Saturday, April 26, 2008


Benarkah PR perolehi majoriti mudah Parlimen ekoran ADR BN berpaling tadah?


by SongkokPutih Oleh Black Roses



MENDENGAR kata-kata Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa Ahli Dewan Rakyat (ADR) Sabah akan menarik diri dari gabungan Barisan Nasional (BN) pada bila-bila masa dari sekarang dan Dato' Seri Abdullah pula bertindak sebagai Ketua Pembangkang adalah satu perkembangan mutakhir pasti mencetuskan polemik lebih meruncing menjelangnya mesyuarat pertama, penggal pertama, Parlimen Kedua belas 2008 Dewan Rakyat mulai 28 April depan.Kata Anwar, BN tidak lagi kuat dan hanya mampu bertahan sementara waktu kerana sokongan padu ahli Dewan Rakyat Sabah dan Sarawak.



Bila mereka umum keputusan nanti, kita akan bincang strategi terbaik dan berfikir secara bijaksana demi kepentingan Sabah.Dalam hal ini, sudah tentu ramai tertanya-tanya apakah benar sudah ada ADR Sabah bertemu atau menelefon secara sulit dengan Anwar atau utusannya bagi menyatakan tindakan berpaling tadah dari BN dengan menyertai Pakatan Rakyat (PR) ? Dan dalam masa yang sama apakah krisis yang melanda PKR Sabah sudah selesai ekoran percakaran sesama sendiri menentukan siapa sebenar Ketua Perhubungan Negeri?Kalaulah benar usaha ini semakin memuncak, PR kini cuma memiliki 3 hari sahaja lagi untuk mendapatkan 30 kerusi bagi membolehkan mereka menggulingkan BN mendapat majoriti mudah menguasai Dewan Rakyat dan sekaligus membentuk Kerajaan Persekutuan. Setakat ini, PR sudah mendapat 82 kerusi hasil gabungan parti PKR, DAP dan PAS.Sebagai rakyat dan pengundi yang mengundi di Sabah pasti tidak dapat melelapkan mata tertunggu-tunggu siapakah wakil rakyat mereka yang akan beralih arah menyertai PR dan ingin mengetahui sebab sebab munasabah mereka berpaling tadah boleh memberi kepentingan negeri dibawah bayu itu.



Cuma yang apa yang dibimbangi penulis dan setiap pengundi, jangan ada permainan politik wang wujud dalam menjayakan usaha ini biarpun ia disanggah Anwar yang menyatakan bahawa barisannya tidak akan membazirkan wang rakyat semata-mata untuk menagih sokongan parti."Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan ini dengan menyokong PR dan saya nafikan usaha menyertai wakil rakyat Sabah ke dalam PR adalah kerana wang," tegas Anwar lagi dalam siri ceramahnya di Penampang malam tadi.Dalam meniti kegawatan masa menjelang mesyuarat Parlimen Kedua belas berlangsung, sama ada PR mampu merintis kejayaan menguasai Dewan Rakyat atau BN terus kekal menerajui kerajaan Persekutuan ia pasti mencorak kesedaran dikalangan ADR-ADR yang terpilih bahawa penyertaan mereka ke bangunan Parlimen harus ditunjangi dengan rasa tanggungjawab serta amanah berat untuk memastikan kepentingan rakyat sentiasa dijaga dan kententeraman tidak diganggugugat. -
http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/

No comments: