Sunday, June 22, 2008


Pakatan Rakyat akan buat Usul Undi Tidak Percaya bila tiba masa sesuai


Oleh YB Kamaruddin Jaafar


Pakatan Rakyat tidak akan membentangkan usul untuk membuat undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat, Isnin depan atau dalam masa terdekat. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata semua parti komponen Pakatan Rakyat termasuk daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya berbuat demikian pada masa yang difikirkan sesuai. “Tidak betul dakwaan kata kami hendak bentang usul tidak percaya kepada Perdana Menteri pada Isnin ini, siapa yang buat kenyataan macam itu? “Kami hanya akan buat pada masa akan datang, bukan pada masa terdekat, kerana tidak mahu tergesa-gesa,” katanya yang juga Setiausaha Agung PAS ketika diminta mengulas pihak yang akan membentang atau mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Isnin ini.



Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata usul undi tidak percaya terhadap Abdullah tidak akan dapat dibentangkan di Dewan Rakyat, Isnin ini kerana ia perlu melalui beberapa proses serta prosedur tertentu. Nazri berkata, beberapa peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat (buku peraturan yang mengawal selia perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat) berhubung pembentangan usul atas sebarang perkara perlu dipatuhi terlebih dulu. Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, Pas sudah tentu bersama-sama dengan rakan kongsi dalam pakatan untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Abdullah.Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pihaknya akan bermesyuarat bersama pemimpin Pakatan Rakyat terlebih dulu sebelum membuat keputusan siapa yang akan mengemukakan usul berkenaan. “Parti akan buat keputusan bersama, kami akan ada perjumpaan terlebih dulu, dalam masa terdekat ini. Tidak tahu siapa yang akan kemukakan, siapa yang akan bentang,” katanya enggan mengulas lanjut.
Penasihat DAP yang Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, berkata tidak timbul soal siapa atau bila pihaknya akan mengemukakan notis berkenaan kerana isunya kini ialah Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Abdullah.



“Saya tidak kata saya akan kemuka (usul) dan tidak setuju atau bersetuju dengan tindakan Yong. Itu semua tidak timbul, apa-apa pun tengok keputusan Majlis Tertinggi Barisan Nasional yang bermesyuarat hari ini (semalam),” katanya. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata pihaknya masih belum menerima sebarang notis usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri daripada mana-mana pihak untuk dibentangkan Isnin depan. Beliau berkata, bukan tanggungjawab pihaknya menunggu wakil berkenaan menghantar usul untuk dibentangkan di Dewan Rakyat, Isnin depan. “Kami semua buat kerja masing-masing, tidak tunggu mereka, kalau mereka (parti) hendak kemuka usul bagi dibentang di Dewan Rakyat Isnin ini, mesti buat segera sebelum pagi Jumaat ini. Pada masa itu pun boleh juga, tapi ia akan dibentang kemudian,” katanya.
Pandikar Amin berkata, pihaknya akan meneliti usul itu terlebih dulu sebelum membuat keputusan menerima atau menolaknya mengikut peraturan yang ditentukan.



“Cakap (orang politik) dalam media memang senang tetapi kalau usul tidak betul, ikut peraturan, tiada alasan konkrit ia boleh ditolak begitu saja. Itu tidak mengejutkan kerana ia memang berlaku kepada mereka yang faham dan mengamalkan undang-undang,” katanya.

Saturday, June 21, 2008


PERADUAN CELCOM DIFATWA JUDI, GENTING HIGHLAND MACAM MANA???




"Peraduan Celcom berunsur judi

KUALA LUMPUR 17 Jun - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi Celcom (M) Bhd., mempunyai unsur- unsur perjudian.Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz berkata, peraduan itu jelas tidak mematuhi hukum syariah dan menggalakkan pembaziran."Tidak boleh. Peraduan ini mengandungi unsur judi."Kita minta Celcom batalkan peraduan ini. Kalau mahu juga, buat pertandingan lain yang selari dengan hukum syarak,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.Semalam, Celcom mengumumkan akan mengadakan pertemuan kali kedua dengan Jakim untuk membincangkan status peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi itu yang didakwa mempunyai unsur perjudian.



Difahamkan Celcom akan membentangkan secara terperinci kesemua butiran peraduan berkenaan di hadapan Panel Syariah Jakim.Jelas Wan Mohamad, mesyuarat khas panel kajian syariah Jakim hari ini bersetuju untuk memutuskan pertandingan itu jelas menggalakkan pembaziran.Peraduan 100 hari 100 kereta anjuran Celcom didakwa berunsur perjudian oleh beberapa tokoh agama kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti dalam kegiatan judi nombor ekor.Peraduan yang bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September ini menawarkan sebuah kereta setiap hari kepada pemenang yang mengumpul mata tertinggi selepas menjawab soalan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).Peraduan berbentuk promosi itu berlangsung selama 100 hari dan dibuka kepada kesemua pelanggan Celcom.Sumber: Utusan Malaysia 18/06/08Ulasan:Akhirnya...peraduan Celcom diputuskan sebagai judi. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz menjelaskan lagi bahawa, peraduan itu jelas tidak mematuhi hukum syariah dan menggalakkan pembaziran.Baguslah tu, kalau dah difatwakan ada unsur judi dan tidak mematuhi hukum syarak, mesti dihentikan segera. Namun, sebagai seorang Muslim yang waras, kita tertanya-tanya, habis tu macam mana dengan kedudukan Genting Highland sebagai pusat judi terbesar di Malaysia? Yang ini sah-sah judi!!! Tak difatwakan haram ke?



Tak perlu dihentikan ke? Siapa tak tahu yang kat atas bukit tu berapa ramai orang Islam yang mencuba nasib di sana dan yang pastinya, kebanyakannya orang besar-besar. 'Orang-orang kecil' tak mampu nak ke sana, hanya mampu berlaga ayam kat kampung sahaja. Jadi, tempat judi yang berprestij seperti Genting Highland tu biasanya hanya menerima tetamu-tetamu besar dan kaya raya sahaja.Sudah menjadi sikap dan tabiat institusi agama di Malaysia, siapa berani lawan tokeh? Tokeh dah bagi lesen besar yang pusat judi kat atas bukit tu 'halal', siapa berani lawan? Hari ini engkau kata tempat tu haram, maka besok tokeh akan kata, engkau haram makan gaji dengan aku! Sanggup tanggung risiko? Maka dalam hati masing-masing akan berkata, "Periuk nasi lagi penting la..., ini mesti dijaga".Dengan adanya golongan pemerintah sekular dan 'orang agama' yang mementingkan periuk nasi inilah, menyebabkan wujudnya istilah 'judi halal' dan 'judi haram' dalam pemerintahan negara. Judi celcom difatwakan haram, manakala judi Genting Highland masih tetap 'halal hingga kini. Allah swt berfirman,"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan..." [TMQ al-Ma'idah (5):90]



Apakah kefahaman Jakim tentang ayat ini? Kenapa Jakim berdiam diri dengan perbuatan pemerintah yang 'menghalalkan' judi di Genting Highland (dan juga di kasino-kasino di seluruh negara)? Jika Allah menyatakan bahawa orang yang berjudi adalah najis dan merupakan perbuatan syaithan, apakah pula statusnya pemerintah yang membenarkan perbuatan syaithan ini terus hidup subur di negara ini? kunjungiwww.jasindaily.blogspot.com "
Petra: Isteri Najib di 'lokasi jenayah'


Jun 20, 08 10:33pm
MALAYSIAKINI


Siapa lagi kalau bukan Raja Petra Kamaruddin - walaupun Datuk Seri Najib Razak beberapa kali menafikannya sebelum ini.Kali ini pengendali blog Malaysia Today meningkatkan kredibiliti dakwaannya melalui satu akuan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur kelmarin - masih lagi mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Seperti artikelnya awal bulan lalu yang menyeretnya ke mahkamah, yang pernah dijawab dan dijelaskan oleh setiausaha akhbar timbalan perdana menteri, akuan bersumpah ini diberikan perhatian serius oleh pihak Najib."Kami sedang meneliti perkara ini. Akuan bersumpah itu memang membingungkan dan mengelirukan," kata setiausahanya Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus bentuk-bentuk tindakan seterusnya yang bakal diambil.Najib dan Rosmah telah berulangkali menafikan mereka ada kaitan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi itu dan menyifatkan dakwaan tersebut tidak lebih daripada perbuatan untuk "memfitnah dan mereka-reka cerita".Dalam akuan sumpahnya, Raja Petra menuduh Rosmah antara individu yang berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006.Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian.


Beliau menamakan dua individu lagi itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya seorang pakar bom 'C4' dan isterinya yang yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.Laporan perisikanMayat Altantuya didakwa telah hancur dibom dengan 'C4' di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam. Kes perbicaraan pembunuhannya masih berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Dalam akuan itu, Raja Petra mendakwa kolonel itu yang memasang bom C4 di beberapa tempat di badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan pengawal peribadinya.Raja Petra mendakwa lagi, beliau membuat akuan itu kerana beliau mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai pembabitan orang-orang berkenaan yang sehingga ini belum dikaitkan atau dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaraya dalam kes perbicaraan kes tersebut.Penulis blog sensasi itu berkata, beliau juga membuat akuan bersumpah tersebut kerana beliau sedar bahawa menjadi kesalahan jika tidak mendedahkan bukti-bukti yang boleh membantu polis dalam siasatan kes jenayah.



Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raja Petra mengesahkan kandungan akuan bersumpah tersebut - yang kini dimuatkan di sebuah blog (bukan Malaysia Today).Beliau juga mendakwa dalam akuannya itu bahawa beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari mengenai dakwaan pembabitan isteri Najib.Raja Petra mendakwa lagi, Abdullah menerima satu laporan bertulis daripada pihak perisikan tentera, yang mengesahkan pendedahan beliau itu. Laporan tersebut, dakwa Raja Petra, kemudiannya diserahkan kepada menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin untuk disimpan dengan selamat.Selain Abdullah dan Khairy, dakwa Raja Petra, "seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan."Dakwaan terbaruPenulis itu bagaimanapun tidak mendedahkan beberapa nama yang didakwanya mempunyai maklumat tentang perkara itu.Raja Petra berkata, beliau membuat akuan bersumpah itu untuk menggesa semua pihak berkenaan tampil bagi mendedahkan maklumat sebenar agar polis dapat menjalankan siasatan terperinci.



Dalam temubual melalui telefon, Raja Petra menjelaskan alasannya tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis.Penulis blog berkata, memandangkan tiada tindakan diambil terhadap laporan polisnya pada 2001 - ketika beliau mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis berpangkat tinggi - beliau tidak yakin lagi untuk membuat laporan polis.Polis telah menyiasat Raja Petra awal bulan lalu berhubung artikelnya bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' - juga mengaitkan Najib dan Rosnah dalam kes pembunuhan kontroversi itu.Penganalisa politik Abdul Razak Baginda - yang dikaitkan dengan menteri pertahanan itu - dan dua anggota polis pasukan khas UTK sedang dibicarakan berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu. Jika sabit kesalahan, ketiga-tiganya boleh dikenakan hukuman mati.
Berita asal

Wednesday, June 18, 2008


Parlimen akan gempar dengan usul tidak percaya terhadap PM


Wan Nordin Wan Yaacob Wed Jun 18, 08 4:18:41 pm MYT


KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab hari ini apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) didakwa akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Badawi dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini. Tindakan ini adalah sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia bahawa usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri. "Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM. Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya,ujar satu kenyataan yang tersiar dalam satu laporan hari ini. mempunyai dua ahli Parlimen, iaitu Dato' Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Dato' Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) selain empat ahli dewan undangan negeri.

Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut. Chua turut hadir dalam sidang akhbar yang diadakan khas di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.
Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh SAPP kepada Abdullah berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, tetapi tindakan tidak dilakukan. Selain itu beliau menyatakan tindakan menaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah menyebabkan rakyat miskin di Sabah khasnya menjadi miskin tegar. Selain itu, beliau berkata selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan.
"Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Abdullah Ahmad Badawi.


"SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih," katanya

Tuesday, June 17, 2008



Pegawai di Putrajaya tidak sabar menunggu kerajaan baru


Lanjusoh


KOTA BHARU, 16 Jun (Hrkh) � Ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memujuk rakyat dengan isu peralihan kuasa, pegawai dan kakitangan di Putrajaya pula tidak sabar untuk menunggu kerajaan baru dibentuk. Kata mereka peralihan kuasa di kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyelesaikan masalah kerana dasar diamalkan tetap sama. Sebaliknya pemimpin bukan dari kelompok BN diperlukan bagi mengembalikan negara ke landasan yang betul. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Syapawi Abdul Rani berkata, ketika beliau mengunjungi Putrajaya baru-baru ini ramai pegawai dan kakitangan menanyakan bila tarikh pertukaran kerajaan berlaku. Di mana sahaja kita berada di Putrajaya pasti soalan itu yang ditanya kakitangan kerajaan sama ada yang berjawatan tinggi atau rendah. Mereka kelihatan tidak sabar-sabar lagi menunggu sebuah kerajaan baru mengambil alih pentadbiran negara yang ada sekarang,� katanya ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, kelmarin.



Ketika ditemui kemudiannya beliau berkata, bebanan kenaikan harga minyak menyebabkan pegawai dan kakitangan kerajaan persekutuan semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan yang ada sekarang. Menurutnya proses pertukaran kerajaan di peringkat pusat akan menjadi lebih cepat lagi dengan masalah yang berlaku hari ini. Bukan lagi rakyat biasa yang menunggu kehadiran kerajaan baru, sebaliknya pegawai dan kakitangan kerajaan juga seperti tidak sabar menunggu bulan September,� ujarnya. Azman yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata, peralihan kuasa semakin menampakkan riak-riak yang positif sekarang. Menurutnya biar pun ada pihak memandang sinis dengan peralihan kuasa politik tersebut, namun sesuatu di luar jangka tidak dapat ditolak lagi. Katanya, itu belum diambil kira dengan tarif elektrik yang akan dinaikkan kerajaan tidak lama lagi.



Perdana Menteri sejak kebelakangan ini sering membangkitkan isu peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak bagi memastikan sentimen kemarahan ahli Umno dan rakyat ekoran kekalahan teruk BN pada pilihan raya umum lalu diredakan. Bagaimanapun penganalisis politik melihat pelan peralihan kuasa tersebut hanyalah mainan politik Abdullah bagi menyelamatkan keadaan. Ia tidak serius seperti pernah dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan berundur daripada jawatan nombor satu. Kata mereka kenyataan Perdana Menteri yang mahu mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan Umno Disember depan menguatkan lagi hujah tidak akan berlaku peralihan kuasa dalam masa terdekat ini.



�Peralihan kuasa sebetulnya sekadar gimik politik bagi meredakan keadaan. Rakyat boleh melihat sendiri apa yang akan berlaku selepas ini,� ujar mereka. Sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mengandaikan 16 September depan sebagai tarikh peralihan kuasa apabila 30 anggota parlimen BN melompat parti.
Tarikh tersebut dikira keramat memandangkan ia merupakan ulangtahun penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam gabungan Malaysia. - mj _

Antara Abdullah dan Najib



Oleh :Tun Dr Mahathir Mohamad


1. Kita diberitahu oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa dia dan Dato' Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan peralihan kuasa. Tetapi tidak pula disebut bila tarikh itu.



2. Najib pula berkata dia mahu kuasa (Presiden Umno dan Perdana Menteri) diserah kepadanya di waktu parti dan Kerajaan berada dalam keadaan sihat walafiat sepertimana yang kononnya pengganti Presiden dan Perdana Menteri dahulu semuanya menerima peralihan kuasa apabila parti dan Kerajaan sudah dipulihkan dan berada dalam keadaan sihat.



3. Sebenarnya semasa saya mengambilalih daripada Tun Hussein Onn ekonomi negara sedang merosot. Sebab itu langkah pertama yang diambil oleh saya ialah memotong gaji Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai tinggi sebanyak 10%.


4. Saya mengambil masa hampir tiga tahun untuk pulih semula ekonomi negara.


5. Keadaan Umno pun lebih kurang sahaja. Tidak lama selepas itu Timbalan saya letak jawatan dan mencabar saya.


6. Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak juga mengambilalih parti dan Kerajaan semasa keadaan tidak begitu sihat; Tunku selepas Dato' Onn Jaafar keluar dari Umno dan Tun Razak setelah rusuhan kaum berlaku dan Perikatan tidak bermaya.

7. Harapan Najib dia hanya akan terima jawatan Presiden dan Perdana Menteri di atas talam perak (silver platter) adalah alasan supaya dia tidak perlu bertanding pada Disember ini untuk jawatan Presiden. Mengetahui sifat suka senang Dato' Seri Najib, Dato' Seri Abdullah telah janji untuk melepas kuasa pada tarikh yang tidak ditentukan. Sekaligus Dato' Seri Abdullah berjaya untuk melenyapkan kemungkinan dia akan dicabar oleh Dato' Seri Najib. Dia (Abdullah) akan menang tanpa bertanding Disember ini. Dengan itu dia akan dakwa bahawa seluruh Umno menyokong kepimpinannya. Oleh itu tidak ada sebab dia patut letak jawatan.


8. Jika setelah kalah teruk di lima buah negeri dan satu wilayah dia masih dakwa dia menang, mustahil apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden dia akan letak jawatan. Dia akan melegakan hati Umno dengan berjanji dia akan kerja kuat untuk pulihkan semula Umno dan Barisan Nasional dan selepas itu dia akan serah kuasa pada Dato' Seri Najib.


9. Saya percaya diwaktu ini ramai orang Dato' Seri Najib sedang menentukan berapa ramai bahagian yang akan mencalonkan Dato' Seri Najib. Dengan kenyataan Dato' Seri Abdullah orang Dato' Seri Najib akan dapati banyak bahagian-bahagian yang tidak lagi akan calon Dato' Seri Najib. Tanpa mendapat 60 pencalonan Dato' Seri Najib tidak akan isytihar kesanggupannya untuk betanding. Kalau dapat pun dia tidak akan berani mencabar kepimpinan Abdullah selepas janji yang dibuat oleh Abdullah.


10. Bilakah kita akan tahu hasil usaha pemulihan Umno oleh Abdullah? Kita akan tahu dalam Pilihan raya Umum ke-13.


11. Saya percaya kali ini Umno dan Barisan Nasional akan hancur langsung. Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri dan dianya tidak akan dapat serahkan jawatan Perdana Menteri kepada mantan Timbalannya, Dato' Seri Najib .


12. Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang. Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum ke-12 di bawah pimpinan Umnoi Abdullah yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya. Selain daripada memberi gula-gula kepada Bahagian dan Cawangan, dan berbilion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam Pilihan raya Umum ke-12. Hanya dengan meletak jawatan barulah Abdullah dapat pulih Umno dan prestasi Kerajaan Malaysia. Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Dato Seri Abdullah. Oleh itu tidak ada harapan yang Umno akan dipulihkan dan Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri.


13. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Rais Yatim akan terkapa-kapa tidak tahu nak buat apa. Apakah Tan Sri Muhyiddin akan bertanding Timbalan melawan Dato' Seri Najib atau bertanding Presiden melawan Dato' Seri Abdullah? Apakah jawatan yang hendak ditandingi oleh Dato' Seri Rais?


14. Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato' Seri Najib, Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya. Disember ini Abdullah tetap menang tanpa bertanding. - chedet.com

Masa untuk menukar kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat sudah tiba


Mohd Rashidi Hassan
Difahamkan seawal November 2007 lagi, sudahdilontarkan kemungkinan kenaikan harga minyak dalam mesyuarat di antara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan anggota exco kewangan kerajaan negeri dari seluruh negara.Ketika itu, Abdullah dilaporkan sudah membayangkan bahawa subsidi minyak kemungkinan akan dikurangkan atau dihapuskan bagi mengurangkan bebanan kerajaan. Justeru di kalangan penganalisis ekonomi menjangkakan harga minyak akan dinaikkan sebelum Pilihan Raya Umum ke 12, namun ia segera dinafikan kerajaan. Jika penarikan balik subsidi minyak dibuat sebelum pilihan raya, nescaya kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini, sudah lama pupus di muka bumi. Tanpa menggunakan isu kenaikan harga minyak pun, Pakatan Rakyat sudah menang di enam negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dengan 82 kerusi Parlimen, mungkin jika harga minyak dinaikkan, BN akan 'totaly wiped out' ditolak rakyat.

Langkah menaikkan harga minyak secara mendadak, dengan menarik balik subsidi ini, merupakan langkah yang paling tidak popular, dibuat Abdullah dalam keadaan imejnya, BN dan Umno yang sudah tercalar dari perspektif rakyat. Ianya merupakan langkah yang paling tidak bijak, yang bakal menunjuk jalan mudah bagi Pakatan Rakyat menumbangkan BN. Kesan domino menyebabkan ekonomi menguncup menguruskan soal ekonomi, Abdullah tidak keseorangan. Beliau dibantu seluruh anggota Kabinetnya, khususnya Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan di bawah JPM sendiri ada Unit Perancangan Ekonomi (EPU). Timbul pertanyaan di kalangan rakyat, tidakkah kerajaan membuat perbincangan atau perancangan serta mengkaji impak-impak ekonomi dengan menarik balik subsidi?


Apabila harga petrol dinaikkan RM0.78 sen seliter, diesel dinaikkan RM1.00 seliter, ianya menghasilkan kesan domino kepada ekonomi, di mana rakyat begitu merasai tekanan dan terbeban. Kesan ketara ini, disusuli dengan kenaikan harga makanan, barangan keperluan harian, produk industri serta lain-lain menyebabkan rakyat semakin tertekan. Tekanan ini menyebabkan ekonomi negara semakin menguncup. Misalnya jika dilihat dari satu aspek, para peniaga gerai makanan mengadu pelanggan semakin tidak ramai, bila tidak ramai, peniaga akan mengurangkan pembelian bahan mentah. Jika tidak laku, peniaga terpaksa menutup gerai atau memecat pekerja. Kesan pengurangan pesanan bahan-bahan mentah juga akan menyebabkan industri perkilangan terjejas. Apabila kuasa beli rakyat berkurangan, perniagaan tidak laku, penghasilan produk yang tidak kompetitif dan ia juga akan menyebabkan indeks pengangguran serta inflasi yang mungkin meningkat.


Aspek ini belum lagi dikaji kesannya kepada bentuk perniagaan yang lain, industri perkilangan, industri pembuatan serta yang terbabit dalam sektor import eksport. Secara keseluruhannya teori domino yang berlaku kepada ekonomi negara menjejaskan keseluruhan rakyat dari pelbagai sektor dan pekerjaan. Kegelisahan rakyat dizahirkan tanpa selindung lagi. Di mana-mana sahaja, sama di masjid, pejabat, premis perniagaan, gerai makan, stesyen bas, di kedai kopi, hatta sehingga di pejabat Umno di PWTC juga, rakyat merungut tentang kelemahan PM menguruskan kesejahteraan rakyat. Tiada kewajaran menyokong kerajaan yang lemah


Rakyat kini, tidak melihat kewajaran bagi sesebuah kerajaan yang juga antara negara pengeluar minyak, menyalahkan kenaikan ekonomi di peringkat global, untuk memujuk rakyat terus menyokong mereka. Rakyat Malaysia adalah mereka yang matang berfikir serta membuat tindakan. Tahap kematangan yang tinggi ini diungkapkan melalui keputusan PRU lepas. Rakyat tidak lagi mahu parti yang mempunyai 'solid' majoriti dalam kerajaan. Rakyat mahukan ketelusan serta 'check and balance' dalam pentadbiran negara. Maka akibat dari kesan ekonomi yang tidak menentu ini, rakyat mula mempersoalkan, apakah pegawai-pegawai kerajaan di EPU dan Kementerian Kewangan tidak buat kerja dan tidak mengkaji kesan seburuk ini?


Atau pun mungkin, kertas kajian mengenai impaknya sudah disediakan, tetapi tidak dibaca atau tidak difahami oleh PM sendiri? Atau pun mungkin Abdullah yang tidak memahami soal ekonomi, juga terkenal dengan sifat 'spoon feeding'nya, menerima taklimat silap yang diberikan oleh pegawai lulusan Oxford University, yang bukan mahir dibidang ekonomi tetapi major dalam bidang linguistik? Kesilapan besar Abdullah ialah, beliau tidak disokong dengan kajian yang rapi serta mendalam dan jelas tidak mempunyai langkah pemulihan terancang bagi mengendalikan krisis kenaikan harga minyak dalam negara.
Apabila menerima bantahan menyeluruh di kalangan rakyat, kerajaan mula kelam kabut. Langkah 'ad hoc' terdesak terpaksa diambil, tiba-tiba elaun anggota Kabinet dipotong 10 peratus, memberi rebet tunai, mengurangkan cukai pendapatan, membayar gaji dua kali sebulan dan entah apa-apa lagi hendak dilakukan. Semakin banyak langkah 'ad hoc' dibuat, kerajaan menjadi semakin tidak popular. Apabila tiada cara lain, kerajaan meminta rakyat berjimat cermat, kurang menggunakan kenderaan persendirian, sebaliknya menggunakan pengangkutan awam. kerajaan ini turut menerima rungutan rakyat, macamlah pengangkutan awam negara begitu efisyen.


Jika hendak dihurai soal kelemahan pengangkutan awam ini begitu banyak, ia memerlukan satu topik yang khusus. Semua ini menimbulkan persepsi negatif rakyat, bahawa langkah 'ad hoc' yang dibuat Abdullah ini tidak akan berhasil. Keyakinan rakyat terhadap kerajaan sukar dipulihkan. Rakyat bukan tidak boleh menerima kenaikan harga minyak, rakyat juga rasional. Tidak bolehkah Abdullah dan kerajaan membuat sesuatu dasar dengan perancangan yang teliti? Tidak bolehkah langkah-langkah pemulihan dikemukakan secara terancang, dibentangkan bersekali ketika membuat pengumuman kenaikan harga minyak?
BN 'underestimate' kuasa rakyat Atau mungkin juga kerajaan BN memikirkan rakyat Malaysia begitu baik dan tidak akan membuat bantahan yang boleh mengakibatkan mereka kehilangan kuasa. BN sudah membuat kesilapan yang kedua, iaitu kesilapan yang lebih besar apabila mereka 'underestimate' kuasa rakyat. Kesilapan pertama dilakukan pemimpin BN sewaktu menghadapi PRU ke 12. Mereka terlalu 'confident' untuk mengekalkan kuasa sehingga 'underestimate' pengaruh pembangkang di kalangan rakyat.

Hakikatnya pemimpin BN tidak menyedari bahawa sebarang bentuk kekangan ekonomi yang melampau akan membawa kesan politik yang buruk. Kelemahan besar anggota komponen BN begitu terserlah apabila mereka terbukti gagal membawa kestabilan politik dan kesejahteraan ekonomi. Rakyat semakin hilang keyakinan kepada BN. Keadaan negara sekarang ini membuktikan, persepsi bahawa hanya BN sahaja yang mampu memerintah sudah lenyap. Rakyat bukannya hamba kepada kerajaan BN. Rakyat adalah tuan dalam negara. Tuan berhak menentukan masa depannya sendiri. Tiada jalan lain untuk mengubah nasib rakyat, selain mengubah kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat. Justeru, rakyat harus memberikan sepenuh kepercayaan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui negara dengan pembentukan Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat. Jika 16 September 2008 terlalu lewat, rakyat boleh membantu Anwar menyegerakannya, dengan mengajak wakil rakyat mereka beramai-ramai berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

Jika dalam Gerakan, MCA, SAPP, PBB sudah wujud perbincangan 'wajar atau tidak untuk meninggalkan BN', maka parti-parti komponen BN lain juga harus memikirkan opsyen ini. Berubahlah, berhijrahlah demi kebaikan rakyat. Jika rakyat tidak menyokong mereka, nescaya mereka akan pupus tidak lama lagi.
Masa untuk menukar kerajaan sudah tiba._

Sunday, June 15, 2008

ISU PERALIHAN KUASA CUMA SATU MUSLIHAT?



Ruhanie Ahmad


Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang gentleman. Beliau tidak pernah kelihatan agresif dalam mencarta serta mencaturkan kerjaya politiknya. Apatah lagi bertindak menongkah arus atau membelah badai dalam siasah.Lantaran itulah Najib sentiasa berandaian bahawa majoriti insan lain juga mungkin berwatak sepertinya - bersikap dan bertindak gentleman serta bijaksana membaca apa jua mesej yang terhurai secara bersurat atau tersirat disebalik sesuatu perkembangan siasah negara.Perwatakan Najib ini menyebabkan sebilangan besar warga UMNO mutakhir jadi resah gelisah. Mereka mahukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tampuk kepimpinan parti dan negara kepada Najib dengan seberapa segera. Tetapi, Najib pula seolah-olah terus bersuara dan bertindak mengikut rentak irama Abdullah yang nampaknya penuh muslihat berjuta rahsia.Kebelakangan ini, Najib dikatakan bertindak dan bersuara sedemikian rupa kerana beliau mengharapkan peralihan kuasa daripada Abdullah kepada dirinya dilaksanakan “mengikut adat dan tradisi” yang diwarisi oleh UMNO sejak berzaman lamanya.


Setelah dirisik dan diselidik daripada pelbagai sumber, apa yang dimaksudkan oleh Najib seperti di atas adalah, peralihan kuasa dalam UMNO wajarlah dilaksanakan seperti proses peralihan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman Putra kepada Tun Razak Hussein, daripada Tun Hussein Onn kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, dan daripada Mahathir kepada Abdullah.Ini bermakna, Najib dipercayai mahukan satu proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada dirinya dilaksanakan secara ikhlas, jujur, tersusun, jelas dan tanpa campur tangan pihak-pihak di sekeliling Abdullah.Ini juga bermaksud, Najib dipercayai mengharapkan peralihan kuasa itu mempunyai tempoh waktu yang tetap, tepat, khusus dan tertentu, di mana beliau diberikan peluang percubaan yang sewajarnya.Model Mahathir-AbdullahPendek kata, model peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Abdullah dipercayai adalah contoh yang paling terdekat di hati Najib dan yang paling segar dalam ingatan seluruh warga UMNO.Menurut model ini, Mahathir yang mengumumkan persaraannya daripada UMNO dan kerajaan pada 19 Jun 2002, hanya menyerahkan kuasa Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang sebenarnya kepada Abdullah pada 30 November 2003.

Di antara tempoh pengumuman persaraan dan penyerahan kuasa sebenarnya, Mahathir terus bekerja dan bekerja tanpa renti, baik di dalam negara atau di seberang laut.Oleh itu, jika model Mahathir-Abdullah inilah yang diharap-harapkan oleh Najib, pastinya beliau amat kecewa bila pada 6 April 2008, Abdullah menyatakan bahawa beliau “memilih Najib sebagai penggantinya,” tetapi tidak pula ditegaskan bila waktunya dan bagaimana pula caranya.Menurut pelbagai laporan akhbar tempatan, sewaktu berucap dalam satu pertemuan tertutup di hadapan 1000 orang kepimpinan UMNO akar umbi, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada 6 April 2008, Abdullah hanya menyatakan bahawa “Najib adalah penggantinya sebagai Presiden UMNO dan antara mereka tidak pernah ada masalah.”Pada 7 April 2008, selepas menemui pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Sabah di Kota Kinabalu, Abdullah ditanya oleh pihak media “sama ada beliau ada memikirkan tarikh untuk bersara selepas menamakan Najib sebagai penggantinya.” Menurut Utusan Malaysia, Abdullah memberikan jawapan seperti berikut:“Saya tidak akan memegang jawatan bertahun-tahun lamanya. Sudah tentu tidak. Saya tidak akan memegang jawatan lebih lama daripada yang sepatutnya. Saya akan bersara satu hari nanti, tetapi saya tidak akan berhenti dalam keadaan politik sekarang.”Tempoh KhususJawapan di atas membuktikan bahawa Abdullah memang belum dan mungkin tidak akan memberikan satu tempoh waktu yang khusus, jelas, khusus dan tepat, terhadap persoalan bilakah beliau akan menyerahkan tampuk kekuasaan kerajaan dan UMNO kepada Najib.Kenyataan di atas juga menggambarkan bahawa proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib tidaklah seperti yang dikatakan dicita-citakan oleh Najib - dilaksanakan “mengikut adat dan tradisi” yang diwarisi oleh UMNO sejak berzaman lamanya.Biarpun begitu, Najib tetap tenang dan tetap gentleman.


Pada 7 April 2008, beliau berkata bahawa dirinya tetap “berterima kasih dan menghargai kepercayaan Abdullah yang menamakan beliau sebagai penggantinya untuk jawatan Perdana Menteri.”Najib juga menyatakan bahawa “sebelum ini pendirian Perdana Menteri itu telah dizahirkan secara tertutup” kepada dirinya dan beberapa anggota kerajaan. Tetapi, hanya pada 6 April 2008, baru pertama kali Abdullah menghebahkannya secara terbuka.Jika begitu hakikatnya, mengapakah pada 6 April 2008, Najib dilaporkan oleh beberapa media perdana sebagai “enggan mengulas apabila ditanya kenyataan Abdullah yang berharap Najib akan menggantikannya bagi menerajui negara ini” seperti ditegaskan dalam perenggan di atas?Tidakkah ini agak ironis? Atau, mungkinkah terdapat sesuatu yang menghalang Najib, walaupun secara gentleman, untuk menyuarakan isi hatinya yang sebenar pada ketika ini?Bagaimanapun, isi hati sebenar Najib mungkin tersirat di sebalik kenyataan beliau pada 3 April 2008. Ketika itu, Najib ditanya oleh media tempatan, “apakah UMNO kini memerlukan perubahan besar-besaran?” Najib menjawab bahawa “sebarang tindakan bergantung kepada kehendak dan suara ahli. Suara ramai dalam parti yang akan menentukan hala tuju dan masa depan parti.”Suara RamaiHakikatnya mungkin begitu kerana Najib memang insaf bahawa keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 12 adalah sebahagian daripada “suara ramai” rakyat jelata, termasuk warga UMNO, yang mahukan Abdullah mengosongkan kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri selepas PRU berkenaan.


Oleh itu, seluruh pemimpin UMNO wajarlah mampu membaca serta menganalisa isi hati Najib yang sebenar-benarnya mutakhir ini. Janganlah bertindak seperti apa yang dinyatakan oleh Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.Dalam satu kenyataannya pada 2 April 2008, dan disiarkan dalam Utusan Malaysia 3 April 2008, Shahiruddin dipetik sebagai berkata bahawa “ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) perlu berani menegur Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, jika mahu melihat UMNO pulih semula dan bukannya berpura-pura memberikan sokongan yang akhirnya membawa rebah.”Shahiruddin dilaporkan sebagai membuat kenyataan di atas “kerana beberapa tindakan yang diambil ahli-ahli MT parti ketika ini sudah lari daripada masalah sebenar bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO. Isu sebenar ialah UMNO gagal mempertahankan kekuasaan yang dimiliki selama ini dan menjadi tugas MT parti untuk menarik kembali sokongan semua kaum, khususnya orang Melayu, untuk menyokong UMNO. Ahli-ahli MT UMNO harus jujur, berani memberikan pandangan yang ikhlas dan benar kepada pucuk pimpinan parti.”Pada waktu yang sama, seluruh pemimpin dan warga UMNO juga perlu menghalusi kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 3 April 2008, dan dilaporkan oleh Utusan Malaysia 4 April 2008, seperti berikut:UMNO mengakui salah satu kelemahan yang menyumbang terhadap prestasi kurang memuaskan parti pada PRU 12 adalah faktor kepimpinan. Sebab itu kepimpinan yang kuat memang amat diperlukan oleh semua parti politik dan UMNO juga tidak terkecuali. Dengan kepimpinan yang kuat, ia akan melicinkan parti untuk bergerak ke hadapan dengan baik di samping mampu menambat keyakinan rakyat.Apabila ditanya apakah Abdullah boleh ditakrifkan sebagai mempunyai kepimpinan yang kuat, Muhyiddin berkata bahawa beliau “rasa tak perlu menjawab soalan tersebut.’’

Apabila ditanya, apakah desakan-desakan yang meminta Abdullah berundur boleh menggambarkan wujudnya krisis di dalam UMNO kini, Muhyiddin berkata, ‘‘saya hendak kata, ia bukan satu krisis yang besar. Tapi, ia boleh menjadi satu krisis yang besar sekiranya tidak diuruskan dengan baik.”Mala PetakaMuhyiddin juga berkata, pandangan pemimpin veteran, Tan Sri Mohamed Rahmat, bahawa UMNO kini hampir hilang kuasa, memang baik dan seharusnya perlu untuk berperasaan sebegitu. Jika Melayu tidak peka atau menganggap keputusan PRU yang lalu sebagai perkara biasa, maka ia jelas satu perbuatan yang lalai. Apabila lalai, ia akan membawa mala petaka dan bencana yang lebih besar. Jadi eloklah ada peringatan seumpama itu. Lebih penting, bukan sahaja peringatan, tetapi apa yang perlu dilakukan. Jadi kesedaran telah ada dan oleh itu sesuatu segera perlu dibuat kerana jika tidak, Nauzzubillah, ada benda yang buruk akan berlaku kepada orang Melayu.Maka terserahlah kepada seluruh pemimpin dan warga UMNO di segenap peringkat, di seluruh negara, untuk memperincikan seluruh hakikat di atas dan kemudiannya membuat keputusan yang sesuai dengan “suara ramai” seperti yang ditegaskan oleh Najib, yang “tidak berpura-pura” seperti yang disuarakan oleh Shahiruddin, dan untuk mengelakkan sesuatu yang buruk yang mungkin “akan berlaku kepada orang Melayu” seperti dihuraikan oleh Muhyiddin.Latarbelakang utama kepada keputusan yang dibuat kelak adalah, Abdullah sudah menghebahkan bahawa beliau akan melaksanakan peralihan kuasa kepada Najib.

Tetapi, Abdullah seolah-olah menghebahkan kenyataan itu semata-mata sebagai satu muslihat yang penuh berjuta rahsia.Sebab itulah Abdullah tidak menarik balik kenyataannya bahawa beliau akan terus mengekalkan kerusi Presiden UMNO dalam pemilihan parti hujung 2008 ini. Sebab itulah juga Abdullah hanya menyatakan di Kota Kinabalu pada Pada 7 April 2008, bahawa beliau “tidak akan memegang jawatan bertahun-tahun lamanya” dan beliau “akan bersara satu hari nanti tetapi saya tidak akan berhenti dalam keadaan politik sekarang.”Dan, paksi persoalan kepada keputusan yang mungkin diambil adalah, wajar atau tidak seluruh pemimpin dan warga UMNO, di semua peringkat dan di seluruh negara, dengan segera bertanya secara rasmi kepada Abdullah, bilakah tempoh waktu yang jelas, tepat, khusus dan pasti, untuk beliau melaksanakan proses peralihan kuasa kerajaan dan UMNO kepada Najib.Atau, wajar atau tidak - demi agama, bangsa dan tanahair - sewaktu UMNO seolah-olah berada dalam keadaan darurat ketika ini, seluruh pemimpin dan warga UMNO memujuk Abdullah dengan penuh hemah dan budibahasa, supaya beliau mengundurkan diri daripada persada kekuasaan dan kepimpinan kerajaan dan UMNO, dalam tempoh terdekat ini?Akhir sekali, jika seluruh keputusan dan tindakan yang mungkin akan diambil oleh pemimpin dan warga UMNO, gagal untuk menginsafkan Abdullah terhadap realiti siasah semasa, fikir-fikirkanlah, mungkinkah seluruh gembar-gembor mengenai peralihan kuasa kepada Najib kebelakangan ini memang hanya satu muslihat yang penuh berjuta rahsia? Dalam keadaan sedemikian, fikir-fikirkanlah keputusan dan tindakan selanjutnya, secara ikhlas, jujur, tegas dan berani, demi agama, bangsa dan tanahair.


Peralihan kuasa, PM dan TPM perlu berundur bagi selamatkan negara - Mahfuz




SEREMBAN 15 Jun (Hrkh) - Formula peralihan kuasa seperti yang dipersetujui Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib Tun Razak bukan jalan terbaik bagi menyelematkan negara dan rakyat dari kesengsaraan 'terlampau' mutakhir ini, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.Sebaliknya, kata beliau kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu perlu melepaskan jawatan masing-masing kerana mereka adalah liabiliti negara. "Mereka adalah pemimpin yang menjadikan rakyat terus sengsara, negara berada dalam keadaan tidak menentu, pentadbiran cukup lemah dan rakyat terus tertekan dengan pelbagai dasar mereka yang tidak tentu," ujar Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena semasa menghubungi Harakahdaily sebentar tadi. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri berhubung formula peralihan kuasa dengan Najib yang disiarkan akhbar arus perdana semalam.



Mengulas lanjut, Mahfuz menyatakan Perdana Menteri seorang pemimpin yang lemah dan tidak mampu mentadbir negara dengan bijaksana. Sementara Najib adalah seorang yang sangat dikenali dengan dakwaan skandal-skandal tertentu termasuk dalam isu pembelian peralatan ketenteraan, kapal selam dan jet pejuang yang menjadi sebutan ramai. "Kedua-dua mereka adalah liabiliti kepada negara, justeru kedua-duanya perlu melepaskan jawatan masing-masing bagi menyelamatkan negara, "Formula yang mungkin berkesan bagi mengatasi masalah negara ini ialah, saya menyeru kepada seluruh ahli parlimen BN termasuk Umno menyertai Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan sekaligus menyelamatkan negara dan rakyat yang kini berada dalam keadaan kritikal," ujar Mahfuz.



Jika perkara ini lambat dilaksanakan, beliau bimbang negara dan rakyat akan terus berada dalam keadaan yang tidak menentu dengan kerana kelemahan pemimpin Umno/BN yang mentadbir negara ini._

Friday, June 13, 2008


Nik Aziz Sokong Demontrasi Bantah minyak Naik


pemudawilayah"Oleh Herman Samsudeen
“Ini adalah hak asasi rakyat (minyak)…kalau kerajaan tidak mahu rakyat berdemontrasi, janganlah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak rakyat”Begitulah kata-kata Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat bila ditanya tentang siri-siri demontrasi membantah kenaikkan harga minyak.Rakyat diserata negara digesa untuk berani tampil menunjukkan ekpresi bantahan kepada Kerajaan BN atas kegagalan mereka menguruskan ekonomi negara. Minyak merupakan isu penting yang mempengaruhi kehidupan rakyat.



Setiap sen kenaikkan pasti akan mempengaruhi kadar perbelanjaan terhadap pembelian barangan lain di pasaran yang turut melambung naik. Minyak menjadi akar kepada penghasilan bahan kegunaan dan dagangan di pasaran.Maka, kerajaan haruslah sedar bahawa langkah kenaikkan sebanyak 78 sen dan RM 1 minggu lepas adalah satu langkah yang melampau kerana ianya menyebabkan ekonomi negara menghampiri jurang inflasi melampau.Rakyat digesa untuk bangkit dan menekan kerajaan agar mendengar pandangan dan juga tuntuta.Hari ini sahaja, demontrasi terbesar yang pertama akan diadakan di ibu kota dari Masjid Kg. Baru hingga ke Suria KLCC. Ribuan rakyat dijangka hadir bagi membantah kenaikkan.Apa yang menarik dalam kisah kenaikkan harga minyak ini berbanding isu demokrasi adalah tentang hubungannya dengan rakyat yang lebih mudah difahami dan terkesan pada semua. Jika isu Bersih dahulu, tuntutan pilihanraya bersih lebih kepada dekat kepada mereka yang mengerti hak asasi mereka secara khusus dalam konteks politik.



Tetapi kali ini, isu minyak mendekati semua pihak dan mengoncang kemarah yang tidak dapat di bendung. Walaupun begitu, rakyat masih berfikir waras dan mengamabil langkah berdemontrasi bukannya berevolusi sebagaimana yang berlaku dinegara lain.Demontrasi adalah sebahagian dari bentuk demokrasi dan rakyat berhak untuk berjalan di mana sahaja dalam negara ini untuk menyatakan tuntutan mereka.Bukan sahaja rakyat, malah pegawai kerajaan, Polis, tentera dan sebagainya berhak untuk turut sama bagi kita menzahirkan apa yang telah lama kita simpan.Mencari solusi terhadap isu ini adalah satu tanggungjawab, dalam masa yang sama kita juga perlulah berusaha menekan kerajaan agar menurunkan harga terlebih dahulu sebelum ekonomi negara dilanda inflasi yang lebi teruk.



Kita tidak mahu, pada masa akan datang memiliki terlalu banyak wang tetapi hanya mampun memberi sedikit barang. Kuasa beli kita merundum jatuh, barangan semakin mahal dan para pengusaha tidak berani lagi keluarkan produk mereka pada skala yang besar mengikut permintaan.Jadi, mari kita berdemontrasi. Jangan takut, jangan gusar. Ini hanyalah sebahagian dari bentuk reaksi rakyat yang harus diterjemahkan agar Kerajaan BN faham tunutan kita."

Demo 13 Jun berjaya dan penuh keamanan


pemudawilayah"Oleh Herman Samsudeen


Demontrasi Aman yang menghimpunkan pemuda-pemuda Pakatan dan rakyat pada hari ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat dalam dan luar negara terhadap kezaliman Barisan Nasional yang menaikan harga minyak minggu lepas.Himpunan bermula dari Masjid kg. Baru kira-kira jam 2 petang dengan dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub bersama Hj. Mohamad Sabu, Ust. Idris, Syed Azman, Ust. Nuridah, Dr. Lo’lo’, serta Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Jonah@Khairul Annuar Ahmad Zainudin dari Angkatan Muda Keadilan.

Sekitar 5,000 orang menyertai himpunan ini dan pihak Polis yang menerima laporan bahawa perarakan akan berlangsung hingga ke Suria KLCC telah mengambil tempat.Laluan untuk memasuki jalan Raja Abdullah disekat berhampiran pintu keluar masjid. Untuk itu rancangan untuk ke KLCC dibatalkan dan himpunan berarak memasuki jalan Raja Alang di Chow Kit dan Keluar di Jalan Batu untuk menuju ke Sogo.Rancangan berkenaan dilakukan bagi memastikan perarakan dapat dijayakan. Suria KLCC adalah rancangan di atas kertas yang akhirnya menyebabkan laluan alternatif menjadi lebih mudah tanpa gangguan Polis.Pada pagi tadi, penganjur difahamkan bahawa pihak Polis telah mengadakan beberapa sekatan sepanjang laluan hingga ke KLCC dan terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa sekumpulan samseng yang diupah pihak tertentu menanti di KLCC untuk melakukan rusuhan.


Kita merancang, Allah Merancang dan perancangan Allah itu lebih baik. Maka pelan altenatif digunakan dan perarakan berlangsung dengan aman.Tak sampai 100 orang anggota polis mengikuti perarakan ini kerana ramai yang berkumpul dilaluan sekitar Jalan Sultan Ismail hingga ke Jalan Ampang.Laungan “BN..Barang Naik” dan “Turun….Turun…Turun BN” membakar kehangatan tengahari yang ternyata tidak mampu melunturkan semangat para demonstran.
Dalam ucapan pimpinan, Salahuddin menyatakan bahawa rakyat perlu bangkit dan membantah kenaikkan ini sebelum Barisan Nasional terus menerus mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesukahati.


Kerajaan BN dituntut untuk menurunkan harga barang dan rakyat akan teruskan melancarkan kempen PROTES sekiranya pemimpin BN terus bersikap angkuh.Para demontran mengambil tempat di petak kuning berhadapan dengan Sogo bagi mendengar ucapan pimpinan. Lebih 20 minit, himpunan dilakukan disitu dan pihak polis langsung tidak menganggu himpunan. Mereka hanya memerhati dari jauh sambil turut mendengar ucapan dari para pimpinan.Selepas sahaja Ust Idris habis memca doa, perarakan diteruskan hingga ke Pejabat Agung Pas di jalan Raja Laut.


Sebelum himpunan bersurai, Salahuddin mengingatkan semua agar dapat mengajak lebih ramai lagi rakyat untuk bersama dalam Himpunan Sejuta Rakyat Membantah Kenaikkan Minyak pada 5 julai nanti.Para demonstran ternyata berpuashati kerana dapat menyertai Himpunan ini dengan baik walaupun pada awalnya diwar-warkan seperti akan berlaku tangkapan dan adegan kejar mengejar dengan Polis.Kita memahami bahawa Malaysia negara demokrasi, dan ini adalah sebahagian dari demokrasi yang dituntut rakyat iaitu untuk didengar suara serta pandangan walaupun dari kaki lima."

Nik Aziz cetus cadangan gaji dua kali sebulan empat tahun lalu



KOTA BHARU, 12 Jun (Hrkh) �

Cadangan kerajaan persekutuan bagi membayar gaji dua kali sebulan sebenarnya sudah lama dicetuskan Menteri Besar Kelantan.Malah kerajaan negeri sudah membuat kajian mengenai cadangan tersebut dan ia didapati agak kurang sesuai kerana memerlukan kakitangan lebih ramai dan menyukarkan dari aspek pentadbiran. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, cadangan mengenai perkara itu empat tahun lepas dicetus kerana memikirkan cara meringankan bebanan kakitangan kerajaan. Bagaimanapun selepas dikemukakan kepada pegawai, mereka menjelaskan pelaksanaan agak sukar kerana ia memerlukan lebih ramai lagi kakitangan untuk melaksanakan tugas tersebut. Selain itu banyak lagi kesulitan lain yang bakal dihadapi. Jadi ekoran timbul masalah tersebut menyebabkan cadangan saya itu belum lagi dapat dilaksanakan di Kelantan,� katanya pada persidangan media di kediamannya di Pulau Melaka, hari ini.



Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan gaji pegawai dan kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan mulai Ogos depan. Menurutnya langkah itu dibuat bagi membantu kakitangan awam mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kenaikan harga bahan api. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya ada pihak lain yang mampu melaksanakan gaji dua kali sebulan beliau turut menyokongnya. Ditanya konsep Islam Hadhari yang ditolak kerajaan Selangor dan negeri-negeri Pakatan Rakyat katanya, Kelantan tidaklah sampai mahu mengharamnya. Biar pun saya tahu Islam Hadhari adalah karut namun saya lebih suka menjawabnya kembali dengan fakta-fakta dan nas-nas al Quran.



�Kalaulah betul konsep Islam Hadhari, di mana pula Iman Hadhari kerana Islam dan Iman tidak boleh diasingkan. Ia akan disoal di akhirat kelak,� ujarnya. Beliau juga bimbang suasana dalam negara tidak akan menjadi aman lagi kerana kehidupan rakyat semakin terdesak sekarang ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini. Menurutnya, tidak boleh ditolak kemungkinan akan berleluasa gejala mencuri, merompak dan pelbagai lagi perlakuan jenayah kerana kehidupan rakyat semakin tertekan. Oleh itu katanya adalah menjadi hak rakyat untuk berdemontrasi bagi membantah kenaikan harga minyak bagi menyatakan masalah mereka.



Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan elaun wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong sejak lebih 18 tahun lalu kerana memikirkan kebajikan rakyat perlu diutamakan. Saya sendiri kalau hadir pada mesyuarat lembaga anak-anak syarikat milik kerajaan negeri meminta pegawai memotong 50 peratus elaun yang diperuntukkan kepada saya,� ujarnya. Kelmarin Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu setiap wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong elaun bulanan sebanyak 25 peratus untuk Tabung Serambi Mekah dan kebajikan parti serta rakyat. - mj

Wednesday, June 11, 2008



Bila PM 'cakap tak serupa bikin'



Salmiyah Harun Wed Jun 11, 08


KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Kakitangan Keselamatan Jabatan Perdana Menteri menyahut seruan menteri mereka untuk mengambil langkah berjimat cermat antaranya tidak menggunakan penghawa dingin tetapi di bilik Perdana Menteri sebaliknya. Keadaan itu, menyebabkan sebahagian wartawan dan beberapa rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat ketika menghantar memorandum bantahan kenaikan harga minyak kepada Perdana Menteri kepanasan. Ketika itu, beberapa wartawan termasuk dari Harakahdaily dan media arus perdana masing-masing merungut dan bertanya kepada beberapa kakitangan keselamatan.



"Kita kena berjimat-cermat, minyakkan dah naik," kata salah seorang kakitangan keselamatan sebaik diajukan oleh wartawan. Bahang kepanasan makin terasa apabila wartawan mengerumuni Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan ketika beliau membuat sidang media. Kelihatan beberapa wartawan berpeluh sehingga membasahi baju mereka, namun mereka tetap menunggu untuk mendapatkan kenyataan daripada wakil Pemuda PAS itu. Rungutan wartawan itu turut diutarakan kepada salah seorang wakil rombongan pemuda iaitu Penolong Pegawai Tadbir Media Pemuda PAS, Safarizal Salleh yang turut ikut menghantar memorandum kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Dato' Ahmad Yacob.



Bagaimanapun, beliau memberitahu 'aircond' di bilik Perdana Menteri amat nyaman dan sejuk. "Di sini panas, tapi kat bilik PM bukan main lagi...menggigil sejuk, "balas Safarizal dengan nada sinis selepas mendengar rungutan oleh wartawan. Semalam lapan Exco Pemuda PAS Pusat menghantar memorandum bantahan kenaikan harga minyak kepada Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - mks. _

Akhirnya Kelantan juga yang di ikut……


Oleh alrijal"


Setelah rakyat merana dengan kenaikan harga minyak dan juga barangan keperluan maka ramailah pembesar-pembesar negara dan juga pembesar-pembesar negeri yang diperintah oleh parti cap keris mengurang dan memotong elaun yang mereka nikmati selama ini. 10% oleh Perdana menteri dan hulubalangnya, 10% juga oleh pembesar di Melaka, Terengganu dan Sarawak dan juga negeri Pahang bersedia sehingga 30%.Kerajaan Kelantan sudah 18 tahun membuat potongan sehingga 25% kepada parti dan kerajaan (Tabung Serambi Mekah) seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Besar Dato’ Ahmad Yaakob samada masa harga minyak naik atau harga minyak turun. Disini kita boleh buat perbandingan kerajaan manakah yang lebih prihatin atau bahasa mudah yang cakno pada rakyat….? Apakah rakyat dinegara ini dahulunya kaya raya semua? ?? Dalam statistik negeri termiskin yang dikeluarkan pada 2006 negeri yang termiskin adalah Sabah dan kedua nya Terengganu. Apakah kerajaan sebelum kenaikan 78sen seliter baru-baru ini tidak merasai keperitan hidup rakyat? Kenapa baru sekarang hendak kurang atau potong elaun????



Walaubagaimanapun syabas pada parti Islam kerana telah membuat kebajikan pada rakyat terlebih 18 tahun daripada kerajaan cap keris telanjang itu dan sekarang ternyata mereka tetap mengikut langkah yang diambil oleh kerajaan Kelantan walaupun langkah itu atas desakan rakyat tetapi dikira sebagai meniru kerana telah dibuat oleh kerajaan Islam Kelantan terlebih dahulu…..

Tuesday, June 10, 2008



Kenaikan Menggila Harga Minyak Undang 1001 masalah




Dengan pengumuman kenaikan yang tertinggi dan menggila harga minyak oleh kerajaan Barang Naik(BN) pada Khamis lepas membuatkan seluruh negara menjadi cemas dan kelam-kabut.Kenaikan ini dijangkakan akan berlakunya berbagai-bagai gejala-gejala negatif yang membimbangkan.Bermula dengan kenaikan yang menggila ini akan berlakulah lonjakan drastik kenaikan harga barang keperluan.Yang menjadi mangsa adalah rakyat.Selain itu tahap kemiskinan akan meningkat dengan drastik.Masalah pengangguran akan pertambah.Ia disebabkab pihak majikan swasta akan bertindakmengurangkan jumlah pekerja bagi mengurangkan kos kewangan syarikat.Meraka akan menggantikan pekerja tempatan dengan pekerja asing.Maka akan berlakulah kebanjiran buruh asing dari negara-negara jiran.Yang menjadi mangsa adalah pekerja tempatan.


Apabila jumlah pengangguran bertambah akan bertambahlah masalah jenayah yang disebabkan oleh tekanan dan desakan hidup.Kenaikan minyak juga akan berlakulah kerja-kerja penyeludupan berbagai-bagai bentuk barangan salah satu diantaranya ialah minyak.Penindasan terhadap golongan yang berpendapatan rendah akan menjadi-jadi oleh golongan yang berpendapatan tinggi.Jurang kehidupan diantara golongan yang kaya dan miskin menjadi semakin jauh.Kenaikan ini akan mengudang masalah infasi yang krikal.Rakyat akan memilih untuk berjimat-cermat dan mengurankan kuasa membeli.Maka peniaga-peniaga akan mengalami kemerosotan dalam perniagaan dan seterusnya aktiviti ekonomi negara akan menjadi lembab dan akhirnya pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negara akan menjadi perlahan seterusnya gagal untukbersaing.


Dari segi pelajaran pula remaja-remaja akan memilih untuk bekerja daripada menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Mereka terpaksa mengenepikan impian dan cita-cita untuk bekerja demi membantu keluarga untuk mencari pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan hidup.Akhirnya negara gagal melahirkan golongan cerdik pandai dalam pelbagai bidang akademik.Kerajaan Barang Naik(BN) tidak memikirkan masalah-masalah dan kesan yang ditanggung oleh rakyat dengan kenaikan harga minyak yang menggila ini.Mereka hanya memikirkan nasib kaum keluarga dan sanak saudara serta kroni-kroni sahaja.Mereka menyarankan supaya rakyat mengubah gaya hidup,sedangkan pemimpin-pemimpin kerajaan Barang Naik terus hidup dalam kemewahan.


Sepatutnya mereka bersama-sama dengan rakyat menanggung kesengsaraan akibat kenaikan harga minyak ini.Sudah tiba masanya pihak kerajaan Barang Naik mengkaji semula gaji dan elaun-laun yang mereka perolehi seterusnya melakukan pemotongan atau lebih baik manghapuskan elaun-elaun tersebut bagi menunjukkan kesungguhan mereka dalam isu kenaiakn harga minyak ini.Contohilah kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dengan mengurangkan elaun-elaun MB dan exco-exco kerajaan.Sesiapa yang telah mengundi BN pada PRU lepas berasa menyesal yang tak sudah.Inilah akibatnya mengundi Kerajaan Barang Naik(BN). "

Monday, June 9, 2008


PEMBENTUKAKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT AKAN DIUMUN DI SABAH




"Rakyat Malaysia akan menanti pengumumanDATUK SERI ANWAR IBRAHIM pada bulan SEPTEMBER 2008, yang manasatu perubahan lanskap politik Malaysia berubah. Dan pertukaran Kerajaan Persekutuan Malaysia kepada satu wadah politik yang tidak diduga oleh Barisan Nasional. Jika rancangan yang diatur berjalan tanpa halangan dan rintangan,DATUK SERI ANWAR IBRAHIM AKAN MEMBUAT PENGUMUMAN PERALIHAN KUASA DARI BARISAN NASIONAL KEPADA PAKATAN RAKYAT ATAU KATA MUDAH FAHAM PERTUKARAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DARI BN KEPADA PAKATAN RAKYAT YANG AKAN DIUMUNKAN DINEGERI SABAH. (mengikut sumber dari semua wadah politik dalam Pakatan Rakyat).Dari pengamatan politik dan arus politik cukup deras alirannya. Jika betul apa yang yang dirancang oleh penasihat umum PKR, penduduk Malaysia akan menanti dan mengharapkan satu keputusan yang bijak dan bersifat harmoni tegas dan amam.Yang menjadi tanda tanya kepada semua penduduk Malaysia berlakukah perubahan kerajaan persekutuan Malaysia pada September 2008?. Rakyat mahu lihat perubahan yang meyeluruh dari apa yang terjadi dan dihadapi sekarang cukup terseksa atas kenaikan harga minyak dan barang keperluan harian.



Rakyat mahu lihat kerajaan Pakatan Rakyat mencari formula mengatasi apa yang berlaku yang tidak dapat dibuat oleh Barisan Nasional. Rakyat juga mahu lihat bolehkah kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji-janji dalam kempen PRU 12 yang lalu.Rakyat cukup menderita dan sengsara isu kenaikan harga minyak yang membuat semua barangan yang dikawal atau tidak dikawal harganya naik melambung. Julai ini tarif letrik dinaikan lagi membeban rakyat. Bagaikan kerajaan barisan nasional hilang kawalan.



Perlu perubahan dan inilah masa untuk berubah. Jika berlaku perubahan dan diberi mandat oleh ahli parlimen Sabah, Sarawak dan ahli parlimen dari semenanjung dari barisan nasional meyeberangi Pakatan Rakyat tidak mustahil terjadi, SATU LEDAKAN POLITIK YANG CUKUP MENARIK DAN TERPESONA. DSAI AKAN BERADA DIPERSADA POLITIK MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. KITA PERLU PERUBHAN DAN JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH. SYABAS PADA AHLI PARLIMEN YANG SANGGUP MENGHADAPI CABARAN DAN ERUBAH LANSKAP POLITIK YANG BERASASKAN KAUM, ITULAH DEMOKRASI. JIKA LANGKAHNYA BAIK BERUNTUNG JIKA LANGKAH SUMBANG BURUK PADAHNYA. PERINGATAN: LARI DARI MULUT SINGA TERPERANGKAP ATAU JATUH DALAM LUBUK BUAYA DAN TERUS MASUK MULUT BUAYA. BERHATI.....BERHATI...BERHATI... "

Wednesday, June 4, 2008


"Anwar diramal masuk UMNO"?




KUALA LUMPUR 3 Jun - Seorang penganalisis politik meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan menyertai semula UMNO berikutan parti itu adalah satu-satunya wadah bagi membolehkan beliau mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.Pengarah Institut Pengajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, tanda-tanda jelas perkara itu akan berlaku ialah dengan permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk menyertai UMNO baru-baru ini



Katanya, kemasukan bekas orang kuat Anwar itu tidak boleh dilihat sebagai 'Kuda Trojan' seperti disangka banyak pihak sebaliknya beliau adalah 'landasan kereta api' bagi membuka laluan untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali kepada UMNO.Kejutan''Saya tidak pasti sama ada ramalan ini akan menjadi kenyataan atau tidak tetapi semua orang tahu bahawa banyak kejutan sering berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini," katanya.Beliau berkata demikian pada sesi dialog selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Pembangunan Negara Bangsa dan Negara Etnik di Malaysia pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-22 di sini hari ini.Menurut Shamsul Amri, bukti bahawa Anwar masih berminat untuk kembali kepada UMNO jelas apabila beliau sehingga kini tidak pernah membuat permohonan menjadi ahli PKR walaupun beliau adalah Penasihat parti itu.Katanya, Anwar juga akan memilih UMNO kerana merasakan bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri selama '25 minit' sekiranya dapat memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai pakatan pembangkang.



''Perkara ini boleh berlaku kerana pakatan terbabit sebenarnya tidak kukuh dan terdapat kemungkinan Pas akan keluar dan bergerak bersendirian.''Kita juga harus ingat bahawa yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk menolak pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kemungkinan ini tidak boleh diabaikan," ujarnya. Tambah beliau, Anwar dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapat sokongan di kalangan ahli-ahli UMNO kerana beliau dilihat mempunyai pengaruh di peringkat antarabangsa.''Sebelum ini terdapat jangkaan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi sokongan terhadap beliau semakin berkurangan kerana dilihat terlalu banyak bersikap mendiamkan diri membabitkan isu-isu berkaitan perubahan kepimpinan negara," katanya.



Ahli UMNO dibuai mimpi indah dengan perkembangan yang tiada kepastian ini, manakala Najib pula yang berpeluh dikala menghadapi mimpi ngeri. Sedangkan Ezam si penyelamat bangsa itu pun permohonanya untuk menjadi ahli UMNO mengambil masa 2 minggu untuk diluluskan, inikan pula permohonan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi presiden UMNO atau Perdana Menteri. Mungkin mengambil masa beberapa 'penggal' untuk disemak permohonan ini di atas dasar 'biroKERAsi'.Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, pendirian orang biasa seperti saya ialah ; Kita sebagai pejuang keadilan bukan hanya mengikut pemimpin, kita juga mempunyai akal untuk tidak mengikut seorang pemimpin itu terjun ke longkang. Kita juga bukan seperti ahli parti yang mengangguk 'yes-boss' di kala mata tertutup menghalalkan kemungkaran tindak tanduk seseorang pemimpin.Jika Anwar masuk UMNO di atas alasan memperkuatkan bangsa melayu, mungkin ramai yang akan mengikuti jejak beliau dengan menggugurkan fasal perjuangan dan dalam angan, duit akan masuk berkoyan-koyan.



Biarlah mereka. Jika ini sudah ditakdirkan, maka akan timbul keredhoan di setiap hati mereka yang kekal berjuang. Di kala itu juga, beberapa kerat yang tinggal itulah pejuang-pejuang cekal, yang tidak memandang kepada pangkat atau darjat, yang tidak berkompromi kepada kezaliman dan akhir sekali yang ikhlas kerana memperjuangkan jalan Allah untuk menegakkan Syiar Islam.Pemimpin itu datang dan pergi tatkala perjuangkan wajar diteruskan. Begitulah juga kiranya ini benar berlaku, maka biarlah si luncai terjun bersama labu-labunya. Kita hidup sekali, biarlah hidup dengan maruah yang tidak tercela.
Walaubagaimanapun, saya percaya kepada DSAI. Saya yakin dengan maruah yang dibawa oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya bahwa beliau tidak akan sewenangnya mengkhianati perjuangan ini hanya untuk mencapai sebuah cita-cita. Seorang pemimpin itu lebih mementingkan kehendak rakyat, maka barulah dikatakan berjasa.Kepada si jenin yang kuat berangan, berusaha lah sendiri untuk mendapat kredit. Jangan lah hanya berangan menyedapkan hati duka nestapa. Apakah hanya kerana DSAI tidak mengisi borang keahlian PKR, maka beliau bukan ahli dan 'berniat' untuk menyertai semula parti yang selama ini mengaibkan beliau? Benar, memang benar bahwa Anwar bukanlah ahli PKR. Tetapi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang juga 'Prime Minister in waiting' dengan izin.



Ahli politik memang sukar dijangka, tetapi ahli politik juga ada maruah dan harga diri. "Sesungguhnya mereka merancang, Allah juga merancang. nescara rancangan Allah lebih hebat!"
Peristiwa Orang Asli berjumpa MB Nizar




"Satu majlis perjumpaan antara Menteri Besar Perak dengan sekumpulan masyarakat Orang Asli yang menamakan kumpulan mereka sebagai “Jaringan Perkampungan Orang Asli,” mewakili seluruh masyarakat Orang Asli negeri Perak telah diadakan di sebuah dewan bertempat di pejabat SUK pada 2 Mei lepas.Kumpulan tersebut yang datang dari 30 perkampungan persekitaran ,mendakwa selama ini mereka hanya diwakili oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk menyampaikan aduan permasalahan yang mereka hadapi dan gagal mendapat pembelaan yang sewajarnya dari “kerajaan yang lama.”



Melalui seorang penyampai bernama Cik Tijah , kumpulan tersebut nampak berjaya menarik perhatian semua yang hadir, untuk turut memahami permasalahan yang dialami oleh sekelumpuk masyarakat yang terus terpinggir oleh arus kemajuan yang kendalikan oleh kerajaan Umno / BN selama lebih 51 tahun negara merdeka.tayangan ‘slide video’ dan diselang selikan dengan penyampaian dari beberapa wakil tertentu secara bergilir yang tampil ke hadapan untuk menceritakan secara khusus permasalahan yang dialami oleh perkampungan masing-masing.



Mereka amat gembira kerana selama ini, kata mereka, “ Inilah kali pertama kami dapat layanan dan kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar.Kerajaan yang baru ini bagus tak macam yang lama tu!”Antara rungutan yang mereka sampaikan ialah sikap yang tidak mengambil kira segala pandangan dari mereka. Segala agenda yang melibatkan masyarakat Orang Asli sepatutnya mendapat persetujuan dari mereka dan berilah mereka hak sendiri untuk menentukan hal kehidupan mereka.Mereka menuntut pengiktirafan hak keatas tanah adat mereka yang diwarisi sejak beberapa jenerasi turun temurun. Mereka juga menuntut agar imej Orang Asli tidak dicemari dengan unsur-unsur yang buruk.Mereka turut berharap supaya akta 134 dipinda supaya ianya benar-benar dapat memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada masyarakat Orang Asli.



“Permudahkanlah syarat untuk kami, Orang Asli untuk mendapatkan bantuan dan peruntukan membangunkan tanah adat milik kami,” demikian rintihan dan harapan yang dicurakan dihadapan MB Perak Datuk Seri Ir Nizar , yang mendengar penuh minat dan meneliti setiap masalah yang yang di sampaikan dalam majlis tersebut.Sebelum mengakhiri majlis tersebut, masyarakat Orang Asli telah menyampaikan satu memorandum yang mengandungi 18 tuntutan kepada MB Nizar. Mereka juga turut menyertakan satu memorandum yang pernah diberikan kepada kerajaan yang lepas pada tahun 2003 sebagai rujukan.

Monday, June 2, 2008


Ezam 'budak baik' yang tersesat lagi?


Nik Abduh Nik Abdul Aziz Mon

Jun 02, 08 12:51:22 pm MYT


Salam Kamunting, kali pertama saya menjabat tangan saudara Ezam Mohd Nor adalah di Kem Kamunting. Semasa saya melangkah keluar dari bilik khas tempat saya menziarahi kekanda saya, Ustaz Nik Adli Nik Abdul Aziz di kem neraka ciptaan Umno itu, saya terserempak dengan satu wajah yang begitu mudah dicam melalui perkenalan saya lewat akhbar dan majalah. Beliau bersama seorang lagi tahanan yang saya agak keliru juga pada mulanya. Seorang lelaki dengan rambut yang mengurai panjang macam jenis sosialis macam Hishamudin Rais, tapi rapi dengan wajah tampak begitu bersih dan tenang macam Islamis macam budak 'usrah'. Sebaik mengecapi suasana gembira pertemuan singkat luar jangka itu, saya mengambil masa beberapa minit di luar kem untuk mengingati bahawa lelaki itu adalah Saari Sungib, tokoh hebat yang hentian akhir perjalanan dakwahnya adalah sebagai aktivis PAS yang cukup unik dan multazim. Saya bayangkan itu adalah kemuncak pencarian beliau dan saya meyakini pilihannya itu adalah tepat dan berpetunjuk. Saya suka untuk bersama - sama menumpang orang - orang hebat sepertinya.



Ada pun saudara Ezam, perjalanannya tampak belum berhenti, dari sirah dan umur perjuangannya sekitar 10 tahun ini, beliau telah memilih untuk balik asal. Kini beliau kembali kepada Umno. Samada Tuan Haji Saari Sungib tak sempat khatamkan untuknya siri buku Risalah Usrahnya itu di kem neraka tersebut, ataupun memang saudara Ezam tak dapat mengukur ketinggian nilai persahabatannya dengan abangnya itu, kedua - duanya bagi saya adalah betul belaka. Saya tak kenal Ezam. Saya mengenali dan mengaguminya daripada jauh.Kiranya, saya kurang layak untuk menulis mengenainya hari ini.Saya pendekkan, moga saya tidak tersasar pula selepas dia yang telah pun tersasar.
Yang terakhir saya diberitakan pasal Ezam adalah selepas pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini. Saya rasa ia tepat dengan tindakan Ezam hari ini. Dahulu, Ezam melakukan sesuatu yang terpuji pada anggapan pencinta keadilan dan pembenci kezaliman. Hari ini, ketika beliau sudah diangap berpaling tadah, saya masih mengharapkan tiada apa yang runtuh daripada amal baiknya dulu.
Tetapi itu hanya Allah yang maha tahu. Maka saya menyendiri dan kaku sekali untuk menempelak dan mencercnya. Moga rahmat Allah terus mengekori pergerakan Ezam dalam Umno. Dia budak baik, bagi saya.



Ezam, walaupun memberitahu bahawa sebab beliau kembali kepada UMNO adalah kerana inisiatif 'islah' Pak Lah membaiki negara yang nampak betul-betul dan tak berlakon lagi, tetapi saya fikir itu bukanlah sebab utamanya. Ya, ia sebab tapi ia bukan sebab utama. Saya gagal membayangkan betapa orang yang bersungguh - sungguh menggerakkan GERAK memerangi rasuah yang menjadi musuh utama negara itu begitu mudah menerima pembaikian dan reformasi yang Pak Lah lakukan selepas pilihan raya baru - baru ini. Ia hanyalah pengumuman pembentukan yang belum pun dilihat hasil dan sudahnya. Ezam sudah masak untuk cukup memahami apa itu janji-janji Umno. Bagaimana dibayangkan keberanian Ezam merempuh segala caci maki, kata nista, celaan dan cercaan pemuji dan pemujanya dahulu yang menghujaninya sepanjang penyeberangannya kembali kepada UMNO itu adalah semata-mata kerana kata janji Pak Lah yang tak terbukti pun lagi itu? Sukar saya membayangkan logik tindakan Ezam itu.
Kerana itu saya hanya merasa tenang dengan sebab yang lain daripada apa yang Ezam isytiharkan.



Beberapa ketika selepas pilihan raya, Ezam diberitakan membayangkan betapa Malaysia tidak mungkin sama sekali berPMkan Dato Seri Anuar Ibrahim. Itu kerana senario politik selepas pilihan raya baru-baru ini seperti membenarkan telahan yang sukar itu mungkin bakal menjadi kenyataan. Ezam tidak dapat menerima hakikat ini. Adalah jelas Ezam telah bertindak keluar daripada parti Keadilan atas sebab tidak berpuas hati dan tidak lagi mempercayai kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dan kepada orang - orang tertentu, Ezam seperti membongkar apa yang baginya dia tahu dan orang lain tak tahu mengenai Anwar. Kenyataan umum Ezam, Dato Seri adalah hipokrit. Justeru beliau tidak segan untuk menyatakan betapa beliau menyesal tak sudah-sudah berjuang mempertahankan 'hak' bekas pemimpin idolanya itu. Ia tak tertebus sehinggalah beliau kena kembali berpatah arang menentang idolanya itu. Ezam masuk Umno kerana mahu menghalang Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah.



Inilah sebab utama. Justeru Pak Lah yang leceh sangat janjinya itu menjadi lebih baik di sisi Ezam berbanding Dato Seri Anuar Ibrahim. Ini ketenangan yang saya rasai, mengapa Ezam melakukan apa yang disifatkan sebagai terjunan maut terhadap karier politiknya oleh kebanyakan pengamat politik hari ini. Tidakkah Umno hari ini bagai bumi dilanda gempa? Siapa masuk, maut menanti. Kerana itu, Tun Mahathir yang selalu cerdik itu keluar dari bumi Umno dengan lompatan bergalah. Betulkah Ezam, saya tinggalkan perbahasan untuk andalah. Tak salah anda membahaskan. Berjayakah Ezam, kita nantilahm tak salah kita menanti.
Bagaimana jika menang dan bagaimana jika kalah, anda ulaslah sendiri. Tak salah saya malas nak ulas.



Biarlah apa pandangan anda, saya tetap kata Ezam budak bagus dan budak baik.Budak baik tak semestinya betul tindakannya selalu, apatah kalau baik jenis betul bendul. Tapi Ezam bukan jenis ini. Jenis betul bendul tak mungkin diberi kepercayaan memimpin, apatah dalam dunia politik yang penuh mangsa dan pemangsa. Ezam adalah pemimpin yang ada karisma. Dulu. Saya tinggalkan anda di sini. Cuma, pakailah yang terakhir ini. Berjuanglah untuk Islam. Anda akan beroleh petunjuk yang betul. Berjuanglah untuk akhirat. Anda akan diberi kehidupan yang benar dan abadi. Berjuanglah di belakang RasuluLlah, anda akan menikmati perjuangan anda selama-lamanya. Ezam telah berjuang habis-habisan untuk Dato Seri Anwar Ibrahim. Dia cuba menikmati perjuangannya itu. Dia gagal. Dato' Seri Anwar juga tak pun membela dan menyayanginya. Lama dia merana. Hari ini, Ezam cuba keluar daripada dukanya.



Semua tahu dia keluar dengan memilih jalan salah. Samada Anwar Ibrahim itu betul atau salah, Ezam telah pun salah. Beliau tersadung lagi. Mengapa? Allah berfirman, "Dan orang - orang yang berjuang di jalan Kami, pasti kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami." Banyak-banyak jalan tuhan, Umno 'confirm' jalan thaghut. Bila Ezam pilih Umno, Ezam budak baik yang tersesat lagi. Ezam kena patah balik. Seribu kali patah balik ke jalan Allah lebih baik daripada istiqamah terus di jalan Umno. Semoga Allah mengekori Ezam dengan rahmatNya yang luas. Semoga PAS sentiasa memimpin kepada politik Islam yang bersih dan tulus.


Pengarang: Artikel ini dipetik dari laman web (nikabduh.wordpress.com). Penulis adalah anak Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat./wann