Wednesday, April 9, 2008

Cerita sebenar di sebalik projek ternakan babi!
Posted on Wednesday, April 09 @ 16:10:55 MYT by SongkokPutih




Oleh Iza

TERKEJUT betul saya apabila mengikuti rancangan ulasan akhbar daripada TV1 RTM awal pagi tadi mengenai Projek Ternakan Babi di Selangor yang kononnya akan dilaksanakan tidak lama lagi. Pengulas berita dengan penuh aksi dan gaya telah memetik kenyataan Exco PAS, Dr. Halimah Ali dengan menuduh yang bukan-bukan kepada PAS kerana menyokong projek berkenaan. PAS dianggap telah lupa perjuangan dan sanggup menjual agama kerana kepentingan politik. Malah pengulas "kuda kayu" ini tidak segan silu menasihatkan PAS bahawa daging babi adalah haram dimakan bersandarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan juga petikan kitab Injil. Selanjutnya beliau menfitnah PAS dengan menyatakan bahawa dengan projek ini kelak PAS akan membenarkan pula jualan daging babi di tepi-tepi jalan. Macam mana mentaliti orang-orang RTM ini pun saya tak faham. Kita ingatkan apabila dah kalah pilihanraya dan dapat Menteri baru mereka akan berubah dan akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya.



Berbalik kepada cerita ternakan babi tadi. Apa yang RTM sibuk sangat tentang ternakan babi? Bukankah selama ini pun terdapat ribuan babi di mana-mana di Malaysia. Lupakah mereka kepada isu babi di Negeri Sembilan dan Melaka dahulu yang bukan setakat melibatkan kaum Cina tetapi juga pimpinan UMNO di dalam mengaut keuntungan. Dan jangat kita lupa bagaimana beberapa pimipim menyalahguna duit derma mangsa-mangsa penyakit bawaan babi (JE) untuk kepentingan mereka. Perlu diingat bahawa negara kita terdiri daripada berbilang kaum dan agama, dan ada di kalangan rakyat yang makan daging babi. Justeru itu binatang ini perlu dipelihara bagi mendapatkan dagingnya.



Ketika RTM asyik menghentam keromo PAS, perlu diingat bahawa ternakan babi terus berjalan tanpa ada usaha konkrit untuk mengawalnya daripada mencemar alam sekitar. Kita berterusan menghadapi pencemaran air yang akhirnya membawa bencana kepada umat Islam sendiri. Saya kebetulan tahu benar tentang projek yang dimaksudkan oleh YB Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor. Ini kerana projek ini ditawarkan oleh syarikat kawan baik saya beberapa bulan yang lepas.

Untuk makluman RTM, projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo 2 minggu sebelum pembubaran parlimen. Walaupun saya orang kuat PAS, saya menyetujui projek yang dicadangkan oleh rakan saya ini kerana selepas menelitinya secara terperinci, saya dapati ia amat berguna di dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu pencemaran air. Projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini. Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.



Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini? Mungkin RTM tak peduli itu semua kerana yang penting bagi mereka ialah melepaskan geram pada Pakatan Rakyat. Cerita benar atau palsu bukan ukuran penting bagi mereka. Kalau babi tu kita boleh maafkan sebab mereka dijadikan Allah tanpa akal, tetapi yang manusia kat RTM ini diberi akal tetapi masih tak mahu menggunakannya! Cuba anda fikir, mana lebih teruk?

2 comments:

Suara Rakyat said...

Salam bro. sila ke link dibawah penjelasan yang saya salin dari flyer yang saya dapat di TTDI Jaya. Sebarkan untuk penjelasan.

http://kamera-bebas.blogspot.com/2008/04/isu-babi-di-selangor.html

salam
reformasirakyat
www.kamera-bebas.blogspot.com

pedang.malam said...

1. Saintis Jerman pun masih belum menerbitkan artikel dalam mana-mana jurnal saintifik yang membuktikan teknologi ladang babi di sana zero pollution. Maklumat ini diperolehi dari aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM). Sila berhubung terus dengan PPIM untuk maklumat lanjut.

2. Kenapa BN dan PKR tidak menyiarkan pandangan pakar-pakar veterinar dan alam sekitar yang menjamin zero pollution ladang babi di Jerman?

3. Kenapa Israel dan Singapura yang bermazhab zionis tidak melaksanakan projek ladang babi moden di negara mereka? Kenapa mereka perlu takut jika benar teknologi di Jerman tu zero pollution?

4. Sila rujuk buku "Halal Haram" terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Babi telah dicampur ke dalam hampir semua barangan makanan umat Islam. Prioriti kita sepatutnya memperbanyakkan produk halal, bukan menambah kebarangkalian unsur babi dicampur dalam makanan kita.

5. Singapura boleh membuka ladang ternakan yang lebih luas dari negaranya sendiri di Australia. Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?

6. Dr Hasan Ali adalah PhD dalam perancangan bandar. Kenapa tidak didirikan saja ladang babi di bandar-bandar yang majoritinya orang Cina. Kenapa di daerah yang majoritinya orang Melayu? Kalau Dr Hasan Ali nak banglo untuk dia tinggal di tepi ladang babi pun, taukeh babi boleh bagi free dengan syarat beri lagi kemudahan untuk mereka.

7. Ingat isu Universti Merdeka lwn Kerajaan Malaysia. Cari dan lihat siapa yang menang sorak kampung tergadai dan siapa pula yang kalah sorak dapat banyak universiti akhirnya?

Eloklah kita menjadi penyokong yang peka. Bukan yang membabi-buta. Sokongan kita akan dihisab di dunia dan akhirat. Jamaah akan kuat jika ahlinya tahu dan yakin dengan kebenaran. Jamaah akan hancur jika ahlinya hanya menyokong membabi-buta macam ahli UMNO menyokong pemimpinnya.

Dalam hal mesra alam dan zero pollution, pakar-pakar alam sekitar dan veterinar di universiti-universiti tempatan dan luar negeri sepatutnya menjadi tumpuan bagi pertimbangan kita menyokong atau menentang. Pemimpin-pemimpin politik sepatutnya mendidik rakyat supaya lebih berfikiran saintifik dan berkerohanian. Bukan mewarisi tradisi BN yang memperbodohkan rakyat jelata. Cari dan dedahkan pandangan saintifik mereka. Bukan sibuk suruh rakyat dengar cakap pemimpin-pemimpin politik yang berkepentingan.

Ingatlah makna siasah. Mendidik pemikiran dan jiwa ummah agar mampu mentadbir dunia ke arah ketamadunan demi mendirikan kedaulatan agama.

Salawat