Friday, September 4, 2009

Undian Keberkesanan Kapal Selam - Protes Terhadap Najib


Oleh: wakCyber
"Undian terhadap keberkesanan fungsi kapal selam keatas sistem pertahanan negara yang dibuat oleh ntv7 dalam rancangan berita jam 7 tadi menyaksikan 67% tidak bersetuju yang pemilikan kapal selam menambah keberkesanan sistem pertahanan negara dengan hanya 33% sahaja yang bersetuju.Soalnya adakah kesemua 67% yang tidak bersetuju itu mempunyai apa-apa pengetahuan tentang sistem pertahanan negara ?Keberkesanan peperangan bawah permukaan memang telah terbukti sejak dari perang dunia yang kedua lagi.Keupayaan kapal selam memasuki kawasan musuh dah melancarkan sengan mengejut lalu nenenggelamkan kapal perang yang berkali ganda besarnya menjadikan kapal selam penting dalam mana-mana pasukan tentera laut bermakna memiliki kapal selam adalah satu advatage.Malang sekali bila 67% rakyat Malaysia yang mengundi tidak menyetujuinya jadi sia-sialah pelaburan sebanyak 3.5 Bilion oleh kerajaan atau pelaburan itu yang terlalu besar pengorbanannya dan menjadi satu pembaziran.
Atau cerita-ceritta kontroversi disebalik pembelian kapal selam itu menjadikan ia tidak popular sebagai satu tindakan patriotik PM yang sebelum itu Menteri Pertahanan.Yang nyatanya memang berlaku kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Asharibu dengan dua orang pembunuhnya telah dihukum mati tanpa motif yang jelas , seorang penasihat kepada Menteri Pertahanan dibebaskan dan seorang penyiasat persendirian saksi kepada kes itu hilang tanpa dapat dikesan.Kes ini benar-benar menimbulkan berbagai keraguan,kononnya ada melibatkan bayaran komisen ratusan juta ringgit atas pembelian peralatan perang termasuk kapal selam ini.
Disini nampaknya 1Malaysia melahirkan protes dengan pelbagai cara.Bila ada dibuka undian terbuka dalam TV mereka mengenepikan kepentingan pertahanan negara lebih-lebih lagi bila PM tidak mengambil inisiatif untuk membersihkan namanya dengan menyaman akhbar-akhbar dari luar negara yang terang-terang menulis tentang pengelibatan beliau dalam kes-kes berprofil tinggi itu.
Kini beliau kelihatan selesa menyambut ketibaan kapal berkenaan yang menjadi benteng pertama dalam sistem pertahanan negara.Diharapkan dijauhkan oleh Allah dari segala yang tidak diingini kepada anak-anak kapal berkenaan yang kebetulannya rakan seperjuangan penulis (Bekas Tentera Laut) serta anak isteri dan keluarga mereka.Mereka tidak tahu apa-apa tentang skandal dan komisen ratusan juta yang menjadi santapan orang lain . Pengorbanan mereka meninggalkan anak isteri selama 4 tahun setengah dan sanggup mengambil risiko bahaya menyelam beratus-ratus kaki dibawah permukaan dan belayar berbulan tanpa melihat daratan sangat besar ganjaran pahalanya insyallah.
Sekian Selamat Bertugas


WakCyber WebMaster
http://pusratu.com/
Terimalah lagu satu Malaysia yang dujukan untuk semua pejuang-pejuang khasnya Anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia
http://pusratu.com/satu_malaysia.html

No comments: