Tuduhan liwat - cubaan tutup lubang C4 buatan Rosmah?






Apa yang pasti teman rapatnya dan pengiringnya telah pun didakwa. Sehingga kini motif pembunuhannya masih menjadi tanda tanya orang ramai.Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan. Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pengendali blog Malaysia Today itu juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.Abdullah dilaporkan berkata: "Memang saya concern (dengan dakwaan Raja Petra). "Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul."Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera."Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkatkan daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen."


Siapa lagi kalau bukan Raja Petra Kamaruddin - walaupun Datuk Seri Najib Razak beberapa kali menafikannya sebelum ini.Kali ini pengendali blog Malaysia Today meningkatkan kredibiliti dakwaannya melalui satu akuan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur kelmarin - masih lagi mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Seperti artikelnya awal bulan lalu yang menyeretnya ke mahkamah, yang pernah dijawab dan dijelaskan oleh setiausaha akhbar timbalan perdana menteri, akuan bersumpah ini diberikan perhatian serius oleh pihak Najib."Kami sedang meneliti perkara ini. Akuan bersumpah itu memang membingungkan dan mengelirukan," kata setiausahanya Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus bentuk-bentuk tindakan seterusnya yang bakal diambil.Najib dan Rosmah telah berulangkali menafikan mereka ada kaitan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi itu dan menyifatkan dakwaan tersebut tidak lebih daripada perbuatan untuk "memfitnah dan mereka-reka cerita".Dalam akuan sumpahnya, Raja Petra menuduh Rosmah antara individu yang berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006.Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian.


Difahamkan seawal November 2007 lagi, sudahdilontarkan kemungkinan kenaikan harga minyak dalam mesyuarat di antara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan anggota exco kewangan kerajaan negeri dari seluruh negara.Ketika itu, Abdullah dilaporkan sudah membayangkan bahawa subsidi minyak kemungkinan akan dikurangkan atau dihapuskan bagi mengurangkan bebanan kerajaan. Justeru di kalangan penganalisis ekonomi menjangkakan harga minyak akan dinaikkan sebelum Pilihan Raya Umum ke 12, namun ia segera dinafikan kerajaan. Jika penarikan balik subsidi minyak dibuat sebelum pilihan raya, nescaya kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini, sudah lama pupus di muka bumi. Tanpa menggunakan isu kenaikan harga minyak pun, Pakatan Rakyat sudah menang di enam negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dengan 82 kerusi Parlimen, mungkin jika harga minyak dinaikkan, BN akan 'totaly wiped out' ditolak rakyat.
Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang gentleman. Beliau tidak pernah kelihatan agresif dalam mencarta serta mencaturkan kerjaya politiknya. Apatah lagi bertindak menongkah arus atau membelah badai dalam siasah.Lantaran itulah Najib sentiasa berandaian bahawa majoriti insan lain juga mungkin berwatak sepertinya - bersikap dan bertindak gentleman serta bijaksana membaca apa jua mesej yang terhurai secara bersurat atau tersirat disebalik sesuatu perkembangan siasah negara.Perwatakan Najib ini menyebabkan sebilangan besar warga UMNO mutakhir jadi resah gelisah. Mereka mahukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tampuk kepimpinan parti dan negara kepada Najib dengan seberapa segera. Tetapi, Najib pula seolah-olah terus bersuara dan bertindak mengikut rentak irama Abdullah yang nampaknya penuh muslihat berjuta rahsia.Kebelakangan ini, Najib dikatakan bertindak dan bersuara sedemikian rupa kerana beliau mengharapkan peralihan kuasa daripada Abdullah kepada dirinya dilaksanakan “mengikut adat dan tradisi” yang diwarisi oleh UMNO sejak berzaman lamanya.
gai penggantinya.” Menurut Utusan Malaysia, Abdullah memberikan jawapan seperti berikut:“Saya tidak akan memegang jawatan bertahun-tahun lamanya. Sudah tentu tidak. Saya tidak akan memegang jawatan lebih lama daripada yang sepatutnya. Saya akan bersara satu hari nanti, tetapi saya tidak akan berhenti dalam keadaan politik sekarang.”Tempoh KhususJawapan di atas membuktikan bahawa Abdullah memang belum dan mungkin tidak akan memberikan satu tempoh waktu yang khusus, jelas, khusus dan tepat, terhadap persoalan bilakah beliau akan menyerahkan tampuk kekuasaan kerajaan dan UMNO kepada Najib.Kenyataan di atas juga menggambarkan bahawa proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib tidaklah seperti yang dikatakan dicita-citakan oleh Najib - dilaksanakan “mengikut adat dan tradisi” yang diwarisi oleh UMNO sejak berzaman lamanya.Biarpun begitu, Najib tetap tenang dan tetap gentleman.



