Friday, August 1, 2008




Seluruh jentera pilihan raya PAS bantu Anwar di Permatang Pauh



KUALA LUMPUR 1 Ogos (Hrkh) - PAS akan menggerakkan jentera parti itu di seluruh negara bagi membantu Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim memenangi semula kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah dikosongkan oleh penyandangnya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KeAdilan, kelmarin. Demikian dijelaskan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar ketika mengulas pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Permatang Pauh dalam masa terdekat ini.


"Saya percaya, pengundi Permatang Pauh tidak ada masalah dengan Anwar yang sinonim dengan kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi oleh Harakahdaily.
Mahfuz memberi jaminan, sekalipun pilihan raya kecil itu diadakan pada bulan Ramadhan, PAS akan tetap menurunkan jentera pilihan rayanya bagi mempastikan calon BN yang bertanding, tumpas ditangan Anwar. Malah tegas beliau, jika pilihan raya itu diadakan pada bulan Ramadhan ini, ia pasti akan meningkatkan semangat petugas-petugas PAS kerana Ramadhan adalah bulan penuh dengan pujian bagi melipat ganda usaha dan menambahkan pahala. "Itu juga satu motivasi untuk kita bekerja dengan lebih kuat bagi mempastikan kemenangan," katanya.


Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap pilihan raya tersebut akan berjalan dengan baik dan lancar, tanpa sebarang provokasi dan insiden yang tidak diingini berlaku. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga, tegasnya perlu berlaku adil dan telus dalam menangani sebarang isu yang boleh menghalang Anwar dari bertanding. Beliau turut memuji pengorbanan Wan Azizah yang bersedia mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi memberi laluan Pakatan Rakyat berkuasa memerintah selepas ini, dengan kemenangan yang bakal dijana oleh Anwar di kawasan tersebut.- tmj _
-->

1 comment:

Unknown said...

BETUL....NUAR PAS..TI...MENANG...MENANG DLM PENIPUAN TERBESAR KE ATAS RAKYAT PERMATANG PAUH...PUTAR BELIT NUAR AKAN TERJAWAB DI AKHIRAT....

BEGITU JUGA PUTAR BELIT PAS YG MERESTUI PERJUANGAN NUAR BERSAMA PARTI BERBAJU KOMUNIS...DAP.

KERANA KUASA...PAS SANGGUP BERSEKONGKOL DGN DAP, YG TERANG2 MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ISLAM DAN UNDANG2 ISLAM...

KERANA KUASA...PAS BUKAN TAK TAHU PERIBADI BURUK NUAR, YG PENUH DGN KURAP2 DOSA SEMASA DLM UMNO....TAPI DEMI MENGHIDUPKAN NYAWA POLITIK PAS....KAMU SANGGUP ANGKAT NUAR SEBAGAI PEJUANG ANTARA KAMU....

SIAPA YG MEMBERI JOLOKAN NAMA ANWAR AL-JUB...JIKA BUKAN DARI MULUT AYAM SABUNG KAMU SENDIRI...MAT SABU...

NUAR SENDIRI PUN DAH TERANG2 TAK MAHU MENUBUHKAN NEGARA BERPELEMBAGAAN ISLAM JIKA PR MEMERINTAH....

PAS JADILAH BENAR2 SEBAGAI PENEGAK UMMAH DAN HIDUPKAN DIN ISLAM TANPA PERLU BERSEKONGKOL DGN MANA2 PARTI YG JELAS NYATA MEMPERMAINKAN ISLAM...

PAS BOLEH BERDIRI SENDIRI...ATAS KEKUATAN NUR ALLAH...