Kerjasama Nuklear Syria-Korea Utara
Oleh Tarabulsi_2008"

Perkembangan antarabangsa terbaru yang saya jangka menarik minat ummah kita adalah pendedahan oleh White House kononnya pihak US Intelligence punyai bukti yang jelas tentang adanya kerjasama nuklear antara Korea Utara dan Syria. Menurut laporan media, White House pada 23 April 2008 telah melaporkan kepada Congress Amerika Syarikat kononnya nuclear reactor kepunyaan Syria yang dimusnahkan oleh Israel pada bulan September tahun lalu telah dibina dengan bantuan teknikal dari Korea Utara, dan dengan itu Korea Utara dan juga Syria (Syria menandatangani nuclear non-proliferation treaty) telah melakukan kesalahan proliferasi (nuclear proliferation).
Pemberita terkenal dan pemenang Pullitzer Prize, Christian Amanpour, dalam temuramah secara langsung dengan CNN semalam, 24 April 2008, telah mengutarakan soalan kenapa selepas 7 bulan fasiliti nuklear Syria itu dimusnahkan oleh Israel baru sekarang ini pihak White House mendedahkan kononnya ada kerjasama nuklear Damascus-Pyongyang.Saya akan cuba memberi jawapan terhadap soalan yang telah ditimbulkan oleh Christian Amanpour dan juga oleh beberapa pemberita yang lain itu.Seperti yang kita semua maklum, six-party talks yang diadakan di Bejing dan melibatkan Korea Utara, Amerika Syarikat, Russia, China, Jepun dan Korea Selatan setelah bersidang beberapa tahun telah berjaya mencapai persefahaman di mana Korea Utara bersetuju menghenti dan membubarkan program nuklearnya dengan syarat AS memberinya bantuan, terutamanya bantuan makanan dan pembangunan energi. Mungkin sebelum ini AS tidak mendedahkan kerjasama nuklear antara Damascus-Pyongyang kerana tidak mahu menjejaskan persefahaman yang telah dicapai dari six-party talks tersebut.Kita semua tahu bahawa baru-baru ini Pyongyang telah mengingkari persefahaman tersebut, dan telah menghentikan proses pembubaran nuklear reactornya terutama reactor yang terbesar di Yongbyon yang didakwa telah berjaya melakukan plutonium enrichment yang seterusnya membolehkan Korea Utara menghasilkan beberapa senjata nuklear. Pyonyang telah menghentikan proses pembubaran program nuklearnya itu kerana AS dikatakan telah tidak menghulurkan bantuan kepada Korea Utara seperti yang dijanjikannya.
Mungkin pemerintahan Bush baru sekarang ini mendedahkan kerjasama nuklear Damascus-Pyongyang kerana Korea Utara telah gagal menghentikan proses pembubaran program nuklearnya, dan ingin menggunakan isu proliferasi untuk menekan Korea Utara.Saya berpendapat pentadbiran Bush yang akan tamat tak berapa lama lagi mahu mewujudkan kerumitan yang baru terhadap six-party talks supaya isu nuklear Korea Utara akan berpanjangan dan terpaksa terus ditangani nanti oleh Presiden yang akan mengambil alih pada tahun hadapan. Kita semua maklum proses penyelesaian diplomatik isu nuklear Korea Utara dimulakan diwaktu Presiden Bill Clinton (suami Hilary). Presiden Bill Clinton dilihat terlalu bersikap bertolak ansur dan berkompromi terhadap Korea Utara, dan oleh itu mungkin Presiden Bush yang kelihatan mahukan isu nuklear Korea Utara berpanjangan khuatir jikalau Hilary naik menjadi Presiden kelak, Hilary seperti suaminya akan turut berpendirian bertolak ansur terhadap Korea Utara.
Maka mungkin Bush ingin merumitkan semula isu Korea Utara diakhir-akhir pemerintahannya supaya menyukarkan Hilary, jika menjadi penggantinya nanti, untuk bertolak ansur seperti diwaktu pemerintahan suaminya, Bill Clinton.Menurut beberapa penganalisa dari negara-negara membangun, Presiden Bush dilihat mempunyai strategi yang ingin melihat isu Korea Utara berterusan demi dasar "containment of communist China". Isu Korea Utara menjadi salah suatu justifikasi bagi military base tentera Amerika Syarikat untuk terus kekal di Okinawa dan Guam terutamanya dengan peningkatan tekanan dari rakyat Jepun yang meminta military base AS di Okinawa ditutup.Jika kita pernah mengikuti artikel-artikel mengenai pengkalan tentera AS di Guam dan Okinawa, banyak penganalisa yang berpendapat kononnya peluru berpandu di kedua pengkalan tentera AS itu dihalakan ke arah China. Malah dikatakan dari ratusan peluru berpandu AS yang punyai nuklear warhead di Guam dan Okinawa, hanya 3 sahaja yang diarahkan ke Korea Utara. Maka isu sampingan program nuklear Korea Utara perlu terus wujud sebagai suatu dari justifikasi dikekalkan US military base di Okinawa dan Guam dalam dasar "containment of Communist China.
"Syria sepertimana kita sudah maklum dari banyak artikel-artikel mengenainya adalah antara beberapa negara-negara yang ingin dikuasai atau sekurang-kurangnya dilemahkan oleh AS demi mempertahankan Israel dan juga selaras dengan rangka strategi terbesar AS untuk melemahkan Islam yang dianggap oleh Presiden Bush (dan bapanya, bekas Presiden AS) sebagai musuh yang mengugat tammadun Kristian Barat. Banyak sudah kita dengarkan dari golongan tentertentu umat Islam kita bahawa perang menentang terrorism atau keganasan itu sebenarnya adalah peperangan terhadap Islam (war on Islam).Kita lihat diakhir-akhir pentadbirannya, Bush berusaha memberi gambaran bahawa situasi di Iraq masih buruk dan 'fragile' (rapuh) dan dengan demikian pengunduran tentera AS dari Iraq tidaklah menasabah. Bekas Presiden AS, Jimmy Carter yang sedang berusaha sebagai 'peace broker' untuk mencari penyelesaian secara diplomatik terhadap masalah-masalah keselamatan di Timor Tengah telah dikecam dengan hebat oleh pentabdbiran Bush.
Bersama-samalah kita berdoa' agar Allah SWT akan melindungi semua umat Islam di dunia ini dan memberi kita kemenangan. Kita sudah lihat balasan Allah SWT terhadap Amerika Syarikat dengan diturunkan bermacam-macam bala seperti Katrina, dsbnya. Yakinlah Allah itu sesungguhnya bersama-sama kita umat Islam. Apa yang tidak menyenangkan yang sedang berlaku ke atas umat Islam sekarang ini terutamanya di Iraq dan Afghanistan adalah dugaan.Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!
No comments:
Post a Comment