya orang yang dinaikkan itu ialah orang muda yang berkongsi idealisme yang sama dengan Clinton, maka beliau akan meneruskan langkah reformasi yang dianjurkan Clinton. Dengan kata lain, kemenangan pilihan raya bersifat sementara, tetapi perubahan dan reformasi adalah sesuatu yang berpanjangan.Tulisan Tay berakhir dengan maksud yang berlapik, "pengamal politik di Timur walaupun masak dengan cara permainan pilihan raya, tetapi mengabaikan intipati yang terkandung dalamnya."*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 30 September dan 1 Oktober, berkisar pada pemilihan Isa Abdul Samad sebagai calon BN di PRK Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Wednesday, September 30, 2009


1. Tahniah ... Dewan Pemuda PAS Pusat ucapkan selamat berjuang dengan penuh taqwa dan memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi kepada Tuan Hj. Zulkefli Mohd Omar Pesuruhjaya PAS Negeri 9 yang diamanahkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat .

2. Bakal berhadapan dengan calon UMNO dan BN dalam pilihanraya kecil N.31 Bagan Pinang bermula 3 hb Oktober ini dan penentuannya pada 11 Oktober kelak .

3. Cabaran kini agak sengit dengan adanya jumlah undi pos yang hampir mencecah angka 5000 . Namun bagi kami pemuda menghadapi realiti ini dengan semangat juang yang tinggi dan optimis untuk sekali lagi membawa pulang tropi kemenangan insyaallah .

4. Kesukaran dan cabaran yang semakin sengit menjadikan pemuda lebih proaktif dan progresif . Kami bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dan telah siap menggerakkan strategi mencongak kemenangan berganda di Bagan Pinang .

5. Buat pertama kalinya Jentera Pilihanraya Pemuda PAS menubuhkan skuad khas untuk menangani undi pos yang diketuai oleh sdr Suhaizan kaiat Ketua Penerangan DPPP . Pelbagai startegi dan taktikal telah diambil dan kita yakin Pakatan Rakyat mampu menang lagi dalam pilihanraya kecil kali ini .

6. Justeru itu , tanpa mengabaikan segala aktiviti dan agenda perjuangan yang telah ditetapkan , semua pemuda diharap memberikan komitmen tinggi dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi guna mengulangi kecemerlangan yang telah dilakar .

7. Kemenangan PAS mewakili Pakatan Rakyat kali ini adalah sangat penting untuk membetul arah laluan Pakatan Rakyat menuju garis destinasi sebagai sebuah Kerajaan Menanti . Namun janganlah pula dipengaruhi oleh bisikan syaithan yang membuatkan kita over confident lalu bertindak sambil lewa .

8. Kepada yang mampu turun bertugas , hadhirlah dengan segala keupayaan tenaga yang bersisa untuk menggarap aktiviti dan mengolah strategi memburu kemenangan bersama petunjuk Allah swt . Mereka yang diberi kelebihan wang ringgit , hulurkan lah sebanyak yang boleh untuk membiayai gerakkerja dakwah dan bahan - bahannya . Ianya boleh disalurkan terus kepada Bendahari DPPP saudara Adram Musa [ 013 384 5555 ] .

9. Tanpa lupa doa dan munajat untuk mengundang Nusrah Allah swt agar kemenangan yang diperkaya dengan petunjuk Allah swt berjaya dirangkul .

10. Selamat berjuang Hj. Zul , semoga Allah swt bersama saudara memberi pedoman dan kekuatan diri mengharung medan yang getir guna membawa pulang harapan rakyat yang menanti sejak 50 tahun yang lalu . Dewan Pemuda PAS akan memberikan komitmen yang tinggi . Siiru A'la Barakatillah !

Bagan Pinang bukan kubu UMNO dan BN , justeru itu tiada sebab UMNO dan BN tidak boleh ditumpaskan .

Monday, September 28, 2009

Alhamdulillah, PAS menang pusingan pertama di Bagan Pinang

Oleh : Penulis Tamu
Walapun Pilahanraya Kecil Bagan Pinang belum bermula secara sah, nampaknya PAS telah menang dalam pusingan pertama ataupun Pra-PRK Bagan Pinang. Ia berdasarkan kepada isu calon Umno yang bakal menjadi barah kepada Umno/Bn nanti. Rakyat sudah tahu bahawa Umno tidak menemui bakal calon yang betul-betul boleh memenangan parti mereka di situ. Pastinya proses lobi – melobi sedang hangat berjalan mengikut kem masing-masing untuk meletakkan calon yang mereka senangiSejak dari hari kematian wakil rakyat Umno/Bn di Bagan Pinang lalu sehingga ke tarikh artikel ini ditulis, Umno terus bergelut dengan isu calon yang bakal mereka tampilkan sehingga menyeret mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohammad campur tangan memberi pandangan secara terbuka berhubung isu calon tersebut. Antara pihak lain yang begitu beriya-iya bercakap soal calon di situ ialah Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Hassan Ahmad.
Pengalaman pahit Umno kalah di Permatang Pasir kerana disebabkan meletakkan calon yang tidak bermoral, maka kini semuanya bercakap supaya Umno meletakkan calon yang bersih – tidak rasuah ataupun telah disabitkan dengan rasuah. Soalnya ialah, adakah Umno masih memiliki calon yang bersih dikalangan barisan kepimpinan mereka kecuali saki baki ahli-ahli di peringkat akar umbi yang dijadikan kuda tunggangan mereka semata-mata. Reaksi dan sokongan begitu kuat terhadap Datuk Mohd Isa Samad, juga Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang (di mana kawasan DUN Bagan Pinang) berada di dalamnya cuba disekat oleh mereka tertentu supaya terpilih sebagai calon Umno dalam PRK Bagan Pinang nanti. Umno Bahagian Teluk Kemang hanya yakin hanya Isa Samad saja yang layak serta mampu berdepan dengan calon PAS di situ kerana hubungan rapatnya dengan rakyat tempatan.Ini bermakna Umno akan menghadapi masalah besar kerana terpaksa membuat keputusan samada mahu menerima pandangan dan kehendak akar umbi Umno di situ ataupun sebaliknya. Apapun keputusan yang bakal di ambil nanti, Umno tetap berada di dalam masalah yang menyukarkan mereka untuk memberi fokus dalam PRK tersebut. Umno kini ibarat, telan mati emak, luah mati bapak.Jika Isa Samad menjadi calon, ia bermakna Umno redha kepada calon korup yang kini parti tersebut cuba membersihkannnya, sebaliknya jika calon lain yang dipilih Umno bakal menghadapi protes dalaman yang pastinya menguntungkan PAS. Oleh itu, apa yang terbaik buat Umno masa kini ialah menghayati kata-kata Presiden baru Umno ketika mengulas isu PRK Penanti iaitu PRK hanya membuang masa saja. Jadi inilah masanya Umno membuktikan bahawa kata-kata Presidennya dihayati kerana kemenganan PAS di Bagan Pinang tidak sama sekali akan menjatuhkan kerajaan Umno/Bn Negeri Sembilan.
Jika perkara ini dapat dilakukan, pastinya pekung dan masalah dalaman Umno yang kini kian membarah dapat dikawal dengan lebih sempurna.Oleh itu, masalah dalaman Umno memilih calon mereka yang bersih di situ telah memberi kemenangan pusingan pertama kepada PAS buat masa kini. Apa yang PAS perlu lakukan sekarang ialah merangka strategi mendekati pengundi supaya ketakutan Umno kepada kuasa rakyat tersebut dapat dihalakan kepada Umno di situ Jika di Kuala Terengganu, PAS boleh merampas kerusi dari Umno dalam PRK yang diadakan awal tahun ini, tidaklah mustahil Bagan Pinang bakal dimenangi oleh PAS di situ.


Takbir…. Selamat Bertugas
Pilihan Raya Kecil: Bagan Pinang: Umno cari kiblat moral, PAS cari calon MB

oleh Adib Zalkapli
Ketika para pemimpin Umno di Teluk Kemang dan di pusat sedang dilihat berbeza pendapat tentang calon pilihan raya kecil Bagan Pinang, PAS juga berhadapan dengan dilema pemilihan calonnya. Bagi Umno pemilihan bekas Menteri Besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjanjikan kemenangan mudah di Bagan Pinang, tetapi memberikan implikasi besar di peringkat nasional seperti yang telah dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, kerana rekod salah laku ketua bahagian Umno Teluk Kemang itu.PAS pula yang dijangka tewas di kawasan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan itu pula berhadapan dengan pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam pertimbangan politik sebelum memilih calonnya.Negeri Sembilan dilihat para pendukung Pakatan Rakyat (PR) sebagai negeri keenam yang akan ditawan mereka.
Barisan Nasional (BN) kini memerintah tanpa majoriti dua pertiga buat kali pertama selepas memenangi hanya 21 daripada 36 kerusi negeri pada pilihan raya umum lalu.DAP menang 10, sementara PKR 4 dan PAS hanya mendapat satu walaupun bertanding 13 kerusi — terbanyak antara tiga parti PR.Maka Bagan Pinang menjadi medan untuk PAS — yang dalam semua pilihan raya kecil sebelum ini menunjukkan kehebatan jenteranya — membuktikan bahawa parti itu yang paling layak mengepalai PR di Negeri Sembilan dan mempunyai bakat-bakat yang boleh diketengahkan untuk kepimpinan negeri dan menjadi menteri besar.DAP walaupun sudah tentu akan mendominasi pentadbiran Negeri Sembilan jika PR mengambil alih, belum tentu dapat menawarkan calon menteri besar kerana perlembagaan negeri itu juga meletakkan syarat jawatan itu hanya untuk orang Melayu dan Islam kecuali dikehendaki sebaliknya oleh Yang DiPertuan Besar.PAS Negeri Sembilan telah mencadangkan tiga nama kepada jawatankuasa pusat — pengerusi negeri Zulkefli Omar, ketua PAS Teluk Kemang Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri Kassim Tahir.
Ramli adalah seorang pesara tentera yang pernah berkhidmat di Port Dickson sehingga tahun 1990 dan pengaruhnya diharap dapat membantu kempen PAS di Bagan Pinang yang mengandungi hampir 5,000 pengundi pos yang kebanyakannya anggota tentera.Kassim pula adalah penduduk asal Kampung Si Rusa di pesisir pantai Port Dickson dan berpengaruh di kampung sekitarnya kerana latar belakangnya sebagai guru agama dan pada usia 69 tahun, masih lagi aktif memberikan kuliah agama di kawasannya.“Jika bercakap soal calon menteri besar, maka Zulkefli Omar adalah orang yang boleh dipersiapkan, dia juga adalah ahli politik sepenuh masa,” kata ahli strategi PAS Dr Zulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider tetapi menambah soal calon menteri besar belum difikirkan oleh parti itu lagi.Zulkefli, 45, adalah seorang pemegang ijazah sarjana dan telah tewas tiga kali dalam pilihan raya sebelum ini — beliau dikatakan mempunyai peluang paling cerah menjadi calon di Bagan Pinang.Pada pilihan raya umum lalu, beliau tewas di kerusi Lenggeng dengan majoriti 1,285.Bagaimanapun di kalangan pemimpin PAS ada juga yang bimbang pencalonan Zulkefli akan membawa kesan buruk kepada parti itu.
“Tidak baik untuk parti sekiranya seorang pesuruhjaya negeri tewas dengan teruk dalam pilihan raya kecil,” kata seorang lagi pemimpin PAS yang bimbang dengan kewujudan pengundi pos yang tinggi —kira-kira 30 peratus daripada jumlah pemilih.Jawatankuasa PAS pusat akan bermesyuarat pada 29 September ini di Port Dickson untuk menetapkan nama calonnya dan pengumuman akan dibuat dalam satu ceramah pada malam itu juga.Jika Zulkefli dicalonkan, ia menjadi isyarat paling jelas bahawa parti itu sedang mempersiapkan diri untuk mentadbir Negeri Sembilan.

Wednesday, September 23, 2009



TOLAK ISA: permulaan tamatnya kerjaya ahli politik UMNO?

Sesuai dengan kapasitinya selaku Ketua Umum Umno, Tun Dr.M sekali lagi mencampuri urusan dalaman UMNO. Kali ini ISA menjadi mangsa, alasan yang diberikan oleh TDM ialah ISA terbabit dengan politik wang. Makanya sudah tentu ia tidak sesuai diturunkan selaku calon PRK DUN Bagan Pinang Oktober depan.Jika meneliti sikap yang ditunjukkan oleh TDM ini, Pimpinan UMNO seperti Ali Rustam, Khir Toyo, Khairy Jamaluddin dan ramai lagi bakal digugurkan dari senarai calon PRU-13. Kesemua mereka ini punya rekod politik wang. Nampaknya kerjaya politik mereka juga bakal berakhir, ini kerana suara TDM dianggap keramat oleh UMNO. Oleh yang demikian, sentuhan TDM dalam penentuan calon DUN Bagan Pinang adalah penentu nasib kebanyakan ahli politik UMNO. Sekiranya Presiden 'wala' dengan gesaan TDM, maka tamatlah riwayat mereka. Jika Presiden enggan melayani kerenah pengasas UMNO (baru) ini, alamatnya....kerjaya Presiden selaku Perdana Menteri bakal berdepan dengan nasib yang pernah diterima oleh Pak Lah.Alahai..