Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!
Friday, November 28, 2008
penerbangan komersial (MAS). Ikut bersama Abdul Hadi ialah Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub bersama isteri dan Setiausaha Politiknya.Abdul Hadi selama berada di Makkah akan menjadi tetamu kerajaan Arab Saudi.Satu penerbangan bersama Abdul Hadi ialah Pengerusi Shapadu, Sharani. Sebelum menaiki pesawat kedua mereka dikatakan bersembang lama di bilik menunggu.Beberapa pemimpin Pas turut berada di lapangan terbang untuk mengucap selamat jalan kepada Abdul Hadi. Antara mereka ialah, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas, Mustapa Ali, timbalannya yang juga ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Abdul Rahim.Ikut sama menghantar Abdul Hadi ialah Yang Dipertua Pas Kawasan-Kwasan di seluruh Selangor dan Unit Amal Wilayah Persekutuan.Abdul Hadi dijangka berada di Makkah selama dua minggu dan dijangka akan turut mengadakan pertemuan tidak langsung dengan beberapa pihak dari Malaysia.Sebagai rekod Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sudah tiga hari berada di Makkah manakala Setiausaha Politik Perdana Menteri, Alwi Che Amat akan berangkat ke Makkah lusa. Wednesday, November 5, 2008
Menteri Penerangan perlu bertegas isu moral artis

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek dinasihatkan agar mengambil tindakan tegas terhadap isu moral berkaitan artis yang kerap didedahkan melalui media. Perkara tersebut disuarakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. Jelas Mazlan, kebelakangan ini tanggungjawab Kementerian Penerangan, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) serta Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dipersoalkan, seolah-olah kesalahan dan perlakuan artis dibiarkan tanpa sebarang tindakan.
Tambahnya, sungguhpun garis panduan dan pemantauan terhadap artis itu telah disediakan, tetapi pemantauan terhadapnya sangat lemah. "Skandal seks, aksi lucah, gambar seksi dan pergaulan bebas didedahkan melalui media termasuk internet dan blog. Perkahwinan selebriti serta perceraian juga mendapat liputan hebat. Tidak kurang juga penglibatan mereka dengan dadah dan aktiviti songsang seperti gay dan lesbian. "Adakah golongan artis mendapat lesen untuk berbuat apa sahaja? Kalau diimbas ketika Tan Sri Mohamed Rahmat menjadi Menteri Penerangan, menyimpan rambut panjang bagi artis pun sudah dikenakan tindakan 'gam' apatah lagi jika kesalahan yang jauh lebih serius seperti hari ini,"katanya.
Presiden Persatuan Anak Penerokan Felda Kebangsaan (Anak) ini juga menegaskan, oleh kerana golongan artis begitu popular dan menjadi idola terutama di kalangan remaja, mereka tidak boleh dibiarkan berbuat sesuka hati.
Mazlan melahirkan kebimbangan sekiranya kegiatan tidak bermoral artis menjadi ikutan ramai yang akan menyebabkan gejala sosial bertambah parah di negara ini. - mks._
Sunday, November 2, 2008
DS Anwar atau Haji Hadi layak menjadi PM ke-6?
esemuanya berbangsa Melayu dan berugama Islam. Masing-masing kesemuanya dari Parti UMNO iaitu sebuah parti sekular bersifat kebangsaan. Meskipun terdapat di dalamnya ramai dari golongan ahli ugama, termasuk yang digelar ulamak, namun tidak seorang pun yang mampu mengubah dasar UMNO daripada dasar kebangsaannya.Malahan kesemua daripada Perdana Menteri yang telah dan sedang berkuasa tidak langsung mencerminkan pemimpin yang berjiwa Islam. Mereka gagal membentuk sakhsiah diri mereka, isteri dan keluarga mereka untuk menjiwai Islam. Mereka bukan sahaja gagal untuk memartabatkan Islam sebagai dasar pemerintahan, bahkan untuk melaksanakan hukum Islam terhadap diri sendiri dan keluarga mereka pun mereka tidak mampu.Sampai bilakah kita akan mendapat seorang Perdana Menteri yang sekurang-kurangnya telah menunjukkan peribadi dan teladan yang baik kepada rakyat. Kini 2 pegawai UTK yg dtuduh membunuh Altantuya itu atas arahan Siapa?
Oleh Reformis Muda

