Kini 2 pegawai UTK yg dtuduh membunuh Altantuya itu atas arahan Siapa?
Oleh Reformis Muda



KUALA LUMPUR, 19 Okt (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri Kewangan yang baru kerana tidak sabar-sabar untuk menandatangani kelulusan projek bernilai RM11.31 bilion tanpa melalui proses tender terbuka. Dalam ucapan perbahasan Bajet 2009 baru-baru ini, Anwar kesal menteri berkenaan seolah-olah berebut-rebut untuk meluluskan projek apabila sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri Kewangan. "Saya kesal dan dukacita. Bila Menteri Kewangan tahu beliau akan diangkat menjadi Menteri Kewangan, berebut betul-betul dan sebagai pengerusi jawatankuasa Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau High Speed Broadband yang bernilai RM11.31 bilion diluluskan oleh kerajaan dengan segera tanpa proses tender terbuka.
Abdullah kini sedang menyusun strategi untuk memerangkap Najib dengan pelbagai isu yang boleh memusnahkan impian anak bekas Perdana Menteri kedua itu untuk menerajui kerajaan. Abdullah yang dibantu oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama geng tingkat empatnya sedang mengumpul sebanyak mungkin bukti penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Najib sepanjang memegang jawatan Menteri Pertahanan. Manakala seorang lagi penganalisa politik pula berkata tindakan Abdullah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib merupakan isyarat tersembunyi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri itu. Kata penganalisa politik itu, tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair seorang menteri kewangan akan dilantik menjadi Perdana Menteri sebaliknya kebanyakan mereka akan disingkirkan. Dengan mengambil contoh penyingkiran yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Abdullah akan menggunakan cara yang sama untuk menyingkirkan Najib.
BAGAI PINANG DIBELAH DUA... Salleh Sheikh Ibrahim, 25, menyerahkan hantaran kepada isterinya, Ernie Muneerah Mohd Adhan, 25, selepas majlis akad nikah di Taman Sabariah semalam.
KOTA BAHARU: Berdasarkan sifat ikhlas dan kasih sayang terhadap anak, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik dan ADUN Sungai Abong, Johor, Dr. Sheikh Ibrahim Salleh bersedia mengenepikan perbezaan politik untuk berbesan.
Sikap terbuka itu menyaksikan Salleh Sheikh Ibrahim, 25, semalam diijabkabulkan dengan Ernie Muneerah Mohd Adhan, 25. Majlis akad nikah pasangan mempelai itu berlangsung di rumah Mohd Adhan di sini. Sheikh Ibrahim berkata atas dasar kasih sayang, agama dan bangsa, perbezaan politik dapat diketepikan jika ada keikhlasan di dalam hati untuk memastikan anakanak bahagia.
"Perkahwinan anak kami ini memang ketentuan tuhan, jadi untuk lihat dari aspek yang lebih luas seperti pertemuan PAS dan Umno, ianya bermula daripada keikhlasan untuk bangsa, agama dan negara," katanya. Bagi Mohd Adhan, hubungan anak perempuannya dengan menantunya tidak perlu dihalang atas sebab perbezaan parti kedua-dua bapa, kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak dan sebaliknya mungkin memberikan kesan buruk. "Sama dengan politik, kita tidak mahu mendapat susah kerana cuba menghalang sesuatu yang baik yang akhirnya membawa kesan kepada generasi akan datang," katanya.
Salleh dan Ernie Muneerah pernah bertemu sewaktu zaman persekolahan namun terpisah kerana pekerjaan keluarga. "Tidak sangka pula saya akan bertemu semula sewaktu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika kami mengambil jurusan yang sama dalam kursus ijazah Biologi Molekul. "Kami berkenalan rapat selama tiga tahun sebelum berkahwin hari ini (semalam)," kata Salleh dengan ceria. BERNAMA


Apakah yang berlaku apabila ketua harimau sudah kehilangan taring? Sudah tentulah ia tidak lagi digeruni harimau-harimau yang lain dan jika ada bangkai yang ditinggalkan, sudah tentulah pula harimau-harimau lain akan berebut-rebut untuk mendapatkan bangkai tersebut. Itulah perumpamaan realiti yang berlaku di dalam UMNO pada ketika ini. Pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO Mac tahun depan dianggap sebagai satu pengorbanan besar oleh ramai pihak khususnya dari kalangan pemimpin UMNO sendiri. Banyak kenyataan-kenyataan positif yang dikeluarkan yang menunjukkan mereka sebenarnya ‘mengalu-alukan’ keputusan bapa mertua Khairy Jamaluddin itu.Desakan agar Pak Lah yang bermasalah ini untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri telah disuarakan oleh beberapa pemimpin UMNO sejak kekalahan BN dalam pilihan raya Mac lalu lagi.
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) - Sambil berusaha untuk menafikan bahawa bapa mertuanya yang menjadi punca, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin menyifatkan prestasi terburuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac lalu berpunca dari kegagalan kerajaan pimpinan bapa mertuanya memenuhi janji pada pilihan raya umum 2004 lalu. "Sebab kita kalah dalam pilihan raya (umum) lepas bukan kerana kepimpinan tetapi kerana kita tidak memenuhi janji pada (pilihan raya umum) 2004. "Ia bukan hanya kepimpinan. Ia sebenarnya komitmen kita untuk berubah," mStar memetik menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu.
KOTA BHARU, 10 Okt (Hrkh) - Rakyat tidak seharusnya gusar biar pun tarikh pertukaran kerajaan yang diuar-uarkan 16 September lalu belum menjadi kenyataan, kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, lagi pun rakyat sebelum ini sanggup menunggu puluhan tahun bagi membolehkan Pakatan Rakyat bangkit pada pilihan raya umum lalu. "Puluhan tahun kita sanggup tunggu, tak kan hendak tunggu sekejap lagi pun tidak boleh," katanya pada ceramah perdana Aidilfitri di Padang Perdana, malam tadi. Padang tempat berlangsung ceramah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai. Ceramah itu turut mendapat liputan sebuah stesen televisyen dari Australia yang memfokuskan segmen kebangkitan semula Anwar.
PENGERUSI Umno Kelantan yang tersalah sebut oleh Utusan sebagai Ketua Pembangkang, Annuar Musa membuat kenyataan Umno Kelantan bersedia menyokong Mohd Najib Razak untuk tanding Presiden Umno.Nampaknya Annuar Musa mendahului pengerusi perhubungan Umno negeri-negeri lain. Tindakan cepat itu mudah untuk dibaca, Annuar ingin menjadi orang pertama mendokong Mohd Najib. Itu saja.Cara beliau itu menurut seorang pemimpin Umno Kelantan macam hendak bersihkan dosa saja. Dosa apa? Mungkin dosa dengan Najib? Umum tahu Annuar Musa tidak rapat dan mesra dengan Mohd Najib. Jadi apabila ruang terbuka untuk Najib jadi presiden maka beliau cepat-cepat kena menyatakan sokongan. Nanti kalau lewat terlepas pula.Annuar pun tahu yang Najib mempunyai ramai peminat dan penyokong. Lambat-lambat nanti terkelakang pula. Kan aniya! Kalau tidak boleh duduk di kepala duduk diekor pun tak mengapa. Ini musim Umno dah nak karam.
"SEBELUM kemunculan Islam, umat manusia berada dalam keadaan berpecah-belah dan permusuhan. Tiada sebarang ikatan di antara mereka selain 'asabiah' (perkauman yang keji dan sempit). Pada ketika itu hanya wujud perkauman Arab, Parsi, Tauran dan beberapa bentuk perkauman lain. Perkauman itu pula terbahagi kepada beberapa fahaman etnik, puak dan juga kabilah seperti Aus dan Khazraj di Madinah, Bani 'Adnan dan Bani Qahtan di Semenanjung Tanah Arab, golongan Asyuriyyin di Iraq dan Lubnan dan bangsa Barbar di Maghribi.Apabila Islam muncul, keadaan itu mulai berubah. Semua umat manusia diseru supaya meninggalkan segala bentuk ikatan jahiliah yang sempit, sebaliknya disarankan bersatu membentuk satu umat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu iaitu agama yang mempunyai satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku." (Surah al-Mukminun, ayat 52) Firman-Nya lagi yang bermaksud, "Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (pada masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.
Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (Surah Ali 'Imran, ayat 103)Begitulah Islam berjaya mengubah sikap taksub bangsa dan perkauman, malah menyeru semua kaum supaya bersatu menjadi satu umat yang bersaudara dan bersatu padu. Sebarang kelebihan sesuatu kaum itu hanyalah berdasarkan kepada kekuatan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berusaha mewujudkan perpaduan dan persaudaraan yang menyeluruh di kalangan umat Islam yang terdiri daripada pelbagai kaum dan antara orang Islam dengan bukan Islam. Usaha murni Rasulullah SAW dapat dilihat sebaik saja Baginda berhijrah ke Madinah. Selain itu, Baginda SAW juga menyatupadukan antara golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Usaha Rasulullah SAW menghapuskan fahaman perkauman ini menjadi asas pembinaan sebuah negara Islam seterusnya sebagai empayar Islam yang unggul dan terbesar. Usaha Rasulullah SAW itu adalah selari firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam membuat dosa serta permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)Bagi memperkukuhkan lagi negara yang dibina, Rasulullah SAW berusaha menjalin persepakatan dan kerjasama dalam hal dibenarkan syarak antara umat Islam dengan kaum Yahudi yang tinggal di Madinah. Proses penyatuan dan kerjasama itu dilaksanakan oleh Baginda SAW melalui Perlembagaan Madinah dengan cara diplomasi. Melalui perlembagaan itu hak asasi manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan terjamin.
Di samping itu, ia menetapkan bahawa pertahanan negara adalah tanggungjawab bersama antara umat Islam dan kaum Yahudi. Namun begitu, kerjasama yang dilaksanakan Rasulullah SAW itu tidaklah berbentuk toleransi yang melulu terhadap orang bukan Islam. Sebenarnya umat Islam diharuskan menjalin perhubungan yang baik dengan orang bukan Islam. Perhubungan ini harus dipupuk dengan persefahaman dan kerjasama yang sihat semoga suasana aman dan harmoni dapat dicapai demi untuk meningkatkan lagi pembangunan masyarakat. Namun demikian, sejarah juga mengajar kita bahawa sikap berhati-hati tidak harus dilonggarkan sehingga persediaan kita untuk bertindak memulihkan kekeruhan dan ketegangan yang berlaku terjejas keberkesanannya.Rasulullah SAW menunjukkan satu contoh unggul dalam menghapuskan fahaman perkauman. Oleh itu, kita sebagai orang Melayu beragama Islam wajar menjadikan usaha itu sebagai contoh dan panduan bagi mengembalikan kegemilangan perpaduan yang sudah lama dibina. Kita seharusnya menolak segala budaya berbentuk jahiliah sempit dan menerima segala amalan kebaikan.
Oleh itu, elemen perpaduan yang dilaung-laungkan selama ini, wajib diberi perhatian serius oleh semua pihak. Ia bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh atau dipermainkan tetapi ia adalah syariat Islam.Realitinya, tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan umat Islam kini masih belum menghayati dan mengamalkan sepenuhnya seruan perpaduan ini. Umat Islam dilihat terlalu taksub kepada semangat kepartian, keturunan dan kedudukan pangkat masing-masing sehingga melupai seruan perpaduan Islam. Jika sifat taksub masih membelenggu jiwa umat Islam, maka sukar untuk mewujudkan sebuah negara Islam yang kuat, maju, aman, berintegrasi pada peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam suasana harmoni serta bekerjasama sepenuhnya secara adil.Sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah SWT, kita tidak seharusnya menjadikan perbezaan fahaman politik dan kedudukan pangkat sebagai punca perpecahan. Ini kerana agama lebih penting daripada parti politik dan segala ideologi ciptaan manusia. Justeru, untuk mengekalkan kestabilan, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara, elemen perpaduan dan persaudaraan amat penting.
Sesebuah negara tidak mungkin dapat berdiri teguh jika masyarakat tidak bersatu padu ibarat pepatah Melayu: "Bersatu kita teguh bercerai kita roboh." Sesungguhnya perpecahan boleh mengundang banyak kerugian dan kelemahan kepada umat Islam. Sesebuah negara itu lebih senang dijajah apabila masyarakatnya tidak bersatu dan hidup tidak berpandukan al-Quran dan hadis. Kewujudan perpaduan di kalangan umat Islam jelas merunsingkan musuh Islam. Malah isu perpaduan umat Islam diberi perhatian serius oleh mereka.Segala misi musuh Islam untuk menjajah negara umat Islam tidak akan berjaya selagi wujud perpaduan. Oleh itu jelaslah betapa pentingnya perpaduan dan persaudaraan ini. Kesimpulannya, perpaduan yang kukuh pemangkin kepada kecemerlangan dan kegemilangan negara serta tamadun Islam. Justeru setiap umat Islam hendaklah menghayati dan mensyukuri nikmat perpaduan serta berusaha memeliharanya sepanjang masa.
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhasrat untuk mengumumkan pengundurannya sebagai Presiden Umno. Abdullah disebut-sebut akan mengumumkan pengundurannya itu sebelum mesyuarat bahagian-bahagian Umno 9 Oktober ini. "Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalik. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya. "Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji," mStar memetik Dr Mahathir sebagai berkata ketika ditemui pemberita di rumah terbukanya di Seri Kembangan hari ini. Dr Mahathir juga mengalu-alukan tindakan ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden selaras dengan amalan demokrasi yang dipraktikkan parti. Bagaimanapun katanya, pertandingan itu perlulah berlangsung secara sihat tanpa sebarang taktik kotor.
membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.Mufti Perlis dalam blognya menjelaskan bahawa dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.




Pakatan Rakyat secepat mungkin bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan demokratik. Anwar berkata dalam pertemuan itu, beliau akan mengemukakan senarai nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telahpun memberikan komitmen untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat. Tegasnya, selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Pakatan Rakyat akan memohon untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapat mandat penubuhan kerajaan baru. 



