Unik: Ceramah Maulidur Rasul di Surau turut dihadiri bukan Islam |
"

Unik: Ceramah Maulidur Rasul di Surau turut dihadiri bukan Islam |

Guan Eng lakukan yang terbaik untuk rakyat |
GEORGETOWN, 19 Feb: "Saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa memilih bulu, tidak sepertimana Umno dan Barisan Nasional (BN) dulunya. Sebab saya bukan cauvanis, diktator atau ekstrem terhadap orang Melayu terutamanya Islam," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan demikian semasa menerima kunjungan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan dan rombongan di pejabatnya di sini, semalam.Menurutnya, kebanyakan isu yang timbul kerana fitnah dari media elektronik mahupun cetak yang pro BN kerana mereka tidak senang melihat kemajuan yang dicapaikan oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak hampir dua tahun lalu.Beliau juga berjanji akan memastikan kedudukan Melayu dan Islam dijaga di negeri ini di mana pada tahun ini sahaja, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri memperuntukkan RM24.3 juta kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang berbanding tahun 2009 iaitu RM20.5 juta.Katanya, bantuan tersebut lebih besar berbanding era pemerintahan BN hanya RM12.5 juta."Peruntukan kali ini meliputi bantuan pada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang pernah ditarik balik perkapitanya oleh Kerajaan BN dulu. Pemberian itu menandakan Pakatan Rakyat di sini tidak mengamalkan double standard sepertimana yang disangkakan," jelas beliau.Pemimpin Umno dan BN sengaja mencipta berbagai agenda untuk mendesaknya yang kononnya semakin lemah dan akhirnya tumbang sebagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Presiden PAS Terjun Laut Selamatkan Mangsa Lemas |
Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya. Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa.
Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.
Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya.
Note: Harap maaf gambar ketika menyelamat baru dimasukkan. Tertinggal tadi - AJp/s-Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar nia dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia. Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau.
Altantuya Terus Menghantui Najib-Rosmah |
Nizar Masih MB Yang Sah - KU LI |
“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.
sumber http://mutaligat.blogspot.com/2010/02/nizar-masih-mb-yang-sah-ku-li.html
Jangan sekongkol tuduh liwat kepada Anwar |
Anwar ke mahkamah lagi. Fitnah lampau seakan tidak dipedulikan oleh mereka yang kotor hatinya, busuk ususnya, buruk perangainya. Liwat adalah satu jenayah keji. Tetapi menuduh liwat tanpa bukti kukuh menurut prinsip Islam, ditambah dengan fitnah yang sengaja diadakan bagi menidakkan kelangsungan karier politik dan menghancurkan keluarga adalah sesuatu yang dahsyat. Mungkin ramai yang sudah lupa cerita lampau apabila ditangkap ala gestapo, mata lebam, dibogel, dibiar dalam sel, didera mental. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah antara penceramah ke sana ke mari menceritakan kisah Anwar. Beliau pernah datang ke Kemaman ketika itu berceramah kisah Anwar. Sebak rasa dada mendengar penceritaannya. Kali ini Zulkifli Nordin sibuk dengan urusan lain pula. Biarkan. (??) Ada beberapa orang yang sudah pergi tak kembali, yang menjadi sebahagian dari pelakon-pelakon sebuah drama keji. Pelakon utama masih hidup, dengan nyawa yang agak liat, tapi Anwar dengan jiwa besar sudah mengampunkannya. Bukan mudah untuk memaafkan orang yang menzalimi.Barangkali mereka yang melakonkan drama baru versi 1Malaysia dengan plot lama terfikir, tak apalah, kalau-kalau nanti Anwar terpenjara beberapa tahun, lepas itu keluar dan kemudian memaafkan pula pelakon-pelakon baru tadi.Begitu mudah mahu keampunan dari orang lain tetapi begitu mudah juga memfitnah orang lain? Lupakanlah habuan pangkat, wang ringgit yang dijanjikan. Ia tak sampai ke mana pun.Hakim ‘tak relevan’, ‘tak relevan’ pun dah meninggal. Kalau ada sedikit habuan yang diterima, ia tetap ditinggalkan di dunia ini untuk orang lain. Diri sendiri jawablah dalam kubur dengan Mungkar Nakir tu. Kalau rasa diri tu mampu berhujah dengan Mungkar Nakir nanti, jalankanlah drama itu menurut skripnya. Tapi kalau rasa tak berbaloi dengan bahan memfitnah orang, janganlah bersekongkol menuduh liwat kepada orang yang tidak melakukannya.
FAKTA !....Memaparkan fakta yang tidak boleh lagi disangkal oleh mana-mana individu,kumpulan,pertubuh
Hasrat TGNA,sebagai ketua kerajaan bagi negeri Kelantan ingin membawa isu ini ke-mahkamah antarabangsa amat dialu-alukan oleh majoriti rakyat kelantan....kerana bagi rakyat kelantan yang sedar n waras berpendapat bahawa kerajaan pusat yang diterajui oleh PM sekarang iaitu Dato'Seri Najib cuba menganiaya rakyat kelantan yang majoritinya berbangsa melayu dengan hanya ingin memberi wang ehsan sahaja.Ini merupakan satu KEZALIMAN yang nyata untuk mendera rakyat kelantan.Ianya juga mengimbau kembali sejarah apa yang telah berlaku di Trengganu pada tahun 1998-2004 dimana apabila kuasa pemerintahan bertukar tangan dari umno kepada PAS,dengan tak semena-mena PERJANJIAN YG TELAH TERMENTERAI SEBEGITU LAMA DAN SETELAH SEKIAN LAMA ROYALTI DINIKMATI KETIKA KERAJAAN TRENGGANU DIPEGANG OLEH UMNO DENGAN TIBA-TIBA DIKHIANATI OLEH PM KETIKA ITU IAITU DR.MAHATHIR DENGAN MENAFIKAN BAHAWA TRENGGANU TIDAK LAYAK TERIMA ROYALTI...MEMANG LER UMNO NI TIDAK PEGANG PADA PERJANJIAN...DAN KINI BAKAL BERLAKU KEPADA KELANTAN PULA.
Rentetan dari kenyataan itulah maka TGNA memberi amaran barang tidak ditunaikan janji sebagai dalam perjanjian yg telah termenterai diantara kerajaan kelantan ketika itu dengan kerajaan pusat masa itu...maka TGNA akan berdoa agar ditimpakan bala ke atas sesiapa yang menyekat royalti tersebut...itu pun setelah diberi peluang supaya berlembut hati.
Selain dari paparan video ini,kalian juga boleh baca nota yg saya pastekan dari tulisan kickdefella di laman nota saya dibawah tajuk "Pemimpin Umno & Media Kelentong Rakyat Kelantan"...disana semua fakta termasuk dengan lakaran peta terdapat didalam nota tersebut.
Link :- http://www.youtube.com/wat
BAGI RAKYAT KELANTAN MARILAH BERSAMA KITA PERJUANGKAN HAK KITA.