Wednesday, May 7, 2008


Tabung Dapur untuk Darfur: Pernahkah Mawi ke sana?
Azamin Amin Wed May 07, 08 9:39:55 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Bagi membantu lebih dua juta orang pelarian di Darfur, Sudan,'Tabung Dapur Untuk Darfur' telah pun dilancarkan supaya rakyat Malaysia dapat bersama-sama menyumbang dana untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.Perasmian tabung tersebut telahpun disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pada 30 Julai di Putrajaya dengan kerjasama dan anjuran oleh Dewan Pemuda Masjid Malaysia dan stesen TV3. Untuk menarik lebih ramai penyumbang dan meyakinkan rakyat, seorang ikon telah dipilih untuk menjadi Duta tabung tersebut iaitu Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi. Beliau sentiasa menghiasi iklan TV bagi mempromosi tabung tersebut supaya lebih ramai masyarakat bersimpati dan membantu golongan yang daif di negara tersebut.


Persoalan yang timbul, sehingga kini tidak kedengaran atau kelihatan malah diberitakan tentang pemergian Mawi ke Darfur sejak beliau menjadi Duta seiring tabung itu dilancarkan. "Di sebalik senyuman Mawi yang menghiasi Tabung Darfur itu, kita tidak pula melihat tangisannya di negeri tersebut," kata seorang peminat beliau secara sinis. Ramai pihak mempertikaikan sama ada, Mawi sekadar dijadikan 'tempelan' untuk melariskan sesuatu produk sahaja tanpa mengambil kira kerja-kerja amal yang wajar dilakukan. Sewajarnya Mawi selaku Duta, sudah pun singgah ke Darfur bagi menyelami masalah dan derita rakyat miskin di sana.Sesudah itu, barulah secara 'tulus' dan bersungguh menguar-uarkan kepada orang ramai tentang kepayahan yang dilalui oleh dua juta penduduk di sana.

"Bagaimana nak cerita kalau tidak tahu keadaan di sana? Nak cerita susah dan raih simpati orang tapi tidak tahu apa itu sengsara mereka," kata Salmah seorang penghantar email ke Harakahdaily. "Saya dah tengok di rancangan TV, Mawi sudah pun ke 'United Kingdom' tapi belum lihat lagi ke Darfur," katanya lagi.
Justeru ramai pihak mahu Mawi tidak sekadar dijadikan sandaran untuk tujuan komersial mahupun kebajikan namun tidak 'menghayati' sebarang produk yang dipromosikan. Mungkin penaja tabung atau Mawi perlu melaksanakan 'pertikaian' itu dengan kadar segera kerana tabung tersebut telah diperkenalkan di peringkat nasional dan mendapat perhatian ramai. Sebelum ini dalam satu kenyataan Dewan Pemuda Masjid dalam laman web mereka menyatakan bahawa 'Kebersamaan Mawi diharap akan dapat merangsang anak muda agar turut menjayakan projek tabung dapur untuk darfur ini.

"Harapan kami, Mawi akan menjadi 'agen' penting dalam menyedarkan anak-anak muda dan belia kita tentang nasib serta penderitaan penduduk Darfur jauh di benua Afrika sana," kata laman web berkenaan. Kini ramai juga tertanya-tanya dengan slogan yang pada peringkat awal kemunculan Mawi di dunia seni yang kini sudah tenggelam sepi :'Belia Benci Dadah'. Seharusnya slogan itu wajar diteruskan dan dalam masa yang sama Mawi mesti turut serta dalam kempen-kempen mencegah gejala pengunaan Dadah secara drastik, memandangkan beliau dianggap sebagai ikon remaja dan 'contoh' tauladan kepada sesiapa yang mahu berjaya,kata sesetengah pihak yaang prihatin dengan perjalanan seni beliau.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan, mereka boleh melakukannya terus ke akaun TABUNG DAPUR UNTUK DARFUR TV3 melalui akaun Maybank bernombor 514271-339000 atau menerusi laman web www.mayban2u.com atau mengirim cek berpalang dialamatkan ke TABUNG DAPUR UNTUK DARFUR (TDD TV3) No 3, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya.

Monday, May 5, 2008




Pertemuan dua sifu




Intan Abdullah



KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng HO milik penyanyi popular, Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Serch di Wangsa Maju, Setapak, Ahad lalu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum itu merasmikan cawangan baru kedai buku Sarjana Media di Carrefour Wangsa Maju.Kehadiran beliau di Restoran Cheng Ho disambut mesra Amy dan isteri. Amy yang terharu dengan kehadiran pemimpin utama PAS itu mengambil kesempatan membincangkan cadangannya menubuhkan sebuah rumah anak yatim dan tahfiz al-Qur'an di Johor. Turut hadir dalam majlis itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif. Berita penuh menyusul.- tajdid

Sunday, May 4, 2008


Hidup Raja Petra, Raja Bloggers
"Bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman ditahan pihak polis, pastinya ia sebuah pengalaman ngeri. Kita akan diherdik, dicerca, dipaksa untuk membuat kenyataan. Pihak polis juga biasanya sangat angkuh dengan kedudukanya mereka yang 'sentiasa betul'. Di maki polis adalah perkara biasa.Bagi sesetengah pendapat, walaupun seseorang itu ditangkap kerana terlibat dengan jenayah, adalah tidak wajar pihak polis untuk melakukan kekerasan yang melampau sebelum dapat disahkan kesalahanya.Ingatkah kita apa yang terjada kepada Dato Seri Anwar Ibrahim suatu masa dahulu? Beliau Diherdik, dicerca, dimaki, dihamun, ditelanjangi dan diaibkan! itu layanan untuk bekas TPM, apatahlagi rakyat biasa.

Tetapi apa yang berlaku baru-baru ini sangat menarik perhatian saya. Keberanian demi kebenaran itu adalah harus. Peristiwa yang dilalui oleh Raja Bloggers atau Raja Petra Kamarudin ini seharusnya membuka mata semua pihak. Bahawasanya, pihak polis tidaklah sekebal mana, tetapi hanya layak untuk 'memujuk' sahaja bagi mereka yang belum jatuh hukumnya.Mengikut kata2 RPK, bukan polis yang bagi pilihan pada beliau tetapi beliau yang memberi kata dua kepada pihak polis! Beliau berkata, "I give you 2 choice, you want to arrest me go on or else you release me. If you release me, I dont want to see your face again and dont ever disturb me again. I wont make any statement !" Begitulah antara kata2 beliau selepas keluar dari Ibupejabat Polis Bukit Perdana.Selama lebih dua jam pihak polis cuba untuk memujuk kerabat Sultan Selangor ini supaya membuat kenyataan terhadap artikelnya Najib-Rosmah-Altantuya. Raja Petra Raja Kamarudin merupakan anak saudara kepada Almarhum Sultan Salahuddin dan ibunya keturunan Welsh (Wales).

Tindakan Petra sangat berani. Beliau juga pernah mengatakan bahwa blog beliau (actually semua blog) adalah tidak tertakluk kepada undang2 Malaysia kerana blog tersebut (blog kita juga) based on overseas. Kebebasan bersuara yang dilaungkanya kini semakin mendapat tempat di hati rakyat.Hidup Raja Petra, Raja Bloggers. Kata2 beliau menyemarakkan lagi semangat semua bloggers !! Dengan keberanian Raja Petra, menjadikan bloggers kerdil seperti saya lebih berani!
EDYES
"Suara Rakyat Suara Keramat !!"
RAJA PETRA "

Saturday, May 3, 2008


Surat Kepada Sir Alex





Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Sir,
PER : Mengadu Kebaculan Pengikut Manchester United.


Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas kepada tuan, atas kejayaan pihak Manchester United menjadikan para pemimpin negara kami sebagai pengikut. Saya amat terharu sehingga berlinangan air mata apabila pemimpin negara kami menjemput pihak tuan berlawan dengan pasukan negara kami sempena hari kemerdekaan.Linangan air mata itu akan terus mencurah-curah sekiranya pasukan tuan membelasah pasukan negara kami sempena hari kemerdekaan yakni juga dari pihak tuan. Syahdunya. Bagaikan tuan anjing yang mempamerkan kepatuhan si anjing di hadapan penonton yang juga terdiri daripada golongan anjing.Cuma, entah bagaimana, program yang amat baik bagi meningkatkan keinsafan mengenai erti kemerdekaan negara kami itu terbatal. Walaupun pengikut tersetia pihak tuan, Paklah dan menantunya campur tangan, ternyata pihak FIFA tidak membenarkannya. Alangkah ruginya kepada kami, terutama anak cucu kami, terlepas satu program ‘tarbiyah’ erti kemerdekaan.


2. Tuan. Itu pengaduan kami yang pertama. Pengaduan kami yang kedua ialah mengenai adanya muslihat tertinggi untuk menjatuhkan pihak tuan sempena kejayaan tuan ke final Piala Juara-juara. Tuan akan bertemu dengan pasukan Chelsea. Dan inilah pengaduan kedua pihak kami.Negara kami sanggup mengesahkan passport negara Israel, di mana sekaligus mengiktiraf kewujudan negara haram itu, dan secara automatiknya melukakan perasaan saudara kami sendiri di seluruh dunia. Mengapa? Kerana pasukan negara kami sedang memindahkan tektikal / kemahiran terkini milik negara kami kepada pasukan Chelsea. Ini sudah pasti mendatangkan satu ketidakadilan. Kerana pihak tuan tidak berpeluang berkursus dengan kami, di mana seluruh dunia mengeruni kehebatan pasukan bola sepak kami. Ranking kegerunan itu semakin meningkat apabila menantu Perdana Menteri kami menjadi orang besar di dalam FAM.Harap, dengan pendedahan berani ini, pihak tuan dapat membantah perkara ini ke FIFA sebelum pasukan tuan dibelasah menggunakan segala ilmu yang kami ajar itu.



3. Seterusnya tuan, yang terbaru, isu rasuah melanda bola sepak kami. Masalahnya rasuah. Penyelesaian pemimpin kami, di mana majoriti mereka semua peminat pihak tuan ialah membatalkan Piala Malaysia. Nampak pelik kan. Tetapi itulah tektikal semulajadi kami. Kita tengok lagi.Masalahnya ialah perbahasan parlimen dikatakan seperti sarkas. Penyelesaiannya ialah membatalkan siaran langsung. Ha.. inilah cara semulajadi pihak kami, tuan. Ada lagi. Masalahnya manusia itu berani berkata benar. Penyelesaiannya ialah ISA / bunuh / belasah. Ada lagi banyak tuan, tetapi penat pula menaip. Saya bagi satu contoh akhir. Masalahnya ada orang seludup dakwat. Penyelesaiannya ialah membatalkan sistem dakwat. Yang ini ada masalah berbangkit. Masalah berbangkit itu ialah rumah disimbah dakwat.


4. Jadi, harap tuan dapat mempertimbangkan aduan saya ini untuk diambil tindakan yang sepatutnya bagi pihak tuan. Segala kerjasama pihak tuan terhadapnya saya ucapkan ribuan terima kasih. Akhir kata, semoga Manchester United berjaya memenangi EPL dan Piala Juara.
Yang benar,


............................

(AdukaTaruna)"

Para Mufti Perlu Contohi Dr Mohd Asri



TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin di atas sikap tanggungjawab dan ketegasannya berhubung dengan gejala negatif dan maksiat yang sedang melingkungi kehidupan umat ketika ini. Tindakan Jabatan Mufti Perlis melarang penampilan seorang penyanyi bernama Faizal Tahir dalam konsert Jom Heboh yang kini berlangsung di negeri Perlis dialu-alukan dan satu langkah yang tepat dan wajar dipuji. Dipercayai larangan ke atas penyanyi itu ekoran sikap penyanyi itu melampau dan tidak mencerminkan sebagai orang mukmim sejati ketika membuat persembahan.
Seperti mana kata Mohd Asri beliau bukan anti manusia bernama penyanyi itu ataupun anti muzik, tetapi yang beliau mahukan konsert itu hendaklah berdisiplin dan bermatlamat baik. Memang tidak ada gunanya konsert seperti Jom Heboh itu kalau ianya berlandaskan kepada nafsu dan hiburan jahiliah seratus peratus tanpa membangun diri manusia.




Pandangan dan pendirian tegas dan jelas Mohd Asri bukan saja dalam hal konsert, tetapi projek Islam Hadhari juga banyak sudut yang dalam pengamatannya tidak dimenepati kehendak Islam dan ia perlu direformkan. Menurutnya Islam Hadhari satu slogan politik yang sedap didengari tetapi kosong dan tidak membawa apa-apa erti kepada pembangunan Islam. Justeru katanya ia perlu dirombok sebelum keadaan parah.Kalaulah projek Islam Hadhari bikinan Perdana Menteri sendiri yang dianggapnya (ada kalanya) membazir dan tidak memberi manfaat kepada pembangunan kerohanian dan jasmani umat itu ditegur apa lagi dengan konsert Jom Hebuh yang jelas sifat-sfat kesyaitannya di dalam konsert berkenaan. Paling wajar beliau bercakap mengenainya!



Sudah banyak laporan negatif dilaporkan berhubung konsert tajaan TV3 itu. Suatu ketika dulu pernah dilaporkan berlambak kondom terpakai ditemui di tapak majlis itu kalau tidak silap berlangsung di Ipoh Perak. Apakah erti dan makna semua itu?Lantaran itu satu kajian menyeluruh berhubung konsert itu dari segi negatif dan positif perlu dijalankan. Para sarjana dan ilmuan Islam patut sepakat untuk membuat kajian mengenainya kemudian persembahkan kepada pihak TV3. Jangan hanya menerima pandangan dan sogokan kebendaan pihak TV3 sahaja yang merasakan ia baik kerana memberi keuntungan kepada stesen tv berkenaan.Berbalik kepada tindakan Mohd Asri itu, nampaknya beliau memainkan peranan yang sewajarnya selaku Mufti. Apa yang dilakukan itu membuat teguran tidak kira ke atas siapa itulah yang dikehendaki dan dinanti-natikan selama ini. Mohd Asri tidak memilih bulu dan inilah Mufti yang patut dicontohi.



Sekiranya seluruh 14 Mufti di negara ini mencontohi dan bersikap berani, tegas dan berkhidmat kerana Allah seperti Mohd Asri, saya yakin beberapa masalah akan dapat diatasi. Malangnya sesetengah Mufti seolah terasing daripada masyarakat dan berbicara hanya dalam majlis-jamlis agama dan istana sahaja.Jarang mereka tururn - lontar pendapat dalam khalayak dan menyentuh mengenai isu-isu yang selama ini asing oleh mereka. Seolah-olah Mufti tidak mempunyai ilmu dan wibawa untuk becakap. Setenganya pula tidak ubah seperti opoturnis politik yang bersikap menjadi tikus jatuh ke genak - beras. Mufti yang tidak mengambil hirau hal-hal sosial samalah dengan pegawai kerajaan lain yang makan gaji buta.



Sekali lagi syabas dan tahniah kepada Mohd Asri. Atas keberanian, ketegasan dan obses Tuan untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemunkaran dipohon mendapat keredhaan Allah s.w.t.


Teori konspirasi jatuhkan Najib di sebalik kes raba bekas menteri?
Mohd Rashidi Hassan

Kes membabitkan seorang bekas menteri yang didakwa meraba seorang pelayan di kedai menjual cigar (cerut), yang dikatakan berlaku di Kelab Havana 14 April lepas, mungkin tidak harus dilihat dari aspek moral dan jenayah semata-mata. --Ia harus dilihat daripada perspektif yang lebih besar daripada itu. Barangkali ianya ada unsur sabotaj atau ada teori konspirasi terbabit dan mungkin ada character assasination berlaku. Jika ia unsur sabotaj atau teori konspirasi, ia membabitkan siapa dan untuk apa ia dilakukan? Akhbar, The New Straits Times, 1 Mei (semalam) dipetik melaporkan 'Police want ex-minister to be charged' jelas menyatakan pihak polis telah memberikan rekomen untuk mendakwa bekas menteri terbabit.

Laporan yang sama dinyatakan oleh media rasmi kerajaan, Bernama.
Laporan itu menyebut bahawa menteri terbabit akan didakwa di bawah Sekyen 354 Penal Code, yang boleh disabitkan dengan hukuman sehingga 10 tahun penjara, denda serta sebatan. Kes terbabit timbul pada 18 April lepas, apabila wanita berusia 30-an membuat laporan polis bahawa bekas menteri itu merabanya di sebuah kedai menjual cerut di sebuah hotel terkemuka di KL Sentral.
Bagaimanapun lima hari selepas itu, wanita yang berbangsa Melayu itu, menarik balik laporan polis dan mendakwa laporan itu dibuat kerana salah faham. Wanita itu juga mengakui bahawa beliau dan ahli politik berkenaan adalah kawan yang sudah lama dikenali. Persoalannya yang timbul sekarang, jika ahli politik berkenaan sudah lama dikenali sebagai kawan, mengapa kejadian seumpama itu boleh berlaku sekarang (didakwa berlaku pada 14 April)? Atau kemungkinan kemesraan sebagai kawan disalah ertikan sebagai 'mengambil kesempatan' atau mungkin wujud desakan pihak tertentu yang mengatur plot rancangan bagi 'mengenakan' ahli politik terbabit?

Kelab Havana, merupakan 'pot' atau tempat berhimpun elit yang terkenal bagi puak-puak VIP sama ada terdiri daripada orang politik atau orang berniaga (politician and businessman). Hotel tempat kejadian berkenaan dikatakan, bukan sahaja menjadi tumpuan bekas menteri berkenaan, malah menteri-menteri kabinet, malah ada sumber mendakwa Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga sering berada di situ. Sewaktu kejadian, difahamkan bekas menteri berkenaan bukan keseorangan, terdapat ramai rakan-rakannya ada bersama, berada di tempat terbuka dan turut sama di situ ada anggota keluarga Perdana Menteri.

Ada sumber mengatakan pada mulanya wanita Melayu berkenaan enggan membuat laporan polis kerana menganggap tindakan ahli politik yang sudah lama dikenali itu sebagai gurau biasa seorang kawan. Bagaimanapun, laporan dibuat selepas empat hari kejadian berlaku, akibat desakan teman lelakinya yang berbangsa Cina yang dipercayai bertindak di atas sokongan pihak tertentu. Sumber mendakwa, wanita berkenaan 'digunakan' oleh teman lelakinya yang rapat dengan seorang ahli perniagaan, yang ada hubungan erat dengan ahli politik dari keluarga PM. Persoalan yang ditimbul disebalik kes Pelbagai andaian boleh wujud rentetan daripada insiden ini. Pertamanya, mengapa selepas wanita berkenaan menarik balik laporan polisnya, pihak polis tetap bertegas meneruskan siasatan dengan memanggil bekas menteri itu ke balai. Kedua, bagaimana laporan hasil siasatan polis yang seharusnya dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara (AG) seharusnya confidential boleh diketahui pihak media, khususnya Bernama dan NST?

Ada sumber memberitahu, sebaik laporan disiarkan, pihak polis memanggil wartawan berkenaan ke balai untuk mengetahui bagaimana dokumen sulit yang boleh dikategorikan sebagai di bawah Akta Rahsia Rasmi, OSA, boleh terlepas ke tangan media. Sebaliknya, jika laporan itu tidak betul, atau tidak berlaku permintaan polis kepada AG untuk bekas menteri itu didakwa, apakah tujuan laporan berkenaan dibuat? Siapakah yang berada di belakang Bernama dan NST atau media lain, yang mahu memastikan berita tersebut disiarkan? Mengapakah Bernama sebagai media rasmi kerajaan, seolah-olahnya 'berusaha' memalukan bekas menteri berkenaan dan bagaimana wartawan terbabit boleh memastikan arahan pendakwaan sudah dibuat?

Juga bagaimana NST selaku media milik Umno, boleh menghentam dan memalukan Ahli Parlimennya sendiri, yang turut merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno? Dan apakah tujuannya bekas menteri berkenaan dijatuhkan hukuman di atas sesuatu perkara yang belum dipastikan pengesahannya?Tidakkah pihak berkenaan memikirkan, jika pendakwaan tidak wujud, anggota keluarga, isteri dan anak-anak ahli politik berkenaan sudah pun menanggung malu? Kes jenayah yang dipolitikkan wujud dalam kerajaan dan Umno Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah mengalami peristiwa yang amat pahit dalam hidupnya sepuluh tahun yang lalu. Kes membabitkan bekas menteri ini, jika dibandingkan tidak sampai pun 10 peratus daripada bebanan kes yang ditimpakan terhadap Anwar.

Persoalannya bukan soal perbandingan kecil atau besarnya sesuatu kes. Sebaliknya ia menunjukkan, kes-kes jenayah yang didakwa ke atas ahli-ahli politik, kemungkinan besar, wujud teori konspirasi. Kes ini menimbulkan keraguan kemungkinan wujudnya agenda politik dan politiking dalaman Umno yang semakin runcing selepas penolakan besar rakyat terhadap Umno/Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas. Sehingga kini, pemimpin serta parti komponen BN sering bercakaran dan tuduh menuduh sesama sendiri. Dalam Umno pula, kecaman, desakan dan pelbagai tekanan dikenakan terhadap Presiden mereka, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa punca utama penolakan rakyat.

Di sebalik tekanan yang hebat terhadap Abdullah, beliau tetap kelihatan bersahaja, dan menegaskan pendirian untuk terus mengekalkan jawatan sebagai Presiden dalam pemilihan parti itu Disember depan. Secara khususnya gelombang besar yang wujud dalam Umno untuk menolak Abdullah, jelas menunjukkan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai pengganti Abdullah. Abdullah tidak ada pilihan. Dalam suatu pertemuan dengan wakil-wakil rakyat BN, Abdullah mengumumkan Najib adalah penggantinya dan peralihan kuasa akan dibuat. Bila dan bagaimana, tidak Abdullah nyatakan. Walaupun Abdullah sudah membuat perakuan bahawa Najib adalah penggantinya, apakah ianya boleh dipercayai oleh ahli-ahli Umno? Apabila tekanan terhadap Abdullah memberikan favour kepada Najib, apakah mungkin orang-orang Abdullah yang diketuai menantunya, Khairy akan berdiam diri dan membiarkan Abdullah terus dibelasah orang-orang Umno. Secara lojiknya sudah tentu juak-juak Abdullah akan turut merancang. Apabila kedudukan ahli politik sudah berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan', revenge politik akan berlaku. Janji Presiden Umno, bolehkah dipercayai?

Lebih sepuluh tahun dulu, PM ketika itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (Tun), turut bercakap berulang kali kepada media bahawa Anwar adalah penggantinya.
Namun, sejarah membuktikan bahawa janji-janji PM dan Presiden Umno itu tidak boleh dipakai. Anwar yang diwar-warkan sebagai pengganti PM, dipecat, didakwa, dipukul, dipenjara dan dijatuhkan hukuman dengan cara yang amat mengaibkan. Walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan November 2004 mendapati beliau tidak bersalah, namun kata nista dan pertuduhan yang amat dahsyat ditanggung beliau serta keluarga sejak tahun 1998, tiada siapa yang dapat membayar betapa mahal harganya sebuah maruah diri. Hakikat daripada kes-kes yang berlaku, menunjukkan demi mempertahankan jawatan dalam Umno, semua kemungkinan akan berlaku.

Hubungan Anwar-Mahathir yang dikatakan seperti anak-bapa pun boleh terputus akibat politik. Inikan pula hubungan Najib-Abdullah. Dalam kes membabitkan bekas menteri tersebut secara spesifik, beliau dikatakan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Najib. Kedudukannya bukan sekadar sahabat, tetapi dikatakan salah seorang think-tank Najib, sama seperti Abdul Razak Baginda yang didakwa atas kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Sekarang ini media milik kerajaan dan Umno sudah melayan wakil rakyatnya sendiri seperti anggota pembangkang, tekanan demi tekanan dibuat menjadikan beliau seolah-olahnya 'pelarian politik'. Apakah mungkin nasib yang bakal menimpa orang kanan TPM ini, tidak terkena tempiasnya kepada Najib sendiri?
Atau apakah mungkin, tindakan ini merupakan suatu benchmark baru politik kumpulan Abdullah Badawi untuk pertahan diri? Menjelang pemilihan Umno nanti, mungkin lebih banyak kes-kes seumpama ini akan berlaku, jatuh menjatuhkan, cemar mencemar akan terus berlaku dalam Umno.

Pergaduhan dan perebutan jawatan dalam Umno nampaknya sudah tidak dapat dielakkan lagi. Umno dan BN adalah seumpama sinking boat yang hampir karam.
Rakyat tidak perlu bimbang, kerana Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sudah bersedia menggantikan mereka, bila-bila masa.

Thursday, May 1, 2008


Litar lumba untuk mat rempit - Nik Aziz






KOTA BHARU 29 April (Utusan)- Kerajaan negeri menyifatkan langkah untuk mewujudkan sebuah litar lumba motosikal khusus bagi menangani kegiatan lumba haram oleh mat rempit bukan suatu pembaziran.Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya ia merupakan usaha positif bagi membolehkan mat rempit meluahkan perasaan dan dididik supaya tidak menyusah dan mengancam orang lain.Beliau berkata, litar tersebut akan diwujudkan di Tanah Merah bagi menggantikan cadangan tapak asal bersebelahan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.



“Budak-budak ini mempunyai ke-luarga dan kalau benda buruk berlaku, ibu bapa mereka akan susah, polis dan bomba terpaksa kerja keras bagi menahan mereka dan membantu yang cedera dalam kemalangan.“JKR (Jabatan Kerja Raya) pula terpaksa membaiki jalan atau penghadang jalan yang rosak akibat dirempuh,” katanya.Nik Abdul Aziz berkata demikian semasa menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.Cadangan mewujudkan litar khas bagi mat rempit pernah diumumkan pada 20 November 2002 oleh Nik Abdul Aziz sendiri dengan lokasi awalnya di tapak seluas 28 hektar di Pengkalan Chepa."

MB Perak pertahankan tindakan yang diambil

Harakahdaily Thu May 01, 08 12:54:40 pm MYT

IPOH, 1 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Perak hari ini mempertahankan tindakan mengarah pertukaran serta merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Dato' Jamry Sury dengan alasan ia hak dan dasar yang diperjuangkan kerajaan selaras manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu. Bernama yang dipetik Buletinonline melaporkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri tidak mahu diheret lebih jauh ke dalam isu pertukaran terbabit, malah bukan menjadi dasar kerajaan negeri untuk mendedahkan sikap sesetengah pegawai yang bertindak menimbulkan perkara meragukan. "Bagaimanapun kerajaan negeri terpaksa mempertahankan hak dan dasar yang diperjuangkan sepertimana yang disuarakan melalui manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya lalu. "Sikap tidak menghormati pendirian kerajaan oleh kakitangan awam sememangnya satu sikap yang tidak profesional, sedangkan semuanya termaktub dan ditentukan oleh Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau turut memaklumkan bahawa kedudukan Jamry adalah berstatus penempatan secara pentadbiran sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred Utama C (Pinjaman). "Jadi dalam ertikata sebenarnya dipulangkan ke jabatan asalnya. "Bersesuaian dengan statusnya dipinjamkan ke jabatan berkenaan (Jaip) dan yang meminjamkannya ialah kerajaan negeri terdahulu. Oleh itu, setiap sesuatu yang dipinjam eloklah dipulangkan, apatah lagi sudah tiga tahun beliau dipinjamkan. "Pertukaran Jamry ke jabatan asalnya adalah tanpa menjejaskan apa-apa yang sepatutnya diperolehi dan sesuai dengan kelayakannya," katanya. Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri memberi tempoh yang panjang iaitu 40 hari untuk Jamry menyesuaikan diri dan bekerjasama.

"Tempoh 24 jam sepertimana digambarkan itu hanyalah satu proses prosedur.
"Beliau juga bukan dinafikan segala hak atas urusan pemindahan itu. Persoalan sewajarnya ialah apakah beliau mengalami apa-apa kerugian daripada arahan itu pastinya tidak. "Persoalan kedua, kenapa hal ini dijadikan isu... kerana sebelum ini pun ada pegawai kanan kerajaan ditukarkan dari satu lokasi ke satu lokasi tanpa pengetahuan kerajaan negeri (walaupun ia patut dimaklumkan) tetapi tidak pula menjadi isu," katanya. Beliau berkata kerajaan negeri hanya membetulkan kredibiliti pentadbiran jabatan berkenaan dan mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan beliau selama memegang jawatan itu. - mks. A

Wednesday, April 30, 2008


Jom Heboh di Perlis, Mufti hantar surat bantahan


Azamin Amin Wed Apr 30, 08 7:17:53 am MYT



KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) - Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin telah menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri supaya mengambil perhatian serius berhubung penganjuran Karnival Jom Heboh yang bakal diadakan pada 3 dan 4 Mei akan datang di Perlis. Kata Dr Asri, surat tersebut telah dihantar seminggu yang lalu menyarankan supaya kerajaan negeri melarang sebarang unsur-unsur atau program negatif yang bercanggah dengan agama yang diadakan dalam karnival tersebut. "Saya tidak mengganggap Karnival Jom Heboh itu haram kerana terdapat juga program dan aktivitinya yang baik seperti pameran penerangan, pendidikan dan urusan perniagaan," katanya yang berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang mengeluarkan fatwa haram umat Islam menghadiri karnival tersebut. "Tetapi jika ada program yang mengandungi unsur-unsur negatif dan bertentangan dengan agama, saya sarankan tidak perlulah penduduk negeri Perlis menghadirinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.



Dalam pada itu beliau menjelaskan bantahan tersebut bermakna Islam melarang sama sekali program berunsur hiburan seperti konsert yang ada antaranya mengajak masyarakat berhibur secara matang dan bukannya menjerumuskan diri kepada gejala yang tidak sihat. "Kita suka hiburan yang matang dan bukan bermakna kita 'banned' semua hiburan atau hanya tertumpu kepada nasyid semata-mata. "Anda boleh jemput kumpulan Kopratasa, penyanyi Shuhaimi Mior Hassan atau Ramli Sarip yang boleh mengajak generasi muda berhibur secara matang," katanya yang turut membantah kehadiran Faizal Tahir dalam konsert Jom Heboh akan datang.
Kata Dr Asri penyanyi berkenaan telah dibuktikan mempunyai rekod dan identiti yang kurang baik yang tidak wajar dicontohi oleh masyarakat umum khususnya para remaja.



Ditanya sama ada surat tersebut memberi kesan dan akan diberi perhatian oleh kerajaan Perlis, beliau berharap agar kerajaan baru ini dapat menghormati suara rakyat dan kelompok agama yang mahu memastikan umat Islam terhindar dari gejala negatif yang jelas bertentangan dengan agama. "Kerajaan baru ini belum teruji lagi dengan isu-isu seperti ini dan beri peluang untuk mereka menanganinya," katanya. Sebelum ini Dr Asri turut menghantar surat bantahan yang sama kepada kerajaan negeri bagi melarang umat Islam terlibat dalam Pesta Songkran atau Pesta Air yang menjadi salah satu perayaan masyarakat Thai yang disambut pada 13 April setiap tahun.



Pesta Songkran yang diamalkan sejak berkurun lamanya dikatakan bermula dengan majlis memandikan patung Buddha bagi mendapatkan berkat di samping memandikan golongan warga tua dengan air bunga pada sebelah pagi. Penggunaan air dan wangi-wangian sebagai lambang kemaafan menyebabkan pesta Songkran sering dianggap sebagai 'Pesta Air' lebih-lebih lagi anak muda akan menggunakan peluang pada hari tersebut untuk menyimbah air kepada rakan-rakan untuk berseronok. - mks.

Speaker ikut telunjuk eksekutif di parlimen?



Izwan Abdul Halim


KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) - Insiden 'gamat' di Parlimen sepanjang pagi tadi merupakan isyarat jelas bahawa institusi parlimen yang diterajui oleh Speaker harus mempunyai satu kefahaman bahawa parlimen itu diurus tadbir mengikut peraturan-peraturan yang khusus.Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata kefahaman yang terang dari kepimpinan parlimen yakni Speaker dan seluruh pentadbirannya terhadap peraturan-peraturan tetap ini sangat penting dalam menentukan kesempurnaan perjalanan persidangan. "Apa yang ditimbulkan pagi ini adalah menjurus kepada antaranya kegagalan memenuhi syarat notis 14 hari, hingga satu usul dikemukakan," ujarnya yang ditemui di lobi Parlimen semasa waktu rehat persidangan. Komen beliau itu merujuk kepada tindakan Speaker mengabaikan peraturan-peraturan mesyuarat yang telah ditetapkan dan dibantah oleh Lim Kit Siang (Ipoh Timur). Saifuddin turut meragui ketelusan pentadbiran parlimen ekoran tindakan yang dilakukan oleh Speaker.



"Usul asal yang dikemukakan Razali Ibrahim dari Muar memenuhi syarat. Tetapi oleh kerana perubahan itu dibuat oleh cabang eksekutif di mana Yang DiPertua Dewan telah menyebut bahawa dia menerima surat daripada Menteri. "Jadi itu yang saya timbulkan kebebasan institusi parlimen yang jika dipelihara, Speaker boleh sahaja memaklumkan kepada menteri berkenaan yang menghantar surat pada 18 haribulan berhubung pindaan Pulai, yakni Ong Ka Ting yang akan membahaskannya, itu boleh sahaja diselesaikan dengan mudah. "Tetapi oleh kerana dia menunjukkan dengan terang dan memaklumkan secara terbuka surat dari menteri, jadi itu jelas merupakan satu pelanggaran terhadap kebebasan institusi parlimen dan itulah yang timbul sebenarnya polemik sepanjang pagi," jelasnya. Menurutnya, pihak pembangkang melalui Ahli Parlimen Ipoh Timur telah memberi jalan keluar terhadap kemelut tersebut dengan cadangan untuk menggantung terlebih dahulu peraturan tersebut. Terangnya, Speaker juga boleh mengakui kesilapan itu serta mendapatkan persetujuan seluruh anggota persidangan bahawa semasa 'standing order' tersebut digantung, seluruh ahli persidangan boleh untuk tidak terikat dengan mana-mana peraturan tersebut.



"Maknanya seluruh ahli-ahli YB boleh bersetuju dengan peraturan 14 hari itu dikecualikan, itu sahaja," tegasnya. Tetapi apa yang terjadi menurutnya ialah keengganan yang ditunjukkan oleh Speaker. Jelasnya lagi, kunci penyelesaian kepada masalah tersebut ialah mengakui satu kelalaian atau ketidakfahaman walaupun tindakan tersebut mungkin sesuatu yang berat pada tafsiran persidangan. "Tetapi 'point' saya ialah jika institusi yang didokong dan diterajui oleh Speaker memahami susur galur perjalanan dan kedudukan 'standing order' itu, hal ini tidak akan berlaku. "Tapi kalau ada campurtangan eksekutif dalam perjalanan atau susun atur, itu merupakan masalah. Jadi itulah yang ditentang oleh ahli-ahli YB tadi," ujarnya mengakhiri penjelasan. - mks. -->

Isu Pengarah Jaip,Pemuda PAS Perak mempertahankan tindakan MB


Johari Jaafar




IPOH, 30 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Perak mempertahankan keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengarahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Dato' Jamry Sury bertukar ke jabatan lain dalam tempoh 24 jam. Pendirian itu dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Perak melalui Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Mustafa Abdul Wahab, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di sini hari ini. Menurut beliau, Pengarah Jaip itu telah pun diberikan tempoh 40 hari untuk memberikan kerjasama kepada Kerajaan Pakatan Raktyat Negeri Perak yang dianggotai DAP, KeADILan dan PAS.



Akan tetapi malangnya Pengarah Jaip itu gagal untuk memberikan kerjasama yang sepatutnya kepada kerajaan negeri yang baru. "Oleh itu, tidak timbul isu diarahkan bertukar dalam masa 24 jam kerana Dato' Jamry telahpun diberikan tempoh 40 hari untuk memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Perak yang baru,"jelasnya lagi. Hari ini akhbar akhbar arus perdana menyiarkan berita Pengarah Jaip itu telah diarahkan bertukar dalam masa 24 jam ke jabatan lain oleh Menteri Besar Perak. Arahan itu dikatakan dikeluarkan oleh Menteri Besar Perak selepas memanggil Dato' Jamry ke pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan kira kira jam 8.00 semalam. Difahamkan juga Pengarah Jaip itu telahpun mengosongkan pejabatnya pagi semalam selepas didakwa tidak memberikan kerjasama kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.



"Dato' Jamry sepatutnya tidak terpengaruh dengan politik kepartian, tetapi sebagai penjawat awam yang mempunyai kedudukan yang tinggi wajar memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri walau parti mana yang menjadi kerajaan," katanya. Menurut Mustafa lagi, Dato' Jamry sebagai seorang pengarah tentu faham dengan Perintah Am (B) dan semestinya beliau menghormati Perintah Am (B) itu. "Jika Dato' Jamry tidak mahu bekerjasama dan `mempertahankan ideologi politiknya sendiri, beliau perlu meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya di mana-mana kawasan Dun atau Parlimen di negeri ini," ujar beliau. Justeru itu, beliau meminta Dato' Jamry tidak membuat publisiti murahan dengan `memperalatkan' akhbar-akhbar cetak dan elektronik arus perdana yang seolah-olah mahu merosakkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak. - mks.

Tuesday, April 29, 2008








KOTA BHARU 28 April :– Teka teki siapa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang baru akhirnya terjawab apabila bekas timbalan speaker, Mohd. Nassuruddin Daud hari ini dipilih memegang jawatan itu.Mohd. Nassuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti dipilih menggantikan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang kini anggota Parlimen Kota Baharu. Beliau adalah Timbalan speaker DUN Kelantan untuk sesi yang lepas.Pada Mac 2005 Isteri beliau , Wan Norhanita Wan Yaacob, 36 cedera parah akibat ditikam seorang remaja lelaki . Anaknya, Hannan, 4, yang turut ditikam remaja terbabit setelah memecah masuk rumah mereka di Meranti, Pasir Mas. Suspek terbabit yang dikatakan berasal dari negara jiran.





Remaja yang dipercayai penagih dadah tersebut ditahan sejurus selepas kejadian hasil bantuan penduduk kampung. Nama Mohd. Nassuruddin telah dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum bermulanya majlis angkat sumpah kesemua ADUN di Kompleks Kota Darul Naim di sini.Cadangan itu disokong Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan selepas itu Setiausaha DUN, Imran Mansor mengumumkan secara rasmi pelantikan Mohd. Nassuruddin.Manakala timbalan Speaker baru pula iaitu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.



Jangan guna parlimen untuk kepentingan politik individu - Sultan Mizan



Roy Rasul & Salmiyah Harun




KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Watiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah dalam titah baginda di parlimen pagi tadi, meminta ahli-ahli Dewan Rakyat yang terpilih supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur serta sentiasa menunjukkan tingkah laku yang terpuji demi maruah diri dan negara. -->-->
Baginda bertitah demikian di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-12, di Parlimen pagi tadi. Baginda menegaskan, ini adalah disebabkan penghormatan dan keyakinan rakyat kepada Parlimen sebagai sebuah badan perundangan tertinggi negara bergantung kepada peranan ahli Dewan Rakyat.





"Jadikanlah dewan yang mulia sebagai persada untuk menyampaikan teguran yang membina dan pendapat-pendapat yang bernas dan hendaklah menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan dewan yang mulia ini bagi kepentingan politik individu," tegas baginda. Justeru baginda meminta penyertaan aktif dan perbahasaan yang berkualiti hendaklah menjadi keutamaaan ahli dewan rakyat. Dalam masa yang sama, baginda meminta kerajaan memajukan sektor pertanian dengan matlamat menjadikannya sebagai penjana ketiga pertumbuhan ekonomi negara melalui tranformasi daripada pertanian tradisional kepada entiti komersial. Baginda juga melahirkan rasa gembira kerana Malaysia diiktiraf sebagai peneraju pensijilan halal. Baginda turut menegaskan, pencapaian ekonomi yang dinikmati selama ini tidak akan bermakna sekiranya rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan masih berlaku.
Justeru, baginda berkata, sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri, usaha-usaha pembanterasan rasuah akan dipertingkat melalui perstrukturan semula BPR dan menubuhkan suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia, jawatankuasa Parlimen bebaskan rasuah, dan lembaga penasihat pencegahan rasuah serta penambahan bilangan pegawai pencegah rasuah. Baginda turut berkata, kerajaan komited untuk mengadakan penambahbaikan memperkasakan sistem kehakiman negara supaya terus kekal adil, dihormati dan bebas dari sebarang pengaruh selari dengan hasrat rakyat.





"Sistem kehakiman yang adil dan efektif adalah penting untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara. Sehubungan itu, suruhanjaya pelantikan hakim akan ditubuhkan bagi membantu menilai dan memilih calon yang sesuai untuk dilantik sebagai hakim," titah baginda. Baginda turut bertitah, pembangunan kerohanian juga penting bagi meningkatkan kesejahteraan umat. "Beta memandang berat gejala sosial seperti penagihan dadah, penyelewengan akidah, dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesucian Islam," titah baginda lagi.





Baginda turut bertitah bahawa pilihan raya umum telahpun berlalu dan rakyat memberi mandat sekali lagi kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Oleh itu, baginda menasihatkan ahli-ahli Yang Berhormat menunjukkan sifat dan tingkah laku yang terpuji agar nama baik dewan mulia sentiasa terpelihara. "Laksanakanlah kepercayaan yang diberi oleh rakyat dengan mengambil bahagian yang aktif dengan penuh tanggungjawab dalam semangat demokrasi berparlimen," titah baginda lagi. - mks.

Monday, April 28, 2008

Pembukaan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini: Detik perjuangan orang Melayu bermula

MESYUARAT Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Kedua Belas Dewan Rakyat bermula hari ini. Bagaimana agaknya lagak barisan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) berdepan dengan barisan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Ismail.Dalam kotak fikiran penulis mahupun orang ramai sudah terbayang bermacam-macam agenda dan keghairahan pasti terpapar di setiap wajah Ahli Dewan Rakyat (ADR) terutama mereka pertama kali menjejak kaki di Bangunan Parlimen sebagai Ahli Yang Berhormat. Ini kerana apa yang ingin dilontarkan mereka adalah terjemahan dan permintaan rakyat yang semakin dahagakan perubahan.Tidak kurang juga detik bersejarah ini akan memberi sedikit gambaran sama ada segala kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat ADR BN negeri Sabah menyertai PR akan menjadi kenyataan atau sebaliknya selain pertanyaan mampukah BN terus bertahan lama sebagai kerajaan memerintah?



Sebagai parti yang memperjuangkan agenda ketuanan Melayu, orang ramai tentu sekali tertunggu-tunggu sama ada ADR UMNO, PKR mahupun PAS berupaya menegak agenda ketuanan Melayu dalam setiap perbahasan usul tanpa mengambil kira ideologi politik dipegang. Ketiga-tiga parti ini perlu menerima hakikat kebangkitan bangsa mereka sendiri yang mahukan kehidupan lebih bermaruah tanpa ada jurang pemisah baik mereka yang kaya mahupun miskin.Lantaran itulah, kita ingin melihat bagaimana Pak Lah selaku Perdana Menteri dan barisan kaninet barunya mampu menjawab setiap usul dengan tertib dan setiap perdebatan sesama ADR tidak berakhir dengan makin hamun nista yang melampau.



Kita tidak mahu ada dikalangan ADR menunjukkan aksi 'hero' dalam dewan tetapi tidak membawa apa-apa makna.Dalam lain perkataan, semua yang bersidang dalam dewan yang mulia ini harus menjaga tatasusila dan setiap usul dikemukakan membawa kepada kesejahteraan rakyat khususnya orang Melayu.Dan diharapkan juga Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dilaporkan bersedia membuat siaran langsung pada sesi persidangan kali ini lebih bersikap telus dan terbuka dalam liputan mereka tanpa kewujudan unsur prejudis.Kepada semua ADR, selamat bersidang!

Operasi Lalang II apabila Najib jadi PM!


Oleh Anti Korupsi
Selepas tsunami politik melanda BN pada PRU yang lepas, kepimpinan Dolah Badawi sebagai PM dianggap sebagai peneraju kerajaan sementara sebelum berlakunya peralihan kuasa yang kekal.Antara calon-calon PM yang baru ialah Anwar Ibrahim, Najib Razak, Muhyidin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah.Dari senarai di atas, saya tiada masalah sekiranya mana-mana calon tersebut berjaya menjadi PM kecuali Najib sahaja. Bagi saya, Najib adalah kuda tunggangan Mahathir Mohamad.Walaupun Mahathir mengkritik Dolah sebagai lemah dan mengikut arahan menantunya, Khairy Jamaluddin, Najib juga akan turut menjadi PM yang lemah yang hanya akan menuruti arahan Mahathir.


Antara perkara pertama yang akan dilakukan oleh Najib sekiranya beliau berjaya menjadi PM ialah penangkapan besar-besaran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi, Lim Guan Eng dan tokoh-tokoh yang lain. Ini bagi memandulkan gerakan pembangkang terhadap BN.Najib yang dibayangi Mahathir akan meneruskan dasar-dasar autokratik Mahathir di samping gejala rasuah dan penyalah gunaan kuasa yang berleluasa. Pelbagai skandal baru diyakini akan berlaku di bawah kepimpinan Najib.Justeru saya mengharapkan agar Dolah di saat sisa-sisa pemerintahannya ini dapat memastikan supaya kes perbicaraan pembunuhan Altantuya berjalan dengan bebas. Jika perkara ini dapat dilakukan, saya yakin Najib akan dapat disabitkan dalam kes tersebut dan seterusnya dihukum dan terpaksa bersara daripada politik.Sekiranya Dolah gagal, Anwar lah yang diharapkan untuk segera menjadi PM melalui undi tak percaya yang turut disokong oleh sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN.
Jika perkara ini terhasil, Najib, Mahathir dan perompak-perompak harta rakyat yang lain perlu segera dihadapkan ke mahkamah di atas segala jenayah yang telah mereka lakukan selama ini.


Anti korupsi

Saturday, April 26, 2008


Benarkah PR perolehi majoriti mudah Parlimen ekoran ADR BN berpaling tadah?


by SongkokPutih Oleh Black Roses



MENDENGAR kata-kata Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa Ahli Dewan Rakyat (ADR) Sabah akan menarik diri dari gabungan Barisan Nasional (BN) pada bila-bila masa dari sekarang dan Dato' Seri Abdullah pula bertindak sebagai Ketua Pembangkang adalah satu perkembangan mutakhir pasti mencetuskan polemik lebih meruncing menjelangnya mesyuarat pertama, penggal pertama, Parlimen Kedua belas 2008 Dewan Rakyat mulai 28 April depan.Kata Anwar, BN tidak lagi kuat dan hanya mampu bertahan sementara waktu kerana sokongan padu ahli Dewan Rakyat Sabah dan Sarawak.



Bila mereka umum keputusan nanti, kita akan bincang strategi terbaik dan berfikir secara bijaksana demi kepentingan Sabah.Dalam hal ini, sudah tentu ramai tertanya-tanya apakah benar sudah ada ADR Sabah bertemu atau menelefon secara sulit dengan Anwar atau utusannya bagi menyatakan tindakan berpaling tadah dari BN dengan menyertai Pakatan Rakyat (PR) ? Dan dalam masa yang sama apakah krisis yang melanda PKR Sabah sudah selesai ekoran percakaran sesama sendiri menentukan siapa sebenar Ketua Perhubungan Negeri?Kalaulah benar usaha ini semakin memuncak, PR kini cuma memiliki 3 hari sahaja lagi untuk mendapatkan 30 kerusi bagi membolehkan mereka menggulingkan BN mendapat majoriti mudah menguasai Dewan Rakyat dan sekaligus membentuk Kerajaan Persekutuan. Setakat ini, PR sudah mendapat 82 kerusi hasil gabungan parti PKR, DAP dan PAS.Sebagai rakyat dan pengundi yang mengundi di Sabah pasti tidak dapat melelapkan mata tertunggu-tunggu siapakah wakil rakyat mereka yang akan beralih arah menyertai PR dan ingin mengetahui sebab sebab munasabah mereka berpaling tadah boleh memberi kepentingan negeri dibawah bayu itu.



Cuma yang apa yang dibimbangi penulis dan setiap pengundi, jangan ada permainan politik wang wujud dalam menjayakan usaha ini biarpun ia disanggah Anwar yang menyatakan bahawa barisannya tidak akan membazirkan wang rakyat semata-mata untuk menagih sokongan parti."Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan ini dengan menyokong PR dan saya nafikan usaha menyertai wakil rakyat Sabah ke dalam PR adalah kerana wang," tegas Anwar lagi dalam siri ceramahnya di Penampang malam tadi.Dalam meniti kegawatan masa menjelang mesyuarat Parlimen Kedua belas berlangsung, sama ada PR mampu merintis kejayaan menguasai Dewan Rakyat atau BN terus kekal menerajui kerajaan Persekutuan ia pasti mencorak kesedaran dikalangan ADR-ADR yang terpilih bahawa penyertaan mereka ke bangunan Parlimen harus ditunjangi dengan rasa tanggungjawab serta amanah berat untuk memastikan kepentingan rakyat sentiasa dijaga dan kententeraman tidak diganggugugat. -
http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/

Kerjasama Nuklear Syria-Korea Utara




Perkembangan antarabangsa terbaru yang saya jangka menarik minat ummah kita adalah pendedahan oleh White House kononnya pihak US Intelligence punyai bukti yang jelas tentang adanya kerjasama nuklear antara Korea Utara dan Syria. Menurut laporan media, White House pada 23 April 2008 telah melaporkan kepada Congress Amerika Syarikat kononnya nuclear reactor kepunyaan Syria yang dimusnahkan oleh Israel pada bulan September tahun lalu telah dibina dengan bantuan teknikal dari Korea Utara, dan dengan itu Korea Utara dan juga Syria (Syria menandatangani nuclear non-proliferation treaty) telah melakukan kesalahan proliferasi (nuclear proliferation).



Pemberita terkenal dan pemenang Pullitzer Prize, Christian Amanpour, dalam temuramah secara langsung dengan CNN semalam, 24 April 2008, telah mengutarakan soalan kenapa selepas 7 bulan fasiliti nuklear Syria itu dimusnahkan oleh Israel baru sekarang ini pihak White House mendedahkan kononnya ada kerjasama nuklear Damascus-Pyongyang.Saya akan cuba memberi jawapan terhadap soalan yang telah ditimbulkan oleh Christian Amanpour dan juga oleh beberapa pemberita yang lain itu.Seperti yang kita semua maklum, six-party talks yang diadakan di Bejing dan melibatkan Korea Utara, Amerika Syarikat, Russia, China, Jepun dan Korea Selatan setelah bersidang beberapa tahun telah berjaya mencapai persefahaman di mana Korea Utara bersetuju menghenti dan membubarkan program nuklearnya dengan syarat AS memberinya bantuan, terutamanya bantuan makanan dan pembangunan energi. Mungkin sebelum ini AS tidak mendedahkan kerjasama nuklear antara Damascus-Pyongyang kerana tidak mahu menjejaskan persefahaman yang telah dicapai dari six-party talks tersebut.Kita semua tahu bahawa baru-baru ini Pyongyang telah mengingkari persefahaman tersebut, dan telah menghentikan proses pembubaran nuklear reactornya terutama reactor yang terbesar di Yongbyon yang didakwa telah berjaya melakukan plutonium enrichment yang seterusnya membolehkan Korea Utara menghasilkan beberapa senjata nuklear. Pyonyang telah menghentikan proses pembubaran program nuklearnya itu kerana AS dikatakan telah tidak menghulurkan bantuan kepada Korea Utara seperti yang dijanjikannya.



Mungkin pemerintahan Bush baru sekarang ini mendedahkan kerjasama nuklear Damascus-Pyongyang kerana Korea Utara telah gagal menghentikan proses pembubaran program nuklearnya, dan ingin menggunakan isu proliferasi untuk menekan Korea Utara.Saya berpendapat pentadbiran Bush yang akan tamat tak berapa lama lagi mahu mewujudkan kerumitan yang baru terhadap six-party talks supaya isu nuklear Korea Utara akan berpanjangan dan terpaksa terus ditangani nanti oleh Presiden yang akan mengambil alih pada tahun hadapan. Kita semua maklum proses penyelesaian diplomatik isu nuklear Korea Utara dimulakan diwaktu Presiden Bill Clinton (suami Hilary). Presiden Bill Clinton dilihat terlalu bersikap bertolak ansur dan berkompromi terhadap Korea Utara, dan oleh itu mungkin Presiden Bush yang kelihatan mahukan isu nuklear Korea Utara berpanjangan khuatir jikalau Hilary naik menjadi Presiden kelak, Hilary seperti suaminya akan turut berpendirian bertolak ansur terhadap Korea Utara.



Maka mungkin Bush ingin merumitkan semula isu Korea Utara diakhir-akhir pemerintahannya supaya menyukarkan Hilary, jika menjadi penggantinya nanti, untuk bertolak ansur seperti diwaktu pemerintahan suaminya, Bill Clinton.Menurut beberapa penganalisa dari negara-negara membangun, Presiden Bush dilihat mempunyai strategi yang ingin melihat isu Korea Utara berterusan demi dasar "containment of communist China". Isu Korea Utara menjadi salah suatu justifikasi bagi military base tentera Amerika Syarikat untuk terus kekal di Okinawa dan Guam terutamanya dengan peningkatan tekanan dari rakyat Jepun yang meminta military base AS di Okinawa ditutup.Jika kita pernah mengikuti artikel-artikel mengenai pengkalan tentera AS di Guam dan Okinawa, banyak penganalisa yang berpendapat kononnya peluru berpandu di kedua pengkalan tentera AS itu dihalakan ke arah China. Malah dikatakan dari ratusan peluru berpandu AS yang punyai nuklear warhead di Guam dan Okinawa, hanya 3 sahaja yang diarahkan ke Korea Utara. Maka isu sampingan program nuklear Korea Utara perlu terus wujud sebagai suatu dari justifikasi dikekalkan US military base di Okinawa dan Guam dalam dasar "containment of Communist China.



"Syria sepertimana kita sudah maklum dari banyak artikel-artikel mengenainya adalah antara beberapa negara-negara yang ingin dikuasai atau sekurang-kurangnya dilemahkan oleh AS demi mempertahankan Israel dan juga selaras dengan rangka strategi terbesar AS untuk melemahkan Islam yang dianggap oleh Presiden Bush (dan bapanya, bekas Presiden AS) sebagai musuh yang mengugat tammadun Kristian Barat. Banyak sudah kita dengarkan dari golongan tentertentu umat Islam kita bahawa perang menentang terrorism atau keganasan itu sebenarnya adalah peperangan terhadap Islam (war on Islam).Kita lihat diakhir-akhir pentadbirannya, Bush berusaha memberi gambaran bahawa situasi di Iraq masih buruk dan 'fragile' (rapuh) dan dengan demikian pengunduran tentera AS dari Iraq tidaklah menasabah. Bekas Presiden AS, Jimmy Carter yang sedang berusaha sebagai 'peace broker' untuk mencari penyelesaian secara diplomatik terhadap masalah-masalah keselamatan di Timor Tengah telah dikecam dengan hebat oleh pentabdbiran Bush.



Bersama-samalah kita berdoa' agar Allah SWT akan melindungi semua umat Islam di dunia ini dan memberi kita kemenangan. Kita sudah lihat balasan Allah SWT terhadap Amerika Syarikat dengan diturunkan bermacam-macam bala seperti Katrina, dsbnya. Yakinlah Allah itu sesungguhnya bersama-sama kita umat Islam. Apa yang tidak menyenangkan yang sedang berlaku ke atas umat Islam sekarang ini terutamanya di Iraq dan Afghanistan adalah dugaan.Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!

Friday, April 25, 2008

Menjejaki sang wira reformasi

Kitab Apa Yang Ezam Baca Sekarang?



BILA merujuk kepadanya dan perjuangan reformasi, saya menggelarkannya sebagai Kembar Siam dengan sdr Mohd Azmin Ali yang kini Adun Bukit Antarabangsa dan ahli Parlimen Gombak. Mengapa saya mengidolakan beliau begitu kerana pada saya pemain utama yang bermati-matian membela Anwar Ibrahim dan menggerakkan reformasi antara orang utamanya mereka berdua.Kebetulan mereka berdua orang kanan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu, seorang sebagai Setiausaha Politik dan seorang lagi sebagai Setiausaha Sulit.



Hal-hal politik, merancang dan merangka masa depan – termasuk untuk memerintah negara dilakar oleh si pemegang jawatan itu.Manakala hal-hal yang sulit dan personal berhubung Anwar dipegang diselindung sekemasnya oleh pemegang jawatan berkenaan!Orang yang ingin saya tampilkan dalam tulisan tengah malam ini tidak lain dan tidak bukan Sdr Muhammad Ezam Mohd Noor, putera reformasi yang berwajah tenang dan romantik. Yang bermata lembut namun memiliki sekeping hati yang keras mewaja.“Dia orang Bugis,” begitu beritahu seorang kawan.Si kawan itu mengetahuinya semasa ibunya menaiki pentas bersama isterinya Bahirah dalam rangka membela Ezam yang ketika itu sedang meringkuk di dalam penjara gara-gara mempertahankan Anwar. Kata kawan itu, ibunya kata, Ezam Bugis.Tidak lekang dek undang-undangBugis satu suku kaum berasal dari Indonesia dan terkenal sebagai pedagang dan juga puak yang menguasai perairan, lautan. Kalau tidak silap saya keturunan Sultan Johor dan Selangor juga dari Bugis.



Raja Petra Kamarudin 'raja blogger' juga berketurunan Bugis sebab itu beliau berani dan tidak lekang dek undang-undang!Sudah lama saya tidak ketemui si Bugis romantik ini. Hanya berhubung menerusi telefon sekali sekala. Menjelang pilihan raya lalu saya menghubungi beliau bertanya mengenai penglibatannya dalam pilihan raya dan cuba mencungkil apakah beliau ingin sertai atau tidak.“Biarlah Sheikh, tunggu dulu. Kita berikan laluan kepada kawan-kawan. Saya kemudian.... kalau saya bertanding pun atas parti lain atau bebas, biarlah,” begitulah elaknya apabila dicadangkan beliau bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Kelantan. Tujuan saya bukan apa kerana ingin melihat Ezam berada di Parlimen berpidato dan menyerang kedurjanaan melampau kerajaan BN.Beliau tidak bertanding. Keputusan itu menghairankan bukan saja saya tetapi kawan-kawan lain juga. Apa lagi selepas keputusan pilihan raya 8 Mac 2008 yang menunjukkan pembangkang menang besar, rasa terkilan dan kesal membedal jantung hati. Seharusnya Ezam ikut sama menjadi orang-orang yang menang kerusi.Adalah tidak adil saya rasa, kalau kita hanya mengingatkan Ezam waktu kita susah. Tetapi kita melupainya apabila kita sudah menang. Harus diingat denai-denai perjuangan yang memungkinkan kemenangan ini terjelma adalah hasil bajakan dan tebas tebang olehnya.Saat kita memotong kek kemenangan tiba-tiba bayangan Ezam pun tidak kelihatan.



Sesuatu yang sungguh mengilan dan memilukan.Atas kesedaran itu saya mengagahi diri menghubungi Ezam dan ingin berbicara mengenai politik dengannya. Dalam hati sebenarnya ingin membuka rahsia jiwanya dan melihat apakah kitab perjuangan yang sedang terdampar dalam jiwanya dan ditelaahnya saat ini.Petanda ingatan kepadanya, semasa di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, sempena majlis Black 14 dan majlis kesyukuran meraikan kemenangan, saya tertekun beberapa jurus apabila ternampak semacam wajah Ezam di pentas. Ia berdiri sama gagah dan seiring dengan Anwar dan Azmi. Seolah sedang mengapit Anwar seperti selalunya di pentas-pentas reformasi sebelum Anwar ditangkap.Seorang RejunaBukan main perasaan saya dilambung keseronokan dan kebahgiaan. Namun ia sekejap saja apabila sosok itu bukan Ezam tetapi manusia lain yang menyerupainya. Saya jadi sayu dan teringatkan Ezam. “Ah Ezam... mengapa kau?” soal saya ketika itu sendiri bagaikan seorang Rajuna yang baru kehilangan Sita Dewinya.Iya sebenarnya saya menyayangi Ezam kerana semangat dan keberanian yang ada pada dirinya. Saya menyayangi Ezam kerana pemikiran dan lontaran pandangannya yang kemas dan mantap. Bagi saya orang-orang seperti Ezam itu adalah idola dan aset kepada perjuangan yang tidak harus dibiarkan dan dibazirkan begitu saja.



Orang seperti Ezam adalah watak-watak subur nan hijau dalam persada politik bangsa!Persis Ezam jugaklah saya menyayangi orang itu. Kalau tidak masakan saya mendokong dan memberikan pakaian indah dan molek kepadanya selama bertahun-tahun. Menjauhkan kulitnya dari eceran pena saya. Meletakkan harapan besar untuknya menjadi khalifah di hari muka. Cuma silap dan salahnya mungkin dari saya juga yang meletakkan (expectation - berperasaan) harapan tinggi terhadapnya. Menganggap apa yang ada dalam jiwa saya, itulah juga yang bermukim di dalam hatinya.Bagaimana dengan Ezam hari ini dan masa depannya? Pernah saya menyatakan Ezam tidak betah dengan Gerak. Gerak bukan gelanggang sebenar bagi Ezam.



Sang Matado sepertinya memerlukan gelanggang yang lebih luas dari itu untuk menanduk dan menggulingkan mangsa demi menegakkan keadilan. Apa lagi beliau pernah berada dalam lapangan yang mega, ruang sesempit Gerak itu tentulah sangat sempit.Bila-bila pun saya tidak akan percaya kalau Ezam memutuskan untuk melambakkan hayatnya hanya bersama Gerak. Bila sampai masa dan ketika Ezam akan bergerak lebih jauh dan besar juga. Beliau, dengan bakat, keterampilan dan daya intelektualnya harus berada di arus perdana siasah negara. Beliau tidak boleh terperap dalam guni NGO kerana itu merugikan dan suatu pembaziran sumber manusia kalau beliau terus berselimut seperti hari ini.Bangsa dan nusa memerlukan sentuhan Ezam. Apa lagi dalam suasana politik Melayu hari ini yang rencam dan kompasnya tidak menentu, penampilan orang-orang seperti Ezam perlu dipercepatkan!



Tentunya juga Ezam dalam kesendiriannya kini sedang memikir dan obses kepada masalah-masalah berkenaan.Hari Rabu lepas selepas menziarahi jenazah pemikir, pengamat dan intelektual politik dan bahasa, Rustam A Sani saya ke pejabat Ezam, di Kelana Jaya. Mulanya atas tujuan ingin menemuramahnya untuk Siasah, sebaliknya apa yang menjadi maksud sebenar ialah untuk membuka jiwa dan melihat kitab politik apakah yang sedang terdampar di hatinya kini.

Thursday, April 24, 2008




Posted by WohGomok at 9:21 PM

Wohgomok bukanlah seorang penulis hebat yang tersohor atau berpengalaman, tidak juga terlatih untuk menulis tentang kisah mereka-mereka yang ternama dan berkuasa dengan bahasa-bahasa yang mengampu sehingga boleh menyebabkan agin-angin busuk yang nak terkeluar dari perut mereka tak jadi keluar kerana asyik membaca pujian-pujian melampau dari penulis dan seterusnya memikirkan apakah habuan yang patut di beri kepada penulis ini sebagai upah kepada pujiannya.


Wohgomok sedar bahawa masa yang Wohgomok gunakan untuk menulis kisah ini bukanlah untuk di tukarkan dengan projek-projek ihasan atau kawasan-kawasan balak sebagai habuan. Wohgomok juga tahu hatibudi orang yang akan Wohgomok kisahkan bukanlah orang yang boleh hilang pertimbangan kerana menerima pujian.Orang yang Wohgomok ingin ceritakan ini ialah YAB Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan (TGNA) yang Wohgomok kenal dari dekat sejak tahun 1976 lagi. Semasa itu Wohgomok sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Oleh kerana tidak mahu membuang masa percuma (“malas dok ssaja”, kata orang Kelantan) maka Wohgomok telah bekerja sebagai drebar kepada Ahli Parlimen Bachok, YB Haji Mohd. Zain Abdullah atau lebih di kenali dengan panggilan Cikgu Zain (Sekarang bekas YB) yang kebetulan arwah isterinya sepupu kepada Wohgomok dan beliau pula sepupu kepada isteri Wohgomok sekarang.



Ketika itu TGNA juga adalah Ahli Parlimen bagi kawasan Pengkalan Chepa, yang juga sentasa di temani drebarnya iaitu Pak Lah (Bukan Pak Lah Badawi) yang kekal menjadi drebarnya sampai sekarang. Setiap kali ada mesyuarat parlimen TGNA akan ke Kuala Lumpur dengan menggunakan sebuah kereta sahaja bersama-sama Cik gu Zain yang mana kereta yang digunakan samada kereta TGNA atau kereta Cik gu Zain. Semasa di Kuala Lumpur TGNA, Cik gu Zain, Wohgomok atau Pak Lah menginap di Hotel Purnama, sebuah hotel murah di Jalan Ipoh, berdekatan dengan bangunan LUTH lama dan pasar borong ketika itu. Turut menginap di situ juga ialah Allahyarham YB Ustaz Wan Sulaiman (bekas AP Pasir Puteh) dan Allahyarham YB Tuan Guru Hj. Zakaria (bekas AP Rantau Panjang). Wohgomok masih ingat satu peristiwa disuatu pagi (mungkin TGNA dan Cik gu Zain sendiri tidak mengingatinya atau tidak menganggap sesuatu yang harus di ingati) ketika TGNA dan Cik gu Zain sedang mengisi borang tuntutan perjalanan untuk Ahli Parlimen, tiba-tiba TGNA bertanya kepada Wohgomok samada Wohgomok masih ingat atau tidak yang pada satu tarikh (Wohgomok sudah lupa tarikhnya) TGNA dan Cik gu Zain datang ke Kuala Lumpur dengan kereta siapa. Oleh kerana pada masa itu tarikh yang di tanya masih lagi baru, maka Wohgomok boleh mengingatinya.Wohgomok dengan pantas menjawab, “Dengan kereta Abang Zain, Ustaz” (Wohgomok membahasakan Abang Zain kepada Cik gu Zain dan pada masa itu Ustaz kepada TGNA). Lalu TGNA meminta Wohgomok tolong belikan getah penyapu (eraser). Wohgomok bertanyakan balik pada TGNA, “nak buat apa?”, TGNA menjawab, “Ambo tersalah masuk klim dalam borang klim ambo”. Oleh kerana Wohgomok juga boleh dikatakan mulut celupar (“mulut cepelaq”, kata orang Kelantan), Wohgomok menjawab, “Tak apalah Ustaz, dia bukan tahu kita datang dengan kereta siapa”. TGNA terus mengalihkan pandangannya kepada Wohgomok dengan berkata, “Dia tak tahu, tapi Allah tahu”.



Dengan jawapan TGNA itu, Wohgomok tersentak dan terus turun dari bangunan hotel untuk pergi membeli getah penyapu yang di minta oleh TGNA.Satu lagi kisah lain berkenaan TGNA yang boleh Wohgomok ceritakan ialah pada 14hb Oktober 2007 Wohgomok telah mengadakan satu keduri di rumah Wohgomok sempena perkawinan anak perempuan Wohgomok yang keenam. Seminggu sebelum itu Wohgomok pergi solat Asar di mesjid TGNA di Pulau Melaka. Selepas selesai solat Wohgomok kehadapan untuk meminta TGNA mengakad nikah anak Wohgomok pada 13hb Oktober 2007 di sebelah malam dan sekali gus menjemput TGNA untuk hadhir dalam kenduri pada keesokannya, TGNA memberi kesanggupan dengan berkata InsyaAllah.



Namun Tuan Imam Mukim Chicha (rumah Wohgomok di Kampong Chicha tidak jauh dari rumah Tuan Imam) tidak membenarkannya. Niat Wohgomok untuk TGNA menikahkan sendiri anak Wohgomok terpaksa dibatalkan. Keesokannya juga TGNA tak sempat hadir majlis kenduri di rumah Wohgomok kerana ada program di Balai Islam, Kota Bharu dan beberapa program tempat-tempat lain.Sehari selepas kenduri Wohgomok terima panggilan talipon dari Pak Lah (diingatkan sekali lagi bukan Pak Lah Badawi tapi Pak Lah drebar TGNA) mengatakan TGNA nak datang rumah Wohgomok pukul 10 pagi, ketika itu jam sudah hampir pukul 9 pagi. Wohgomok tak sempat nak buat persiapan. Isteri Wohgomok hanya sempat beli roti berinti kelapa di kedai roti kat depan rumah Wohgomok.Lebih tak berapa minit pukul 10 pagi masuklah kereta Perdana hitam yang di pandu oleh Pak Lah ke depan rumah Wohgomok yang didalamnya TGNA di tempat duduk belakang dan pengawal peribadinya, Pak Ya di tempat duduk hadapan. TGNA turun dari kereta dengan diiringi oleh Wohgomok untuk masuk dalam rumah Wohgomok. Hanya roti yang debeli isteri Wohgomok tadi dan teh o yang mampu di hidangkan kerana gulai kenduri semalam telah habis. TGNA tidak kekok makan roti dan minum the o sambil duduk bertimpuh diatas lantai (bukan diatas kerusi empuk) bersama Wohgomok.



Dari pengalaman Wohgomok ini, membuktikan bahawa TGNA bukanlah seorang yang angkuh dengan kedudukannya dan tidak berlakun macam dalam filem hindustan sebagaimana yang turut di tiru lakunannya oleh “pemimpin-pemimpin tanah liat” dan “ulamak-ulamak plastik” hari ini.Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang Wohgomok tahu yang boleh membuktikan keikhlasan dan kejujuran TGNA, tetapi kalau hendak di ceritakan semua, takut jemu pulak saudara pembaca sekelian.

Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang - Anwar


Nabila Abdullah


PENAMPANG, 24 April (Hrkh) - "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam.Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.



"Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya. Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan meninggalkan BN. "Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidah harus terburu-buru", katanya. "Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang.



Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya. Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan parti. Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu. Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi, ujarnya. "Mangsa sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat," katanya./wann.