PAS Kesal Pos Malaysia Mahu Dijual selepas Kerajaan BN Menyebabkannya Rugi
 Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Kerajaan BN mengambil sikap lepas tangan serta mengarahkan Khazanah Nasional Bhd menjual pegangan sahamnya sebanyak 32.2 peratus dalam Pos Malaysia Bhd.Khazanah Nasional yang merupakan GLC milik Kerajaan turut bertanggungjawab diatas kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia. Baru-baru ini, mantan Pengerusi POS Malaysia , Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk ‘Is whistle-blowing really serious’, mendedahkan isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta akibat kegagalan pengurusan syarikat itu menjual sahamnya dalam syarikat yang bermasalah-Transmile Group Bhd setelah dipengaruhi oleh Khazanah.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Kerajaan BN mengambil sikap lepas tangan serta mengarahkan Khazanah Nasional Bhd menjual pegangan sahamnya sebanyak 32.2 peratus dalam Pos Malaysia Bhd.Khazanah Nasional yang merupakan GLC milik Kerajaan turut bertanggungjawab diatas kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia. Baru-baru ini, mantan Pengerusi POS Malaysia , Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk ‘Is whistle-blowing really serious’, mendedahkan isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta akibat kegagalan pengurusan syarikat itu menjual sahamnya dalam syarikat yang bermasalah-Transmile Group Bhd setelah dipengaruhi oleh Khazanah.Tahun lepas Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, dimana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.Pos Malaysia mempunyai aset dan rangkaiannya logistiknya yang luas serta mampu meningkatkan keuntungannya jika diurus dengan betul. Walaupun menerima persaingan sengit ekoran peningkatan pantas dunia teknologi maklumat dan jalur lebar, namun urusan penghantaran barang secara fizikal masih memerlukan khidmat Pos Malaysia.Pos Malaysia juga boleh bersaing dengan syarikat lain dengan meluaskan aktiviti perniagaannya dengan menumpukan kepada sektor penghantaran barang dan pengangkutan. Malah Pos Malaysia boleh berkembang jauh serta melakukan kerjasama strategik dengan mengambil peluang pelaburan dalam MASkargo untuk menguasai pasaran penghantaran kargo luar negara.Tindakan Khazanah meninggalkan Pos Malaysia dalam keadaan sekarang dilihat sebagai usaha untuk melepaskan tanggungjawab dan kegagalan syarikat milik Kerajaan itu.PAS berpandangan, walaupun Pos Malaysia mengalami kerugian tetapi ia harus terus dipegang oleh Kerajaan kerana ia adalah organisasi strategik yang mana melibatkan kepentingan dan keselamatan negara. Tanpa penglibatannya dalam Transmile, kerugian yang dialami hanyalah sedikit dan strategi perniagaannya masih boleh distrukturkan semula.
PAS khuatir dengan tindakan Khazanah itu, pihak swasta termasuk syarikat-syarikat yang dimiliki oleh pelabur asing akan mengambil kesempatan dan seterusnya menguasai jaringan Pos Malaysia.Kita tidak mahu melihat Pos Malaysia yang membawa nama Malaysia ini akhirnya dimiliki oleh individu atau pelabur luar dan akhirnya identiti Malaysiannya terhakis.Sebelum ini, Kerajaan pernah melakukan kesilapan dengan menjual saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) kepada syarikat Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) yang berpangkalan di Hong Kong. Dengan desakan PAS yang melihat bahawa Bernas merupakan syarikat yang strategik dan melibatkan soal keselamatan (makanan), akhirnya kerajaan akur untuk membeli kembali 32 peratus saham yang dijual kepada Wang Tak.Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli ke semua saham milikan Wan Tak. Dan jumlah itu jika dicampur dengan 55 peratus lagi saham milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, telah menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus. Akhirnya aset milik negara kini menjadi milik individu.Oleh itu, PAS mahu kerajaan menimbangkan semula tindakan Khazanah ini dan mahu syarikat ini terus dimilki oleh Kerajaan sebagai satu aset yang strategik untuk masa depan ekonomi negara kerana kita sudah melihat begitu banyak syarikat penghantaran yang dikuasai oleh pelabur asing dinegara ini seperti FEDEX dan DHL.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penrangan PAS Pusat
 
 

 Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man



 GEORGETOWN, 19 Feb: "Saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa memilih bulu, tidak sepertimana Umno dan Barisan Nasional (BN) dulunya.  Sebab saya bukan cauvanis, diktator atau ekstrem terhadap orang Melayu terutamanya Islam," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan demikian semasa menerima kunjungan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan dan rombongan di pejabatnya di sini, semalam.Menurutnya, kebanyakan isu yang timbul kerana fitnah dari media elektronik mahupun cetak yang pro BN kerana mereka tidak senang melihat kemajuan yang dicapaikan oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak hampir dua tahun lalu.
GEORGETOWN, 19 Feb: "Saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa memilih bulu, tidak sepertimana Umno dan Barisan Nasional (BN) dulunya.  Sebab saya bukan cauvanis, diktator atau ekstrem terhadap orang Melayu terutamanya Islam," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan demikian semasa menerima kunjungan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan dan rombongan di pejabatnya di sini, semalam.Menurutnya, kebanyakan isu yang timbul kerana fitnah dari media elektronik mahupun cetak yang pro BN kerana mereka tidak senang melihat kemajuan yang dicapaikan oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak hampir dua tahun lalu. Anwar ke mahkamah lagi. Fitnah lampau seakan tidak dipedulikan oleh mereka yang kotor hatinya, busuk ususnya, buruk perangainya. Liwat adalah satu jenayah keji. Tetapi menuduh liwat tanpa bukti kukuh menurut prinsip Islam, ditambah dengan fitnah yang sengaja diadakan bagi menidakkan kelangsungan karier politik dan menghancurkan keluarga adalah sesuatu yang dahsyat. Mungkin ramai yang sudah lupa cerita lampau apabila ditangkap ala gestapo, mata lebam, dibogel, dibiar dalam sel, didera mental. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah antara penceramah ke sana ke mari menceritakan kisah Anwar. Beliau pernah datang ke Kemaman ketika itu berceramah kisah Anwar. Sebak rasa dada mendengar penceritaannya. Kali ini Zulkifli Nordin sibuk dengan urusan lain pula. Biarkan. (??) Ada beberapa orang yang sudah pergi tak kembali, yang menjadi sebahagian dari pelakon-pelakon sebuah drama keji. Pelakon utama masih hidup, dengan nyawa yang agak liat, tapi Anwar dengan jiwa besar sudah mengampunkannya. Bukan mudah untuk memaafkan orang yang menzalimi.
Anwar ke mahkamah lagi. Fitnah lampau seakan tidak dipedulikan oleh mereka yang kotor hatinya, busuk ususnya, buruk perangainya. Liwat adalah satu jenayah keji. Tetapi menuduh liwat tanpa bukti kukuh menurut prinsip Islam, ditambah dengan fitnah yang sengaja diadakan bagi menidakkan kelangsungan karier politik dan menghancurkan keluarga adalah sesuatu yang dahsyat. Mungkin ramai yang sudah lupa cerita lampau apabila ditangkap ala gestapo, mata lebam, dibogel, dibiar dalam sel, didera mental. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah antara penceramah ke sana ke mari menceritakan kisah Anwar. Beliau pernah datang ke Kemaman ketika itu berceramah kisah Anwar. Sebak rasa dada mendengar penceritaannya. Kali ini Zulkifli Nordin sibuk dengan urusan lain pula. Biarkan. (??) Ada beberapa orang yang sudah pergi tak kembali, yang menjadi sebahagian dari pelakon-pelakon sebuah drama keji. Pelakon utama masih hidup, dengan nyawa yang agak liat, tapi Anwar dengan jiwa besar sudah mengampunkannya. Bukan mudah untuk memaafkan orang yang menzalimi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
